piala thomas

7
PIALA THOMAS Sejarah Perlawanan Piala Thomas Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton yang bertaraf antarabangsa untuk pasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap 3 tahun sekali sejak diperkenalkan pada tahun 1949 dan diubah kepada 2 tahun sekali pada 1984 hingga kini kekal sebagai acara dwitahunan badminton. Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas sempena nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang mendermakan piala ini pada tahun 1939. Kejohanan pertama diadakan di Queen's Hall, Preston, England. Malaya memenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskan Denmark 8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dari Asia. Indonesia telah memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China (tujuh kali) dan Malaysia (lima kali). Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali bagaimanapun tidak pernah sekali pun memenanginya. Manakala bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun 1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun 1984 kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 12-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

PIALA THOMAS Sejarah Perlawanan Piala Thomas

Kejohanan Piala Thomas adalah kejohanan utama badminton yang bertaraf antarabangsa untuk pasukan lelaki. Kejohanan ini berlangsung setiap 3 tahun sekali sejak diperkenalkan pada tahun 1949 dan diubah kepada 2 tahun sekali pada 1984 hingga kini kekal sebagai acara dwitahunan badminton.

Kejohanan ini diberi nama Piala Thomas sempena nama bekas Presiden BWF, Sir George Alan Thomas yang mendermakan piala ini pada tahun 1939. Kejohanan pertama diadakan diQueen's Hall,Preston,England.Malayamemenangi kejohanan pertama ini dengan menumpaskanDenmark8-1 pada perlawanan akhir. Sejak itu Piala Thomas sentiasa dimenangi oleh pasukan-pasukan dariAsia.

Indonesiatelah memenangi Piala Thomas sebanyak 13 kali diikutiChina(tujuh kali) danMalaysia(lima kali). Denmark yang berjaya mara ke perlawanan akhir sebanyak lapan kali bagaimanapun tidak pernah sekali pun memenanginya.

Manakala bagi 12 siri pertama kejohanan ini sehingga tahun1982, kejohanan ini berlangsung selang tiga tahun sekali. Mulai tahun1984kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun dan diadakan bersama-sama dengan Piala Uber.

Negara Juara Piala ThomasSejak diperkenalkan pada kejohanan sulung 1949, hanya tiga negara sahaja yang menjuarai Piala Thomas. Kesemua negara terbabit adalah dari rantau Asia. Daripada tiga negara terbabit Indonesia lebih unggul apabila menjuarai Piala Thomas sebanyak 13 kali diikuti China (lapan) dan Malaysia (lima).

Berikut merupakan senarai juara Piala Thomas sejak kejohanan tersebut dianjurkan pada tahun 1949 sehingga edisi terakhir 2010 di Kuala Lumpur:

1949 Malaya - Denmark : 8-11952 Malaya USA : 7-21955 Malaya Denmark : 8-11958 Indonesia Malaya : 6-31961 Indonesia Thailand : 6-31964 Indonesia Denmark : 5-41967 Malaysia Indonesia : 6-31970 Indonesia Malaysia : 7-21973 Indonesia Denmark : 8-11976 Indonesia Malaysia : 9-01979 Indonesia Denmark : 9-01982 China Indonesia : 5-41984 Indonesia China : 3-21986 China Indonesia : 3-21988 China Malaysia : 4-11990 China Malaysia : 4-11992 Malaysia Indonesia : 3-21994 Indonesia Denmark : 5-01996 Indonesia Malaysia : 3-21998 Indonesia China : 3-02000 Indonesia China : 3-02002 Indonesia Malaysia : 3-22004 China Denmark : 3-02006 China Denmark : 3-02008 China - Korea Selatan : 3-12010 China Indonesia : 3-0.

Kejohanan Piala Super SeriesKejohanan BWF Super Seriesmerupakan kejohananbadmintonyang baru diperkenalkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk membaiki kualiti sukan badminton. Ia mula dilancarkan pada14 Disember2005dan dilaksanakan pada2007. Kejohanan badminton akan diadakan di dua belas negara yang berbeza, dan pemain yang berjaya dijemput ke Super Series akhir yang diadakan pada penghujung tahun.

Hanya 32 pemain atau pasangan akan beraksi pada pusingan utama, berbanding format 64 pemain atau pasangan beraksi pada kejohanan sebelum ini. Antara 32 pemain atau pasangan, hanya 8 pemain atau pasangan yang akan dipilih sebagai pilihan kejohanan mengikut kategori. Setiap kategori hanya membenarkan 28 pemain atau pasangan beraksi secara automatik mengikut ranking dunia. Sementara 4 pemain atau pasangan yang lain dipilih menerusi pusingan kelayakan dengan sekurang-kurangnya 64 pemain atau pasangan bertanding. Setiap kejohanan Super Series akan diadakan selama enam hari, dengan lima hari diperuntukkan untuk pusingan utama. Walau bagaimanapun, pada pusingan kelayakan, pemain atau pasangan berpeluang bermain empat pusingan sebelum beraksi pada pusingan utama.Konsep Pemberian HadiahSemua kejohanan Super Series menawarkan hadiah wang tunai minimum yang bernilai USD$200,000. Kejohanan Super Series akan menawarkan hadiah wang tunai tanpa menghiraukan pusingan sehingga pemain itu disingkirkan dalam mana-mana pusingan, kecuali mereka yang hanya dapat beraksi pada pusingan kelayakan. Ini merupakan konsep yang baru diperkenalkan dalam kejohanan badminton, dan telah mula diperkenalkan padakejohanan Super Series yang pertamadiadakan diMalaysia.

Secara khususnya, hadiah wang tunai diagihkan melalui formula berikut :

PusinganPerseorangan lelakiPerseorangan perempuanBeregu lelakiBeregu perempuanCampuran

Juara 8%6.9%7.2%6.1%5.8%

Naib juara 3.2%2.76%2.88%2.44%2.2%

Separuh akhir1.28%1.1%1.15%0.975%0.875

Suku akhir0.550.44%0.5%0.5%0.5%

Pusingan kedua0.3%0.25%0.4%0.4%0.35%

Pusingan pertama0.15%0.3%0.3%0.3%0.25%

Super Series AkhirSuper Series akhir merupakan penghujung musim kejohanan badminton yang bakal diadakan pada penghujung tahun yang diadakan di mana-mana venue yang terpilih di seluruh dunia. Pemain terbaik dunia berdasarkan ranking Super Series akan dijemput beraksi dalam kejohanan ini. Hanya lapan pemain teratas dalam ranking Super Series akan dijemput beraksi, tetapi habuan kemenangan ialah USD $500,000, bersamaan dua kali ganda habuan kemenangan yang ditawarkan dalam kejohanan Super Series. Jikalau dua pemain atau selebihnya seri dalam pertandingan, pemilihan pemain akan dibuat berdasarkan kriteria berikut:

Pemain itu menyertai kejohanan Super Series terbanyak;

Pemain itu mengumpul mata terbanyak dalam kejohanan Super Series bermula1 Julai.