pertukaran maklumat antara penyelidikeprints.usm.my/39361/1/usm_news_portal_-_ncmhs_–_medan... ·...

5
KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Oktober 2016 – National Conference On Medical and Health Sciences (NCMHS) atau Persidangan Kebangsaan Sains Perubatan dan Kesihatan kali ke-21 merupakan medan pertemuan, perbincangan dan pertukaran maklumat ilmu terkini dalam bidang yang berkaitan kerana berjaya mengumpulkan para penyelidik dari seluruh Malaysia. Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau percaya persidangan ini adalah kelangsungan daripada tradisi keilmuan universiti dalam memasyarakatkan ilmu pada semua peringkat sama ada dalam kalangan mahasiswa, calon pascasiswazah mahupun masyarakat seluruhnya. “Dalam dunia perubatan hari ini, perubahan cepat berlaku dan maklumat tersebar dengan begitu pantas. Cabaran juga besar dengan perkembangan dan isu semasa yang menuntut kita mencari jalan penyelesaian secepat mungkin termasuklah dalam isu-isu seperti imunisasi dan vaksin mahu pun penyakit-penyakit baharu. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... NCMHS – MEDAN PERTEMUAN, PERBINCANGAN DAN PERTUKARAN MAKLUMAT ANTARA PENYELIDIK 17 OCT

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Oktober 2016 – National Conference On Medical and Health Sciences(NCMHS) atau Persidangan Kebangsaan Sains Perubatan dan Kesihatan kali ke-21 merupakan medanpertemuan, perbincangan dan pertukaran maklumat ilmu terkini dalam bidang yang berkaitan keranaberjaya mengumpulkan para penyelidik dari seluruh Malaysia.

    Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dalam ucapanperasmiannya berkata, beliau percaya persidangan ini adalah kelangsungan daripada tradisi keilmuanuniversiti dalam memasyarakatkan ilmu pada semua peringkat sama ada dalam kalangan mahasiswa,calon pascasiswazah mahupun masyarakat seluruhnya.

    “Dalam dunia perubatan hari ini, perubahan cepat berlaku dan maklumat tersebar dengan begitupantas. Cabaran juga besar dengan perkembangan dan isu semasa yang menuntut kita mencari jalanpenyelesaian secepat mungkin termasuklah dalam isu-isu seperti imunisasi dan vaksin mahu punpenyakit-penyakit baharu.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    NCMHS – MEDAN PERTEMUAN, PERBINCANGAN DANPERTUKARAN MAKLUMAT ANTARA PENYELIDIK17OCT

    https://news.usm.my/

  • “Walau bagaimanapun, telah muncul golongan yang menentang penggunaan vaksin dan giatmempromosikan keburukan vaksin. Pelbagai pendekatan mereka gunakan untuk mengesyorkan agartidak mendapatkan vaksin termasuk pendekatan kepercayaan dan agama,” katanya kepada lebih 100peserta persidangan yang terdiri daripada penyelidik USM, Institusi Pengajian Tinggi dan KementerianKesihatan Malaysia (KKM) itu.

    Tambah Asma, kesan daripada penentangan itu, beberapa penyakit yang sejak sekian lama berjayadibendung melalui imunisasi vaksin, kini muncul semula dan berpotensi menjadi wabak, contohnyaDifteria.

  • “Di sinilah munculnya tanggungjawab sosial yang setiap daripada kita boleh sumbangkan melaluikepakaran yang ada iaitu ilmu, kemahiran dan fasiliti.

    “Kita perlu terus berusaha menyumbang dari segi penyelidikan, pembangunan produk dan intervensikesihatan menerusi bidang masing-masing untuk dunia perubatan dan penjagaan kesihatan hari ini,”ujarnya lagi.

    Asma berkata, mendepani cabaran isu kesihatan global ini bukan mudah, persaingan daripada doktor,saintis dan pengamal perubatan segera yang ditauliahkan oleh media sosial juga sering mengeruhkankeadaan.

    “Antara kepercayaan kepada profesionalisme atau pakar viral media sosial, masyarakat kini mudahterkeliru. Justeru, saya mengharapkan hasil daripada ilmu yang dikongsi dalam NCMHS kali ini dapatdihebahkan kepada masyarakat umum.

  • “Pakar-pakar dalam pelbagai bidang yang ada perlu memainkan peranan menghebahkan perkara yangsebenar dan memberikan sumbangan yang lebih besar untuk tujuan tersebut. Lebih banyakpenemuan, usaha penyelidikan dan wacana ilmu boleh dilakukan secara berterusan,” tegas Asma.

    Yang turut hadir dalam persidangan ini ialah Pengarah Kanan Kesihatan Oral KKM, Dr. Noor AliyahIsmail; Ahli Lembaga Gabenor USM, Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel Tengku Arif; Pengarah KampusKesihatan dan Penolong Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Mafauzy Mohamed dan Dekan PusatPengajian Sains Pergigian, Profesor Dr. Adam Husein.

    Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidik&title=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIKhttps://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidik&title=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIKhttps://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidik&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidik&title=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIKhttps://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidik&title=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIKhttps://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIK&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidikhttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidik&title=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIKhttp://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidik&title=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIKhttps://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidik&title=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIKmailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20NCMHS%20%E2%80%93%20MEDAN%20PERTEMUAN%2C%20PERBINCANGAN%20DAN%20PERTUKARAN%20MAKLUMAT%20ANTARA%20PENYELIDIK&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4329-ncmhs-medan-pertemuan-perbincangan-dan-pertukaran-maklumat-antara-penyelidikmailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp