pidato-akhlak cemerlang

5
AKHLAK CEMERLANG NEGARA TERBILANG . Bismillahirrahmanirrahim Tegak rumah kerana sendi Runtuh sendi rumah binasa Tegak bangsa kerana budi Hilang budi hilanglah bangsa Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Kehakiman intelektual berkarisme, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati maksud pidato saya yang bertajuk Akhlak Cemerlang , Negara Terbilang.. Pertama- bertunjangkan indikator akhlak cemerlang. Istilah akhlak berasal daripada perkataan Arab iaitu khuluk yang bermaksud tata tertib dan maruah. Akhlak mencakupi seluruh perbuatan lahiriah yang terjelma daripada dorongan batiniah dalam diri insan. Manakala negara terbilang pula ialah negara yang berjaya. Sidang Dewan yang dihormati,

Upload: sulaiman-mohd-suhaimi

Post on 20-Jun-2015

1.662 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: pidato-akhlak cemerlang

AKHLAK CEMERLANG NEGARA TERBILANG .

Bismillahirrahmanirrahim

Tegak rumah kerana sendi

Runtuh sendi rumah binasa

Tegak bangsa kerana budi

Hilang budi hilanglah bangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Kehakiman intelektual

berkarisme, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum dan

salam sejahtera.

Sebelum hujah-hujah saya utarakan, izinkan saya mengupas intipati maksud

pidato saya yang bertajuk Akhlak Cemerlang , Negara Terbilang..

Pertama- bertunjangkan indikator akhlak cemerlang. Istilah akhlak berasal

daripada perkataan Arab iaitu khuluk yang bermaksud tata tertib dan maruah.

Akhlak mencakupi seluruh perbuatan lahiriah yang terjelma daripada dorongan

batiniah dalam diri insan. Manakala negara terbilang pula ialah negara yang

berjaya.

Sidang Dewan yang dihormati,

Kututup rapat pintu definisi

Kubuka pula maksud isi

Page 2: pidato-akhlak cemerlang

Lontaran idea yang pertama berteraskan kata kunci akhlak mulia menjadi

impian, akhlak dan peribadi Rasulullah menjadi ikutan. ”Sesungguhnya aku

diutuskan demi menyempurnakan akhlak yang mulia”, Begitu sabda Rasulullah.

Justru akhlak yang mulia sentiasa menghiasi kehidupan Rasulullah Maka kita

sebagai umatnya haruslah mengikuti dan mencontohi sifat dan peribadi

Rasulullah agar hidup kita dan keluarga kita sempurna dan bahagia di dunia dan

akhirat.

Menyusul pula gagasan kedua di bawah indikator, negara bertamadun

berteraskan akhlak cemerlang. Akhlak yang cemerlang dapat menentukan

sesuatu bangsa itu berkedudukan rendah atau mulia.Umat yang baik akhlak dan

budi pekertinya itu tandanya ada kemuliaan dan keutamaan. Sebaliknya umat

yang budi pekertinya buruk akan sentiasa berada dalam kerendahan biarpun

dilimpahi dengan kemewahan dunia dan kebesaran serta kebanggaannya.Ini

kerana kemuliaan sesuatu umat itu kekal selagi mewarisi akhlak dan budi pekerti

yang mulia.

Hadirin yang dihormati,

Menyusul pula idea ketiga di bawah kata kunci akhlak bermula dari rumah,

Dengar-dengarkan, renung-renungkan pesanan Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad

Badawi dalam Akhbar Mingguan Malaysia tanggal 17 APRIL 2005

”Ibu bapa perlu sanggup mendengar msalah anak-anak dan biarlah mereka

menangis di bahu kita, janganlah ada masalah, kita halau mereka dan kemudian

mereka menangis di bahu orang lain. Pada masa itu remuklah hati kita.” Justeru

hadirin sekalian, untuk mendidik anak-anak supaya berakhlak mulia biarlah sejak

kecil lagi seperti kata Peribahasa Melayu ”Kalau hendak melentur buluh biarlah

dari rebungnya,”

Page 3: pidato-akhlak cemerlang

Sidang pendengar yang budiman,

Menelusi hujah saya yang keempat di bawah nirmala kata, anak-anak

berakhlak mulia generasi pewaris bangsa.

Anak-anak juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa. Anak-anak perlu

menghormati dan mentaati perintah ibu bapa. Maruah ibu bapa perlu dijaga.

”Janganlah menconteng arang ke muka ibu bapa.”

Yang tua kita hormati

Yang muda kita kasihi

Akhlak mulia kita sanjungi

Keluarga bahagia kekal harmoni.

Warga dewan yang dihormati,

Hujah terakhir hamba utarakan berpaksikan indikatur, peranan masyarakat

perlu diperkasa.. Sebagai masyarakat yang hidup dalam Negara yang

menjadikan Islam sebagai agama rasmi, kerajaan berusaha untuk memastikan

seluruh masyarakat, terutamanya golongan remaja sebagai barisan kepimpinan

Negara yang mempunyai akhlak dan jati diri yang mulia .Oleh itu peranan

kerajaan diperlukan untuk memastikan rakyat Malaysia yang masih bergelar

remaja mempunyai akhlak yang terpuji.Menerusi Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan telah diadakan kempen ‘Budi Bahasa dan Nilai

Murni’.Menerusi kempen tersebut, masyarakat didedahkan dengan nilai-nilai

murni yang perlu menjadi amalan.Selain itu kerajaan turut mengawal dan

menapis program televisyen yang tidak sesuai dengan norma masyarakat di

Malaysia.Secara tuntasnya, “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”

Page 4: pidato-akhlak cemerlang

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Konklusinya, marilah kita sama-sama bertaut tenaga, menggembleng usaha,

memupuk akhlak mulia dalam kalangan generasi pewaris bangsa bagi mencapai

negara terbilang melalui akhlak cemerlang.

Bunga melati bunga di darat

Bunga seroja di tepi kali

Hina besi kerana karat

Hina manusia tidak berbudi

Sekian, sejambak kasih, sekalung budi,

Izinkan hamba, mohon permisi.

Wabilahitaufik, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.