pertukaran agama menurut enakmen...
TRANSCRIPT
PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM DI
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA
Skripsi
Diajukan kepada Fakultas Syariah dan Hukum Untuk Memenuhi Pensyaratan Memperoleh Gelar
Sarjana Hukum Islam (SHI)
KHAIRULNEZA BINTI JUAHER
107044103848
K O N S E N T R A S I P E R A D I L A N A G A M A
PROGRAM STUDI AHWAL AL-SYAKHSHIYAH
FAKULTAS SYARIAH D AN HUKUM
UIN SYARIF HIDAYATULLAH
J A K A R T A
1430 H / 2009 M
40
41
42
KATA PENGANTAR
������ �� �� ������� ��������
Segala Puji bagi Allah s.w.t Tuhan yang telah menciptakan alam ini. Solawat dan salam
kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai penghulu bagi sekalian Nabi, Para Sahabat, Para Istri, ahli
keluarga serta seluruh umat Islam yang tidak jemu memperjuangkan Islam di masa kini.
Skripsi berjudul: PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN
AGAMA ISLAM DI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN NEGERI
SEMBILAN, MALAYSIA, ditulis untuk memenuhi dan melengkapi syarat-syarat dalam
mencapai gelar Sarjana Hukum Islam (SHI) pada Fakultas Syariah dan Hukum Universitas Islam
Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Skripsi ini dapat diselesaikan karena mendapat dukungan dan bantuan dari berbagai pihak.
Untuk itu sebagai ungkapan rasa hormat penulis menyampaikan terima kasih yang tidak terhingga
kepada yang terhormat:
1. Bapak Prof. Dr. H. Muhammad Amin Suma, SH, MA, MM, sebagai Dekan Fakultas
Syariah & Hukum, UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, yang telah memberikan kepercayaan
kepada penulis dalam menyusun skripsi ini.
2. Ketua Program Studi Ahwal al-Syakhshiyah, Drs. H. A. Basiq Djalil, SH., MA., dan
Sekretaris Program Studi Ahwal al-Syakhshiyah, Kamarusdiana S.Ag., MH yang telah
membantu penulis sejak masa perkuliahan hingga berakhirnya skripsi ini.
3. Ibu Hotnida Nasution, S.Ag., M.A selaku pembimbing yang sabar memberikan petunjuk,
waktu dan masukan kepada penulis hingga selesai skripsi ini.
43
4. Seluruh dosen Fakultas Syariah dan Hukum UIN Jakarta dan di Akademi Pengajian Islam
dan Dakwah, Manjung Perak, juga terima kasih yang sebesar-besarnya kepada staf
perpustakaan, karyawan-karyawati yang banyak membantu memfasilitasi penyelesaian
penulisan skripsi ini.
5. Pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di Mahkamah Tinggi Syariah
Seremban Negeri Sembilan, di Perpustakaan Utama UM, UIA, UKM, di Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Melaka, di Jabatan Mufti, di JPN dan di JAINS.
6. TYT. Dato’ Duta Malaysia di Indonesia, Tuan Pengarah JPMI, Atase Agama serta seluruh
staf Kedutaan Besar Malaysia atas pengawasan dan kebajikan yang diberikan
7. Teristimewa Abah dan Emak tercinta, En. Juaher bin Abas dan Pn. Nor Zaiyah bte Johan,
serta adik beradik yang kusayangi, Abdul Khirman, Azizul Khaidir, Aznan Khairan, Azizan
Khaotamin, Azlan Khusoiry, Azri Khairi, kakak Ipar yang paling cantik, Norli Hayati dan
tidak lupa juga baby comel Nawal Aneesa dan seluruh ahli keluarga yang dikasihi.Tidak
dilupakan yang dicintai, Mohamad Amir. Terima kasih di atas segala bantuan dan doa
terutama dari segi moral, material, dan doa hingga dapat menyelesaikan pengajian di sini
dengan selamat, dan sempurna. Segala jasa dan pengorbanan kalian akan sentiasa terpahat
di ingatan.
8. Teman-teman di Indonesia maupun di Malaysia, kepada kak Ros, Ruzuliah, teman-teman
Program Studi Ahwal Syakhshiyah, antaranya Ina, Nor, Syud, Huda, Mama Holland(Bai),
Ernie, Bib, Baayah, Yati, dan yang lain serta teman-teman di PKPMI’CJ dan Kelab UMNO
JAKARTA yang turut memberi motivasi demi keberhasilan penulisan karya ilmiah ini.
44
Terima kasih atas kebersamaan kalian dalam menemani penulis selama kuliah di UIN Syarif
Hidayatullah Jakarta.
9. Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Indonesia
Akhirnya semoga penulisan skripsi ini dapat memberikan kontribusi yang positif kepada para
pembaca. Kepada Allah SWT jualah penulis memohon, semoga jasa baik yang telah mereka
sumbangkan menjadi amal shaleh dan mendapat balasan yang lebih baik dari Allah SWT. Amin
Jakarta: _29 December 2008_
01 Muharam 1430H
Penulis
DAFTAR ISI
KATA PENGANTAR…………………………………………………………i
DAFTAR ISI………………………………………………………………......iv
DAFTAR LAMPIRAN......................................................................................vi
BAB I PENDAHULUAN
A. Latar Belakang Masalah………………………………………1
B. Pembatasan dan Perumusan Masalah…………………………5
C. Tujuan dan Manfaat Penelitian...…………………………….. 6
D. Metodologi Penelitian............................…......................……..6
E. Sistematika Penulisan…………………………………………9
45
BAB II PERTUKARAN AGAMA
A. Pengertian Pertukaran Agama………………………………11
1. Pengertian dari segi etimologi……………………......12
2. Pengertian dari segi terminologi…………………...…13
3. Pengertian dari segi perundang-undangan…………....15
B. Faktor Penyebab Pertukaran Agama………………………...16
C. Dasar Hukum dan Sanksi …………………………………...19
D. Dampak Pertukaran Agama di dalam Undang-Undang
di Malaysia………………………………………….…….…25
E. Implikasi Hukum terhadap orang yang bertukar Agama........36
BAB III GAMBARAN UMUM MENGENAI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
A. Diskripsi Negeri Sembilan………………………………...…....39
B. Sejarah Singkat Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan…41
C. Landasan Hukum Mahkamah Tinggi Syariah……………….…42
D. Struktur dan Organisasi Mahkamah Tinggi Syariah…..…….…45
BAB IV PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA
ISLAM NEGERI SEMBILAN
A. No.10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
46
Negeri Sembilan.........................................................................46
B. Pertukaran Agama dan Peruntukan Undang-Undang
mengenainya…...........................................................................48
C. Prosedur Pertukaran Agama di Mahkamah Tinggi Syariah…...54
D. Analisis Penulis………………………………………………..57
BAB V PENUTUP
A. Kesimpulan ………………………………………………….…63
B. Saran-saran…………………………………………………...…64
DAFTAR PUSTAKA............................................................................................65
LAMPIRAN-LAMPIRAN...................................................................................69
DAFTAR LAMPIRAN
A. Borang MS 3 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
Negeri Sembilan 2003 [Subseksyen 13 (1)]..................................................72
B. Borang MS 26 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
Negeri Sembilan 2003 [Subseksyen 113 (1)] ...............................................73
C. Borang Maklumat Peribadi............................................................................75
D. Surat Permohonan Data / Observasi..............................................................76
47
BAB I
PENDAHULUAN
A. Latar Belakang Masalah
Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang sedang membangun dan sering mendapat
perhatian dunia. Ini tidak lain karena pembangunan ekonomi dan kestabilan politiknya sekalipun
penduduknya terdiri dari berbagai macam suku, bangsa dan agama. Keharuman negara ini terlihat
apabila ia berjaya menjadi contoh dalam memajukan Islam dan memperbaiki taraf hidup rakyatnya
yang beragama Islam tanpa menghalangi kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain
dan tanpa menindas suku tertentu di negara ini.
48
Negara ini sedang berusaha gigih ke arah mewujudkan sebuah masyarakat maju yang
beridentitas nilai-nilai Islam. Ini berasaskan kepada kesedaran betapa pembangunan fisik atau
material tanpa disertai dengan pembangunan rohani lambat laun akan menjerumuskan negara ke
jurang kehancuran karena sikap negatif dan prilaku yang salah dari masyarakatnya. Dengan kata
lain, rakyat di negara ini akan dibentuk mengikut ajaran Islam, serta pembangunan akan
dilaksanakan tanpa keluar dari dasar-dasar yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah. Singkatnya,
pembangunan phisik dan ekonomi akan dibangun seiringan dengan pembangunan rohani dan
spiritual rakyat dan pemimpinnya.
Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang
menggunakan istilah yang jelas di dalam perlembagaan1 untuk mendefinisikan perkataan Melayu
serta bagian-bagiannya. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang memeluk
agama Islam, serta Islam dan Melayu pada dasarnya mengikut definisi Perlembagaan sama sekali
tidak boleh dipisahkan. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam Perlembagaan dan menjadi
suatu Undang-Undang di Malaysia untuk Orang Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam.2
Perlembagaan Negara Malaysia telah menerima Islam sebagai agama resmi negara sementara
itu penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka selama mana mereka tidak menggangu
dan meracuni akidah umat Islam di negara ini. Perkara 3 ayat 1 Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahwa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan secara aman dan damai di mana-mana bagian Persekutuan. Oleh karena itu,
perkataan ‘Islam’ dan ‘bukan agama Islam’ yang digunakan di Perkara 3 dapat dipahami bahwa
1 Perlembagaan artinya adalah undang-undang atau peraturan negeri.
2 Perlembagaan Persekutuan Negara, Rujuk Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, artikel diakases pada
01 Maret 2008 dari http://www.utusan Malaysia.com.my
49
apa yang dimaksudkannya ialah Islam sebagai satu cara hidup mengikut Islam yaitu Islam sebagai
ad-din.
Di dalam perkara 11 ayat 1 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ketentuan yang
mengatur tentang mengamalkan agama yang berbunyi:
.... setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada
Pasal 4 mengembangkan agamanya ....
Pasal 4 memperuntukkan bahwa:
(a) Undang-Undang Negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan,
Undang-Undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad
atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.3
Bidang hukum Islam yang sangat dekat dan erat dengan prilaku masyarakat Islam Malaysia
adalah bidang hukum sosial keluarga yang di dalamnya meliputi perkawinan, warisan dan wakaf.
Sebab peristiwa yang berkenaan dengan aturan tata nilai sosial tersebut pasti akan dialami dan
dijalani oleh setiap muslim dalam perjalanan hidupnya.4
Di Malaysia, Undang-Undang Keluarga yang berlaku berbeda dengan undang-undang di
negara lain karena masyarakatnya terdiri atas berbagai bangsa dan suku.5 Bagi masyarakat yang
menganut agama Islam, mereka tunduk kepada Undang-undang Islam dibawah pengurusan
berbagai enakmen yang ada di setiap negeri-negeri bagian.6 Bagi yang beragama Kristen atau selain
3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, rujuk Perkara 11 ayat 1, Artikel diakses pada 25 Januari 2009 dari http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia.
4 Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim, Tinjauan Kepada Perundangan Islam, (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman
Islam Malaysia, 1996), cet. Kedua, h. 41
5 Mimi Kamariah Majid, Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia, (Kuala Lumpur: Butterworths Asia, 1992),
h. 2
6 Hamid Jusoh, Kedudukan Undang-undang Dalam Perlembagaan Di Malaysia, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1992), h. 67
50
dari agama Islam, upacara perkawinan yang dijalankan hendaklah mengikuti peruntukan di dalam
Ordinan Perkawinan Sivil 1952. Mana-mana perkawinan yang diupacarakan tidak berdasarkan
kepada Ordinan (undang-undang) yang bersangkutan adalah dianggap batal.7
No.11 Enakmen8 Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, di dalam
pembubaran perkawinan, ada mengatakan di dalam perkara 46 ayat 1 dan ayat 2 yang mengatakan
bahawa:
(1) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu
kepercayaan selain Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya
berkuatkuasa untuk membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan
sedemikian oleh Mahkamah.
(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka
perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa untuk membubarkan
perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.9
Perkara Pertukaran Agama sebelum ini dianggap sebagai isu yang sensitif oleh banyak pihak
dan tidak dibincangkan secara terbuka bahkan statistiknya juga tidak dipublikasikan kepada umum.
Rentetan daripada ini, pihak berkuasa perlu lebih prihatin dan seharusnya mempublikasikan
statistik permohonan pertukaran agama oleh masyarakat Melayu-Islam ini, karena gejala ini bisa
merusakkan institusi Keluarga Islam bahkan ia lebih buruk daripada gejala sosial dan narkoba.
Terdapat banyak pandangan, pendekatan dan ide-ide yang telah dilakukan sebelum ini yang masih
belum menampakkan hasil karena itu dirasakan perlu dibuat satu pengkajian yang tuntas untuk
mengoreksi kasus ini dengan lebih tepat, yang berupaya membantu pihak kerajaan mengenal secara
pasti cara penyelesaian yang terbaik mengatasi permasalahan pertukaran agama dikalangan
masyarakat di Malaysia.
7 Ibid, h. 69
8 Enakmen maksudnya undang-undang bertulis yang disahkan oleh Parlemen
9 Undang-undang Syariah Negeri Sembilan, Enakmen No. 10 Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan,
(Warta Kerajaan ,2003), h.255
51
Berdasarkan latar belakang masalah di atas penulis merasa perlu untuk membahas mengenai
pelaksanaan Pertukaran Agama, dalam bentuk karya ilmiah berupa skripsi dengan judul:
PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM DI
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA.
B. Pembatasan Dan Perumusan Masalah
1) Pembatasan Masalah
Agar lebih terfokusnya pembahasan ini, maka penulis membatasi penelitian ini dalam hal
Pertukaran Agama menurut Nomor 10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam di
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban di Negeri Sembilan, Malaysia. Pertukaran agama ini dibatasi
pada pertukaran agama dari Islam ke agama lain, dan bukan dari agama lain ke agama Islam.
Mahkamah Tinggi Syariah dibatasi hanya di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri
Sembilan, dan bukan di negeri lain.
2) Perumusan Masalah
Masalah dalam skripsi ini penulis merumuskan bahwa Pertukaran Agama di Negeri Sembilan
mestinya sesuai dengan aturan yang dijalankan menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Di
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, kenyataannya tidak bersesuaian dengan aturan yang ada di
dalam No. 10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan. Rumusan tersebut
penulis rinci dalam bentuk pertanyaan sebagai berikut:
1. Bagaimana bentuk Pertukaran Agama di Negeri Sembilan, Malaysia?
2. Apakah dasar-dasar hukum dan sanksi terhadap orang yang bertukar agama menurut
Perundangan di Negeri Sembilan, Malaysia?
52
3. Bagaimana Implikasi hukum terhadap orang yang bertukar agama di Negeri Sembilan,
Malaysia?
4. Bagaimana dampak pertukaran agama kepada masyarakat serta langkah yang bagaimana
seharusnya dilakukan dalam menyelesaikan kasus ini?
C. Tujuan dan Manfaat Penelitian
Sehubungan dengan masalah-masalah yang telah dijelaskan di atas, maka penelitian ini
mempunyai tujuan untuk menyelesaikan dan mencari jawaban atas masalah-masalah tersebut
dengan upaya sebagai berikut:
1. Untuk mengetahui bentuk Pertukaran Agama di Negeri Sembilan, Malaysia
2. Untuk mengetahui dasar-dasar hukum dan sanksi terhadap orang yang menukar agama menurut
Perundangan di Negeri Sembilan, Malaysia
3. Untuk mengetahui Implikasi hukum apa yang ditimbulkan apabila berlakunya pertukaran
agama di Negeri Sembilan, Malaysia.
4. Untuk mengetahui dampak-dampak dan bahaya Pertukaran Agama kepada masyarakat Islam
serta untuk mengetahui langkah yang seharusnya dilakukan dalam menyelesaikan kasus ini.
Manfaat Penelitian ini dapat digunakan pada beberapa hal seperti:
1. Memberikan informasi kepada masyarakat mengenai Pertukaran Agama Islam kepada agama
lain.
53
2. Sebagai tambahan bagi khazanah wacana keilmuan di Indonesia khususnya bagi Universitas
Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.
D. Metodologi Penelitian
Untuk menyelesaikan penelitian ini, penulis menggunakan metodologi penelitian sebagai
berikut:
1. Jenis Penelitian
Penelitian ini merupakan penelitian kualitatif yaitu proses pencarian data untuk memahami
masalah yang didasari pada penelitian yang menyeluruh, dibentuk oleh kata-kata, dan diperoleh
dari situasi yang alamiah. Penelitian ini tidak dibatasi oleh angka-angka, perhitungan statistik dan
sifatnya fleksibel. Oleh karena itu, fokusnya adalah lebih pada interpretasi daripada kuantifikasi.
2. Lokasi Penelitian
Penulis melakukan penelitian di Lokasi Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban, Negeri
Sembilan, di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti
Kebangsaan Malaysia, di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka, di Jabatan Mufti,
Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
3. Obyek dan Subyek Penelitian
Subyek penelitian yang dilakukan ini adalah Pertukaran Agama menurut No.10 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan. Manakala obyeknya adalah Ketua Pendaftar
Pegawai Syariah, wakil ketua, para hakim, ketua hakim dan pentadbiran Jabatan Agama Islam
Negeri Sembilan.
54
4. Sumber Data
a) Data Primer : Data primer adalah data yang langsung diperoleh dari sumber yang asli atau data
pertama di lokasi penelitian atau obyek penelitian.10
Data ini akan didapatkan langsung dari
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri Sembilan, Malaysia. Data ini dokumen,
Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, hasil
penelitian tentang Pertukaran Agama dan lain-lain.
b) Data Sekunder : Data sekunder adalah data yang diperoleh dari sumber kedua atau sumber
sekunder dari data yang kita butuhkan.11
Data ini adalah semua literatur yang terkait dengan
materi yang dibahas dalam skripsi ini.
c) Data Tertier : Data tertier merupakan data perlengkapan yang terdiri daripada majalah, jurnal,
eksiklopedia, kamus dan lain-lain.
5. Teknik Pengumpulan Data
Dalam rangka menyusun dan mengumpul bahan bagi skripsi ini, penulis menggunakan dua
macam teknik pengumpulan data yaitu melalui Penelitian Kepustakaan (Library Research) dan
Penelitian Lapangan (Field Research).
a) Penelitian Kepustakaan ( Library Reseach )
Penulis akan menggunakan kitab-kitab, buku-buku yang relevan dan berbagai literatur yang
ada di perpustakaan dan simpanan pribadi, yang sesuai dengan judul skripsi ini.
b) Penelitian Lapangan ( Field Research )
Dalam penelitian lapangan, untuk memperoleh data yang valid penulis langsung ke
lapangan atau ke lokasi penelitian yaitu di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri
10 Burhan Bungin, S.sos, M. Si, Metodologi Penelitian Kuantitatif : Komunikasi, Ekonomi Dan Kebijakan Publik
Serta Ilmu-Ilmu Sosial Lainnya, (Jakarta: Prenada Media, 2005), Cet I, h. 122
11 Ibid., h.122
55
Sembilan, di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa,
Universiti Kebangsaan Malaysia, di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka, di
Jabatan Mufti, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
6. Analisis Data
Setelah terkumpul dan teridentifikasi, semua data baik primer atau sekunder, diolah dan
dianalisis, untuk menghasilkan pemaparan dan gambaran yang bersifat pengamatan awal hingga
akhir.
7. Metode Penulisan
Dalam penulisan skripsi ini penulis menggunakan buku Pedoman Penulisan Skripsi dan
Karya Ilmiah yang dikeluarkan oleh Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta,
tahun 2007.
E. Sistematika Penulisan
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai materi yang menjadi pokok
penulisan dan memudahkan para pembaca dalam memahami tata aturan penulisan skripsi ini, maka
penulis menyusun sistematika penulisan seperti berikut:
Bab pertama, ditulis tentang pendahuluan yang terdiri dari latar belakang masalah,
pembatasan dan perumusan masalah, tujuan dan manfaat penelitian, metode penelitian dan
sistematika penulisan.
Bab kedua, penulis menguraikan tentang pengertian, faktor penyebab pertukaran agama,
dasar hukum dan sanksi, dampak pertukaran agama di dalam Undang-Undang di Malaysia.
56
Bab ketiga, penulis mendiskripsikan tentang Negeri Sembilan, sejarah singkat penubuhan
Mahkamah Tinggi Syariah, Landasan hukumnya serta Struktur dan Organisasi Mahkamah Tinggi
Syariah Seremban.
Bab keempat, penulis menguraikan tentang Pertukaran Agama menurut Enakmen Pentadbiran
Agama Islam Negeri Sembilan, Pertukaran Agama dan peruntukan undang-undang mengenainya,
serta prosedur pertukaran agama di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan dan analisis
penulis.
Bab kelima adalah penutup, meliputi kesimpulan dari pembahasan, serta beberapa saran-
saran berdasarkan hasil analisis dari penelitian ini yang di harapkan dapat dijadikan bahan masukan
dan sumbangan penulis pada pihak-pihak terkait.
BAB II
PERTUKARAN AGAMA
B. Pengertian Pertukaran Agama
57
Agama Islam adalah agama yang suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah
S.A.W untuk seluruh umat manusia. Seseorang yang menganut agama selain daripada Islam adalah
tertolak. Ini jelas seperti yang terdapat di dalam al-Quran;
����� �������� � ��⌧" $ %&�'() **���
�%&+, -.�/012� 3��*�� ��45�� 6�7 9��:;<=
;��� ;��>�:� =?0� �@�A
Artinya: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan
diterima (agama itu) daripadanya, dan Dia di akhirat termasuk orang-orang yang
rugi”. (Q.S Al-Imran : 85)
Pengutusan Rasulullah s.a.w sebagai pembawa Agama Islam bertujuan rahmat bagi seluruh
alam. Kenyataan ini jelas seperti firman Allah s.w.t;
����� BC 9*,&='�D�E FG�1 HI��J�=D
BKL�☺%& =4,&�N� �O�PA
Artinya: “Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam”. (Q.S Al-Anbiyaa’ : 107)
Sebagai agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam Islam memberi lindungan
penjagaan hak kepada orang-orang Islam dan orang-orang yang berada di dalam naungan Islam itu
sendiri. Ia juga tidak memaksa kepada umat manusia supaya menganut agama Islam. Ini jelas di
dalam Firmannya:
QG 9%��0R�1 6�7 A7S�T� U
Artinya: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”
(Q.S Al-Baqarah : 256)
58
Dengan kata-kata lain, Islam memberi kebebasan kepada umat manusia untuk memilih agama
mereka masing-masing. Namun, kebebasan itu terbatas dalam hal-hal tertentu saja.
Islam telah menetapkan beberapa batasan bagi kebebasan tersebut. Ini sejajar dengan tujuan
Islam diturunkan yaitu untuk menjaga kepentingan seluruh umat manusia hingga akhir zaman.
Rasionalnya jika kebebasan diberi secara total maka sudah tentu berlakunya penindasan atau
ketidakadilan terhadap sesuatu pihak tertentu. Begitu juga dengan kebebasan aqidah12
.
Justru, sekiranya seseorang itu telah melaksanakan segala kewajiban yang telah diwajibkan
oleh Islam ke atasnya. Seseorang yang telah memeluk agama Islam juga dilarang untuk
menukarkan agamanya kepada agama yang lain. Hal ini (murtad) dilarang di dalam Islam dan
terdapat hukuman yang berat bagi kesalahan tersebut.
a. Pengertian dari segi etimologi
Pertukaran agama atau murtad bermaksud seseorang yang keluar daripada agama Islam.
Kesalahan ini dipanggil ( ةد�ا�� ) yaitu kembali. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan hidayah
dan petunjuk kepada orang-orang yang murtad kecuali apabila memang ia benar-benar ingin
bertaubat.13
Di dalam pengunaan Hukum Syarak, sebagai salah satu istilah dalam hukum jenayah,
murtad berarti keluar daripada agama Islam.
12 Muhammad bin Abdullah, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang, (Ahbab Media, April 2006),
cet. 1, h. 2
13 Mohammad, Jinayat dalam Islam: Satu Kajian Ilmiah mengenai Hukum Hudud, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka , 1993), h. 123
59
Murtad menurut bahasa Arab berasal daripada kalimah ( ردي رد ��دي( yang berarti rusak.
Kemudian, perkataan murtad itu berasal daripada Isim Fa’il ( ��� ار��أ �ي� ��� �ىار� )14
yaitu
berarti kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh karena itu, dari bahasa murtad bermakna
kembali dari sesuatu kepada sesuatu.
Di dalam Kamus Dewan (Bahasa Malaysia), murtad adalah orang yang keluar daripada agama
Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat.15
b. Pengertian dari segi terminologi
Dari segi ini, murtad didefenisikan dengan berbagai defenisi diantaranya ialah sesuatu
perbuatan atau perkataan yang murtad.
Seseorang yang telah keluar daripada agama Islam sama ada menganut agama lain ataupun
tidak. Para Ulama’ Fiqih mengatakan murtad sebagai salah satu perbuatan jinayah yang termasuk di
dalam kategori hudud. Firman Allah s.w.t:
����� ���V+���� �$XYH�� ��2 Z���H��� J([☺��+, ��45�� ⌦��,]-^ =_`a +�b�cb+, J(+d�_=� ��[e4& =☺J2�E 6�7 �f�gDV�
9��:;<=�� U =_`a +�b�cE�� d& =+Jh�E DiH� U �$45 =e��,
Bj�k� =; �lOPA
Artinya : ”Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu Dia mati dalam
kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan
mereka itulah penghuni neraka, kekal di dalamnya.”(Q.S. Al-Baqarah : 217)
14 Jamaah Min Kibar Al-Lughawiyinal arab, al-Mujam al-‘Arabi Al-Asasi, (Munazzamah Al-‘Arabiah Lit-Tarbiah
Wa Thawafah Wal Ulum, 1999), h. 517
15 Kamus Dewan Edisi Keempat, Dawana Sdn. Bhd, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005), h. 1058
60
Berlakunya pertukaran agama melalui tiga cara yaitu:
a. Dengan melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan
b. Dengan perkataan
c. Dengan iktiqad
Atas dasar itu para ulama’ fiqih menyatakan bahwa unsur daripada jinayah pertukaran agama
adalah melalui pernyataan keluar dari agama Islam dan dilakukan secara sengaja dan sadar.
Selain daripada itu, menurut al-Sheikh Abd Qadir Audah, pertukaran agama adalah
meninggalkan agama Islam dan keluar daripadanya setelah menganutnya.16
Berdasarkan arti ini, dapat disimpulkan bahwa murtad adalah seorang muslim mukallaf yang
keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan, atau perbuatan dengan
kehendaknya sendiri.17
c. Pengertian dari segi Perundang-undangan
Di Malaysia, Perlembagaan mempunyai kedudukan yang istimewa. Ia merupakan satu-
satunya institusi atau sumber perundangan yang tertinggi. Terdapat lima perkara yang berkaitan
dengan agama di dalam Perlembagaan di antaranya, agama Islam ialah agama bagi Persekutuan,
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di bagian Persekutuan.
Menganut sesuatu agama adalah titik permulaan ekspresi keagamaan seseorang, yang mana
sebelum individu itu mengamalkan atau menyebarkan sesuatu agama, maka terlebih dahulu perlu
16 Awdah, al-Tashri’ al Jina’ al Islami Muqarinan bi al Qanun al Wadie’, Muassasah ar Risalah, (Beirut, 1994),
jilid 1, h. 661
17 Muhammad bin Abdullah, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang, (Ahbab Media, April 2006),
cet. 1, h. 4
61
menganut agama tersebut. Menganut meliputi aspek kerelaan dan keyakinan terhadap agama yang
dipilih. Hak menganut agama sebagai satu hak yang tiada batasan karena ia seiring dengan hak
menukar agama bahkan, tidak satu pun yang boleh terikat dengan satu agama yang tidak memberi
ruang untuk menukar kepada agama lain.
Perubahan dalam diri seseorang adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan termasuklah
menukar agama tambahan pula, di Malaysia rakyatnya bersuku-suku, budaya dan agama. Justru,
percampuran lebih mudah berlaku dan ia mungkin membawa kepada proses pertukaran agama.18
Orang Islam di Malaysia tidak dibenarkan memilih agama lain sesuka hati tanpa melalui
proses-proses tertentu. Perbuatan keluar daripada agama Islam merupakan satu jinayah hudud yang
boleh dikenakan hukuman bunuh. Undang-undang hudud termasuk hukuman ke atas orang yang
keluar agama Islam atau murtad tidak dapat dilaksanakan di Malaysia.
Undang-undang murtad di Malaysia menafsirkan pertukaran agama dengan berbagai
penafsiran dan menetapkan hukuman sama ada dalam bentuk sanksi atau penjara atau kedua-
duanya. Ini dapat dilihat antara lain di dalam Enakmen Undang-undang di beberapa negeri yang
akan dijelaskan oleh penulis nanti.
Dengan berdasarkan undang-undang pertukaran agama beberapa negeri dapat difahami bahwa
pertukaran agama merujuk kepada tindakan seseorang terhadap dirinya untuk menunjukkan telah
keluar dari agama Islam dan menyatakan dirinya tidak lagi mengamalkan ajaran agama Islam.19
18 Lee Min Choon, Freedom of Religion in Malaysia, (Kuala Lumpur, Kairos Research Center, 1999), h. 35
19 Ahmad Hidayat Buang, Undang-Undang Islam di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia, (Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 1998), h. 187
62
C. Faktor Penyebab Pertukaran Agama
Terdapat banyak faktor penyebab berlakunya pertukaran agama. Di antara alasan-alasan yang
diberikan oleh afidavit20
di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan ialah:
1) Kembali kepada Keluarga
Diantara golongan yang menukar agama Islam kepada agama asalnya secara ex-parte21
untuk
kembali kepada keluarganya ialah golongan muallaf atau ‘saudara baru’. Faktor yang membawa
saudara baru murtad ialah keinginan untuk kembali kepada keluarganya. Kerelaan ini berlaku
disebabkan kebanyakan pemeluk Islam yang dilahirkan oleh saudara baru adalah tanpa restu
keluarga dan lantaran itu mereka telah disingkirkan. Sabagai contoh, kes Azman Wong bin
Abdullah nomor Fail 05100-043-0290-2006, alasan beliau karena keluarganya tidak menyukai
tindakannya yang telah menganut agama Islam dan keluarganya tidak mempedulikan dirinya lagi.
Selain itu semenjak dia memasuki Islam banyak kejadian penipuan yang dialaminya serta hatinya
tidak tenang sejak memasuki Islam. Walau bagaimanapun, kasus itu terpaksa dihapuskan pada
tanggal 18 Januari 2007 karena pihak pemohon tidak hadir ke Mahkamah tanpa alasan.22
2) Kembali kepada Agama asal
20 Afidavit artinya kenyataan atau keterangan bertulis atas nama seseorang yang bersumpah yang disaksikan oleh
seorang yang pakar
21 Ex-parte artinya adalah permohonan yang dibuat sebelah pihak saja.
63
Bagi mereka yang baru memeluk agama Islam mengharapkan kehadiran mereka ke dalam
masyarakat Islam dapat diterima baik. Menurut Islam, hak kebebasan beragama merupakan di
antara beberapa hak asasi ’ahl al-Dhimmah’ serta diberi perlindungan oleh Islam. Seseorang yang
bukan beragama Islam mempunyai kebebasan menganut sebagai kepercayaan mereka dan
beribadah dalam lingkungan agamanya.23
Seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana agamanya, adalah sukar untuk meninggalkan
agamanya itu secara langsung, ditambah pengasuh yang menjaganya adalah non muslim, sudah
pasti asuhan dan didikan yang diberikan oleh pengasuhnya dengan agama yang dianutnya.
Sebagaimana kasus Zaleha bte Mohd Hanifah Balasingam nomor fail 05100-043-0292-2004 yang
mana beliau telah dibesarkan oleh kedua-dua datuk dan neneknya yang beragama Hindu. Maka
sukar baginya yang berstatuskan agama Islam dan kekal sebagai umat Islam karena kehidupan
seharian yang telah dilaluinya adalah bersangkutan dengan agama Hindu. Pengikut agama keluarga
asalnya akan mendorongnya mengikut agama asalnya.
3) Berlaku krisis rumahtangga
Apabila seseorang itu memeluk agama Islam karena ingin menikah dengan pasangan yang
beragama Islam, bukan karena keikhlasan hati menerima hidayah Allah s.w.t, maka jika terjadi
perceraian atau kematian pada pasangan mereka. Mereka mudah sekali kembali kepada agama asal
mereka. Apalagi jika mereka tidak diberi bimbingan agama secukupnya oleh pasangan mereka
sendiri.24
23 Al-Qardawi, Kedudukan Non Muslim dalam Negara Islam(Terj), Penerjemah Mat Saad Abd Rahman, (Jabatan
Perdana Menteri, Kuala Lumpur), h.13
24 Ariffin Suhaimi, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Mingguan Malaysia, 10
Agustus 2008, h.4
64
Demikian juga dengan mereka yang memeluk agama Islam dengan niat untuk kepentingan
tertentu, apabila kepentingan itu tidak tercapai, mereka kembali kepada agama asal mereka.
Keadaan ini berlaku kerana iman mereka belum kukuh, terumbang ambing dan hati mereka mudah
goyah. Oleh sebab itu, perlu ada pendekatan bimbingan bagi mengukuhkan dan menetapkan
keimanan mereka.25
D. Dasar Hukum dan Sanksi
Firman Allah s.w.t:
im�1 �7S�]n� U�2*���X o�4� U�2�⌧p⌧R o�4� U�2H���X o�4� U�2�⌧p⌧R o�4� U�[�=�0q
r�0pXR ��n� ��XY�� s� ���p0��f�� �$3t�� -G�� �$uv�V�V�v� �� w⌧f�/=' �O>PA
Artinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula),
kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak
akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada
jalan yang lurus. (Q.S An-Nisa’ : 137)
Ayat ini telah menjelaskan tentang sifat orang munafik yang murtad kemudian beriman secara
bersilih ganti, namun tidak disebutkan hukumannya. Oleh karena itu, penting hukuman itu
dikenakan bagi mereka yang murtad supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama.26
Untuk menghukum seseorang itu telah murtad, maka terdapat dua cara pembuktian yaitu:
25 Dato’ Seri Setia Awang Haji Adam Bin Haji Ahmad, Cabaran Negara di Alaf Baru, (Pusat Dakwah Islamiah
Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, 2003), h. 8
26 Muhammad Muslehuddin, (terj) Asiah Idris, Jenayah dan Doktrin Islam dalam tindakan pencegahan, (Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992) h. 37
65
1) Melalui pengakuan tertuduh
2) Melalui Keterangan saksi
Melalui pengakuan tertuduh bahwa ia berlaku dengan ridho tanpa paksaan dari pihak
manapun. Manakala melalui pengakuan saksi ia mesti menghadirkan dua orang saksi yang adil
untuk memberikan keterangan dan pembuktian diatas kesalahan murtad yang telah dilakukan oleh
tertuduh. Inilah pendapat Imam Malik, Auzaie, Syafie dan ulama’-ulama’ Mazhab Hanafi.27
Pendapat yang umum di kalangan para fuqaha’, dan orentalis Barat ialah, bahwa murtad dari
agama Islam merupakan kesalahan yang telah ditetapkan hukumannya, yaitu mati. Hukuman mati
adalah termasuk hukuman hudud. Sebagaimana Firman Allah s.w.t;
��� ��⌧p-^ ���x R��� �V�4�x pZ���H =☺��1 FG�1 J��� 9%>�y^cE
z3�3/,&+]�� �7A=☺Jd2� �� =☺�()�x �:Y +��� �i� ==� -| >�0pXY0��x *DJV}h ���e0�%&=4+, ~&-~⌧" B���� ��
��[e+��� ��⌧f�2 ~���k�2 �O��A
Artinya: Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah Dia beriman (dia mendapat kemurkaan
Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman
(dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran,
maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.
(Q.S an-Nahl: 106)
Ayat di atas mengenai azab dan balasan di akhirat ke atas orang yang murtad. Mohamad El-
Awa dalam bukunya menyatakan tiada nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah mengenai hukuman
di dunia ke atas orang yang murtad.28
27 Ibid, h. 38
28 Mohamad El-Awa, Punishment in Islamic Law, (America Trust Publications: Indianapolis, 1982), h. 50
66
Seorang muslim yang melakukan jinayah murtad akan dijatuhi dengan hukuman hudud. Jika
ada keraguan maka dia hendaklah dibebaskan berdasarkan kaedah “hudud dihindarkan dengan
syubhat.”29
Hukuman hudud merupakan hukuman yang telah ditentukan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi,
dan ia mesti dilaksanakan jika terbukti kesalahannya. Lantaran itu, untuk menentukan apakah
murtad itu perbuatan yang menurut hukum Islam ditetapkan sebagai hukuman hudud, maka perlu
diperhatikan firman Allah s.w.t dan hadith yang bersangkutan dengannya. Karena di dalam al-
Quran hanya terdapat tiga belas ayat yang terkandung di dalam beberapa surah mengenai murtad
tetapi tidak ada satu ayat pun yang menjelaskan tentang hukuman yang disahkan kepada orang yang
murtad ketika berada di dunia. Sebaliknya yang terkandung ialah jaminan bahwa orang murtad itu
akan dihukum di akhirat. Sebagaimana firman Allah s.w.t;
����� ���V+���� �$XYH�� ��2 Z���H��� J([☺��+, ��45�� ⌦��,]-^ =_`a +�b�cb+, J(+d�_=� ��[e4& =☺J2�E 6�7 �f�gDV�
9��:;<=�� U =_`a +�b�cE�� d& =+Jh�E DiH� U �$45 =e��,
Bj�k� =; �lOPA
Artinya : ”Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu Dia mati dalam
kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan
mereka itulah penghuni neraka, kekal di dalamnya.”(Q.S. Al-Baqarah : 217)
Berbeda dengan Ibn Hazm, yang menurutnya hukuman bagi orang yang murtad tetap ada di
dunia dan hukuman tersebut tidak bertentangan al-Quran. Sanksi pertukaran agama menurutnya
29 Abdul Monir Yaacob, “Kesan Pertukaran Agama dan kesan dari perspektif Syariah” (kertas Kerja Seminar
Pertukaran Agama dan Kesan dari Perspektif Syariah dan Perundangan, 15 Julai 2006) h. 9
67
terdapat tiga sanksi yaitu, sanksi asal, sanksi ganti dan sanksi sampingan. Wujud dari sanksi-sanksi
tersebut adalah berkaitan dengan keputusan hakim dengan melihat kepada sebab dan latar belakang
kasus-kasus murtad.30
Berikut dijelaskan tiga sanksi pertukaran agama yang dikemukakan oleh Ibn Hazm yaitu:
1) Sanksi Asal
Menurut fiqh Islami, perkara murtad adalah perkara yang dikategorikan sebagai kesalahan
hudud di mana hukuman bagi kesalahan ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t malahan ia tidak boleh
dimaafkan sekiranya kesalahan ini telah dilaporkan kepada qadi. Oleh karena itu jelaslah bahwa
kesalahan murtad bukanlah satu kesalahan yang boleh dianggap ringan.
Sanksi asal bagi seseorang yang telah murtad adalah dibunuh. Sanksi wajib bunuh boleh
dikenakan kepada siapa saja baik lelaki ataupun perempuan, tua maupun muda. Ia adalah pendapat
Jumhur Ulama kecuali Imam Abu Hanifah, yang mengecualikan kaum wanita yang murtad
dibunuh.31
Bagi perempuan yang murtad terdapat dua pendapat ulama’ yang mana, pendapat
pertama ialah jumhur ulama’ yang terdiri daripada mazhab Hambali, Shafi’e, Maliki dan Ja’afariah
berpendapat bahwa muslimah yang murtad wajib dihukum bunuh sebagaimana lelaki. Dan di antara
alasan golongan ini ialah mereka mengatakan bahwa perempuan seperti lelaki dari sudut ahli
30 Mohamed S. El Awa, Hukuman dalam Undang-undang Islam; Satu Kajian Perbandingan, (Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1999), h. 73-74
31 Muhammad Ibn Abd Rahman Al-Hattab, Mazahib al-Jalil li Syarah Mukhtasar Khalil, Qaherah, jilid 6, h. 281
68
taklifi.32
Mereka menggunakan pendapat yang pernah digunakan oleh Abu Bakar bahwa orang yang
murtad sekalipun perempuan hukumnya sama seperti lelaki.33
Pendapat kedua daripada golongan mazhab Hanafi adalah, perempuan yang murtad tidak
dihalalkan darahnya dan tidak dibunuh karena murtad. Tetapi wajib dipenjara dan memintanya
supaya dia bertaubat dan kembali kepada Islam. Sekiranya dia kembali kepada Islam maka akan
dibebaskan tetapi sekiranya dia menolak maka dia dipenjarakan sehingga dia menerima Islam
ataupun mati.34
Jika orang yang murtad melakukan perlawanan kemudian dapat dikalahkan, maka ia dihukum
mati karena perbuatan hirabahnya (pemberontakan) itu, dan tidak perlu untuk diminta bertaubat,
baik perlawanan itu dilakukan di negara Islam atau sesudah memasuki negara bukan Islam, kecuali
ia menyerahkan diri.35
2) Sanksi Ganti
Apabila sanksi asal bunuh ke atas orang-orang yang melakukan jinayah murtad itu tidak boleh
dijalankan, maka sanksi ganti boleh dilaksanakan mengikut sebab-sebab tertentu. Antaranya, ia
boleh digugurkan daripada orang-orang murtad disebabkan dia telah bertaubat dan kembali semula
kepada agama Islam. Dalam kes tersebut hakim boleh menggantikan sanksi asal itu dengan sanksi
32 Abdul Rashid Hj Abdul Latif, Undang-undang Pusaka dalam Islam, , (terbitan al-Hidayah, 2002), Cetakan
Keempat, h. 62
33 Muhammad Najib al-Muti’I, Kitab al-Mazmu’ Sarh al-Muhazzab li Syirazi, (Maktabah al-Irsyad, Jeddah), jilid 21
h. 73
34 Sayid Sabiq, Fiqh as-Sunnah, Dar al-Fikr, jilid 2, h. 305
35 Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid Analisa Fiqih Para Mujtahid,(terj), (Jakarta, Pustaka Amani, 2002), cet. kedua,
h. 675
69
takzir yang sesuai sebagai satu pengajaran kepadanya supaya tidak lagi mengulangi perbuatan
tersebut seperti dipenjarakan atau dicambuk pada kadar yang tertentu.
Kebanyakan ulama’ berpendapat memberikan hukuman yang agak berat kepada orang yang
murtad walaupun telah bertaubat, akan tetapi sebagian ulama’ berpendapat tidak memberikan
hukuman kepada orang yang murtad, tidak terkecuali yang murtad karena mencerca Rasul.36
Sebab yang kedua digugurkan kerana didapati ada kesamaran. Terdapat kasus seperti ini,
yang telah dijalankan oleh Abu Hanifah apabila beliau menggugurkan sanksi bunuh terhadap kaum
wanita dan kanak-kanak yang telah murtad. Ia telah diganti dengan sanksi penjara sampai mereka
bertaubat atau kembali kepada Islam.37
3) Sanksi Sampingan
Sanksi ini adalah untuk menjamin kemaslahatan dan keselamatan umat Islam yang lain dari
perkara-perkara yang boleh memberi kesan yang negatif kepada kehidupan mereka dari aspek
pergaulan dan kemasyarakatan. Sanksi sampingan yang digariskan dalam Islam kepada orang yang
murtad ialah, merampas semua harta orang yang murtad dan mengurangi wewenangnya terhadap
hartanya.
Jangka waktu bertaubat, berdasarkan pandangan ulama fiqh, Imam Malik mengatakan selama
tiga hari tiga malam. Ia dihitung seseorang itu diputuskan kesalahannya dan bukan dikira daripada
masa seseorang itu telah menjadi murtad atau daripada kasus itu dibawa ke Mahkamah. Manakala
Imam Hanafi berpendapat, ia tertakhluk kepada budi bicara dan ketetapan kerajaan atau wakilnya
36 Mahfodz Mohamed (t.t), Satu Kajian Ilmiah mengenai Hukuman Hudud, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur), h.
101.
37 Sayid Sabiq, Fiqh as-Sunnah, Dar al-Fikr, jilid 2, h. 306
70
yaitu hakim untuk menentukannya sekiranya pihak tersebut merasa masih ada harapan untuk orang
yang murtad itu bertaubat atau ia meminta supaya taubatnya itu ditangguhkan, maka pihak yang
berkaitan hendaklah menangguhkan dan memberikan waktu untuk bertaubat selama tiga hari. Jika
orang tersebut tidak juga bertaubat maka orang tersebut dibunuh pada masa itu juga.
Mengenai masa bertaubat, Imam Syafi’e berpendapat bahwa, orang yang telah diputuskan
kesalahan murtadnya diberi peluang bertaubat selama tiga hari dan orang-orang yang telah
diputuskan murtad, telah diminta bertaubat menurut ahli fiqih, harus mengucap dua kalimah
syahadah secara serius dan menyatakan dirinya telah bebas dari segala bentuk kekafiran.38
E. Dampak Pertukaran Agama di dalam Undang-Undang di Malaysia
Terdapat beberapa dampak yang dapat dilihat berdasarkan isu pertukaran agama menurut
undang-undang di Malaysia. Dampak ini adalah berdasarkan Islam maupun peruntukan
perundangan yang ada di negara Malaysia.
Dengan demikian, ada beberapa dampak terhadap pertukaran agama di dalam Islam dan
Undang-undang yaitu dampak terhadap harta pusaka, hadhanah, hak perkawinan, perwalian,
persaksian dan harta gono gini.
a) Dampak Pertukaran Agama Dari segi Harta Pusaka
Orang yang murtad diibaratkan sebagai orang kafir, bahkan mengikut kedudukannya lebih
rendah dan hina daripada kafir biasa. Maka ia kehilangan hak untuk menerima pusaka dari keluarga
38 Said Hj Ibrahim, Jenayah Murtad dari sudut Hukum Syara’ dan Perundangan Islam, (Darul Ma’rifah, Kuala
Lumpur, 1998), h. 15-16
71
dan sebaliknya.39
Perkara ini boleh dikuatkuasakan di Malaysia karena undang-undang warisan
bagi orang-orang Islam ialah hukum Islam.
Menurut hukum Islam, hukum bagi orang murtad terkait dengan peninggalan dibagikan
kepada dua bagian yaitu:
i) Hak orang murtad atau orang kafir untuk mewarisi harta orang yang Islam
Dalam Islam, murtad merupakan salah satu penghalang bagi individu untuk mewarisi
harta pusaka dan ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Usamah bin
Zaid:
#"2% ا�ث�� �0ل .#"�� و,+"* ا( �"� )��' ا�$�ن� أ!%%$ �#�"!�� ا�ر�� ز� ���� أ���
#"2 ا�%4�� ا�03 و34��ا�
Artinya : Dari Usamah R.A bahwa Nabi S.A.W telah bersabda, Seseorang Muslim tidak
boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta
orang Muslim.40
Jelas menunjukkan bahwa hadis ini bermaksud sekiranya seseorang itu murtad maka
haknya untuk mewarisi harta yang ditinggalkan untuknya sama ada daripada ibubapanya atau
suaminya atau istrinya atau anaknya adalah terhalang sama sekali. Kedudukan orang yang telah
diputuskan murtad adalah seperti orang yang mati dan tidak berhak untuk memiliki harta
apapun malah hubungan mereka juga terputus dengan keluarga yang beragama Islam.
39 Abu Mazaya al-Hafiz, Fiqh Jenayah Islam, (Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur, 2004), h. 24
40 Hadith Riwayat al-Bukhari lihat Al Shawkani, Nayl al-Awt’ar Sharh Muntaqa al-Akhbar, (Beirut; Dar al-
Fikr,1994), jilid 6, h. 178
72
Di dalam perundangan, seseorang yang bukan Islam tidak boleh mewarisi harta
peninggalan kerabat-kerabatnya yang Islam. Di dalam kasus Re Timah Binti Abdullah,
Mahkamah telah memutuskan ahli waris bukan Islam kepada seorang perempuan Jepang Islam,
tidak mendapat apa-apa bagian dari harta pusakanya.
ii) Hak orang muslim untuk mewarisi harta orang murtad
Bagi hak yang kedua ini, yaitu hak orang Muslim terhadap harta orang murtad, ulama’
telah berselisih pendapat dan perselisihan ini disebabkan perbedaan penafsiran hadis Usamah
bin Zaid yang menyatakan bahwa orang Islam tidak akan mewarisi daripada orang kafir dan
demikian juga orang kafir terhadap orang Islam.
Oleh karena itu, bagi sebagian pendapat di antaranya Sayyidina Ali, Abdullah ibn
Mas’ud, Zaid bin Thabit, Imam Abu Hanifah menyatakan bahwa harta orang yang murtad akan
dipusakai oleh ahli-ahli warisnya yang beragama Islam dan mereka beralasan bahwa hadis
tersebut merupakan hadis ahad dan ia sebenarnya ditujukan kepada orang-orang kafir yang
berlainan agama dan bukannya kepada orang yang telah murtad.
Dalam Rangcangan Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Pasal (11) Kelantan
disebutkan apabila Mahkamah memutuskan hukuman bunuh terhadap orang murtad,
Mahkamah hendaklah memerintah supaya hartanya, sama ada diperolehi sebelum atau selepas
melakukan kesalahan itu, dirampas untuk dipegang oleh Baitul Mal.
Walau bagaimanapun, Rangcangan undang-undang ini tidak akan dapat dilaksanakan
karena bertentangan dengan artikel 13 Perlembagaan Persekutuan yaitu:
73
“Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
Tiada suatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau
menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”
b) Dampak Pertukaran Agama Kepada Perkawinan Menurut Undang- Undang
Di dalam membicarakan hal ini, kita akan membicarakan dari dua sudut yaitu:
(i) Dampak terhadap perkawinan orang Islam jika salah satu pasangan keluar dari Islam.
Dampak terhadap perkahwinan jika berlaku pertukaran agama di dalam Undang-
undang Islam di negara ini. Sebagai contoh, di dalam seksyen 46 Akta Undang-undang
Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 telah meperuntukan bahwa:
(1) Jika salah satu pihak kepada suatu perkawinan itu murtad atau memeluk agama
sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan sedemikian tidak boleh
dengan sendiriannya berkuatkuasa membubarkan perkawinan itu melainkan dan
sehingga disahkan demikian oleh mahkamah
(2) Jika salah satu pihak kepada salah satu perkawinan bukan Islam memeluk agama
Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya
berkuatkuasa membubarkan perkawinan itu melainkan dan sehingga disahkan
demikian oleh mahkamah
Walaupun Mahkamah Syariah mempunyai wewenang untuk mengesahkan
pembubaran perkahwinan itu, Mahkamah Syariah tidak boleh membuat putusan yang terkait
dengan nafkah, pembagian harta bersama atau hak asuh anak terhadap pihak yang murtad.
Ini kerana Mahkamah Syariah tidak ada kuasa terhadap orang yang bukan Islam.
74
Dari sudut hukum fiqh, Ulama’ telah berselisih pendapat dalam isu ini. Menurut
Mazhab Shafi’e, Hanbali dan Maliki, sekiranya suami atau istri atau kedua-duanya murtad
sebelum berlaku persetubuhan maka difasakhkan nikahnya ketika perkara itu terjadi. Jika
murtad itu berlaku selepas persetubuhan maka terfasakhlah perkawinan tersebut dengan
beriddah.41
Seandainya mereka kembali kepada Islam semasa iddah tersebut maka akad
perkawinan tersebut tetap berlangsung. Namun jika mereka tidak kembali kepada Islam
sehingga tamat iddah berakhir, maka pasangan tersebut hendaklah dipisahkan. Apabila
berlaku persetubuhan semasa iddah maka mereka tidak akan dikenakan hukuman zina yaitu
hukum hudud tetapi mereka hanya dikenakan hukuman ta’zir karena hal tersebut terjadi
dalam keadaan syubhat.
Sekiranya istri kembali kepada Islam sebelum suaminya dan suaminya kembali
semasa waktu iddah atau kedua-duanya kembali dalam masa yang sama semasa iddah maka
tetaplah akad nikah mereka. Bagaimanapun sekiranya salah seorang kembali kepada Islam
dan seorang lagi tidak kembali kepada Islam sehingga waktu iddah berakhir maka
pernikahan mereka difasakhkan.
Menurut Mazhab Hanafi, hendaklah dipisahkan di antara suami dengan istri sekiranya
dihukumkan sah murtadnya. Selain itu, menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf
pula, hukum fasakh kerana murtadnya suami tidak perlu menunggu keputusan hakim dan ini
berarti hukum fasakh berlaku ketika salah satu pihak murtad.
41 Arieff Salleh Rosman, Murtad Menurut Perundangan Islam, (Terbitan Universiti Teknologi Mara Skudai, 2001),
cet. Kedua, h. 64
75
Di dalam kes yang berlaku di Terengganu yaitu, Permohonan ex-parte Zaimas,
pemohon telah memohon mengesahkan perceraiannya di luar mahkamah. Permohonan
mengesahkan perceraian di luar mahkamah ini dikuatkan lagi dengan bukti menunjukan
bahwa suami itu telah diputuskan murtad oleh Kadi Daerah Johor Bahru. Dengan itu,
mahkamah telah memutuskan bahwa setelah mengetahui suami itu memang telah murtad,
mahkamah telah membubarkan perkawinan itu mengikut seksyen 43(1) Enakmen Undang-
undang Penntadbiran Keluarga Islam 1985 yang memperuntukan:
”Jika salah satu pihak kepada suatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu
kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dendan
sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga
disahkan sedemikian oleh Mahkamah.”
Oleh karena itu, bagi kasus orang Islam yang ingin murtad apa yang diperhatikan
dalam beberapa Undang-undang Keluarga Negeri, prosedur mengenai keluar dari Islam
masih lagi longgar walaupun ada yang menyentuh mengenainya. Kesannya, orang yang
hendak murtad tidak dapat diputuskan hasratnya itu. Hasilnya, di dalam Undang-undang di
Malaysia, orang yang hendak keluar dari Islam, memang tidak akan diperbolehkan oleh
Undang-undang dan dia masih terikat kepada Mahkamah Syariah di dalam hak-hak yang
berkaitan agama.
(ii) Dampak terhadap perkahwinan orang bukan Islam jika salah satu pasangan masuk ke dalam
agama Islam.
Ada beberapa kasus di Malaysia yang berkaitan dengan dampak pemelukan agama
Islam oleh salah satu pihak pada perkawinan di kalangan orang bukan Islam. Mengikut
76
hukum Islam, jika seseorang itu memeluk agama Islam dan istrinya tidak mengikut bersama
memeluk agama Islam sehabis masa iddah maka, perkawinan itu akan bubar tetapi di
Malaysia seseorang yang telah memeluk agama Islam, ia masih tidak ada hak untuk
membubarkan perkawinannya selagi pihak yang tidak Islam itu tidak memohon perceraian
di Mahkamah Sivil. Perkara ini dilihat sebagai suatu yang mendorong kepada kesusahan
bagi pihak yang memeluk Islam.42
Menurut Undang-undang Sivil, Seksyen 4 Akta memperbaharui Undang-undang
Perkahwinan dan Perceraian 1976, memperuntukan:
(1) Tiada apa-apa jua dalam akta ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkawinan yang
telah diupacarakan di bawah sesuatu undang-undang.
(2) Perkawinan itu, jika sah di bawah undang-undang agama, adat atau kelaziman yang
dibawahnya ia telah diupacarakan itu, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di
bawah Akta ini.
(3) Tiap-tiap perkawinan itu melainkan jika tidak sah di bawah undang-undang, agama,
adat atau kelaziman yang dibawahnya ia telah diupacarakan itu, hendaklah berterusan
hingga dibubarkan:
(a) Dengan kematian salah satu pihaknya atau
(b) Dengan perintah sesuatu mahkamah yang mempunyai bidangkuasa yang layak
atau,
42 Muhammad bin Abdullah, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang, (Ahbab Media, April 2006),
cet. 1, h. 57
77
(c) Dengan satu dikri pembatalan yang dibuat oleh sesuatu mahkamah yang
mempunyai bidangkuasa yang layak.
Seksyen 3 (3) Akta tersebut juga memperuntukan bahwa Akta tersebut tidak boleh
dipakai bagi seorang Islam atau bagi seorang yang kawin di bawah hukum syara’ dan tidak
satupun perkawinan boleh diupacarakan atau didaftarkan di bawah Akta itu jika salah
seorang daripada pihak kepada perkawinan itu menganut agama Islam, tetapi tiada apa-apa
jua dalam Pasal ini boleh diartikan sebagai menghalang sesuatu mahkamah yang
dihadapannya sesuatu petisyen43
perceraian telah dibuat di bawah Seksyen 51 Akta tersebut
daripada memberi dekri44
perceraian atas petisyen daripada satu pihak kepada sesuatu
perkawinan jika pihak yang satu lagi telah masuk Islam dan dekri itu adalah, walau apa pun
Undang-undang bertulis lain yang berlawanan, sah terhadap pihak kepada perkawinan itu
yang telah masuk Islam sedemikian itu.45
Terdapat beberapa kasus yang dapat dilihat tentang dampak undang-undang dalam isu
ini. Dalam kes Pedley lwn Majlis Ugama Islam Pulau Pinang, telah diputuskan bahwa di
bawah Undang-undang Sivil, suatu perkawinan bukan Islam tidak dibubarkan apabila salah
satu pihaknya memeluk agama Islam. Ia hanya memberi alasan bagi pihak yang tidak
memeluk agama Islam itu memohon perceraian.
43 Petisyen maksudnya Permohonan resmi kepada mahkamah supaya sesuatu tindakan kehakiman dapat diambil.
44 Dekri maksudnya Perintah yang dibuat oleh pihak berkuasa
45 Akta Memperbaharui Undang-undang Perkawinan dan Perceraian 1976
78
Kasus itu mengenai pihak yang menuntut beragama Kristian Katolik Roman, telah
berkawin dengan seorang perempuan seagama dengannya mengikut upacara Katolik Roman
kemudian istrinya telah memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada nama Islam
tanpa pengetahuan pihak yang menuntut . Lantaran itu, Kadi Besar Pulau Pinang telah
mengirim surat kepada yang menuntut mengatakan istrinya telah memeluk agama Islam dan
oleh kerana itu pihak yang menuntut dinasihatkan untuk memeluk agama Islam dalam masa
90 hari dan jika ia tidak berbuat demikian maka perkawinan mereka akan berakhir mengikut
hukum Islam. Pihak yang menuntut telah memohon suatu putusan bahwa masuknya istrinya
ke dalam Islam tidak akan merubahkan ikatan perkawinan mereka. Sehubungan dengan itu
Hakim Mahkamah Tinggi Sivil telah memutuskan bahwa pernyataan Kadi Besar itu tidak
akan mengganggu keadaan pihak yang menuntut hal ini sesuai dengan Undang-undang
peribadinya46
dan Undang-undang Sivil negara.
Dampak perundangan seperti ini juga dapat dilihat dalam kasus Ng Swee Pian lwn
Abdul Wahid dan seorang lagi di mana pihak penuntut telah memohon agar Mahkamah
Tinggi menghilangkan haknya yang wujud pada yang kena tuntut untuk membubarkan
perkawinan mereka dan tidak mempunyai bidangkuasa perundangan untuk mengeluarkan
perintah pembubaran tersebut. Pihak yang menuntut juga telah memohon kepada
Mahkamah untuk mengekalkan perkawinan mereka dan masih sah dari sudut Undang-
undang, Mahkamah Sivil memutuskan bahwa Mahkamah Kadi Daerah Bukit Mertajam
tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut tetapi sebaliknya
46 Undang-undang Pribadi maksudnya persetujuan-persetujuan yang dibuat ketika menikah (perjanjian perkawinan)
79
Mahkamah Sivil yang mempunyai bidangkuasa bagi perkara tersebut tetapi jika hanya
dimohon oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam
Demikianlah yang terjadi yang melibatkan peruntukan dalam Undang-undang
Membaharui 1976 dan hasil daripada penelitian, Akta Undang-undang tersebut tidak
mempunyai peruntukan khusus mengenai keluar daripada Islam.
c) Dampak Pertukaran Agama Kepada Perwalian
Wali yang telah murtad tidak mempunyai hak perwalian terhadap orang lain. Perkara ini
termasuklah haknya untuk menjadi wali dalam acara akad nikah bagi anak perempuannya.47
Wali dalam Islam harus yang beragama Islam. Orang kafir tidak boleh menjadi wali kepada
orang Islam begitulah sebaliknya. Jika lelaki murtad maka hilanglah hak perwalian terhadap
anak-anaknya. Ia tidak dibenarkan menjadi wali terhadap anak-anak lelakinya yang masih kecil
dan tidak pula menjadi wali pernikahan bagi anak perempuan.
d) Dampak pertukaran Agama Kepada Persaksian
Dalam hukum Islam, saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang fasik tidak diterima
persaksiannya apalagi orang kafir walaupun kafir dzimmi, kecuali dalam perkara wasiat orang
Islam yang hendak meninggal dunia dalam suatu perjalanan apabila tidak didapati orang Islam
disampingnya.
Dalam perkawinan dan perceraian, hendaklah dipersaksikan orang Islam yang adil. Maka,
apabila orang kafir dzimmi tidak dibenarkan menjadi saksi, tentulah orang yang murtad yang
tidak tentu agamanya lebih tidak layak dan tidak sah mengikut syarat sah sorang saksi Islam.
47 Ahmad Mohamed Ibrahim, Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia, (Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM),Kuala Lumpur, 1997), h. 412
80
F. Implikasi Hukum terhadap Orang yang Bertukar Agama
Murtad merupakan satu bahaya yang besar kepada umat Islam. Karena gejala ini bisa
merusakkan akidah seseorang. Perbuatan bertukar agama Islam kepada agama lain, tanpa ada
perasaan takut akan azab Allah akan menggalakkan orang lain mempermainkan ajaran Islam yang
suci ini. Oleh karena itu, perlaksanaan hukuman Islam terhadap gejala murtad ini perlulah
dilaksanakan.
Terdapat banyak implikasi hukum terhadap orang yang bertukar agama ini, antaranya ialah
murtad dapat mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat umat Islam dan negara. Hal ini
dapat berlaku, apabila seseorang itu murtad maka ia telah dianggap telah mengkhianati Islam. Maka
tidak mustahil kekhianatannya dalam agama akan membawa kepada hal-hal lain seperti tidak
amanah, tidak bertanggungjawab dan sebagainya.
Apabila seorang muslim itu telah diluluskan permohonan pertukaran agamanya kepada agama
yang lain, maka implikasinya, orang Islam yang lain akan dibenar meninggalkan agama Islam pada
bila-bila masa saja, walaupun mengakui mereka adalah bangsa Melayu. Maka, akan terjadi bangsa
Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah dituliskan di dalam
perlembagaan. Selain daripada itu, kesalahan Syarie yang dilakukan oleh seorang muslim tidak
boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak relevan lagi. Contohnya solat
boleh dilakukan mengikut cara yang tersendiri, tidak melakukan puasa di bulan Ramadhan dan
sebagainya.
Bagi institusi Raja-raja Melayu akan hilang kuasa sebagai benteng dan simbol keagamaan
bagi umat Islam. Begitu juga apabila seorang kanak-kanak umurnya masuk 18 tahun, ibubapa akan
81
terus hilang kelayakan untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil
ke atas ibubapa yang memaksa anak mereka untuk mengamalkan ajaran Islam.
Maka, kasus-kasus pertukaran agama ini akan menjadi perhatian menyeluruh bagi sebuah
organisasi, individu bukan Islam dan seluruh negara-negara besar menghantar wakil untuk
memberikan tekanan yang besar kepada institusi perundangan negara yang lemah untuk membela
aqidah umat Islam.
BAB III
GAMBARAN UMUM MENGENAI MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
G. Diskripsi Negeri Sembilan
82
Negeri Sembilan mempunyai luas 6,645 kilometer persegi.48
Populasi penduduk diprediksi
kurang lebih satu juta orang dengan mayoritas adalah orang Melayu. Daerahnya pada masa kini
terbahagi kepada tujuh daerah yaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Seremban
dan Tampin.
Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada tahun 1948, maka corak pemerintahan Negeri
Sembilan dan lain-lain negeri di Semenanjung turut berubah. Selain dari Pulau Pinang dan Melaka,
semua sembilan buah negeri Melayu yang beraja telah melantik ketua-ketua pemerintah dengan
nama ‘Menteri Besar’. Bagaimanapun oleh karena negeri ini masih lagi dijajah, maka kerajaan
Inggeris tetap juga meletakkan seorang pegawai Inggeris yang telah ditukar namanya dari ‘British
Resident’ sebelum perang dan ‘Resident Commissioner’ dalam masa Malayan Union kepada
‘British Adviser’ atau ‘Penasihat British’.
Dengan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu ini, muncullah satu babak baru dalam
sebuah negeri. Jika sebelumnya Negeri Sembilan belum ada perlembagaan yang tertulis akan tetapi
setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk maka, Negeri Sembilan juga turut menerima
perubahan, sebuah perlembagaan yang bertulis telah dikanunkan. Dengan adanya perlembagaan ini
maka terbentuklah sebuah dewan undangan yang dinamakan Majlis Undangan Negeri (State
Legislative Council) dengan semua ahlinya dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan dengan persetujuan Undang yang Empat.
Nama Negeri Sembilan diambil dari nama ‘Sembilan Negeri’ yang diketuai oleh ‘Sembilan
Penghulu’ yang mengangkat Raja Melewar. Perkataan ‘Negeri’ dipangkal huruf ‘Sembilan’ itu
diambil dari istilah yang lazim dipakai di tanah leluhur Minangkabau yang membawa pengertian
48 Keluaran Khas Kemerdekaan Berita Harian, Sabtu 30 Agustus 2008, h. 41.
83
satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, orang-orang
Minangkabau memanggil dengan nama ‘Negeri’ yaitu nagari.
Seperti kerajaan lain, Negeri Sembilan telah memiliki sistem pemerintahan yang teratur
meskipun baru terbentuk setelah runtuhnya kerajaan Melayu Melaka dan Johor. Sebelum Negara
mencapai kemerdekaan, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dijajah sejak Yamtuan (Yang
Dipertuan) Antah, dikalahkan dalam Perang Bukit Putus pada tahun 1874. Resminya Negeri
Sembilan bernaung di kekuasaan Kerajaan Inggeris (protektorat), dan diperintah oleh Pesuruhjaya
Tinggi British (British High commissioner).
Seremban adalah pusat pentadbiran dan ekonomi kepada Negeri Sembilan dan merupakan Ibu
Negeri, terdapat 62 mukim dan Bandar diraja adalah Sri Menanti. Sejajar dengan kepesatan
perindustrian Negara, Negeri Sembilan tidak ketinggalan sebagai antara negeri utama di Malaysia
yang menempatkan pelbagai jenis industri yang telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada
rakyat di Negara Malaysia.49
Selain itu, Negeri Sembilan yang mendapat pengaruh yang kuat dari Minangkabau dikenal
dengan sebutan negeri berbudaya. faktor itu turut menjadikan negeri itu unik hingga muncul
sebagai salah satu negeri wisata. Dengan kedudukan yang strategis di wilayah Selat Melaka selain
bertetangga dengan Lembah Klang, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang sangat maju dari
segi ekonomi.
H. Sejarah Singkat Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan
49 Puteri Fahsyar, Siri Gemilang Tanah Nusa Pahang dan Negeri Sembilan, (Pustaka Buana, 2004), cet. 1, hlm 38
84
Jabatan kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) dibentuk berdasarkan kepada Seksyen
41(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan, 1960. Sejak dibentuk hingga
tahun 1991, Mahkamah dijalankan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JAINS). Mulai tahun 1991 Mahkamah telah diasingkan dari pengurusan di bawah JAINS dan
mempunyai wewenang sendiri yang dinamakan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan
beribu pejabat di Seremban Negeri Sembilan.
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dibentuk melalui Perintah Majlis 1893 yang diberi nama
‘Penubuhan dan Kuasa Mahkamah Jenayah dan Sivil’ yang dikenali sebagai Mahkamah Kadi. Pada
mulanya Mahkamah Syariah adalah di bawah Pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sembilan dan ianya diasingkan mulai 1 Januari 1992 dan diberi nama Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Sembilan Darul Khusus. Sejak dari lahirnya Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Hukum
Syarak Negeri Sembilan 1991 pada 20 Juni 1991 Mahkamah Syariah memiliki tiga tingkat, yaitu:
a. Mahkamah Rendah Syariah
b. Mahkamah Tinggi Syariah
c. Mahkamah Rayuan Syariah.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan bertanggungjawab menguruskan perjalanan
perkara Mal dan perkara Jinayah di semua tingkat Mahkamah berdasarkan bidangkuasa yang
diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah
85
Negeri Sembilan 2003, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan 2003, Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003.50
I. Landasan Hukum Mahkamah Tinggi Syariah
Landasan hukum Mahkamah Tinggi Syariah yang merupakan satu objektif dalam
melaksanakan keadilan berdasarkan wewenang yang diberikan oleh undang-undang dan
perlembagaan selaras dengan kehendak prinsip Islam yang terkandung di dalam Al-Quran dan
Sunnah serta Ijmak dan Qias. Manakala misi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
menjadikan Jabatan itu sebuah jabatan yang tepat dalam melaksanakan keadilan di bawah Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003. Visinya sebagai sebuah agensi yang cemerlang
dalam melaksanakan keadilan berdasarkan Hukum syarak bagi masyarakat Islam di Negeri
Sembilan.51
Menurut Seksyen 61 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003, telah
mengatur Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai wewenang di seluruh Negeri Sembilan dan
diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Pada Seksyen 61 (2), Ketua Hakim Syarie
boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.
Manakala pada Seksyen 61 (3), bidangkuasa jinayah Mahkamah Tinggi Syariah,
membicarakan mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan
boleh dihukum di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 atau di
50 Wawancara Pribadi dengan Ustaz Abd Razak bin Mat Nayan, Negeri Sembilan, 04 Agustus 2008.
51 Latar Belakang Mahkamah Syariah, artikel diakses pada 08 Agustus 2008 dari
http://www.jksm.gov.my/jksm/display/akta.asp?page=03
86
bawah mana-mana undang-undang yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun
Agama Islam, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Wewenang malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan proses yang berkaitan
dengan pertunangan, perkawinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkawinan atau apa-apa yang
berkaitan dengan hubungan suami istri antaranya hadhanah, harta gono gini, wasiat atau hibah
semasa sakit keras, wakaf, perwarisan dan sebagainya serta, termasuk pernyataan bahwa seseorang
itu bukan lagi orang Islam, pernyataan seseorang yang telah mati adalah seorang Islam atau
sebaliknya semasa kematian dan perkara lain yang berkaitan dengan wewenang undang-undang
yang tertulis.52
52 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003
87
SETIAUSAHA
DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI
SEMBILAN
KETUA HAKIM SYARIE
PEGAWAI SYARIAH (PENYELIDIK)
7 PANEL RAYUAN JKSM
PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN)
MAHKAMAH RENDAH
PENGURUSAN DAN SUMBER MANUSIA
PENTADBIRAN KEHAKIMAN
MAHKAMAH TINGGI
KEUANGAN
KETUA PENDAFTAR
MRS JELEBU
MRS P. DICKSON
MRS K.PILAH
MRS REMBAU
MRS JEMPOL
MRS TAMPIN
HAKIM MTS MRS SEREMBAN
UNIT TEKNOLOGI/ PUSAT SUMBER
PENTADBIRAN
UNIT SULH
45
88
BAB IV
PERTUKARAN AGAMA MENURUT ENAKMEN PENTADBIRAN
AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
J. No. 10 Tahun 2003 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan ini telah disahkan
oleh Dewan Undangan Negeri pada tanggal 11 November 2003. Antara lain
isinya adalah Seksyen 119 yang berbunyi sebagai berikut:
i. Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam atau disifatkan
telah meninggalkan agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan
sehingga dia telah memperoleh suatu pengisytiharan bagi maksud itu
daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Suatu permohonan bagi pengisytiharan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat secara ex-parte kepada Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah dalam mahkamah terbuka oleh orang yang berhasrat untuk
meninggalkan Agama Islam.
(3) Suatu permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah menyatakan
alasan-alasan yang berdasarkannya pemohon berhasrat untuk
meninggalkan agama Islam sebagai agamanya dan hendaklah disokong
oleh suatu afidavit yang menyatakan semua fakta yang menyokong alasan
permohonan itu.
(4) Setelah diterima permohonan di bawah subseksyen (2), Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah yang mendengar permohonan tersebut hendaklah;
a) Menasihati orang itu supaya bertaubat, dan jika Hakim berpuas hati
orang itu telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hendaklah
merekodkan taubat orang itu, atau
b) Jika orang itu enggan bertaubat, sebelum membuat apa-apa perintah
terhadap orang itu, menangguhkan pendengaran permohonan itu untuk
tempoh 90 hari dan pada masa yang sama menghendaki pemohon
untuk menjalani sesi runding cara dan bimbingan bagi maksud
menasihati pemohon untuk menimbang semula Agama Islam sebagi
agamanya.
89
(5) Jika pada bila-bila masa orang yang dikehendaki menjalani sesi runding
cara dan bimbingan itu telah bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab
terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat
mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah
(6) Jika hakim berpuas hati bahawa orang yang dikemukakan dihadapannya
mengikut subseksyen (5) telah bertaubat mengikut Hukum Syarak, hakim
itu hendaklah merekodkan taubat orang itu.
(7) Jika setelah habis tempoh 90 hari yang disebut dalam perenggan (4)(b),
orang itu masih enggan bertaubat, maka pegawai yang bertanggungjawab
terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dengan secepat
mungkin dan membawa orang itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah.
(8) Jika setelah diterima laporan yang disebut dalam subseksyen (7),
Mahkamah berpendapat bahawa harapan masih ada untuk orang itu
bertaubat, maka Mahkamah boleh menangguhkan pendengaran
permohonan orang itu di bawah subseksyen (2) dan pada masa yang sama
memerintahkan orang itu supaya menjalani sesi runding cara dan
bimbingan yang selanjutnya selama tempoh yang tidak melebihi satu
tahun.
(9) Jika selepas perintah di bawah subseksyen (8) dibuat, orang itu bertaubat,
maka subseksyen (5) dan (6) terpakai.
(10) Jika setelah habis tempoh yang diperintahkan di bawah subseksyen (8)
dan orang itu masih enggan bertaubat, pegawai yang bertanggungjawab
terhadapnya hendaklah menyediakan suatu laporan dan membawa orang
itu ke hadapan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah boleh membuat
keputusan untuk mengisytiharkan bahwa orang itu meninggalkan Agama
Islam sebagai agamanya.
(11) Sebelum Mahkamah mengisytiharkan bahwa orang itu telah meninggalkan
Agama Islam sebagai agamanya, Mahkamah hendaklah membuat perintah
mengenai perkara yang berikut53
:
(a) Pembubaran Perkawinan
(b) Pembagian harta sepencarian
53 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003
90
(c) Hak Perwalian
(d) Hak Pusaka, dan
(e) Hak Hadhanah
K. Pertukaran Agama dan Peruntukan Undang-Undang mengenainya
Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan pertukaran agama dari
segi undang-undang. Di Malaysia, telah ada peruntukan undang-undang murtad.
Walau bagaimanapun, oleh kerana Undang-undang Islam di Malaysia ini
diletakkan di bawah wewenang negeri, maka tidak ada keseragaman mengenai
undang-undang ini. Jika dilihat dari undang-undang yang telah dibentuk
mengenai murtad di negeri-negeri di Malaysia ini, maka akan didapati lima
bentuk peraturan.
i. Peraturan yang menyatakan “Murtad adalah kesalahan yang memiliki
hukuman”
Di beberapa negeri, dapat dilihat ada yang meletakkan murtad ini
sebagai satu kesalahan yang memiliki sanksi sebagaimana yang telah diatur
oleh undang-undang. Contohnya antara lain yaitu:
1. Perak54
Perak adalah negeri yang menyatakan bahwa murtad adalah satu
kesalahan yang dikenakan hukuman. Sebagai contohnya, di dalam seksyen
54 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri Perak, 1992
91
13 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Perak, 1992 dinyatakan
bahwa:
“Seseorang Islam yang dengan sengaja, sama ada dengan perbuatan
atau perkataan atau dengan cara apa jua, mengaku hendak keluar
daripada agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang
yang bukan Islam adalah melakukan suatu kesalahan mempersendakan
agama Islam dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman
denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.
2. Terengganu
Di negeri Terengganu juga dinyatakan bahwa murtad merupakan satu
kesalahan yang dikenakan hukuman sebagaimana telah diatur di dalam
seksyen 29 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu, 1996
yang menyatakan bahwa55
:
“Barangsiapa yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam atau
mengisytiharkan bahawa beliau telah meninggalkan agama Islam, boleh
dikenakan denda sehingga RM 3,000.00 atau dihukum penjara tidak
kurang dari setahun atau kedua-duanya sekali”.
3. Pahang56
Selain itu di Pahang, murtad juga diatur di dalam enakmen. Dalam
enakmen ini dinyatakan bahwa murtad termasuk kesalahan yang
mempunyai sanksi hukum contohnya, di dalam seksyen 185 Enakmen
55 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu, 1996
56 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982
(Pindaan 1989)
92
Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982
(Pindaan 1989) menyatakan bahwa:
“Seseorang yang mengaku bahawa dia bukan lagi beragama Islam,
sama ada melalui percakapan, penulisan atau apa-apa cara dengan
apa-apa niat, adalah melakukan kesalahan dan hendaklah apabila
disabitkan dikenakan hukuman denda tidak lebih RM 5,000.00 atau
penjara tidak kurang dari 3 tahun atau kedua-dua sekali, dan sebat
tidak lebih dari 6 sebatan”.
ii. Tidak mengkategorikan ia sebagai kesalahan murtad tetapi sebagai
sebagian dari perbuatan menghina agama dan akan dikenakan
tindakan undang-undang
Selain itu, ada sebagian negeri yang tidak menyatakan secara langsung
mengenai murtad ini, tetapi meletakkannya dibawah kategori menghina
agama Islam. Ini dapat dilihat dibeberapa negeri diantaranya:
1. Melaka57
Di negeri Melaka, orang yang murtad dianggap orang yang menghina
agama Islam. Orang yang menghina agama Islam dikenakan tindakan
undang-undang. Sebagai contoh apa yang telah diperuntukkan di dalam
seksyen 209 (1) Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama
Islam Melaka 1986 yang menyatakan bahwa orang yang menghina agama
Islam akan disanksi tidak melebihi RM 3,000.00 atau satu tahun penjara
atau kedua-duanya sekali.
Selain itu di dalam menperjelas tindakan menghina agama Islam ini,
seksyen 209 (2) menambah yaitu:
57 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986
93
“Bagi maksud subseksyen ini, seseorang yang mengakui dirinya sebagai
seorang yang bukan Islam adalah membuat hina terhadap agama
Islam”.
2. Sabah
Di Sabah, peruntukan yang dibuat adalah dibawah menghina agama
Islam. Sebagai contoh di dalam seksyen 55 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Sabah 1995 ada memperuntukkan bahwa:
“Barang siapa secara lisan atau penulisan atau apa cara jua yang
dianggap membawa maksud mempersendakan atau menghina agama
Islam atau apa-apa perjalanan Mazhab atau pegawai agama yang
dilantik, guru agama, Imam, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis atau
Mufti mengikut mana-mana peruntukkan atau Enakmen ini adalah
melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan boleh didenda tidak
lebih RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-
duanya”.
Pasal lainnya menyebutkan murtad sama dengan menghina agama
adalah seksyen 55 (2) yang berbunyi:
“Seseorang yang beragama Islam yang mengaku bahawa dia bukan lagi
beragama Islam adalah melakukan kesalahan mengikut subseksyen (1),
dan sekiranya disabitkan boleh dihukum mengikut hukuman tersebut”.
iii. Peraturan yang mengatur tentang pemohon murtad akan dikenakan
tahanan di Pusat Pemulihan Aqidah
Ada sebagian negeri yang mengatur bahwa pemohon yang memohon
untuk menjadi murtad akan dikenakan tahanan di Pusat Pemulihan Aqidah
sebagai satu usaha untuk menghalangi terjadinya murtad ini. Negeri yang
memperlakukan aturan tersebut, diantaranya:
94
1. Sabah58
Di negeri Sabah, seorang muslim yang ingin keluar dari agama Islam
atau ingin dianggap sebuah kesalahan menghina agama dan akan dikenakan
tindakan undang-undang. Disamping itu, Sabah juga mengatur agar
dipulihkan akidahnya. Sebagai contoh di dalam Seksyen 63 (1) Enakmen
Undang-undang Jenayah Islam Sabah, 1995 dinyatakan bahwa mereka yang
ingin keluar dari Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah tidak lebih
dari 3 bulan.
2. Kelantan59
Bagi negeri Kelantan juga menyatakan perkara yang sama. Ini dapat
dilihat kepada seksyen 102 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Kelantan, 1994 dinyatakan bahwa jika seorang muslim ingin keluar dari
Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah tidak lebih dari 36 bulan
bagi tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum
syarak.
iv. Memberikan Bimbingan Rohani dan Spritual
1. Negeri Sembilan
58 Enakmen Undang-undang Jenayah Islam Sabah, 1995
59 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan, 1994
95
Di negeri Sembilan, orang yang hendak keluar dari Islam diberi jalan
dengan syarat. Negeri Sembilanlah satu-satunya negeri di Malaysia yang
mengatur syarat-syarat tertentu bagi orang yang ingin keluar dari Islam. Di
dalam Seksyen 119.Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan
2003 ada dinyatakan bahwa apabila seorang Hakim di Mahkamah Tinggi
Syariah telah mendengar permohonan tersebut, pihak hakim hendaklah
menangguhkan pendengaran kasus berkenaan untuk satu tempoh selama 90
hari dan pihak pemohon akan diserahkan kepada pihak Mufti untuk tujuan
kaunseling. Jika setelah habis tempoh 90 hari itu hakim berkenaan boleh
mengisytiharkan bahwa pemohon berkenaan bukan lagi beragama Islam
atau sebaliknya.60
Di dalam undang-undang di Negeri Sembilan ini, tidak ada hukuman
atau penahanan yang diatur dalam enakmen tersebut.
v. Tidak diatur dalam Undang-undang
Di beberapa negeri di Malaysia tidak memiliki undang-undang yang
mengatur tentang orang yang ingin murtad. Negeri-negeri tersebut adalah
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.
Dari paparan di atas telah dilihat beberapa aturan yang mengatur tentang
masalah murtad ini di dalam beberapa buah negeri, ada yang dikenakan hukuman,
ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah, ada juga diberi kaunseling dan ada juga
negeri yang tidak mengatur masalah ini sama sekali.
60Artikel diakses pada 12 Desember 2008 dari http://www.jksm.gov.my/disply/akta.asp?page03
96
Berdasarkan keadaan yang ada di Malaysia, tidak ada satu kes pun yang
dibawa ke Mahkamah Syariah atas kesalahan murtad yang mana orang murtad itu
dibicarakan dan dijatuhi hukuman di atas kesalahan itu. Undang-undang yang
telah diatur untuk kesalahan murtad masih lagi kabur dan longgar terutamanya di
dalam prosedurnya.
L. Prosedur Pertukaran Agama di Mahkamah Tinggi Syariah
Permohonan pertukaran agama bagi Negeri Sembilan merupakan mal dan
bukan kesalahan jinayah dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang
meletakkan pertukaran agama sebagai satu kesalahan jinayah. Peraturan mengenai
pertukaran agama telah dimasukkan ke dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri Sembilan 2003 menyatakan bahwa seorang muslim tidak boleh keluar dari
agama Islam atau tidak dianggap keluar dari agama Islam sehingga dia
mendapatkan satu deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Perkara ini
diperuntukkan dibawah Seksyen 119 (1) yaitu:
“Seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam atau disifatkan
telah meninggalkan Agama Islam sebagai agamanya melainkan jika dan
sehingga dia telah memperoleh suatu perisytiharan bagi maksud itu daripada
Mahkamah Tinggi Syariah”
Deklarasi itu diperoleh dengan membuat permohonan secara ex-parte yang
disertai dengan alasan-alasan permohonan kepada Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah dalam perbicaraan yang terbuka. Pengamalan permohonan ex-parte hanya
dibenarkan untuk kasus-kasus yang dianggap benar-benar terdesak (Real
97
urgency). Begitu juga dengan bentuk permohonan bagi pertukaran agama yang
dianggap sebagai kasus yang perlu diselesaikan segera.61
Keinginan untuk keluar dari Agama Islam dan menganut agama selainnya
merupakan satu perbuatan yang ditegah oleh agama Islam. Walaupun tegahan
tersebut tidak dapat menghalang seseorang itu untuk membatalkan niatnya. Setiap
permohonan untuk pertukaran agama yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi
Syariah di Negeri Sembilan adalah bertujuan untuk memastikan apakah
permohonan mereka itu diterima atau ditolak dan dibuang dengan perintah
Mahkamah Tinggi Syariah. Tetapi terdapat juga pemohon yang membatalkan
pemohonannya dan menarik semula kasus yang telah diajukan.
Kasus yang diterima oleh Mahkamah Tinggi Syariah apabila pemohon dapat
membuktikan alasan-alasan yang kuat sebagai contoh, jika pemohon memberi
alasan untuk berpindah agama karena sering melakukan upacara keagamaan di
kuil, makan makanan yang haram, maka Mahkamah Tinggi Syariah akan meneliti
dan memeriksa bukti-bukti yang diajukan untuk melihat kebenarannya.
Permohonan akan diterima apabila hakim berpendapat bahwa pemohon dari kecil
telah hidup dengan cara agama yang dianutnya.
Mahkamah Tinggi Syariah juga akan menerima permohonan tersebut
apabila meneliti laporan yang diberikan oleh Jabatan Mufti semasa proses
persidangan yang menunjukkan bahwa sebagian hidup pemohon tidak lagi
mengamalkan ajaran Islam.
61 Wawancara Pribadi dengan Ustaz Abdul Halim bin Shariff, Negeri Sembilan, 07 Agustus
2008.
98
Permohonan pertukaran agama juga boleh ditolak oleh Mahkamah Tinggi
Syariah apabila alasan yang diberikan tidak mencapai tahap keyakinan yang boleh
diterima. Contohnya pemohon mengatakan bahwa dia telah murtad karena tidak
lagi mengamalkan ajaran Islam tetapi Mahkamah Tinggi Syariah juga mendapati
bahwa dia juga tidak mengamalkan perkara yang dilarang dalam Islam yang telah
menetapkannya dia menganut agama tertentu seperti menjalani upacara di gereja.
Setelah diterima permohonan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah akan
mendengar dan menasihati orang itu supaya bertaubat sekiranya Hakim percaya
bahwa orang tersebut telah bertaubat mengikut hukum Syarak, hendaklah
mencatat taubat orang tersebut atau jika orang itu enggan bertaubat maka, Hakim
akan menangguhkan pendengaran permohonan itu selama 90 hari dan pada masa
yang sama menghendaki pemohon untuk menjalani sesi persidangan dan
bimbingan untuk menasihati pemohon bagi menimbang semula Agama Islam
sebagai agamanya yang mana masanya tidak melebihi satu tahun. Sekiranya
dalam sesi tersebut pemohon telah bertaubat, pegawai yang bertanggung jawab
akan menghantarkan laporan dan membawa orang itu ke Mahkamah Tinggi
Syariah untuk dicatatkan taubatnya itu, tetapi jika setelah habis tempoh untuk sesi
persidangan dan bimbingan akan tetapi pemohon masih tidak mau bertaubat,
maka pihak Mahkamah Tinggi Syariah boleh membuat keputusan yang
menyatakan bahwa orang tersebut telah meninggalkan agama Islam62
.
62 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003
99
Sebelum mahkamah memutuskan bahwa orang tersebut telah meninggalkan
agama Islam, mahkamah hendaklah membuat perintah mengenai perkara yang
berkaitan dengan:
(a) Pembubaran Perkahwinan
(b) Pembagian harta sepencarian
(c) Hak Perwalian
(d) Hak Pusaka dan
(e) Hak Hadhanah
Jelas di dalam peruntukan mengenai pengisytiharan pertukaran agama yang
ada di Negeri Sembilan, ianya memberikan ruang kepada mahkamah untuk benar-
benar memastikan bahwa pemohon sudah tidak mau bertaubat sebelum
memberikan keputusan tentang status agama. Jangkamasa penangguhan yang
berada di dalam tangan mahkamah bertujuan memberikan masa kepada pemohon
untuk berfikir mengenai perkara tersebut.
M. Analisis Penulis
Mengenai kasus-kasus pertukaran agama yang telah didaftarkan di
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. Seseorang yang telah berniat untuk
menukar agamanya bagi memilih agama selainnya akan membuat permohonan
pertukaran agama di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri Sembilan 2003 seperti yang telah dibincangkan di bab yang lalu.
100
Dua unsur penting di dalam kesalahan murtad adalah keluar dari Islam dan
berlakunya niat jahat. Keluar dari Islam berarti tidak lagi mempercayai Islam. Ini
boleh berlaku dengan tiga cara:
i) Dengan melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan
ii) Dengan perkataan
iii) Dengan iktiqad
Keluar dari Islam dengan melakukan sesuatu perbuatan seperti melakukan
perbuatan yang diharamkan oleh Islam secara menolak pengharaman itu dengan
sengaja atau dengan tujuan menghina Islam atau mempersendakannya, seperti
sujud pada berhala atau mencampakkan al-Quran ke tempat yang kotor atau
menghina isi kandungannya.
Murtad dengan cara meninggalkan sesuatu perbuatan seperti meninggalkan
apa-apa yang diwajibkan oleh Islam seperti solat dan zakat, dengan menafikan
kewajiban atau menghalalkan peninggalannya. Manakala keluar dari agama Islam
dengan perkataan seperti mengeluarkan kata-kata yang dapat menunjukkan atau
membawa kekufuran, seperti mengingkari ketuhanan dengan mengatakan bahwa
Allah s.w.t itu tiada, menyatakan diri keluar dari Islam atau mengaku diri sebagai
seorang Nabi.
Murtad dengan iktikad boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai
iktikad yang bertentangan dengan Islam, seperti mepercayai bahwa alam ini tiada
penciptanya. Para fuqaha’ sependapat bahwa orang gila, orang mabuk atau kanak-
kanak melakukan perkara-perkara yang dapat membawa kepada murtad, mereka
tidak dianggap telah keluar dari agama Islam, sebaliknya dianggap masih kekal di
101
dalam Islam. Begitu juga dengan orang yang dipaksa murtad, apakah dengan
perbuatan atau perkataan, dia tidak akan jatuh murtad. Ini telah disetujui oleh para
fuqaha’ mazhab yang empat berdasarkan firman Allah s.w.t dalam firman Allah
s.w.t:
FG�1 J��� 9%>�y^cE z3�3/,&+]�� �7A=☺Jd2� �� =☺�()�x �:Y +���
�i� ==� -| >�0pXY0��x *DJV}h ���e0�%&=4+, ~&-~⌧" B���� ��
��[e+��� ��⌧f�2 ~���k�2 �O��A
Artinya : “Kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam
beriman (Dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan
dadanya untuk kekafiran, Maka kemurkaan Allah menimpanya dan
baginya azab yang besar”. (Q.S an-Nahl: 106)
Niat jahat juga merupakan suatu syarat yang penting untuk menentukan
apakah seseorang itu boleh dijatuhkan hukuman murtad atau tidak. Niat jahat
berarti bahwa seseorang itu sengaja melakukan perbuatan atau perkataan kufur
yang dia sendiri tahu mengenai perbuatan atau perkataan itu.63
Di Malaysia, didapati orang-orang yang mencuba murtad yang terdiri dari
tiga golongan yaitu orang yang murtad dengan sendirinya, orang yang keluar dari
Islam dan menyatakannya, golongan yang seakan-akan murtad tetapi tidak berniat
dengan sedemikian.
Sebagaimana sebuah kasus Nyonya Tahir, Nomor Fail 05100-099-0021-
2006 yang merupakan antara golongan yang murtad secara sendiri. Sinopsis
kasusnya, permohonan ex-parte ini telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri
63 Zaleha Kamaruddin, Kamus Istilah Undang-undang Keluarga Islam, Zebra Editions Sdn.
Bhd., cet. 2002, h. 100-101
102
Sembilan (MAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS)
memohon keputusan mahkamah untuk menentukan status agama Nyonya dan
permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama
Buddha yang mati pada 18 Januari 2006.
Nyonya Tahir dilahirkan pada tahun 1918 di Alor Gajah, Melaka dan sejak
kecil ia dipelihara oleh neneknya seorang Melayu yang nikah dengan seorang
mualaf Cina berketurunan Hailam. Ia diasuh neneknya yang beragama Buddha.
Pada tahun 1936 ia melangsungkan perkawinan dengan lelaki Cina dan dikurniai
13 orang anak. Pada usia 86 tahun, tahun 2006 Nyonya meninggal dunia dan
anaknya membuat laporan kematian di Kantor Polisi Tampin, status Nyonya
disedari oleh polisi tersebut karena terdapat status agamanya di Kartu Tanda
Penduduk (KTP) yang menyatakan beliau adalah seorang yang beragama Islam.
Menurut anaknya, ibunya itu membuat wasiat dalam akuan bersumpahnya bahwa
dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut
cara agama Buddha. Maka Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohd Shukor
Sabudin dalam keputusannya telah membenarkan mayat Nyonya Tahir
disemadikan mengikut agama Buddha karena ia didakwa telah mengamalkan cara
hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu.64
Keputusan yang
dibuat karena dua sebab yaitu:
1) Berdasarkan bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan
membicarakan kasus-kasus berkaitan dengan kepentingan orang Islam
termasuk masalah akidah di negara ini.
64 Artikel-artikel Utusan Malaysia bermula 20 Januari sehingga 24 Januari 2006
103
2) Keputusan itu juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya Tahir dan
keterangan bersama kakaknya di mahkamah pada hari persidangan.
Hasil dari afidavit itu, mahkamah percaya dengan keterangan-keterangan
yang diberikan dan memutuskan bahwa Nyonya Tahir adalah bukan beragama
Islam semasa kematiannya.
Mengikut data statistik Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan jumlah
pemohonan pertukaran agama semakin meningkat sejak dari tahun 1999 sehingga
2008. ini dapat dilihat dari tabel berikut:
TABEL 1
STATISTIK KASUS PERTUKARAN AGAMA DI NEGERI SEMBILAN
DARI TAHUN 1999 SEHINGGA 2008.
TAHUN 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 JUMLAH DAFTAR 12 8 14 23 14 14 21 24 13 14 157 PERMOHONAN
LULUS 5 1 4 7 2 2 - 2 - - 23
PERMOHONAN
DITOLAK 1 - - 2 1 - - - - - 4
TARIK KASUS 1 1 - - - 1 - 2 - - 5 BUANG KASUS 1 2 9 3 1 - 3 - - 5 TINDAKAN
PROSIDING 6 5 8 5 8 10 21 17 13 14 107
SUMBER: MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
SEREMBAN
Berdasarkan kepada tabel diatas, dapat dilihat bahwa jumlah pemohonan
kasus pertukaran agama yang didaftarkan dari tahun 1999 sehingga 2008
berjumlah 157 kasus. pada tahun 2006 tahun yang mencatatkan jumlah
permohonan pertukaran agama terdapat di kasus, angka tertinggi dibandingkan
dengan tahun-tahun yang lain jumlah permohonan yang paling tinggi yaitu 24
kasus. Sementara itu pada tahun 2000 hanya terdapat 8 kasus, angka terkecil
dibandingkan tahun-tahun yang lain.
104
Setiap permohonan yang didaftarkan Mahkamah Tinggi Syariah akan
menilai setiap alasan-alasan yang dikemukakan oleh pemohon di dalam afidavit
dan akan menyiasat setiap alasan yang diberikan. Pada tahun 2005, 2007 dan
2008 tidak satu pun permohonan yang dikabulkan oleh Mahkamah Tinggi
Syariah. Di samping itu dari tahun 1999 sehingga 2008 hanya ada 4 kasus yang
ditolak.
Agama atau ad-din merupakan satu kemaslahatan pertama daripada lima
kemaslahatan (masalih al-khamsah) yang wajib didukung dan dipelihara oleh
umat Islam. Tiada yang lebih buruk daripada perbuatan keluarnya seseorang
daripada Islam setelah menganutnya.
Seseorang itu tidak boleh dipaksa menganuti mana-mana agama dan tidak
boleh dipaksa memasuki agama Islam. Jika dilihat kedudukan Islam dalam
sejarah negara Malaysia, ketika Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan
kemudiannya Malaysia, 1963 masih negara yang baru dan memerlukan
kedudukan agama Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan yang jelas
menunjukkan hubungan dengan sejarah lampau negara yang intim dengan negara
Islam yang lain. Secara tidak langsung meletakkan Islam sebagai nilai resmi
negara, sama seperti kedudukan Raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan hak-hak
istimewa orang Melayu.65
Kepentingan seseorang itu untuk mendaftar ke dalam
mana-mana agama termasuklah dengan Islam adalah salah satu elemen penting
65 Mohd Salleh Abas (1997), Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) h. 38
105
yang akan menjadi bukti kukuh tentang keislaman seseorang apabila berlaku
sebarang perselisihan perundangan.66
Untuk tujuan pendaftaran, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan diberi
kuasa melantik pendaftar mualaf yang bertanggungjawab menyelenggarakan
daftar mualaf bagi yang memeluk agama Islam dan begitu juga sekiranya
seseorang itu ingin keluar dari agama Islam, perlu baginya membuat permohonan
dan mendaftar sekiranya permohonannya itu diterima. Seseorang yang memeluk
agama Islam hendaklah mendaftarkan dirinya sebagai mualaf di dalam borang
permohonan. Pendaftar hendaklah berpuas hati dengan syarat-syarat memeluk
Islam dipenuhi sebelum mendaftar orang itu dan bagi yang mohon untuk keluar
Islam, hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang akan melihat alasan-alasan
permohonan.67
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sembilan 1991 (Pindaan 1995)
telah dipinda kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003
telah memperuntukkan mengenai pertukaran agama yang jelas mengiktirafkan
kedudukan Mahkamah Tinggi Syariah dalam membuat keputusan dan terdapat
pindaan perkara-perkara yang berhubung dengan keluar dari agama Islam yang
jelas dilihat dalam enakmen terbaru berbanding enakmen terdahulu.
Walau bagaimanapun, Undang-undang berkaitan dengan agama Islam di
setiap negeri tidak lagi diselaraskan dan masih kabur sehingga kini serta gejala
66 Zuliza Mohd Kusiin (2001), Pendaftaran Memeluk Agama Islam, Jurnal Islamiyyah, Jilid 22,
Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia h.19-22
67 Seksyen 110, 111 (1) (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003
106
murtad semakin bertambah. Berdasarkan kasus-kasus yang berlaku, jelas
menunjukkan kekurangan peruntukan Undang-undang dalam masalah murtad
terutamanya dalam prosedur untuk keluar dari Islam. Maka pihak yang
bertanggungjawab, perlulah mengambil langkah ke arah penyelarasan dan
penyeragaman undang-undang di seluruh negeri.
Begitu juga di dalam kasus murtad hanya beberapa negeri yang telah
membuat undang-undang mengenainya dan masih ada lagi negeri-negeri yang
tidak ada peruntukan undang-undang untuk mengendalikan kasus seumpama ini.
Malah peruntukan undang-undang di beberapa negeri terdapat kelemahan yang
perlu diperbaiki. Justru, kelemahan-kelemahan itu dapat diatasi segera dengan
menggubal undang-undang atau memperkemaskinikan mana-mana enakmen yang
sedia ada.
BAB V
PENUTUP
107
N. Kesimpulan
Setelah membahaskan masalah pertukaran agama menurut Undang-undang
Keluarga Islam di Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Sembilan ini, maka
penulis membuat beberapa kesimpulan di akhir bab karya ilmiah ini, bahwa:
1) Bentuk-bentuk pertukaran agama terdapat tiga yaitu orang yang murtad
dengan sendirinya, orang yang keluar dari Islam serta memutuskannya dan
golongan yang seakan-akan murtad tetapi tidak berniat melakukannya.
2) Murtad merupakan satu kesalahan dan akan dikenakan sanksi bagi yang
bertukar agama menurut Perundangan Malaysia yaitu sebanyak Rm 3,000.00
(Ringgit Malaysia Tiga Ribu Ringgit) atau dihukum penjara tidak kurang dari
setahun atau kedua-duanya.
3) Implikasi hukum terhadap orang yang bertukar agama di Malaysia jelas,
bahwa merupakan satu bahaya yang besar kepada umat Islam terhadap
institusi Perlembagaan, Perundangan, Raja Melayu dan Kekeluargaan.
4) Dampak pertukaran agama di dalam Undang-undang Malaysia berdasarkan
Islam maupun peruntukan perundangan yang ada di negara Malaysia yaitu
terhadap harta pusaka, hadhanah, hak perkawinan, perwalian, persaksian dan
harta gono gini. Bagi harta pusaka, seseorang yang bukan Islam tidak boleh
mewarisi harta peninggalan orang Islam begitulah sebaliknya. Perkawinan
orang Islam jika salah satu pasangan keluar dari Islam sebelum berlaku
persetubuhan maka difasakhkan nikahnya, tetapi apabila telah berlaku
persetubuhan maka terfasakhlah perkawinan tersebut dengan beriddah
108
manakala hak penjagaan anak tidak boleh diserahkan anak tersebut kepada
yang telah murtad. Begitu juga bagi hak perwalian, persaksian dan harta gono
gini, tidak boleh diserahkan kepada orang yang bukan Islam.
O. Saran-saran
Dalam membuka permasalahan pertukaran agama yang berlaku di Malaysia,
penulis mempunyai beberapa ide-ide untuk Konstitusi Malaysia supaya
bersesuaian dengan Undang-undang Islam di Malaysia. Beberapa saran yang
ingin penulis titipkan dalam penulisan ini adalah:
i. Undang-undang dan peruntukan ini perlu diselesaikan dan diselaraskan. Ini
melibatkan usaha daripada Majlis Fatwa Kebangsaan, Majlis-majlis Agama
Negeri dan juga kerjasama yang dibentuk di antara negeri-negeri. Ia penting
supaya dapat mengurangkan isu pertukaran agama ini.
ii. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), perlulah bertindak dengan
lebih agresif lagi terhadap gejala-gejala pertukaran agama yang semakin
berleluasa karena, JAKIM sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam hal
ehwal agama Islam.
iii. Mengadakan seminar yang bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan
kepada masyarakat berhubung hak-hak kekeluargaan sebelum dan semasa
perkawinan, pemahaman terhadap hak kekeluargaan semasa dan selepas
perceraian selain menyediakan maklumat-maklumat berkaitan prosedur
tuntutan hak-hak kekeluargaan di Mahkamah Syariah.
109
DAFTAR PUSTAKA
Al-Khin, Mustofa. etc.. Kitab Fikah Mazhab Syafie UU Kekeluargaan: Nikah, Talak,
Nafkah, Penjagaan Anak-Anak, Penyusuan, Menentukan Keturunan, Anak
Buangan, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd, 2005.
Bungin, Burhan.Metodologi Penelitian Kuantitatif: Komunikasi, Ekonomi dan
Kebijakan Publik Serta Ilmu-Ilmu Sosial Lainnya. Jakarta: Prenada Media,
110
2005, Cet. I.
Mohamed Ibrahim, Prof. Tan Sri Ahmad. Tinjauan Kepada Perundangan Islam,
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 1996.
Jusoh, Hamid. Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1992.
Majid, Mimi Kamariah. Undang-Undang Keluarga Di Malaysia. Kuala Lumpur:
Butterworths Asia, 1992.
Mohammad, Dr. Jinayat dalam Islam: Satu Kajian Ilmiah mengenai Hukum Hudud.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1993.
Abdullah, Muhammad. Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang.
Ahbab Media, cet. 1 April, 2006.
Al-Qardawi, Kedudukan Non Muslim dalam Negara Islam(Terj), Penerjemah Mat
Saad Abd Rahman, Jabatan Perdana Menteri,(t.t), Kuala Lumpur.
Choon, Lee Min, Freedom of Religion in Malaysia, Kuala Lumpur, Kairos Research
Center, 1999.
Haji Ahmad, Dato’ Seri Setia Awang Haji Adam, Cabaran Negara di Alaf Baru,
Pusat Dakwah Islamiah Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei
Darussalam, 2003.
Muslehuddin, Muhammad, (terj.) Asiah Idris, Jenayah dan Doktrin Islam dalam
tindakan pencegahan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1992.
El- Awa, Mohamed S. Punishment in Islamic Law. America Trust Publications:
Indianapolis, 1982.
El Awa, Mohamed S. Hukuman dalam Undang-undang Islam; Satu Kajian
Perbandingan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1999.
Hj Abdul Latif, Abdul Rashid, Undang-undang Pusaka dalam Islam. Terbitan al-
Hidayah, Cetakan Keempat 2002.
Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid Analisa Fiqih Para Mujtahid,( terj), Jakarta, Pustaka
Amani, cet. kedua 2002.
Hj Ibrahim, Said, Murtad dari sudut Hukum Syara’ dan Perundangan Islam. Kuala
Lumpur, Darul Ma’rifah, cet. 1998.
111
Mohamed, Mahfodz. (t.t), Satu Kajian Ilmiah mengenai Hukuman Hudud. Kuala
Lumpur, Nurin Enterprise.
Rosman, Arieff Salleh, Murtad Menurut Perundangan Islam. Terbitan Universiti
Teknologi Mara Skudai (UTM), 2001, cet. Kedua.
Abdullah, Muhammad bin, Pertukaran Agama Menurut Islam dan Undang-undang,
Ahbab Media, April 2006, cet. 1.
Ibrahim, Ahmad Mohamed, Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia. Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),Kuala Lumpur, 1997.
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dawana Sdn. Bhd, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), 2005.
Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, Prof. Emeritus, Naib Yang Dipertua Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), dikutip dari Koran Mingguan Malaysia
pada tarikh 10 Agustus 2008.
Yaacob, Abdul Monir, “Kesan Pertukaran Agama dan kesan dari perspektif
Syariah” (kertas Kerja Seminar Pertukaran Agama dan Kesan dari Perspektif
Syariah dan Perundangan, 15 Julai 2006.
Al-Hafiz, Abu Mazaya, Fiqh Jenayah Islam, Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur,
2004.
Abas, Mohd Salleh. Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia. Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 1997.
Dr. Zaleha Kamaruddin, Kamus Istilah Undang-undang Keluarga Islam, Zebra
Editions Sdn. Bhd., cet. 2002.
Zuliza, Mohd Kusiin. Pendaftaran Memeluk Agama Islam, Jurnal Islamiyyah, Jilid
22, Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001.
Fahsyar, Puteri, Siri Gemilang Tanah Nusa Pahang dan Negeri Sembilan. Pustaka
Buana, cet. 1 2004.
Artikel-artikel Utusan Malaysia bermula 20 Januari sehingga 24 Januari 2006
Akta Memperbaharui Undang-undang Perkawinan dan Perceraian 1976
Keluaran Khas Kemerdekaan Berita Harian, Sabtu 30 Ogos 2008
112
Awdah, al-Tashri’ al Jina’ al Islami Muqarinan bi al Qanun al Wadie’, Muassasah ar
Risalah, Beirut 1994, jilid 1.
Jamaah Min Kibar Al-Lughawiyinal arab, al-Mujam al-‘Arabi Al-Asasi,
Munazzamah Al-‘Arabiah Lit-Tarbiah Wa Thawafah Wal Ulum, 1999.
Ibn Abd Rahman Al-Hattab, Muhammad, Mazahib al-Jalil li Syarah Mukhtasar
Khalil, Qaherah jilid 6.
Al-Muti’i, Muhammad Najib, Kitab al-Mazmu’ Sarh al-Muhazzab li Syirazi,
Maktabah al-Irsyad, Jeddah, jilid 21.
Al-Shawkani. Nayl al-Awt’ar Sharh Muntaqa al-Akhbar. Beirut; Dar al-Fikr,1994,
jilid 6.
Sabiq, Sayyid, Fiqh as-Sunnah, (Beirut: Dar al-Fikr, 1983), cet. 4, Juz II
Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982
(Pindaan 1989)
Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan, 1994
Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu, 1996
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003
Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Perak, 1992
Enakmen Undang-undang Jenayah Islam Sabah, 1995
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995
Website:
http://www.utusanmalaysia.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1204&pub=Utusan
_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
http://www.esyariah.portal.gov.my/portal/page?_pageid=185,79646&_dad=portal2&
_schema=PORTAL2
http://www.jksm.gov.my/jksm/display/akta.asp?page=03
113
http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia.
Wawancara:
Ustaz Abd Razak bin Mat Nayan, Ketua Pendaftar Pegawai Syariah Mahkamah
Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan, tanggal 04 Agustus 2008, jam 3.00 pm,
bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Mahkamah Tinggi
Syariah Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus.
Ustaz Abdul Halim bin Shariff, Penolong Pegawai Syariah di Mahkamah Tinggi
Syariah Seremban, Negeri Sembilan, 07 Agustus 2008, jam 3.30 pm, bertempat di
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Mahkamah Tinggi Syariah Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Ustazah Zarina binti Hj. Zuber, Pembantu Syariah di Mahkamah Tinggi Syariah
Seremban, Negeri Sembilan, 07 Agustus 2008, jam 4.05 pm, bertempat di Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Mahkamah Tinggi Syariah Seremban Negeri
Sembilan Darul Khusus.
114
115
116
117
118
119
120
121