petikan autobiografi

2
PETIKAN (AUTOBIOGRAFI) Aku tinggal di dalam laut. Badanku sangat keras. Aku sangat kuat berenang. Aku dapat berenang beribu-ribu kilometer jauhnya. Apabila aku berasa jemu tinggal di laut, aku bersiar-siar di daratan. Aku tidak boleh duduk lama di daratan. Badanku akan menjadi lemah. Pada suatu hari aku singgah di sebuah pantai. Suasana di pantai itu sungguh nyaman. Pemandangannya sungguh indah. Pasirnya sungguh halus dan bersih. Aku pun mengorek lubang. Selepas itu aku pun bertelur. Ketika itu beberapa orang datang untuk melihat aku bertelur. Aku berasa sangat malu. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku bertelur dengan banyaknya. Selepas bertelur aku menimbus lubang itu dengan pasir. Tujuan aku berbuat demikian kerana hendak menyembunyikan telur- telurku. Setelah itu aku pun meninggalkan pantai itu. Sebaik saja aku meninggalkan pantai itu, orang-orang yang datang melihatku tadi mengambil telur-telurku untuk dijual. Aku berasa sangat sedih kerana kaum aku semakin pupus akibat daripada sikap manusia.

Upload: redz-wan

Post on 27-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

autobiografi

TRANSCRIPT

PETIKAN (AUTOBIOGRAFI)

Aku tinggal di dalam laut. Badanku sangat keras. Aku sangat kuat berenang. Aku dapat berenang beribu-ribu kilometer jauhnya. Apabila aku berasa jemu tinggal di laut, aku bersiar-siar di daratan. Aku tidak boleh duduk lama di daratan. Badanku akan menjadi lemah.

Pada suatu hari aku singgah di sebuah pantai. Suasana di pantai itu sungguh nyaman. Pemandangannya sungguh indah. Pasirnya sungguh halus dan bersih. Aku pun mengorek lubang. Selepas itu aku pun bertelur. Ketika itu beberapa orang datang untuk melihat aku bertelur. Aku berasa sangat malu. Aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku bertelur dengan banyaknya. Selepas bertelur aku menimbus lubang itu dengan pasir. Tujuan aku berbuat demikian kerana hendak menyembunyikan telur-telurku. Setelah itu aku pun meninggalkan pantai itu.

Sebaik saja aku meninggalkan pantai itu, orang-orang yang datang melihatku tadi mengambil telur-telurku untuk dijual. Aku berasa sangat sedih kerana kaum aku semakin pupus akibat daripada sikap manusia.