petempatan lestari

10
2.0 CADANGAN USAHA USAHA UNTUK MEWUJUDKAN PETEMPATAN LESTARI Petempatan lestari merupakan satu kombinasi yang bersepadu dengan pelbagai unsur seperti Faktor fizikal, faktur ekonomi dan juga faktur sosial. Ia juga meliputi segala proses aktiviti manusia seperti tinggal di sesuatu tempat, bekerja, belajar, mendapatkan perkhidmatan kesihatan, budaya atau berekreasi di samping struktur fizikal sistem yang membantu kehidupan seperti :-. 2.1 Kegiatan ekonomi. Petempatan lestari perlu mempunyai kegiatan ekonomi yang baik yang boleh menjana pendapat penduduk secara beterusan dan kemajuan mereka meningkat dari tahun ke tahun. 2.2 Perkhidmatan bekalan elektrik, Bagi mewujudkan petempatan lestari, bekalan elektrik perlu diadakan untuk kemudahan dan kegunaan penduduk dalam menjalani kehidupan seharian. Boleh dikatakan segala peralatan yang digunakan di rumah memerlukan bekalan elektrik untuk beroperasi. 2.3 Perkhidmatan bekalan air Selain itu, kemudahan air bersih juga sangat diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian seperti mandi, memasak , membasuh, dan sebagainya. 2.4 Kemudahan ICT dan multimedia Kemudahan telekomunikasi dan multimedia penting pada zaman sekarang untuk perhubungan dan mendapatkan maklumat serta bahan rujukan dalam proses pembelajaran.

Upload: liewboonchun5258

Post on 14-May-2017

1.781 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Petempatan Lestari

2.0 CADANGAN USAHA USAHA UNTUK MEWUJUDKAN PETEMPATAN LESTARI

Petempatan lestari merupakan satu kombinasi yang bersepadu dengan pelbagai unsur seperti Faktor fizikal, faktur ekonomi dan juga faktur sosial. Ia juga meliputi segala proses aktiviti manusia seperti tinggal di sesuatu tempat, bekerja, belajar, mendapatkan perkhidmatan kesihatan, budaya atau berekreasi di samping struktur fizikal sistem yang membantu kehidupan seperti :-.

2.1 Kegiatan ekonomi.

Petempatan lestari perlu mempunyai kegiatan ekonomi yang baik yang boleh menjana pendapat penduduk secara beterusan dan kemajuan mereka meningkat dari tahun ke tahun.

2.2 Perkhidmatan bekalan elektrik,

Bagi mewujudkan petempatan lestari, bekalan elektrik perlu diadakan untuk kemudahan dan kegunaan penduduk dalam menjalani kehidupan seharian. Boleh dikatakan segala peralatan yang digunakan di rumah memerlukan bekalan elektrik untuk beroperasi.

2.3 Perkhidmatan bekalan air

Selain itu, kemudahan air bersih juga sangat diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian seperti mandi, memasak , membasuh, dan sebagainya.

2.4 Kemudahan ICT dan multimedia

Kemudahan telekomunikasi dan multimedia penting pada zaman sekarang untuk perhubungan dan mendapatkan maklumat serta bahan rujukan dalam proses pembelajaran.

2.5 Kemudahan Pendidikan

Petempatan lestari perlu mempunyai kemudahan pendidikan seperti sekolah rendah dan menengah. Bagi menyediakan pendidikan awal kepada penduduk.

2.6 Kemudahan Jalan Raya Dan Pengangkutan Awam

Kemudahan jalan raya dan pengankutan awam menjadi sangat penting dalam memastikan petempatan lestari. Hal ini kerana, ianya menjadi asas kepada mobilisasi penduduk untuk menjalankan kegiatan ekonomi, sosial, dan pembelanjaran.

Page 2: Petempatan Lestari

2.7 Kemudahan kesihatan

Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat kesihatan kecil perlu diwujudkan dikawasan petempatan lestari kerana dewasa ini penjagaan kesihatan telah menjadi satu keutamaan penduduk.

2.8. KeselamatanKawasan petempatan yang berkekalan biasanya mempunyai ciri-ciri keselamatan dan kesejahteraan kepada penduduk. Oleh itu, kemudahan keselamatan seperti balai polis perlu diwujudkan.

2.9 Tempat beribadat

Kemudahan tempat beribadat seperti masjid adalah merupakan satu keperluan di kawasan petempatan lestari untuk menjalankan ibadat, tempat pembelajaran ilmu agama, dan tempat untuk mengeratkan silaturrahim diantara penduduk.

2.10 Kawasan perniagaan/pusat komersial untuk menjalankan pelbagai jenis perniagaan.

Kemudahan kemudahan seperti pasar, kedai runcit, dan sebagainya amat diperlukan untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain selain daripada ianya menjadi tempat kegiatan ekonomi.

2.11 Kawasan rekreasi/taman permainan

Dalam memastikan kelastarian sesuatu petempatan, padang permain kanak-kanak dan taman rekriasi harus diadakan untuk kegiatan sosial dan riadah agar kesihatan dan kesejahteraan penduduk dapat dipupuk.

2.12 Bentuk Muka BumiPetempatan lestari yang berkembang biasanya berada dikawasan yang mempunyai muka bumi yang rata sehingga ke kawasan yang mempunyai kecerunan kurang dari 30 darjah. Hal ini kerana, ianya senang untuk membina kawasan penempatan dan menjalankan aktikiti harian.

Page 3: Petempatan Lestari

memperkenalkan ‘Sistem Pengangkutan Hijau’-yakni satu sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang berkualiti iaitu cepat, cekap dan selesa bahkan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sekiranya sistem pengangkutan hijau berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya di kawasan bandar tanpa ‘gangguan’ daripada kenderaan persendirian dan motosikal sudah pasti matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di bandar akan tercapai. Ini kerana gangguan dari segi tekanan, ketidakselesaan, kerumitan, kelewatan jadual perjalanan, kesesakan lalu lintas telah berjaya diatasi.

bilangan gerabak monorel, ERL dan komuter adakah mencukupi dan memadai untuk menampung jumlah penumpang yang sentiasa meningkat. Dalam keadaan ini sudah pasti penduduk akan beralih kepada kenderaan persendirian dan seterusnya menyumbang kepada kesesakan lalu lintas

Wujud suasana sihat, lestari 

Sistem pengangkutan yang berkesan dan cekap akan menghasilkan suasana kehidupan yang sihat dan lestari dari segi sosial, ekonomi, persekitaran dan kewangan. Malaysia sudah mencapai satu tahap kualiti yang tinggi melalui transformasi dalam penyediaan infrastruktur pengangkutan yang baik. Namun begitu, usaha meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem pengangkutan secara umumnya perlu diteruskan bagi memastikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sentiasa berlaku bersama. 

Bagi tujuan itu, terdapat beberapa yang perlu diberi perhatian bagi menjayakan lagi transformasi pengangkutan negara. peningkatan jumlah pengguna sistem LRT dan komuter yang berkesan mengurangkan bilangan kenderaan individu ke dalam kawasan bandar. Ia juga memendekkan masa perjalanan dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan kerja.

a. Pelaksanaan proses perancangan pengangkutan yang kurang bergantung kepada kereta. 

b. Peningkatan infrastruktur bagi mengambil kira kebaikan sistem pintar dalam pemantauan dan kawalan trafik terutama dalam kawasan bandar. 

c. Teknik pengurusan sistem pengangkutan perlu mampu menyelesaikan kesesakan jalan raya yang berpunca daripada kemalangan jalan raya dan sebagainya dalam masa yang sesingkat mungkin. 

d. Pengintegrasian pelan pembangunan bandar dan pengangkutan. 

Page 4: Petempatan Lestari

e. Pendidikan berterusan bagi melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggung jawab. 

Sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan menyediakan peluang serta kebaikan ekonomi dan sosial yang mampu menghasilkan kesan berganda kepada negara. Sekiranya segala perancangan dapat dilaksana, dipantau serta senggara dengan baik, sistem pengangkutan yang cekap boleh direalisasikan. 

Pengangkutan awam, terutama rangkaian rel yang lebih mesra alam boleh menjadi sebahagian daripada dasar ‘hijau’, isu lebih meluas dalam mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan melindungi alam sekitar. Ia bagi mempromosi dan menggunakan rangkaian rel untuk menggantikan kenderaan yang mencemarkan terutamanya yang hanya mempunyai seorang penumpang. 

erajaan Negeri juga komited dalam membangunkan infrastruktur dan kemudahan sokongan untuk pengangkutan awam bagi mengelakkan pencemaran alam dan juga memberi keselesaan kepada rakyat. 

Sejak 20 tahun lalu, banyak negara maju cuba mengurangkan pemilikan kereta persendirian dan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, berjalan kaki dan berbasikal. Pelbagai insentif diberi, bahkan disogokkan. Dasar punitif turut diperkenalkan. Ada juga bandar raya, termasuk Singapura dan Kerajaan Tempatan London, mengenakan cukai jalan tambahan kepada pengguna kenderaan persendirian ke pusat bandar pada hari berkerja. 

Selain itu, kecekapan, kesepaduan dan keanjalan perkhidmatan rangkaian rel bandar perlu ditingkatkan dengan menyediakan jaringan pengangkutan lain, khususnya teksi dan bas sebagai pelengkap. Sistem ini sudah diamalkan dengan meluas di bandar utama di Eropah.

Saya juga mencadangkan agar pengangkutan air dimajukan sebagai alternatif, khususnya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sistem sungai di Kuala Lumpur berpotensi untuk dijadikan laluan pengangkutan awam jika aras sungai didalamkan dan terusan dibina, seperti Amsterdam dan London. Dari segi kesan alam sekitar, pengangkutan air kurang menggunakan tenaga berbanding kenderaan darat, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon. Hal ini juga akan memberi impak kepada inisiatif pelestarian sungai seperti yang berjaya dilakukan di Sungai Cheonggyecheon, Seoul. 

Saya juga mencadangkan agar pengangkutan air dimajukan sebagai alternatif, khususnya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sistem sungai di Kuala Lumpur berpotensi untuk dijadikan laluan pengangkutan awam jika aras sungai didalamkan dan terusan dibina, seperti Amsterdam dan London. Dari segi kesan alam sekitar, pengangkutan air kurang menggunakan tenaga berbanding kenderaan darat, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon. Hal ini juga akan memberi impak kepada inisiatif pelestarian sungai seperti yang berjaya dilakukan di Sungai Cheonggyecheon, Seoul. 

menggalakkan orang ramai menaiki LRT ke tempat kerja,

menggalakkan warganya menggunakan

Page 5: Petempatan Lestari

pengangkutan tidak bermotor dan mengurangkan penggunaan kenderaan ketika bekerja dengan menjadikan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki sebagai medium utama. Penggunaan mod pengangkutan basikal dan berjalan kaki juga dikenali sebagai pengangkutan lestari.

Perancangan dan pembentukan laluan jalan kaki yang kondusif dan mesra pengguna merupakan salah satu indikator yang mampu dijadikan elemen penting kepada pembentukan kampus lestari. Mod berjalan kaki ialah mod pengangkutan mesra ekosistem kerana ia dapat mengurangkan pengeluaran emisi oleh kenderaan (Mohamadareza et.al, 2009). Penyediaan laluan berjalan kaki adalah elemen penting dalam memastikan konsep kampus lestari dapat diimplementasi

Page 6: Petempatan Lestari

6. Cara-cara Melaksanakan Pembangunan yang Lestari

"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi menjadi tonggak utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan sumberkayu-kayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut setiap 22 April bagaikan tiada kesan apabila sumber-sumber alam ini masih lagi rakus diterokai untuk manusia menikmati pembangunan. Oleh itu, kita perlu merencanakan pembangunan yang mapan atau pembangunan lestari. Pembangunan mapan atau pembangunan lestari merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus melakukan anjakan paradigma untuk mewujudkan pembangunan yang lestari dengan melakukan beberapa pendekatan yang pragmatik.

      Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah, berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam. Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai pembangunan yang lestari, berkualiti dan seimbang.

      Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai

Page 7: Petempatan Lestari

konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.

 Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan pembangunan

lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap  individu atau organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan memusnahkan alam seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang merosakkan alam sekitar. 

      Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mewujudkan pembangunan yang lestari. 

      Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana  penanaman semula dapat menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita perlu membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa. Kita haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu diganti kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak harus bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan mereka seharusnya berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari tercapai. Ironinya, pembangunan lestari dapat dicapai melalui aktiviti penanaman semula.

       Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat

membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-

Page 8: Petempatan Lestari

langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika pembangunan lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat  mewujudkan pembangunan yang seimbang tanpa melakukan kemusnahan alam sekitar. Semoga generasi cucu cicit kita dapat menikmati kemajuan dan pembangunan negara  dengan diselimuti  kehijauan alam sekitar