piagam madinah dan perpaduan

Upload: rasyidah-mohid

Post on 14-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Piagam Madinah Dan Perpaduan

    1/7

    PIAGAM MADINAH DAN PERPADUAN

    1. PIAGAM MADINAH

    Dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi rakyat harus mempunyai sebuah

    perlembagaan yang mengatur dan menjadi petunjuk bagi sesebuah negara. Tidak

    mungkin sesebuah negara dianggap demokrasi sekiranya tidak mempunyai satu

    perlembagaan. Sebaliknya juga benar iaitu sesuatu negara yang tidak mempunyai suatu

    perlembagaan akan dikatakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan ditaktor,

    anarki atau autokrasi. Persoalannya, bilakah perlembagaan muncul di dunia? Ramai

    penyelidik mengatakan bahawa kemunculan perlembagaan yang pertama di muka bumi

    ini pada abad ke- 18 iaitu apabila lahirnya Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun

    1787 dan Perlembagaan Perancis pada tahun 1795 (Zainal Abidin 1973). Ada pula yang

    mengatakan perlembagaan pertama yang muncul ialah pada abad ke- 13 iaitu apabila

    munculnya Magna Charta dari Inggeris pada tahun 1215, sebagai perlembagaan tidak

    bertulis (Convebtion or unwritten Constitution) yang pertama.

    Menurut satu penyelidikan, piagam politik yang memenuhi syarat-syarat kenegaraan

    yang pertama kali muncul ialah pada abad ke- 7. Bukan di Amerika Syarikat atau

    Perancis dan bukan juga di Inggeris tetapi perlembagaan yang pertama itu lahir di sebuah

    kawasan di Asia iaitu di Arab. Ia adalah satu persetujuan bersama antara masyarakatMadinah yang terdiri daripada berbagai suku, puak dan agama. Menurut Zainal Abidin

    (1973), Piagam Madinah dianggap sebagai perlembagaan yang pertama di dunia. Ia

    mendahului Perlembagaan Amerika Syarikat dan Perlembagaan Perancis hampir 12 abad

    sebelumnya, bahkan ia juga mendahului Magna Charta Inggeris dengan hampir 6 abad.

    Para penyelidik barat juga turut bersetuju dengan pendapat ini iaitu W. Montogomery

    Watt yang merujuk kepada kerajaan berkata negara Islam yang pertama muncul dalam

    abad ke- 7, dengan suatu perlembagaan yang pertama yang dipanggil sebagai Piagam

    Madinah.

    Asas kepada pembentukan negara Islam Madinah adalah sebuah dokumen bertulis yang

    dipanggil sebagai Sahifah Madinah atau Piagam Madinah. Piagam Madinah secara

    umumnya bermaksud piagam atau perlembagaan yang bertulis secara rasmi dalam

    sejarah dunia. Dalam Sirat Rasulullah SAW oleh Ibn Ishaq (150/767) dan al-Sirah al-

  • 7/30/2019 Piagam Madinah Dan Perpaduan

    2/7

    Nabawiyyah oleh Ibn Hisyam (218/834), piagam atau sahifah dari segi istilah Arab

    merujuk kepada dokumen, kanun, piagam atau perjanjian bertulis mengenai hak dan

    tanggungjawab pemerintah da orang yang diperintah. Dalam bahasa Inggeris pula,

    piagam ini disebut sebagai The Charter of Madinah atau The Covenant. Piagam ini

    dianggap dokumen bertulis kerana menetapkan batas undang-undang, prinsip-prinsip asas

    pentadbiran dan garis kerja menjaga keselamatan dan keamanan al-Madinah sebagai

    sebuah negara yang berdaulat.

    Dari segi sejarah, asas kepada pengubalan piagam ini adalah dibuat dalam dua pihak iaitu

    pihak pertama ialah Rasulullah SAW sendiri manakala pihak kedua pula adalah antara

    orang Islam dengan orang Yahudi dan juga orang Islam sesama Islam iaitu antara orang

    Muhajirin dan juga orang Ansar. Ketiga-tiga golongan ini dipanggil ahl al-Sahifah kerana

    mereka sendiri menunjukkan persetujuan piagam yang digubal pada tahun 662 Masihi

    bersamaan 1 Hijrah walaupun tarikh sebenar terbentuknya piagam ini masih belum jelas

    kerana ahli sejarah seperti Ibn Ishaq dan Ibn Hisyam tidak menyebutnya secara terperinci

    namun, apa yang pasti adalah piagam ini wujud di awal tempoh pemerintahan

    kepimpinan nabi. Sebelum wujudnya piagam ini, terdapat beberapa peristiwa yang boleh

    dijadikan faktor dalam membentuk negara Islam Madinah. Permulan dalam peristiwa

    penting ini adalah Perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Perjanjian ini wujud kerana

    beberapa rombongan penduduk Madinah telah menemui Nabi Muhammad SAW dan

    menyatakan keimanan mereka kepada nabi.

    Selain daripada itu, beberapa rentetan peristiwa seperti penentangan yang hebat oleh

    kaum Quraisy Makkah terhadap Rsaulullah SAW dan penganut Islam serta jemputan

    penduduk Madinah telah mendorong Nabi Muhammad untuk berhijrah dari Makkah ke

    Madinah. Pandar Madinah sebelum kedatangan nabi telah diberi nama sebagai Yastrib

    yang merupakan Bandar pilihan sebagai tempat berhijrah kerana kesesuaian sama ada

    dari segi agama, moral mahupun sosioekonomi. Orang yang berhijrah dari Makkah ke

    Madinah kerana Allah SWT telah disifatkan sebagai seorang yang beriman dan berjihad

    serta mereka ini diberikan rahmat oleh Allah SWT. Maka, peristiwa hijarh inilah yang

    menjadi pemangkin di dalam merealisasikan penubuhan negara Islam Madinah.

    Pemilihan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Madinah telah dipersetujui

    secara sebulat suara oleh masyarakat Madinah. Nabi dilihat bukan sahaja sebagai seorang

  • 7/30/2019 Piagam Madinah Dan Perpaduan

    3/7

    nabi dan rasul malah seorang pemimpin yang berhemah tinggi. Hal ini demikian telah

    menyelesaikan krisis kepimpinan yang wujud di Madinah sejak sekian lama. Pemilihan

    tersebut merupakan cabaran yang berat dan besar bagi nabi untuk menyebarkan dakwah

    Islam kerana Madinah pada ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum yang sememangnya

    berbeza dari segi fahaman. Maka, lahirlah Piagam Madinah yang telah menjadikan

    Madinah sebagai sebuah negara yang terunggul baik dari segi bahasa mahupun isinya.

    Penggunaan bahasa yang tepat dan anggun, di samping mempunyai susunan undang-

    undang yang lengkap dan kuat menyerlahkan lagi keistimewaannya walhal pengarangnya

    iaitu Nabi Muhammad SAW merupada seorang yang ummi (tidak tahu membaca).

    Perlembagaan ini telah menyatukan penduduk Madinah. Piagam ini mengatur hubungan

    antara mereka supaya mereka hidup dalam keadaan yang saling hormat-menghormati dan

    bertanggungjawab. Oleh itu, mereka dapat hidup dalam suasana aman dan semua gejala

    buruk dapat dihapuskan. Piagam ini juga menetapkan konsep persamaan antara semua

    orang sama ada orang perseorang mahupun berkumpulan. Hal ini dapat digambarkan

    dengan jelas oleh al-Shaykh Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam bukunya yang

    bertajuk Fiqh al-Sirah Jilid 2 apabila beliau memilih Piagam Madinah sebagai asas

    terpenting dalam menguatkan kesatuan dalam penduduk Madinah selain pembinaan

    masjid dan persaudaraan muslim. Di samping itu, piagam ini jelas menunjukkan bahawa

    tidak ada perbezaan antara pemerintah dengan orang yang diperintah. Konsep dalam

    Islam itu sendiri yang bersifat sama taraf menunjukkan Islam menganggap semua

    manusia tanpa mengira darjat, keturanan atau pangkat adalah sama di sisi Allah SWT.

    Dengan ini, penindasan terhadap sesuatu kaum, puak mahupun agama dapat dielakkan

    dan seterusnya mewujudkan semangat perpaduan yang tinggi.

    2. DEFINISI

    a) Perpaduan

    Perkataan perpaduan sebenarnya berasal daripada perkataan padu yang boleh dier

    Perpaduantikan sebagai mampat, pejal, tumpat, bergaul, berpadu, bercampur menjadi

    satu, teguh dan erat (Kamus Dewan 1989). Maka, perpaduan boleh diertikan sebagai

    satu proses bagi mweujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang

    terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Dalam

  • 7/30/2019 Piagam Madinah Dan Perpaduan

    4/7

    tulisan Mohd. Ramley (1970/1), beliau menggambarkan perpaduan itu berdasarkan

    perhubungan yang sihat di antara kaum. Beliau membuat kesimpulan bahawa perpaduan

    itu merupakan hidup percampuran dapat mengurangkan darjah prasangka dan

    menimbulkan hubungan yang sihat antara ras-ras yang berlainan. Perpaduan itu bukan

    sahaja terhad kepada perpaduan dalam agama tetapi juga meliputi perpaduan wilayah,

    perpaduan ekonomi, perpaduan politik , perpaduan pendidikan, perpaduan kebudayaan,

    dan perpaduan sosial, sebagaimana yang terkandung di dalam Piagam Madinah yang

    mewujudkan pelbagai perkara yang menjadi asas kepada perpaduan penduduk di

    Madinah. Dalam konteks perpaduan di Malaysia pula, Malaysia mencatat beberapa faktor

    yang membolehkan perpaduan kaum dapat di capai di Negara ini. Menurut Ismail Ab.

    Rahman (2002), antara faktor yang membolehkan perpaduan dapat dicapai di Malaysia

    ialah perpaduan melalui penghayatan dan amalan prinsip-prinsip Rukun Negara serta

    rancangan-rancangan pembangunan Negara yang dilaksanakan dengan sempurna dan

    tersusun rapi. Makna perpaduan dari segi makna komprehensif ialah percantuman dan

    pengukuhan antara kaum atau segmen yang boleh membawa kepada persamaan dan

    kesejahteraan.

    b) Perpaduan Menurut Al-Quran

    Dalam Islam, ia sentiasa menekankan kepentingan perpaduan terutamanya dalam

    kalangan umat Islam itu sendiri dan juga antara umat lain. Apabila kita merujuk kepada

    al-Quran, terdapat banyak firman-firman Allah SWT yang menekankan keperluan

    perpaduan dalam mewujudkan keharmonian seluruh umat. Sebagai salah satu dasar

    perpaduan sebagaimana tersirat di dalam firman Allah SWT surah al-Hujurat ayat 13

    yang bermaksud:

    wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kaum dari seorang lelaki (Adam) dan

    seorang perempuan (Hawa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa, berpuak-puak,

    supaya kamu saling mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang mulia

    antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenali.

    Ayat ini menekankan bahawa Allah SWT menjadikan manusia berbilang bangsa dan

    berbagai suku bukan untuk saling bermusuhan antara satu sama lain tetapi supaya mereka

  • 7/30/2019 Piagam Madinah Dan Perpaduan

    5/7

    mengenal dengan mudah untuk mempertingkatkan kerjasama antara mereka dan juga

    bukan untuk mencerca antara satu sama lain. Pembahagian kelompok ini adalah untuk

    memudahkan rujukan atau pengenalan tetapi bukan untuk perpecahan. Meskipun manusia

    terbahagi kepada berbilang bangsa, qabilah mahupun keluarga, ia adalah sudah menjadi

    perkara yang biasa. Menyayangi bangsa adalah fitrah kejadian manusia, tetapi janganlah

    meletakkan bangsa mengatasi segala-galanya sehingga menindas kaum lain (Ibrahim

    2001). Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud:

    dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah SWT dan janganlah kamu

    bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah SWT kepadamu ketika kamu dahulu (masa

    jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah SWT mempersatukan hati-hatimu, maka

    jadilah kamu semua bersaudara kerana nikmat Allah SWT.

    Kedua-dua ayat tersebut menyatakan prinsip awal atau dasar perpaduan adalah supaya

    mereka saling mengenali antara satu sama lain. Kerana itulah Allah SWT menjadikan

    mereka berpuak-puak dan berkelompok. Asas kebahagian di dalam Islam bukanlah

    kerana keturunan ataupun keluarga mahupun satu umat tetapi kebahagiaan yang

    sebenarnya adalah tertakluk kepada ketinggian peribadi dan ketinggian jiwa seseorang.

    Inilah asas yang boleh mencantumkan seluruh umat manusia dan kemudiannya

    terbentuklah sebuah masyarakat antarabangsa seterusnya wujudlah sebuah negara dunia.

    c) Perpaduan Menurut al-Sunnah

    Perpaduan menurut al-Sunnah juga bukan hanya kepada orang Islam semata-mata tetapi

    juga kepada orang bukan Islam. Di dalam konteks masyarakat di Madinah, perpaduan

    ummah bukan hanya kepada umat Islam sahaja. Menurut Piagam Madinah, orang Yahudi

    (bukan Islam) adalah besama-sama orang Islam. Ini bermakna perpaduan ummah

    meliputi golongan bukan Islam yang hidup bersama-sama orang Islam di dalam satu

    kelompok masyarakat. Menurut Islam, sesiapa yang berakhlak baik dan mengerjakan

    amalan soleh berhak menerima penghargaan dan sanjungan sama ada dilahirkan di Timur

    ataupun di Barat. Manakala seorang yang melakukan perbuatan keji dan keburukan, dia

    adalah seorang yang rendah dan hina tidak kira warna kulitnya. Di dalam hal ini

    Rasulullah SAW telah menegaskan di dalam khutbah Haji Wida berhubung dengan

    prinsip ini:

  • 7/30/2019 Piagam Madinah Dan Perpaduan

    6/7

    Wahai manusia ingatlah bahawa tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu,

    ingatlah tidak ada kelebihan bagi orang Arab ke atas orang ajam dan tidak ada kelebihan

    orang ajam ke atas orang Arab dan tidak ada kelebihan orang yang berkulit hitam ke atas

    orang berkulit merah kecuali orang yang bertaqwa.

    Islam telah membuktikan bahawa Islam dapat mewujudkan suasana yang adil dan

    saksama dalam kalangan seluruh manusia dan sesebuah masyarakat. Bukti yang boleh

    dipercayai dan tepat dan dapat dilihat adalah melalui Piagam Madinah yang merupakan

    asas kepada perpaduan di kalangan masyarakat di Madinah. Islam telah membanteras

    seluruh saki baki perbezaan jenis warna kulit iaitu kulit putih dan juga hitam, bahasa dan

    kaum. Islam juga telah menghapuskan tembok pemisah masyarakat dan faktor-faktor

    yang boleh membawa kepada perbuatan sombong dan menghina saudara yang lain. Lebih

    tegas lagi, Nabi Muhammad SAW telah member amaran kepada umat Islam yang

    memusuhi umat bukan Islam dalam sabdanya:

    sesiapa yang menyakiti kafir zimmi maka sesungguhnya ia menyakiti aku, dan sesiapa

    yang menyakiti aku maka ia menyakiti Allah.

    Keutuhan dan perpaduan yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dapat mewujudkan

    kehidupan yang baik antara orang Islam dan juga bukan Islam. Namun, ramai yang

    beranggapan bahawa perpaduan dalam Islam tidak melibatkan orang bukan Islam.

    Sebagai contoh, di dalam negara Malaysia masih terdapat lagi yang mempersoalkan

    kerjasama antara orang Islam dan bukan Islam. Mereka mempersoalkan bahawa orang

    Islam tidak boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam kerana mereka terdiri daripada

    golongan kafir. Keadaan inilah yang menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam

    pengagihan ekonomi, wujudnya prasangka dan sebagainya. Sebenarnya, kerjasama dan

    saling bantu-membantu diperlukan untuk mencapai kehidupan yang harmoni dalam

    sesebuah Negara seperti kemunculan pada zaman Makkah mahupun selepas Hijrah iaitu

    zaman Madinah. Ini bernakna perpaduan umat Islam dengan bukan Islam memang sudah

    wujud kerana kerjasama dan saling bantu-membantu adalah asas kepada perpaduan

    masyarakat majmuk di Madinah.

    d) Masyarakat Majmuk

  • 7/30/2019 Piagam Madinah Dan Perpaduan

    7/7

    Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup

    bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan

    kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Dalam memahami

    konsep masyarakat, Shamsul Amri (2005) telah menggariskan beberapa cirri masyarakat

    iaitu berkelompok, berbudaya, mengalami perubahan, berinteraksi (dalaman dan dengan

    pihak luar), mempunyai kepimpinan dan mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas,

    status dan kasta). Berdasarkan pentakrifan ini, masyarakat Madinah ialah sebuah

    masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya. Begitu juga dengan

    negara Malaysia.

    Menurut Kamus Dewan (1994) pula, masyarakat majmuk boleh diertikan sebagai:

    masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa.

    Definisi ini menjelaskan bahawa masyarakat majmuk merupakan gabungan daripada

    beberapa bangsa, agama, bahasa dan sebagainya. Masyarakat di Madinah boleh dikatakan

    sebagai masyarakat majmuk kerana berdasarkan kepada ciri-ciri yang dimiliki oleh

    masyarakat tersebut iaitu terdiri daripada berbagai bangsa seperti Arab, Yahudi, Parsi dan

    sebagainya. Menurut Abdul Latif (1998) antara unit-unit dan anggota masyarakat ini

    mempunyai hak dan tanggungjawab antara satu sama lain. Antara hak dan

    tanggungjawab yang diutamakan oleh Islam ialah hak-hak untuk hidup, kebebasan diri,

    maruah dan peribadi, kebebasan berfikir. Beragama dan menyatakan pendapat, kebebasan

    bergerak, keadilan dan kehakiman, samarata, tanggungjawab menegakkan kebiakan dan

    mencegah keburukan, politik dan kenegaraan, ekonomi, perburuhan, keperluan asasi,

    pendidikan dan kekeluargaan.