pindaan garis panduan pelantikan tenaga · pdf file3.1.2 mengkaji dan menilai mutu soalan...

17
1 PINDAAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN TENAGA PELAWAT AKADEMIK KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM TENAGA PELAWAT AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1. TUJUAN Skim ini dinamakan Skim Tenaga Akademik Pelawat Universiti Teknologi Malaysia. 2. PELANTIKAN Pelantikan Tenaga Akademik Pelawat hendaklah diluluskan oleh TNC (A&A) setelah mendapat perakuan daripada Dekan Fakulti/ Bahagian 3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 3.1 Tenaga Pelawat Akademik hendaklah mempunyai tugas serta tanggungjawab seperti berikut: 3.1.1 Memberi nasihat dan membuat syor dari segi pembentukan kurikulum dan silabus dalam bidang-bidang pengajian tertentu; 3.1.2 Mengkaji dan menilai mutu soalan peperiksaan dan kertas jawapan peperiksaan serta disertai pelajar serta memberi bimbingan ataupun ulasan mengenai perkara yang berkaitan; 3.1.3 Menyampaikan beberapa kuliah dan dialog dalam bidang kursus/kepakaran tertentu kepada staf akademik dan pelajar; 3.1.4 Memberi nasihat kepakaran dari segi kemudahan peralatan yang ada serta peralatan baru yang dirancang oleh fakulti; 3.1.5 Membantu dalam bidang penyelidikan, 3.1.6 Membantu fakulti untuk mendapatkan pengiktirafan daripada badan profesional untuk kursus baru atau kursus yang belum mendapat pengiktirafan; dan 3.1.7 Menggalakkan kerjasama di antara UTM dengan badan/Universiti di mana calon itu bertugas. 4. SYARAT PELANTIKAN TENAGA AKADEMIK PELAWAT 4.1 Tenaga Akademik Pelawat yang dilantik hendaklah :- 4.1.1 Mempunyai kepakaran dalam satu-satu bidang pengajian serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan (tidak semestinya mempunyai gelaran Profesor); dan 4.1.2 Berkebolehan dan terkemuka serta diperakui taraf akademiknya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 5 ELAUN DAN KEMUDAHAN 5.1 Kadar elaun bagi Tenaga Pelawat Akademik adalah mengikut jenis jawatan pelantikan seperti kelulusan dalam Mesyuarat LPU bil. 26 bertarikh 26 Jun, 2002.

Upload: dangtuyen

Post on 07-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

PINDAAN GARIS PANDUAN PELANTIKAN TENAGA PELAWAT AKADEMIK

KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKIM TENAGA PELAWAT AKADEMIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. TUJUAN Skim ini dinamakan Skim Tenaga Akademik Pelawat Universiti Teknologi

Malaysia. 2. PELANTIKAN Pelantikan Tenaga Akademik Pelawat hendaklah diluluskan oleh TNC (A&A)

setelah mendapat perakuan daripada Dekan Fakulti/Bahagian 3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

3.1 Tenaga Pelawat Akademik hendaklah mempunyai tugas serta tanggungjawab seperti berikut: 3.1.1 Memberi nasihat dan membuat syor dari segi pembentukan

kurikulum dan silabus dalam bidang-bidang pengajian tertentu; 3.1.2 Mengkaji dan menilai mutu soalan peperiksaan dan kertas

jawapan peperiksaan serta disertai pelajar serta memberi bimbingan ataupun ulasan mengenai perkara yang berkaitan;

3.1.3 Menyampaikan beberapa kuliah dan dialog dalam bidang kursus/kepakaran tertentu kepada staf akademik dan pelajar;

3.1.4 Memberi nasihat kepakaran dari segi kemudahan peralatan yang ada serta peralatan baru yang dirancang oleh fakulti;

3.1.5 Membantu dalam bidang penyelidikan, 3.1.6 Membantu fakulti untuk mendapatkan pengiktirafan daripada

badan profesional untuk kursus baru atau kursus yang belum mendapat pengiktirafan; dan

3.1.7 Menggalakkan kerjasama di antara UTM dengan badan/Universiti di mana calon itu bertugas.

4. SYARAT PELANTIKAN TENAGA AKADEMIK PELAWAT 4.1 Tenaga Akademik Pelawat yang dilantik hendaklah :- 4.1.1 Mempunyai kepakaran dalam satu-satu bidang pengajian serta

mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan (tidak semestinya mempunyai gelaran Profesor); dan

4.1.2 Berkebolehan dan terkemuka serta diperakui taraf akademiknya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

5 ELAUN DAN KEMUDAHAN

5.1 Kadar elaun bagi Tenaga Pelawat Akademik adalah mengikut jenis jawatan pelantikan seperti kelulusan dalam Mesyuarat LPU bil. 26 bertarikh 26 Jun, 2002.

2

5.2 Butir-butir kadar elaun adalah seperti di bawah: 5.2.1 PROFESOR PELAWAT KEHORMAT @ DISTINGUISH VISITING

PROFESSOR a) honorarium RM20,000.00 sebulan dibayar selepas tamat

menjalankan tugas; b) kemudahan penginapan mengikut ‘Standard Suite Rate’

atas kadar maksimum RM350.00 untuk satu malam sekiranya Universiti tidak menyediakan rumah kediaman ATAU

c) elaun bulanan RM3000.00 sebulan sekiranya lantikan bagi tempoh yang panjang;

d) kemudahan pengangkutan universiti; e) tambang kapal terbang pergi/balik kelas Perniagaan. 5.2.2 PROFESOR PELAWAT KANAN @ SENIOR VISITING

PROFESOR a) honorarium RM17,000.00 sebulan dibayar selepas tamat

menjalankan tugas; b) kemudahan penginapan mengikut kadar RM300.00 untuk

satu malam sekiranya Universiti tidak menyediakan rumah kediaman ATAU

c) elaun PENGINAPAN bulanan RM3000.00 sebulan sekiranya lantikan bagi tempoh yang panjang;

d) tambang kapal terbang pergi/balik kelas Perniagaan

5.2.3 PROFESOR PELAWAT/ VISITING PROFESOR @ PEMERIKSA LUAR @ EXTERNAL PROFESOR a) honorarium RM15,000.00 sebulan dibayar selepas tamat

menjalankan tugas; b) kemudahan penginapan mengikut kadar RM300.00 untuk

satu malam sekiranya Universiti tidak menyediakan rumah kediaman ATAU

c) elaun bulanan RM3000.00 sebulan sekiranya lantikan bagi tempoh yang panjang;

d) tambang kapal terbang pergi/balik kelas Perniagaan

5.2.4 PROFESOR MADYA PELAWAT @ VISITING ASSOCIATE PROFESOR a) honorarium RM10,000.00 sebulan dibayar selepas tamat

menjalankan tugas; b) kemudahan penginapan mengikut kadar RM300.00 untuk

satu malam sekiranya Universiti tidak menyediakan rumah kediaman ATAU

c) elaun bulanan RM3000.00 sebulan sekiranya lantikan bagi tempoh yang panjang;

d) tambang kapal terbang pergi/balik kelas Perniagaan

3

5.2.5 PENSYARAH PELAWAT @ VISITING LECTURER

a) honorarium RM7,000.00 sebulan dibayar selepas tamat menjalankan tugas;

b) kemudahan penginapan mengikut kadar RM300.00 untuk satu malam sekiranya Universiti tidak menyediakan rumah kediaman ATAU

c) elaun bulanan RM3000.00 sebulan sekiranya lantikan bagi tempoh yang panjang;

d) tambang kapal terbang pergi/balik termurah kelas Ekonomi

5.3 Bayaran honorarium bagi Profesor Pelawat & PM Pelawat ke bawah

bagi tempoh lawatan kurang dari 13 hari dibayar honorarium sebanyak RM3,000.

5.4 Bayaran honorarium bagi Profesor Pelawat & PM Pelawat ke bawah bagi tempoh lawatan di antara 14 – 29 hari bayaran secara proportionate mengikut bilangan hari lantikan mengikut kadar di skim masing-masing.

5.5 Semua kategori Tenaga Pelawat Akademik tersebut di atas (tidak

termasuk tanggungan) layak mendapat kemudahan rawatan dan perubatan sama ada daripada Pusat Kesihatan UTM atau Kilinik Panel UTM atau Hospital/Klinik Kerajaan (termasuk Hospital Universiti) semasa berada di Universiti ini, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa.

6. TEMPOH DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN

6.2 Tempoh minimum pelantikan yang ditetapkan dalam satu-satu masa ialah lima (5) hari dan maksimumnya ialah satu tahun dan boleh disambung semula perkhidmatan bergantung kepada keperluan Universiti/ Fakulti.

6.3 Pihak Universiti boleh memendekkan tempoh atau menamatkan perkhidmatan Tenaga Pelawat Akademik pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang sebab.

6.4 Semasa di Universiti ini Tenaga Pelawat Akademik dalah tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan di Universiti ini.

4

POLISI DAN PROSEDUR PELANTIKAN PENSYARAH JEMPUTAN 1. Pensyarah Jemputan ialah pensyarah yang dijemput UTM dalam perjalanan ke

suatu destinasi tertentu dan universiti tidak membiayai kos perjalanan bagi skim ini dan perlu mendapat kelulusan TNC (A&A).

2. Pensyarah Jemputan hendaklah pakar dalam sesuatu bidang dan mempunyai

pengalaman luas dalam bidang tertentu dan diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3. Di antara tugas Pensyarah Jemputan ialah menyampaikan kuliah dan dialog

dalam bidang-bidang kursus/kepakaran tertentu kepada staf akademik dan pelajar atau memberi ceramah yang dianjurkan oleh Fakulti atau mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mengenai bidang baru penyelidikan atau program/projek penyelidikan yang ada di Fakulti.

4. Pensyarah Jemputan biasanya singgah untuk tempoh satu hari hingga 4 dan boleh

dibayar elaun saguhati sehari dan disediakan kemudahan pengangkutan pada hari bertugas rasmi.

5. Pensyarah Jemputan yang memerlukan penginapan boleh menginap di hotel atas

kadar bilik bujang. (single room rate)

5

PROSES KERJA PELANTIKAN PENSYARAH JEMPUTAN

TANGGUNGJAWAB PROSES

1. Dekan/TD/Ketua Jabatan (Fakulti) 1.1 Mendapat maklumat ada Pensyarah yang membuat lawatan ke suatu destinasi berhampiran UTM

1.2 Mengenal pasti kepakaran 1.3 Mendapatkan persetujuan dan CV

untuk menjadi Pensyarah Jemputan

1.4 Sediakan Kertas Kerja untuk kelulusan TNC(A&A)

2. Pentadbir Fakulti /Bahagian 2.1 Mengemukakan borang permohonan

Lengkap dan tentatif program bersama CV ke Pejabat TNC (A)

3. Pejabat TNC (A) 5.1 Semak borang permohonan untuk kelulusan

5.2 TNC(A&A) untuk kelulusan

7. PP/Pembantu Tadbir Kanan/PAR (Urusetia Akademik)

7.1 Hantar Kertas bahagian Pengurusan Modal Insan

6

CARTA ALIRAN PELANTIKAN PESYARAH JEMPUTAN

Fakulti/Bahgian kenal pasti calon yang pakar dalam bidang yang

diperlukan

Kembalikan untuk

dilengkapkan

Lengkap

Hubungi calon

STD1

Sediakan Kertas Kerja

(Fakulti)

Hantar borang permohonan/CV ke

Pejabat TNC (A)

Semak

Tidak Lengkap

Majukan ke TNC(A&A) untuk kelulusan

Lulus Tidak Lulus

Keluarkan surat lantikan Pensyarah Jemputan

(Fakulti)

Maklumkan

ke Fakulti

Selesai

Selesai

STD1 1. Minta persetujuan

dan CV untuk menjadi Pensyarah Jemputan

7

POLISI DAN PROSEDUR SKIM PENSYARAH JEMPUTAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1. TUJUAN Skim ini dinamakan Skim Pensyarah Jemputan Universiti Teknologi Malaysia.

Skim ini digunakan untuk Pensyarah Jemputan yang singgah di UTM dalam perjalanannya ke satu destinasi di mana Universiti tidak perlu membiayai kos perjalanan Pensyarah Jemputan berkenaan.

2. KELULUSAN Permohonan lawatan hendaklah diluluskan oleh Timbalan Naib Canselor

(Akademik & Antarabangsa) setelah mendapat perakuan daripada Dekan Fakulti/Institut/Pusat Pengajian.

3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENSYARAH JEMPUTAN

3.1 Menyampaikan beberapa kuliah dan dialog dalam bidang-bidang kursus/kepakaran tertentu kepada kakitangan akademik dan pelajar.

3.2 Memberi ceramah dalam seminar yang dianjurkan oleh fakulti 3.3 Mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan dan

nasihat mengenai bidang baru penyelidikan atau program/projek penyelidikan yang sedia ada di fakulti.

3.4 Membina jaringan yang lebih khusus dengan badan/Universiti di mana Pensyarah Jemputan itu bertugas.

4. SYARAT KELAYAKAN PENSYARAH JEMPUTAN 4.1 Pensyarah Jemputan hendaklah :

4.1.1 Pakar dalam satu-satu bidang pengajian serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan dan

4.1.2 Kebolehannya adalah terkemuka serta diperakui taraf akademiknya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

5. ELAUN DAN KEMUDAHAN

5.1 Kadar-kadar elaun serta kemudahan yang disediakan bagi Pensyarah Jemputan ialah:- 5.1.1 Elaun saguhati RM 200 sejam berdasarkan aktiviti yang di jalankan di fakulti 5.1.1 Kemudahan pengangkutan semasa urusan rasmi di Universiti akan

disediakan 5.1.2 Kemudahan penginapan di hotel atas kadar bilik bujang sekiranya

Universiti tidak menyediakan rumah kediaman dan 5.1.3 Kemudahan rawatan dan perubatan (tidak termasuk tanggungan)

sama ada dari Panel Doktor Universiti Teknologi Malaysia atau Hospital/Klinik Kerajaan (termasuk hospital Universiti) semasa berada di Universiti ini, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa.

8

5.1.4 Semua pembayaran adalah menggunakan Vot Tenaga Akademik Pelawat

6. TEMPOH DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN

6.1 Tempoh lawatan adalah 1 hari hingga 4 hari 6.2 Semasa di Universiti ini Pensyarah Jemputan adalah tertakluk kepada

semua undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan di Universiti ini.

9

POLISI DAN PROSEDUR PELANTIKAN PROFESOR, PROFESOR MADYA DAN PENSYARAH TAMU (ADJUNCT)

1 Pelantikan Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah Tamu (Adjunct) Universiti

adalah untuk memenuhi keperluan Fakulti berkenaan dalam bidang/kepakaran yang diperlukan.

2. Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah Tamu (Adjunct) yang dilantik pertama

kalinya hendaklah tidak melebihi 1 tahun dan boleh disambung dari masa ke semasa jika diperlukan.

3. Fakulti/ Bahagian hendaklah mengenalpasti calon samada dari dalam/luar negeri

yang mempunyai pengalaman/kepakaran yang diiktiraf di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang diperlukan oleh Fakulti untuk memberi syarahan/seminar/khidmat nasihat/kerja pengurusan/kerja-kerja penyelidikan dan perundingan/mendapatkan pengiktirafan badan profesional kepada staf dan yang lain-lain yang difikirkan sesuai.

4. Fakulti hendaklah menghubungi calon untuk mendapatkan persetujuan dan

sekiranya bersetuju minta majukan permohonan/CV. 5. Fakulti hendaklah mengemukakan borang permohonan untuk kelulusan

TNC(A&A) dan surat lantikan.

10

PROSES KERJA PELANTIKAN PROFESOR, PROFESOR MADYADAN PENSYARAH TAMU (ADJUNCT)

TANGGUNGJAWAB PROSES

1. Fakulti / Bahagian 1.1 Memutuskan untuk mendapatkan perkhidmatan Profesor/Profesor Madya/Pensyarah Tamu

2. Pentadbir Fakulti / Bahagian 2.1 Kenal pasti calon 2.2 Dapatkan persetujuan calon 2.3 Minta surat permohonan/CV calon

3. Pentadbir Fakulti /Bahagian 3.1 Mengemukakan Borang kepada Pejabat TNC (A)

4. Akademik 4.1 Memajukan Kertas Kerja kepada TNC(A) untuk kelulusan dan surat pelantikan.

10. Dekan PP/PK/PAR (Fakulti) 10.1 Calon melapor diri di fakulti 10.2 Sediakan KEW 8 untuk bayaran elaun-elaun berkenaan

11

CARTA ALIRAN PELANTIKAN PROFESOR/PROFESOR MADYA/ PENSYARAH TAMU (ADJUNCT)

Kenal pasti calon (Fakulti/Pusat)

STD1

Hubungi calon untuk

persetujuan (Fakulti)

Setuju Minta surat pemohon/CV

calon (Fakulti)

Sediakan kertas kerja

pelantikan (Fakulti) STD2

Kemukakan ke (Pejabat TNC

(A)) (Fakulti)

Semak kertas kerja (Pejabat TNC (A))

Majukan ke TNC(A) untuk

kelulusan (Pejabat TNC (A))

Kemukakan ke Unit PSM Pej. Pendaftar untuk lantikan

(Pejabat TNC (A))

Keluarkan surat lantikan kepada

calon dan salinan kepada Fakulti

(PSM Pej. Pendaftar) STD 3

Calon lapor diri di Fakulti

STD 4

Selesai

Tidak

Setuju

Lengkapkan

Kertas Kerja

Tidak lulus

/ lengkap

Lulus

STD 1

Kepakaran dalam 1. Bidang diperlukan 2. Diiktiraf di peringkat

antarabangsa/kebangsaan

STD 2 1. Kertas Kerja pelantikan

a) Tempoh lantikan

b) Diskripsi tugas c) Elaun terlibat d) Sertakan surat

permohonan/CV calon

STD 3 Isi kandungan surat lantikan

1. Penempatan 2. Tempoh lantikan

3. Diskripsi tugas

4. Lain-lain tugas (jika ada)

STD 4

1. Buka fail 2. Sediakan KEW 8 untuk

bayaran elaun

Senat/Fakulti memutuskan untuk

mendapatkan khidmat Prof. Tamu

Dapatkan calon lain

(Fakulti)

12

POLISI DAN PROSEDUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN PROFESOR, PROFESOR MADYA DAN PENSYARAH TAMU (ADJUNCT)

1. NAMA SKIM

Skim Perkhidmatan ini dinamakan sebagai Skim Perkhidmatan Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah Tamu (Adjunct)

2. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN 2.1 Tempoh

Tempoh pelantikan Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah Tamu (Adjunct)adalah bergantung kepada keperluan Universiti dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun pelantikan pertama adalah dihadkan kepada jangkamasa 6 bulan hingga satu tahun dan boleh disambung oleh Universiti dari masa ke semasa.

2.2 Kemudahan

2.2.1 Dalam tempoh pelantikan seseorang yang dilantik sebagai Profesor, Profesor Madya dan Pensyarah Tamu (Adjunct) akan diberikan kemudahan-kemudahan berikut:- a) honorarium sebanyak RM1000 sebulan b) tambang perjalanan kelas Perniagaan dari tempat asalnya

ke Universiti Teknologi Malaysia kampus Skudai/Kuala Lumpur;

b) bayaran hotel mengikut kadar yang ditetapkan untuk Profesor Tingkatan Tertinggi ‘C’ UTM sekiranya Profesor Tamu berkenaan diperlukan untuk bermalam semasa bertugas di Universiti ini;

2.3 Keistimewaan Pelantikan

2.3.1 Profesor Tamu akan diberikan keistimewaan seperti berikut;- a) boleh menggunakan gelaran Profesor dalam tempoh

perkhidmatannya; b) boleh menggunakan kemudahan Universiti seperti berikut:-

i) perpustakaannya; ii) kemudahan perhubungan (telefon, teleks, faksimili) iii) kenderaan UTM semasa bertugas dengan Universiti

ini; iv) lain-lain peralatan Universiti

c) Universiti boleh membiayai penerbitannya atas nama Universiti.

2.4 Notis Penamatan 2.4.1 Universiti boleh pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan

seseorang Profesor Tamu dengan memberi sebulan notis secara bertulis dan begitu juga seseorang Profesor Tamu boleh pada bila-

13

bila masa behenti dari perkhidmatan dengan memberi sebulan notis kepada Universiti.

3. TUGAS PROFESOR TAMU

3.1 Seseorang Profesor Tamu boleh dilantik untuk tujuan-tujuan berikut:- a) memberi syarahan atas tajuk-tajuk tertentu kepada pelajar-pelajar

Universiti; b) memberi pandangan dan nasihat selaku perunding kepada fakulti

atau universiti; c) membantu di dalam kerja-kerja pengurusan Universiti; d) membantu Universiti di dalam kerja-kerja penyelidikan dan

perundingan; e) memberi seminar kepada pelajar, fakulti atau kakitangan; f) menerima pelajar atau fakulti melawatnya untuk khidmat nasihat

berasas kepada kepakarannya. Pendekatan akan diberikan kepada aspek-aspek praktikal;

g) untuk membantu kakitangan mendapat pengiktirafan profesional.

14

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM PERKHIDMATAN PROFESOR MADYA TAMU

1. NAMA SKIM

1.1 Skim perkhidmatan ini dinamakan sebagai Skim Perkhidmatan Profesor Madya Tamu.

2. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

2.1 Tempoh 2.1.1 Tempoh pelantikan Profesor Madya Tamu adalah bergantung kepada keperluan Universiti dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun pelantikan pertama adalah dihadkan kepada jangkamasa maksima satu tahun dan boleh disambung oleh Universiti dari masa ke semasa.

2.2 Kemudahan 2.2.1 Dalam tempoh pelantikan seseorang yang dilantik sebagai Profesor

Madya Tamu akan diberikan kemudahan-kemudahan berikut:- a) tambang perjalanan kelas ekonomi dari tempat asalnya ke

Universiti Teknologi Malaysia Skudai/Kuala Lumpur; b) bayaran hotel mengikut kadar yang ditetapkan untuk Profesor

Madya UTM sekiranya Profesor Madya Tamu berkenaan diperlukan untuk bermalam semasa bertugas di Universiti ini;

c) elaun harian sebanyak RM60/RM45 sehari (mengikut kelayakan gaji)

sekiranya diperlukan bertugas di luar kawasan pejabat; d) Honorarium sebanyak RM800 sebulan.

2.3 Keistimewaan Pelantikan 2.3.1 Profesor Madya Tamu akan diberikan keistimewaan seperti berikut:-

a) boleh menggunakan gelaran Profesor Madya dalam tempoh perkhidmatannya;

b) boleh menggunakan kemudahan universiti seperti berikut;- i) perpustakaan; ii) kemudahan perhubungan (telefon, teleks, faksimili) iii) kenderaan UTM semasa bertugas dengan Universiti

ini; iv) lain-lain peralatan universiti

c) Universiti boleh membiayai penerbitannya atas nama Universiti

2.4 Notis Penamatan

2.4.1 Universiti boleh pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan seseorang Profesor Madya Tamu dengan memberi sebulan notis secara bertulis dan begitu juga seseorang Profesor Madya Tamu boleh pada bila-bila masa berhenti dari perkhidmatan dengan memberi sebulan notis kepada Universiti.

15

3. TUGAS PROFESOR MADYA TAMU 3.1 Seseorang Profesor Madya Tamu boleh dilantik untuk tujuan-tujuan

berikut:- a) memberi syarahan atas tajuk-tajuk tertentu kepada pelajar-pelajar

Universiti; b) memberi pandangan dan nasihat selaku perunding kepada fakulti

atau Universiti; c) membantu di dalam kerja-kerja pengurusan Universiti; d) membantu Universiti di dalam kerja-kerja penyelidikan dan

perundingan; e) memberi seminar kepada pelajar, fakulti atau kakitangan; f) menerima pelajar atau fakulti melawatnya untuk khidmat nasihat

berasas kepada kepakarannya. Pendekatan akan diberikan kepada aspek-aspek praktikal;

g) untuk membantu kakitangan mendapat pengiktirafan profesional.

16

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH TAMU

1. NAMA SKIM 1.1 Skim pekhidmatan ini dinamakan Skim Perkhidmatan Pensyarah Tamu 2. SYARAT-SYARAT PELANTIKAN 2.1 Tempoh

2.1.1 Tempoh pelantikan Pensyarah Tamu adalah bergantung kepada keperluan Universiti dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun pelantikan pertama adalah dihadkan kepada jangkamasa maksima satu tahun dan boleh disambung oleh Universiti dari masa ke semasa.

2.2 Kemudahan

2.2.1 Dalam tempoh pelantikan seseorang yang dilantik sebagai Pensyarah Tamu akan diberikan kemudahan-kemudahan berikut:- a) tambang perjalanan kelas ekonomi dari tempat asalnya ke

Universiti Teknologi Malaysia Kampus Skudai/Kuala Lumpur; b) bayaran hotel mengikut kadar yang ditetapkan untuk

Pensyarah UTM Tingkatan Tertinggi ‘G’ sekiranya Pensyarah Tamu berkenaan diperlukan untuk bermalam semasa bertugas di Universiti ini;

c) elaun harian sebanyak RM45/RM40 sehari (mengikut kelayakan gaji)

Sekiranya diperlukan bertugas di luar kawasan pejabat; d) honorarium sebanyak RM600 sebulan

2.3 Keistimewaan Pelantikan 2.3.1 Pensyarah Tamu akan diberikan keistimewaan seperti berikut:-

a) boleh menggunakan gelaran jawatan dalam tempoh perkhidmatannya;

b) boleh menggunakan kemudahan universiti seperti berikut:- i) perpustakaan; ii) kemudahan perhubungan (telefon, teleks, faksimili) iii) kenderaan UTM semasa bertugas dengan Universiti

ini; iv) lain-lain peralatan universiti

c) Universiti boleh membiayai penerbitannya atas nama Universiti.

2.4 Notis Penamatan 2.4.1 Universiti boleh pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan

seseorang Pensyarah Tamu dengan memberi sebulan notis secara bertulis dan begitu juga seseorang Pensyarah Tamu boleh pada bila-bila masa berhenti dari perkhidmatan dengan memberi sebulan notis kepada universiti.

3. TUGAS PENSYARAH TAMU

17

3.1 Seseorang Pensyarah Tamu boleh dilantik untuk tujuan-tujuan berikut:- a) memberi syarahan atas tajuk-tajuk tertentu kepada pelajar-pelajar

Universiti; b) memberi pandangan dan nasihat selaku perunding kepada fakulti

atau Universiti; c) membantu Universiti di dalam kerja-kerja penyelidikan dan

perundingan; d) membantu Universiti di dalam kerja-kerja penyelidikan dan

perundingan; e) memberi seminar kepada pelajar, fakulti atau kakitangan; f) menerima pelajar atau fakulti melawatnya untuk khidmat nasihat

berasas kepada kepakarannya. Pendekatan akan diberikan kepada aspek-aspek praktikal;

e) untuk membantu kakitangan mendapat pengiktirafan profesional.