pidato rakyat membaca negara maju

7
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia. BACALAH atau Iqra’ yang dipetik dari Surah al-Alaq iaitu wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad kira-kira 1,400 tahun lalu jelas menunjukkan betapa besarnya pengertian ilmu dalam rona kehidupan manusia. Namun, masih ada di kalangan masyarakat yang malas dan mengabaikan tabiat membaca atas alasan tidak mempunyai waktu yang cukup dan ‘pening’ melihat susunan abjad pada kandungan buku. Pening? Hmmmm... Hanya alasan! i-Kon minggu ini cuba mengupas, selain mendapatkan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia mengenai tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia, jenis buku dan usaha bagi memperkasakan tabiat membaca. Selamat membaca! MEMANG memeranjatkan bila meneliti hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ oleh Perpustakaan Negara pada 1996 yang merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik , diikuti majalah, buku dan surat khabar. Antara jawapan yang diperoleh menerusi hasil tinjauan orang ramai ialah tidak mempunyai lebih masa atau juga kurang berminat membaca. Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Apakah masyarakat sudah terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga tidak mempunyai masa untuk mentelaah sebarang bentuk bahan bacaan yang terjual di pasaran? Atau mungkinkah masyarakat tidak lagi berminat untuk membaca buku, sebaliknya lebih tertumpu kepada sumber ilmiah lain seperti Internet, televisyen atau radio untuk mendapatkan maklumat terkini? Bila melihat purata membaca buku di kalangan masyarakat kita nyata jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan senario masyarakat di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan China yang menjadikan buku sebagai teman setia di waktu terluang. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dr Wan Ali Wan Mamat, berkata berdasarkan kajian pada 1996 itu, Perpustakaan Negara sekali

Upload: jeef10

Post on 06-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pidato

TRANSCRIPT

Page 1: Pidato Rakyat Membaca Negara Maju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia.

BACALAH atau Iqra’ yang dipetik dari Surah al-Alaq iaitu wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad kira-kira 1,400 tahun lalu jelas menunjukkan betapa besarnya pengertian ilmu dalam rona kehidupan manusia.  Namun, masih ada di kalangan masyarakat yang malas dan mengabaikan tabiat membaca atas alasan tidak mempunyai waktu yang cukup dan ‘pening’ melihat susunan abjad pada kandungan buku. Pening? Hmmmm... Hanya alasan!

 i-Kon minggu ini cuba mengupas, selain mendapatkan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia mengenai tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia, jenis buku dan usaha bagi memperkasakan tabiat membaca. Selamat membaca!  MEMANG memeranjatkan bila meneliti hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ oleh Perpustakaan Negara pada 1996 yang merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.  Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik

 , diikuti majalah, buku dan surat khabar. Antara jawapan yang diperoleh menerusi hasil tinjauan orang ramai ialah tidak mempunyai lebih masa atau juga kurang berminat membaca.  Mengapakah keadaan ini boleh berlaku? Apakah masyarakat sudah terlalu sibuk dengan urusan seharian sehingga tidak mempunyai masa untuk mentelaah sebarang bentuk bahan bacaan yang terjual di pasaran? Atau mungkinkah masyarakat tidak lagi berminat untuk membaca buku, sebaliknya lebih tertumpu kepada sumber ilmiah lain seperti Internet, televisyen atau radio untuk mendapatkan maklumat terkini?  Bila melihat purata membaca buku di kalangan masyarakat kita nyata jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan senario masyarakat di negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan China yang menjadikan buku sebagai teman setia di waktu terluang.  Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Dr Wan Ali Wan Mamat, berkata berdasarkan kajian pada 1996 itu, Perpustakaan Negara sekali lagi mengadakan kajian terbaru bagi meneliti kadar celik huruf (literasi) dan tabiat membaca di kalangan masyarakat di Malaysia.  Beliau berkata, kajian bertajuk Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 yang dimulakan pada Jun lalu dengan kerjasama Jabatan Statistik dijangka dapat diketahui hujung tahun ini.  “Kajian ini merangkumi tinjauan membabitkan seramai 60,000 rakyat pelbagai peringkat usia di seluruh negara. 

Page 2: Pidato Rakyat Membaca Negara Maju

 “Dalam kajian ini juga, kita akan ketahui tahap kecenderungan masyarakat Malaysia membaca, selain bahan bacaan yang dibaca untuk dikumpulkan ke dalam data.  “Tinjauan bermula Jun sehingga Ogos lalu penting bagi mengemas kini maklumat, di samping mengetahui tahap kecenderungan membaca masyarakat,” katanya yang ditemui i-Kon, baru-baru ini.  Beliau berkata, kajian yang masih dalam peringkat semakan data itu bakal menjadi kayu pengukur bagi jabatan itu dalam usaha memperkasakan lagi tabiat membaca.  Ditanya mengenai kelompok usia paling cenderung mengamalkan budaya membaca, Dr. Wan Ali berkata, golongan remaja mendahului senarai paling tinggi yang kerap membaca.   “Kelompok ini (remaja) terutama penuntut universiti dan kolej semestinya memilih buku teks sebagai bahan bacaan wajib dan tidak terkecuali memilih bahan bacaan berbentuk hiburan dan novel sebagai pilihan mereka,” katanya. Dr Wan Ali berkata, walaupun kempen membaca dilaksanakan Julai, pihaknya turut mempromosikan kempen galakan membaca secara berterusan sepanjang tahun.  Mengenai tema Rajin Membaca Pasti Berjaya, beliau berkata, setiap tema yang diketengahkan bertujuan untuk menarik minat serta sebagai galakan untuk menyedarkan rakyat pentingnya membaca buku.  Beliau berkata, dalam merancakkan lagi usaha membentuk masyarakat yang gemar membaca, kerajaan juga menambahkan lagi infrastruktur perpustakaan di luar bandar dengan mewujudkan sebanyak 200 perpustakaan desa yang kini dalam tempoh 90 peratus disiapkan.  Ketika ini, Perpustakaan Negara mempunyai 700,000 ahli berdaftar dengan purata seramai 3,000 pengunjung pada setiap hujung minggu, manakala purata 1,000 pengunjung setiap hari.  “Pada pandangan saya, kemajuan teknologi maklumat turut sama penting dengan peranan buku kerana bagi saya masing-masing mampu memberikan maklumat dalam kita mendapatkan sumber maklumat terkini,” katanya.  Ditanya juga mengenai pandangan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang dipetik berkata “Jika kita meminjam buku di perpustakaan, kita sentiasa terkebelakang lima tahun.” (Berita Harian (BM) 31 Julai 2005).  “Pada pandangan saya, falsafah yang dikemukakan datuk itu sebenarnya menggalakkan orang ramai memiliki sendiri buku, iaitu tidak menangguhkan untuk mendapatkan buku sendiri,” katanya yang tidak menganggap kenyataan itu sebagai mengkritik Perpustakaan Negara.  Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Firdaus Abdullah, berkata adalah sukar sebenarnya untuk mengukur budaya membaca di kalangan masyarakat.  “Jika dikatakan orang ramai tidak baca, tetapi pada masa yang sama kita dapat lihat kebanjiran toko buku dengan penerbitan majalah dan buku pada setiap tahun.  “Persoalannya, adakah masyarakat kita membeli untuk membaca atau melihat gambar semata-mata?” katanya.  Dr Firdaus berkata, ketika ini sukar untuk menyaksikan amalan membacakan

Page 3: Pidato Rakyat Membaca Negara Maju

cerita kepada anak-anak oleh ibu bapa kerana kehadiran bentuk maklumat lain seperti televisyen.  “Sekiranya amalan membacakan cerita sebelum tidur tidak kiralah cerita pendek atau sajak, saya percaya dengan sendirinya ia mampu merapatkan kemesraan keluarga secara amnya,” katanya. Apakah masa depan buku dan pengaruh teknologi maklumat (IT) terhadapnya? “IT adalah ‘penawar dan racun”, jelas Dr Firdaus.  Baca, rehat dan minum di kedai buku  “RAMAI yang suka buku dan baca buku tetapi lokek beli buku.” Itu kata-kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.  Tambahnya lagi: “Jika ini keadaannya, sama ada anda pergi ke kedai buku dan duduk di sana dan habiskan membaca buku itu di sana, kerana mahalnya, atau pergi ke perpustakaan. Tetapi biasanya di perpustakaan buku baru lambat sampai, jadi anda akan sentiasa terkebelakang lima tahun.  “Jika kita beli, dalam detak dan detik yang sama, kita membaca buku berkenaan dengan orang lain di negara lain.”  Jadi, mana satu pilihan anda? Beli, baca di kedai atau pinjam di perpustakaan?  Masing-masing pasti ada jawapan tersendiri. Hendak membeli mungkin tidak mampu, pinjam di perpustakaan, mungkin jadi seperti yang disebut Sasterawan Negara, `sentiasa terkebelakang lima tahun’! Mungkin bagi kebanyakan yang gemar membaca, tetapi tidak mampu membeli kerana mahal dan tidak mahu ketinggalan dengan meminjam di perpustakaan, membaca di kedai buku adalah pilihan paling sesuai.  Lebih-lebih lagi, kebanyakan kedai buku utama hari ini seperti MPH, Borders dan Kinokuniya, bukan saja menyajikan bahan bacaan pelbagai dan terkini malah menyediakan ruang untuk pengunjung menghayati isi kandungan buku di situ.  Tidak cukup dengan itu, ada kedai buku yang turut menempatkan kafe di dalamnya dan pelanggan boleh membaca, sambil menikmati kopi ditemani muzik yang setia berkumandang.  i-Kon turut mengunjungi beberapa kedai buku utama di sekitar ibu kota bagi melihat senario di sana. Memang ramai pengunjungnya, dari yang kecil, remaja hingga ke dewasa. Ada yang sampai duduk bersila membaca buku dan ada yang khusyuk `merenung’ komputer, mencari tajuk buku yang dihajati.  Rata-rata yang ditemui mengakui kunjungan ke kedai buku utama ini adalah untuk `membaca secara percuma’. Ramai juga yang beranggapan kedai buku ini adalah `perpustakaan’, malah lebih berkesan fungsinya berbanding perpustakaan sedia ada kerana menyediakan 1,001 macam bahan bacaan yang terkini.  Tidak kurang juga yang `berhabis’ berbelanja di kedai buku ini, lebih-lebih lagi untuk mendapatkan buku terkini, juga buku dari luar negara.  Menarikkan? Oleh itu, kepada sesiapa yang jarang-jarang hendak menjejakkan kaki ke kedai buku atau langsung tidak pernah ke kedai buku sebegini..bawa-bawalah diri ke sana. Semoga kita menjadi masyarakat yang gemar membaca.  Program Berkongsi Hasil Maklumat Bacaan DBP Ia bertujuan menanam tabiat suka membaca di kalangan kakitangan jabatan

Page 4: Pidato Rakyat Membaca Negara Maju

 Maklumat bacaan dikongsi sesama ahli mesyuarat selama 15 minit setiap kali tamat mesyuarat (seorang setiap kali mesyuarat) Program ini sudah dilaksanakan pada mesyuarat peringkat Ketua Bahagian dan akan diperluaskan dalam mesyuarat bahagian dan unit  Info Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 1996 Literasi penduduk meningkat 93 peratus. 87 peratus penduduk benar-benar mengamalkan tabiat membaca. 79 peratus rakyat Malaysia membaca akhbar, majalah (47 peratus), buku (52 peratus) dan komik (32 peratus). Akhbar dipilih oleh kelompok berusia 15 tahun hingga 44 tahun. Majalah dibaca sebahagian besar kelompok berumur 15 tahun hingga 34 tahun. Minat membaca buku dan komik pula menurun selepas umur 24 tahun.

LAUTAN pengunjung dan ulat buku yang hadir di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang dijangka mencecah sasaran 2.5 juta pelawat tahun ini. Dengan jumlah hampir 10 peratus daripada penduduk Malaysia, ia membuktikan rakyat negara ini sememangnya masyarakat yang cintakan buku.

Perkembangan ini mampu memberi impak positif kepada industri dan pasaran buku dalam memupuk minat membaca yang tinggi di samping menjadi momentum penting kepada tahap literasi negara pada masa hadapan.

Ini dikuatkan lagi dengan perangkaan terkini Jabatan Statistik Negara 2008 bahawa kadar literasi atau celik huruf rakyat Malaysia adalah tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain.

Bagaimanapun usaha berterusan perlu ditingkatkan bagi meningkatkan kadar literasi rakyat agar setanding dengan negara maju lain di dunia.

Berdasarkan kepada statistik tersebut, ia menunjukkan kadar literasi rakyat negara ini yang berumur 15 tahun ke atas ialah 93.2 peratus. Ia merupakan satu kejayaan kepada negara.

Statistik ini berkemungkinan besar berkait rapat dengan transformasi sistem pendidikan negara yang sedang dilaksanakan. Di samping itu, kewujudan Dasar Buku Negara (DBN) turut meningkatkan amalan dan tabiat membaca rakyat Malaysia.

Ia merupakan perkembangan memberangsangkan berbanding laporan dan kajian akademik sebelum ini. Pada 2005, profil pembaca mendapati rakyat Malaysia berumur di bawah 40 tahun kurang membaca. Iaitu sekadar dua buah buku sahaja setahun.

Sementara itu, bagi kumpulan berumur 10 tahun dan ke atas pula, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus hanya membaca akhbar. Tiga peratus membaca majalah dan buku manakala 1.6 peratus yang lain membaca komik.

Perkara ini jelas menunjukkan rakyat negara ini masih lagi cenderung membaca bahan bacaan ringan. Berbanding rakyat negara maju, mereka lebih gemar membaca bahan

Page 5: Pidato Rakyat Membaca Negara Maju

bacaan lebih berat dalam bentuk buku. Ia termasuk generasi muda yang seawal sekolah rendah lagi.

Oleh itu, tabiat ini perlu diperbaiki dari semasa ke semasa melalui dasar sedia ada yang lebih menyeluruh dan dipertingkatkan seiring dengan tahap literasi rakyat negara ini.

Ini kerana menurut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, objektif pengembangan budaya membaca di kalangan rakyat wajar dilihat dari aspek memperkasa agenda nasional. Ia dilaksanakan secara bersepadu dengan proses pembinaan tamadun negara, bangsa dan pembangunan modal insan tanpa kompromi.

Kadar literasi yang tinggi di kalangan penduduk di negara ini juga menunjukkan lebih banyak bahan bacaan tradisional seperti buku dan lain-lain. Ia termasuk kerancakan aktiviti penterjemahan serta penerbitan diperlukan bagi menampung peningkatan indeks celik huruf di negara ini.

Usaha ini perlu digiatkan walaupun lambakan bahan bacaan digital secara percuma begitu meluas serta mudah diakses di internet.

Kehadiran aplikasi e-book, blog dan sebagainya tidak menggugat industri penerbitan bahan bacaan bercetak bahkan merancakkan lagi budaya membaca serta tradisi ilmu di negara kita.

Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia berada di belakang negara maju seperti Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman yang mempunyai kadar literasi tinggi sehingga 99 peratus.

Lazimnya semakin negara menempah kemajuan, rakyatnya lebih banyak dan kuat membaca. Ini kerana budaya membaca menjadi trend dan tradisi masyarakat negara maju sejak dahulu lagi.

Tambahan pula kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Pendidikan Untuk Semua meningkat ke tangga 45 daripada 129 negara yang terlibat dalam kaji selidik Laporan Pemantauan Global 2009 berbanding kedudukan 56 yang dicapai pada tahun 2008.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan komited menuju negara maju tidak lama lagi dan pencapaian itu bermakna Malaysia sebagai antara penyokong kuat Agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA) menjelang 2015 bagi merealisasikan misi buta huruf sifar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz2z0PU4usU © Utusan Melayu (M) Bhd 

Atan Long (1984), menyatakan bahawa 74 peratus daripada rakyat Malaysia sudah boleh membaca, tetapi hanya 0.028 peratus atau 28 daripada setiap 100,000 orang menjadi ahli mana-mana perpustakaan. 27 peratus daripada mereka tidak mempunyai sebarang buku di rumah, 30 peratus daripada mereka tidak memiliki majalah, 10 peratus tidak memiliki surat khabar dalam  tempoh enam bulan. Dilaporkan juga pada setiap tahun, purata rakyat Malaysia hanya membaca sehelai muka surat dalam masa setahun. 

Page 6: Pidato Rakyat Membaca Negara Maju

ALOR GAJAH 30 Okt. - Budaya membaca menjadi salah satu kayu pengukur yang membezakan sesebuah negara itu maju atau mundur kerana tahap intelektual rakyat yang berbeza di negara berkenaan.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin berkata, kemajuan dan pembangunan pesat sesebuah negara itu tidak bermakna jika jiwa rakyatnya 'kosong' tanpa diisi dengan pengetahuan melalui budaya membaca.

Menurutnya, melalui pembacaan bahan berbentuk ilmiah, seseorang itu dapat menajamkan pengetahuannya dalam pelbagai bidang biarpun tidak berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading.

"Rakyat di kebanyakan negara maju menjadikan amalan membaca sebagai cara hidup kerana bagi mereka biarpun tidak berpeluang belajar tinggi, ilmu pengetahuan perlu terus ditimba," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis Anugerah Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Talib Karim di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengetua SMK Datuk Haji Talib Karim, Zulkapli Othman.

Mas Ermieyati berkata, indikator bagi sebuah negara maju adalah rakyatnya perlu membaca sekurang-kurangnya 20 buah buku setahun dan kebanyakan negara maju seperti Jepun telah melepasi tahap berkenaan.

Katanya, di negara ini amalan membaca dilihat masih rendah dan belum menjadi budaya dan cara hidup kerana mengikut kaji selidik yang dijalankan agensi berkaitan, rakyat di negara ini secara puratanya membaca cuma 11 buah buku setahun.

Sehubungan itu katanya, penglibatan semua pihak termasuk institusi kekeluargaan haruslah memainkan peranan dalam memupuk budaya membaca kepada anak-anak seawal mungkin supaya mereka membesar dengan membawa bersama amalan itu.

Katanya, usaha yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran menerusi Program Nilam harus dipuji kerana berjaya menerapkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Selatan/20131031/ws_05/Budaya-membaca-bezakan-negara-maju-dan-mundur#ixzz2z0QAdfsw © Utusan Melayu (M) Bhd