petikan teks

6
Petikan Teks 2 (Haiwan Penternakan Di Malaysia) Biri-biri merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Biri-biri tempatan di Malaysia hanya terdapat di Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis mempunyai bulu yang lembut dan halus dan mempunyai telinga kecil, sementara sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar dan keras, dan telinga biasa. Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding yang diimpot daripada Hong Kong, Singapura atau Bangkok, dan juga tidak menyerupai biri-biri di Burma dan India. Angsa sangat bermanfaat untuk diternak. Ia boleh menjadi pengawal di rumah, di ladang di tapak projek atau di kilang- kilang. Semakin garang angsa itu, semakin tinggi harganya. Angsa mudah membesar, lebih tahan terhadap penyakit dan hampir tidak memerlukan ubat- ubatan. Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur dapat menimbulkan penyakit pada angsa. Jenis-jenis rusa yang di dapati sesuai dan dapat mengadaptasi dengan cuaca serta sistem penternakan di Malaysia adalah rusa Timorensis dan Sambar. Pada umumnya rusa diternak bagi tujuan jualan. Rusa mendapat Ayam serama yang ada pada hari ini adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis terutama burung seperti burung hutan, ayam kerdil thai dan juga bantan. Anak ayam dari baka juara boleh dijual pada harga RM1,000

Upload: aurararo

Post on 02-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

Page 1: petikan teks

Petikan Teks 2 (Haiwan Penternakan Di Malaysia)

Biri-biri merupakan salah satu daripada

haiwan yang terdapat di Malaysia. Biri-biri

tempatan di Malaysia hanya terdapat di

Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis

mempunyai bulu yang lembut dan halus

dan mempunyai telinga kecil, sementara

sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar

dan keras, dan telinga biasa.

Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding

yang diimpot daripada Hong Kong,

Singapura atau Bangkok, dan juga tidak

menyerupai biri-biri di Burma dan India.

Angsa sangat bermanfaat untuk diternak.

Ia boleh menjadi pengawal di rumah, di

ladang di tapak projek atau di kilang-

kilang. Semakin garang angsa itu,

semakin tinggi harganya.

Angsa mudah membesar, lebih tahan

terhadap penyakit dan hampir tidak

memerlukan ubat-ubatan.

Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa

ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur

dapat menimbulkan penyakit pada angsa.

Jenis-jenis rusa yang di dapati sesuai dan

dapat mengadaptasi dengan cuaca serta

sistem penternakan di Malaysia adalah

rusa Timorensis dan Sambar.

Pada umumnya rusa diternak bagi tujuan

jualan. Rusa mendapat permintaan yang

tinggi dari segi jualan daging rusa segar.

Di samping itu, terdapat juga rusa yang

dipelihara bagi tujuan mendapatkan

tanduknya yang digunakan bagi tujuan

perubatan tradisional di dalam masyarakat

Cina.

Ayam serama yang ada pada hari ini

adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis

terutama burung seperti burung hutan,

ayam kerdil thai dan juga bantan.

Anak ayam dari baka juara boleh dijual

pada harga RM1,000 hingga RM2,000

seekor manakala anak ayam yang agak

dewasa di antara RM2,000 hingga

RM10,000.

Bagaimanapun, tidak ada harga yang

tetap dalam urusan jual beli. Semuanya

bergantung kepada rundingan antara

pembeli dan pemilik ayam tersebut.

Page 2: petikan teks

Petikan Teks 1 (Penternakan Itik Moskovy)

Penternakan itik semakin berkembang di Malaysia. Antara itik daging yang semakin

popular ialah itik Moskovy. Itik ini dibiakkan daripada induk yang diimport dari Negara

Perancis. Proses penternakan itik ini terbahagi kepada beberapa peringkat.

Pada peringkat dua minggu pertama, itik ini perlu mendapat bekalan air dan

makanan yang mencukupi. Air tersebut hendaklah dicampurkan dengan vitamin dan

antibiotik. Bahagian muncung itik hendaklah dipotong sedikit supaya tidak berlaku

kecederaan sekiranya itik-itik ini memagut sesame sendiri. Hal ini dilakukan pada usia

anak itik satu minggu hingga dua minggu.

Pada umur tiga minggu hingga empat minggu pula, itik boleh dididik bermain di

air. Anak-anak itik ini boleh dilepaskan di sekeliling reban untuk memakan rumpai dan

serangga.

Itik Muskovy mula membesar dengan cepat pada peringkat umur lima minggu.

Pengambilan makanan dan minuman pada peringkat ini semakin meningkat.

Itik ini sedia dipasarkan apabila mencapai usia antara 11 minggu hingga 13

minggu. Purata berat badan seekor itik pada usia ini boleh mencapai tiga kilogram.

Page 3: petikan teks

Petikan Teks 1 (Misai Kucing)

Pokok misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon stamineus ialah sejenis herba

renek yang banyak terdapat di Asia Tenggara. Misai kucing juga dikenali dengan

pelbagai nama seperti Kumis Kucing, Remujung, Aristatus, Java Tea dan Kidney Tey.

Tumbuhan ini terkenal sejak turun-temurun kerana pelbagai khasiatnya.

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 meter. Daun misai kucing

licin, berwarna hijau dan berbentuk tirus. Tangkai daunnya pendek dan berwarna ungu

kemerah-merahan. Bunga misai kucing berwarna putih kebiru-biruan dengan filament

yang panjang seperti misai kucing. Batangnya pula berbentuk segi empat, berwarna

kemerah-merahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Walaupun misai kucing ini berasal dari rantau Asia Tenggara, masyarakat Barat

telah mengetahui khasiatnya terlebih dahulu. Semasa Belanda menjajah Indonesia,

mereka telah menggunakan herba ini sebagai minuman kesihatan. Daunnya dijadikan

serbuk seperti serbuk teh.

Mereka telah membawa pulang herba ini ke Eropah. Setelah lebih dua ratus

tahun kemudiannya, pokok ini ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar

herba dari Holland, Jerman, Perancis dan England.

Misai kucing dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan di dalam

badan dan melawaskan pembuangan air kecil. Selain dapat merawat penyakit gout,

artritis, reumatisme dan mencegah pembentukan batu karang, amalan meminum the

herba ini juga dapat mengurangkan kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi.

Page 4: petikan teks

Haiwan Penternakan Di Malaysia

Biri-biri merupakan salah satu daripada

haiwan ternakan di Malaysia. Biri-biri

tempatan di Malaysia hanya terdapat di

Kelantan dalam 2 jenis. Satu jenis

mempunyai bulu yang lembut dan halus

dan mempunyai telinga kecil, sementara

sejenis lagi mempunyai bulu yang kasar

dan keras, dan telinga biasa.

Biri-biri Kelantan lebih kecil berbanding

yang diimpot daripada Hong Kong,

Singapura atau Bangkok, dan juga tidak

menyerupai biri-biri di Burma dan India.

Angsa sangat bermanfaat untuk diternak.

Ia boleh menjadi pengawal di rumah, di

ladang di tapak projek atau di kilang-

kilang. Semakin garang angsa itu,

semakin tinggi harganya.

Angsa mudah membesar, lebih tahan

terhadap penyakit dan hampir tidak

memerlukan ubat-ubatan.

Angsa dapat dibiakkan walaupun tanpa

ada kolam air bahkan sebenarnya lumpur

dapat menimbulkan penyakit pada angsa.

Jenis-jenis rusa yang di dapati sesuai dan

dapat mengadaptasi dengan cuaca serta

sistem penternakan di Malaysia adalah

rusa Timorensis dan Sambar.

Pada umumnya rusa diternak bagi tujuan

jualan. Rusa mendapat permintaan yang

tinggi dari segi jualan daging rusa segar.

Di samping itu, terdapat juga rusa yang

dipelihara bagi tujuan mendapatkan

tanduknya yang digunakan bagi tujuan

perubatan tradisional di dalam masyarakat

Cina.

Ayam serama yang ada pada hari ini

adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis

terutama burung seperti burung hutan,

ayam kerdil thai dan juga bantan.

Anak ayam dari baka juara boleh dijual

pada harga RM1,000 hingga RM2,000

seekor manakala anak ayam yang agak

dewasa di antara RM2,000 hingga

RM10,000.

Bagaimanapun, tidak ada harga yang

tetap dalam urusan jual beli. Semuanya

bergantung kepada rundingan antara

pembeli dan pemilik ayam tersebut.