perumpamaan.pptx

38
PERUMPAMAAN Bagai anak ayam kehilangan ibu Maksud: Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantung Contoh ayat: Sejak kematian kedua ibu bapanya, hidup Maisara bagai anak ayam kehilangan ibu

Upload: miezahsaidin

Post on 20-Nov-2015

267 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

PERUMPAMAANBagai anak ayam kehilangan ibuMaksud: Kesusahan yang dialami oleh seseorang apabila dirinya kehilangan tempat bergantungContoh ayat: Sejak kematian kedua ibu bapanya, hidup Maisara bagai anak ayam kehilangan ibu

PERUMPAMAANBagai anjing dengan kucingMaksud: Dua orang yang selalu bertengkarContoh ayat: Perangai dua beradik itu bagai anjing dengan kucing, pantang berjumpa sahaja mereka pasti bertengkar

PERUMPAMAANBagai bulan dipagari bintangMaksud: Seorang gadis yang cantik dikelilingi oleh gadis-gadis lain yang cantik.Contoh ayat: Gadis yang dimahkotakan sebagai Ratu Cantik itu bagai bulan dipagari bintang apabila dikelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain

PERUMPAMAANBagai bumi dengan langitMaksud: Jurang perbezaan yang terlalu besar.Contoh ayat: Jurang kekayaan di antara penduduk kampung dengan hartawan bagai bumi dengan langit.

PERUMPAMAANBagai dihiris dengan sembiluMaksud: Perihal tentang hati atau perasaan yang sangat sedih dan pilu.Contoh ayat: Perasaan Aida bagai dihiris dengan sembilu apabila mendapat tahu kekasihnya telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

PERUMPAMAANBagai duri dalam dagingMaksud: Sesuatu yang menyakitkan hati atau membuat kita selalu teringat dan terasa dalam hati.Contoh ayat: Kehadiran ibu tirinya yang sombong dan jahat itu disifatkan oleh Nina bagai duri dalam daging dalam kehidupannya.

PERUMPAMAANBagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masingMaksud: Orang yang hanya mementingkan diri sendiri.Contoh ayat: Sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai tidak ubah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-msaing

PERUMPAMAANBagai halilintar membelah bumiMaksud: Bunyi yang sangat kuat atau berita yang amat sedih.Contoh ayat: Puan Marina menyifatkan berita kematian suaminya yang terbunuh dalam nahas kapal terbang itu bagai halilintar membelah bumi.

PERUMPAMAANBagai isi dengan kukuMaksud: Hubungan yang sangat erat dan tidak dapat dipisahkan.Contoh ayat: Persahabatan di antara Nisa dan Aida tidak ubah bagai isi dengan kuku. Mereka selalu bersama ketika susah mahupun senang.

PERUMPAMAANBagai itik pulang petangMaksud: Berjalan terlalu lambat.Contoh ayat: Adik berjalan bagai itik pulang petang sebab itulah akhirnya dia terpaksa didukung oleh ibu.

PERUMPAMAANBagai kacang lupakan kulitMaksud: Lupa asal-usul atau seseorang yang tidak mengenang jasa.Contoh ayat: Jamal bagai kacang lupakan kulit. Ketika dia susah dahulu, Zainal yang selalu membantunya, tetapi kini dia pura-pura tidak mengenali kawannya itu lagi

PERUMPAMAANBagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul.Maksud: Tiada guna mengajar anak supaya berkelakuan baik jika perangai ibu bapa buruk.Contoh ayat: Tindakan Murad merotan anaknya yang suka ponteng sekolah itu bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul, kerana dia sendiri sering ponteng kerja.

PERUMPAMAANBagai kucing kehilangan anak.Maksud: Orang yang berada dalam keadaan bingung atau hilang akal.Contoh ayat: Nabil bagai kucing kehilangan anak apabila mendapat tahu keretanya hilang.

PERUMPAMAANBagai layang-layang putus taliMaksud: Hidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan.Contoh ayat: Sejak kedua orang tuanya meninggal dunia, hidup Asmah tidak ubah bagai layang-layang putus tali.

PERUMPAMAANBagaimana acuan begitulah kuihnya.Maksud: Tingkah laku anak banyak dipengaruhi oleh tingkah laku kedua ibu bapanya.Contoh ayat: Ibu bapa hendaklah memberi contoh teladan yang baik kepada anak-anak kerana ia akan mempengaruhi mereka di kemudian hari, seperti kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.

PERUMPAMAANBagai menarik rambut di dalam tepungMaksud: Membuat kerja dengan cermat dan berhati-hatiContoh ayat: Pihak polis menjalankan operasi mereka dengan penuh hati-hati bagai menarik rambut di dalam tepung. Kesemua penjenayah akhirnya berjaya diberkas.

PERUMPAMAANBagai mendapat durian runtuhMaksud: Mendapat keuntungan dengan tiba-tiba tanpa perlu bersusah payah.Contoh ayat: Pemilik tanah itu bagai mendapat durian runtuh apabila kerajaan berjanji akan membayar wang sebanyak RM1 juta sebagai ganti rugi.

PERUMPAMAANBagai menatang minyak yang penuh.Maksud: Memelihara, menjaga atau sanggup berkorban demi memberikan perhatian yang penuh untuk membesarkan seseorang.Contoh ayat: Walaupun Nurul hanya anak angkat namun Mak Leha memelihara dan membesarkannya bagai menatang minyak yang penuh.

PERUMPAMAANBagai pahat dengan pemukul.Maksud: Hanya membuat sesuatu kerja apabila disuruh.Contoh ayat: Majikan itu menegur sikap malas para pekerjanya. Bagai pahat dengan pemukul, mereka hanya membuar kerja apabila disuruh.

PERUMPAMAANBagai pinang dibelah dua.Maksud: Sangat sesuai atau sama cantik dan sama padan.Contoh ayat: Pasangan pengantin baru itu tidak ubah bagai pinang dibelah dua.

PERUMPAMAANBagai si kudung mendapat cincin.Maksud: Seseorang yang mendapat sesuatu yang tidak diperlukannya atau tidak tahu bagaimana hendak menggunakannyaContoh ayat: Budak kecil itu tidak ubah bagai si kudung mendapat cincin. Komputer yangdibelikan oleh bapanya itu disimpan sebagai hiasan di biliknya kerana dia tidak tahu menggunakannya.

PERUMPAMAANBagai telur di hujung tandukMaksud: Menggambarkan keadaan yang bahaya atau genting.Contoh ayat: Nyawa para tebusan itu bagai telur di hujung tanduk apabila penculik itu mengugut akan meletupkan tempat tersebut.

PERUMPAMAANBagai wau putus taliMaksud: Orang yang berserah sahaja kepada nasib kerana tidak mampu berusaha lagi.Contoh ayat: Zaiton bagai wau putus tali, setelah permohonannya untuk masuk ke universiti gagal, kini dia hanya berserah sahaja kepada nasib.

PERUMPAMAANBak kaca terhempas ke batu.Maksud: Menggambarkan perasaan yang sangat sedih akibat sesuatu kejadian atau kehilangan.Contoh ayat: Hati Nisah hancur dan remuk bak kaca terhempas ke batu apabila mendapat tahu kekeasihnya akan berkahwin dengan orang kain.

PERUMPAMAANBak sirih pulang ke gagang.Maksud: Kembali ke tempat asalnya atau ke tempat yang sepatutnya.Contoh ayat: Cikgu Hayati menyifatkan perlantikannya sebagai guru besar sekolah tersebut tak ubah bak sirih pulang ke gagang kerana dia pernah belajar dan juga mengajar di sini dahulu.

PERUMPAMAANIbarat bulan jatuh ke ribaMaksud: Mendapat habuan yang besar atau keuntungan yang banyak.Contoh ayat: Kedua mempelai menyifatkan hadiah rumah dan kereta yang diperolehi sempena perkahwinan mereka itu ibarat bulan jatuh ke riba.

PERUMPAMAANIbarat diberi betis hendak paha.Maksud: Menuntut lebih daripada apa yang sudah didapati atau diberi.Contoh ayat: Isteri Ali sentiasa mendesaknya membelikan sekalung rantai sedangkan dia baru sahaja membelikannya segelung gelang. Ibarat diberi betis hendak paha, Ali berasa kecil hati dengan sikap isterinya.

PERUMPAMAANIbarat mencurahkan air ke daun keladi.Maksud: Kata-kata atau nasihat yang tidak didengar dan diendahkan.Contoh ayat: Mak Munah melarang Bujal menunggang motosikal kerana dia tidak memiliki lesen memandu. Namun ibarat mencurahkan air ke daun keladi kerana Bujal tidak mengendahkannya.

PERUMPAMAANIbarat pelanduk dua serupa.Maksud: Dua orang yang seakan-akan serupa parasnya.Contoh ayat: Pasangan kembar itu ibarat pelanduk dua serupa, wajah mereka tiada perbezaan ketara.

PERUMPAMAANMacam murai dicabut ekor.Maksud: Orang yang suka membuat kecoh dan bising.Contoh ayat: Telatah Mak Timah tidak ubah seperti murai cabut ekor, ke mana sahaja dia pergi keadaan pasti riuh.

PERUMPAMAANSeperti ayam berak kapurMaksud: Seseorang yang kelihatan lemah dan tidak bermaya.Contoh ayat: Sejak jatuh sakit, Hasan hanya duduk di rumah sepanjang hari. Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya seperti ayam berak kapur.

PERUMPAMAANSeperti gunting dalam lipatan.Maksud: Orang yang pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya berbuat jahat dalam diam tanpa sesiapa mengesyakinya.Contoh ayat: Walaupun Munir dan Kahar bersahabat baik, tindakan Munir memburuk-burukkan Kahar di belakang sahabatnya itu tidak ubah seperti gunting dalam lipatan.

PERUMPAMAANSeperti kaduk naik junjung.Maksud: Sikap seseorang yang tidak berada apabila diberi sesuatu mula menunjukkan perangai mengada-ngadaContoh ayat: Sejak menjadi anak angkat kepada orang kaya itu, Saiful sudah tidak pulang ke rumahnya, perangainya seperti kaduk naik jujung.

PERUMPAMAANSeperti katak di bawah tempurung.Maksud: Orang yang berfikiran sempit atau ketinggalan zaman.Contoh ayat: Pak Leman dituduh seperti katak di bawah tempurung apabila dia membantah kugiran muzik diadakan dalam majlis perkahwinan anak saudaranya.

PERUMPAMAANSeperti kerbau dicucuk hidung.Maksud: Oorang yang kelihatan bodoh kerana mengikut sahaja kehendak orang lain.Contoh ayat: Faruk seperti kerbau dicucuk hidung, tanpa menilai dahulu baik dan buruknya sesuatu perkara, dia menurut apa sahaja kata orang

PERUMPAMAANSeperti rusa masuk kampung.Maksud: Keadaan orang yang kehairanan dan terpinga-pinga apabila tiba di tempat baru.Contoh ayat: Pertama kali menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, telatah Budin tidak ubah seperti rusa masuk kampung.

PERUMPAMAANSeperti ular kena palu.Maksud: Bengkang-bengkok atau tidak lurus.Contoh ayat: Perjalanan menuju ke rumah pengantin itu memakan masa yang agak lama kerana keadaan jalannya yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu.

PERUMPAMAANSeperti si buta mendapat tongkat.Maksud: Orang susah yang mendapat apa yang dia inginkan.Contoh ayat: Ketika Pak The memikirkan bagaimana dia hendak mencari wang bagi membiayai pelajaran anaknya ke universiti, seorang wakil rakyat telah menghulurkan bantuan. Pak The menganngap dirinya seperti si buta mendapat tongkat.