petikan surat kiriman tidak rasmi

Upload: akil-alias

Post on 10-Jan-2016

28 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

petikan surat kiriman tidak rasmi tahun melawat malaysia

TRANSCRIPT

42, Jalan Mangga,Taman Perdana,27000 Raub, Pahang Darul Makmur

26 September 2014

Menemui Daisy yang berada di Brunei, semoga saudari sentiasa sihat sejahtera. Maaf atas kelewatan saya membalas surat saudari.Apa khabar saudari ketika ini? Surat saya kali ini akan memberitahu saudari sedikit sebanyak tentang keunikan tanah air saya memandangkan saudari ingin mengetahuinya. Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang kaya dengan alam semula jadi. Justeru, sebahagian daripada hutan ini dijadikan Taman Negara untuk menghimpunkan pelbagai jenis flora dan fauna yang sungguh luar biasa.Jika saudari suka aktiviti menyelam, pulau-pulau tropika seperti Pulau Redang, Pulau Tioman dan Pulau Langkawi ialah tempat yang paling sesuai. Saudari dapat melihat permandangan bawah laut yang begitu menakjubkan.Di samping itu, dengan mengunjungi kawasan-kawasan peranginan seperti Cameron Highlands dan Bukit Fraser, saudari berpeluang membayangkan negara Eropah, walaupun tidaklah sesejuk musim dingin di sana.Tulisan ini belum cukup untuk menyatakan keindahan Malaysia. Adakah saudari berminat melawat Malaysia pada cuti hari krismas yang akan datang? Datanglah ke sini dan saya akan pastikan saudari tidak kecewa.

Yang Benar,Fiona

Soalan :1. Apakah tujuan utama Fiona menulis surat kepada Daisy?

2. Namakan 4 pulau-pulau tropika yang terdapat di Malaysia?

3. Namakan 2 kawasan perangainan yang terdapat dalam petikan?

4. Bilakan masa yang dicadangkan oleh Fiona untuk datang melawat Malaysia?