pidato insan cemerlang negara gemilang

3
”INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG” Bismillah……Alhamdulillah…….. Emas sarat tampak memikat, Hiasi dulang berisi gelang, Kualiti hebat prestasi ditingkat, Insan cemerlang negara gemilang. Cetusan barakah buat peneraju acara, Saf kehakiman intelektual berkarisma, Sidang hadirin warga dewan berwibawa.. Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma... Hari ini, pertandingan ini bukanlah pertandingan akademi piala fantasia, maka saya bukanlah Mawi ataupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk ”Insan Cemerlang, Negara Gemilang”. Sidang pendidik yang dikasihi sekalian, Frasa insan cemerlang menurut Dato Nordin Kardi, Naib Canselor UUM ialah insan yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan seiring perkembangan zaman. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, frasa negara gemilang ialah negara yang dipimpin oleh pemimpin berwibawa serta mampu mencapai keseimbangan dalam segala aspek termasuk politik, ekonomi mahupun sosial. Sidang penonton yang penuh santun, Bicara saya yang pertama ialah ”insan berintegiti negara dijulang”. integriti membawa maksud nilai kejujuran dan keperibadian yang luhur menjadikan negara dipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masayarakat yang memahami nilai-

Upload: mohd-shafuan-zulkafli

Post on 15-Jun-2015

17.734 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Bukan karya saya, sila berikan kredit dan ucapan terima kasih kepada MUHAMMAD SOLEHUDDIN B HJ ABDUL RONI

TRANSCRIPT

Page 1: Pidato Insan Cemerlang Negara Gemilang

”INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG”

Bismillah……Alhamdulillah……..

Emas sarat tampak memikat,

Hiasi dulang berisi gelang,

Kualiti hebat prestasi ditingkat,

Insan cemerlang negara gemilang.

Cetusan barakah buat peneraju acara,

Saf kehakiman intelektual berkarisma,

Sidang hadirin warga dewan berwibawa..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam karisma...

Hari ini, pertandingan ini bukanlah pertandingan akademi piala fantasia, maka saya

bukanlah Mawi ataupun Faizal, tetapi pelajar akademi Institut Pendidikan Guru Malaysia

yang akan menyampaikan sebuah pidato bertajuk ”Insan Cemerlang, Negara

Gemilang”.

Sidang pendidik yang dikasihi sekalian,

Frasa insan cemerlang menurut Dato Nordin Kardi, Naib Canselor UUM ialah

insan yang berdaya saing dan mampu memanipulasikan dirinya ke arah kemajuan

seiring perkembangan zaman.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, frasa negara gemilang ialah negara yang

dipimpin oleh pemimpin berwibawa serta mampu mencapai keseimbangan dalam

segala aspek termasuk politik, ekonomi mahupun sosial.

Sidang penonton yang penuh santun,

Bicara saya yang pertama ialah ”insan berintegiti negara dijulang”. integriti

membawa maksud nilai kejujuran dan keperibadian yang luhur menjadikan negara

dipandang hemah dan mulia oleh seantero dunia. Masayarakat yang memahami nilai-

Page 2: Pidato Insan Cemerlang Negara Gemilang

nilai kemanusiaan yang harus menjadi amalan bagi mementuk insan cemerlang.

Sebagai warganegara Malaysia, saya sangat berbangga kerana rakyat negara ini sudah

mempunyai nilai integriti yang baik. Buktinya, apabila seorang pegawai TLDM iaitu

Bakhri Shah Abdullah dari Kt Sultan Idris (1) Pengkalan Lumut yang dilaporkan oleh

akhbar Berita Harian pada 15 Jun 2009 telah menerima Pedang Kehormat Kesatuan

Britannia dan beliau merupakan orang bukan British pertama menerima anugerah itu.

Selain beliau, nilai integiti ini juga telah menjadikan rakyat kita antara usahawan berjaya.

Ku Azhar Ku Abd Razak merupakan bekas tentera dan kini beliau antara usahawan

berjaya negara dengan kejayaan membuka syarikat perusahaan feri terbesar Malaysia

iaitu JMV Tradetech. Kejayaan syarikat beliau juga telah memperkenalkan destinasi

menarik Malaysia seperti Langkawi di peringkat global. Ini telah menunjukkan kepada

kita bahawa insan berintegriti menjulang negara di peringkat antarabangsa.

Sidang hadirin warga dewan budiman,

Bicara saya yang kedua, insan bersatu negara maju. Konsep 1 Malaysia ”Rakyat

didahulukan, pencapaian diutamakan” yang telah digagaskan oleh YAB Perdana

Menteri Dato Seri Najib Tun Razak bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat

Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang

seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Jika dahulu, timbulnya cakap-cakap

belakang, Melayu itu kaya, Cina itu hina, India pula teraniaya, tetapi kini perbezaan

mentaliti berdasarkan etnik nyata dihapuskan sama sekali. Dalam erti kata lain, 1

Malaysia menuntut rakyat Malaysia agar sama-sama berganding bahu menggembleng

tenaga dalam membantu memastikan aspirasi negara iaitu wawasan 2020 tercapai jika

ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh segenap lapisan

masyarakat. Inilah yang kita inginkan, insan bersatu, masyarakat berpadu negara kita

Malaysia pasti akan maju.

Bicara saya yang ketiga ”Insan kreatif dan inovatif meningkatkan produktiviti”.

Saban tahun kita melihat betapa besarnya peruntukan yang diagihkan oleh kerajaan

terhadap institusi pendidikan dalam usaha untuk memantapkan lagi medan pendidikan

negara seterusnya berjaya melahirkan modal insan yang bakal menerajui negara. Hal ini

kerana, dalam dunia yang penuh cabaran ini, seseorang individu perlu mengolah

Page 3: Pidato Insan Cemerlang Negara Gemilang

sesuatu yang baru dan segar berdasarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain yang

ingin dibentuk dalam modal insan hari ini. Saudara Najmil Faiz Mohamed Aris, pelajar

PHD dalam bidang Nano Technology di Universiti Metropolitan di Leeds yang sebelum

ini mendapat perhatian media Malaysia kerana kejayaan beliau mengharumkan nama

negara menerusi pembentangan tesisnya di Parlimen Britain pada tahun 2005. Insan

yang kreatif dan inovatif inilah yang akan memacu kepesatan negara Malaysia agar

berjaya mengharungi arus globalisasi yang melanda seharusnya berdiri sama tinggi,

duduk sama rendah dengan negara-negara yang lain.

Bicara saya yang keempat. ”Insan berilmu meningkatkan kualiti insani”. Hakikat

dan lumrah kehidupan, masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi diberi

keutamaan dan penghormatan. Sejarah pembinaan tamadun dunia telah membuktikan

bahawa keagungan sesebuah tamadun dapat diukur melalui tahap keintelektualan dan

nilai integriti masyarakat tamadun tersebut. Alkhawarizmi, tokoh yang cukup ulung

dalam bidang matematik. Hasil kajian beliau telah menjadi asas kepada teori

trigonometri. Tokoh barat, Professor Hitti sangat menyanjung beliau dan menganggap

tokoh Islam itu antara saintis ulung dunia. Selain itu juga, saya bawakan contoh-contoh

pelajar Cemerlang SPM kita, Nuramalina Che Bakri, Nadiah Amirah Jamil, Azali Azlan

dan adik Nik Nur Madihah yang merangkul kejayaan cemerlang dalam SPM

membuktikan insan berilmu meningkatakan kualiti diri yang unggul sekaligus mampu

memberi sumbangan besar kepada negara ke arah kegemilangan.

Tuntasnya, insan cemerlang adalah insan yang memiliki nilai dan sikap yang maju dan

ke hadapan dalam membina dan mencanai negara ke arah kegemilangan yang sejagat.

INSAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG

SALAM INTEGRITI

Sekian w.b.t.

MUHAMMAD SOLEHUDDIN B HJ ABDUL RONI

IPGM KAMPUS DARULAMAN

TEKS PIDATO IPGM KEBANGSAAN PIALA DATIN ASARIAH MIOR SHAHARUDDIN

TIM. KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

28-30 JULAI 2009