petikan laporan

5
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya. LAPORAN TAHUNAN KELAB SAINS Penaung : En. Abdul Latif bin Razali ( Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka ) Guru Penasihat : Pn. Azalinawati bt. Salleh ( Ketua Panitia Sains ) Pn. Haslinda bt. Yusof En. Mohamad Fadhil bin Ahmad Kamil Pengerusi : Nora Akilah bt. Abdul latif Naib Pengerusi : Mohamad Anuar bin Hashim Setiausaha : Nor Nadia bt. Amin Bendahari : Amirul Aziz bin Nizam Ahli Jawatankuasa : Burhanuddin b. Khalid Abdul Manap bin Anwar Napsiah bt. Nikman Ahmad Daud bin Jamil Kelab ini ditubuh dengan rasminya pada 6 Februari 2007. Sebanyak 162 orang murid telah diterima menjadi ahli kelab ini. Pada 12 Februari 2007, Kelab Sains mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama. Mesyuarat yang terbuka kepada ahli kelab saja telah dihadiri oleh 120 orang. Pada 25 Februari 2007, kelab ini mengadakan majlis suai kenal. Dalam majlis yang sederhana ini anggota kelab dapat mengenali antara satu sama lain. Pada 15 Mac 2007, Program Motivasi telah dijalankan untuk memantapkan ketahanan fizikal dan mental ahli kelab. Pada cuti penggal kedua persekolahan, kelab telah mengadakan Pertandingan Rekacipta bagi melahirkan murid yang kreatif. Di samping itu, kelab juga telah mengadakan kuiz persahabatan dengan sekolah jiran. Ahli kelab juga telah menghasilkan buku skrap sains untuk dipamerkan semasa Hari Kokurikulum. Aktiviti terakhir yang dijalankan oleh kelab ialah lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara dan Akuaria di Kuala Lumpur. Disediakan oleh, 12 NOVEMBER 2007. Nor Nadia ( NOR NADIA BT. AMIN ) Setiausaha Kelab Sains, Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka

Upload: hazyzyizuan-hassa

Post on 20-Jun-2015

1.173 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Petikan laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Petikan laporan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

LAPORAN TAHUNAN KELAB SAINS

Penaung : En. Abdul Latif bin Razali ( Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka ) Guru Penasihat : Pn. Azalinawati bt. Salleh ( Ketua Panitia Sains ) Pn. Haslinda bt. Yusof En. Mohamad Fadhil bin Ahmad Kamil Pengerusi : Nora Akilah bt. Abdul latif Naib Pengerusi : Mohamad Anuar bin Hashim Setiausaha : Nor Nadia bt. Amin Bendahari : Amirul Aziz bin Nizam Ahli Jawatankuasa : Burhanuddin b. Khalid Abdul Manap bin Anwar Napsiah bt. Nikman Ahmad Daud bin Jamil Kelab ini ditubuh dengan rasminya pada 6 Februari 2007. Sebanyak 162 orang murid telah diterima menjadi ahli kelab ini. Pada 12 Februari 2007, Kelab Sains mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama. Mesyuarat yang terbuka kepada ahli kelab saja telah dihadiri oleh 120 orang. Pada 25 Februari 2007, kelab ini mengadakan majlis suai kenal. Dalam majlis yang sederhana ini anggota kelab dapat mengenali antara satu sama lain. Pada 15 Mac 2007, Program Motivasi telah dijalankan untuk memantapkan ketahanan fizikal dan mental ahli kelab. Pada cuti penggal kedua persekolahan, kelab telah mengadakan Pertandingan Rekacipta bagi melahirkan murid yang kreatif. Di samping itu, kelab juga telah mengadakan kuiz persahabatan dengan sekolah jiran. Ahli kelab juga telah menghasilkan buku skrap sains untuk dipamerkan semasa Hari Kokurikulum. Aktiviti terakhir yang dijalankan oleh kelab ialah lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara dan Akuaria di Kuala Lumpur. Disediakan oleh, 12 NOVEMBER 2007.

Nor Nadia ( NOR NADIA BT. AMIN ) Setiausaha Kelab Sains, Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka

Page 2: Petikan laporan

1. Bilakah Kelab Sains mengadakan majlis suai kenal?

A 6 Februari 2007

B 12 Februari 2007

C 25 Februari 2007

D 15 Mac 2007

2. Siapakah yang menjadi penasihat Kelab Sains tersebut?

A Setiausaha kelab

B Ketua Panitia Sains

C Guru penasihat kelab

D Guru Besar

3. Apakah salah satu tugas Setiausaha Kelab Sains?

A menulis laporan aktiviti kelab

B merasmikan penubuhan kelab

C mendapatkan anggota-anggota baru

D mempengerusikan mesyuarat ahlijawatankuasa

4. Aktiviti yang berikut diadakan selepas majlis suai kenal, kecuali...

A Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama

B Lawatan ke Pusat Sains Negara

C Melawat akuaria

D Program Motivasi

5. Pada pendapat anda, mengapakah kelab tersebut mengadakan Pertandingan Rekacipta?

A Untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu sains

B Untuk menjalin hubungan erat antara ahli kelab

C Untuk melahirkan murid yang berdaya inovatif

D Untuk menguji ketajaman mental ahli kelab

Page 3: Petikan laporan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

LAPORAN TEMASYA SUKAN KE-32 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

Pada 12 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Taman Indah telah mengadakan temasya sukan kali yang ke-15. Pelbagai persiapan telah dijalankan supaya temasya sukan berjalan dengan lancar. Khemah murid dan khemah tetamu telah didirikan. Kawasan sekeliling padang telah dihiasi dengan bendera berwarna warni. Gerai-gerai jualan sementara turut didirikan untuk para peniaga. Pada pukul 2.30 petang, upacara perbarisan bermula. Para peserta berbaris mengikut rumah sukan masing-masing. Seterusnya upacara lintas hormat dan upacara menaikkan bendera diadakan. Ketua murid membaca ikrar sukan dan diikuti oleh semua peserta. Tuan Haji Idris bin Che Muda, Pegawai Pelajaran Daerah telah menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan temasya sukan ini. Para peserta telah membuktikan kehandalan masing-masing untuk merangkul gelaran juara bagi seiap acara yang dipertandingkan serta mengutip mata kemenangan. Pada pukul 5.30 petang, acara sukan berakhir. Rumah Temenggong muncul sebagai johan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah kepada para pemenang. Temasya sukan kali ini dianggap yang paling meriah sepanjang 15 tahun temasya sukan ini diadakan selain mendapat kerjasama daripada ibu bapa dan penduduk setempat. Disediakan oleh, 22 MAC 2007.

Zarina Hasan ( ZARINA BT. HASAN ) Ketua Murid, Sekolah Kebangsaan Taman Indah.

Page 4: Petikan laporan

1. Bilakah laporan ini ditulis?

A semasa temasya sukan itu berlangsung

B seminggu selepas acara tamat

C sehari selepas temasya sukan

D setelah tetamu pulang

2. Manakah antara yang berikut bukan persiapan temasya sukan tersebut?

A Menghiasi kawasan sekitar sekolah dengan bendera-bendera

B Membina gerai-gerai sementara

C Mengecat bangunan sekolah

D Mendirikan khemah-khemah

3. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh ...

A Tuan Haji Idris bin Che Muda

B Tuan Pegawai Daerah

C Penyelia Pelajaran

D Guru Besar

4. Perkataan mata dalam petikan bermaksud ...

A pancaindera manusia

B keputusan pertandingan

C markah yang diperolehi

D bahagian tajam untuk memotong

5. Apakah yang menjadi faktor utama kejayaan temasya sukan tersebut?

A Kegigihan murid-murid berlatih sukan

B Kerjasama daripada semua pihak

C Kerajinan para guru yang terlibat

D Kehadiran banyak tetamu

Page 5: Petikan laporan

JAWAPAN 1. C 2. D 3. A 4. D 5. C JAWAPAN 1. D 2. C 3. A 4. C 5. B