perubahan sosial yang dialami oleh … · perubahan sosial yang ... universiti berperanan untuk...

11
PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH MAHASISWA SEMASA MENGIKUTI PENDIDIKAN FORMAL DI UNIVERSITI Mohd. Najib Abdul Ghaffar, Prof. Dr. Zainudin Hassan, Dr. Mahani Mokhtar, Dr. Abdul Rahim Hamdan, Prof. Madya. Dr. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Email: [email protected] Abstrak: Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk negara. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2007) untuk melahirkan Modal Insan Minda Kelas Pertama (MIMKP) dalam kalangan graduannya. Walaupun begitu, tujuan utama kajian ini ialah mengkaji perubahan sosial yang dialami oleh para mahasiswa semasa menuntut di universiti. Kajian ini juga memberi penjelasan tentang perubahan-perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti pendidikan formal di universiti. Kajian ini dilaksanakan di fakulti sebuah universiti yang terpilih. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan responden kajian kualitatif adalah dari sampel dipilih secara rawak bertujuan yang dihadkan melalui kaedah ketepuan seramai 23 orang mahasiswa. Data temubual kualitatif dianalisis menggunakan pakej Transana 2.0. Kajian ini menunjukkan bahawa perubahan sosial yang dikenal pasti dalam kalangan mahasiswa semasa mengikuti pendidikan formal di universiti ialah dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran berinteraksi, teknologi, budaya penyayang, sukan dan displin. Kajian juga menunjukkan pembangunan MIMKP adalah selari dengan pendidikan yang diperolehi mahasiswa di universiti. Implikasi kajian menyentuh betapa perlunya para mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di universiti dalam pendidikan formal supaya memperolehi segala ilmu dan pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Kata Kunci : Perubahan Sosial, Mahasiswa, Pendidikan Formal, Modal Insan Minda Kelas Pertama Pengenalan Mahasiswa IPTA perlu mengenali atau menganalisis keperluan yang dikehendaki oleh universiti dan juga pasaran kerja. Pembangunan Modal Insan Minda Kelas Pertama (MIMKP) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) merupakan tanda aras untuk mencapai modal insan yang dikehendaki oleh negara. Walaupun begitu, para mahasiswa juga perlu memberi fokus kepada memenuhi permintaan pasaran kerja dan berdaya saing berdasarkan kehendak masyarakat dan semasa (Tanglin, 2001; Haslina, 2002; Najib, 2004; Russel, 2005; Mohd Yahya, 2005; Piven dan Pak 2006; Zaini, 2009). Dan pencapaian mahasiswa bukan sahaja dari aspek akademik tetapi juga bukan akademik. Menurut Amir (2002), Silins dan Mulford (2002) dan Rafidah (2006), dalam penghasilan graduan yang berkualiti memerlukan pembangunan mahasiswa yang seimbang bergantung kepada kapisiti serta kesinambungan pembelajaran.

Upload: votuyen

Post on 01-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH MAHASISWA SEMASA

MENGIKUTI PENDIDIKAN FORMAL DI UNIVERSITI

Mohd. Najib Abdul Ghaffar, Prof. Dr.

Zainudin Hassan, Dr.

Mahani Mokhtar, Dr.

Abdul Rahim Hamdan, Prof. Madya. Dr.

Jabatan Asas Pendidikan

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Skudai, Johor

Email: [email protected]

Abstrak: Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir untuk negara. Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia telah melancarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2007) untuk melahirkan Modal Insan

Minda Kelas Pertama (MIMKP) dalam kalangan graduannya. Walaupun begitu, tujuan utama kajian ini ialah

mengkaji perubahan sosial yang dialami oleh para mahasiswa semasa menuntut di universiti. Kajian ini juga

memberi penjelasan tentang perubahan-perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti pendidikan

formal di universiti. Kajian ini dilaksanakan di fakulti sebuah universiti yang terpilih. Kajian ini menggunakan reka

bentuk kajian kes dan responden kajian kualitatif adalah dari sampel dipilih secara rawak bertujuan yang dihadkan

melalui kaedah ketepuan seramai 23 orang mahasiswa. Data temubual kualitatif dianalisis menggunakan pakej

Transana 2.0. Kajian ini menunjukkan bahawa perubahan sosial yang dikenal pasti dalam kalangan mahasiswa

semasa mengikuti pendidikan formal di universiti ialah dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran berinteraksi,

teknologi, budaya penyayang, sukan dan displin. Kajian juga menunjukkan pembangunan MIMKP adalah selari

dengan pendidikan yang diperolehi mahasiswa di universiti. Implikasi kajian menyentuh betapa perlunya para

mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di universiti dalam pendidikan formal supaya

memperolehi segala ilmu dan pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Kata Kunci : Perubahan Sosial, Mahasiswa, Pendidikan Formal, Modal Insan Minda Kelas Pertama

Pengenalan

Mahasiswa IPTA perlu mengenali atau menganalisis keperluan yang dikehendaki oleh

universiti dan juga pasaran kerja. Pembangunan Modal Insan Minda Kelas Pertama (MIMKP)

oleh Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) merupakan tanda aras untuk mencapai modal insan

yang dikehendaki oleh negara. Walaupun begitu, para mahasiswa juga perlu memberi fokus

kepada memenuhi permintaan pasaran kerja dan berdaya saing berdasarkan kehendak

masyarakat dan semasa (Tanglin, 2001; Haslina, 2002; Najib, 2004; Russel, 2005; Mohd Yahya,

2005; Piven dan Pak 2006; Zaini, 2009). Dan pencapaian mahasiswa bukan sahaja dari aspek

akademik tetapi juga bukan akademik. Menurut Amir (2002), Silins dan Mulford (2002) dan

Rafidah (2006), dalam penghasilan graduan yang berkualiti memerlukan pembangunan

mahasiswa yang seimbang bergantung kepada kapisiti serta kesinambungan pembelajaran.

Page 2: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

Objektif Kajian

Fokus objektif kajian ialah mengkaji perubahan sosial yang dialami dalam kalangan mahasiswa

semasa mengikuti pendidikan formal di universiti.

Metodologi Kajian

Seramai 23 orang mahasiswa IPTA telah bersetuju untuk menjadi subjek kajian seperti dalam

Jadual 4.1. Mereka terdiri daripada 10 mahasiswa tahun empat, tiga orang mahasiswa tahun tiga,

tiga orang mahasiswa tahun dua dan tujuh orang mahasiswa tahun satu. Seramai 13 responden

(56.5%) daripada 23 orang adalah perempuan. Nama mahasiswa yang terlibat telah dikodkan

bagi mematuhi etika penyelidikan dan hanya di ketahui oleh pengkaji.

Dapatan Kajian

Pendidikan Formal

Pendidikan formal ialah mata pelajaran yang perlu diambil dan lulus di IPTA untuk

melayakkan mahasiswa mendapat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan jumlah kredit yang telah

ditetapkan. Setiap mata pelajaran mempunyai penilaian yang berbeza seperti kuiz, tugasan,

laporan makmal, latihan industri, latihan mengajar, bengkel, peperiksaan akhir dan sebagainya.

Hasil temu bual dengan mahasiswa yang dikaji mengenai pengaruh pendidikan formal di IPTA

mendapati pendidikan formal di IPTA memberi perubahan sosial kepada mahasiswa.

Terdapat lima perubahan dalam pendidikan formal yang diperolehi daripada temu bual

dengan mahasiswa IPTA iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran berinteraksi, teknologi, budaya

penyayang, sukan dan disiplin. Perubahan-perubahan ini menggambarkan apa yang diperolehi

oleh mahasiswa IPTA semasa mengambil pendidikan formal di universiti.

Perubahan Ilmu Pengetahuan dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa mengalami perubahan dari aspek ilmu

pengetahuan semasa mengikuti pendidikan formal di universiti. Mahasiswa mengatakan mereka

mengalami perubahan dari aspek pertambahan ilmu pengetahuan, pandangan dan pemikiran.

Mereka juga dapat merasai dan mengalami kehidupan sebagai seorang guru semasa mengikuti

Latihan Mengajar di sekolah. Mahasiswa juga telah merasakan semakin minat kepada bidang

perguruan dan matapelajaran yang di ajar di sekolah. Berikut ialah beberapa maklumbalas

daripada responden temu bual yang secara langsung menggambarkan perubahan yang dialami

semasa mengikuti pendidikan formal di universiti.

Semua mahasiswa di universiti perlu mengambil pelbagai kursus sepanjang pengajiannya

di universiti. Viva mengalami perubahan dari aspek ilmu pengetahuan iaitu dari tidak pernah

mengetahui sesuatu perkara kepada mengetahui perkara tersebut. Viva menerangkan bahawa

beliau banyak belajar semasa di universiti. Melalui temu bual, Viva menceritakan:

Page 3: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

“la everything, tentang apa yang saya belajar tentang kemahiran hidup ini, ada

certain yang saya tahu, ada certain saya tak tahu, tapi banyak yang saya tak tahu

dari saya tahu, so sebab saya belajar, ilmu yang kita kena tahu, walaupun sikit

tapi boleh jadi panduan” (R 22/1/P)

Seterusnya, kenyataan Viva disokong oleh kenyataan Jamilah yang juga menceritakan

tentang perubahan pendidikan formal dari aspek mengetahui banyak perkara yang dipelajari dan

pertambahan ilmu pengetahuan pada setiap semester. Jamilah menceritakan:

“… perubahan yang paling saya rasa, bila saya belajar sesuatu tu,

macam dia daripada sem. satu sampai sem. akhir dia ada relate sikit-sikit

daripada walaupun dulu tu, bila dah sampai tahun empat, ini pernah dengar

pernah dengar, pernah belajar, kita macam ilmu dari sem. satu dibawa-bawa

sampai akhir,” (R 10/4/P)

Selain itu, Pamela menjelaskan terdapat perubahan dari segi pemikiran semasa

mengambil kursus-kursus di universiti. Beliau dapat menggunakannya semasa mengajar di

sekolah nanti. Pamela menceritakan:

“Perubahan dari segi pemikiran, macam kita belajar psikologi, belajar falsafah

kita jadi macam kita belajar, kita faham, kita applied la benda itu untuk guna,

hari itu saya buat mikro teaching, jadi macam guna la, prinsip-prinsip” (R

16/2/P)

Wahid juga memberitahu bahawa beliau mendapat pertambahan ilmu pengetahuan dan

banyak didedahkan dengan bidang perguruan semasa mengambil pendidikan formal di universiti.

Wahid mendapat pertambahan ilmu pengetahuan dari aspek menjadi seorang guru. Wahid

menjelaskan:

“bila belajar di U ni, memang level nya sangat berbeza, agak susah sikit nak

belajar, memang tahap level nya tinggi, maknanya dari segi tahap, keilmuan,

keintelektual dalam subjek-subjek sains dan matematik tu meningkat la, kalau

dalam pendidikan pulak, kalau khusus pada budak fakulti pendidikan, kita belajar

kaedah cara mengajar, belajar buat buku rekod, pertambahan ilmu dari segi

menjadi seorang guru la, bagaimana nak jadi seorang guru,” (R 23/3/L)

Dalam konteks ini, Haliza juga menyokong pendapat bahawa ilmu pengetahuan yang

didapati di universiti semakin meningkat terutama fakta sains dan merasakan pentingnya bidang

pendidikan. Haliza berkata:

“Kukuhkan fakta sains saya, kalau sebelum ni lemah la, peningkatan, kalau

subjek pendidikan nampak kepentingan pendidikan” (R 8/3/P)

Pendidikan formal di universiti juga mengaitkan ilmu pengetahuan yang dipelajari

dengan dunia sebenar kepada semua mahasiswa. Esa mengakui bahawa terdapat perubahan dari

ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah dan universiti. Esa menegaskan:

Page 4: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

“Saya dapat ilmu yang lagi lebih dari sekolah dulu, lepas tu kita dapat kehidupan

kita yang bebas ni, menyebab kita boleh berfikir, tau apa yang kita dah belajar

related dengan dunia luar.” (R 5/4/P)

Muna juga turut bersetuju dengan kata-kata Esa bahawa perubahan beliau ialah dapat

mengaitkan ilmu pengetahuan yang telah dipelajarinya di universiti dengan keadaan sebenar. Ini

telah mengubah pandangannya semasa bersekolah dahulu. Muna menceritakan:

“Ada, selepas ambil semua subjek ini, saya rasa saya lihat dunia ni, saya boleh

relate dengan apa yang saya belajar, kadang-kadang tengok benda tu, macam

pernah belajar, macam ni rupanya” (R 13/4/P)

Kata Oja, perubahan yang dialami di universiti ialah tentang cara belajar, beliau

merasakan dia sibuk dan aktif kerana setiap kursus memerlukan mahasiswa menghantar amali,

tugasan dan penulisan laporan setiap semester. Oja menjelaskan:

“Sepanjang saya ambil KH (Kemahiran Hidup) ni, perubahan dari segi cara

belajar, cara dulu belajar di sini tak sesibuk di sini, kat sini sibuk sebab setiap

subjek, dia dah ada amali dan report, dia ada assignment luar,” (R 15/3/P)

Para mahasiswa juga semakin menyukai pelbagai kursus yang diikuti semasa mengambil

pendidikan formal di universiti. Umairah semakin banyak mengetahui tentang kursus Kemahiran

Hidup. Umaira juga menambah bahawa dia semakin menyukai kursus yang dipelajari terutama

kursus Lukisan Kejuruteraan. Kata Umairah:

“kalau kat sini lebih mendalam, dan saya mula memahami apa itu lukisan

kejuruteraan dan lebih faham sebab kemahiran hidup praktikal, banyakla saya

tahu, perkara-perkara baru, terutama lukisan, saya baru tahu saya suka lukisan,”

(R 21/1/P)

Chin memberikan penjelasan bahawa beliau berubah menjadi semakin matang dari segi

pemikiran dan dapat belajar tentang kehidupan masyarakat semasa mengambil pendidikan

formal di universiti. Chin menjelaskan:

“Saya rasa, saya lebih matang dari segi pemikiran, dulu nak buat sesuatu terus

tak memikirkan perasaan orang lain, tapi sekarang kita, dalam kursus ni kita

banyak assignment kita kena buat, kita tak boleh harapkan diri sendiri, kita kena

fikirkan orang lain dan kita dapat belajar macam mana hidup dalam

masyarakat” (R 3/4/L)

Pandangan yang berbeza dari Esa ialah memberitahu dirinya berubah menjadi lebih

bersungguh-sungguh di universiti. Menurut Esa, beliau sudah berubah berbanding semasa

bersekolah dahulu. Esa menceritakan:

Page 5: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

“ada...saya lebih serious kot..saya ingat adalah sebelum ni, ha ..saya dah lain,

saya dah berubah, saya tak macam dulu tak sengal-sengal, macam tak betul,

funny funny sangat, sekarang, saya lebih relax, dulu saya sekolah saya...teruk la”

(R 5/4/L)

Esa merasakan dirinya dewasa. Ini kerana semasa mengambil pendidikan formal di

IPTA, beliau merasakan perubahan dari aspek pengalaman, pengetahuan, keyakinan dan

semangat. Esa menganggotai Persatuan Kelana Siswa di universiti. Esa meluahkan

pandangannya:

“Saya ada pengalaman, pengetahuan, keyakinan, semangat dari segi

persekitaran, mungkin usia mematang, pemikiran dah semakin bagus, kita boleh

pandang, macam dewasa...” (R 5/4/L)

Maklumbalas daripada partisipan temu bual menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan

merupakan salah satu dimensi utama perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti

pendidikan formal di IPTA. Untuk mencapai MIK di kalangan pelajar universiti, ilmu

pengetahuan perlulah diutamakan.

Perubahan Kemahiran Berinteraksi dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa mahasiswa di IPTA mengalami perubahan dari

aspek kemahiran berinteraksi semasa mengikuti pengajian di universiti. Mereka mengalami

perubahan terutama apabila didedahkan dalam pendidikan formal iaitu apabila mengambil

kursus-kursus yang perlu diikuti di universiti. Mereka mengatakan bahawa cara hidup di

universiti yang memerlukan mereka berani untuk berinteraksi dan bersaing dengan rakan-rakan.

Ini kerana mahasiswa perlu mempersembahkan (present) tugasan atau projek yang telah siap di

hadapan mahasiswa lain sebagai satu keperluan kursus dan diberi markah. Ini mewujudkan

keyakinan di kalangan mahasiswa sehingga mereka boleh bergaul dengan pelbagai lapisan

masyarakat. Perubahan dari aspek kemahiran berinteraksi dijelaskan melalui maklumbalas

daripada partisipan temu bual sepertimana yang dijelaskan di bawah:

Khaty memberitahu beliau berubah dari segi kemahiran berinteraksi semasa mengikuti

pendidikan formal di universiti. Menurut Khaty, cara hidup di universiti memerlukan seseorang

itu bercakap. Untuk menjadi guru pula, beliau perlu berinteraksi dan berani. Khaty menjelaskan:

“…berhadapan dengan orang, dulu saya malu sangat nak bercakap, terutama

orang yang tak kenal tak biasa sekarang saya boleh bercakap, mungkin sebab life

style kat U ni menyebabkan kita bercakap, tak boleh diam,” ( R 11/2/P)

Begitu juga Esa yang menjelaskan bahawa beliau berubah semakin yakin dari segi

pergaulan dengan pelbagai golongan masyarakat. Beliau juga berubah dari aspek kemahiran

berinteraksi serta berasa yakin dengan ilmu pengetahuan yang ada. Esa berkata seperti:

“Confident, itu mestilah dari segi pergaulan tu, kita dah tak macam dulu, lebih

dapat lebih dapat jumpa peringkat atasan, bawahan, dari segi sosial, komunikasi

Page 6: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

ok, dan keyakinan ada, ilmu macam-macam, dari segi komuniti kita dah luas

sikit” (R 5/4/L)

Setiap mahasiswa di universiti perlu membuat persembahan tugasan atau projeknya di

hadapan kelas. Tini pula menegaskan perubahan besarnya ialah berani membuat persembahan

sebab ingin menjadi seorang guru dan bersaing dengan rakan-rakan. Tini menyatakan:

“Perubahan yang besar, kalau dulu takut sikit nak present, sekarang ni berani

sikit nak present. Sebab nak jadi cikgu kena berani, saingan dari kawan-kawan,

kawan kita lebih berani, kita nak bersaing nak jadi berani macam dia” (R

20/1/L)

Maklumbalas daripada partisipan temu bual menjelaskan bahawa kemahiran berinteraksi

merupakan perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti pendidikan formal di

IPTA. Ciri-ciri kemahiran berinteraksi juga terdapat dalam MIK. KPT juga mengkhendaki

mahasiswa universiti mempunyai ciri-ciri kemahiran berinteraksi seperti berketrampilan

berkomunikasi dan penyampai yang berkesan.

Perubahan Teknologi Dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Hasil dari kajian juga menunjukkan bahawa mahasiswa di IPTA mengalami perubahan

dari aspek teknologi. Mereka telah mengalami perubahan terutama apabila didedahkan dalam

pendidikan formal iaitu apabila mengambil kursus-kursus komputer yang perlu diikuti di

universiti. Mereka mengatakan bahawa kursus-kursus komputer banyak memberi perubahan dari

aspek perkara-perkara baru yang dipelajari seperti perisian gubahan (autoware), animasi

(animation), bingkai persembahan (slaid show), perisian persembahan (power point) dan

pembelajaran atas talian (e-learning). Ini mewujudkan keyakinan di kalangan mahasiswa untuk

menggunakan teknologi semasa di universiti.

Samad menceritakan perubahan yang banyak melalui kursus-kursus teknologi komputer

yang diambil di universiti. Sebelum ini Samad hanya mengetahui tentang komputer tetapi tidak

tahu menggunakannya. Samad memberitahu:

“Saya rasa perubahan kat sini banyak melalui komputer, lebih subjek komputer,

auto ware, rekabentuk, perisian multimedia, maknanya software komputer tu saya

lebih tahu dan boleh diguna,” (R 19/1/L)

Rafik juga menerangkan perubahan yang dialaminya dalam mempelajari berbagai-bagai

teknologi pengajaran di universiti. Sebelum ini Rafik tidak pernah didedahkan dengan teknologi

pengajaran semasa di sekolah. Rafik menceritakan:

“Aaa...ada perubahan macam teknologi pengajaran, pembelajaran, saya

sebenarnya tak pernah pun tahu, yang pengajaran menggunakan teknologi,

sebelum ni di Darul Quran yang saya belajar biasa saja, ustaz kat depan cakap,

kita hanya mengadap kitab dan tulis,” (R 18/1/L)

Page 7: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

Pendidikan formal di universiti mendedah dan mengajar mahasiswa tentang teknologi

komputer. Qasim memberitahu dia sekarang sudah pandai menggunakan perisian persembahan

(power point). Qasim memberitahu:

“Rasa sikit perubahan, …kalau subjek pendidikan macam teknologi komputer,

saya memang tak pandai guna slaid show apa dulu, nak buat power point,

sekarang dah pandai la, banyak benda baru saya belajar” (R 17/1/L)

Maklumbalas daripada partisipan temu bual menjelaskan bahawa teknologi merupakan

perubahan yang dialami oleh mahasiswa semasa mengikuti pendidikan formal di IPTA.

Perubahan Budaya Penyayang Dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Salah satu aspek MIK ialah melahirkan masyarakat penyayang. Para mahasiswa juga

didedahkan dengan sifat penyayang apabila mengikuti pendidikan formal di universiti. Menurut

para mahasiswa, lawatan ke rumah orang-orang tua dan orang kurang upaya adalah pengalaman

pertama mereka. Mereka juga dapat menolong dan merasai kehidupan orang-orang yang berada

di dalam kesusahan. Nana mengatakan lawatannya ke rumah orang tua-tua semasa mengambil

pendidikan formal telah membangkitkan sifat penyayang kepadanya. Nana menceritakan:

“…buat lawatan pergi ke rumah orang tua-tuakan, kita boleh bersosial di situ,

kita tolong dia, tahu life dia, melalui budi penyayang ni kita tahu bagaimana

orang tua-tua, lepas tu ada mak cik itu cerita sedih-sedih sampai nangis-nangis

dari situ, kita tahu ada jugak manusia yang buat mak dia macam itu, kalau tidak

kita tengok kat TV saja, kita nampak depan mata kita sendiri, dia mengalirkan air

mata seorang ibu, sedihkan” (R 14/3/P)

Pamela sama seperti Nana, juga berubah kepada sifat penyayang selepas membuat

lawatan ke rumah OKU (Orang Kurang Upaya) semasa mengambil pendidikan formal di IPTA.

Ini adalah lawatan pertama Pamela ke rumah OKU. Pamela menerangkan:

“kita pergi lawatan ke rumah OKU, first time saya bercampur dengan orang

macam itu, saya rasa sangat takut, sebab saya tak pernah pergi tempat macam tu,

so macam tengok kat situ banyak ajar kemahiran untuk OKU, banyak input …,

tapi bila dah masuk tu ok je, ok dekat situ saya tengok, ajar kemahiran orang

OKU, dia orang boleh buat sesuatu, dia orang limited kemahiran, …, dia orang

jual benda itu cuma perlukan support daripada kita” (R 16/2/P)

Berdasarkan maklum balas tersebut dapatlah dijelaskan bahawa mahasiswa dapat

mengalami budaya penyayang di kalangan masyarakat semasa menjalankan aktiviti-aktiviti atau

program pendidikan formal di luar bilik kuliah. Aktiviti-aktiviti ini telah membentuk dan

mendedahkan mahasiswa dengan aspek MIK yang menggalakkan mahasiswa universiti bersifat

penyayang dan prihatin (melalui khidmat masyarakat dan kerja sukarela). Budaya penyayang

sangat penting dalam kehidupan setiap individu.

Perubahan Sukan dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Page 8: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

Salah satu aspek perubahan yang dialami dalam pendidikan formal di universiti ialah

sukan. Mahasiswa universiti juga didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sukan di universiti.

Menurut mereka, pendidikan formal juga mengajar kemahiran bersukan disamping menyihatkan

kesihatan. Hasil maklum balas daripada partisipan temu bual seperti berikut:

Pamela aktif dalam sukan semasa mengambil pendidikan formal. Pamela diajar asas-asas

bermain futsal (bola sepak dalam gelanggang). Pamela memberitahu:

“Futsal sangat membantu sebab saya suka sport U team, sebab dia banyak ajar

basic dan skill, so dia membantu sampai sekarang, belajar sem. 2 sampai

sekarang saya main futsal lagi,” (R 16/2/P)

Terdapat juga mahasiswa yang mengalami perubahan stamina apabila mengambil

pendidikan formal. Jamilah merasakan perubahan dari segi stamina selepas aktif dalam silat.

Silat adalah salah satu matapelajaran pilihan dalam pendidikan formal di universiti. Jamilah

menerangkan:

“Perubahan yang utama sekali ialah stamina, kalau dulu, memang cepat pancit

la, tapi sekarang saya agak kuat sikit, taklah kuat sangat, kalau dulu saya

memang lemah, sekarang ni saya mampu berjalan, berlari, jogging, boleh lah, tak

la terlalu lemah buatkan badan selalu sakit, kalau silat, stamina kita akan kuat

sikit,” (R10/4/P)

Maklumbalas daripada partisipan temu bual di atas menjelaskan bahawa mahasiswa juga

mempunyai perubahan dari aspek sukan. Item menghargai sukan juga terdapat dalam MIK. Ini

dapat dicapai apabila mahasiswa mengikuti pendidikan formal di universiti semasa aktiviti

kokurikulum.

Perubahan Disiplin Dalam Pendidikan Formal Di IPTA

Mahasiswa memberitahu bahawa pendidikan formal di universiti mendisiplinkan mereka

dari aspek pengurusan masa. Disebabkan aktiviti-aktiviti pendidikan formal diberi markah, maka

mahasiswa perlu membahagikan masa mereka dengan betul. Berikut ialah maklum balas

daripada partisipan temu bual.

Mahasiswa perlu mendisiplinkan dirinya semasa di IPTA. Chin mengalami perubahan

dari aspek mendisiplinkan diri semasa mengambil pendidikan formal. Chin adalah ahli SUKSIS

(Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi) semasa di universiti. Chin menceritakan:

“Sangat membantu, dia mendisiplinkan saya bangun awal, dulu memang saya tak

biasa bangun awal, di sekolah …., kawan yang kejutkan, tapi kali ni, kita yang

bangun sendiri, set kan jam, pukul 7 automatik bangun sendiri, walaupun tak ada

kelas” (R 3/4/L)

Page 9: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

Daud juga mengalami perubahan dalam aspek disiplin terutama dalam pengurusan masa

semasa mengambil pendidikan formal di IPTA. Daud memilih bola tampar dan kecerdasan

fizikal sebagai aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum di universiti dinilai dan diberi markah,

para mahasiswa perlu mengikut peraturan dan datang tepat pada masa yang ditetapkan. Daud

menjelaskan:

“Mungkin perubahannya mungkin saya nak cakap disiplin, sebabnya

kokurikulum ni dah petang, bila petang kadang-kadang tempat jauh, tempat tu

jauh dia buat di KTDI (Kolej Tun Dr. Ismail) sebab tak ada transport, rasa

macam jauh, kehadiran ada markah, testing ada markah, kita terpaksa datang

sharp 5 petang,” (R 4/4/L)

Berdasarkan maklum balas tersebut dapatlah dijelaskan bahawa mahasiswa perlu

berdisiplin semasa menjalankan aktiviti-aktiviti atau program pendidikan formal. Aktiviti-aktiviti

ini telah membentuk dan mendedahkan mahasiswa dengan aspek MIK yang menggalakkan

mahasiswa universiti mempunyai disiplin yang tinggi.

Kesimpulan

Salah satu implikasi utama kepada mahasiswa yang diperolehi oleh dapatan kajian ialah

mahasiswa mengalami perubahan sosial di IPTA. Secara keseluruhan, terdapat lima perubahan

dalam pendidikan formal yang diperolehi daripada mahasiswa IPTA iaitu ilmu pengetahuan,

kemahiran berinteraksi, teknologi, budaya penyayang, sukan dan disiplin. Dengan mengetahui

perubahan-perubahan ini, para mahasiswa dapat meyakinkan diri mereka bahawa setiap

mahasiswa IPTA mengalami lima perubahan sosial di atas. Perubahan-perubahan ini

menggambarkan apa yang diperolehi oleh mahasiswa IPTA semasa mengambil pendidikan

formal di universiti.

Berdasarkan dapatan kajian, mahasiswa disaran supaya sentiasa peka kepada aktiviti-

aktiviti yang berlaku di universiti dalam pendidikan formal supaya dapat terlibat sama serta

memperolehi segala pengalaman dan ilmu sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Menurut Berg

(2001) dan Najib (2004), pendidikan tinggi berperanan memaksimumkan bakat dan keupayaan

seseorang. Menurut Tangian (2001), Rogers (2005) dan Bray (2008) pula, pendidikan tinggi

menyumbang kepada pembangunan manusia. Para mahasiswa perlu mencari sebanyak mungkin

pengalaman dan latihan semasa di universiti.

Rujukan

Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan : Edisi Kedua. Tanjung Malim:

Quantum Books.

Baharin Mesir et al. (2006) Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus.

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2006, Kuala Lumpur.

Berg. Elisabeth (2001). To Be or Not to Be – A Lecturer in Higher Education in Sweden.

International Journal of Sociology and Social Policy. Vol 21. Number 11/12.

Bray. Cathy (2008). Social Change and Diversity Education : A Literature

Review.Transformative Dialogues : Teaching & Learning Journal. Volume 1, Issue 3.

Page 10: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

Burns. Robin Joan (2002). Education and Social Change : A Proactive or Reactive Role?.

International Review of Education. 48 (1/2): 21-43.

Cohen. Louis, Manion. Lawrence dan Morrison. Keith (2007). Research Methods in

Education ; Sixth Edition. New York: Routledge.

Creswell, John W (2009). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed

Methods Approaches , Thirg Edition.California : SAGE Publications.

Creswell, John W., Clark, Vicki L. Plano, Gutmann, Michelle L., dan Hanson, William,

E. (2003). “Advance Mixed Methods Research Designs”. Dalam Handbook of Mixed

Methods in Social & Behavioral Research. California : Sage Publications.

Dayang Tiawa Awang Hamid dan Abdul Hafiz Omar (2009). Analisis Data Kualitatif.

Skudai : NasMAX

DeCuir-Gunbay. Jessica D. (2008). “Mixed Methods Research in the Social Sciences”

dalam Best Practices in Quantitative Methods. Osborne. Jason W. (Ed). California :

SAGE Publications.

Fraenkel. Jack.R. dan Wallen. Norman E. (2006). How to Design and Evaluate Research

in Education: Sixth Edition New York : Mc Graw Hill.

Ismail Mohamad et al.(2007). Laporan Awal Persepsi Majikan Terhadap Graduan Space UTM.

Kertas Kerja Simposium Pengajaran dan Pembelajaran UTM, Johor Bahru.

Kementerian Pengajian Tinggi (2007). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007-2010.

Putrajaya : Kementerian Pengajian Tinggi.

Lim Chong Hin (2007). Penyelidikan Pendidikan : Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Shah

Alam: McGraw-Hill.

McNeil, Patrick dan Chapman, Steve (2005). Research Methods. London: Routledge.

Meer Zhar Frouk bin Amir Razli, Muhammad Shukri Salleh dan Mohd Zahari Yusoff

(2006). Faktor-faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Cemerlang di Universiti

Teknologi Mara (UiTM) Kelantan bagi Semester Disember 2005-Mei 2006. Persidangan

Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2006, Kuala Lumpur.

Merriam, Sharan B (1990) Case Study Research In Education: A Qualitative Approach.

San Francisco : Jossey-Bass Publishers.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2004). Dinamika Sistem Pendidikan Tinggi. Skudai

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Yahya Mohd Ariffin (2005). ”Peranan Media dan Komunikasi” dalam Mahasiswa

Abad 21. Bangi : UKM.

Moore. Wilbert E. (1986). Perubahan Sosial. Terjemahan Cheu Hock Tong. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Hj. Othman (2005). ”Pembinaan Konseptual dalam Pembelajaran di IPT”

dalam Mahasiswa Abad 21. Bangi : UKM.

Pagani, Freda (2008). The Inheritance of Millennial Students: What Will They Inherit

from Their Campus Experience and Consequently What Legacy Will They Leave the

Next Generation?. Planning for Higher Education. Okt-Dec 2008.

Patton. Michael Quinn (2002). Qualitative Research & Evaluation Methods: 3 Edition.

California : SAGE Publications.

Piven. G. dan Pak. Iu. (2006). Higher Education in Kazakhstan and the Bologna Process.

Russian Education and Society, vol 48. No. 10 October .

Rohana Yusof (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong : PTS Pub. & Dis.

Roucek, Joseph. S. dan Warren, Roland. L. (1986). Sosiologi : Suatu pengenalan.

Page 11: PERUBAHAN SOSIAL YANG DIALAMI OLEH … · PERUBAHAN SOSIAL YANG ... Universiti berperanan untuk melahirkan tenaga kerja yang ... mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

Terjemahan Mohammad Hj. Yusuf, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Round, Anna (2005). A Survey of Student Attitudes, Experiences and Expectations.

Student Retention Project, University of Northumbria.

Rozalli Hashim (2005). Pengurusan Pembangunan. Kuala Lumpur : DBP.

Rogers, Alan (2005). Non-formal Education : Flexible schooling or participatory

education? New York : Springer Science Business Media, Inc.

Salleh Abd Rashid dan Suzan Impak (2008). Praktis Penerapan dan Penilaian Kemahiran

Insaniah dalam Kalangan Pelajar IPT. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat

Kebangsaan 2008. Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Okt 2008.

Sara Shakilla Mohd Salima dan Samir Muhazzab Amin (2008). Keperluan Modal Insan

Dalam Organisasi Kumpulan. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan

2008. Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008.

Silins. Halia dan Mulford. Bill. (2002). Schools as learning organisations : The case for

system, teacher and student learning. Journal of Educational Administration. Vol 40. No

5, 2002. pp.425-226.

Silverman, David (2006). Interpreting Qualitative Data: Third Edition. London: SAGE

Publications.

Siti Khariah Mohd. Zubir (2009). Peranan Wanita sebagai Modal Insan Minda Kelas

Pertama dalam Membangunkan Pendidikan di Malaysia. Kertas Kerja International

Conference on Human Capital Development (ICONHCD 2009), 25-27 May 2009,

Syed Hussein Alattas (2005). ”Pemikiran dan Falsafah Pendidikan Mahasiswa Abad 21”

dalam Mahasiswa Abad 21. Bangi : UKM.

Tangian. S.A. (2001) Higher Education in the Perspective of the Twenty-first Century.

Russian Social Science Review, vol 42, no.5.

Tam, Maureen (2002). Measuring the effect of higher education on university students.

dlm Quality Assurance in Education Vol 10 : 4. pp.223-228.

Tashakkori, Abbas dan Teddlie, Charles (Eds.) (2003). Handbook of Mixed Methods in

Social & Behavioral Research. California: SAGE Publications.

Taylor. Steven. J dan Bogdan. Robert (1998). Introduction to Qualitative Research

Methods: Third Edition. New York: John Wiley & Son, Inc.

Wan Hamidon Wan Badaruzzaman dan Norngainy Mohd Tawil (2005). ”Mahasiswa

Bertaraf Dunia (MDB)” dalam Mahasiswa Abad 21. Bangi : UKM.

Yin, Robert K. (2003). Applications of Case Study Research. Second Edition. California:

Sage Publications, Inc.

Zaini Ujang (2009). Mengangkasa Pengajian Tinggi. Skudai: Penerbit UTM.

Zainudin B. Hassan et al. (2007). Penerapan Kemahiran Generik dalam Pengajaran

Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik di Terengganu. Prosiding Seminar

Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.