perubahan peranan tentera di indonesia pada era reformasi 1998-2004

73
1 PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI 1998-2004 MUHAMMAD ARDI LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA SAINS POLITIK PUSAT PENGAJIAN SEJARTAH, POLITIK DAN STRATEGI FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2006

Upload: ardi-harahap

Post on 24-Jul-2015

396 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

1

PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI1998-2004

MUHAMMAD ARDI

LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAHSARJANA MUDA SAINS POLITIK

PUSAT PENGAJIAN SEJARTAH, POLITIK DAN STRATEGIFAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIABANGI

2006

Page 2: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

2

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

30 JUN 2006 MUHAMMAD ARDIA92136

Page 3: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

3

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT, tuhan sekalian alam. Shalawat dan salam ke atas nabi

besar Muhammad SAW. Alhamdulillah, syukur saya ucapkan kerana berkat rahmat

dan kurnia-Nya saya mampu menyempurnakan latihan ilmiah ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya Prof.

Madya Rashila Ramli. Phd yang telah memberi banyak bantuan, bimbingan, teguran,

galakan, saranan dan tunjuk ajar yang sangat berharga dari peringkat awal sehingga

sekarang.

Juga tak lupa ucapan terima kasih buat ibunda Chairani Siregar dan ayahanda Abdul

malik Harahap yang telah membesarkan dan memberikan segalanya bagi ananda,

jasamu tidak terbalas. Kepada adik Rahma Hapsari dan Mahadi Rahman terima kasih

karena menjadi teman yang selalu setia. Kepada rekan-rekan yang banyak membantu

maaf karena tidak bisa menyebutkan satu persatu. Sekali lagi terima kasih kepada

semuanya semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah diberikan.

Muhammad Ardi

Jl. Taman sari raya

Rt. 06 Rw 13. Blok P No.12

Beji Permai Depok 16426

Jawa Barat

INDONESIA

Page 4: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

4

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang perubahan peranan tentera pada

era reformasi dalam kehidupan sosial dan politik di Indonesia. Untuk mencapai

objektif kajian ini, maka kaedah penyelidikan kepustakaan digunakan. Hasil

perbincangan mendapati bahawa perubahahan peranan tentera yang berlaku semasa

era reformasi ini merupakan impak daripada dua faktor yang dikenali sebagai faktor

dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman memiliki maksud bahawa segala

perubahan peranan TNI yang berlaku adalah dilakukan oleh pihak TNI, ini bererti

aktor-aktor TNI sendirilah yang mempunyai rancangan untuk mereformasi TNI untuk

bersesuaian dengan keadaan zaman reformasi. Manakala faktor luaran pula bererti

segala bentuk desakan dan usulan yang berasal bukan dari kelompok TNI yang

menginginkan perubahan kepada peranan TNI, hal ini telah disampaikan oleh

beberapa tokoh nasional Indonesia seperti Nurcholish Madjid, Ichlasul Amal, Amien

Rais, Megawati dan lain-lain. Setelah kita mengetahui kedua faktor tersebut maka

dengan mudah kita akan mendapati perubahan peranan yang terjadi. Konsep

dwifungsi yang selama zaman Orde Baru digunapakai maka pada era reformasi

konsep tersebut tidak digunakan lagi hal tersebut dikeranakan pengaruh kedua faktor

diatas yang mengarahkan kepada konsep profesionalisme tentera yang tidak

menginginkan campur tangan militari dalam urusan sosial dan politik dan hanya

berkonsentrasi dalam masalah pertahanan negara. Selain konsep dwifungsi ada

beberapa perubahan yang terjadi diantaranya, tidak ada lagi doktri kekaaryaan ABRI

yang membolehkan ahli ABRI menjadi pegawai birokrasi, diputusnya hubungan

antara ABRI dan parti Golkar, pemisahan antara POLRI dan TNI dan perumusan

undang-undang tentera yang merubah fungsi militari daripada berperanan dalam

kehidupan politik bangsa menjadi berperanan sebagai alat pertahanan bangsa.

Page 5: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

5

ABSTRACT

This study aims to discuss the changing role of the military in the era of reform insocial and political life in Indonesia. To achieve the objectives of this study, theresearch methods used in literature. Following the discussion that occurred in militaryrole during the reform era is the impact of two factors, known as internal and externalfactors. Internal factors have the effect that the military's role changes that occur arecommitted by the TNI, this means that the TNI's own actors who have a plan toreform the military to appropriate in the circumstances the reformation. While externalfactors are significant and suggest all kinds of pressure that comes not from the groupswho want changes TNI's role, this has been presented by several Indonesian nationalfigures such as Nurcholish Madjid, Ichlasul Amal, Amien Rais, Megawati and others.Now that we know both of these factors then we will easily find a role change occurs.The concept of dual function of all the days of the New Order era used it on theconcept of reform is no longer any such thing because influence on both factors thatlead to the concept of military professionalism does not want military intervention insocial affairs and politics and just concentrate on the problem of national defense. Inaddition to the dual function concept have several changes that occurred betweenthem, there is no kekaaryaan doctrine in ABRI, where members of the officialbureaucracy. The termination of relationship between ABRI and the Golkar Party, theseparation between national police and the TNI and the formulation of military lawwhich alters the function of the role of military nation's political life to be served asthe nation's defense.

Page 6: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

6

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN 2

PENGHARGAAN 3

ABSTRAK 4

KANDUNGAN 6

SENARAI SINGKATAN 9

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Permasalahan Kajian

1.3 Objektif Kajian

1.4 Sorotan Kajian Lepas

1.5 Skop Kajian

1.6 Kerangka Konsepsual

1.7 Metodologi Kajian

1.8 Kesignifikanan Kajian

1.9 Pembahagian Bab

11

12

13

14

18

19

22

24

24

BAB II LATAR BELAKANG TENTERA NASIONAL

INDONESIA

2.1 Pengenalan

2.2 Proses Penubuhan TNI

2.3 Tentera Zaman Demokrasi Liberal

2.4 Tentera Zaman Demokrasi Terpimpin

26

26

28

29

Page 7: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

7

2.5 Tentera Zaman Orde Baru

2.6 Kesimpulan

31

36

BAB III FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN PERANAN

TENTERA

3.1 Pengenalan

3.2 Peranan TNI sebelum reformasi dan Desakan Demokrasi

3.3 Faktor luaran perubahan Peranan Tentera

3.4 Faktor dalaman Perubahan Peranan Tentera

3.5 Kesimpulan

37

38

41

4350

BAB IV IMPLEMENTASI PERUBAHAN PERANANTENTERA

4.1 Pengenalan

4.2 Perubahan Yang Terjadi

4.3 Perubahan Dwifungsi

4.4 Implementasi Dan Perubahan Paradigma Baru

4.5 Kearah profesionalisme Tentera

4.6 Kesimpulan

51

51

52

616467

BAB V KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan 68

Page 8: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

8

BIBLIOGRAFI 71

Page 9: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

9

SENARAI SINGKATAN

ABRI : Angkatan bersenjata Republik Indonesia

APTER : Aparat Teritorial

BABINSA : Bintara Pembinaan Desa

BKR : Badan Keamanan Rakyat

BAKORSTANAS : Badan Koordinasi Bantuan Pemantapa Stabiliti

Nasional

BAKORSTANASDA : Badan Koordinasi Bantuan Pemantapan Satabiliti

Nasional Daerah

DEPDAGRI : Departemen Dalam Negeri

DPR : Dewan Perwakilan Rakyat

GOLKAR : Golongan Karya

KASAD : Kepala Staf Angkatan Darat

KMB : Konferensi Meja Bundar

KNIL : Koninklijke Nederlancshe Indische Leger(Tentera Kerajaan Hindia Belanda )

KODAM : Komando Daerah Militari

KOPTER : Komando Territorial

KOREM : Komando Resort Militari

KODIM : Komando Distrik Militari

Page 10: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

10

KORAMIL : Komando Rayon (Presint) Militari

KOSTRAD : Komando Strategi Angkatan Darat

KSAD : Kepala Staf Angkatan Darat

LETKOL : Letnan Kolonel

MABES : Markas Besar

MASYUMI : Majlis Syuro Muslimin Indonesia

MAYJEN : Mayor Jendral

MENHANKAM : Menteri Pertahanan dan Keamanan

MPR : Majelis Permusyawaratan Rakyat

PANGAB : Panglima Angkatan Bersenjata

PETA : Pembela Tanah Air

PKI : Partai Komunis Indonesia

POLRI : Kepolisian Republik Indonesia

SESKOAD : Sekolah Staf dan Komando Angkatan Darat

SOSPOL : Sosial Politik

TKR : Tentera Keamanan Rakyat

TNI : Tentera Nasional Indonesia

TRI : Tentera Republik Indonesia

UUD : Undang-undang Dasar

Page 11: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

11

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Proses demokratisasi memang selalu menjadi bahan yang menarik untuk dijalankan

kajian dan dipelajari kerana dalam menuju kearah sistem demokrasi akan menemui

banyak halangan dan rintangan. Sesebuah negara contohnya menghadapi masalah

campurtangan militari dalam politik menurut pendapat Huntington (1968) boleh

membawa kepada kejatuhan sistem politik sesebuah negara. Apabila kita melihat

kepada contoh-contoh negara dunia ketiga memang peranan militer dalam politik

masih lagi sangat dominan dengan alasan militari boleh menjadi alat untuk

mestabilkan keadaan politik suatu negara apatah lagi bagi sebuah negara yang baru

merdeka,hal ini merujuk kepada negara yang baru merdeka setelah perang dunia

kedua.

Sebagai contoh Indonesia yang merdeka pada tahun 1945 sebuah negara yang saat ini

masih lagi dalam proses pendemokrasian setelah 32 tahun lamanya dipimpin oleh

Soeharto yang ianya juga seorang tentera. Yang secara langsung ataupun tidak akan

mengakibatkan campurtangan militari dalam politik Indonesia. Tentara Nasional

Indonesia ( TNI ) yang merupakan kekuatan militari di Indonesia menjadi sebuah

mesin politik pada masa orde baru, yang mana pada masa kepimpinan Soeharto telah

menjadi sebuah institusi militari yang bukan sahaja mempunyai fungsi sebagai

Page 12: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

12

pertahanan akan tetapi juga mempunyai peran sosial dan politik yang sangat

berpengaruh.

Sejak itulah pula peranan TNI semakin meluas dan menjadi salah satu elemen bangsa

yang tidak dapat dipisahkan, kerana pada masa itu Soeharto beranggapan bahawa

untuk mewujudkan cita-cita Indonesia sebagai negara yang membangun diperlukan

suatu kestabilan dalam bidang politik.

Hal ini dapat kita lihat dengan doktrin bahawa (angkatan bersenjata republik

Indonesia) ABRI ketika itu sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat am ini dapat

kita tengok dalam kehidupan sehari-hari dalam satu kampung yang menjadi ketua

kampung atau lurah adalah seorang tentera. Ini bermaksud untuk mengawal keadaan

sosial dalam setiap sisi kehidupan bermasyarakat hal tersebut dapat juga kita namakan

dengan kekaryaan ABRI yang bererti turutsertanya anggota tentera dalam bidang

sosial dan politik seperti menjadi anggota parlimen, mahupun menjadi menteri.

Selain daripada itu pula peran ABRI yang paling berpengaruh adalah mereka

mendapat kerusi di parlimen atau ( dewan perwakilan rakyat ) pada waktu itu

sebanyak 100 kursi kemudian berkurang menjadi 75 kursi akan tetapi tidak

mengurangi peran ABRI ketika itu kerana pada pelaksanaannya walaupun dikurangi

jumlah kerusi parlimen untuk ABRI, ianya tetap menjadi salah satu kekuatan politik

yang sangat berpengaruh sampailah masa reformasi tahun 1998.

1.1 Permasalahan kajian

Dalam pemerintahan Indonesia yang telah merdeka selama 60 tahun telah banyak

perubahan kepimpinan terutamanya yang terjadi pada era reformasi 1998-2004. Apa

Page 13: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

13

yang menjadi masalah dalaman ini selama sekitar 32 tahun (1966-1998) kepimpinan

Soeharto 1 politik Indonesia telah dikuasai oleh militari yang berkembang menjadi

sebuah regim totalitarian. Maksudnya militari atau TNI merupakan salah satu aktor

yang utama dalam perpolitikan Indonesia kerana militari memainkan peranan bukan

hanya menjadi sebuah alat bagi pertahanan suatu negara untuk menepis serangan-

serangan daripada negara luar akan tetapi ianya juga menjadi sebuah mesin politik

yang sangat berpengaruh dalam kehidupan politik bangsa Indonesia. Maka kajian ini

menumpukan kepada perubahan hubungan sipil dan militer pada masa selepas

tahun 1998 sampai dengan 2004 dalam era reformasi dengan melihat perubahan

dariapada peranan tentera pada era reformasi tersebut. Maksudnya dengan datangnya

era Reformasi ini mengalami perubahan perubahan peranan yang signifikan dan pada

akhirnya mempunyai impak kepada perubahan hubungan civil dengan militari.

Perubahan peranan yang terjadi pada tentera menjadi suatu permasalahan yang cukup

signifikan kerana dengan perubahan tersebut maka berubah pulalah model dan sistem

politik di Indonesia.

1.2 Objektif Kajian

Dalam kajian kali ini akan cuba di dianalisis dengan ringkas dan jelas agar menjadi

sebuah kajian yang lengkap. Untuk menyatakan objektif kajian ini boleh dimulai

dengan sebuah pertanyaan yang mana objektif kajian ini cuba untuk menjawab

pertanyaan-pertanyaan berikut :

1. Memerihalkan penubuhan Tentera Nasional Indonesia

2. Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam peranan tentera

selepas 1998

Page 14: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

14

3. Meneliti perubahan peranan tentera selepas 1998

1.3 Sorotan Kajian Lepas

Dalam membincangkan tajuk diatas terdapat pelbagai kajian yang telah dilakukan oleh

para pengkaji pengkaji yang telah terdahulu. Sememangnya masalah hubungan civil

militari ini sangat menarik untuk dibahaskan kerananya ia termasuk juga bagaimana

peranan militari dalam kehidupan suatu bangsa. Masalah-masalah tersebut menjadi

bahagian daripada penjelasan hubungan civil militari yang ada terutamanya kajian-

kajian yang dibuat diindonesia.

Salah satu pengkaji yang mengkaji masalah ini ialah Bilver Singh (1996) Beliau

mengkaji bagaimana peranan dwifungsi ABRI (angkatan bersenjata republik

Indonesia ) yang mempunyai dua peranan iaitu sebagai alat pertahanan negara dan

juga mempunyai peranan sosial dan politik. Dalam kajian beliau memfokuskan

kepada impak dan pengaplikasian konsep dwifungsi ABRI tersebut untuk melihat

hubungan antara civil dan militari. Kajian ini sememangnya menjadi rujukan kerana

kajian tersebut melihat secara terpenrinci dan jelas bagaimana tentra memainkan peran

bukan sahaja sebagai alat pertahanan negara tetapi memainkan peran juga dalam

kehidupan sosial politik di Indonesia.

Yahya Muhamin (1982 ) memfokuskan kajiannya mengenai peranan tentera dari

tahun 1945 sampai 1966. Beliau membincangkan tentang penglibatan tentera dalam

politik di pada masa itu dan menjelaskan bahawa keikutsertaan tentera dalam politik

di Indonesia bermula sejak 17 Oktober 1952. dalam kajian ini beliau berpendapat

Page 15: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

15

bahawa tentera memang turut campur dalam politik yang disebabkan oleh watak

paternalisme yang ada pada tubuh tentera ianya juga sangat dipengaruhi oleh nilai-

nilai tradisi jawa. Selain itu beliau juga berpendapat selain yang menyebabkan turut

campur tentera ialah konsep jalan tengah yang diperkenalkan oleh Nasution. Yang

menginginkan tentera tidak langsung menceburi politik tetapi tidak juga hanya

digunakan sebagai alat pertahanan dan keamanan. Peranan yang di inginkan bersama

rakyat tentera membangun Negara bersama-sama dengan kekuatan civil. Inilah

gambaran secaran am apa telah dikaji oleh Yahya Muhaimin.

Ulf Sundhausen (1986) pula dalam kajiannya membincangkan tentang perjuangan

TNI dalam politik sejak zaman revolusi sehingga sampai kepada era demokrasi

terpimpin. Kajian beliau ini lebih memfokuskan kepada peranan poltik secara

kronologi dari sejak awal kemerdekaan sampai jatuhnya Soekarno. Dalam hasil kajian

beliau ini mendapati bahawa turut campur tentera dalam politik ialah bukan kerana

kepentingan kelas, kepentingan individu, kepentingan kumpulan militari. Akan tetapi

disebabkan oleh ketidakcekapan pemerintah civil dalam memerintah hal ini dapat kita

lihat sering terjadinya pergantian kabinet ketika era demokrasi liberal, ekonomi yang

tidak stabil, dan juga terjadinya pemberontakan-peberontakan yang terjadi di seluruh

Indonesia yang merunsingkan kesatuan Indonesia menjadi alasan tentera untuk turut

campur demi terciptanya sabiliti dalam Negara. Beliau berhujah bahawa masuknya

tentera dalam politik sebagai pelindung Negara iaitu untuk memantapkan pertahanan

dan kemanan dan pembangunan Negara.

Manakala Crouch (1986 ) juga membincangkan tentang peranan politik tentera di

Indonesia dengan membahaskan peranan TNI di era revolusi sehingga pada awal

pemerintahan orde baru. Beliau menghujah berpengaruhnya tentera terutamanya

Page 16: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

16

angkatan darat dalam politik adalah kerana ketidakcekapan organisasi civil. Keadaan

ini menjadikan TNI lebih berperanan berbanding civil. Menurut beliau faktor

penyebabnya selain kelemahan pihak civil adalah persaingan antara sesama ahli

tentera yang berusaha merebut pengaruh agar mereka dapat kedudukan dalam bidang-

bidang luar ketenteraan terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

Sehingga beliau mencapai kesimpulan bahawa tentera berperanan sebagai penguasa

dalam kehidupan sosial politik Indonesia.

Muhammad Rusli Karim (1981) membincangkan peranan ABRI dalam politik dan

pengaruhnya terhadap pendidikan politik di Indonesia pada tahun 1965 sampai 1979.

Dalam kajian ini beliau mendapati peranan ABRI dalam politik semakin hari semakin

dominan hal ini terjadi berikutan suasana politik yang belum memungkinkan bagi

tumbuhnya parti politik yang sesuai. Selain itu pula beliau mendapati bahawa

pensatuan antara ABRI dan GOLKAR akan mengurangi kebebasan dan integriti

ABRI yang mempunyai semboyan ABRI dari, oleh dan untuk rakyat.

Nugroho Notososanto (1984) telah membincangkan tentang dwifungsi ABRI sama

ada fungsi pertahanan mahupun fungsi sosial dan politiknya serta kesannya kepada

sosiopolitik Indonesia. Hasil kajian beliau mendapati bahawa fungsi sosial politik

ABRI sesungguhnya merupakan subsistem daripada sistem politik Pancasila iaitu

sistem politik kekeluargaan yang berasaskan keselarasan, kesesuaian dan

keseimbangan. Dalam sistem politik kekeluargaan tidak ada satu pun ahli dari

keluarga yang di pulaukan dari kehidupan nasional. Begitu juga yang merasa bahawa

ABRI berhak menjalani kehidupan dalam bidang sosial politik.

Yuddy Crhisnandi (2005) pula membahaskan reformasi TNI dengan mefokuskan

kajian beliau untuk melihat perspektif baru hubungan civil-militari di indonesia. Hasil

kajian beliau mendapati hubungan civil-militari yang terbaik adalah terciptanya

Page 17: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

17

kontrol objektif pemerintahan civil terhadap militer, dimana kekuasaan politik

pemerintahan civil selalu memenangkan setiap perlawanan dengan militari kemudian

militari pula patuh kepada pemerintahan civil.

Kalau tadi kita melihat kajian yang langsung yang dijalankan di Indonesia maka

Samuel P. Huntington (2003) pula dalam bukunya yang berjudul Prajurit dan Negara

membincangkan dengan jelas hubungan sipil militer dengan mengambil model

hubungan sipil militer yang dari negara-negara seperti amerika syarikat, jepun dan

juga negara jerman. Selain kajian tersebut beliau juga mengkaji tentang model-model

hubungan sipil dan militer antaranya ialah model kawalan sivil secara subjektif dan

kawalan sivil secara obyektif1.

Selain itu beliau juga mengkaji tentang perkembangan konsep profesionalisme militer

serta membincangkan juga masalah hubungan sipil militer pasca perang yang melihat

cara alternatif yang digunakan dalam hubungan sipil-militer.

Adapun kajian lepas lainnya yang mengkaji masalah yang serupa ialah Dwi Pratomo

Yulianto ( 2005 ) Beliau mengkaji puncak-puncak krisis hubungan sipil militer di

Indonesia. Dalam kajian ini beliau memfokuskan kajian kepada rangkaian kejadian-

kejadian masa lalu yang dijadikan sebagai puncak-puncak krisis hubungan antara sivil

1 Kawalan sivil secara subjektif adalah suatu keadaan yangmana kelompok sipil memaksimalkankekuasaan sipil tertentu atas hubungannya dengan militer sehingga militer dapat dikawal olehkelompok sipil tertentu. Manakal kawalan sivil secara objektif pula melihat kelompok militer sebagaisuatu yang berautonomus yang memberikan sepenuhnya kepada profesionalisme militer ( Huntington2003 87-90 ).

Page 18: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

18

dan militer di Indonesia. Sebagai contoh ialah peristiwa 17 oktober 19522 merupakan

salah satu peristiwa puncak krisis yang dipilih oleh beliau.

Kajian Charles Cochran (1980) pula yang membahaskan hubungan sipil militari pada

tahun 1974 termasuk kedalam kajian beliau adalah hubungan sivil militer di

Indonesia. Dalam kajian tersebut beliau membincangkan hubungan sipil militer era

sukarno sampai dengan tahun pilihan raya di Indonesia pada tahun 1971. didalam

kajian tersebut beliau membandingkan hubungan antara sipil militari di Indonesia

dengan hubungan sipil militari dengan negara cina.Daripada kesemua kajian lepas

tersebut kajian ini cuba melihat hubungan sipil militer yang baru dalam ertian

bagaimana hubungan itu tedefinisi setelah terjadinya perubahan-perubahan pada

Indonesia yang dimulai oleh runtuhnya rezim suharto dan mulai berjalannya era

reformasi sampai saat ini.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini sememangnya memiliki skop kajian yang lebih kecil dan ringkas kerana

keterbatasan kajian sangat diperlukan untuk mencapai suatu kajian yang jelas dan

teratur. Jelas maksudnya batasan kajian telah ditetapkan agar tidak hilang tumpuan

kajian sedangkan teratur kajian semestinya memberikan sistematika yang benar.

Dalam latihan ilmiah ini penulis cuba memberikan batasan masalah yang akan

dibincangkan, skop kajian dalam latihan ini akan melihat hubungan sivil militer era

reformasi tahun 1998 sehingga tahun 2003 diberikan penumpuan sebagai skop kajian

yang diutamakan. Dengan melihat sejarah militer di indonesia akan tetapi tidak

membincangkan secara terperinci.

2Lihat dwi pratomo yulianto (2005 178-186).

Page 19: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

19

1.5 Kerangka Konsepsual

Kajian ini menggunakan konsep profesionalisme militari dan pendemokrasian.

Konsep tersebut dipilih kerana keduanya sangat bersesuaian untuk membahas

persoalan didalam tajuk kajian ini. Untuk melihat hubungan civil militari era

reformasi ini sangat dipentingkan bahwa sejauhmana profesionalisme militari dalam

melihat kejelasan hubungan civil militari. Pemberian ruangan kepada masyarakat civil

dan membatasi peranan tentera merupakan salah satu nilai dalam konsep

pendemokrasian.

Dengan kedua konsep tersebut kajian ini cuba menghujah betapa pentingnya

professionalisme TNI agar penciptaan semula hubungan civil militari yang sesuai

dengan konsep pendemokrasian

1.5.1 Profesionalisme Militari

Konsep ini berasal dengan apa yang dimaksud dengan profesi itu sendiri. Sebuah

jawatan yang menuntut kepakaran dalam suatu bidang tertentu yang membezakan

karakteristik antara sebuah profesi dengan jawatan yang lain adalah kepakaran,

tanggung jawab dan rasa corporateness. Namun apa yang penting adalah suatu

keunikkan daripada profesi militari ini adalah kemampuan dan kemahiran tentara

dalam management of violence, selain daripada hal tersebut kepakaran tentra juga

meliputi hal-hal seperti pengaturan perlengkapan dan pelatihan-pelatihan angkatan

bersenjata. Kemudian perencanaan kegiatan serta pengarahan kegiatan operasi

didalam dan diluar suatu perperangan (Huntington 2003).

Manakala Huntington (2003) pula menyebutkan bahawa politik adalah tidak termasuk

dari bidang militari dan penglibatan tentera dalam politik akan menghakis sifat

Page 20: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

20

profesionalismenya melawan kerjayanya sendiri, dan menghilangkan nilai-nilai

profesionalisme. Militari harus tetap berkecuali dalam politik agar dapat mengelakkan

militari daripada terbabit dalam politik praktis dan dalam proses politik juga dapat

berlangsung secara demokratis.

Konsep tentera profesional ialah merujuk sebagai seorang profesional mempunyai

kuasa menggunakan kekuatan senjata untuk mempertahankan kedaulatan negara dari

ancaman pihak lawan. Militari juga perlu dilihat sebagai suatu bahagian yang

mempunyai autonomi tersendiri maksudnya pihak awam tidak mencampuri hal-ehwal

miitari. Mereka juga adalah satu-satunya kelompok yang dipersenjatai oleh negara

untuk mengawal keselamatan daripada ancaman luaran negara.

Daripada perbincangan diatas dapat kita lihat bahawa militari yang profesionalisme

memiliki kemahiran khas dalam bidang ketenteraan, iaitu pertahanan negara atau

perang melawan musuh yang mengancam kedaulatan dan integriti negara.

Profesionalisme tersebut iaitu terlihat daripada kepakaran dalam pengaturcaraan

kekerasan atau management of violence. Percampuran militari dalam politik akan

mengurangi tingkat profesionalisme militari kerana tentera tidak lagi menjadi buffer

atau penyokong kepada kerajaan untuk mempertahankan negara akan tetapi telah

memainkan peranan sebagai alat-alat politik.

Disini jelas bahawa hubungan sipil militer yang dicederai oleh intervensi militari

dalam politik dan pengurangan dalam profesionalisme tentera sangat nampak terjadi.

Ertinya dalam menjelaskan hubungan civil militari diperlukan pengetahuan tentang

tingkah laku politik tentera yang mengarahkan apakah tentara akan besikap

profesionalisme dalam hubungannya dengan sivil atau melakukan intervensi-

Page 21: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

21

intervensi. Dari huraian yang singkat tadi dapat kita pahami bahawa tugas-tugas

tentera yang professional adalah sebagai berikut (Abdoel Fattah 2004).

1. Tugas dalam masalah pertahanan Negara atau perang melawan ancaman dari

luaran.

2. Bersikap berkecuali dengan tidak menceburkan diri dalam politik semasa

3. Memiliki disiplin dan juga semangat kesatuan yang kuat ( le esprit de corps )

4. Menghargai pihak berkuasa atau adanya supremasi civil

5. Membela dan melindungi masyrakat secara bersesuaian.

1.5.2 Pendemokrasian

Konsep pendemokrasian ialah diambil dari konsep demokrasi yang berasal dari

perkataan yunani iaitu demos artinya rakyat dan kratos pemerintahan. Jadi demokrasi

dalam erti bahasa ialah pemerintahan rakyat, sedangkan menurut kamus politik

demokrasi adalah sebuah ideologi yang berasaskan liberal yang memiliki beberapa

nilai-nilai yang utama seperti ketentuan hukum, kedaulatan rakyat, pemerintahan

berasaskan hukum, jaminan kewajiban civil dan kepentingan majoriti. Dari pengertian

diatas dapat kita simpulkan bahawa demokrasi ialah pemerintahan rakyat, yang

diasaskan oleh ketentuan hukum, jaminan kewajiban civil dan juga kepentingan

majoriti.

Manakala pendemokrasian pula bererti suatu proses kearah demokrasi. Dapat di

pahami juga pendemokrasian ialah suatu konsep yang biasa digunakan kepada proses

sebuah negara yang pada asalnya berbentuk pemerintahan otoritarian, oligarki atau

Page 22: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

22

monarki berubah menjadi bentuk pemerintahan yang demokrasi. Dari pengertian

diatas pula dapat kita pahami dengan apa yang kita kenal sebagai konsep

pendemokrasian adalah sebuah konsep yang menjelaskan tentang bagaimana proses

demokrasi itu terjadi dalam hal tersebut proses pendemokrasian boleh berjalan lambat

atau pun berjalan sangat laju untuk mencapai demokrasi yang penuh.

Konsep pendemokrasian sangat dipengaruhi oleh masyarakat civil, kerana dalam

demokrasi masyrakat civil adalah satu syarat, dalam erti lain dengan terciptanya

masyarkat civil maka boleh dikatakan sudah berdirinya sebuah sistem demokrasi.

Dengan demikian dalam konsep pendemokrasian ini sangat di perlukan ialah

terciptanya masyarakat civil agar boleh menuju kearah demokrasi. Dalam konsep ini

nilai-nilai yang terdapat dalam demokrasi perlu diambil kira kerana tanpa nilai

tersebut pendemokrasian tidak akan terwujud.

Dalam hubungan civil-militari di Indonesia pada masa yang sama juga sedang

menjalankan demokratisasi, konsep ini cuba menawarkan aspek yang menunjukkan

bahawa pembinaan semula hubungan civil-militari di Indonesia merupakan suatu

keperluan untuk demokratisasi. Mengapa diperlukan pembinaan semula hubungan

antara civil-militari kerana untuk mencapai sebuah sistem yang demokrasi diperlukan

ruang pada masyarakat civil agar boleh bergerak dan menjadi enjin yang utama dalam

sesebuah Negara. Tidak seperti yang terjadi di Indonesia apabila militari yang

membatasi ruangan bagi masyarakat civil. Kajian ini melihat konsep pendemokrasian

sebagai suatu konsep yang dapat melihat, mengkaji, menganalis perubahan-perubahan

yang terjadi dalam hubungan civil-militari di Indonesia.

1.6 Metodologi Kajian

Page 23: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

23

Bagaimana cara untuk mendapatkan perbincangan dan bahan untuk menjadikannya

sebuah latihan ilmiah di perlukan suatu cara atau yang kita kenal sebagai metodologi

kajian dalam kajian ini penulis mengunakan beberapa kaidah kajian diantaranya ialah

:

1.6.1 Kajian Kualitatif

Kajian kualitatif ialah kajian yang dilakukan dengan mengunakan bahan-bahan

terutamanya bahan sekunder yang terdiri daripada buku-buku yang merupakan kajian-

kajian yang dibuat oleh orang-orang terdahulu. Kajian kualitatif juga bermaksud

pemusatan kajian pada tingkat kualiti sesuatu bahan kajian tersebut, ianya juga

merupakan lawan daripada kajian kuantitatif yang berdasarkan jumlah banyaknya atau

besarnya suatu bilangan atau kuantitinya.

1.6.2 Kajian Kepustakaan

Dalam menyambung kajian secara kualitatif sangat diperlukan kajian kepustakaan,

kerana dalam perputakaanlah tersimpah khazanah-khazanah yang sangat diperlukan

dalam mengkaji suatu masalah. Perpustakaan yang akan menjadi tempat untuk

dilaksanakannya kajian kepustakaan antara lain adalah perpustakaan Tun sri lanang

UKM bilik sumber jabatan politik sejarah dan strategi fssk ukm, perpustakaan alam

tamadun melayu ukm, perpustakaan pusat universitas Indonesia, perpustakaan csis

Jakarta.

1.6.3 Kajian Deskriptif

Page 24: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

24

Dalam kajian ini pengkaji akan mencuba mengkaji masalah tersebut dengan secara

deskriptif dan dengan iaitu kajian yang hanya menekankan kepada pemerihalan

tentang sesuatu masalah dan penghuraian sesuatu masalah tersebut.

1.7 Signifikan Kajian

Dalam kajian ini diharapkan menjadi bahan tambahan bagi mereka yang tertarik dan

berminat mengenai wacana hubungan sipil-militer di Indonesia. Serta diharapkan

kajian ini menjadi salah satu kayu pengukur untuk melihat hubungan sivil militari di

Indonesia walaupun dalam skop kajian yang terbatas. Selain itu juga kajian ini

diharapkan boleh menjadi bahan bacaan pengantar bagi mereka ingin mengetahui

secara ringkas hubungan sivil militari yang terjadi di Indonesia.

1.8 Pembahagian Bab

Dalam membahagikan bab-bab pada kajian ini akan menghuraikan sebagai berikut;

Pada bab dua akan diperihalkan masalah penubuhan tentera dari manakah istilah TNI

lahir sehingga digunakan sekarang kemudian pembahasan di lanjutkan kepada proses

sejarah tentera iaitu apabila kita melihat perkembangan tentera dari zaman demokrasi

berparlimen kemudian oleh zaman demokrasi terpimpin sampai pada akhirnya zaman

Orde Baru. Perkembangan yang mengikuti zaman tersebut melihat bidang peranan

pihak tentera pada setiap zaman sampai masa sebelum reformasi.

Kemudian setelah kita melihat tentang sejarah tentera dan peranan tentera sebelum

reformasi maka pada bab tiga ini akan memerihalkan tentang tekanan yang diberikan

oleh demokrasi yang menyebabkan reformasi dan jug akan kembali diulas mengenai

peranan tentera sebelum reformasi. Setelah itu akan dipaparkan faktor yang

Page 25: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

25

mempengaruhi perubahan peranan tentera pada era reformasi. Ada dua faktor yang

dapat di jelaskan iaitu faktor luaran dan dalaman. Dari faktor itulah kita nantinya

dapat melihat perubahan peranan pada bab berikutnya.

Bab keempat ini berisi perubahan-perubahan yang terjadi selama era reformasi ini

yang tidak mungkin dilaksanakan tanpa adanya kedua faktor tersebut. Perubahan yang

terjadi merupakan perubahan yang dinilai penting kerana ianya berhubungan erat

denga fungsi sosial dan politik pihak tentera selama zaman orde baru. Dan pada bab

kelima adalah kesimpulan yang merangkumi seluruh perbualan yang ada daripada bab

pertama hingga akhir.

Page 26: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

26

BAB II

LATARBELAKANG TENTERA NASIONAL INDONESIA

2.1 Pengenalan

Untuk mengetahui secara menyeluruh tentang bagaimana peranan militari bab ini

memerihalkan sejarah perkembangan TNI. Permulaan bab ini akan menceritakan

bagaimana proses terbentuknya tentera Indonesia yang dimulai lagi semenjak zaman

penjajahan, setelah proses terbentuknya TNI juga akan dijelaskan ialah bagaimana

peranan dan keadaan TNI pada masa demokrasi liberal yang berlangsung pada 1949-

1959. Selanjutnya dalam bab ini akan menjelaskan konsep dan implementasi daripada

konsep dwifungsi (dual function) yang terjadi masa Orde Baru sehinggalah

tahun1998.

2.2 Proses penubuhan TNI

Dalam proses penubuhan ini TNI berasal dari pada perlawanan rakyat Indonesia dari

pada sebelum merdeka sampai pada kemerdekaan tahun 1945 dalam menentang

penjajah, maksudnya rakyat mengambil peranan yang penting dalam penubuhan

angkatan tentera di Indonesia kerana seperti yang telah diketahui bahawa penubuhan

tentera Indonesia berasal daripada kekuatan rakyat, dan bukannya penubuhan tentera

melalui kekuatan kerajaan, ataupun sebuah parti politik (Salim Said 2001) Dengan

katalain proses terbentuknya TNI ialah melalui arus bawah atau bawahan dan

bukannya terbentuk melalui bahagian atasan. Oleh kerana hal yang demikian maka

Page 27: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

27

dapat dikatakan bahawa TNI ialah tentera yang dapat menciptakan dirinya sendiri,

kerana ianya tercipta melalui proses penubuhan yang berasal dari rakyat hal ini juga

menyebabkan kenapa TNI atau militari merasa lebih dekat dengan rakyat berbanding

dengan orang sivil. Manakala kita lihat pula sejarahnya para rakyat yang berjuang

melawan penjajah yang kebanyakannya adalah para pemuda mereka terdiri daripada

organisasi-organisasi kemiliteran yang ada pada masa itu antaranya adalah PETA (

pembela tanah air ), Seinendan perajurit pemula/organisasi pemuda), Keibodan(

pasukan keamanan), Shusintai (barisan pelopor) Lasykar hizbullah, Gakukotai

(pasukan pelajar) Heiho (pembantu prajurit/pembantu askar) pemuda-pemuda KNIL.

Organisasi-organisasi inilah yang nantinya dijadikan satu dan membentuk tentara

Nasional Indonesia.

Akan tetapi dalam prosesnya pembentukan tni mengalami perjalanan yang panjang.

setelah kemerdekaan republik Indonesia pada 17 hari bulan Ogos 1945 presiden

soekarno pada masa itu belum lagi menggunakan nama tentera untuk kekuatan militari

Indonesia akan tetapi yang digunakan ialah nama Badan keamanan dengan alasan

pada masa itu takut akan terjadi perlawanan oleh tentera penjajah yang masih berada

di indonesia. Baru pada tarikh 5 Oktober 1945 presiden soekarno mengesahkan nama

TKR (tentera keamanan Rakyat) sebagai penganti badan keamanan. Sejak itulah

tarikh 5 oktober di peringati sebagai tarikh penubuhan tentera Indonesia.

Istilah Tentera Keamanan Rakyat ini tidaklah bertahan lama. Kerana pada 1 januari

1946 presiden Soekarno mengumumkan perubahan erti dalam TKR yang semula

bererti tentera keamanan rakyat dirubah menjadi tentera keselamatan rakyat. Nama ini

juga tidak mempunyai umur yang panjang kerana pada 24 januari 1946 nama inipun

dirubah menjadi Tentera republik Indonesia (Notosusanto 1991). TRI dengan alasan

agar lebih menampakkan rasa kebangsaan dan juga identiti negara Indonesia. Akan

Page 28: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

28

tetapi nama TRI juga tidak bertahan lama kerana pada 5 Mei 1947 presiden soekarno

sekali lagi merubahnya menjadi Tentara Nasional Indonesia ( TNI ) dan istilah inilah

yang digunakan sehingga sekarang untuk persatuan tentera Indonesia.

2.3 Tentera Zaman Demokrasi Liberal

Sejarah perjalanan tentera Indonesia kemudian memasuki era baru setelah meendapat

kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 meskipun pada masa itu Indonesia baru mendapat

kemerdekaan secara de facto atau pengakuan secara lisan dan belum kepada

pengakuan kemerdekaan secara de jure ataupun pengakuan secara hukum. Baru pada

tahun 1949 melalui perjanjian antara Indonesia dengan Belanda yang di kenal sebagai

konferensi meja bundar pada 27 Disember 1949 barulah Indonesia mendapat

pengakuan kemerdekaan secara hukum oleh pihak belanda. Dengan begitu belanda

telah menyerahkan kedaulatan Indonesia dengan syarat merubah nama menjadi RIS

republik. Indonesia Serikat, sejak tarikh tersebut sehingga kepada dekrit presiden 5

Julai 1959 dikatakan sebagai zaman demokrasi liberal.

Dalam situasi yang sebegini suasana demokrasi liberal memang terasa dengan proses

pemerintahan yang kerap bertukar kekuasaan selama era demokrasi liberal ini apatah

lagi peraturan yang diberikan terhadap tentera angkatan perang, ketika itu perdana

menteri Hatta menganut prinsip (objective civilian control over military) atau

kawalan sipil objektif terhadap militari menurut Hutington Yang mengambil langkah-

langkah merubah tentera nasional, tentera rakyat, tentera revolusi, menjadi suatu

tentera professional model barat (Notosusanto 1991).

Pengangkatan Nederlandse Militaire Missie ( NMM )sebagai pelatih kepada askar-

askar TNI merupakan cara untuk menjadikan askar TNI lebih professional, akan tetapi

Page 29: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

29

yang menjadi permasalahan adalah para askar TNI ketika itu tidak pernah berfikir

akan jawatan ataupun pekerjaan sebagai askar akan tetapi tertarik bergabung dengan

TNI kerana ingin berjuang sahaja.

Selain itu masa demokrasi liberal juga menjadi asas daripada awal mulanya

percampuran militari ke ruang sipil maksudnya pada masa inilah awal mula daripada

idea bagaimana militari mulai campur masuk kepada kehidupan civil. Panglima

Kasad ketika itu Abdul haris nasution diminta oleh presiden soekarno menjadi rakan

kongsi dalam pembentukan kabinet baru alasan kenapa presiden soekarno meminta

nasution sebagai rakannya adalah disebabkan untuk memperolehi sokongan daripada

tentera. Nasution menerima tawaran tersebut dengan syarat Parti Komunis Indonesia (

PKI ) tidak berada dalam kabinet dan dimasukkannya wakil militari menjadi ahli

kabinet, setelah menerima tawaran tersebut Nasution pun mula mengagas sebuah

rancangan terhadap militari. Dalam acara harijadi AMN akademi militari nasional

1958 di magelang beliau menyatakan sebuah idea yang disebut konsep jalan tengah

TNI, konsep ini tentang pemberian tempat kepada ahli tentera untuk ikut serta

menentukan polisi Negara. Menurut beliau dalam perkembangan masa itu konsep

jalan tengah adalah yang terbaik kerana tentera yang diumpamakan kalau di tahan

akan menjadi seperti gunung yang hendak meletus jadi belaiu beranggapan bahawa

tentera tidak menjadi alat civil atau dijadikan permainan politik belaka seperti mana

yang terjadi dibarat, selain itu pula ianya memberikan saluran kepada tentera bukan

secara organisasi akan tetapi melalui perseorangan. Hal ini pula menghindari tentera

mendominasi kekuasaan seperti Junta militari.

2.4 Tentera zaman demokrasi terpimpin

Page 30: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

30

Masa ini ditandai dengan dikeluarkannya dekrit Presiden Soekarno pada 5 julai 1959

yang berisi tentang pengangkatan seumur hidup Soekarno sebagai Presiden dan

kembalinya digunakan UUD 1945 sebagai asas Negara setelah ditukar sementara

dengan undang-undang sementara tahun 1950. pada zaman ini Soekarno telah

memegang kembali kekuasaan yang tidak terhad kerana pada masa ini pula presiden

menjadi penentu kepada kerajaan disebabkan ahli parlimen ketika itu tidak dipilih

melalui pilihan raya akan tetapi diangkat oleh presiden, yang mengakibatkan tidak

adanya kuasa pada ahli parlimen. Kekuatan politik pada masa ini terbagi kepada tiga

kelompok yang memiliki keupayaan diantaranya adalah TNI, Presiden dan juga PKI .

Diantara kekuatan politik ini terjadi persaingan antara TNI dan PKI untuk

mempengaruhi presiden dengan tujuan untuk menguasai perpolitikan di Indonesia.

Presiden soekarno adalah seorang yang pemimpin yang anti imperialisme,

kolonialisme serta sangat kagum dengan semboyan revolusi. Dengan begitu tidak ragu

ketika soekarno begitu tertarik dengan PKI sebuah parti yang besar dan memiliki

semangat revolusi.

Walaupun demikian pada awal zaman demokrasi terpimpin ini presiden Soekarno

cuba untuk menjadi orang tengah antara TNI dan PKI dengan maksud untuk

menyeimbangkan diantara keduanya agar tidak terjadi konfrontasi seperti yang terjadi

pada tahun1948 ketika itu PKI cuba memberontak. TNI pula mencurigai akan terjadi

lagi pemberontakan seperti tahun 1948. pada masa ini pula presiden melihat hagemoni

militari yang ada pada organisasi TNI telah mulai mendominasi panggung politik

Indonesia untuk mengimbangi hal tersebut presiden mengambil kekuatan parti politik

akan tetapi yang tak beruntung ialah parti politik yang digunakannya ialah PKI, hal ini

di sokong pula dengan lemah nya keadaan parti-parti politik yang lain ketika itu

termasuklah Masyumi yang diharamkan oleh presiden.

Page 31: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

31

Pergolakan politik pada zaman ini sangat rancak kerana perebutan kuasa antara TNI

dan PKI tersebut, selain hal itupula terjadinya proses pemberontakan yang dilakukan

oleh PKI yang dikenal sebagai gestapu gerakan tiga puluh September yang

mengakibatkan terbunuhnya pegawai tentera tinggi, dengan maksud agar kuasa

militari pada masa itu berkurang dan PKI dapat menguasai politik di Indonesia. Akan

tetapi hal ini tidak berlaku kerana tentera Berjaya menumpaskan PKI di bawah

pimpinan ketika itu majyen Soeharto.

2.5 Tentera Zaman Orde Baru

Masa orde baru ini bermula dengan kepimpinan Soeharto yang telah diketahui

mempunyai latar belakang beliau yang berasal daripada militari. Sehingga pada tahun-

tahun selama masa kepimpinan beliau mau tidak mahu akan terjejas oleh tentera.

Selain daripada itu soeharto juga mensahkan perundangan yang membolehkan campur

tangan militari terhadap politik di dalam pemerintahan beliau, hal ini dapat kita lihat

sejak mulai beliau memerintah pada tahun 1966-1998.(Yuddy Crisnadi 2004).

Selain itu konsep dwifungsi yang diperkenalkan oleh Nasution pada masa demokrasi

liberal menjadi asas bagi soeharto untuk menyokong konsep tersebut. Untuk lebih

jelas lagi ada baiknya jika kita mengetahui apakah yang dinamakan dengan konsep

dwifungsi tersebut. Konsep dwifungsi ini sebenarnya sudah mengakar sejak awal

mula ditubuhnya tentera republik Indonesia, sebagai tentera yang ditubuhkan oleh

rakyat sehingga membuat ABRI merasa mempunyai hak yang sama dengan pihak

civil dalam hal menentukan polisi-polisi yang diambil oleh kerajaan, sehingga

menyebabkan kesatuan antara abri dan rakyat itu mengarahkan kepada dwifungsi itu

sendiri. Dwifungsi ini secara ringkasnya dapat diertikan sebagai peran ganda tentera

bukan hanya mempunyai peranan dalam pertahanan dan keamanan akan tetapi juga

Page 32: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

32

mempunyai peranan dalam bidang sosial dan politik. Asas dari dwifungsi ini boleh

kita lihat pada ketetapan MPR No : IV/MPR/1978 dan telah digubal pada 19

September 1982 menjadi undang-undang nomor 20 tahun1982 tentang ketentuan

ketentuan pokok pertahanan keamanan Negara.

Pada ayat 26 berbunyi:

“ Angkatan bersenjata mempunyai fungsi sebagai kekuatan pertahanan keamanan

Negara dan sebagai kekuatan sosial”

Manakala dalam penjelasan ayat ini pula berbunyi :

“Fungsi angkatan bersenjata sebagai kekuatan sosial sudah ada sejak kelahirannya

serta merupakan bagian dari proses perjuangan dan pertumbuhan bangsa Indonesia

yang telah dirumuskan dalam marga kesatu sampai marga ketiga saptamarga dan

dinyatakan sebagai salah satu modal dasar pembangunan nasional dalam garis-garis

besar haluan Negara”

Dari penjelasan ayat diatas boleh kita gulung kesimpulan bahawa sememangnya idea

dwifungsi ini bukan suatu yang asing sehingga ianya merupakan hal yang wajar jika

digunakan pada masa orde baru.

Konsep dwifungsi ini juga boleh kita pahamkan juga merupakan implementasi

daripada ketidakmampuan pihak civil dalam mengawal keamanan Negara pada masa

demokrasi liberal sehingga memaksa untuk pihak tentera turut campur dalam proses

pemerintahan. Maka dengan anggapan tersebut tentera cuba untuk mengawal

keamanan dan keselamatan di seluruh Indonesia untuk menghapuskan segala bentuk-

Page 33: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

33

bentuk pemberontakan yang terjadi demi menjaga kestabilan Negara ketika pada

awal-awal kemerdekaan . dan konsep ini pula tetap dijalankan oleh presiden soeharto

selama era pemerintahannya dengan alasan yang sama iaitu keamanan dan

keselamatan Negara.

Selain hal tersebut perlu di pahamkan juga peranan tentera selama era ini memiliki

hubungan yang rapat dengan sebuah parti politik iaitu parti (golongan Karya) Golkar

(Muhammad Rusli Karim 1989) . Hubungan ini terbentuk disebabkan pada masa awal

pembentukan parti golkar kekuatan tentera yang diwakili oleh ABRI ketika itu

menjadi pengasas daripada parti golkar ini akan tetapi peran ini berubah menjadi

bahawa ABRI merupaka salah satu bahagian daripada parti golkar dapat kita ketahui

daripada doktrin pertahanan dan keamanan nasional V yang berbunyi:

1. abri disamping tugasnya sebagai penegak kekuasaan Negara dibidang

pertahanan dan keamanan juga telah menyumbangkan karya dan darma

bhaktinya disegala bidang diluar bidang pertahanan dan keamanan sehingga

ABRI berubah sebagai Golongan Karya dan ikut serta menentukan Haluan dan

politik Negara

2. kedudukan abri sebagai golkar didasarkan atas landasan-landasan pancasila

dan konstitusional iaitu UUD 1945 serta landasan hukum iaitu ketetapan MPR

3. tugas utama ABRI sebagai golkar ialah secara aktif ikut serta dalam segala

usaha dan kegiatan rakyat serta Negara di bidang-bidang politik, ekonomi dan

sosial untuk mencapai tujuan revolusi Indonesia demi ampera

4. fungsi kekaryaan dalam melaksanakan tugas utamanya sebagai golkar, Abri

ikut serta dalam pembinaan dan pembangunan, pengembangan, peningkatan

dan pengamanan segala segi kehidupan di bidang-bidang ideologi, politik,

Page 34: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

34

ekonomi, keuangan, rohani, dan sosial-budaya demi terciptanya ketahanan

revolusi Indonesia.

Dari doktrin tersebut telah jelas bahawa ABRI yang mewakili tentera menjadi

bahagian dalam parti Golkar, selanjutnya ialah bagaimana peranan ABRI dalam

Golkar maksudnya setelah menjadi salah satu bahagian dari golkar apa yang

dilaksanakan oleh ABRI, hal tersebut boleh kita lihat dalam pilihan raya pada tahun

1971, dimana golkar mendapat keuntungan daripada ABRI yang sudah mulai masuk

kepada masyrakat awam semenjak awal tahun 1960-an. Jadi sudah jelaslah bagaimana

keterlibatan ABRI dengan parti Golkar. Setelah itu apa yang menjadi bahagian

penting daripada peran tentera pada zaman ini ialah peran tentera yang disebut dengan

kekaryaan tentera.

Doktrin kekaryaan adalah yang memberikan kuasa kepada ahli ABRI untuk berada

dalam pemerintahan akan tetapi ianya diluar daripada bidang kementerian pertahanan

dan keamananan mereka juga disebut sebagai karyawan ABRI. hal ini dapat kita lihat

daripada carta dibawah ini:

Masa jawatan Jumlah tentera Peratus daripada keseluruhanAnggota kabinet1969-19731974-19781979-19831984-19881989-19931994-1998Gubernur atau MenteriBesar1969-19731974-19781979-1983

8615171410

192016

29.6323.0341.189.769.52

73.0876.9259.26

Page 35: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

35

1983-19881989-1993

1412

51.8544.44

Sumber : markas besar Tentara Nasional Indonesia, jakarta

Dari data diatas kita dapat melihat jumlah tentera yang memiliki fungsi kekaryaan

dalam militari dan banyak yang menduduki jawatan tinggi dalam kerajaan. Dan ini

bermaksud tentera memiliki kedudukan yang penting pada masa orde baru ini. Setelah

kita melihat kekaryaan ada baiknya juga jika kita melihat kepada bidang (komando

territorial dan aparat territorial) Kopter/Apter yang mempunyai Tugas-tugas khusus

yang bermuatan “political mission” atau misi-misi politik yang menyokong parti

Golkar pada setiap menjelang Pemilu. Maka tidak sedikit pegawai teritorial yang

merasa stres karena takut gagal menjalankan tugas politis yang diberikan kepadanya.

Namun bilamana tugas tersebut dapat dilaksanakan dengan sukses, pegawai Teritorial

yang bersangkutan mendapatkan penghargaan yang tinggi dan karier selanjutnya

terbuka baik untuk jawatan di satuan militer mahupun kekaryaan. Pada Era Orde Baru

seorang pegawai teritorial memiliki posisi begitu strategis dan menentukan. Sebagai

alat negara seringkali disalah-ertikan sebagai alat pemerintah atau kekuasaan. Oleh

karena itu peranannya menyentuh hampir semua persoalan yang ada di masyarakat

dan berhubungan dengan setiap elemen sosial politik yang ada di masyarakat. Hampir

tidak ada celah kesempatan bagi kekuatan (Parti politik/Organisasi politik)

parpol/orpol yang berlawanan dengan Golkar untuk mengembangkan kekuatannya,

kerana selalu diawasi aparat teritorial. Hal ini sejalan dengan tugas sehari-hari Koter

untuk memelihara dan meningkatkan stabilitas sosial politik dan keamanan yang pada

hakikatnya berarti memelihara dan meningkatkan eksistensi Golkar selaku pemegang

supremasi kekuasaan pemerintahan orde baru.

Page 36: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

36

2.5 Kesimpulan

Telah kita ketahui bagaimana awal mula tentera ditubuhkan dan juga perkembangan

peranan tentera daripada zaman demokrasi liberal dan juga demokrasi terpimpin

sampai masa orde baru yang mempunyai kesamaan iaitu memiliki peranan tentera

yang lebih. Hal ini dikeranakan oleh doktrin dwifungsi yang membolehkan tentera

memainkan peranannya dalam pelbagai bidang bukan sahaja di bidang pertahanan

tetapi juga dalam bidang sosial politik. Jadi pada masa sebelum 1998 ini peranan

tentera terjadi penyimpangan kerana telah menjadi alat yang digunakan untuk

penguasa. Sehinggalah datangnya perubahan di Indonesia pada masa reformasi yang

membawa pesanan demokratisasi di Indonesia.

Page 37: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

37

BAB III

Faktor-faktor Perubahan Peranan Tentera Selepas 1998

3.1 Pengenalan

Setelah mengetahui peranan militari pada masa sebelum 1998 pada bab sebelumnya,

bab ini cuba memfokuskan kajian kepada dua faktor yang mempengaruhi perubahan-

perubahan dalam peranan tentera pada masa reformasi.. Dengan perkataan lain bab ini

cuba menghuraikan secara terperinci mengenai dua faktor tersebut yang menyebabkan

perubahan peranan tentera selepas tahun 1998. Perubahan peranan tentera perlu

dijelaskan bahawa keranakan perubahan pemerintahan yang terjadi di Indonesia

setelah turunnya presiden soeharto pada 21 mei 1998, setelah peristiwa tersebut boleh

dikatakan awalnya gerakan reformasi di Indonesia yang membawa perubahan-

perubahan termasuklah dalam peranan tentera dalam situasi politik diindonesia.

Dua faktor yang menjadi penelitian adalah faktor luaran dan faktor dalaman. Walau

bagaimana untuk mengaktualisasikan kajian diperlukan meneliti pendemokrasian

sebagai sebuah faktor penyokong yang melanda Indonesia dalam dekad 90-an.

Kenapa kedua faktor tersebut penting hal ini disebabkan tanpa adanya sokongan dan

juga desakan daripada kedua faktor tersebut mungkin amat sukar terjadinya perubahan

peranan dalam tentera di Indonesia. Dalam memulai bab ini akan diceritakan dahulu

kepentingan pendemokrasian sebagai faktor penyokong kepada kedua faktor tersebut.

Page 38: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

38

3.2 Peranan TNI Sebelum Reformasi dan Tekanan Demokrasi

Seperti yang telah dibincangkan pada bab sebelumnya peranan TNI pada masa

sebelum reformasi adalah sangat penting sehingga dapat dikatakan bahawa TNI atau

ABRI ketika itu menjadi sebuah mesin politik yang menguasai segala segi kehidupan

bangsa Indonesia. Keadaan ini bukan hanya sekadar pada permukaan sahaja akan

tetapi ia berlangsung kepada tingkat yang paling bawah. Peranan tentera pada pra

reformasi menjadikan TNI sebagai penguasa dengan dipimpin oleh presiden Soeharto

yang beliau juga merupakan mantan tentera sendiri. Pendedahan tentera masuk

campur kepada masalah politik sebenarnya tidak ada satu penjelasan yang pasti, hal

tersebut dikeranakan tentera di Indonesia berasal daripada tentera rakyat sehingga

menjadikan ia merasa bersatu dengan rakyat. Akan tetapi secara resminya pengamalan

konsep dwifungsi yang dianjurkan oleh Nasution ketika itu merupakan awal ide

bagaimana peranan tentera sebagai sesebuah organisasi yang turut memperjuangkan

kemerdekaan berperanan dalam kehidupan bangsa Indonesia secara menyeluruh.

Maka lahirlah konsep dwifungsi tersebut.

Setelah peristiwa tentang perbincangan tentang awal mula penglibatan tentera dalam

politik, peranan tentera dibawah pimpinan Soeharto malah menjadi sebuah kekuatan

yang tak tertandingi dikeranakan tentera menjadi penentu dalam setiap polisi yang

dikeluarkan. Pada masa ini pulalah ABRI yang merupakan pecahan daripada TNI

menjadi penguasa di Indonesia dengan doktrin sosiopolitiknya yang mensahkan

peranan-peranan dalam segala segi kehidupan.

Dalam membahas proses demokrasi di Indonesia yang memberi impak sehingga

tebentuknya suatu desakan yang kuat untuk mereformasi peranan tentera atau TNI.

Page 39: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

39

Wacana demokrasi sudah sejak lama dibincangkan oleh para elit politik Indonesia

bahkan sejak awal kemerdekaan lagi sebagai mana pada bab yang lalu bahawa

Indonesia pernah mengamalkan demokrasi berparlimen. Maka tidak hairan jika

Mohammad Hatta (1981). Dalam pemerintahan demokrasi rakyatlah pada akhirnya

bertanggungjawab tentang penentuan nasib bangsanya. Hanya apabila rakyat merasai

tanggungjawabnya tentang urusan hidup bersama baru ia diperkatakan dengan hidup

berdemokrasi. Manakala Huntington (1995) memberikan hujah tentang bahawa

pembangunan politik akan hanya berlaku apabila adanya partisipasi politik oleh

masyrakat. Lain pula pendapat Yusuf Ismail dan Khayati Ibrahim (1996) menyatakan

bahawa ada dua syarat untuk mencapai negara yang demokratis iaitu perlu adanya

persamaan politik dan kebebasan politik dalam kehidupan masyarakat.

Memang sudah sewajarnya demokrasi menjadi sebuah faktor penyokong utama

kerana dengan adanya demokrasilah era reformasi dijalankan hal ini juga sesuai

dengan. Amien Rais (1998) menyatakan bahawa hasil daripada impak demokrasi

adalah kebebasan pendapat, kebebasan beragama, kebebasan dari rasa takut,

kebebasan untuk sejahtera, keikutsertaan rakyat untuk menentukan nasibnya sendiri

dan berjalannya proses semak dan imbang serta dengan ditegakannya undang-undang.

Dari pendapat tersebut sudah terlihat bahawa untuk mengawali reformasi adalah

kerana menginginkan proses demokrasi berjalan di Indonesia pada tahun 1998.

Hal yang sama juga disampaikan oleh Indria Samego (1998) yang mengatakan makna

perubahan atau transisi menuju demokrasi di Indonesia ialah dengan kewujudan

sistem yang demokratik yang ditentukan oleh adanya atau tidak beberapa parti politik

yang berperanan sebagai mengaspirasikan keinginan masyarakat, adanya perhargaan

terhadap lembaga perwakilan rakyat dan proses penentuan ahlinya, dan memberikan

kepada NGO ataupun kekuatan sosial lainya untuk memberikan suara kepada

Page 40: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

40

kerajaan. Dengan demikain sudah jelas bahawa demokrasi merupakan alat yang

sangat sesuai untuk menjadi faktor menyokong reformasi yang terjadi di Indonesia.

Dalam perbincangan yang dilakukan oleh Haynes (2000) tentang masalah demokrasi

beliau membahagikan demokrasi kepada tiga iaitu demokrasi formal, demokrasi

permukaan dan juga demokrasi substansif. Demokrasi formal menurutnya adalah

demokrasi yang ditandai dengan pilihan raya yang teratur, bebas, adil dan adanya

persaingan yang sehat serta adanya tanggungjawab kerajaan kepada rakyat dan

berlakunya undang-undang. Inti daripada demokrasi formal adanya proses undang-

undang yang jelas dilaksanakan, manakala demokrasi permukaan adalah bentuk

demokrasi yang hanya nampak dari luar seperti demokrasi tetapi pada dalamannya

tidak mengamalkan demokrasi tersebut. Sedangkan demokrasi substansif adalah

perluasan daripada makna demokrasi formal, maksudnya ianya memberikan

penumpuan kepada kebebasan dan diwakilinya kepentingan melalui proses pilihan

raya. Ianya juga merupakan suatu konsep demokrasi yang memberikan kemudahan

kepada masyarakat dalam proses pemerintahan dan segala yang berkaitan dengannya.

Penjelasan tentang demokrasi oleh Heynes memberikan gambaran tentang demokrasi

yang berlaku di Indonesia kalau dapat diambil secara mudahnya maka pada masa

Orde Baru yang diceritakan pada bab sebelumnya maka kita dapat menilai bahawa

pada masa tersebut adalah demokrasi permukaan kerana telah dijelaskan bahawa TNI

mengambil peranan demokrasi ketika itu yang menyebabkan peranan masyarakat civil

lemah dan tak berkuasa sehingga timbulah aliran reformasi yang mendesak agar

terciptanya sebuah kerajaan yang demokratik. Setelah terjadinya arus demokrasi yang

datang membawa impak kepada banyak bidang misalnya, ekonomi, budaya , politik,

agama dan juga bahagian militari. Bidang militari adalah bidang yang paling banyak

mendapat perhatian hal ini dikeranakan setelah lama berkuasa militari dianggap

Page 41: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

41

menjadi punca masalah dengan membatasi ruang gerak masyrakat civil (Indria

Samego 1998).

Pada akhirnya reformasi secara am memaksa TNI untuk melakukan reformasi

terhadap peranannya selama orde baru. Untuk membahas perubahan tersebut dalam

kajian kali ini penulis ingin melihatnya daripada segi individual dalaman pihak TNI.

Maksudnya perubahan yang terjadi akibat reformasi bila dilihat daripada aktor

pelakunya dapat kita bezakan menjadi faktor luaran yang mempunyai erti bahwa TNI

mendapatkan desakan ataupun campurtangan seorang aktor yang memang bukan

berasal daripada TNI. Manakala faktor dalaman pula mempunyai erti bahawa

perubahan yang terjadi memang merupakan suatu niat baik oleh pihak TNI yang

menginginkan berjalannya proses reformasi secara keseluruhan.

3.3 Faktor Luaran

Seperti yang dijelaskan faktor luaran ini ialah perkara yang mempengaruhi perubahan

tentera yang berasal bukan daripada pihak tentera sendiri, faktor luaran ini. Salah satu

contoh daripada ini ialah tekanan kuat yang diberikan oleh golongan civil terhadap

militari dengan alasan bahawa peranan tentera seharusnya membantu berjalannya

proses demokrasi dan bukannya menggelakkan proses demokrasi tersebut. Tekanan

yang diberikan oleh golongan bukan militari ini terdiri dari berbagai-macam bentuk,

terutamanya berbentuk kritikan oleh golongan civil yang sangat kecewa dengan

perlakuan pihak militari ketika orde baru dan diluahkan dengan perasaan balas

dendam.

Page 42: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

42

Salah satu faktor luaran yang memberikan impak langsung kepada perubahan peranan

militari ini ialah setelah jatuhnya presiden Soeharto pada tahun 1998 para

penggantinya bukan lagi berasal daripada kumpulan tentera misalnya Habibie, Gus

Dur dan Megawati, meskipun pada presiden yang sekarang kembali lagi kepada bekas

tentera iaitu Susilo Bambang Yudhoyono. Hal tersebut memberikan impak kerana

pada masa kepimpinan habiebie, Gus Dur dan Megawati proses reformasi baru sahaja

berlangsung sehingga tekanan pada masa kepimpinan mereka sangat berpengaruh dan

juga mereka merupakan bukan wakil daripada militari(Yuddy Crisnadi 2004).

Perubahan yang terjadi selain adanya campurtangan daripada presiden tetapi juga

merupakan bentuk penolakan oleh mahasiswa dan masyarakat awam yang ketika itu

sangat kuat menyuarakan demokrasi dan anti status quo ( Abdul Malik 2003).

Manakala desakan yang kuat juga datang dariapada beberapa tokoh-tokoh politik di

Indonesia yang menyuarakan supaya TNI tidak lagi terbabit dalam politik langsung

seperti yang dilakukan pada zaman Orde Baru dahulu. Diantara tokoh-tokoh yang

menyuarakan adalah sebagai berikut Nurcholish Madjid, Ichlasul Amal, Asman Budi

Santoso, Rizal Ramli, Amien Rais, Eep Saefullah Fatah. Dalam menyampaikan ide-

ide dan usulan kepada militari para tokoh mempunyai perbezaan ada yang

menggunkan cara yang halus seperti Asman Budi Santoso, manakala yang

menyuarakan sega keras adalah seperti Amien Rais. Dalam pandangan mereka

mempunyai kesamaan misalnya mereka sepakat bahawa perubahan mesti dilakukan

dalam tentera demi berlangsungnya proses demokrasi yang sedang dilaksanakan di

Indonesia. Selain daripada tokoh-tokoh diatas tadi beberapa pakar juga melakukan

suatu seminar yang bertajuk menata kembali hubungan civil-militari di Indonesia yang

di laksanankan di universiti Indonesia pada 21-22 September 1999. Dalam acara dua

hari itu, hadir anggota-anggota kumpulan pakar di bidang militer yang terdiri dari

Ikrar Nusa Bhakti (LIPI), Indria Samego (LIPI), Marsillam Simanjuntak (konsultan),

Page 43: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

43

Bondan Gunawan (Ketua Pokja Fordem), Djoko Suryo (UGM), Arbi Sanit (UI),

Irwansyah Hasibuan (Direktur Eksekutif Muslim Institute, Medan), Syamsuddin Haris

(LIPI), Purnama Kusumaningrat (Pemred Majalah Pilar), Syamsul Kahar (Pemred

Serambi Indonesia, Aceh), dan Salim Said (konsultan). Salah satu hasi seminar

tersebut adalah sebagai berikut.

Penghapusan Pelaksanaan Dwifungsi

o Jabatan kekaryaan yang masih ada agar dihapus dalam waktu enam (6)

bulan.

o Perwira TNI aktif tidak boleh menduduki jabatan-jabatan dalam

birokrasi sipil.

o Penghapusan Bakorstanas dan Bakorstanasda.

o Penghapusan Ditjen Sospol Depdagri dan perpanjangannya di daerah

Dari penjelasan diatas dapat kita perhatikan bahawa faktor luaran ini memang sesuatu

yang dan jelas hal itu telah kita ketahui bahawa kuatnya desakan-desakan yang

diberikan oleh masyarakat awam ataupun mahasiswa serta para tokoh-tokoh

masyarakat yang menginginkan agar terjadinya perubahan kearah demokrasi yang

menjadi tujuan reformasi yang terjadi pada 1998. Apatah lagi bila kita melihat hasil

seminar diatas yang dengan jelas menolak adanya dwifungsi TNI.

3.4 Faktor Dalaman

Page 44: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

44

Faktor dalaman seperti yang telah dijelaskan tadi memiliki makna bahawa sebarang

impak yang membawa kepada perubahan kepada peranan tentera yang datangnya

daripada pihak tentera sendiri. Ini bermaksud faktor dalaman berlawanan dengan

faktor luaran sepertimana yang telah kita ketahui secara am nya. Untuk menjelaskan

faktor dalaman ini perlu diketahui bahawa apa yang menjadi kayu pengukur adalah

keaktifan ataupun keikutsertaan seorang individu dalaman tentera dalam meramaikan

dan mengubah struktur yang berada dalam tentera sendiri. Perubahan yang terjadi

perlu diiktiraf juga bukan sahaja berasal daripada tekanan pihak bukan tentera yang

memaksa kepada perubahan tersebut tetapi perubahan itu juga tidak akan berjalan

kalau sahaja pihak dalaman tentera tidak mahukan perubahan pada peranan tentera.

Dan boleh mengakibatkan terjadinya kudeta jika sahaja tentera menolak untuk

merubah peranan mereka. Faktor dalaman ini boleh kita sebutkan dengan reformasi

dalaman tentera yang membawa maksud bagaimana pihak TNI sendiri mengambil

langkah untuk memberikan perubahan pada peranan TNI.

Perubahan dalaman yang dilakukan tentera secara langsung membawa perubahan

yang benar dan nyata hal ini dapat kita lihat pada tulisan Jendral Wiranto yang

berjudul paradigma baru TNI pada tahun 1999 dalam tulisan tersebut yang berisi

tentang visi dan persepsi ABRI di dalam menanggapi reformasi dalam TNI sebagai

berikut:

1. Sikap dan pandangan politik ABRI tentang paradigma baru peranan ABRI

abad 21

2. Sikap dan pandangan politik ABRI tentang paradigma baru peran sosial politik

ABRI

Page 45: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

45

3. Pemisahan POLRI ( Kepolisian Republik Indonesia) dari ABRI yang telah

menjadi keputusan pimpinan ABRI mulai 1 april 1999 sebagai tahapan

transformasi awal

4. Penghapusan wansospolpus dan wansospolda tingkat 1

5. Perubahan staf sosial politik menjadi staf territorial

6. Likuidasi syawan ABRI, kamtibnas ABRI dan Babinkar ABRI

7. Penghapusan sospoldam, babinkardam, sospolrem dan sospoldim

8. Penghapusan kekaryaan ABRI melalui keputusan pencen atau alih status

9. Pengurangan jumlah fraksi ABRI di DPR dan DPRD I/II

10. ABRI tidak akan pernah lagi terlibat dalam politik praktis atau dalam istilah

inggeri day to day politic

11. Pemutusan organisatoris dengan parti Golkar dan mengambil jarak yang sama

dengan semua parti politik yang ada.

12. Komitmen dan konsistensi neutralititi ABRI dalam pilihan raya

13. Perubahan paradigma hubungan ABRI dan keluarga besar ABRI ( KBA)

14. Revisi perangkat lunak ( software) berbagai doktrin ABRI disesuiakan dengan

era reformasi dan peranan abri abad ke 21

sumber data Analisis CSIS 1999 no 2

Selain daripada Jendral Wiranto.Wakil Kepala Dinas penerangan umum Puspen ABRI

Brigjen TNI Sudrajat menyatakan bahwa TNI dan POLRI melakukan 10 prioriti

reformasi. Diantara 10 prioriti itu salah satunya adalah putus hubungan dengan

Golkar.. Bukan hanya ABRI yang lepas dari Golkar, tapi juga unsur yang tergabung

dalam keluarga besar TNI lainnya menurut beliau pemisahan atau pemutusan

TNI/Polri dengan keluarga besar ABRI itu dilakukan untuk menghindari pemihakan.

ABRI juga mengatakan bahwa dalam 10 langkah utama reformasi itu.

Page 46: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

46

Adapun 10 langkah reformasi TNI/POLRI itu adalah:

1. Melakukan Pemisahan POLRI 1 April 1999

2. Melakukan Penghapusan Dewan Sospol di TNI

3. Penghapusan staf kekaryaan dan Babinkar (Badan Pembina Kekaryaan)

4. Penghapusan kekaryaan TNI/Polri melalui keputusan pensiun

5. Mengurangi jumlah ABRI di DPR.

6. Abri dalam hal ini TNI/Polri tak mau terlibat politik praktis sehari-hari

7. Pemutusan hubungan organisatoris dengan Partai Golkar

8. Mewujdukan Netralitas ABRI, TNI/Polri

9. Melakukan perubahan paradigma hubungan secara politis antara

ABRI dengan Keluarga Besar ABRI.

10. Melakukan revisi doktrin ABRI yang sesuai dengan tuntutan

reformasi Abad 21

sumber data detik.com tahun 1999

Daripada pernyataan di atas memang sudah sangat jelas bahawa keinginan untuk

merubah TNI daripada faktor dalaman adalah sangat kuat, hal ini terbukti dengan

beberapa orang ahli tentera yang mempunyai jawatan yang tinggi adalah ketika

Jendral Wiranto dan juga Brigjen Sudrajat dalam keadaan yang berasingan masing-

masing menginginkan suatu perubahan untuk memastikan bahawa terjadinya

perubahan. Pada asasnya reformasi dalaman TNI adalah bertujuan untuk mewujudkan

TNI yang professional, efektif, efisyen dan moden sebagai alat pertahanan dalam

Negara Indonesia yang demokratik (Mabes 2001). Perkara tersebut dimaksudkan agar

TNI dapat bersama-sama dengan elemen bangsa yang lainnya menyokong proses

reformasi supaya berjalan secara baik.

Page 47: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

47

Hakikat reformasi dalaman TNI adalah bertujuan untuk memantapkan jati diri TNI

dalam kehidupan negara Indonesia yang demokratik dan moden. Usaha itu merupakan

suatu proses yang memerlukan waktu dan tahap yang bersifat konsepsual,

konstitusional dan beransur-ansur sesuai dengan perkembangan atau tuntutan zaman.

Pada taraf polisi dan strategi hakikat implementasi reformasi dalaman TNI adalah

untuk menyedarkarkan akan posisi dan keberadaan institusi TNI dalam fungsi

pertahanan sebagai bahagian daripada sistem nasional dengan autoriti yang sesuai

dengan peraturan perundangan pada tingkat pelaksanaan, implementasi reformasi

dalaman TNI bermakna membina sikap professional , disiplin, dan kesedaran undang-

undang serta aktualisasi identiti dan jati diri TNI sebagai tentera rakyat (Mabes TNI

2001).

Jika diperhatikan rumusan hakikat reformasi dalaman TNI itu, ia mengandungi

beberapa makna inti. Pertama fungsi TNI adalah ialah hanya sebagai alat pertahanan

dan sebahagian daripada sistem nasional yang autoritinya di tentukan oleh undang-

undang; ertinya TNI tidak akan lagi memiliki fungsi sosiopolitiknya seperti pada masa

lepas. Pada masa orde baru ABRI bukan sahaja memiliki Dwifungsi tetapi telah

menjalani multifungsi,-sebagai pemain politik, sebagai birokrasi, menguasai lembaga

eksekutif, legislative dan juga yudicari serta menjadi peniaga baik yang berada di

pusat mahupun di daerah-daerah yang mengakibatkan lemahnya sifat profesionalisme

tentera.

Hakikat kedua daripada reformasi dalaman TNI ialah untuk menumpukan pembinaan

pada profesionalisme, disiplin dan kesedaran undang-undang; ertinya peningkatan

profesionalisme sebagai tentera yang berfungsi sebagai alat pertahanan negara harus

dilakukan dengan bersungguh-sungguh, berdisiplin hal ini dikeranakan agar para askar

TNI dapat menjadi contoh dan juga teladan kepada rakyat serta memiliki kemapuan

Page 48: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

48

untuk melaksanakan tugasan. Ketiga adalah bahawa implementasi identity jati diri

TNI sebagai tentera rakyat, tentera pejuang dan tentera nasioanal harus ditegakan

kembali kerana perkara itu merupakan inti reformasi dalaman TNI.

Dalam kesempatan yang lain pula (Mayjen Saurip Kadi 1999) ianya membincangkan

peranan TNI di masa hadapan. Menurut beliau tentera seharusnya melakukan

reformasi dengan mengarahkannya kepada bagaimana tentera atau TNI boleh menyatu

dalam aturan politik Indonesia yang baru, meskipun sesungguhnya masih banyak

nilai-nilai asas yang sesuai apatah lagi seperti yang diketahui bahawa tentera muncul

bersama dan tumbuh dalam perjalanan republik ini akan tetapi ianya digunakan untuk

menghubungan pada pelencongan masa lalu tentera sendiri. Oleh sebab itulah TNI

memerlukan sebuah halatuju yang berasas :

1. redefinisi

2. reaktualisasi

3. revitalisasi

4. restrukturisasi

Kesemua konsep di atas akan menilai semula pada peranan tentera terhadap keadaan

politik di Indonesia, yang menjadi masalahnya apakah konsep tersebut sudah

mencukupi untuk menciptakan suatu perubahan yang ketara pada zaman belum

reformasi dan sesudahnya. Ke-empat konsep tersebut merupakan dasar bagaimana

faktor dalaman tentera juga menginginkan adanya perubahan peranan tentera untuk

menyesuaikan dengan keadaan di era reformasi ini. Adapun penjelasan daripada

konsep-konsep di atas adalah berikut:

Page 49: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

49

pertama adalah Redefinisi TNI, yang mempunyai maksud pengertian semula

terhadap fungsi TNI yang kembali kepada asasnya iaitu sebagai kekuatan

pertahanan dan keamanan sesuai dengan konsep profesionalisme militari

dengan resiko bahawa peran sosial politik tentera harus dicabut termasuklah

menghapus kedudukan tentera dalam parlimen.

Yang kedua pula Reaktualisasi yang mempunyai makna bagaimana TNI

memainkan peranannya sesuai dengan perkembangan zaman. Dengan lain

perkataan TNI mesti boleh beradaptasi dengan nilai-nilai sosial politik yang

sekarang dengan menghadapi dilemma. Disatu sisi TNI sebagai tentera rakyat

yang telah bersatu dengan rakyat sejak mula lagi TNI didirikan dan yang

kedua sebagai tentera pejuang yang mempunyai fungsi jelas dalam bidang

pertahanan dan keamanan. Dalam reaktualisasi ini sebagai resikonya ialah TNI

mesti membawa setiap program kerja mereka dan mendapat persetujuan

daripada parlimen iaitu MPR (majlis permusyawarahan rakyat) . manakala

dalam hal operasi militer pula TNI mesti meminta restu daripada DPR ( dewan

perwakilan rakyat ) kecuali dalam keadaan kecemasan presiden boleh

langsung memberi arahan kepada TNI akan tetapi semuanya masih lagi diatur

dalam undang-undang yang berkuatkuasa.

Konsep ketiga ialah Revitalisasi TNI membawa maksud kepada pembaruan

TNI dalam bidang kejiwaan, diharapkan dengan adanya pembaruan ini kondisi

mental prajurit yang tertulis dalam sapta marga semakin kukuh dalam ertian

terjadinya keseimbangan antara kondisi fizikal dan juga rohani yang seimbang

kepada seluruh anggota tentera sehingga ianya boleh menghasilkan tentera-

tentera yang memiliki jiwa kesatria dengan rasa tanggung jawab serta memiliki

Page 50: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

50

morality yang baik dan menggelakkan daripada sifat yang suka menimpakan

kesalahan terhadap orang lain.

Dan konsep yang terakhir ialah Restrukturisasi TNI pada hal ini membawa

maksud mengadakan pengaturan semula TNI dalam bidang stuktur organisasi

daripada tingkatan yang paling atas sampai tingkatan yang bawah sekali.

Manakala dalam hal yang lain pula pengubahsuaian TNI lebih diberi tekanan

kepada perubahan imej TNI sebagai kekuatan pertahanan Negara dalam era

demokratisasi ini dengan berasaskan pada nilai-nilai profesionalisme,

efektifiti, transparansi dan desentralisasi. Keempat konsep tersebut telah di

perkatakan diatas tadi merupakan faktor yang mendorong kepada perubahan

peranan tentera, ertinya pihak tentera sendiri mengingkan perubahan pada

tubuh tentera sendiri. Sehingga dapat kita katakana bahawa faktor yang ikut

merubah peranan tentera ialah salah satu nya faktor dalaman tentera sendiri.

3.5 Kesimpulan

Pada bab ini kita telah membincangkan tentang dua faktor perubahan yang

menyebabkan perubahan dalam peranan tentera kemudian. Kedua faktor tersebut ialah

faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran disebabkan pengaruh daripada pihak-

pihak diluar tentera yang mendesak dan menyokong untuk terjadinya perubahan

peranan pada tentera. Manakala faktor dalaman pula ialah faktor perubahan yang

disebabkan oleh pihak dalaman tentera sendiri. Ertinya individual pihak tentera sendiri

menginginkan perubahan dalam tentera sendiri. Proses faktor dalaman ini juga biasa

disebu dengan reformasi dalaman

Page 51: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

51

Bab IV

Implementasi Perubahan Peranan Tentera Selepas 1998

4.1 Pendahuluan.

Jika dalam bab sebelumnya kita membincangkan dan menjelaskan apa sahaja faktor-

faktor yang menyebabkan perubahan peranan tentera selepas 1998 dalam bab ini

memberi tumpuan adalah pada kesan daripada faktor-faktor tersebut. Setelah itupula

akan menjelaskan kesan-kesan daripada faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan

tentera dalam hal ini akan cuba menjelaskan perubahan setelah mendapat dorongan

daripada dalaman tentera sendiri bagaimanakah perubahan itu berkembang dan sesuai

dengan tujuan asal. Kesan-kesan yang diberikan akan di jelaskan bagaimana ianya

berubah dan juga cuba di jelaskan dengan cara yang singkat dan ringkas. Pada akhir

bab seperti biasa akan ditutup oleh rumusan yang mengandungi seluruh isi bab ini.

4.2. Perubahan-Perubahan Yang Terjadi

Sebagai mana yang telah kita ketahui pada bab sebelumnya kita mengetahui bahawa

peranan tentera mengalami penyimpangan daripada yang telah diamanatkan oleh

undang-undang kerana telah digunakan untuk kepentingan peribadi dan kumpulan

tertentu sahaja menurut Penyelidik CSIS, J Kristiadi ( 1999:31) menyatakan ABRI

tidak lagi memainkan peran sebagai penjaga kedaulatan bangsa dan Negara yang

Page 52: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

52

berada diatas segala kepentingan individu dan kelompok. Ia membuat megawal dan

digunakan hanya untuk kepentingan politik Presiden Soeharto. Akibatnya ABRI

selalu menghalang kebebasan rakyat bahkan sampai menyakiti hati rakyat. Itulah

kerana paradigma lama TNI mengedepankan bidang keamanan dan stabiliti yang

berlebihan. Setelah hal itu paradigma baru TNI adalah merupakan punca perubahan

peranan TNI adakah pada paradigma baru TNI ini dan juga perkembangannya telah

menghasilkan suatu perubahan peranan tentera. Hal tersebut merujuk kepada bab

sebelumnya yang membahaskan apakah rancangan perubahan yang telah di rakamkan

oleh pihak tentera pada masa awal reformasi telah bergerak dan berkembang sehingga

menghasilkan perubahan yang benar-benar kelihatan. Dwifungsi ABRI merupakan

perubahan yang paling ketara kerana itulah yang menjadi hambatan bagi berjalannya

proses demokratisasi ketika tentera masuk campur kepada bidang politik

mengakibatkan terjadinya peranan yang bertindan lapis. Adapula perubahan dalam

bidang wilayah di TNI.

4.3 Perubahan Dwifungsi

Perubahan yang paling mendesak adalah perubahan pada dwifungsi ABRI yang

menolak peranan tentera dalam menceburi bidang sosial politik dalam sebuah Negara

yang sebenarnya di anggapkan merupakan lahan daripada masyarakat civil. Hal ini

jelas kerana dwifungsi merupakan asas daripada penglibatan tentera. Perubahan ini

dapat kita lihat dalam rang undang-undang yang telah ditetapkan ketetapan MPR

No.VII/MPR/2000 dan undang-undang No. tahun 2002 pada bab dua ayat dua yang

berbunyi seperti berikut :

Bab kedua Jati Diri

Ayat 2

Page 53: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

53

Jati diri Tentara Nasional Indonesia adalah: a. Tentara Rakyat, yaitu tentara yang

anggotanya berasal dari warga negara Indonesia; b. Tentara Pejuang, yaitu tentara

yang berjuang menegakkan Negara Kesatuan Republik Indonesia dan tidak mengenal

menyerah dalam melaksanakan dan menyelesaikan tugasnya; c. Tentara Nasional,

yaitu tentara kebangsaan Indonesia yang bertugas demi kepentingan negara di atas

kepentingan daerah, suku, ras, dan golongan agama; d. Tentara Profesional, yaitu

tentara yang terlatih, terdidik, diperlengkapi secara baik, tidak berpolitik praktis, tidak

berbisnis, dan dijamin kesejahteraannya, serta mengikuti kebijakan politik negara

yang menganut prinsip demokrasi, supremasi sipil, hak asasi manusia, ketentuan

hukum nasional, dan hukum internasional yang telah diratifikasi.

Dalam perundangan diatas sudah cukup jelas bahawa terjadi perubahan peranan

kerana TNI tidak lagi mempunyai kuasa untuk mencampuri masalah politik Negara

secara langsung. Daripada undang-undang ini pulalah yang akan mempengaruhi

segala perubahan peranan tentera secara am nya. Seperti yang telah kita ketahui juga

bahawa konsep dwifungsi inilah yang menjadi punca kepada segala kuasa yang

disalahkan gunakan oleh tentera pada zaman orde baru.sehingga dengan

menghapuskan konsep dwifungsi itu sendiri telah menutup saluran-saluran yang lain

daripada peran tentera. Maksudnya dengan memberikan batasan peranan tentera hanya

kepada aspek keamanan dan pertahanan Negara telah memotong peranan tentera

dalam bidang sosial dan politik itu sendiri.

Selain itu pula telah di undang-undangkan tentang apakah fungsi dan peran serta tugas

dari TNI seperti yang tertulis pada bab keempat ayat , 6 dan 7 yang berbunyi:

Page 54: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

54

Fungsi dan Tugas

Bagian Kedua Fungsi

Ayat 6

(1) TNI, sebagai alat pertahanan negara, berfungsi sebagai:

a. penangkal terhadap setiap bentuk ancaman militer dan ancaman bersenjata dari

luar dan dalam negeri terhadap kedaulatan, keutuhan wilayah, dan keselamatan

bangsa;

b. penindak terhadap setiap bentuk ancaman sebagaimana dimaksud pada ayat (1)

huruf a; dan

c. pemulih terhadap kondisi keamanan negara yang terganggu akibat kekacauan

keamanan.

(2) Dalam melaksanakan fungsi sebagaimana dimaksud pada ayat (1), TNI

merupakan komponen utama sistem pertahanan negara.

Perubahan dalam bahagian ini sangat jelas bahawa TNI hanya menjadi alat pertahanan

negara. Dan tidak lagi berperanan secara aktif dalam politik di Indonesia. Fungsi

sebagai alat pertahahan ini sesuai dengan reformasi dalaman. Ini juga sangat sesuai

dengan keinginan tentera untuk bersifat profesional.

Bagian Ketiga Tugas

Ayat 7

Page 55: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

55

(1) Tugas pokok TNI adalah menegakkan kedaulatan negara, mempertahankan

keutuhan wilayah Negara Kesatuan Republik Indonesia yang berdasarkan Pancasila

dan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945, serta melindungi

segenap bangsa dan seluruh tumpah darah Indonesia dari ancaman dan gangguan

terhadap keutuhan bangsa dan negara.

Dari undang-undang di atas sudah jelas kalau TNI sekarang mengalami perubahan

yang cukup penting kerana kelainan peranan, fungsi dan juga tugas sebagaimana

tertulis diatas secara terang sudah diberikan garis panduan bagaimana semestinya TNI

mengambil sikap di era perubahan ini. Setalah mengalami perubahan pada aspek

perundangan maka perlu kita lihat pula perubahan yang telah di akibatkan oleh

reformasi dalaman daripada tentera sendiri, pada bab sebelumnya kita membahas

bahawa memang pihak tentera sendiri menginginkan adanya perubahan tentang

bagaimana sikap tentera pada masa ini dan ianya menuju kearah menjadikan TNI

sebagai TNI yang Profesionaliti.

Dengan bergantinya pemerintahan dan format politik tahun 1998, untuk dapat

mengabdikan diri bagi bangsa dan negara secara maksimal sebagaimana dimaksud

para founding fathers, TNI telah dan sedang melakukan reorientasi postur, tugas,

fungsi, dan perannya dalam kehidupan bangsa dan negara.

Sebagaimana diulas banyak pihak, selama tiga dekade sejak 1965 bersama kekuatan

politik lainnya, TNI pernah menjalankan peran sebagai penopang utama pemerintahan

yang sentralistik. Dengan segala kompleksitas dan konsekuensinya, TNI saat itu

menjalankan peran amat dominan; bukan saja di bidang pertahanan dan keamanan

saja, tetapi juga pada berbagai aspek kehidupan lain, khususnya politik. Posisi-posisi

Page 56: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

56

penting penyelenggara negara dari tingkat pusat hingga desa banyak diduduki

personel TNI. Kebijakan pemerintah dan politik negara saat itu banyak diwarnai

pendekatan keamanan. Memang kadang dirasa tidak selalu pas sehingga menimbulkan

kritik dan sorotan tajam kalangan masyarakat.

Posisi dominan seperti itu memberi banyak kelebihan keadaan yang boleh disebut

sebagai suatu jebakan yang nyaman (comfort zone trap). Kondisi demikian

menyebabkan terjadinya pergeseran cara pandang prajurit TNI yang semula

berorientasi aspek pertahanan-keamanan menjadi berorientasi pada politik praktis,

jawatan-jawatan politik, bahkan kepentingan bisnis yang tidak selamanya konsisten

dengan misi utama tentara sebagai penjaga kedaulatan negara.

Menengok ke belakang, sebenarnya berkuasanya peranan tentara di masa lalu,

semata-mata bukan kehendak TNI. Hal ini didorong perubahan tatanan politik yang

lalu melahirkan Orde Baru. Pada awal 1960-an, hampir semua pihak mendekat dan

mendukung TNI, terutama bagi mereka yang merasa tidak nyaman dengan makin

kuatnya pengaruh Partai Komunis Indonesia (PKI). Rakyat yang takut pada

kedigdayaan PKI dan tidak dapat menerima pemerintahan komunis bersama-sama

menyusun barisan di belakang TNI; termasuk kelompok mahasiswa, intelektual,

organisasi pemuda, buruh, tani, nelayan, hingga partai-partai politik.

Namun, reformasi kehidupan kenegaraan 1998 menjadi titik balik sejarah TNI. Meski

banyak pihak mulai mencemaskan perjalanan dan masa depan proses reformasi, yang

dinilai makin tidak jelas arahnya, di sisi lain masyarakat mendapat keterbukaan dan

kebebasan luar biasa. Pers bebas mengemukakan kritik kepada pemerintah, kekuasaan

yang semula terpusat di wilayah eksekutif kini menyebar ke legislatif; dan aspirasi

untuk menyuburkan kehidupan yang lebih demokratis mendapat tempat amat terbuka.

Page 57: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

57

Singkatnya, negara dan pemerintah yang dulu serba sentralistik kini menjadi negara

dengan pemerintah yang memiliki kekuasaan yang terpisah-pisah.

Dalam situasi seperti ini, sukar bagi kekuatan politik dan kelompok mana pun

mendominasi kehidupan bernegara. Semua pihak harus melakukan penyesuaian,

termasuk TNI. Disadari, tuntutan bagi lahirnya kehidupan bernegara yang lebih

demokratis mengubah hubungan sipil- militer. Peran dominan tentara seperti di masa

lalu tidak mungkin berlanjut.

Itu semua memaksa TNI menata kembali posisi dalam format kehidupan politik dan

kenegaraan agar keberadaannya dapat memberi kontribusinya maksimal bagi bangsa.

Karena itu, reformasi dalam tubuh TNI merupakan kemustahilan.

Salah satu tonggak penting perubahan posisi dan peran TNI adalah Tap MPR No

VII/MPR/2000 tentang Peran Tentara Nasional Indonesia dan Peran Kepolisian

Negara Republik Indonesia. Tap MPR ini merupakan dokumen penting yang menjadi

dasar penataan selanjutnya.

Dalam Tap itu disebutkan, TNI adalah alat negara yang berperan sebagai alat

pertahanan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) dengan tugas pokok

menegakkan kedaulatan negara, keutuhan wilayah NKRI berdasarkan Pancasila dan

UUD 45, serta melindungi bangsa dan seluruh tumpah darah Indonesia dari ancaman

serta gangguan atas keutuhan bangsa dan negara republik Indonesia.

TNI juga melaksanakan tugas negara dalam penyelenggaraan wajib militari bagi

warga negara yang diatur dengan undang-undang, serta TNI berkewajiban

memberikan bantuan berupa penyelenggaraan tugas kemanusiaan (civic mission).

Page 58: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

58

Memberi bantuan kepada Kepolisian Negara RI dalam tugas keamanan atas

permintaan yang diatur undang-undang, serta aktif dalam tugas pemeliharaan

perdamaian dunia (peace keeping operation) di bawah PBB.

SALAH satu isu pokok reposisi peran TNI adalah keterlibatannya dalam proses

penyelenggaraan negara. Dalam Tap MPR yang sama, peran TNI dirumuskan bahwa

kebijakan politik negara merupakan dasar kebijakan dan pelaksanaan tugas TNI; TNI

bersikap netral dalam kehidupan politik dan tidak melibatkan diri kegiatan politik

praktis; TNI mendukung tegaknya demokrasi, menjunjung tinggi hukum, dan HAM;

anggota TNI tidak menggunakan hak memilih dan dipilih. Keikutsertaannya dalam

menentukan arah kebijakan nasional disalurkan melalui MPR paling lama hingga

tahun 2009 dan anggota TNI hanya dapat menduduki jabatan civil setelah

mengundurkan diri atau pensiun dari dinas ketenteraan.

Kelanjutannya, disusun pedoman normatif yang lebih operasional tentang proses

reformasi dan penataan kembali institusi dan peran TNI dalam Program Pembangunan

Nasional (Propenas) 2000-2004, yang merupakan pedoman pelaksanaan

pembangunan nasional di tiap sektor. Pokok-pokok kebijakan pembangunan nasional

di bidang pertahanan dan keamanan dalam Propenas itu meliputi: menata kembali TNI

sesuai paradigma baru secara konsisten melalui reposisi, redefinisi, dan reaktualisasi

peran TNI sebagai alat negara; mengembangkan sistem pertahanan rakyat semesta

yang bertumpu pada kekuatan rakyat dengan TNI dan Polri sebagai kekuatan utama

didukung komponen lain dengan meningkatkan kesadaran bela negara melalui wajib

latih dan membangun kondisi juang, serta mewujudkan kebersamaan TNI, POLRI,

dan rakyat.

Page 59: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

59

Meningkatkan profesionalitas TNI, meningkatkan rasio kekuatan komponen utama,

dan mengembangkan kekuatan pertahanan keamanan kewilayahan yang didukung

sarana, prasarana, dan anggaran memadai; serta memperluas dan meningkatkan

kualitas kerja sama bilateral bidang pertahanan dan keamanan dalam rangka

memelihara stabilitas keamanan regional dan turut berpartisipasi dalam pemeliharaan

perdamaian dunia.

Dua dokumen penting itu adalah koridor bagi langkah-langkah pembenahan dan

reposisi peran dan fungsi TNI dewasa ini dan akan terus berlanjut di masa datang.

Oleh Pimpinan TNI dua pedoman itu dijabarkan dalam program kerja dan langkah

langkah seperti berikut:

Pertama, melanjutkan agenda reformasi internal TNI utamanya perubahan kultur

prajurit, melalui konsistensi sikap untuk benar-benar menjadikan diri sebagai alat

negara di bidang pertahanan dengan sekali-kali tidak memasuki wilayah politik praktis

dan partisan.

Kedua, melanjutkan proses menjadikan prajurit TNI profesional dan disiplin yang

menjunjung tinggi hukum dan HAM guna meningkatkan kemampuan dalam

melaksanakan tugas pokok dan fungsi utama melalui penyempurnaan kurikulum

disemua tingkatan pendidikan dan juga penyempurnaan materi latihan.

Ketiga, memelihara kehidupan prajurit yang sehat dengan menghargai prestasi dan

profesional serta pemberian sanksi secara proporsional bagi mereka yang melanggar

hukum dan indisipliner (reward and punishment) yang harus konsisten diterapkan

melalui jalur hukum, bagi prajurit indispliner, baik itu yang dilakukan di medan tugas

Page 60: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

60

maupun di home base melalui pengadilan militer atau pengadilan koneksitas serta

penjatuhan sanksi administratif berupa pemecatan atau pencopotan dari jabatan.

Keempat, berpartisipasi aktif dalam menyelesaikan setiap masalah bangsa seperti

kasus gerakan separatis, konflik horizontal, terorisme secara proporsional sesuai peran

dan tugas TNI. Kita bersyukur, kondisi konflik horizontal di Kalimantan Barat, Poso,

dan Maluku dapat diatasi, sementara gangguan keamanan oleh GAM di Provinsi

Nanggroe Aceh Darussalam berangsur-angsur telah membaik.

Kelima, proaktif menyelenggarakan kegiatan kemanusiaan (civic mission) dalam

membantu meringankan kesulitan masyarakat, diminta atau tidak. Keenam, siap

mengemban tugas dalam pemeliharaan perdamaian dunia di bawah bendara PBB

(peace keeping operation).

Langkah-langkah itu ditekadkan untuk terus dilakukan meski kondisi TNI dan bangsa

yang sedang terbatas. Rendahnya kemampuan keuangan negara tidak memungkinkan

alokasi anggaran memadai bagi kesejahteraan prajurit. Jangankan memodernisasi alat

dan persenjataan, untuk pemenuhan kebutuhan dan pemeliharaan pun masih jauh dari

mencukupi. Cercaan dan hujatan yang terus-menerus kepada TNI menyebabkan

sebagian prajurit mengalami demoralisasi dan demotivasi. Di sisi lain, tuntutan

masyarakat akan peran TNI dan penyelesaian berbagai masalah konflik horizontal,

separatisme dan terjaminnya kedaulatan serta kehormatan bangsa, menuntut kesiapan

tempur dan mobilitas tinggi dari prajurit.

Faktor-faktor itu menimbulkan dilema yang sulit dipecahkan. Dengan kata lain, usaha

mengembalikan jati diri TNI tidak mudah dilaksanakan, terlebih di tengah tarik-

menarik kehidupan politik yang belum sepenuhnya stabil. Hambatan internal dari

Page 61: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

61

tubuh TNI yang berpadu dengan aneka tantangan eksternal merupakan isu yang harus

ditangani dengan hati-hati.

Meski tantangan dan godaan untuk penataan kembali itu cukup besar, TNI harus

senantiasa melihat ke depan, berjuang keras membangun kembali kredibilitas,

integritas, demi mengembalikan jati dirinya sebagai pengawal keutuhan negara dan

bangsa. Aneka tarikan berbagai kelompok untuk kembali ke gelanggang politik

praktis harus disikapi dengan kearifan dan konsistensi ucapan dan tindakan.

Perjalanan panjang pasang surut TNI di masa silam cukup menjadi pelajaran berharga

agar TNI tak lagi memasuki jebakan wilayah yang melenakan, yang dapat menyeret

TNI ke dalam kekeliruan dan distorsi peran.

4.4 Perubahan Paradigma Baru TNI dan Implementasinya

Perubahan paradigma yang menjadi satu nilai kerana melalui perubahan inilah tercatat

keinginan daripada pihat tentera sendiri untuk melakukan perubahan peranannya

dalam politik di Indonesia pada era nreformasi ini Seperti berikut adalah Paradigma

Baru yang telah dirumuskan oleh pihak tentera sebagai berikut:

1. TNI akan mengubah posisinya untuk tidak harus di depan. Ertinya posisi pusat

yang mereka lakukan pada masa Orde Baru kini diubah untuk memberi jalan

pada institusi fungsional yang memang bertugas melaksanakan hal yang

bersangkutan.

Page 62: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

62

2. TNI mengubah konsep dari selalu menduduki menjadi hanya mempengaruhi.

Maksudnya jika pada masa Orde Baru Fungsi TNI adalah sangat luas kini

lingkup tersebut diperkecil dan dibatasi pada posisi yang memiliki nilai

kepentingan sahaja serta mengurangi penglibatannya dalam bidang politik

langsung. Hal ini sesuai dengan perundangan seperti yang telah dibincangkan

tadi.

3. Mengubah dari cara-cara selalu mempengaruhi secara langsung menjadi tidak

laksung. Ini bertujuan untuk menghindari penglibatan TNI yang berlebihan

dalam kegiatan yang tidak ada bersesuain dengan tugas utama TNI sendiri.

4. kesediaan TNI untuk berbahagi kekuasaan dengan golongan bukan tentera.

Pembahagian ini dimaksudkan agar peranan tentera dan bukan tentera lebih

jelas dan dapat menempatkan posisi masing-masing secara fungsional.

Setelah kita melihat paradigma baru TNI adalah penting untuk kita melihat sejauh

manakah keinginan tersebut terlaksanakan dalam kenyataannya. Hal tersebut dapat

kita lihat dalam implementasi daripada paradigma tentera tersebut sebagai berikut

adalah

1. Merumuskan paradigma Baru peranan TNI yang lebih menjangkau kemasa

hadapan.

2. Menghapuskan Staf Kekaryaan ABRI, Badan Pembina karyawan ABRI dan

staf keamanan dan ketertiban Masyrakat ABRI, yang di sahkan dengan

keputusan menteri Pertahanan dan Keamanan/Panglima ABRI

(Menhankam/Pangab) No. kep/10/p/XI/1998 tanggal 10 November 1998.

Page 63: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

63

3. Menukarkan Asisren Sosiopolitik menjadi Asisten Teritorial atau wilayah,

dengan keputusan Menhankam/Pangab No.kep/09/P/XI/1998 tarikh 10

November 1998.

4. memutuskan hubungan organisasi dengan parti Golkar dan mengambil jarak

yang sama kepada semua parti politik yang ada, dengan surat telegram

No.ST/19/P/1999 tarikh 29 januari 1999.

5. meniadakan kekaryaan ABRI melalui keputusan pencen atau beralih status

dengan keputusan Menhankam/Pangab No. Kep/03/P/II/1999 tarikh 15

februari 1999.

6. memisahkan POLRI dan ABRI mulai 1 April 1999 sebagai syarat perubahan

awal dengan keputusan Menhankam/Pangab No.kep/05/P/1999 tarikh 31 mac

1999.

7. Menukarkan sebutan ABRI menjadi TNI dengan surat keputusan No.

Skep/259/P/IV/1999 pada 12 April 1999.

8. merubah dewan sosiopolitik pusat dan dewan sosiopolitik daerah, dengan

keputusan menhankam/pangab TNI No. Kep/09/P/XI/1999 pada tarikh 10

November 1999.

9. Meniadakan sosiopolitik Komando daerah Militari ( Sospoldam ), badan

pembinaan kekaryaan komando daerah militari, sosiopolitik komando resort

militari dan sosiopolitik komando distrik militari.

10. Menyatakan bahawa TNI tidak akan lagi terbabit dengan proses politik

langsung.

11. mengurangkan jumlah ahli parlimen tentera yang ada di DPR dan MPR

12. Melahirkan sikap berkecuali dalam pilihan raya.

13. mengatur kembali hubungan TNI dengan Keluarga besar TNI

14. Menyemak semula doktrin TNI supaya sesuai dengan reformasi dan

peranannya.

Page 64: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

64

15. Menhentikan Pemilihan calon Kepala Daerah dari ahli tentera yang masih

aktif.

16. Miningkatkan pemahaman dan sedar undang-undang dan hak asasi manusia

kepada ahli TNI.

( Sumber Mabes TNI 2001:14-15, 22-25)

Apa yang terpenting daripada senarai implementasi TNI tersebut adalah

bagaimana doktrin Dwifungsi ABRI yang secara tertulis telah meninggalkan

peranannya dalam kegiatan politik langsung, TNI bersifat berkecuali dalam politik

dan perumusan peranan TNI yang hanya mengarah kepada Pertahanan Negara.

Selain itu penafian kekaryaan TNI melalui keputusan pencen atau beralih status

adalah reformasi dalaman yang cukup berkesan dalam menghapuskan Dwifungsi

ABRI. Kerana ianya menghapus anggapan bahawa untuk mendapatkan kerjaya

politik boleh melalui kekaryaan yang ada pada tentera dahulu. Melalui beberapa

perubahan yang telah disebutkan diatas tadi diharapkan menjadikan sebagai asas

baru TNI dalam memainkan peranannya pada era reformasi ini. Selain itu masih

ada lagi perubahan peranan TNI yang cukup signifikan memandangkan ianya

adalah peralihan daripada sebuah tentera yang merasa dirinya tentera perang

kemerdekaan yang mempunyai fungsi sebagai penjamin intergriti rakyat serta

pelindung rakyat kepada tentera profesionalisme.

4.5 Pembangunan Tentera Profesionalisme

Dalam pembangunan perubahan peran tentera ianya juga termasuk didalamnya adalah

keinginan daripada TNI sendiri untuk mengarah kepada pembangunan

Profesionalisme TNI yang akhirnya merupakan salah satu perubahan yang terjadi di

dalam tentera sendiri. Usaha membangunkan tentera yang professional pernah

Page 65: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

65

dilakukan sebelumnya oleh T.B simatupang dan A.H Nasution akan tetapi hal itu tidak

berhasil dikeranakan banyak di TNI sendiri ketika itu yang berasal bukan dari

latarbelakang pendidikan formal dalam bidang militari. Sementara pada masa orde

baru pula TNI tidak mampu menjadi tentera yang professional dikeranakan terlalu

banyak mencampuri segala bidang dalam kehidupan Indonesia.setelah menyadari

kesilapannya pada era reformasi ini TNI merumuskan paradigma baru dan melakukan

reformasi dalaman serta bertekad menjadi tentera yang professional yang efektif dan

juga moden.

Hutington (1957:7-18) menyatakan bahawa ada tiga syarat utama untuk menjadi

sesebuah militari yang memiliki profesionalisme yang pertama ialah memiliki

kepakaran yang khas dan memrlukan pengetahuan dan kemahiran yang hanya boleh

didapatkan melalui pendidikan,latihan dan pengalaman serta selalu mengikuti

perkembangan bidang profesinya. Kedua tanggung jawab sosial yang khas, oleh

kerana itu militari harus memiliki nilai-nilai moral yang tinggi, mempunyai tanggung

jawab kepada rakyat dan Negara kerana tentera bukan milik peribadi pemimpinnya

dan tidak boleh melakukan kehendak atau kepentingan perseorangan. Ketiga adala

semangat atau karakter l ‘esprit de corps ,maksudnya militari mempunyai autonomi

dan kemandirian dalam birokrasi, tradisindan kebiasaanya sendiri sebagai sebuah

kumpulan yang membezakan dengan kumpulan lainnya dan terpisah dari masyarakat.

Dengan ketiga ciri tersebut dapat di temukan pemikiran militari yang menganggap

bahawa segala campur tangan militari kepada politik adalah akan merusak daripada

profesionalisme tentera sendiri. Hal ini di dasarkan oleh negaralah organisasi tertinggi.

Negara yang hanya wujud jika ada kekuatan militari tetapi kekuatan militari adalah

untuk kepentingan Negara.

Page 66: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

66

Daripada pedapat diatas kiranya sudah jelas mengapa diperlukannya profesionalisme

militari sebagai penjelasan kerana ini juga merupakan perubahan peranan tentera

daripada peranan sebagai tentera yang turut campur dalam politik kemudian berubah

menjadi peranan tentera yang lebih demokratis dan professional. Untuk merumuskan

profesionalisme TNI ini abdoel Fattah (2004) telah mengemukakan enam ciri-ciri

sebagai berikut:

1. anggota TNI mestilah pakar dan mahir dalam melaksanakan tugas pertahan

Negara atau perang terhadap ancaman musuh luar

2. mengambil sikap berkecuali dan tidak turut campur dalam politik langsung

3. memiliki sikap disiplin, mentaati hukum, dan memiliki l espirit de corps (

jiwa korsa) yang tinggi dan sihat.

4. memiliki moral dan etika ketenteraan yang tinggi

5. menghargai dan membela rakyat secara berpatutan

6. menghargai pihak berkuasa atau supremasi civil

rumusan ini memberikan kepastian makna dan ciri-ciri profesionalisme TNI

yang kabur. Sehingga ianya mengkuatkan lagi tentang kesungguhan dan

keseriusan pihak tentera memang sedang mengadakan sebuah perubahan.

Manakala penjelasan tentang masing-masing ciri-ciri diatas hanya akan

mengkuatkan pada ciri yang keenam kerana nilai tersebut menegaskan

pentingnya bagi pihak militari untuk menghargai supremasi civil. Makna

daripada nilai keenam ini ialah bagaimana pihak tentera mengahargai

pemerintah yang sah dan berkuasa melalui pilihan raya yang adil, demokratis

bebas dan jujur. Makna nya pihak tentera tidak lagi mendominasi melalui

peran dwifungsinya untuk mempengaruhi satu-satu parti politik. Serta

mengamalkan pendekatan keamanan yang berlebihan sehingga mengekang

Page 67: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

67

kebebasan yang dianut dalam sisitem demokratik. Dengan yang demikian

pembangunan profesionalisme tentera dilihat sebagai salah satu perubahan

yang merupakan kesan daripada faktor perubahan peranan tentera.

4.6 Kesimpulan.

Pada bab ini kita membincangkan segala perubahaan ynag terjadi akibat

daripada faktor-faktor perubahan itu sendiri perubahan yang tejadi diawali

dengan perubahan asas atau doktrin dwifungsi yang merupakan asas kepada

semua peranan tentera selama orde baru, kemudian perubahan didalam

berbagai sisi seperti kekaryaan, bidang wilayah atau territorial, dan

termasuklah perubahan TNI mengikuti rujukan masa. Pada akhir bab diisi

dengan pembangunan profesionalisme tentera sebagai salah satu bentuk

perubahan peran tentera sendiri.

Page 68: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

68

BAB V

KESIMPULAN

Dalam bab 1 telah dijelaskan apakah tujuan kajian ialah menjelaskan faktor-faktor

apa sahaja yang menyebabkan daripada perubahan peranan tentera selepas 1998 dan

juga diambil kira ialah apa-sahaja perubahan peranan tentera. Setelah itu apabila kita

melihat secara amnya kajian ini bermula dengan latarbelakang masalah yang

menceritakan keadaan tentera di Indonesia sejak zaman awal terbentuk sebagai mana

yang telah di jelaskan bahawa tentera di indionesia lahir dan berkembang bersatu

dengan rakyat dengan lain perkataan bahawa tentera itu sendiri berasal daripada

rakyat yang ketika itu memiliki kesamaan tujuan iaitu untuk melepaskan diri dari

penjajah belan sehingga dapat dikatakan bahawa tentera yang ada di Indonesia adalah

tentera rakyat,tentera perjuangan kemerdekaan dan bukannya tentera ciptaan sesebuah

rezim seperti yang berlaku pada kerajaan sepanyol, inggeris dan juga jerman.

Setelah itu berkembang kepada zaman demokrasi liberal dan demokrasi terpimpin

dimana tentera telah mulai memainkan peranannya dalam berbagai bidang

terutamanya lagi pada zaman demokrasi terpimpin kerana pada saat itu tentera

memiliki kekuatan yang sama dengan parti politik ketika itu ialah parti politik

komunis Indonesia ( PKI ) yang pada masa itu cukup berpengaruh ketika zaman ini di

indonesia memiliki aktor utama dalam menjalankan pemerintahan dan juga politik

Indonesia yang pertama adalah presiden soekarno TNI dan juga PKI. Masalah ini

terselesaikan oleh PKI yang ingin melaksanakan perampasan kuasa akan tetapi gagal

dan dihalangi oleh pihak TNI.

Page 69: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

69

Kenaikan Soeharto menjadi presiden merupakan awal baru bagi peranan TNI kepada

yang lebih mengambil peranan lagi. Hal ini disebabkan oleh bukan sahaja dari

latarbelakang soeharto yang juga tentera akan tetapi lebih di yakinkan lagi dengan

doktrin dwifungsi ABRI yang membuat tentera berperanan dalam seluruh kehidupan

bangsa Indonesia. Doktrin dwifungsi yang berluasan sehingga mengakibatkan segala

bentuk campurtangan militari dalam segala hal, seperti kekaryaan yang memberikan

kesempatan untuk tentera dalam berniaga dan menjadi orang birokrasi. Pengawalan

kepada seluruh rakyat dilakukan dengan mendirikan satu kumpulan ataupun kelompok

pemantau yang diciptakan oleh tentera dalam tujuan untuk mengawal segala

pemberontakan yang terjadi.

Masa reformasi datang membawa tema pendemokrasian di Indonesia mengalami

perubahan ketika soeharto turun, ketika itu juga peranan tentera mendapat kritikan

dari segala pihak terutamanya kaum celik pandai dan mahasiswa. Berawal dari

datangnya pendemokrasian di Indonesia yang kemudiannya membawa perubahan

dalam peranan tentera pada era reformasi tersebut. Perubahan tersebut kita mengenal

ada dua faktor yang menyebabkan perubahan tersebut.

Pertama faktor luaran yang merujuk kepada segala bentuk perubahan yang terjadi

yang berasal daripada desakan dan aspirasi kelompok atau kumpulan yang berada

diluar pihak militari sendiri. Memang perlu di pahami bahawa asal mula daripada

perubahan peranan tentera memang berasal daripada tekanan yang diberikan oleh

masyrakat dan bukannya daripada pihak tentera sendiri. Dalam faktor luaran ini

konsep pendemokrasian sendiri mengambil peranan yang cukup penting kerana

menjadi konsep asas yang mehendaki supremasi civil keatas dalam militari dan

memberikan ruangan kepada masyarakat civil untuk mengadakan sebuah sistem yang

demokrasi.

Page 70: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

70

Setelah itu faktor yang kedua ialah faktor dalaman yang membawa erti segala

perubahan yang terjadi atas ide daripada pihak dalaman tentera yang dengan sukarela

membuka diri dan menerima perubahan tersebut. Meskipun kesadaran mereka pihak

dalaman tentera dalam melakukan perubahan peranan tentera datang daripada tekanan

dan desakan akan tetapi niat baik dan keinginan yang baik juga memang ada dalam

pihak tentera. Faktor dalaman ini memiliki makna yang besar kerana walaupun sudah

didesak oleh berbagai pihak tapi jika tidak ada keinginan daripada pihak tentera

sendiripun maka perubahan juga tidak menjadi. Perubahan tersebut juga disebabkan

para pegawai tinggi TNI memiliki jiwa-jiwa yang membawa perubahan atau

reformasi.

Setelah mengetahui faktor-faktor perubahan maka selanjutnya kita mengenal beberapa

perubahan yang terjadi yang disebabkan oleh kedua faktor tadi. Dalam membahas

kedua perubahan tersebut kita melihat dari pandangan apasahaja yang berubah.

Diawali dengan doktrin Dwifungsi ABRI yang mengalami perubahan dikeranakan

ianya merupakan asas daripada peranan tentera pada masa sebelumnya. Perubahan

daripada paradigma TNI juga menambah kejelasan bahawa memang terjadi perubahan

kerana pihak TNI mengambil pendekatan baru untuk menjalani perubahan pada era

reformasi. Perubahan yang terjadi meliput segala aspek dan bidang terutamanya ialah

bidang dwifungsi TNI atau peran sosialpolitik yang merupakan asas daripada peranan

tentera dalam keseluruhannya.

Page 71: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

71

BIBLIOGRAFI

Abdoel Fattah. 2004. Paradigma baru TNI dan pembangunan demokrasi di Indonesia.Jakarta. Desertasi FSSK UKM.

Abdul Malik.2003. Militer di era Gus Dur: studi kasus hubungan dengan militer.Jakarta. Skripsi FISIP UI.

Affan Gaffar. 1999. Politik Indonesia transisi menuju demokrasi. Yogyakarta: PustakaPelajar.

Alfian. 1978. Pemikiran dan perubahan politik Indonesia. Jakarta: Gramedia.

Alfian. 1986. masalah dan prospek pembangunan politik Indonesia. Jakarta:

Gramedia

Amien Rais. 1986. Pengantar demokrasi dalam proses politik. Jakarta: LP3S.

Apter, David. 1993. Politik Modenisasi. Terj. Kamsiah Mohammed. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azyumadi Azra. 1999. Menuju Masyarakat Madani : gagasan, fakta dan tantangan.Bandung: PT. Remaja Rasdakarya.

Briton, Peter. 1996. Profesionalisme dan ideologi militer Indonesia: perspektif tradisi-tradisi jawa dan barat. cet 1. Jakarta: LP3S.

Cholisin. 2002. Militer dan gerakan prodemokrasi: studi analisis tentang responmiliter terhadap gerakan prodemokrasi di Indonesia. Yogyakarta: Tiara WacanaYogya.

Crouch, Harold. 1985. Indonesia. Dlm. Zakaria Haji Ahmad dan Harold Crouch(Penyt). Military-civilian relation in southeast asia. Singapore: Oxford UniversityPress:288-295.

Crouch, Harold.1986. Militer dan politik di Indonesia. Terj. Bandung: Bina Aksara.

Page 72: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

72

Eep Saefullah Fatah. 1996. Militer dalam dunia ketiga. Indikator,

No.23/Th.X/1996:34

Haris Mubarak. 2003. Peranan TNI dalam politik Indonesia dari zaman revolusihingga ke pasca orde baru. Bangi. Tesis Sarjana FSSK UKM.

Haynes, J.2000. Demokrasi dan Masyarakat sipil di dunia ketiga. Terj. P. Soemitro.Jakarta: Yayasa Obor Indonesia.

Huntingtong, P. Samuel. 2003. Prajurit dan negara: teori dan politik hubunganmiliter-sipil. Terj. Jakarta. Grasindo.

Imad Abdurrahim Az-Zaghul. 2004. Psikologi militer.Terj. Jakarta: Khalifa.

Indria Samego. 1998. Bila ABRI menhendaki. Jakarta: Mizan.

Indria Samego. 1998. Bila ABRI berbisnis. Jakarta: Mizan.

Indria Samego. 2000. TNI di era perubahan. Jakarta. Erlangga.

Leo Suryadinata. 1992. Golkar dan militer: studi tentang budaya politik. Jakarta:LP3S.

Mohammad Hatta. 1960. Demokrasi kita. Jakarta: Panji Masyarakat.

Mohammad Hatta. 1976. Mendayung antara dua karang. Jakarta: Bulan Bintang.

Muhammad Rusli Karim.1989. Peranan ABRI dalam politik. Jakarta: Haji Masagung.

Nugroho Notosusanto. 1991. Pejuang prajurit: kosepsi dan implementasi dwifungsiABRI. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan.

Salim Said. 2002. Militer Indonesia dan politik: dulu, kini dan kelak. Jakarta: PustakaSinar Harapan.

Saurip Kadi. 2000. TNI-AD: dulu, sekarang dan masa depan. Jakarta: Pustaka UtamaGrafiti.

Page 73: PERUBAHAN PERANAN TENTERA DI INDONESIA PADA ERA REFORMASI  1998-2004

73

Singh, Bilver. 1995. Dwifungsi ABRI : Asal-usul, aktualisasi dan implikasinya bagistabilitas dan pembangunan. Terj. Jakarta. Gramedia Pustaka.

Stepan, Alfred. 1988. Militer dan demokratisasi. Terj. Jakarta: Midas Surya Grafindo.

Sundhaussen, Ulf. 1986. Politik militer Indonesia 1945-1967: menuju DwifungsiABRI. Terj. Jakarta. LP3S.

Syarwan Hamid. 1997. Peran sospol ABRI. Dlm. Selamat Ginting (Penyt). ABRI dandemokratisasi. Bandung: Mizan.

Yahya muhaimin. 1982. Perkembangan militer dalam politik 1945-1966. Yogyakarta:Gadjah Mada University Press.

Yuddy Crisnandi. 2005. Reformasi TNI: Perspektif baru hubungan sipil-militer diIndonesia. Jakarta: LP3S.