pidato bm

3
Nama Sekolah: SJK(T) Selama Nama Murid: Harivaraci a/p Murugan KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Sekalung penghargaan buat peneraju acara, barisan panel hakim yang arif lagi teguh saksama, penjaga masa yang cakna akan randiknya, warga pendidik bersemangat waja, pesaing yang bijak berbicara dan warga seisi dewan peneraju wawasan negara. Salam sejahtera, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” begitulah mauduk wacana saya yang akan saya lontarkan. Sebelum lidah mengalun bicara, minda mengupas wacana, akan saya definisikan mauduk pidato saya pada hari ini. Secara literalnya, menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, “kesetiaan” membawa erti keteguhan hati manakala “Raja” ialah orang yang mengetuai dan memerintah sesuatu negara. “Negara” pula bermaksud suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Warga dewan kebanggaan negara, Indikator saya yang pertama di bawah naungan kata, kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip rukun negara yang kedua. Di negara kita yang berdaulat ini, Raja dan Negara saling berhubung kait dan amat teguh sekali kaitannya. Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki untuk mentaati dan menghormati Raja dan Negara. Namun mana tumpahnya taat setia? Adakah dengan meniti di bibir sahaja? Tepuk dada, tanya selera. Masih ingatkah lagi, saat sesetengah orang mempermainkan lagu Negaraku sebagai bahan gurauan? Warga dewan bangkitlah kita tentang pengkhianat

Upload: mira-amira

Post on 15-Jan-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pidato

TRANSCRIPT

Page 1: PIDATO BM

Nama Sekolah: SJK(T) Selama

Nama Murid: Harivaraci a/p Murugan

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Sekalung penghargaan buat peneraju acara, barisan panel hakim yang arif lagi teguh

saksama, penjaga masa yang cakna akan randiknya, warga pendidik bersemangat

waja, pesaing yang bijak berbicara dan warga seisi dewan peneraju wawasan negara.

Salam sejahtera, salam perpaduan serta salam 1 Malaysia.

“Kesetiaan kepada Raja dan Negara” begitulah mauduk wacana saya yang akan saya

lontarkan. Sebelum lidah mengalun bicara, minda mengupas wacana, akan saya

definisikan mauduk pidato saya pada hari ini.

Secara literalnya, menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, “kesetiaan” membawa erti

keteguhan hati manakala “Raja” ialah orang yang mengetuai dan memerintah

sesuatu negara. “Negara” pula bermaksud suatu masyarakat yang menduduki

kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Warga dewan kebanggaan negara,

Indikator saya yang pertama di bawah naungan kata, kesetiaan kepada Raja dan

Negara terangkum dalam prinsip rukun negara yang kedua. Di negara kita yang

berdaulat ini, Raja dan Negara saling berhubung kait dan amat teguh sekali kaitannya.

Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki untuk mentaati dan menghormati Raja dan

Negara. Namun mana tumpahnya taat setia? Adakah dengan meniti di bibir sahaja?

Tepuk dada, tanya selera. Masih ingatkah lagi, saat sesetengah orang

mempermainkan lagu Negaraku sebagai bahan gurauan? Warga dewan bangkitlah

kita tentang pengkhianat itu. Dengan ini, terbuktilah taat dan sumpah setia kepada

Raja dan Negara.

Sidang dewan yang dihormati,

Indikator saya yang kedua di bawah kata kunci,

Page 2: PIDATO BM

Raja Melayu simbol kelestarian sejarah dan warisan negara. Ingatlah warga dewan

yang dikasihi, Raja dan rakyat berpisah tiada. Terungkapnya kata-kata itu

menandakan wujudnya Raja sebagai sebahagian daripada kesinambungan negara dan

dilindungi oleh perlembagaan. Mari kita imbau, kita telusuri aliran sejarah, saat Sultan

Alauddin bertitah kepada anakanda Baginda betapa pentingnya jalinan Raja dan

rakyat. Tanamkan benih keazaman semaikan segunung tekad jangan biarkan Malayan

Union mencengkam kembali.

Pada penghujung bicara jelas dinyatakan, saya suka ingin mengingatkan agar

dipahatkan dalam minda bahawa rakyat yang memperlekehkan kesetiaan kepada

Raja dan Negara akan meruntuhkan tembok perpaduan yang telah terbina utuh sejak

sekian lama. Jauhkanlah anasir yang boleh meruntuhkan ikatan keharmonian yang

telah kita bina di bawah “satu payung”. Di mana bumi dipijak di situ langit kujunjung.

Akhir kalam,

Puteri datang bukan dari sebarang negeri,

Datang ke mari berhajat di hati,

Sekianlah sudah pesanan diberi,

Izinkan saya mengundur diri,

Petanda hujah tamatlah kini,

Terkhilaf bicara harap dimaafi.

Sekian, terima kasih.