piagam madinah wanis

Upload: ctiechn87

Post on 30-May-2018

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    1/57

    PIAGAM MADINAH

    digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah,

    merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia Islam.

    Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

    23 fasal piagam membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islamiaitu antara Ansardan Muhajirin, manakala 24 fasal yang berbaki membicarakan tentanghubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

    Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian

    Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinahjuga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentukperaturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negaraIslam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

    PERANGKAAN PIAGAM MADINAH

    - Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan

    wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tigalangkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

    Langkah Pertama

    o Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat

    orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam sertatempat pentadbiran Rasulullah.

    Langkah Kedua

    o Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan

    persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup barudengan pertolongan kaum Ansar.

    Langkah ketiga

    o Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama

    mempertahankan Madinah dari ancaman luar.o Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang

    dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalamPiagam Madinah adalah:

    Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua pendudukMadinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

    Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad

    dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalamsatu bangsa iaitu bangsa Madinah.

    Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacarakeagamaan masing-masing.

    Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalahekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan olehmusuh-musuh dari luar Madinah.

    Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepadaperjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

    1

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ansar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhajirin&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wahyuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjidhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ansar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Muhajirin&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Madinahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wahyuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjidhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi
  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    2/57

    Tujuan Piagam Madinah

    Menghadapi masyarakat majmuk Madinah

    Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum

    Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan

    Mewujudkan keamanan di Madinah

    Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.

    Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin

    Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah

    Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.

    Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda

    dan keluarga di Mekah.

    Prinsip Piagam Madinah

    Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.

    Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara

    Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah

    Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara

    Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara

    Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.

    Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah

    dicatatkan

    Kebebasan beragama

    Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam

    Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

    Kandungan Piagam Madinah

    o Fasal 1

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dariNabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memelukIslam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lali masukke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

    Fasal 2

    Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

    Fasal 3

    Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka salingtanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama merekadalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil dikalangan orang-orang beriman.

    2

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Mekahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sunnahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Qisas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Quraisyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yathribhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mekahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sunnahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Qisas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Allahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Quraisyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Yathrib
  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    3/57

    Fasal 4

    Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiaptaifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengancara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 5

    Bani al-Harith (dari Yathrib Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama merekabersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puakdari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil danberkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 6

    Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-samabertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka

    hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dikalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 7

    Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-samabertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari merekahendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dikalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 8

    Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-samabertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari merekahendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dikalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 9

    Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawabmembayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklahmembayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalanganorang-orang yang beriman.

    Fasal 10

    Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-samabertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari merekahendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil dikalangan orang-orang yang beriman.

    Fasal 11

    3

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    4/57

    Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawabmembayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklahmembayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalanganorang-orang yang beriman.

    o Fasal 12

    Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antaramereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, denganberkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.

    o Fasal 12-b

    Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang dibawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebihdahulu.

    Fasal 13

    Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuatkesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan ataukerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-samamenentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.

    Fasal 14

    Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir,tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

    Fasal 15

    Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dariperbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiriterhadap (gangguan) orang lain.

    Fasal 16

    Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan danpimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.

    Fasal 17

    Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuatperjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalamsesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalanganmereka.

    Fasal 18

    Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh ituhendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

    4

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    5/57

    Fasal 19

    Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yangtumpah pada jalan Allah.

    Fasal 20

    Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk danseteguh-teguhnya.

    o Fasal 20-b

    Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidakjuga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

    Fasal 21

    Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada

    bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuhmenerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu,bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

    Fasal 22

    Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini,dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupunmelindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dankemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dantidak juga sebarang taubat.

    Fasal 23

    Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itukepada Allah dan Nabi Muhammad.

    Fasal 24

    Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orangmukmin selama mana mereka itu berperang

    Fasal 25

    Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, merekabebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam),begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkansesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dankeluarganya sendiri

    Fasal 26

    Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    5

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    6/57

    Fasal 27

    Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 28

    Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 29

    Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 30

    Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

    Fasal 31

    Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalimdan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganyasendiri.

    Fasal 32

    Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Thaalabah (diperlakukan) samadengan mereka itu (Bani Thaalabah)

    Fasal 33

    Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklahmembendung segala kejahatan.

    Fasal 34

    Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Thaalabah (diperlakukan) samadengan mereka itu.

    Fasal 35

    Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orangYahudi itu sendiri.

    Fasal 36

    Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan merekamelainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.

    o Fasal 36-b

    6

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    7/57

    Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atasdirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganyakecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagamini.

    Fasal 37

    Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukminjuga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolongmenentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; danhendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadapperbuatan dosa.

    o Fasal 37-b

    Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan olehsekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

    Fasal 38

    Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selamamana mereka berada dalam keadaan perang

    Fasal 39

    Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-manapihak yang menganggotai piagam ini

    Fasal 40

    Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukanterhadapnya sebarang bahaya dan dosa.

    Fasal 41

    Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.

    Fasal 42

    Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama pesertapiagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukumAllah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi

    kandungan piagam ini dan merestuinya

    Fasal 43

    Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidakboleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

    Fasal 44

    7

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Wanitahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wanita
  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    8/57

    Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihakyang mencerobohnya.

    Fasal 45

    Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian

    maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; danbila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinyakecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).

    Fasal 46

    Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu denganmereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yangmenganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggotapiagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa keranabarang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allahmenyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

    Fasal 47

    Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah;dan bahawa mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap didalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Danbahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawaMuhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

    PIAGAM MADINAH

    I PEMBENTUKAN UMMAT

    Pasal 1 Sesungguhnya mereka satu bangsa negara (ummat), bebas dari (pengaruh dankekuasaan) manusia.

    II HAK ASASI MANUSIA

    Pasal 2 Kaum Muhajirin dari Quraisy ttp mempunyai hak asli mereka,saling tanggung-menanggung, membayar dan menerima wang tebusan darah (diyat)kerana suatu pembunuhan,dengan cara yang baik dan adil di antara orang-orang beriman.

    Pasal 3 1. Banu 'Awf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak asli mereka, tanggung menanggungwang tebusan darah (diyat). 2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan wangtebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.

    Pasal 4 1. Banu Sa'idah (dari Yathrib) tetap atas hak asli mereka, tanggung menanggung wangtebusan mereka. 2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan wang tebusandengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.

    Pasal 5 1. Banul-Harts (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, salingtanggung-menanggung untuk membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiapkeluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

    8

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Dosahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dosa
  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    9/57

    Pasal 6 1. Banu Jusyam (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka,tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiapkeluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

    Pasal 7 1. Banu Najjar (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-

    menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) dengan secara baik dan adil. 2. Setiapkeluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orangberiman.

    Pasal 8 1. Banu 'Amrin (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiap keluarga(tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orangberiman.

    Pasal 9 1. Banu An-Nabiet (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka,tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiapkeluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

    Pasal 10 1. Banu Aws (dari suku Yathrib) berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka. 2. Setiap keluarga(tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orangberiman.

    III PERSATUAN SEAGAMA

    Pasal 11 Sesungguhnya orang-orang beriman tidak akan melalaikan tanggungjawabnya untukmemberi sumbangan bagi orang-orang yang berhutang, karena membayar uang tebusan darahdengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

    Pasal 12 Tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dibolehkan membuat persekutuandengan teman sekutu dari orang yang beriman lainnya, tanpa persetujuan terlebih dahulu daripadanya.

    Pasal 13 1. Segenap orang-orang beriman yang bertaqwa harus menentang setiap orang yangberbuat kesalahan , melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau pengacauan di kalanganmasyarakat orang-orang beriman. 2. Kebulatan persatuan mereka terhadap orang-orang yangbersalah merupakan tangan yang satu, walaupun terhadap anak-anak mereka sendiri.

    Pasal 14 1. Tidak diperkenankan seseorang yang beriman membunuh seorang beriman lainnyakarena lantaran seorang yang tidak beriman. 2. Tidak pula diperkenankan seorang yang berimanmembantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya.

    Pasal 15 1. Jaminan Tuhan adalah satu dan merata, melindungi nasib orang-orang yang lemah.2. Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin dan setiakawan sesama merekadaripada (gangguan) manusia lain

    9

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    10/57

    IV PERSATUAN SEGENAP WARGANEGARA

    Pasal 16 Bahwa sesungguhnya kaum-bangsa Yahudi yang setia kepada (negara) kita, berhakmendapatkan bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak bolehdiasingkan dari pergaulan umum.

    Pasal 17 1. Perdamaian dari orang-orang beriman adalah satu 2. Tidak diperkenankansegolongan orang-orang yang beriman membuat perjanjian tanpa ikut sertanya segolonganlainnya di dalam suatu peperangan di jalan Tuhan, kecuali atas dasar persamaan dan adil diantara mereka.

    Pasal 18 Setiap penyerangan yang dilakukan terhadap kita, merupakan tantangan terhadapsemuanya yang harus memperkuat persatuan antara segenap golongan.

    Pasal 19 1. Segenap orang-orang yang beriman harus memberikan pembelaan atas tiap-tiapdarah yang tertumpah di jalan Tuhan. 2. Setiap orang beriman yang bertaqwa harus berteguhhati atas jalan yang baik dan kuat.

    Pasal 20 1. Perlindungan yang diberikan oleh seorang yang tidak beriman (musyrik) terhadap

    harta dan jiwa seorang musuh Quraisy, tidaklah diakui. 2. Campur tangan apapun tidaklahdiijinkan atas kerugian seorang yang beriman.

    Pasal 21 1. Barangsiapa yang membunuh akan seorang yang beriman dengan cukup bukti atasperbuatannya harus dihukum bunuh atasnya, kecuali kalau wali (keluarga yang berhak) dari siterbunuh bersedia dan rela menerima ganti kerugian (diyat). 2. Segenap warga yang berimanharus bulat bersatu mengutuk perbuatan itu, dan tidak diizinkan selain daripada menghukumkejahatan itu.

    Pasal 22 1. Tidak dibenarkan bagi setiap orang yang mengakui piagam ini dan percaya kepadaTuhan dan hari akhir, akan membantu orang-orang yang salah, dan memberikan tempatkediaman baginya. 2. Siapa yang memberikan bantuan atau memberikan tempat tinggal bagipengkhianat-pengkhianat negara atau orang-orang yang salah, akan mendapatkan kutukan dankemurkaan Tuhan di hari kiamat nanti, dan tidak diterima segala pengakuan dan kesaksiannya.

    Pasal 23 Apabila timbul perbezaan pendapat di antara kamu di dalam suatu soal, makakembalikanlah penyelesaiannya pada (hukum) Tuhan dan (keputusan) Muhammad SAW.

    V GOLONGAN MINORITAS

    Pasal 24 Warganegara (dari golongan) Yahudi memikul biaya bersama-sama dengan kaumberiman, selama negara dalam peperangan.

    Pasal 25 1. Kaum Yahudi dari suku 'Awf adalah satu bangsa-negara (ummat) dengan warga yangberiman. 2. Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, sebagai kaum Muslimin bebas

    memeluk agama mereka. 3. Kebebasan ini berlaku juga terhadap pengikut-pengikut/sekutu-sekutu mereka, dan diri mereka sendiri. 4. Kecuali kalau ada yang mengacau dan berbuatkejahatan, yang menimpa diri orang yang bersangkutan dan keluarganya.

    Pasal 26 Kaum Yahudi dari Banu Najjar diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awfdi atas

    Pasal 27 Kaum Yahudi dari Banul-Harts diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awfdi atas

    10

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    11/57

    Pasal 28 Kaum Yahudi dari Banu Sa'idah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awfdi atas

    Pasal 29 Kaum Yahudi dari Banu Jusyam diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awfdi atas

    Pasal 30 Kaum Yahudi dari Banu Aws diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf diatas

    Pasal 31 1. Kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti kaum yahudi dari Banu'Awf di atas 2. Kecuali orang yang mengacau atau berbuat kejahatan, maka ganjaran daripengacauan dan kejahatannya itu menimpa dirinya dan keluarganya.

    Pasal 32 Suku Jafnah adalah bertali darah dengan kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah,diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah

    Pasal 33 1. Banu Syuthaibah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas. 2.Sikap yang baik harus dapat membendung segala penyelewengan.

    Pasal 34 Pengikut-pengikut/sekutu-sekutu dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti BanuTsa'labah.

    Pasal 35 Segala pegawai-pegawai dan pembela-pembela kaum Yahudi, diperlakukan samaseperti kaum Yahudi.

    VI TUGAS WARGA NEGARA

    Pasal 36 1. Tidak seorang pun diperbolehkan bertindak keluar, tanpa ijinnya Muhammad SAW 2.Seorang warga negara dapat membalaskan kejahatan luka yang dilakukan orang kepadanya 3.Siapa yang berbuat kejahatan, maka ganjaran kejahatan itu menimpa dirinya dan keluarganya,kecuali untuk membela diri 4. Tuhan melindungi akan orang-orang yang setia kepada piagam ini

    Pasal 37 1. Kaum Yahudi memikul biaya negara, sebagai halnya kaum Muslimin memikul biayanegara 2. Di antara segenap warga negara (Yahudi dan Muslimin) terjalin pembelaan untukmenentang setiap musuh negara yang memerangi setiap peserta dari piagam ini 3. Di antaramereka harus terdapat saling nasihat-menasihati dan berbuat kebajikan, dan menjauhi segaladosa 4. Seorang warga negara tidaklah dianggap bersalah, karena kesalahan yang dibuatsahabat/sekutunya 5. Pertolongan, pembelaan, dan bantuan harus diberikan kepadaorang/golongan yang teraniaya

    Pasal 38 Warga negara kaum Yahudi memikul biaya bersama-sama warganegara yang beriman,selama peperangan masih terjadi

    VII MELINDUNGI NEGARA

    Pasal 39 Sesungguhnya kota Yatsrib, Ibukota Negara, tidak boleh dilanggar kehormatannya olehsetiap peserta piagam ini

    Pasal 40 Segala tetangga yang berdampingan rumah, harus diperlakukan sebagai diri-sendiri,tidak boleh diganggu ketenteramannya, dan tidak diperlakukan salah

    Pasal 41 Tidak seorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteraman atau kehormatannya,melainkan setiap kunjungan harus dengan izin suaminya

    11

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    12/57

    VIII PIMPINAN NEGARA

    Pasal 42 1. Tidak boleh terjadi suatu peristiwa di antara peserta piagam ini atau terjadipertengkaran, melainkan segera dilaporkan dan diserahkan penyelesaiannya menurut (hukum )Tuhan dan (kebijaksanaan) utusan-Nya, Muhammad SAW 2. Tuhan berpegang teguh kepadapiagam ini dan orang-orang yang setia kepadanya

    Pasal 43 Sesungguhnya (musuh) Quraisy tidak boleh dilindungi, begitu juga segala orang yangmembantu mereka

    Pasal 44 Di kalangan warga negara sudah terikat janji pertahanan bersama untuk menentangsetiap agresor yang menyergap kota Yathrib

    IX POLITIK PERDAMAIAN

    Pasal 45 1. Apabila mereka diajak kepada pendamaian (dan) membuat perjanjian damai (treaty),mereka tetap sedia untuk berdamai dan membuat perjanjian damai 2. Setiap kali ajakanpendamaian seperti demikian, sesungguhnya kaum yang beriman harus melakukannya, kecualiterhadap orang (negara) yang menunjukkan permusuhan terhadap agama (Islam) 3. Kewajiban

    atas setiap warganegara mengambil bahagian dari pihak mereka untuk perdamaian itu

    Pasal 46 1. Dan sesungguhnya kaum Yahudi dari Aws dan segala sekutu dan simpatisanmereka, mempunyai kewajiban yang sama dengan segala peserta piagam untuk kebaikan(pendamaian) itu 2. Sesungguhnya kebaikan (pendamaian) dapat menghilangkan segalakesalahan

    X PENUTUP

    Pasal 47 1. Setiap orang (warganegara) yang berusaha, segala usahanya adalah atas dirinya 2.Sesungguhnya Tuhan menyertai akan segala peserta dari piagam ini, yang menjalankannyadengan jujur dan sebaik-baiknya 3. Sesungguhnya tidaklah boleh piagam ini dipergunakan untuk

    melindungi orang-orang yang dhalim dan bersalah 4. Sesungguhnya (mulai saat ini), orang-orangyang bepergian (keluar), adalah aman 5. Dan orang yang menetap adalah aman pula, kecualiorang-orang yang dhalim dan berbuat salah 6. Sesungguhnya Tuhan melindungi orang(warganegara) yang baik dan bersikap taqwa (waspada) 7. Dan (akhirnya) Muhammad adalahPesuruh Tuhan, semoga Tuhan mencurahkan shalawat dan kesejahteraan atasnya

    KEPEMIMPINAN RASULULLAH

    Kandungan Piagam Madinah

    Semua penduduk Madinah mengakui Nabi MuhammadSAW sebagai ketua negara

    Mengakui Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yangbertanggungjawab terhadap Allah, rasul dan umat

    Islam.Mengakui kewujudan orang Yahudi dalam kelompok

    masing-masing dan orang Musyrikin di MadinahSetiap kaum mempunyai kebebasan beragama dan

    mengamalkan cara hidup masing-masing dalam suasanahidup bersama

    12

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    13/57

    Semua penduduk bertanggungjawab terhadap keselamatannegara Madinah daripada serangan musuh

    Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka sendiridalam suasana menghormati orang Islam dan mereka tidakdibenarkan melindungi nyawa dan harta Musyrikin Quraisy

    Semua penduduk tidak boleh menyakiti, menzalimi danmemusuhi antara satu sama lain, sebaliknya mereka mestihidup tolong-menolong untuk pembangunan, ekonomi dan

    keselamatan masyarakatSetiap kaum hendaklah merujuk kepada Rasulullah SAW

    sebagai ketua negara apabila timbul sebarang masalah ataupermusuhan sesama mereka

    Mana-mana pihak dilarang mengadakan hubungan denganpihak luar terutamanya dengan Musyrikin Makkah dan

    sekutu merekaPiagam ini mempunyai kuasa melindungi semua pihakyang mempersetujui dan mempunyai hak mengambil

    tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya

    Akibat Tidak Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undango Masyarakat akan berpecah belah dan kucar-kacir

    o Sering berlaku pergaduhan dan pertelingkahan

    o Negara akan huru-hara dan mundur

    o Nama baik negara dan bangsa akan tercemar

    o Akibat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang

    ISLAM DI MALAYSIA:

    KERANGKA PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN

    ISLAM DAN KEHIDUPAN BERNEGARA DI MALAYSIA

    Ini merangkum banyak perkara, termasuk hal-hal yang di luar kerangka perlembagaan; yang tidak rasmi

    dan bersifat persendirian. Bagaimanapun hal-hal yang tidak rasmi ini pun tidak lari dari kongkongan

    perlembagaan kerana perlembagaan turut menentukan hak-hak kita; apa yang boleh dilakukan dan

    sebaliknya. Apa pun menarik untuk disebutkan bahawa kajian terbaru mengisyaratkan bahawa umat Islam

    mahukan jatidiri mereka terus ditunjangi oleh Islam dan mereka enggan bertolak ansur dalam soal ini;

    yakni mereka tidak mahu melunturkan identiti yang ditunjangi oleh Islam itu. Walaupun umat Islamsanggup hidup dan berkongsi dengan orang bukan Islam, tetapi mereka tidak sanggup melihat kedudukan

    dan identiti Islam mereka dikompromikan. Sikap yang Islamik ini menunjukkan betapa budaya dan carahidup orang-orang Melayu telah dipengaruhi atau diasuh oleh Islam.

    Penting untuk dicatatkan di sini bahawa fenomena itu bukanlah sesuatu yang baru kelihatan. Sejarah kita

    sejak kedatangan Islam ke rantau ini pada kurun ke 11 dan kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka pada

    kurun ke 15 telah mencatatkan betapa Islam memainkan peranan yang penting; menjadi tonggak segala

    yang berkaitan dengan Melayu dan keMelayuan. Pendeknya Islam menjadi roh dan jatidiri kepada Melayu

    khususnya dan negara ini umumnya sejak ratusan tahun lamanya.

    Kenyataan itulah yang harus dilihat oleh semua pihak di dalam wacana mengenai kedudukan dan hak umat

    Islam di Malaysia. Adalah jelas bahawa apa yang dikandung oleh perlembagaan hari ini, yakni

    13

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    14/57

    Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan-perlembagaan negeri, adalah lanjutan daripada apa yang

    sudah wujud sebelum kedatangan penjajah lagi. Dan kenyataan itu tidak harus dilihat sebagai ancaman

    kepada orang lain. Malahan inilah sebenarnya kunci kepada keamanaan dan kestabilan Negara. Di mana-

    mana pun penduduk asal perlu berasa aman dan selamat kerana jika tidak, mereka akan bertindak di luar

    batasan dan mengancam ketenteraman.

    Sejarah yang ditunjangi oleh Islam itu tidak diganggu oleh perlembagaan. Sebab itu kita sering mengatakanbahawa sebahagian daripada kandungan perlembagaan adalah penerusan sejarah. Dan orang bukan Islam

    tidak harus gusar dengan kenyataan ini kerana hak-hak mereka sendiri juga berdasarkan kepada sejarah.

    Dengan kata lain kedua-dua pihak, umat Islam dan golongan bukan Islam perlu menerima sejarah.

    ISLAM DAN KERANGKA PERLEMBAGAAN

    Selain peruntukan yang ada di dalam perlembagaan sekarang kita harus melihat laporan Suruhanjaya Reiddan Kertas Putih kerana dokumen-dokumen ini membuat beberapa penjelasan tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan sekarang. Bagaimanapun penting untuk ditekankan bahawa kedua-duanya tidakmembuat sebarang perakuan penting mengenai kedudukan Islam. Kertas Putih umpamanya menyebut sifatsekular negara ini tanpa membuat huraian lanjut. Bagaimanapun kedudukan keseluruhan perlembagaantidak selaras dengan sifat yang didakwa oleh Kertas Putih itu.

    Peruntukan mengenai Islam tidak banyak; tetapi pengaruh Islam meresap ke seluruh sistem berkenaan.Islam mempunyai peranan dan pengaruh dalam peruntukan mengenai Raja-Raja, bahasa Melayu dankedudukan istimewa Melayu. Dan meskipun jumlah peruntukan ini tidak banyak; kedudukannya begitukukuh kerana ia tidak boleh dipinda atau dimansuhkan tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Selain itupembuatan undang-undang dan pentadbiran negara dipengaruhi oleh nilai dan kehendak masyarakat Islam.Sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi Islam mempunyai kedudukan yang penting di dalam masyarakat.Jadi meskipun perlembagaan tidak menyebut batasan ini secara hitam putih kenyataan dalam masyarakatmengisyaratkan bahawa parlimen tidak boleh berbuat sesuka hati.

    Isu pertama yang perlu ditangani di dalam wacana mengenai Islam di Malaysia ialah kedudukan Islam ditengah-tengah struktur yang perlembagaan menjadi 'undang-undang tertinggi'nya sebagaimana yangdizahirkan oleh Perkara 4(1). Apa kesan peruntukan ini terhadap kedudukan Islam? Sebelum ini seringdikatakan bahawa peruntukan di bawah Perkara 4(1) itu menidakkan atau mengkesampingkan kedudukanIslam. Bagaimanapun pandangan ini agak simplistik dan tidak melihat keadaan dan sifat masyarakat kita.

    Pandangan ini juga melihat perlembagaan sebagai sesuatu yang lain daripada Islam. Bagi penulisperlembagaan dan Islam tidak semestinya dua perkara yang berbeza. Ini kerana, sebagaimana yang akanditunjukkan di bawah Islam boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada perlembagaan itu sendiri.Sekiranya kandungan Islam di dalam perlembagaan ditambah atau kedudukan yang ada sekarang inidilaksanakan maka Islam, dalam keadaan-keadaan tertentu, akan menduduki tempat teratas dan menjadi faktor penentu.

    Melihat kepada landskap politik semasa adalah tidak viable untuk meminta Perkara 4(1) dipinda;umpamanya dengan memasukkan perkataan Islam atau Al-Qur'an dan Sunnah ke dalam Perkara 4(1).Lagipun pindaan sedemikian tidak akan mengislamkan seluruh sistem dengan sekelip mata. Dan kita bolehmenyebut betapa negara-negara lain yang telah mengambil pendekatan sedemikian tidak menunjukkanhasil yang memberangsangkan. Dalam pada itu pendekatan ini juga boleh membahayakan banyak kesyang melibatkan kedudukan Islam.

    Dengan demikian adalah lebih baik untuk kita menghujah bahawa Islam adalah sebahagian daripadaperlembagaan. Baru-baru ini Ketua Hakim Negara ada menyatakan bahawa apa-apa yang tidakbertentangan dengan Islam adalah Islam. Ini sebenarnya bukan perkara baru. Dalam konteksperlembagaan, ini boleh diterima. Dengan demikian pelaksanaan melalui kerangka yang ada; termasukmenggunakan parlimen, kabinet dan mahkamah yang sedia ada merupakan pendekatan yang paling sesuaidi dalam konteks masyarakat hari ini. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini kita boleh menggunakansistem yang ada sekarang sekiranya penyesuaian yang perlu dibuat. Dengan kata lain kita tidak harusmerobohkan sistem yang ada.

    PERUNTUKAN MENGENAI ISLAM

    14

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    15/57

    Secara langsung ada beberapa peruntukan sahaja yang menyentuh tentang Islamdan umat Islam, terutamanya Perkara 3(1), 11,12(2), 121(1A) dan juga JadualKesembilan. Peruntukan-peruntukan lain yang perlu diambilkira termasuklah Perkara10(4), Perkara 150(6A) dan 159(5).

    Perkara 3(1) mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Ini menarik

    kerana ia seolah-olah memberi isyarat bahawa Persekutuan Malaysia mempunyaiagama dan dengan demikian negara mempunyai tanggungjawab untukmelaksanakan Islam. Turut menarik untuk disebutkan ialah sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong - yang meskipun tidak diberikan kedudukan sebagai ketua agamapersekutuan - yang diberi tanggung jawab melaksanakan Islam.

    Peruntukan mengenai kebebasan beragama di bawah Perkara 11 jelas sempit danmeletakkan Islam sebagai faktor penting. Ini jelas jika kita lihat fasal (4) yangmembataskan ruang lingkup kebebasan agama-agama lain. Batasan ini jelas tidakdikenakan kepada Islam. Perkara 12(2) memberi kebenaran kepada penggunaanwang awam di dalam pelaksanaan Islam. Sementara itu Perkara 121(1A) melindungikedudukan dan bidangkuasa mahkamah syariah dari mahkamah sivil. JadualKesembilan umumnya menyediakan asas bagi pelaksanaan sebahagian daripada

    tuntutan Islam; sama ada yang disebut dengan jelas atau pun di bawah prinsipsiasah syari 'iyyah.

    Tiga peruntukan yang dinyatakan di atas -10(4), 150(6A) dan 159(5) - memberiperlindungan kepada Islam kerana melalui peruntukan-peruntukan ini Islam tidakboleh digantung atau dimansuhkan, baik melalui pindaan biasa atau pun melaluidarurat. Islam juga tidak boleh dibincangkan secara sewenang-wenang atas namakebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

    Walaupun secara umumnya setiap peruntukan perlembagaan berdiri sendiri ruanglingkup dan kesannya perlu diteliti dengan melihatnya secara keseluruhan; ia tidakboleh dilihat secara serpihan. Ini kerana perlembagaan adalah sebuah dokumen yangperlu dilihat secara total. Dengan demikian meskipun setiap peruntukan secaraumumnya berdiri sendiri ia tidak boleh dibaca secara bersendirian. Inilah yang perluditekankan di dalam debat mengenai hak kebebasan beragama sekarang. Selain ituperuntukan berkenaan juga perlu difahami dalam konteks yang tertentu; khususnya

    jika konteks yang khusus ini tidak dinafikan oleh perlembagaan.

    Selain peruntukan-peruntukan yang disebutkan di atas kita tidak boleh mengabaikanperuntukan-peruntukan di dalam perlembagaan-perlembagaan negeri yang turutmenunjukkan pengaruh dan kandungan Islam. Di negeri-negeri Melayu -yakni Perlis,Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor -ini amat jelas di dalam soal kelayakan dan perlucutan sultan, waris takhta danseumpamanya.

    KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN KESANNYA

    Ada beberapa keputusan mahkamah yang penting, termasuk yang menghambatperuntukan mengenai Islam, untuk dibincangkan di sini. Di bawah sistem kitamahkamah penting di dalam menjelaskan peruntukan perlembagaan. Walaupunpenjelasan ini kadangkala salah mahkamah adalah institusi yang diberikan perananberbuat demikian. Setengah pihak menghujah perlunya ditubuhkan sebuah

    15

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    16/57

    mahkamah perlembagaan. Tetapi dalam tempoh terdekat ini tidak kelihatanakanberlaku.

    Kes yang paling kerap disebut ialah kes Che Omar bin Che Soh (1988) di manamahkamah mengatakan bahawa Islam di dalam perlembagaan merangkum soal-soalritual sahaja. Kes ini dikatakan memberi penjelasan kepada Perkara 3(1),

    Bagaimanapun L.A. Sheridan mengulas bahawa kes Che Omar bin Che Soh tidakmengatakan apa-apa tentang "Islam sebagai agama persekutuan" kerana kes inicuma menafikan hujah bahawa Perkara 3(1) boleh digunakan untuk menjadi piawaiundang-undang kita. Dengan kata lain kita tidak boleh menggunakan peruntukan iniuntuk menentukan bahawa sesuatu undang-undang itu sah atau sebaliknya. Tetapiprinsip ini sebenarnya tidaklah terlalu serius dalam menafikan kedudukan Islamkerana di dalam sistem yang ada sekarang kita tidak menggunakan sebarang sistemnilai untuk menguji sama ada sesuatu undang-undang itu sah atau sebaliknya.Banyak kes-kes yang menandakan pendekatan ini; sebagaimana yang kelihatandalam kes-kes seperti CheAni bin Itam (1984) dan yang terbaru Beatrice Fernandez(2005).

    Dalam pada itu ada perkembangan yang menarik di peringkat mahkamah tinggi

    apabila ada hakim yang membuat penegasan tentang kedudukan penting Islam dibawah Perkara 3(1). Ini kelihatan dalam kes-kes seperti Meor Atiqulrahman (2000)dan Lina Joy(2004). Yang menarik ialah meskipun keputusan dirubah di mahkamahyang diatasnya penegasan mengenai Perkara 3(1) tidak diusik dan penulisberpendapat ia kekal dan harus diperkukuhkan oleh hakim-hakim lain di masa akandatang.

    Perkara 3(1), meskipun di atas tadi disebutkan keunikannya, hanya memberikankarakter kepada negara. Dengan demikian kita tidak seharusnya mengharapkanbahawa peruntukan ini memikul beban yang sebegini berat. Penulis berpendapatbahawa pelaksanaan Islam harus dilaksanakan secara sistematik dan tersusun;

    dengan kefahaman dan kesedaran di kalangan rakyat. la tidak harus dipaksakan dandibuat secara tergesa-gesa.

    Dalam pada itu keputusan-keputusan mahkamah mengenai kebebasan beragamatidak menunjukkan kefahaman hakim-hakim tentang ruang lingkup Perkara 11. Inilahyang kita lihat dalam kes-kes sepertiJamaluddin bin Othman (1989), HajahHalimatussaadiah dan juga Meor Atiqulrahman (2006). Ada kes-kes yang member!penegasan yang menguntungkan Islam dan umat Islam seperti Daud Mamat (2000).

    Tetapi ini tidak mewakili aliran umum dan hanya terbatas di mahkamah tinggi sahaja.

    KONTROVERSI: KESAN DAN SIGNIFIKANNYA

    Kontroversi seperti yang berlaku di dalam kes Moorthy@Mohamed Abdullah memberigambaran yang mengelirukan dan tidak benar. Di dalam kes ini mahkamah syariahhanya menjalankan kuasa yang telah diletakkan di tangannya; ia tidak menzalimiorang bukan Islam. Di dalam negara seperti Malaysia orang memeluk Mam adalahbiasa. Apa yang penting ia tidak dipaksa. Mereka juga tidak ditekan untuk menerimaIslam.

    16

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    17/57

    Soal-soal lain seperti kontroversi ekoran cadangan penubuhan Suruhanjaya AntaraAgama (IFC), kegiatan kumpulan Article 11 sebenarnya mengeruhkan keadaan.Kumpulan ini, meskipun mereka menafikannya, membawa implikasi yang negatifkepada kedudukan di dalam perlembagaan. Mereka seharusnya diperingatkan dan

    jika terus berdegil perlu dikenakan tindakan yang sepatutnya.

    Isu-isu ini menarik kerana sebelum ini kebanyakan konflik berkisar kepada soalperkauman. Bagaimanapun jika kita melihat insiden Natrah pada 1950an semacamada konsistensi di mana orang-orang Melayu tegas dan tidak berkompromi dalamsoal-soal agama dan ini nampaknya masih kelihatan sehingga hari ini.

    Walau apapun tuntutan yang dibuat oleh kumpulan yang cuba menubuhkan IFC danArticle 11 sebenarnya menandakan bahawa ada kelemahan di pihak institusi-institusitertentu. Kelemahan ini digunakan untuk menunjukkan apa yang mereka dakwasebagai ketidakadilan yang dibawa oleh pentadbiran Islam di negara ini dll. Insidenini harus dijadikan iktibar: mereka yang diberikan tanggung jawab di bawahperlembagaan perlu melihat prestasi dan diri mereka. Tuntutan-tunrutan itu jugamenandakan kelemahan dalaman umat Islam sendiri; khususnya kualiti umat itusendiri. Dengan demikian umat Islam perlu bekerja keras; mengutamakan isi dari

    kulit dan rupa luaran. Setakat ini memang ada penekanan kepada soal inisebagaimana yang kelihatan dalam slogan personaliti unggul dan juga modal insan dibawah RMK9. Tetapi kita masih belum melihat dasar-dasar yang jelas dan konsistenuntuk mengisi slogan dan retorik itu.

    PENUTUP

    Walaupun ada peruntukan mengenai Islam di dalam perlembangaan umat Islamperlu mandiri; mereka perlu kukuh dan tidak terlalu mengharap bantuan dandokongan kerajaan. Inilah sebenarnya yang lebih penting kerana walaupun undang-undang penting apa yang lebih kritikal ialah pelaksanaan dan isinya. Isu murtad yanghangat diperkatakan sekarang tidak akan berlaku jika umat Islam mengamalkanajaran Islam. Isu ini menunjukkan perlembagaan tidak menjamin hidup mati kita:perlembagaan perlu diisi dan dilaksanakan.

    Makna dan ruang lingkup peruntukan-peruntukan yang ada, walaupun tidakditentukan, boleh dipengaruhi oleh mooddan setimen semasa. Perlembagaan akanmenjadi Islam atau lebih Islam jika umat Islam mengamalkan Islam dan menunjukkancontoh yang baik kepada masyarakat lain di negara ini. Dengan demikian kita tidakharus memikirkan soal menambah atau meminda peruntukan yang ada. Selain tidakmempunyai kuasa politik yang mencukupi kita juga melihat masalah yang kita hadapiberpunca dari kegagalan melaksanakan peruntukan yang ada. Masalah kita hari inibukan kerana tidak ada peruntukan undang-undang. Ini cukup jelas dalam soalundang-undang pengawalan penyebaran agama lain kepada orang Islamsebagaimana yang dibolehkan oleh Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

    17

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    18/57

    PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

    PERKARA 3 HINGGA 13

    PERKARA 3. UGAMA BAGI PERSEKUTUAN.

    (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan amandan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

    (2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagaiKetua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan olehPerlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan,hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dantercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Rajasupaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketuaugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

    (3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklahmasing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagaiKetua ugama Islam dalam Negeri itu.

    (4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalamPerlembagaan ini.

    (5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugamaIslam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen bolehdengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwalugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenaiperkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.

    PERKARA 4. UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN.

    (1) Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang

    diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakatyang berlawanan itu.

    PERKARA 5. KEBEBASAN DIRI.

    (1) Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurutundang-undang.

    (2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim Mahkamah Tinggimenyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah ituhendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisiundang-undang, mahkamah itu hendaklah memerintahkan orang itu di bawa ke hadapan mahkamah itu

    dan melepaskannya.

    (3) Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undangyang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.

    (4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorangmajistret dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab yang berpatutan, tetapi walau bagaimanapun dalamtempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu) dan orang itu tidak boleh ditahan

    18

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    19/57

    selanjutnya dengan tiada kuasa majistret itu:

    (i) Dengan syarat bahawa Fasal ini tidak boleh dipakai bagi apa-apa tangkapan atautahanan yang dilakukan terhadap mana-mana orang di bawah Undang-undang yang adayang berkaitan dengan kediaman terhad, dan semua peruntukan Fasal ini hendaklah

    disifatkan sebagai telah menjadi sebahagian integral Perkara ini mulai dari Hari Merdeka;

    (ii) Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang selaindaripada seorang warganegara yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undangyang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan-perkataan ""tanpa kelengahan yang tak munasabah, dan walau bagaimanapun dalamtempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa perjalanan yang perlu)" telahdigantikan dengan perkataan-perkataan "dalam tempoh empat belas hari":

    (iii) Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatukesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan-sebutan dalam Fasalini mengenai seorang majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutanSyariah.

    *** Perkara 5, Fasal (3) dan (4) tidak dipakai terhadap orang dari negara musuh.

    PERKARA 6. KEABDIAN DAN KERJA PAKSA DILARANG.

    (1) Tiada sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi.

    (2) Segala jenis kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang membuatperuntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

    (3) Kerja berkaitan dengan menjalankan hukum penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidak dikira sebagaikerja paksa dalam erti Perkara ini.

    (4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada tugas-tugas mana-mana pihakberkuasa awam adalah dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam lainbagi maksud membolehkan tugas-tugas itu dilaksanakan, maka pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yangpertama tersebut itu adalah diwajibkan berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua tersebut itu,dan perkhidmatan mereka dengan pihakberkuasa awam yang kedua tersebut itu tidak dikira sebagai kerjapaksa dalam erti Perkara ini, dan tiada seseorang pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama adadaripada pihakberkuasa awam yang pertama tersebut itu atau daripada pihakberkuasa awam yang keduatersebut itu oleh sebab pertukaran pekerjaannya.

    PERKARA 7. PERLINDUNGAN DARIPADA UNDANG-UNDANG JENAYAH YANG BERKUATKUASAKEBELAKANGAN DAN PEMBICARAAN BERULANG.

    (1) Tiada sesiapa pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadikesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan dan kerana sesuatukesalahan tiada sesiapa pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat daripada yang telah ditetapkanoleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.

    (2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan sesuatu kesalahan tidakboleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu juga kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telahdibatalkan dan pembicaraan semula diperintah oleh suatu mahkamah yang lebih tinggi daripada mahkamahyang telah membebas atau mensabitkannya itu.

    19

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    20/57

    PERKARA 8. SAMA RATA.

    (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang samarata di sisi undang-undang.

    (2) Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh adapembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahirdalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawahsesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan denganmemperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan.

    (3) Tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

    (4) Tiada sesuatu pihak berkuasa awam boleh membezakan seseorang oleh sebab ia bermastautin ataumenjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidangkuasa pihak berkuasa itu.

    (5) Perkara ini tidak membatal atau melarang -

    (a) apa-apa peruntukan yang membuat peraturan-peraturan mengenai undang-undangdiri;

    (b) apa-apa peruntukan atau amalan yang menghadkan jawatan atau pekerjaanberhubung dengan hal-ehwal sesuatu ugama, atau sesuatu yayasan yang diurus olehsesuatu kumpulan yang menganuti apa-apa ugama, kepada orang-orang yang menganutiugama itu;

    (c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang-orang asliSemenanjung Tanah Melayu (termasuk merezabkan tanah) atau merezabkan bagi orang-orang asli jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam mengikut kadar yangberpatutan;

    (d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau disebahagian sesuatu Negeri sebagai satu kelayakan untuk pilihanraya atau perlantikan bagimana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidangkuasa hanya di Negeri atau dibahagian itu sahaja, atau untuk mengundi dalam pilihanraya itu;

    (e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang berkuatkuasa atau yangbersamaan dengan peruntukan yang berkuatkuasa sebelum sahaja Hari Merdeka;

    (f) apa-apa peruntukan yang menghadkan kemasukan berkhidmat dalam Pasukan AskarMelayu kepada orang Melayu.

    PERKARA 9. LARANGAN BUANGAN NEGERI, DAN KEBEBASAN BERGERAK.

    (1) Tiada seseorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke dalam Persekutuan.

    (2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang mengenai keselamatan Persekutuanatau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah,tiap-tiap warganegara adalah berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautindi mana-mana bahagiannya.

    (3) Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan ini berbanding

    20

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    21/57

    dengan Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antaraNegeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan denganbergerak dan bermastautin.

    PERKARA 10. KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.

    (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4);

    (a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

    (b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidakbersenjata;

    (c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

    (2) Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

    (a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yangdidapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteramanawam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana DewanNegeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatanmengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

    (b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yangdidapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

    (c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yangdidapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

    (3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh jugadikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

    (4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-manabahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a), Parlimen boleh meluluskan undang-undangmelarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atauhak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181berhubung dengan apa-apa jua melainkan berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yangdinyatakan dalam undang-undang itu.

    PERKARA 11. KEBEBASAN UGAMA.

    (1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),

    mengembangkan ugamanya.

    (2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalahdiuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yanglain daripada ugamanya sendiri.

    (3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak -

    21

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    22/57

    (a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;

    (b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama ataukhairat; dan

    (c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikutundang-undang.

    (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad ataukepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

    (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang ammengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

    PERKARA 12. HAK-HAK BERKENAAN DENGAN PELAJARAN.

    (1) Dengan tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap mana-

    mana jua warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir -

    (a) Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang disenggara oleh sesuatu pihakberkuasa awam, dan, khususnya, tentang kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajaratau tentang bayaran; atau

    (b) Tentang memperuntukkan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihak berkuasa awamuntuk menanggung murid-murid atau untuk pelajaran murid-murid atau pelajar-pelajar dimana-mana yayasan pelajaran (sama ada disenggara atau tidak disenggara oleh sesuatupihak berkuasa awam dan sama ada dalam atau luar Persekutuan).

    (2) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untukpelajaran kanak-kanak dalam ugama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mataoleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalampentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negerimenubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalammengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlubagi maksud itu.

    (3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambilbahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

    (4) Bagi maksud Fasal (3), ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalahditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

    PERKARA 13. HAK TERHADAP HARTA.

    (a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

    (b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan

    harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

    DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PENTADBIRAN

    22

    http://hitglobal7.icdirect.com/cgi-bin/Hitstats.exe/global7/0/0/dh/?ID=3456&dhvip
  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    23/57

    Latarbelakang

    Di dalam Perlembagaan Malaysia, Islam ialah agama rasmi Negara dan hak mengendalikan hal

    ehwal Islam diberikan kepada Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Sungguhpun demikian,

    penganut-penganut agama lain adalah bebas mengamalkan agama masing-masing. PenglibatanRaja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam bidang ini bermula sebelum merdeka lagi.

    Antara aktiviti dan program penting yang dikelolakan oleh mereka termasuklah sistem sekolah agama,sistem undang-undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid, pungutan dan pengurusan

    zakat fitrah dan Baitulmal. Dalam tahun-tahun awal selepas kemerdekaan, aktiviti dan program ini telah

    dipergiat dan ditambah pula dengan perkara-perkara baru, antaranya termasuklah tilawah Al-Quran yang

    telah mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam. Sementara langkah-langkah ini

    sedang dikelolakan, dunia Islam sejagat telah bangun semula, didorong oleh satu kesedaran baru

    tentang kemurnian Islam dan peranan yang boleh dan patut dimainkannya dalam hal ehwal negara danperibadi. Kesedaran baru ini, yang menjadi ketara dalam dekad tujuh puluhan, juga dirasai di Malaysia.

    Dalam keadaan ini, Kerajaan Persekutuan sendiri telah terdorong untuk meluas dan mengukuhkan

    programnya mengenai hal ehwal Islam. Sehubungan dengan ini, usaha-usaha baru telah diambil,

    antaranya termasuklah penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam

    Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam,

    Jabatan Perdana Menteri. Selaras dengan usaha-usaha ini, satu lagi usaha yang dipanggil 'Dasar

    Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran' telah diperkenalkan pada tahun 1985.

    Rasional

    Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran adalah sebahagian daripada pelbagai usahaKerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat

    Malaysia. Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya nilai-nilai Islam ialah:

    "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu

    identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti

    Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran

    sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang

    tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha

    mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidakmempunyai nilai-nilai yang kukuh." Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai kaum dan

    agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh

    semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke arah membentuk identiti dan perpaduan.Tanpa nilai yang universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan menyanjung nilai-nilai

    lain yang sangat asing bagi masyarakat Malaysia.Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia

    serta identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan maruah bangsa tidak dijunjung tinggi

    dan mungkin mereka akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri. Dengan itu rakyat Malaysia

    haruslah mempunyai identitinya sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor yangmelaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang boleh memberikan sumbangan kepada

    kesejahteraan negara. Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan rasa

    bertanggungJawab boleh membawa kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah negar

    seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang

    membanggakan dapat dicapai. Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh pisahkan

    daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu

    identiti?" Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai diserahkankepada individu-individu dan

    komuniti-komuniti yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan menyelesaikanmasalah, malah ia akan berakhir dengan kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu

    adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung nilai yang perlu diterima dan diterapkandalam masyarakat.Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu diasaskan kepada

    kehendak dan pengajaran Islam bagi membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral tinggi.

    Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi kacamata agama atau budaya lain kerana memilih

    nilai yang diasaskan kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan merenung kembali dan memahami negara

    Malaysia itu sendiri, setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa langkah untuk memilih

    nilaiIslam itu adalah langkah yang wajar. Sebaliknya pula mereka yang tidak memahami tentang

    kedudukan Negara Malaysia dari segi geografi, sejarah, kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya

    23

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    24/57

    akan terus mempertikaikan perkara ini. Walau bagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka

    tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai yang berasaskan kepada agama Islam itu

    ialah yang paling sesuai untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya. Nilai-nilai Islam itu

    boleh menjadi penggerak ke arah membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh utama

    negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan, rasuah, kecuaian, kejahilan, penyelewengan dansebagainya yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat dan pembangunan negara. Al-

    Quran juga telah menamakan agama Islam sebagai agama yang bernilai. Penamaan ini memberikankeyakinan kepada semua orang bahawa kandungan yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran itu

    adalah merupakan nilai-nilai yang mulia kerana ia merupakan bimbingan-bimbingan (hidayah) yang

    datang daripada Allah s.w.t. dan ditujukan kepada semua manusia, bukan sahaja kepada yang beragama

    Islam. Di antara bimbingan-bimbingan yang terpenting ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan

    moral (akhlak). Ini bererti bahawa apa yang dimaksudkan dengan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

    dalam Pentadbiran ialah bimbingan pembentukan akhlak yang berfaedah dan berfungsi dalam kehidupansetiap rakyat menuju ke arah ketinggian maruah di samping menanam nilai-nilai yang murni dan

    membina ke dalam sistem pentadbiran negara. Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang

    pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan

    memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam

    pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian

    besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-

    nilai Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan

    menghindarkan perbuatan rasuah,penyelewengan dan sebagainya. Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan,nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam

    atau bukan Islam. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yangboleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas,

    tertib, disiplin,mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak,

    berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.

    OBJEKTIFObjektif dasar ini adalah seperti berikut:

    i. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah,beridentiti kukuh dan disegani olehmasyarakat lain.

    ii. Menubuhkan sebuah 'negara bahagia'.

    iii. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.iv. Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

    Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan

    mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalannilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga

    menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.Nilai-nilai Islam Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam

    yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:

    Amanah;

    Tanggungjawab;

    Ikhlas;

    Dedikasi;

    Sederhana;

    Tekun;

    Bersih;

    Berdisiplin;

    Bekerjasama;

    Berbudi Mulia; dan

    Bersyukur.

    Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada

    kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah

    negara. Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut

    ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja

    berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam

    pentadbiran awam.

    Amanah

    Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

    24

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    25/57

    Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang

    dipertanggungjawabkan.

    Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas.

    Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang

    dan peralatan serta tenaga kerja.

    Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.

    Tanggungjawabo Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadapTuhan, di samping pekerjaan dan majikan

    o Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa

    waspada dan jujur.

    o Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan.

    o Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/instutusi/awam dalam

    menjalankan tugas.

    o Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.Ikhlas

    o Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia;

    o Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari

    keredhaannya.o Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian

    amanah.Dedikasi

    o Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah peraturan-peraturan yang ada.

    o Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada kebaikan.

    o Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas.

    o Sedia memulakan pembaikan.

    o Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian.

    Sederhana

    o Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas;

    o Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta-fakta yang terdapat dalam

    alam sekitar.

    o Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja;

    o Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharapkepadanya;dan

    o Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

    Tekun

    o Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaandalam tugas dan kehidupan.

    o Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.

    o Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki cara bekerja.

    o Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-pihak yang berharap

    kepadanya.

    o Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai tahap cemerlang.

    Bersih

    o Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian.

    o Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup;

    o Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas.

    o Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan.

    o Berkhidmat demi kebajikan semata-mata.

    o Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam

    membuat keputusan.

    Berdisiplin

    o Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama;

    25

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    26/57

    o Menilai tinggi masa dan janji;

    o Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan

    o Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

    Bekerjasama

    o Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakankerja

    o Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada

    usaha mempertingkatkan semangat kerjasama.o Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja daripada kepentingan

    peribadi;

    o Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama.

    o Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi.

    o mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa

    dan negara.

    Berbudi Mulia

    o Bermanis muka sepanjang masa.

    o Bertimbang rasa dan bertolak-ansur.

    o Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat.

    o Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong pelanggan/pelawat.

    Bersyukuro Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjaminkesejahteraan hidup sebagai seorang

    anggota masyarakat.

    o Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih

    berusaha gigih.

    o Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama

    (nilai-nilai agama dan kerohanian.

    o Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat.

    o Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia.

    o Berkhidmat sebagai ibadah.

    o Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarkat,

    negara dan agama.

    o Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkanusaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara

    seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undang- undang dan sebagainya.

    Strategi Pelaksanaan

    Strategi utama bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah seperti berikut:

    Sebagai permulaan dasar ini adalah ditumpukan kepada anggota perkhidmatan awam.

    Pemilihan ini bukanlah bererti bahawa Kerajaan mengenepikan pihak-pihak yang lain, malah

    membuktikan kesedaran pemimpin negara ini bahawa perkhidmatan awam sebagai jentera

    yang melaksanakan pelbagai program dan projek bagi faedah rakyat dan negara perlu

    meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa sejajar dengan harapan rakyat dan negara;

    danIslam mengakui betapa pentingnya pentadbiran oleh sebab sebarang reformasi dalamsesebuah masyarakat tidak akan terlaksana sekiranya jentera pentadbiran tidak dikemaskinikanserta dibentukkan berdasarkan nilai-nilai yang positif. Kejayaan bagi sesebuah masyarakat

    akan dapat dilihat apabila jentera pentadbirannya baik dan mampu bertindak terhadapkeburukan dan kelemahan yang ada di dalamnya.

    Usaha untuk menerapkan nilai-nilai ini di kalangan anggota Kerajaan telah dilakukan melalui

    penerangan dan penjelasan dasar ini, teladan pegawai-pegawai kanan, dan persuasion atau

    pujukan. Paksaan dan tekanan dalam apa jua bentuk tidak dilakukan.

    26

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    27/57

    Pencapaian

    Pencapaian dan Masalah Pelaksanaan Buat masa ini belum dapat dipastikan tahap pencapaian dasar ini

    dan kajian sistematik juga belum dijalankan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam

    pelaksanaannya.Terdapat dua sebab utama yang mengakibatkan keadaan di atas. Pertama, dasar ini baharu

    sangat diperkenalkan. Walaupun perbincangan umum mengenai penerapan nilai-nilai Islam telahlama wujud tetapi dasar mengenai dalam bentuk yang boleh dikatakan konkrit hanya setelah

    teredarnya buku kecil Siri 2 yang di rujukkan. Kedua, dasar ini pada hakikatnya bertujuanmengubah atau mengukuhkan nilai-nilai hidup manusia. Lazimnya tujuan seperti ini sukar dicapai

    dalam jangkamasa yang pendek lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang mempunyai nilai-nilai hidup

    lain yang telah sebati dengan jiwa mereka. Dalam keadaan begini, masa yang lama diperlukan untuk

    membantu usaha melaksanakan dasar ini secara perlahan-lahan.

    Penutup

    Dasar ini bergantung kepada beberapa faktor untuk kejayaannya. Antaranya termasuklah

    political will, peruntukan kewangan yang cukup, jentera pelaksanaan yang sesuai dan cekap, dan

    kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini. Sekiranya faktor-taktor ini tidak wujud sekaligus dan

    saling membantu, sukar baginya untuk berjaya. Tetapi kesukaran ini tidak patut dijadikan alasan untuk

    mengabaikan pelaksanaan dasar ini, sebaliknya langkah-langkah mesti dicari untuk menjayakannya.

    Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemimpin di semua peringkat untuk mengambil langkah- langkah

    yang wajar bagi melaksanakannya, dan setiap individu yang menyedari akan kepentingan nilai-nilaiini pula perlu menghayatinya dengan sepenuh hati sejajar dengan tanggungjawab kepada agama, nusa

    dan bangsa.

    KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

    Oleh: Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim

    Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah ugamabagi Persekutuan, tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dandamai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perlu disebutkan bahawa belum ada

    terjemahan Perlembagaan yang sahih di Malaysia dan adakali perkataan "Islam is thereligion of the Federation" yang terdapat dalam Perlembagaan di terjemahkan salahsebagai "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan".

    Apa yang dimaksudkan dan apa kesan peruntukan ini? Jika kita lihat kepada sejarahmengenai peruntukan ini kita dapati Suruhanjaya Reid yang diberi tugasmencadangkan Perlembagaan bagi Malaysia telah menolak cadangan memasukkanperuntukan mengenai "Islam sebagai agama Persekutuan" itu. Dalam Laporanmereka di perenggan 169 mereka berkata maksudnya "Kami telah menimbangkan soal sama ada perlu diadakan kenyataan dalamPerlembagaan yang bermaksud Islam hendaklah menjadi ugama Negara. Telahdipersetujui oleh semua pihak bahawa jika mana-mana peruntukan seperti itudimasukkan dalam Perlembagaan hendaklah dijelaskan bahawa ia tidak sekali-kali

    menjejas hak-hak sivil orang-orang bukan Islam. Dalam memorandum yangdikemukakan oleh Perikatan telah disebut agama Persekutuan hendaklah Islam.Peruntukan prinsip ini tidak akan mengenakan apa-apa hilang upaya keatas rakyatbukan Islam menganuti dan mengamalkan ugama mereka sendiri dantidak membayangkan bahawa negara bukan negara sekular. Tidak terdapat apa-apadalam draf Perlembagaan itu yang menyentuh penerusan keadaan dalam negeri-negeri mengenai periktirafan Islam atau yang menghalang pengiktirafan Islam dalamPersekutuan melalui perundangan atau cara-cara lain dalam apa-apa keadaan yangtidak memudharatkan hak-hak sivil individu bukan Islam. Majoriti kami berpendapat

    27

    http://www.islam.gov.my/buu/dalammemori.htmlhttp://www.islam.gov.my/buu/dalammemori.html
  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    28/57

    ada paling baik meninggalkan perkara itu atas dasar itu, memandang kepadakenyataan bahawa peguam bagi Raja-raja telah berkata kepada kami "Adalahpandangan yang telah dipertimbangkan oleh Duli-duli yang Maha Mulia bahawa tidakdikehendaki memasukkan perisytiharaan seperti yang dicadangkan bahawa ajaranagama Muslim atau ajaran agama Islam adalah agama yang ditetapkan bagiPersekutuan. Duli-duli yang Maha Mulia tidak menyokong perisytiharaan seperti itu

    dimasukkan dan ini adalah perkara arahan khusus dimana saya tidak banyakterlibat". Hakim Abdul Hamid berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perludimasukkan seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau HakimAbdul Hamid dari Pakistan itu mengesyorkan oleh kerana cadangan yang dibuat olehPerikatan itu adalah dibuat sebulat suara, ia harus diterima. Peruntukan seperti itutelah pun terdapat di negeri-negeri dan apa yang perlu ialah memindahkannya dariPerlembagaan negeri ke Perlembagaan Persekutuan.

    Soalan yang timbul apa sebabnya Perikatan dalam cadangannya mengatakanperuntukan tidak bermakna negara bukan negara sekular. Sayugia diingati bahawacadangan itu dibuat oleh Perikatan iaitu gabungan antara parti UMNO dan partibukan Melayu dan Islam yang bergabung dengan UMNO. Mungkin pada masa ituAllahyarham Tunku Abdul Rahman dan ahli-ahli UMNO berpendapat supaya tidak

    menjejaskan perpaduan antara parti-parti itu tidaklah perlu menyebutkan negarasebagai negara Islam. Dari segi maslahah adalah baiknya untuk perpaduan parti-parti itu hanya menyebutkan Islam sebagai ugama Persekutuan.Walaubagaimana pun tidak disebut dalam Perlembagaan bahawa negara adalahnegara sekular (seperti disebutkan di India umpamanya) dan oleh kerana itu tidakada halangan dihujjahkan kemudian bahawa oleh kerana Islam adalah agamaPersekutuan, ini membolehkan ajaran Islam dimasukkan dan diterapkan dalam politiknegara, apabila masanya sesuai.

    Oleh kerana perkataan "Islam" dan bukan "ugama Islam" yang digunakan di Perkara3 bolehlah dihujjahkan bahawa apa yang dimaksudnya ialah Islam sebagai cara hidupmengikut Islam iaitu Islam sebagai Ad-Din. Apabila disebut "agama-agama lain bolehdiamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan", orang-

    orang bukan Islam mendakwa bukan sahaja mereka diberi kebebasan mengamalkankepercayaan dan upacara-upacara agama mereka akan tetapi cara hidup mereka.Mereka tidak mahu undang-undang Islam dikenakan kepada mereka dan lebih sukamengikut undang-undang lnggeris. Jika ini makna yang dikehendaki di beri kepadaperkataan "ugama" oteh orang-orang yang bukan Islam, lebih-lebih lagilah orang-orang Islam berhak memberi makna yang luas kepada "Islam" sebagai agamaPersekutuan.

    Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganutidan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkanugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti danmengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4)menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat

    pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yangmenganuti ugamaIslam.

    Telah ada beberapa negeri yang telah mengadakan undang-undang untuk menyekatpengembangan ugama-ugama lain antara orang-orang Islam akan tetapi sayangnyaada beberapa negeri yang belum lagi mengadakan undang- undang itu termasukWilayah-wilayah Persekutuan.

    Jika kita merujuk kepada kes-kes yang diputuskan di Mahkamah di Malaysia adaterdapat beberapa kes yang lama yang memberi makna yang sempit kepada

    28

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    29/57

    perkataan "Islam ialah ugama bagi Persekutuan". Dalam kes Che Omar bin Che Sohlwn Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 hujjah yang dibuat bagi pihak perayu-perayuialah hukum mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya dan memiliksenjata api adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu terbatal.Dihujjahkan bahawa oleh kerana Islam adalah agama Persekutuan, hukuman mati

    mandatori yang dikenakan kepada kesalahan itu, yang bukan kesalahan "hudud"atau "qisas" mengikut undang-undang Islam, adalah berlawanan dengan ajaran Islamdan oleh kerana itu tidak sah mengikut Perlembagaan. Sungguhpun Salleh Abas,Ketua Hakim Negara pada masa itu, apabila memberi penghakiman telah berkatatidak syak Islam bukan hanya kumpulan kepercayaan dan upacara agama sahajabahkan adalah cara hidup itu yang lengkap termasuk semua bidang amalan manusia,sama ada peribadi atau umum, mengenaiperundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral atau kehakiman, dan caramengatur semua cara hidup termasuk hukum-hukum dan akhlak semuanyaberpandu kepada wahyu dari Allah yang terdapat dalam AI-Quran dan hadith Nabis.a.w. akan tetapi beliau bertanya adakah itu makna Islam yang dimaksud olehpengubal Perlembagaan itu? Beliau telah kembalimerujuk kepada sejarah kemasukan British di Malaysia sebagai penjajah yang manamereka telah membahagikan agama kepada dua jenis, satu dari segi peribadi dansatu dari segi awam. Dalam semua perkara awam termasuk undang-undangpentadbiran dan kehakiman, mereka telah mengenepikan Islam dan mengikut carayang sekular. Oleh kerana itu hanya undang-undang Islam mengenai keluarga dan warisan telah dibenarkan dikenakan dan itupun hanya kepada orang-orang Islam. Hasil dari masa penjajah British itu, undang-undang Islam telah diasingkan dalam lingkungan yang sempit mengenai undang-undangperkahwinan, perceraian dan warisan. Inilah makna "Islam" yangdimaksudkan oleh pengubal Perlembagaan itu. Oleh kerana ituPerkara 3Perlembagaan itu tidak boleh digunakan sebagai hujjah untuk mengatakan hukumanmati bagi kesalahan mengedardadah berbahaya atau mana-mana kesalahan laintidak sah kerana berlawanan dengan Islam dan oleh kerana itu berlawanan denganPerlembagaan itu .Sayangnya yang arif Hakim itu telah menunjukkan bahawa beliaumasih terikat dengan konseppenjajah dan tidak menimbangkan bahawa Malaysiatelah Merdeka dan tidak lagi di bawah kuasa penjajah itu.

    Dalam kes Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama adiseorang gadis Cina umur 17 tahun 8bulan berhak memeluk agama Islam tanpapengetahuan dan persetujuan bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan olehkerana gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya dan tidakdipaksa oleh sesiapa dia berhak memelukagama Islam mengikut Perkara 11(1)Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan "Semua orang-orang berhakmenganutdan mengamal ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4)menyebarkannya".

    Akan tetapi apabila rayuan dibuat oleh bapa itu ke Mahkamah Agong, Abdul Hamid

    Ketua Hakim Negara pada masa itu telahmerujuk kepada Perlembagaan Malaysiadan khususnya Perkara 3 yang menyebut Islam adalah ugama Persekutuan; dan jugapada pendapat Suruhanjaya Reid mengenai Perkara 3 itu. Seperti yang telahdinyatakan dahulu Suruhanjaya Reid tidakmenyokong diadakan peruntukan sepertiPerkara 3 akan Hakim yang arif itu beliau berkata "Pada asas iaitu Perlembagaan kitadigubal dan diisytiharkan." Beliau merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4)Perlembagaan yang memperuntukkan-(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apaugama atau mengambil bahagian dalamapa-apa upacara atau sembahyang sesuatuugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

    29

  • 8/14/2019 Piagam Madinah wanis

    30/57

    (4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripadalapan belas tahun adalah ditetapkan olehibubapa atau penjaganya.

    Sungguhpun fasal (4) itu menyebut "untuk maksud fasal (3) iaitu mengenaipengajaran ugama di sekolah, Hakim yang arif itutelah menggunakan fasal itu untukmemutuskan seorang ibubapa atau penjaga berhak menentukan agama seorang

    yang belumdewasa. Sebetulnya beliau tidak perlu membuat keputusan itu olehkerana pada masa itu gadis itu telah pun berumur lebih dari lapan belas tahun.Keputusannya ialah dianggap obiter dicta atau pandangan sahaja, akan tetapisayangnya ia telah diterimapakai dalam undang-undang di Malaysia.

    Dalam kes Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin [ 19891 ]1 MLJ418mengikut faktanya Jamaludin seorangasalnya melayu dan berugama Islam telahmemeluk agama Christian dan telah cuba memasukkan orang-orang Melayu keagama Christian dan telah berjaya memasukkan enam orang Melayu ke agamaChristian. Dia telah ditahan dibawah AktaKeselamatan dalam Negeri, dan telahmerayu kepada Mahkamah. Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untukpertahanan itu tid