perbadanan perpustakaan awam negeri perak ppanpkppanpk.gov.my/site/en/buletin/low_mac19.pdf ·...

16
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK Jilid 11 (bil. 01) MAC 2019 http://ppanpk.perak.gov.my ISSN : 2229-8851 ms 07 ms 08

Upload: others

Post on 03-Mar-2020

96 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

PPANPkPPANPk

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

Jilid 11 (bil. 01) MAC 2019 http://ppanpk.perak.gov.my ISSN : 2229-8851

ms 07 ms 08

Page 2: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

Perbadanan Perpustakaan AwamNegeri Perak

No.17, Jalan Raja Dihilir30350 Ipoh

Perak Darul RidzuanNo. Telefon : 05-2491888

No. Faks : 05-2491887

Diterbitkan Oleh :PPANPkPPANPk

BuletinPERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK

www.ppanpk.perak.gov.my

Ketua editor Timbalan Editor

Berita Gerakan Literasi & MaklumatBerita Korporat, Pengurusan &

Kewangan, Psm, Aset

Berita Rangkaian Perpustakaan

Berita Pembangunan Berita KREKAP

Grafik & Foto

Puan Asiah binti BohberyEncik Mohd Saiful Nizar bin Hai SamPuan Farahanum Shuhaily binti Ab Malek ZakiPuan Mazita binti Zainuddin

Encik Mohd Zuwairi bin Mohd NawawiEncik Amirul Aizat bin Ahmad SapianPuan Norhamilah binti Mohamed NoorPuan Wirda Lisa @ Hanim Dalina binti Mohd Arsad

Puan Norawati binti Mohamad Ali

Puan Noor Rozita binti OsmanEncik Sofian bin ShamsudinCik Norazila binti HasmiEncik Mohd. Fafsal @ Faisal bin Zakaria

PENGERUSIYB Puan Salbiah binti MohamedADUN Temengor

TIMBALAN PENGERUSIYB Tuan Haji Maslin Sham bin Haji RazmanADUN Bukit Chandan

AHLIYB Tuan Haji Zainal Azman bin Abu SemanSetiausaha Kerajaan Negeri Perak

YB Dato’ Abu Bakar bin haji Said Pegawai Kewangan Negeri Perak

YBhg Dato’ Hajah Nafisah binti AhmadKetua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

( Kosong )Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Puan Siti Sumaizan binti RamliTimbalan Ketua Pustakawan Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Encik Zulazlan bin Abu HassanPegawai Kemajuan Negeri Perak

Encik Taufik bin Mohd YusopPengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak

Puan Nor’ain binti Haji BakirPengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Perak

Encik Syamsul Hazeman bin Md. SallehYang DiPertua Majlis Perbandaran Manjung

Encik Azizan bin Haji Abdul MuinYang DiPertua Majlis Perbandaran Teluk Intan

( Kosong )Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Encik Mohamad Razif bin RamliYang DiPertua Majlis Daerah Batu Gajah

YBhg Prof. Madya Dr Mohamad Tazli bin AzizanKetua Pegawai Eksekutif KPerak I&C Corporation

Tuan Haji Abd. Rashid bin Ahmad RafieKetua II Lembaga Pembangun Sastera Perak

Puan Nur Hanim binti Mohamed KhairuddinPengurus Besar Koloni Karyawan Amanjaya (PORT)

SETIAUSAHATuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul HamidPengarah PPANPk

SIDANG REDAKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah izin dan kurnia-Nya Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak berjaya menghasilkan Buletin PPANPk Jilid 11. (Bil. 01) Mac 2019.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada tahun ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua agensi kerajaan mahupun swasta. Semua ilmu dan pengalaman yang diperoleh diharap dapat membantu agensi masing-masing mendalami penggunaan Sistem KOHA seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan.

Selain itu, Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2019 PPANPk turut diadakan pada 31 Jan 2019. Menerusi majlis ini, ianya diharap dapat menyampaikan hasrat jabatan dalam meningkatkan prestasi perkhidmatan seterusnya mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan PPANPk.

Akhir kalam, diharapkan agar Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak akan terus maju, utama di mata kerajaan negeri dan masyarakat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, Buletin PPANPk Jilid 11. (Bil. 01) Mac 2019 berjaya diterbitkan.

Saya bagi pihak sidang redaksi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di atas kerjasama yang telah diberikan dalam menyumbangkan artikel bagi menjayakan penerbitan buletin pada kali ini.

Kepelbagaian artikel yang memaparkan aktiviti dan program yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak diharap menjadi satu paparan menarik untuk ditatap oleh semua golongan pembaca selain dijadikan sumber panduan dan pengalaman terindah kepada semua warga kerja PPANPk.

2

Page 3: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

angunan yang terletak di Jalan Pejabat, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak merupakan pusat rujukan maklumat penting bagi penduduk sekitar Pekan Parit Buntar pada masa kini. Bangunan ini merupakan sebuah Perpustakaan Awam di bawah hak milik

Majlis Daerah Kerian pada tahun 1991.

Pada tahun 1993, bangunan ini telah diambil alih oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) secara rasmi dan diberi nama Perpustakaan Awam Cawangan (PAC) Parit Buntar. Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman iaitu Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada 4 September 1993. Selain itu, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak turut disediakan dan mula beroperasi kepada penduduk setempat pada tahun 1997. Sehingga kini perpustakaan ini telah mempunyai koleksi sebanyak 24,010 naskhah buku.

Bagi mengimarahkan lagi perpustakaan, satu program bertemakan aktiviti@perpustakaan telah diadakan pada 9 Mac 2019 dengan pelbagai aktiviti dan telah mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat setempat. Seramai 150 orang telah menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pertandingan mewarna, kolaj, dam ular, puzzle, bercerita, permainan congkak selain pameran jualan serta demo dan aktiviti memanah. Majlis perasmian program ini telah dirasmikan oleh YB Abdul Yunus bin Jamri, ADUN Kerian, selain turut dihadiri oleh Pengarah dan Pustakawan PPANPk yang turut terlibat dalam majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori. Pada hari program dijalankan, pengunjung turut teruja apabila PAC Parit Buntar turut dihiasi dengan belon yang berwarna-warni dan menarik.

3

Page 4: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

otong-royong perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) kali-2 telah diadakan

pada 15 Mac 2019. Ianya dianjurkan bertujuan untuk menyemai dan mendidik semangat EKSA dan kerjasama dikalangan kakitangan PPANPk.

Gotong-royong perdana EKSA pada kali ini telah dirasmikan oleh Pengarah PPANPk,Tuan Haji Mohammad Nazari bin Haji Abdul Hamid. Sebelum ianya dimulakan, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Encik Muhamad Zakaria Bin Abdul Rahman Adas selaku Ahli Jawatankuasa Promosi EKSA PPANPk.

Sesi taklimat tersebut diadakan di padang PPANPk dan dihadiri oleh semua pegawai serta kakitangan bertujuan untuk memberi penerangan yang lebih terperinci bagi menjayakan aktiviti gotong-royong

perdana EKSA kali ini.

Aktiviti gotong-royong bermula dengan pengagihan tugas kepada kakitangan dan turut disertai oleh pelajar latihan industri mengikut zon masing-masing.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersih seluruh kawasan PPANPk termasuk luar dan dalam bangunan, m e n g e m a s k i n i sudut ‘Go Green’ dan mengenal pasti kawasan yang belum diseragamkan bagi persediaan audit dalaman EKSA PPANPk.

Hasilnya satu suasana ekosistem kerja yang lebih kondusif dapat diwujudkan selaras dengan objektif utama EKSA diadakan serta memupuk semangat kerjasama dikalangan kakitangan PPANPk.

4

Page 5: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

enerusi Tazkirah Pagi Jumaat, bertajuk “Menjaga Lidah” yang telah disampaikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan

Awam Negeri Perak (PPANPk), Tuan Haji Moham-mad Nazari bin Haji Abdul Hamid mendahului senarai penyampai tazkirah secara bulanan. Merujuk buku 40 Hadis Bicara Rasullah sebahagian daripada tan-da Kesempurnaan Iman dan Islam seseorang ialah melalui bicara dengan sesuatu yang membawa man-faat sama ada di dunia atau akhirat serta membawa kebahagiaan dan ketenangan bagi masyarakat. Jika bicaranya hanya menyakitkan orang lain dan menye-babkan kerosakan, maka dia harus memilih diam, kerana takut pada kemarahan dan kemurkaan Allah S.W.T.

Nabi SAW mengakhiri pelajaran yang diberikan ke-pada Mu’adz dengan menyebut bahawa kunci se-gala amalan supaya dapat mencapai kesempurnaan adalah dengan menjaga lidah . Kepentingan men-jaga lidah ini telah dibahas dalam hadis yang ke-15. Mengambil contoh para sahabat dan ulama menjaga lidah mereka, Saidina Abu Bakar as-Siddik antara amalan beliau dalam menjaga lidah dengan meletak-kan batu di dalam mulut supaya kurang bercakap.

Tuan Haji berpendapat, pada zaman ini batu-batu itu perlu dialihkan kepada jari-jemari manusia kera-na dalam era moden ini fungsi jari seumpama lidah malah lebih lagi dalam memperkata serta mengung-kapkan sesuatu. Sesungguhnya tiada satu pun per-kataan yang dizahirkan terlepas daripada catatan Allah sebagaimana firmanNya, “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan men-ulisnya).” (Surah Qaf ayat 18).

Latihan

ada 28 Februari 2019, seramai 35 orang kakitangan PPANPk telah menghadiri ceramah mengenai Pencegahan Kebakaran & Latihan Penggunaan Alat Pemadam Api bertempat di Perpustakaan Awam Taiping. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama pegawai dan anggota daripada Balai Bom-

ba dan Penyelamat Taiping.

Objektif utama program ini adalah memberi pendedahan kepada kakitangan PPANPk tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan, bagaimana menggunakan alat pemadam api mudah alih yang sedia ada di bangunan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran sama ada di tempat kerja dan juga di rumah.

Kesemua kakitangan PPANPk telah memberikan ker-jasama semasa demonstrasi latihan kebakaran dan pen-gungsian bangunan dengan mencatatkan rekod keputusan masa terbaik untuk bergerak ke lokasi berkumpul yang ter-letak di luar kawasan perpustakaan.

Program diakhiri dengan penilaian semula terhadap respon kebakaran dan sesi perbincangan. Melalui program ini di-harap para kakitangan mendapat manfaat yang berguna serta dapat memastikan suasana kerja yang selamat.

5

Page 6: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

erbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menganjurkan Majlis Perhim-punan Bulanan Bil.1/2019 pada 31 Januari

2019 bertempat di Aras 1, Perpustakaan Awam Neg-eri bermula jam 8.30 pagi. Majlis Perhimpunan ini adalah pertama kali diadakan sebagai pembukaan tirai tahun 2019. Majlis dimulakan dengan slot ce-ramah bertajuk “Pekerja Yang Cemerlang” dan telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar bin Syed Azlan Al-Hafiz.

Acara majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Nega-raku dan nyanyian lagu negeri Perak, seterusnya bacaan doa dan bacaan ikrar integriti yang dipimpin oleh saudara Mohd Zuwairi bin Mohd Nawawi. Dalam ucaptama Tuan Pengarah PPANPk telah memben-tangkan beberapa pencapaian jabatan tahun 2018 dan program-program yang akan dilaksanakan tahun ini. Beliau juga mengharapkan semua kakitangan bu-kan sahaja bekerja dengan rajin, bersungguh-sung-guh, komited, berintegriti dan bertanggungjawab,

malahan mengharapkan semua kakitangan bersatu hati dengan bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menjadikan PPANPk sebagai jabatan yang terbaik, terutama dalam bidang perkhidmatan perpustakaan.

Majlis perhimpunan kali ini diakhiri dengan slot tak-limat Pengurusan Perkhidmatan yang disampai-kan oleh Pustakawan Bahagian Perkhidmatan Per-pustakaan, Puan Suraya binti Haji Ariffn.

ada 9 Januari 2019 telah diadakan satu perjumpaan semua kakitangan Ibu Pejabat bersama Tuan Pen-garah PPANPk di Bilik Cempaka, PPANPk. Perjumpaan bulanan ini akan diadakan sebulan sekali pada minggu pertama setiap bulan kerana ianya bukan sahaja bertujuan untuk merapatkan hubungan dan

silaturahim antara pihak pengurusan dan semua kakitangan, malah sebagai medan interaksi dan komunikasi untuk merapatkan jurang antara kakitangan.

Pada perjumpaan kali pertama ini, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 serta mengalu-alukan kehadiran kakitangan baru yang telah melaporkan diri pada 2 Januari 2019. Beliau juga telah memaklumkan beberapa perkara yang akan dilaksanakan oleh jabatan antaranya ialah Penstrukturan Semula Carta Fungsi

Jabatan, penguatkuasaan penggunaan MyPortfolio dan penguatkuasaan Zon Larangan Merokok di seluruh ka-wasan perpustakaan.

Beliau juga mengumumkan pencapaian melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan 2018 meningkat dan be-berapa transformasi akan dilaksanakan dalam tahun ini antaranya ialah penguatkuasaan penggunaan Ookbee Buffet (Pembacaan Secara Buffet) pangkalan data yang menyediakan lebih 2,000 bahan bacaan merangkumi Buku, Akhbar, Novel, dan Majalah untuk diakses secara

percuma melalui telefon pintar. Selain itu, antara signature program jabatan seperti Pesta Buku, World Quran Hour, Jom Baca Bersama untuk 10 minit dan Photo Challenge diteruskan pelaksanaannya pada tahun ini.

Program Books Exchange dan Koleksi Pendidikan Malaysia akan diperluaskan ke seluruh perkhidmatan perpustakaan dan menghasilkan koleksi penerbitan berkualiti seperti Sejarah PPANPk, Buletin PPANPk dan bahan-bahan pameran.

6

Page 7: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

aktiviti @aktiviti@

perpustakaan telah diadakan

pada 23 Februari 2019 di Perpustakaan Desa

Kampung Raja Bashah. Terdapat pelbagai aktiviti yang

telah dijalankan bagi setiap kategori, antaranya ialah Pertandingan

kolaj musang berjanggut, raja & ratu cilik pakaian beragam, play with

alphabet, pertandingan susun manik, pertandingan siapa pantas, dam ular gergasi, soccer goal dan teka jumlah buku. Aktiviti@perpustakaan ini telah mendapat penyertaan dan sambutan menggalakkan dari kalangan masyarakat sekitar dengan kehadiran seramai 200 orang. Aktiviti ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Orang Besar Jajahan Kerian YDH Toh Maharaja Indera, Dato’ Haji Khairuddin

bin Arshad diiringi Pengarah Perbadanan Perpustakaan

Awam Negeri Perak, Tuan Haji Mohammad Nazari bin

Haji Abdul Hamid serta Pustakawan, Puan

Suraya binti Haji Ariffin.

7

Page 8: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

OHA dalam bahasa Maori bermak-sud ‘pemberian’ (gift) merupakan Sistem Perpustakaan Bersepadu

yang menggunakan Perisian Sumber Terbu-ka (Open Source). Sistem KOHA dibangunk-an oleh Syarikat Bywaters di New Zealand pada tahun 2000. Sistem KOHA meng-gunakan perisian sumber terbuka (open source) mengikut protokol dan piawaian perpustakaan seperti MARC21, UNIMARC, Z39.50, SRU/SW, SIP2, SIP/NCIP.

Pada masa kini, statistik menunjukkan lebih 1,100 buah perpustakaan di seluruh dunia termasuk Ma-laysia telah mula beralih kepada Sistem KOHA dari Sistem Perpustakaan Bersepadu sedia ada (Propri-etary System). Sistem KOHA menjadi pilihan alterna-tif kerana sistem ini berkemampuan untuk berfungsi sepenuhnya, bersifat fleksibel, kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan telah dibangunkan mengikut protokol dan piawaian perpustakaan. Penggunaan Sistem KOHA dapat menjimatkan kos operasi ses-ebuah perpustakaan dan membantu menyelesaikan masalah kekangan bajet sesebuah organisasi.

Bagi memenuhi kefahaman dan penguasaan sistem tersebut, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah mengadakan kursus integrasi Sistem Perpustakaan Bersepadu (Integrated Library Management System) KOHA pada 4, 5, 6, 7 dan 12 Mac 2019. Terdapat 4 jenis kursus yang diadakan iaitu Kursus KOHA Administrator Level 1 pada 4 dan 5 Mac 2019, Kursus KOHA User Training pada 6 dan 7 Mac 2019 manakala Kursus KOHA Administrator Level 2 pada 12 Mac 2019.

Seramai 43 peserta telah menghadiri 3 kursus terse-but terdiri daripada kakitangan PPANPk serta kaki-tangan Perpustakaan Tun Razak, Majlis Bandaraya

8

Page 9: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

atu memorandum persefahaman antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dengan Edge Tech Sdn Bhd telah diadakan pada 6 April 2019 di Bilik Chempaka, Perpustakaan Awam Negeri. PPANPk diwakili oleh Pengarah, Tuan Haji Mohammad

Nazari bin Haji Abdul Hamid manakala Edge Tech Engineering diwakili oleh Pengurusnya, Jesse Kah Ingland.

Memorandum ini bertujuan untuk mengadakan kursus Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA sebanyak 4 kali dalam setahun oleh Edge Tech Engineering di PPANPk. Kursus ini akan diadakan pada bulan Mac, Julai, September dan November 2019.

Bagi menghadiri kursus ini dan maklumat lanjut, bolehlah melayari laman sesawang PPANPk di https://ppanpk.perak.gov.my

Ipoh (MBI), Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

Edge Tech Engineering Sdn. Bhd. telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar kursus tersebut. Encik Co-lin Vitalis dan Sarah Rosalia A. Fernandez adalah tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berpengala-man dalam mengendalikan kursus Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA kepada peserta.

Pengarah PPANPk Tuan Haji Mohammad Nazari bin Abdul Hamid telah menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta yang terlibat.

9

Page 10: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

ertandingan Bola Jaring antara zon 2019 an-juran Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitan-gan (KREKAP) Perbadanan Perpustakaan

Awam Negeri Perak telah dijalankan pada 30 Mac 2019. Sebanyak 4 pasukan terdiri dari ahli KREKAP manakala 2 pasukan jemputan iaitu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Perak dan Jabatan Perangkaan Perak telah mengambil baha-gian pada pertandingan ini.

Pertandingan ini diadakan bertujuan mencungkil bakat-bakat baru serta memberi pendedahan dan latihan dikalangan pemain sedia ada. Ianya juga se-bagai persediaan awal pasukan bagi menghadapi kejohanan dwi tahunan Sukan Perpustakaan Awam SeMalaysia (SPASM) yang akan datang.

Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan yang mewakili JUPEM dan hadiah berserta sijil kemenan-gan telah disampaikan oleh Puan Junaimi binti Ab-dul Moin selaku Pustakawan PPANPk.

atu majlis penyampaian sijil bagi meraikan 3 orang pelajar Latihan Industri pada 22 Februari 2019

yang menamatkan latihan mereka telah diadakan di Pejabat Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk).Mereka yang mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Perpustakaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Merbok ialah Noor Natasya binti Mat Abu,

Nurul Filza binti Mohd Omar dan Rabiatul Adawiyah binti Zulkifli. Ketiga-tiga pelajar ini telah memulakan Latihan Industri di PPANPk pada 14 Januari 2019.

Pihak PPANPk amat menghargai segala sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani latihan industri di PPANPk. Pihak PPANPk berharap agar segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi selama 2 bulan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan semoga ketiga-tiga pelajar ini terus cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan pada masa akan datang.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi.

10

Page 11: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

rogram Library Camp merupakan salah satu aktiviti bagi pelajar sekolah rendah yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak pada musim cuti sekolah. Selain dari mengisi masa lapang para peserta sewaktu cuti persekolahan, program ini adalah bertujuan membentuk jati diri para peserta dalam kehidupan seharian. Ianya juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan semangat

berpasukan melalui aktiviti yang dijalankan. Program ini juga diharap dapat meningkatkan pemikiran dan tingkahlaku peserta ke arah aktiviti yang lebih sihat dan berfaedah. Selain dapat membentuk kembali sikap mereka agar lebih berdisplin, berani, berdikari, bekerjasama, hormat-menghormati dan percaya kepada persekitaran ianya juga dapat menanamkan rasa kesedaran diri dalam memahami matlamat hidup serta menyedari tanggungjawab diri.

Program pada kali ini telah diadakan pada 27 Mac 2019 di Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Kangsar manakala di Perpustakaan Awam Cawangan Taiping diadakan pada 27 dan 28 Mac 2019. Peserta yang berminat bolehlah turut serta dalam Program Library Camp yang akan datang.

Perp. Awam Caw. K.KangsarPerp. Awam Caw. TaipingPerp. Awam Negeri

11

Page 12: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

erbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menerima pegawai lantikan baru pelbagai jawatan selaras hasrat mengoptimumkan operasi jabatan. Satu majlis bersama Pengarah PPANPk dengan kesemua pegawai lantikan baru ambilan Januari 2019 telah diadakan pada 2 Januari 2019 bertempat di Bilik Mawar, Perpustakaan Awam Negeri.

Seramai 14 calon yang ditawarkan pelbagai jawatan telah hadir melapor diri dan membuat lafaz Ikrar Aku Janji Penjawat Awam di hadapan Pengarah PPANPk.

Sebelum para pegawai lantikan baru ini diberi penempatan, mereka telah didedahkan dengan pelbagai maklumat melalui beberapa taklimat yang telah disampaikan selama empat (4) hari di PPANPk. Taklimat tersebut merangkumi pelbagai topik dan telah disampaikan oleh pegawai daripada semua bahagian dan unit di PPANPk. Taklimat yang diberikan bertujuan untuk mendedahkan maklumat umum mengenai jabatan dan Perkhidmatan Awam kepada semua pegawai yang baru dilantik. Pihak jabatan mengucapkan selamat bertugas kepada semua.

NAMA JAWATAN STATUS

Farahanum Shuhaily bt. Ab. Malek Zaki Pen. Pustakawan S29 Tetap

Amirul Aizat bin Mohd Sapian Pen. Pustakawan S29 Tetap

Muhammad Sallehuddin bin Zainal Mazri Pen. Pustakawan S29 Kontrak

Mohamad Zakaria bin Abdul Rahman Adas Pen. Peg. Teknologi Maklumat FA29 Tetap

Norsharina bt. Sahrifuddin Pembantu Tadbir (P/O) N19 Tetap

Nur Alia binti Anuar Pembantu Tadbir (P/O) N19 Tetap

Mohd Hazrin bin Mohd Tajudin Pemandu Kenderaan H11 Tetap

Amira binti Jamahisam Pembantu Pustakawan S19 Kontrak

Muhammad Lukman bin Othman Pembantu Pustakawan S19 Kontrak

Muhammad Na’im bin Nazri Pembantu Pustakawan S19 Kontrak

Nur Amalina ‘Afini bt. Mohd Zainal Azwan Pembantu Pustakawan S19 Kontrak

Ahmad Firdaus bin Ahmad Fauzi Pembantu Pustakawan S19 Kontrak

Nur Azwani binti Ibrahim Pembantu Pustakawan S19 Kontrak

Muhammad Farhan bin Hamzan Pembantu Pustakawan S19 Kontrak

12

Page 13: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

umpulan Riang Ria Didi telah dijemput oleh Tadika Krista, Jalan Tambun Ipoh untuk sesi persembahan Riang Ria

Bersama Didi pada 2 Januari 2019 yang lalu. Seramai 30 orang murid pra sekolah berumur

4 hingga 6 tahun telah terlibat bersama-sama 6 orang guru. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

persembahan bercerita bersama Kak Ina, dengan tajuk cerita “Si Bongsu, Si Tengah dan Si Sulong”.

Seterusnya semua murid telah dipertontonkan dengan persembahan boneka bertajuk ‘Tolong Menolong’. Lima karakter boneka iaitu singa, burung hantu, pepatung, monyet dan katak telah menarik minat murid selain nyanyian diiringi oleh petikan gitar. Penampilan istimewa Maskot Didi turut memeriahkan suasana di mana kesemua murid menari dan menyanyi bersama Didi. Kesemua murid juga diberi peluang melawat ke Perpustakaan Bergerak Multimedia.

ada kali ini Kumpulan Riang Ria bersama Didi telah mengadakan persembahan di Tadika K-Intelak Meru Damai, Ipoh. Seramai 55 orang murid dan guru telah

berpeluang untuk bersama-sama bergembira dengan aktiviiti yang dijalankan pada 12 Mac 2019.

Pada kali ini murid-murid telah dipertontonkan dengan persembahan silap mata daripada Abang Nazarul, bernyanyi bersama Abang Azim, menari bersama Didi selain menyaksikan persembahan boneka, persembahan bercerita, lawatan ke Perpustakaan Multimedia dan tayangan video. Beberapa orang murid juga telah memenangi cenderahati semasa sesi soalan kuiz.

13

Page 14: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

ama Bulatan Sultan Azlan Shah yang terletak di Meru bukanlah sesuatu yang asing bagi warga Perak, khususnya yang tinggal di

Ipoh dan sekitarnya. Bulatan Sultan Azlan Shah juga merupakan antara lokasi pilihan buat masyarakat setempat meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Pada setiap bulan hari Sabtu minggu keempat bermula dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah memberi ruang kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) untuk menjalankan aktiviti bersama pengunjung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya.

Sehubungan itu, PPANPk tidak melepaskan peluang mempromosikan perkhidmatan kepada komuniti setempat antaranya perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Multimedia. Pihak PPANPk juga mengadakan beberapa aktiviti untuk pengunjung yang hadir antaranya ialah aktiviti Mewarna, permainan Congkak, Dam Ular Gergasi serta Hide And Seek Puzzle. Program sebegini dapat memberi manfaat kepada komuniti terutama untuk ibu bapa yang datang membawa anak-anak bersama.

erbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah terlibat secara langsung dalam menjayakan Program Hari Tanpa Kereta Ipoh (Ipoh Car Free Day) anjuran Majlis Bandaraya Ipoh pada setiap hari Ahad minggu keempat setiap

bulan. Program ini berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi bertempat di sepanjang Jalan Raja DiHilir, Ipoh. Program ini bermatlamat bagi merendahkan perlepasan karbon di sekitar bandaraya. Sepanjang bulan Januari hingga Mac 2019 PPANPk telah mengadakan pelbagai aktiviti antaranya Menghias Bento, Hide and Seek Puzzle, Pertandingan Mewarna Keluarga dan ‘Suamiku Pereka Fesyen’. Aktiviti yang dianjurkan lebih berbentuk santai dan riadah serta terbuka kepada semua golongan masyarakat dan usia. Selain itu, Perpustakaan Bergerak Multimedia turut memberikan perkhidmatan ruang bacaan serta koleksi buku ilmiah dan fiksyen kepada pengunjung yang hadir.

PPANPk sentiasa berusaha mempelbagaikan aktiviti bagi menarik minat pengunjung luar untuk turut serta dalam Program Hari Tanpa Kereta Ipoh. Para pengunjung digalakkan datang dengan cara berbasikal atau berjalan kaki ke tempat program berlangsung.

14

Page 15: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

erbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) dengan kerjasama Pusat Perubatan Ar-Ridzuan julung kalinya telah mengadakan Karnival kanak-kanak@perpustakaan bertempat di Perpustakaan Awam Negeri, Ipoh pada 16 Februari 2019.

Seramai 200 orang kanak-kanak telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Objektif program ini adalah untuk membentuk sahsiah serta keperibadian yang unggul dalam diri serta meraikan mereka yang telah banyak menyokong aktiviti anjuran PPANPk.

Selain pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak, terdapat juga pameran daripada agensi dan jualan buku serta persembahan Puppet. Turut diadakan ceramah kesihatan daripada Pusat Perubatan Ar-Ridzuan yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Hadhrami Bin Hussain, Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Ar- Ridzuan.

Pihak PPANPk merakamkan penghargaan kepada Pusat Perubatan Ar-Ridzuan atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan karnival kali ini. Sokongan daripada ibu bapa yang membawa anak-anak untuk turut serta dalam karnival yang dianjurkan amatlah dihargai dan PPANPk akan berusaha meneruskan program sebegini pada masa akan datang.

15

Page 16: PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERAK PPANPkppanpk.gov.my/site/en/buletin/LOW_MAC19.pdf · Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak julung kalinya menganjurkan Kursus KOHA pada

ada 25 November 2018 sekali lagi Per-badanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) telah menjayakan

program PHOTOCHALLENGE@LIBRARY. Tema ‘Read Together’ telah dipilih pada pen-ganjuran kali ini. Penggambaran telah di-jalankan di sekitar kawasan Perpustakaan Awam Negeri.

Penyampaian hadiah program ini telah disampai-kan pada 27 Januari 2019 di perkarangan PPANPk sempena Program Hari Tanpa Kereta Ipoh. Panel juri terdiri daripada Encik Mohd Shahril Anuar bin Shah Kobat dari Bahagian Koordinat Senireka Grafik Cosmopoint Kolej Ipoh, Encik Mohammad Firdaus bin Azman, Pensyarah Fakulti Seni Reka Universiti Teknologi Mara Cawangan Seri Iskandar, seorang wakil Majlis Bandaraya Ipoh dan Pengarah PPANPk.

Pemenang tempat pertama dimenangi oleh Encik Nurazman Bin Abu Bakar dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00. Tempat kedua oleh Puan Latifah Binti Ahmad Tazalli menerima wang

tunai RM500.00 dan tempat ketiga oleh Encik Sham-sul Ridzuan Bin Ahmad Razali membawa pulang RM300.00. Lima hadiah saguhati bernilai RM50.00 dimenangi oleh Encik Normal Azmi Muhammad Abdullah, Encik Manaivannan A/L Sarangapany, En-cik Wan Azizul bin Aza, Encik Muha-mad Azizul Ra-him Bin Musa dan Puan Rosnita Bt Non.

P e n y a m p a i a n hadiah telah dis-empurnakan oleh YB Encik Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak dan turut serta Encik Zulkifli bin Osman dari Jabatan Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh bersama-sama Pengarah PPANPk.

En. Nurazman Bin Abu Bakar (kiri) bersama YB Exco