perubatan tradisional cina

6

Click here to load reader

Upload: daniel-koh

Post on 20-Oct-2015

92 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

t

TRANSCRIPT

Page 1: Perubatan Tradisional Cina

Perubatan Tradisional Cina:

Perubatan tradisional Cina  ialah satu lingkungan amalan perubatan

tradisional yang berasal dari China. Walaupun diterima baik dalam arus rawatan

ubat di serata Asia Timur, ia dianggap sebagai suatu sistem perubatan

alternatif di kebanyakan tempat dunia barat.

Amalan perubatan Cina termasuk rawatan seperti ubat herba, akupunktur,

terapi diet, dan urut Tui na dan Shiatsu. Qigong dan Taijiquan juga berkaitan

dekat dengan perubatan tradisional Cina.

Perubatan Cina didakwa berakar dalam pemerhatian teliti pada alam

semula jadi, kosmos, dan tubuh manusia, dan berusia beribu-ribu tahun. Teori-

teori utama termasuk yin dan yang, Lima Fasa, sistem Saluran badan manusia,

teori organ Zang Fu, enam pengesahan, empat lapis, dsb. Perubatan tradisional

Cina moden telah disistemkan sewaktu 1950-an di bawah Republik Rakyat

China dan Mao Zedong. Perubatan Cina dipercayai adalah system perubatan

yang paling awal di dunia ini dan ia telah mempunyai sejarah yang lama dan

panjang. Perubatan Cina berbeza dengan perubatan barat, dengan

menggunakan segala bahan semula jadi dan langsung tidak bercampur dengan

sebarang bahan kimia seperti perubatan barat.

Walaupun perubatan Cina mengekalkan konsep semula jadi, maksudnya

sebarang bahan perubatan Cina adalah diambil dari semula jadi seperti tumbuh-

tumbuhan atau haiwan, tetapi sesetengah perubatan herba Cina melibatkan

risiko tindakan alergi dan dalam perkara-perkara jarang melibatkan risiko

keracunan. Kes-kes seperti ini telah berlaku banyak kali di luar negara seperti

China, Hong Kong dan Taiwan. Disebab oleh penggunaan ubat Cina yang

terlampau banyak akan menyebabkan keracunan atau alergi.

Walaubagaimanapun, masih banyak orang menetapkan perubatan Cina sebab

konsep semula jadi yang selalu dikekalkan itu. Sesetengah kerajaan telah

berkeputusan bahawa akupunktur dan rawatan herba Cina seharusnya

ditadbirkan oleh orang-orang yang telah berpendidikan untuk menggunakan

mereka secara selamat. 

Page 2: Perubatan Tradisional Cina

Bahan-bahan Haiwan:

 Kegunaan tanduk badak sembu untuk "menyejukkan darah" telah

digantikan dengan tanduk kerbau bermula dari mungkin 5 AM, dan hempedu

lembu adalah suatu penggantian moden untuk hempedu beruang. Kegunaan

perubatan mempunyai kesan uatama pada penduduk kuda laut, yang dianggap

suatu ramuan asas, dan digunakan untuk merawat kepelbagaian keadaan

kelam-kabut, termasuk penyakit lelah, arteriosklerosis, incontinence, impoten,

keadaan kelam kabut tiroid, penyakit kulit, tulang patah, penyakit jantung, dan

juga untuk memudahkan kelahiran anak dan juga sebagai suatu afrodisiak.

Hempedu beruang, ia sebagai ubat tempat pertama antara empat bahan haiwan

(hempedu beruang, kasturi, tulang harimau, bezoar), dan dikenali sebagai

"perubatan emas". Hempedu beruang Cina terutamanya yang dihasilkan di

Timur Laut, Utara China, Shaanxi, Sichuan, Yunnan, Qinghai, Xinjiang, Gansu

Province dan lain-lain lagi. Hempedu beruang berbau pahit dan ia adalah jenis

ubat Cina yang sejuk (yin). Fungsinya adalah untuk menyejukkan badan yang

panas waktu musim panas, menyihatkan badan terutamanya bahagian mata,

serta mencairkan toksik atau racun dalam badan. Dalam kehidupan harian, kita

akan makan banyak bahan makanan yang mengandungi bahan-bahan yang

tidak berkhiasiat untuk badan, hempedu beruang adalah ubat yang sesuai untuk

mencairkan toksik-toksik ini dan menyihatkan badan kita. Hempedu beruang

biasanya diproses menjadi sebuk dan ia boleh digunakan secara masuk mulut

atau pemakaian di luar badan. Biasanya, orang akan menggunakan cara masuk

mulut to makan ubat ini dan biasanya dosnya adalah 0.2g-0.5g untuk satu

dewasa dan hempedu beruang tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak yang

masih kecil sebab sistem penghadaman mereka masih belum matang lagi.

Penggunaan masuk mulut adalah satu kali untuk sehari bagi dos seorang

dewasa. Manakala, hempedu beruang boleh digunakan secara pemakaian

luaran. Sebarang sengitan serangga atau cedera di luar badan boleh diubati

dengan hempedu beruang. Dos penggunaan di luar adalah sederhana ikut umur

serta keadaan luka.

Page 3: Perubatan Tradisional Cina

Bahan-bahan Tumbuh-tumbuhan:

Perubatan Cina tradisional juga selalu memperoleh bahan ubatan

dari tumbuhan. Terdapat banyak ubat Cina tradisional telah diperolehi dari alam

semula jadi dan mereka amat bernilai sebab kekurangan produktiviti mereka di

alam semula jadi ini. Banyak ubat Cina tradisional yang terkenal seperti dang-

gui, dong-chong-chao, hong-zhao, wu-yao dan lain-lain lagi telah diteroka oleh

ahli-ahli Sains yang pakar. Salah satu kebaikan perubatan Cina tradisional ialah

bahan-bahannya diperolehi dari semula jadi dan tidak mengandungi sebarang

toksik atau bahan kimia seperti ubat Barat.

Antara ubat tradisional Cina yang terkenal ialah wuyao. Ia biasanya

Dilahirkan pada ketinggian 200-1000 m cerah cerun, lembah atau hutan renek.

Pengeluarannya biasa di Zhejiang, Jiangxi, Fujian, Anhui, Hunan, Guangdong,

Guangxi, Shaanxi, Taiwan dan wilayah-wilayah lain. Vietnam, Filipina juga

mempunyai pengedaran tentangnya. Wuyao adalah sejenis ubat yang panas

(yang) dan tidak sesuai untuk orang yang berbadan panas. Orang atau penyakit

yang berpanas akan mati kalau termakan wuyao sebab jenis ubat tradisional

Cina ini mengandungi panas yang tinggi dan akan mempercepatkan detupan

jantung seseorang.

Fungsi wuyao biasanya digunakan untuk menguruskan badan yang sejuk

yang biasanya berlaku pada perempuan atau penyakit yang berdarah rendah.

Wuyao akan membantu untuk menguruskan pengaliran darah dalam badan

penyakit sebab ia adalah ubat yang panas dan member bantuan yang sangat

untuk pengaliran darah badan. Selain itu, wuyao juga boleh membantu dalam

penyembuhan penyakit yang berkencing kerap. Penyakit ini akan menyebabkan

pesakit yang berjangkitnya selalu berkencing dan wuyao akan membantu

dengan menambahkan kepanasan badan supaya kekerapan berkencing boleh

disembuhkan dengan memanaskan badan. Selain itu, wuyao juga digunakan

untuk menyembuhkan penyakit yang berkaitan sistem penghadaman yang susah

mengandam makanan dengan biasa. Wuyao boleh menolong menambahkan

kepanasan dalaman supaya penghadam makanan boleh diproseskan dengan

Page 4: Perubatan Tradisional Cina

lebih lancar. Di samping itu, ia juga boleh menolong dalam penyembuhan

penyakit beri-beri. Beri-beri adalah sejenis penyakit yang akan menyebabkan

kematian dan wuyao boleh memainkan peranan yang menambah vitamin yang

berkurangan dalam badan. Beri-beri adalah sejenis penyakit yang disebabkan

kekurangan vitamin B dan wuyao mampu menggantikan peranan vitamin B

dalam badan kita. Kebiasaannya, wuyao diubati dengan memasukkannya dalam

sup dan dosnya adalah 5-10g untuk satu dewasa. Atau wuyao boleh diperbuat

menjadi biji dan telan dengan air suam. Di samping itu, wuyao juga boleh

digunakan pada kulit atau mana-mana luar badan untuk menyembuhkan gigitan

serangga atau mana-mana jenis luka.

Perubatan Cina boleh didapati daripada alam semula jadi, bahagian

badan haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan. Kita boleh cuba penggunaan ubat

Cina tradisional sebab ia tidak seperti ubat Barat yang mengutamakan

penggunaan bahan kimia tetapi ia mengutamakan penggunaan bahan daripada

semula jadi.