photo talk gb120163

5
LAPOK DITELAN DEK ZAMAN Nama : Nurul Sakinah Binti Kadir No Matrik : Gb120163 Pensyarah : Encik Ghazally Spahat Seksyen : 3 MESIN TAIP

Upload: nurul-sakinah-kadir

Post on 19-Jun-2015

113 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Lapok Ditelan Dek Zaman... 1000 perkataan dapat digambarkan dari gambar...

TRANSCRIPT

Page 1: Photo Talk Gb120163

LAPOK DITELAN DEK ZAMAN

Nama : Nurul Sakinah Binti KadirNo Matrik : Gb120163

Pensyarah : Encik Ghazally SpahatSeksyen : 3

MESIN TAIP

Page 2: Photo Talk Gb120163

KOMPUTER RIBA

Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan ia diambil di Kampung Parit Rantau, Mukim 4, Simpang 5, Batu Pahat Johor, pada 10/11/2013. Menggunakan kamera telefon bimbit galaxy note 2,samsung dengan paparan resolusi 3264x2448, aperture 2.6 dan focal length 3.7mm. Gambar pertama menunjukkan typewriter yang digunakan pada tahun 80-an dan gambar kedua adalah komputer riba yang digunakan pada masa kini.

Komputer adalah satu fenomena yang agak baru dan sehingga ke peringkat sekolah rendah digunakan didalam pembelajaran. Bagi yang tidak mempunyai pengalaman dalam penggunaan komputer ianya menjadi satu cabaran apabila log masuk ke internet. Di Malaysia, penggunaan komputer peribadi didalam pendidikan bermula pada awal tahun 90-an, sebelum itu penggunaan mesin taip menjadi pilihan didalam membuat tugasan dan persediaan kertas projek. Tapi hari ini penggunaan komputer ataupun dikenali sebagai komputer riba menjadi sebahagian keperluan dari kehidupan sebagai seorang pelajar dan

Page 3: Photo Talk Gb120163

pekerja setiap hari. (Ramayah.T,2008) Sebelum kemunculan komputer riba yang semakin popular digunakan kini, typewriter menjadi alternatif yang paling penting apabila seseorang menyambung pelajaran dan ianya digunakan dalam kehidupan apabila diperlukan sahaja seperti didalam membuat surat. Sebelum kemunculan komputer riba ini jika sesebuah keluarga mempunyai mesin taip ini dikira sebagai dari keluarga berada, manakala pada awal tercetusnya revolusi penggunaan komputer ini, mereka yang mempunyai komputer ini adalah dikira sebagai mereka yang senang dan didalam golongan berada, namun kini penggunaan komputer dianggap biasa dan menjadi keperluan didalam menjalankan tugas didalam pekerjaan seharian mahupun didalam pembelajaran diperingkat rendah hingga ke peringkat tertinggi.

Kemasukan teknologi-teknologi pengajaran dalam pendidikan pada semua tahap semakin menjadi realiti, ia adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan oleh institusi, jabatan dan ahli kaki tangan persendirian. Teknologi-teknologi pembelajaran telah membuka dunia bersumberkan multimedia yang boleh dicapai dengan cepat dan mudah diakses dalam rangkaian komputer, bukan sahaja dalam negara tetapi juga diseluruh dunia sebagai tambahan ia boleh digabungkan di antara dunia komunikasi via email, system konferen dan web antarabangsa yang sedang giat membangun. (Wang.J.Y.J, 2002) Infrustruktur untuk dunia baru ini telah dilaksanakan peringkat dalam pelbagai lapisan masyarakat, dan kita akan dapat melihat letupan penngunaannya dalam jangka masa yang terdekat ini.

Perubahan kepada teknologi ini bukan sahaja dirasai negara membangun bahkan ianya turut dirasai oleh negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Kita sedang bergerak mengikut arus permodenan dan semakin hari teknologi semakin berkembang dan kita harus mengikutnya dan bukan ia tidak akan menunggu kita. Jika kita lalai dan lambat untuk mengikuti perkembangan ini maka kita akan ketinggalan dengan kemajuan teknologi yang semakin bergerak pantas ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Computer Industy Almanac Incorporation (2001), jumlah penggunaan komputer pada tahun adalah menghampiri 600 juta unit berbanding 38.1 juta unit pada tahun 1985, iaitu peningkatan sebanyak 560 juta unit atau 474% peratus dalam jangkamasa 15tahun, manakala jumlah pengguna internet pula dijangka akan bertambah sebanyak 54% pada tahun 2002 berbanding tahun 1999 (Yunus.S, 2001). Peningkatan yang drastic ini jelas menunjukkan kesedaran masyarakat akan kepentingan komputer dalam mempermudah dan mempercepatkan kerja dan tugas-tugas harian manusia sejagat. Daripada mesin autoteller automatic dan mail suara (voice mail) kepada kereta yang boleh berkata-kata kepada kita, masyarakat dan kehidupan professional kita dipenuhi dengan teknologi. Komputer merupakan salah satu bentuk teknologi maklumat yang semakin menyusup masuk kedalam kehidupan masyarakat kita. Melihat kepada anjakan di atas, aplikasi komputer ini menjadi sinonim dengan masyarakat kita dan kita perlu mengikut kepada perubahan yang berlaku dimana segalanya kini semakin lapok dek zaman kerana mungkin juga suatu hari nanti komputer riba ini tidak lagi dipandang seperti mesin taip dan digantikan teknologi lain yang lebih baik mengikut arus permodenan semasa.

Page 4: Photo Talk Gb120163

RUJUKAN

Wang.J.Y.J (2002) Kajian Terdahap Penggunaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Pensyarah Politekni Kota Kinabalu,Sabah; Kearah Penghasilan Garis Panduan ABM Berasaskan Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat

Ramayah.T (2008) Technology Usage Among construction Students The Moderating Role of Gender, Journal of Construction in Developing Countries, Vol. 13, No. 1, 2008

Yunus.S (2001) Tahap Penggunaan Komputer di Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan (Teknikal) Semester 1,2 Dan 3 Di Kolej Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO): Ke Arah Bakal Pendidik Yang “Computer Literate”, KUiTTHO.