petanque

11
Dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu. Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan. Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat Perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanq tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri . Menakjubkan. Kemudian permainan ini cukup popular ke tanah jajahan Perancis di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam , Jepun dll. Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz ( Naib Canselor UM) dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak ( ketika itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia ) pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur , petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan negara. Sehingga kini sukan ini terus diangkat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA. ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanq antara koperasi sekolah setiap tahun sejak 1995 lagi. Pemenang telah dibawa keluar negara untuk bertanding.

Upload: chrmini-raveendhran

Post on 31-Oct-2014

59 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

sejarah petanque

TRANSCRIPT

Page 1: petanque

Dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu.

Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan.

Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat Perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanq tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri . Menakjubkan. Kemudian permainan ini cukup popular ke tanah jajahan Perancis di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam , Jepun dll.

Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz ( Naib Canselor UM) dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak ( ketika itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia ) pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur , petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan negara. Sehingga kini sukan ini terus diangkat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA.

ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanq antara koperasi sekolah setiap tahun sejak 1995 lagi. Pemenang telah dibawa keluar negara untuk bertanding.

Page 2: petanque

SEJARAH AWAL PETANQUE

PETANQUE adalah sejenis sukan sukan yang telah berkembang berabad-abad lamanya dan dimainkan berbagai cara dan gaya. Sejarah yang tepat mengenainya tidak tercatat tetapi terdapat bukti-bukti bahawa sukan ini, pada awalnya dimainkan semasa kerajaan Yunani lebih 2,000 tahun yang lampau. Ianya bermula dengan pemain-pemain mengutip ketul-ketul batu bulat dari gunung ganang, pesisir pantai dan cara ianya dimainkan ialah sesiapa yang dapat melontar dengan tepat dan paling jauh dialah yang menang. Seterusnya sukan ini berkembang ke benua Eropah.

PERKEMBANGAN PETANQUE ABAD KE 20

Di akhir abad ke 19, Perancis menjadi Negara pertama yang mengeluarkan syarat-syarat khusus untuk permainan Jeu de Provancal. Pemain-pemain perlu berlari sebanyak tiga langkah dan melontar bola dalam jarak 15 hingga 21 meter. Dengan syarat baru ini Jeu de Provancal semakin popular dan dipertandingan di merata-rata tempat di Perancis. Keadaan ini berlarutan sehingga awal abad ke 20 bila mana dalam tahun 1910 permainan Jeu de Provancal telah diubahsuai di sebuah tempat bernama La Ciotat berhampiran dengan bandar Marseilles di selatan Perancis. Permainan dan peraturannya adalah seperti yang terdapat pada hari ini. Sekumpulan kecil pangasas dan peminat sukan Jeu de Provancal telah berusaha selama lebih kurang tiga puluh tahun untuk mengembangkan sukan ini di Perancis. Mereka menghubungi orang-orang berpengaruh dibidang sukan, ahli-ahli politik, menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan dari semua peringkat dan akhirnya pada tahun 1983 Pertubuhan Petanque dan Jeu de Provancal telah ditubuhkan. Boule yang digunakan untuk permainan ini semakin canggih kerana terdapat ahli-ahli yang telah mengubahsuainya dengan mengadakan boule besi campuran dan bahagian dalamnya berongga.

Kini sukan petanque semakin digemari di Eropah, Amerika dan Asia. Populariti sukan ini amat ketara di Perancis, Belgium, Switzerland, Jerman Barat, England, Holland, Sepanyol, Sweden, Kanada, Tunisia, Maghribi, Algeria, Madagaskar dan kepulauan Pasifik. Di benua Asia, Negara Thailand telah mendahului lain-lain negara dengan menjadi ahli kepada Persekutuan Petanque dan Jeu de Provancal Antarabangsa ( FIPJP ) dan didaftarkan sebagai ahli yang ke 17.

Minat terhadap sukan petanque di Negara Asia selain dari Negara Thailand boleh disaksikan juga negara-negara seperti Laos, Combodia, Vietnam, Jepun, China, Singapura dan Malaysia. Pada ketika ini FIPJP mempunyai keahlian melebihi 56 negara.

Page 3: petanque

Sejarah sukan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 sm apabila satu set bola dan jek ditemu di Turki. Satu set bola juga dijumpai di makam orang-orang Mesir di tahun7000 sm. Di zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang Rom dan Greek.  Ditanggapi  bahawa  orang-orang  Rom  merupakan  orang  pertama  yang membawa sukan petanque ini ke Marseilles kira-kira 2600 tahun dahulu. Di zamanpe r t engah an ,   sukan   i n i   s an ga t   pop u l a r   s eh ingga   i a   d i l a r ang  da r i   d im a in kan .  Pad a kurun ke 17, para bangsawan Peranchis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14mata. Semasa perang, tentera Napoleon menggunakan peluru meriam sebagai bola permainan.  Diceritakan  juga,  Sir  Francis  Drake  telah  bertebeng menamatkan permainan bola tersebut sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan tentera SepanyoL.Sejarah moden sukan petanque bermula di Clotat, Peranchis dalam tahun 1910 apabila seorang lelaki cacat yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukanin i   t e l ah  men gambi l   s a l ah   s a tu  bo l a   t e r s ebu t   dan  mem ba l ing kan nya  den gan   t ep a t sekali pada kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua jajahan di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat.D i akh i r deka t i n i , i a j uga d ima inkan d i bebe rapa nega ra E ropah T imur dan As i a seperti Laos, Thailand, Vietnam, Kemboja, Jepun dan Singapura

Page 4: petanque

Sejarah sukan petanque dikesan kewujudannya semenjak tahun 9000 S.M. apabila satu set bola batu di temui di Turki. Satu set bola juga dijumpai di makam orang-orang Mesir pada tahun 7000 S.M. Di zaman purba, sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek. Ditanggapi bahawa orang-orang Rom merupakan orang pertama yang membawa sukan Petanque ke Marseilles, Perancis kira-kira 2600 tahun dahulu. Petanque ialah sejenis sukan yang dimainkan di tempat yang lapang dan dibangunkan sejak berkurun dahulu. Sejarah yang tepat mengenainya tidak tercatat tetapi terdapat bukti-bukti daripada cerita-cerita turun-temurun bahawa sukan ini pertama kali dimainkan di Greek kira-kira 2000 tahun yang lalu. Ianya bermula dengan mengutip ketul-ketul batu bulat dari gunung-ganang dan dasar laut untuk bermain. Cara permainan ialah siapa yang melontar dengan tepat dan paling jauh, dialah yang menang.

Selepas itu sukan ini berkembang ke Benua Eropah. Ketika negara-negara Rom menakluk dan menjajah bangsa Greek, bangsa Rom telah mengambil alih dan mempelajari cara-cara bermain sukan ini daripada orang Greek.Selepas itu, bangsa Rom telah menggunakan cara-cara bermain sukan ini untuk beradu tenaga/kebolehan fizikal di pergelangan tangan dan badan kaum lelaki ketika itu. Kemudian, ketika bangsa Rom menakluk dunia dan Negara Perancis, mereka telah menguasai dan memperkenalkan permainan ini di bahagian selatan Perancis. Permainan bola ini mendapat sambutan dan diubahsuai dengan menggunakan kayu keras yang diukir menjadi bulat. Kemudian, di sekelilingnya dipakukan dengan paku besi supaya bola lebih berat dan bersesuaian dengan tangan pemain.

Page 5: petanque

Ketika zaman pertengahan, kira-kira S.M. 400-1000, sukan ini sangat popular sehingga ia dilarang dari dimainkan oleh orang kebanyakan. Pada kurun ke 17, para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan mereka sahaja. Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut kepada 14 mata. Baginda telah mengisytiharkan dan memperkenalkan sukan ini di kalangan orang kenamaan dan hanya dibenarkan dimainkan di kawasan istana sahaja.

Ketika zaman pemerintahan Napoleon Bonaparte, beliau telah mengisytiharkan semua permainan bola sebagai sukan kebangsaan bagi negara Perancis. Semua rakyat jelata dibenarkan bermain sukan ini dengan bebas. Bermula dari situ, sukan ini semakin digemari ramai dan dipermodenkan dari masa ke semasa seperti bermain dengan menggunakan peluru meriam sebagai bola permainan. Selain itu, sukan ini juga diberi nama baru seperti “Bulbree-Rotong”, “Bulli-Jonese”, “Bulcher-Delong” dan “Bul-Prowangsaan”.

Di akhir tahun kesepuluh abad ke-19, negara Perancis telah menjadi negara yang pertama di dunia yang mengeluarkan syarat-syarat tertentu bagi sukan “Bul-Prowangsaan”. Syaratnya ialah pemain hanya dibenarkan berlari sebanyak tiga langkah sebelum melontar

Page 6: petanque

bola. Dengan syarat baru ini, “Bul-Prowangsaan” menjadi kesukaan ramai dan kepopularitiannya berkembang pesat dan pertandingan sukan ini diadakan di merata negara Perancis. Ianya berlanjutan sehingga awal tahun kesepuluh abad ke-20.

Sejarah moden sukan petanque bermula pada tahun 1910 di sebuah kampung kecil di La Ciotat, Perancis. Peristiwa yang telah membawa kepada pengubahsuaian sukan ini yang berlaku di kawasan Lasik-Ootar, di daerah Tamasyen yang terletak di bahagian selatan negara Perancis. Ubahsuai ini berpunca daripada seorang pemain handalan bernama Jules Le Noir yang telah terlibat dalam kemalangan yang teruk. Kedua-dua belah kakinya telah cacat. Ini menghalang beliau daripada bermain sukan ini seperti sebelumnya. Walau bagaimanapun, semangat dan minat beliau tidak luntur. Beliau didapati sentiasa duduk di atas kerusi roda melihat orang lain bermain, sedangkan beliau sendiri tidak mungkin boleh bermain lagi.

Page 7: petanque

Suatu hari, ketika Jules Le Noir duduk di atas kerusi roda sambil melihat dengan asyiknya sahabat handai dan keluarga bermain sukan “Bul-Prowangsaan” dengan gembira, adik lelakinya memerhati dan mendapati abangnya begitu sedih kerana tidak berkeupayaan bermain sukan itu lagi. Beliau begitu simpati terhadap abangnya yang cacat, lalu menghulurkan bola kepada Jules Le Noir supaya beliau cuba melontar ketika berada di atas kerusi roda. Bola berkenaan dilontar pada jarak dekat kira-kira tiga hingga empat kaki. Jules Le Noir didapati berkebolehan melontar bola berkenaan dengan menggunakan tenaga dari pangkal lengan dan pergelangan tangan dengan tepat sekali. Ini menyebabkan adik lelaki Jules Le Noir berusaha memikirkan cara untuk mengubah suai sukan ini. Beliau melakar bulatan di atas tanah, pemainnya dibenarkan berdiri di dalam bulatan berkenaan. Kedua-dua paha mesti dirapatkan. Pemainnya tidak perlu lagi berlari seperti syarat-syarat terdahulu. Selepas itu, sahabat handai dan saudara-mara telah memberi kerjasama kepada Jules Le Noir. Akhirnya sukan “Bul-Prowangsaan” yang diubah suai ini membolehkan Jules Le Noir berpeluang bermain sekali lagi dan bergembira seperti dahulu.

Permainan “Bul-Prowangsaan” yang diubah suai ini adalah berasaskan penyertaan seramai kira-kira 50 orang peserta. Semua peserta berusaha bersungguh-sungguh untuk

Page 8: petanque

menjayakan sukan ini selama kira-kira 30 tahun. Pengasas sukan ini berusaha menghubungi orang berpengaruh dalam bidang sukan, ahli-ahli politik, menteri-menteri, para pegawai dari semua peringkat. Akhirnya tertubuhlah “Pertubuhan Petanque dan Prowangsaan” pada tahun 1938. Pada ketika ini, para peserta bertambah kepada ratusan orang daripada semua peringkat, jantina dan umur yang melaporkan diri untuk menjadi peserta. Bola yang digunakan untuk bermain pun semakin canggih kerana terdapat ahli-ahli yang mengubah suai peralatan permainan, seperti bola besi campuran dan di bahagian dalamnya berongga. Ini menyebabkan permainan ini menjadi kesukaan ramai dan lebih popular daripada sebelumnya.

Ketika peperangan dunia kedua, pada tahun 1945, pemain “Bul-Prowangsaan” yang telah dimodenkan ini beransur-ansur menjadi popular dan berkembang dengan cepat ke seluruh negara-negara di bawah jajahan British. Cara-cara bermain bola ini telah dibahagi kepada tiga jenis iaitu:

1.      Lijonee2.      Prowangsaan (Berlari tiga langkah sebelum melontar bola)3.      Petanque (Popular ketika ini)

Kini, sukan petanque adalah suatu sukan yang digemari hampir di semua negara di Eropah, Amerika dan Asia. Kepopularannya sangat ketara di negara Perancis, Switzerland, Belgium, Jerman Barat, Venezuela, England, Holland, Sepanyol, Sweden, Kanada, Tunisia, Algeria, Maghribi, Madagascar dan lain-lain.

Di Asia, Thailand mendahului negara-negara lain. Negara Thai adalah adalah negara di Asia yang pertama dan yang ke-17 di dunia yang menjadi ahli Persekutuan Sukan Petanque Antarabangsa yang kini dikenali sebagai The International Federation of Petanque et Jeu Provencal (FIPJP). Negara jiran Malaysia yang juga bermain sukan petanque ini adalah seperti Vietnam, Cambodia, Republik Laos, Myanmar, Jepun, Singapura, Brunai, Indonesia dan Hongkong.

Perkataan Petanque berasal daripada Bahasa Perancis, “Pejek-Tongkek” yang bermaksud berdiri dengan kedua-dua belah kaki rapat antara satu sama lain. Perkataan ini berlawanan dengan permainan “Bul-Prowangsaan” yang memerlukan larian tiga langkah sebelum melontar bola. Kemudian, orang-orang Perancis berpendapat perkataan “Pejek-

Page 9: petanque

Tongkek” adalah perkataan yang panjang dan agak susah disebut, oleh itu ianya ditukar kepada perkataan lain yang bersesuaian iaitu “Petanque” seperti mana disebut sekarang.