bailtul mal

Upload: davidz-gan

Post on 17-Oct-2015

99 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Ape-ape je la

TRANSCRIPT

baitul mal perakBAHAGIAN ZAKATFungsi Utama :Menguruskan Perlaksanaan Pungutan Serta Agihan Zakat Dan Fitrah Secara Berkesan Bagi Manfaat Umat Islam Di Negeri Perak.

UNIT-UNIT YANG BERPERANAN DI BAHAGIAN ZAKAT1. UNIT TAKSIRAN/PUNGUTANUnit ini bertanggungjawab dalam tugas-tugas berikut: Membantu individu dan organisasi Islam membuat taksiran zakat Membuat anggaran kutipan zakat tahunan, mengendalikan urusan kutipan zakat tahunan. Mengendalikan urusan kutipan. Memproses perlantikan dan pertauliahan amil. Merancang aktiviti promosi / kursus / seminar / zakat di negeri Perak.

Di samping itu terdapat juga aktiviti-aktiviti kutipan seperti berikut:- Mengadakan pameran dan ceramah zakat di pejabat kerajaan,sekolah, pusat membeli belah dan lain-lain organisasi. Mengedarkan pamplet / risalah zakat kepada orang ramai. Membuka kaunter bayaran zakat fitrah di tempat tumpuan awam. Mengadakan skim bayaran zakat melalui potongan gaji.2. UNIT AGIHANUnit ini bertanggungjawab dalam mengagihkan wang zakat kepada lapan jenis asnaf mengikut hukum syarak. Asnaf-asnaf tersebut adalah seperti berikut: Fakir Miskin Amil Muallaf Ghorimin Fisabilillah Ibnu Sabil Riqab

BAHAGIAN HARTANAH DAN PELABURANFUNGSI UTAMA :Mentadbir dan membangunkan dengan berkesan segala urusan hartanah dan sumber am di negeri Perak Darul Ridzuan.Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992Seksyen 74"...Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf am, wakaf khas dan semua nazar am, setakat mana sesuatu harta yang mengenainya terletak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan,..."Di bawah bahagian ini terbahagi kepada dua (2) unit utama:1. Unit Baitulmal Tanah Baitulmal merupakan tanah milik Baitulmal samada diperolehi melalui cara pembelian dan perintah pembahagian harta pesaka yang tiada waris atau tidak dihabisi oleh waris. Tanah-tanah Baitulmal boleh dibangunkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan pendapatan dari harta Baitulmal boleh digunakan untuk pentadbiran dan pembangunan Baitulmal sendiri.2. Unit Wakaf Wakaf dalam bahasa Arab bermaksud menahan (habs) dan membeku (manu) dari segi syarak, Syed Sabiq mendefinisikan wakaf sebagai menahan harta untuk memberikan manfaatnya di jalan Allah s.w.t.. Secara umumnya wakaf bermaksud harta yang ditahan dan diserahkan kepada Nazir Wakaf supaya dimanfaatkan hasil untuk tujuan yang ditentukan.TARIF BAITULMAL :Baitulmal menurut bahasa ialah tempat yang disediakan untuk menyimpan harta samada harta khas ataupun harta am.

SUMBER AM BAITULMAL1. Sumber am Baitulmal hendaklah termasuk perkara-perkara berikut : Sumbangan dan pemberian Fidyah dan kaffarah Wang dan harta orang Islam yang tidak dituntut Wasiat am Harta pusaka yang tidak diwarisi Harta-harta tercicir (luqatah) Lain-lain sumber Baitulmal mengikut Enakmen ini atau Hukum Syara2. Kerajaan hendaklah dari semasa ke semasa menyumbang kepada Baitulmal mengikut amaun yang difikirkannya wajar, Majlis boleh menerima apa-apa deposit kedalam Baitulmal daripada mana-mana orang, badan atau organisasi Islam atas syarat-syarat tentang pembayaran balik dan pelaburannya dan apa-apa faedah-faedah lain yang boleh dibayar ke atasnya, atau selainnya, sebagaimana dipersetujui di antara Majlis dengan pendeposit. Majlis boleh menjadi pemegang amanah bagi mana-mana pungutan kerana khairat di bawah Enakmen ini dan bagi apa-apa sumbangan atau pemberian yang diterima bagi maksud menyokong dan memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut Hukum Syara.

TARIF WAKAF :Menahan harta benda yang kekal zatnya, yang mungkin di ambil manfaatnya, untuk diberikan pada jalan kebaikan.CIRI-CIRI WAQAF :

Untuk menjamin amalan tersebut sah dan diterima oleh syara, beberapa ciri penting perlu ada. Amalan waqaf akan menyebabkan kuasa pemilikan harata dari tuannya akan terhapus terhadap harta tersebut. Kecuali pada mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah. Waqaf adalah satu sedekah yang berlainan berterusan oleh itu harta yang hendak diwakafkan itu mestilah kekal sifat dan zatnya. Kecuali pada mazhab Imam Malik dan Abu Hanifah. Setiap amalan wakaf mesti ada pemberi dan penerimanya. Setiap harta yang hendak diwakafkan mestilah harta persendirian dan bukan milik orang lain. Penggunaan harta wakaf mestilah digunakan untuk kebajikan dan perkara-perkara yang diharuskan syara. Waqaf bukanlah pemberian harta kepada seseorang secara mutlak kerana harta waqaf adalah milik Allah. Kecuali pada pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah.

HIKMAH DISYARIATKAN WAKAF Menggalakkan orang-orang Islam menggunakan hartanya di jalan kebaikan bagi kepentingan masyarakat Islam, seperti pembangunan masjid, sekolah institusi-institusi pendidikan dan sosial, menyebarkan dakwah Islamiah, mengembangkan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Bagi memenuhi hajat orang-orang miskin, anak-anak yatim dan orang-orang yang memerlukan. Sebagai amal taqarrub untuk mencari keredhaan allah, di mana kebaikannya akan terus berkekalan walaupun ia sudah meninggal dunia.

RUKUN WAKAF Waqif - Orang yang berwakaf Mauquf - Benda (harta) yang diwakafkan Mauquf Alaih - Orang (pihak) yang diwakaf atasnya Sighah - Perkataan yang digunakan untuk maksud berwaka

HUKUM - HUKUM YANG BERKENAAN DENGAN WAKAFWakaf merupakan satu `aqad yang pasti terbit daripada beberapa hukum : Tiada boleh khiyar apabila sudah berlaku aqad wakaf samada khiyar majlis atau khiyar syarat. Perpindahan milik harta yang diwakafkan itu kepada Allah S.W.T. Kerana itu tidak ada bagi pemilik asal untuk bertindak (tasharruf) di dalam harta yang diwakafkannya itu, tidak menjualnya atau memberikannya dan sebagainya. Perpindahan hak untuk mengambil manfaat daripada harta yang diwakafkan kepada pihak yang diwakafkan baginya, sama ada secara khusus ataupun secara umum.

JENIS - JENIS WAKAFWakaf terbahagi kepada tiga jenis :1. Wakaf Ahli ( Keluarga / khusus / khas) atau dikenali juga sebagai waqaf zurriWakaf KhasWaqaf yang menjadi milik kepada mereka yang ditentukan dalam konteks waqaf. Dalam waqaf ini mereka sajalah yang berhak untuk mendapat faedah dan kegunaan waqaf tesebut. Waqaf ini biasanya ditujukan kepada kaum keluarga sendiri, alim ulama dan orang orang tertentu.2. Wakaf Khairi (umum) Waqaf umum ialah waqaf yang bersabit denagn nas al-Quran dan hadith, ia bertujuan untuk mendapat pahala dari Allah, beramal Jariah untuk fakir miskin dan juga untuk berjihad ke jalan Allah. Penerimanya adalah terdiri dari golongan fakir miskin atau badan kebajikan. Waqaf jenis ini tidak memerlukan kepada akaun penerimaan bahkan ia terus menjadi milik Allah. Harta waqaf ini akan dikendalikan oleh pemerintah dan dimanfaatkan kepada saluran-saluran kebajikan. Waqaf jenis ini juga dapat menikmati secara meluas oleh masyarakat dan sebahagiannya dapat merupakan salah satu sumber pembiayaan kegiatan pembinaan ummah samada dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.3. Wakaf Mustarak ( Campuran antara Ahli dan Khairi) Waqaf ini merupakan campuran antara waqaf ahli yang khusus dan waqaf khairi yang umum. Misalnya waqaf tanah pertanian yang sebahagian dari hasilnya ditujukan untuk anak-anak cucu sementara sebahagian lagi untuk tujuan umum. Setengah daripada waqaf jenis ini telah menimbulkan masalah perpecahan harta yang melahirkan kerosakan dan lain-lain. Oleh itu setiap bahagian waqaf tersebut akan mengambil kedudukan serta hukum khusus samada sebagai waqaf ahli atau khairi.JenisBidangLuas (A)

Wakaf Perkuburan8412241

Wakaf Tapak Masjid556596

Wakaf Tapak Surau396169

Wakaf Sekolah Agama Rakyat330303

Wakaf Saraan Masjid6481405

Wakaf Saraan Surau387395

Wakaf Saraan Sekolah Agama Rakyat350127

Wakaf Am307748

Wakaf Saraan ( lain-lain)480644

JUMLAH42956628

Keluasan Tanah WakafDaerah PTALOTA

PARIT BUNTAR181139

BAGAN SERAI263316

TAIPING235263

SELAMA199258

GERIK5265

LENGGONG203367

PENGKALAN HULU57224

KUALA KANGSAR592688

IPOH306736

BATU GAJAH191564

SERI ISKANDAR514534

KAMPONG GAJAH236438

MANJUNG266418

TELUK INTAN704975

TAPAH250546

SLIM RIVER4696

JUMLAH42956628

TUJUAN DAN HIKMAT WAQAF Tujuan yang paling utama ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah dan mendapat pahala daripadanya. Oleh itu setiap sesuatu yang berbentuk keagamaan akan dianggap suci dan sah dalam masyarakat dan ia merupakan satu pengorbanan atau pemberian yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah atau balasan baik di akhirat. Tujuan dan matlamat waqaf dari segi pentadbiran dan perundangan pula ialah untuk membolehkan orang -orang yang membuat pengorbanan waqaf itu mencapai kemajuan kerohanian dalam penghidupannnya berdasarkan amalan kebaikan yang telah dilakukan semasa hayatnya. Sungguhpun begitu amalan waqaf bukanlah satu sedekah yang wajib, tetapi suatu amalan sunat yang digalakkan. Manakala tujuan dan matlamat waqaf dalam bidang kemasyarakatan pula ialah dengan adanya harta waqaf maka dapatlah pihak berkuasa merancang sesuatu rancangan untuk memajukannya. Dengan adanya harta waqaf juga pihak berkuasa dapat menyalurkan bantuan kepada umat Islam yang memerlukannya. Dalam hal hubungan sosial pula, ia dapat menghubungkan antara pemberi dan pengguna harta waqaf tersebut dengan suatu hubungan erat.SYARAT SYARAT BENDA YANG DIWAKAFKAN Mestilah hanya milik sendiri. Benda yang bermanfaat dan mempunyai ciri-ciri yang kekal. Ini kerana harta tersebut berlainan daripada harta yang disedekahkan secara biasa.SYARAT SYARAT PERLAKSANAAN WAQAFSetelah seseorang pewaqaf melafazkan waqafnya, ia mestilah dilaksanakan dengan kadar segera, berkekalan dan mengikut arah waqaf itu dibuat seperti perincian berikut : Kemestian perlaksanaan : Waqaf merupakan amalan yang mesti dilaksanakan tanpa sebarang syarat atau pilihan (khiyar) samada meneruskan atau membatalkan. Perlaksanaan segera : Apabila sesuatu waqaf itu telah dilafazkan, ia perlu dilaksanakan dengan segera tanpa tangguh-tangguh, atau diisyaratkan kepada kejadian sesuatu peristiwa atau kelahiran sesuatu perkara di masa akan datang. Perlaksanaan segera ini perlu kerana lafaz waqaf itu membawa kesan perlepasan hak milik waqaf selepas sahaja lafaz itu dilakukan. Oleh itu waqaf tidak boleh tujukan kepada anak-anak yang akan lahir. Kekal selama-lamanya : Waqaf tidak boleh dihadkan kepada satu tempoh masa tertentu kerana ia bersifat berterusan untuk ganjaran yang berterusan. Menentukan arah waqaf yang jelas : Pihak-pihak yang dicadangkan untuk menerima waqaf mestilah dijelaskan secara terperinci untuk mengelakkan dari sebarang kekecohan, fitnah atau persengketaan di belakang hari.SYARAT SYARAT LAFAZ (SIGHAH) Sighah adalah merupakan lafaz atau ucapan yang dilakukan oleh pewaqaf dan penerima waqaf, yang terkandung didalamnya satu pengakuan penerimaan. Maka dengan itu sighah adalah merupakan unsur utama dalam urusan ibadat waqaf. Oleh itu penting dituturkan dengan jelas supaya diketahui dan difahami maksud sebenar pewaqaf. Para fuqaha telah bersependapat bahawa sesuatu waqaf itu dapat dilaksanakan dengan sebarang lafaz perkataan yang mengandungi maksud yang hendak disampaikan, samada ianya berbentuk secara terang, atau kinayah. Lafaz sighah ini pula terlebih baik ditulis atau dibuat dihadapan saksi, kerana mungkin disebalik perkataan tersebut terdapat pula pelbagai syarat lain yang perlu dipenuhi oleh penerima waqaf. Lafaz sighah lebih afdhal jika ditulis.SYARAT SYARAT UNTUK MENJADI PENGURUS HARTA WAQAF1. Adil -Syarat ini tidak termasuk bagi pengawas / penyelia harta waqaf yang diberikan kepada dirinya sendiri.2. Amanah -Seseorang yang boleh diharap dan tidak khianat terhadap tugas yang diberikan.3. Berupaya untuk berurusan dengannya -Iaitu seseorang yang tahu untuk menjaga dan memajukannya.4. Orang dewasa -Ini bermakna bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menguruskan harta waqaf. Selain daripada syarat di atas, persetujuan daripada orang yang dilantik adalah diperlukan.TUGAS PENGURUS / PENYELIA HARTA WAQAF Tugas penyelia berkenaan meliputi menjaga, membangun, memaju dan membahagikan harta tesebut kepada orang-orang yang berhak dan berkenaan. Penyelia / pengurus berkenaan bebas melaksanakan program yang berfaedah untuk memajukan harta berkenaan asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Walaupun begitu pihak penyelia tidak boleh berhutang dari pihak lain untuk memajukan harta waqaf berkenaan melainkan mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa. Tugas penyelia ini menyerupai tugas seseorang yang di amanahkan untuk menjaga anak yatim.JENIS-JENIS PEGANGAN TANAH1. Tanah bermilik Yang diwakaf oleh orang yang perseorangan Tanah daripada pembahagian pesaka Tanah yang diberi milik oleh Pihak Berkuasa Negeri1. Tanah RezabTanah yang direzabkan oleh pihak berkuasa Negeri kepada Majlis bagi tujuan: Masjid Surau Sekolah Agama Rakyat Perkuburan Tujuan-tujuan lain1. Dasar Tanah Baitulmal1. Tanah Wakaf Khas - Hendaklah terus dipegang dan tidak boleh ditukar beli atau urusniaga tetapi boleh disewakan untuk mendatangkan hasil bagi tujuan wakaf tersebut. Pengurusan kewangan dibawah institusi yang menerima wakaf berkenaan.2. Wakaf Am - Boleh dijual dalam bentuk badal (ganti) untuk membeli harta yang lain yang lebih ekonomik.3. Pesaka - Boleh dijual beli kepada sesiapa yang difikirkan sesuai.4. Tanah diberi milik/rezab oleh Kerajaan - Selain daripada tanah yang diberi khusus oleh kerajaan untuk masjid, SAR, perkuburan5. dan saraan tanah lain boleh dijualPEMBANGUNAN TANAH WAKAF DAN BAITULMAL1. Proses Pembangunan Tanah Wakaf Am dan Baitulmal Kenalpasti tanah untuk dibangunkan. Tentukan Peruntukan. Bawa ke Jawatankuasa Pelaburan. Pelaksanaan melalui tender/konsultan1. Proses Pembangunan Tanah Wakaf Khas Terima permohonan daripada Jawatankuasa surau/masjid/SAR. Perakuan daripada Pegawai Tadbir Agama. Sediakan belanjawan tahunan / peruntukan kewangan. Dapatkan kelulusan Jawatankuasa yang berkenaan. Pelaksanaan melalui tender/sebutharga1. Isu-isu Tanah Saiz tanah yang kecil dan kedudukan tanah yang tidak strategik. Jauh daripada tumpuan penduduk dan jalanraya. Kekurangan tenaga pengurusan/manusia untuk mengawal tanah di seluruh Negeri Perak. Sumber kewangan terhad untuk memajukan tanah. Pencerobohan dan penerokaan haram. Jawantankuasa pengurusan Masjid, surau dan SAR yang tidak efektif kerana kekurangan modal dan kepakaran. Penyenggaraan rekod maklumat tanah wakaf dan baitulmal yang kurang sempurna.

BAHAGIAN KEWANGANFungsi UtamaMemastikan semua urusan kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Majlis) dikendalikan dengan cekap, terkawal, telus, memenuhi akauntabiliti serta mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang berkuat kuasa di samping pematuhan kepada hukum syarak.Bagi melaksanakan fungsinya, Bahagian Kewangan terbahagi kepada2 Unitseperti berikut 1.Unit Bajet, Akaun dan Kawalan DalamanUnit ini menjalankan fungsi kewangan berkaitan Bajet tahunan Majlis bermula daripada proses penyediaan hinggalah kepada penggunaan peruntukan, termasuklah kawalan ke atas baki peruntukan dan viremen serta kawalan keesahan perbelanjaan dan agihan bagi memastikan pematuhan menyeluruh ke atas kehendak-kehendak hukum syarak serta peraturan-peraturan kewangan yang berkuat kuasa.Unit ini juga bertindak memantau perjalanan sistem perekodan dan dokumentasi kewangan di peringkat Ibu Pejabat dan Pusat-pusat Tanggungjawab bagi memastikan ia sentiasa lengkap, kemas kini dan mencapai tahap akauntabiliti yang inklusif. Ini termasuklah kawalan ke atas pengurusan tunai, rekod-rekod kewangan dan daftar-daftar yang berkenaan.Selain itu, Unit ini juga menjalankan fungsi perakaunan umpamanya simpan kira dan pelaporan berkala hinggalah kepada penyediaan Penyata-penyata Kewangan tahunan Majlis untuk diaudit.2.Unit OperasiUnit ini menjalankan fungsi berkaitan pengendalian operasi kewangan harian Majlis terutamanya urusan berkaitan terimaan hasil dan proses pembayaran melibatkan perbelanjaan atau agihan.Pengurusan terimaan hasil termasuk perkhidmatan kaunter di Ibu Pejabat dan kesemua 17 pejabat cawangan Majlis, dan juga pelbagai kaedah pungutan alternatif lain seperti pungutan menerusi amil/agen, mel, perbankan internet, kaunter bergerak dan sebagainya. Unit ini akan memastikan kesemua urusan penerimaan hasil daripada pelanggan dikendalikan dengan cekap, berkesan dan mesra pelanggan.Pengurusan bayaran bagi perbelanjaan atau agihan yang dikendalikan termasuk bayaran emolumen pekhidmat Majlis, dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan pengurusan Majlis serta agihan zakat kepada asnaf di bawah skim-skim agihan berkaitan. Unit ini akan memastikan kesemua urusan pembayaran kepada pelanggan dilaksanakan dengan efektif dalam tempoh piagam pelanggan yang ditetapkan.

Objektif Objektif Memartabatkan Institusi Zakat melalui sistem pungutan dan agihan yang berkesan. Mentadbir harta Baitulmal dan Wakaf bagi tujuan membangun sosio ekonomi dan memelihara kemaslahatan ummah. Menjana kualiti perkhidmatan, budaya kerja cemerlang dan dinamik serta pengurusan yang sistematik dengan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi secara maksimum.

Visi dan MisiVisi Menjadi institusi Islam yang syumul dalam memacu kemajuan dan kesejahteraan ummah berlandaskan Al-Quran dan as-SunnahMisi Meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah menerusi pengukuhan pengurusan baitulmal yang efektif dan dinamik dan dengan mengamalkan tadbir urus cemerlang berlandaskan ketulusan, intergriti dan profesionalisme yang tinggiFungsi MAIPkMenganjur, Mendorong, Membantu dan Berusaha Meningkatkan Kemajuan SErtaKesejahteraan Ekonomi, Sosial dan Pentadbiran Masyarakat Islam BerpandukanHukum-hukum Syarak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan

baitul mal perlis

Latar Belakang

Pungutan Zakat dan Fitrah Negeri Perlis telah diasaskan oleh DYTM Al Marhum Tuanku Syed Alwi Ibni Al marhum Tuanku Syed Saffi Jamalulail Raja Negeri Perlis pada 20 Rejab 1315 Hijrah. Ianya bermula dengan kutipan Zakat Padi dan diikuti pula pada 1 Ramadhan 1382 dengan Zakat Fitrah yang dikutip dari seluruh umat Islam di negeri Perlis.Baitulmal Negeri Perlis ialah sebuah badan berkanun dibawah kerajaan Negeri (Mengikut Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Perlis Bil.3/1964. Fasa4). Pada tahun 1995, Pejabat Zakat yang sekarang ini dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis(Zakat, Wakaf dan Sumber Am) telah berpindah sekali lagi ke Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis dan kekal sehingga sekarang.Bagi melincinkan perjalanan pentadbiran, Baitulmal Negeri Perlis melantik jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Baitulmal (menggantikan jawatankuasa Zakat dan Fitrah). Baitulmal juga telah mengambil pegawai-pegawai tetap, kontrak dan juga sambilan. Bagi melincinkan proses pungutan dan pengagihan zakat di Negeri Perlis, Baitulmal telah melatih amil-amil di tiap kariah. Buat masa sekarang ini terdapat 99 buah kariah di Negeri Perlis dan mengandungi 104 orang amil termasuk 5 orang amil kaunter yang ditugaskan untuk mengutip zakat harta. Bagi urusan pentadbiran Zakat, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis telah membahagikan Negeri Perlis kepada 4 zon keutamaan iaitu, Utara, Selatan, Timur dan Barat.Dalam menyalurkan perkhidmatan yang lebih efisyen kepada masyarakat secara umumnya, MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ISTIADAT MELAYU PERLIS terdiri daripada tonggak pengurusan yang kukuh seperti Bahagian Pengurusan, Pentadbiran, Audit, Teknologi Maklumat, Zakat dan Bahagian Pembangunan Hartanah dan Wakaf. Di bawah bahagian ini juga terdapat unit-unit kecil bagi membantu melincinkan pentadbiran dan pengurusan zakat.

Misi, Visi dan Objektif VISI

Peneraju Pentadbiran Hal Ehwal Islam Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Ummah Cemerlang Menjelang 2015

MISI

Memastikan Kelangsungan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi Ummah Melalui Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Telus Dan Efektif Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah

OBJEKTIF

1.Memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran Islam;

2.Memperkasakan agenda dakwah Islam secara syumul bagi melahirkan khaira ummah;

3.Memperkukuhkan pengurusan zakat, wakaf dan Baitulmal bagi mempertingkatkan kualiti hidup umat Islam;

4.Memantapkan pentadbiran undang-undang Islam ke arah mendaulatkan pelaksanaan syariat Islam; dan

5.Memantap dan mengukuhkan pengurusan kewangan dan sumber-sumber secara strategik bagi memakmurkan ummah.

SKIM BANTUAN ZAKAT MAIPs1. BANTUAN SARAHIDUP2. BANTUAN PENGURUSAN JENAZAH3. BANTUAN PAKAIAN4. BANTUAN RAWATAN PERUBATAN5. BANTUAN PAKAIAN PERSEKOLAHAN6. BANTUAN PERSEKOLAHAN MENENGAH/RENDAH7. BANTUAN SEKOLAH8. BANTUAN LATIHAN KEMAHIRAN9. BANTUAN MODAL10. BANTUAN ELEKTRIK/AIR11. BANTUAN BAIKPULIH RUMAH/BINA BARU12. BANTUAN BENCARA13. BANTUAN KECEMASAN LUAR JANGKA14. BANTUAN ZAKAT PERKAHWIHAN15. SAGUHATI MEMELUK ISLAM16. BANTUAN SAUDARA BARU17. BANTUAN PELAJARAN18. BANTUAN PELAJARAN TIMUR TENGAH19. BANTUAN SEKOLAHLI/INSTITUSI AGAMA20. BANTUAN AKTIVITI KEAGAMAAN (ISLAM)

Aktiviti Agihan Ke manakah Dana Wakaf Tunai Anda Disalurkan?1. Melalui Wakaf Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf Sedia ada2. Melalui Wakaf Pembinaan dan Penyelenggaraan Masjid / Surau3. Melalui Wakaf Al Quran, Kitab Hadis dan Buku Ilmiah4. Melalui Wakaf Maahad Tahfiz / Sekolah Agama / Tadika Islam dan;5. Melalui Wakaf Tanah Kubur dan Penyelenggaraan Perkuburan

Cara Menyertai Skim Wakaf Tunai 1. Mengisi borang penyertaan Skim Wakaf Tunai MAIPs2. Potongan Gaji bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan (Kod 4474) dan negeri (4318)3. Melalui tabung Wakaf Tunai di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri Perlis

baitul mal kedah

Bahagian Baitulmal

Baitulmal Negeri Kedah Darul Aman diwujudkan pada tahun 1962 dibawah Seksyen 102 dan 172 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman No.9 Tahun 1962. Dilaksanakan sepenuhnya melalui Warta Kerajaan Kedah pada 12hb Mac 1970. Penubuhan Baitulmal dibawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008.FUNGSI1. Menyempurnakan tugas-tugas perbicaraan jika ada yang berkaitan dengan Baitulmal2. Menguruskan harta pusaka yang terlibat dengan pangguan Baitulmal3. Mengemaskini serta merekod harta Baitulmal4. Membuat siasatan dan penyelenggaraan terhadap harta Baitulmal5. Mengurus segala bentuk permohonan yang berkaitan dengan bantuan6. Membuat siasatan terhadap permohonan bantuan7. Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa BaitulmalPIAGAM PELANGGAN1. Kami menjamin layanan yang mesra dan sentiasa berhasrat untuk membantu anda di dalam kesusahan serta memerlukan pertolongan.2. Kami berjanji akan melayani setiap permohonan, bantuan untuk dipertimbangkan.3. Keputusan permohonan bantuan akan diketahui dalam tempoh satu bulan.4. Bantuan kecemasan akan diproses serta merta dan diluluskan dalam tempoh satu jam.5. Permohonan pembelian balik tanah Baitulmal akan diproses dan diselesaikan dalam tempoh enam minggu.6. Komitmen kami untuk menghadiri setiap perbicaraan Kes Faraid yang mempunyai pangguan Baitulmal apabila dimaklumkan secara bersurat.

VISIMenjadi Institusi Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Terunggul Dan Bertaraf Dunia.MISI1. Menggubal dasar-dasar hal ehwal Islam yang berteraskan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.2. Mengaplikasikan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi terkini untuk memajukan aspek pengurusan Islam.3. Menggerakkan pembangunan ekonomi ummah.4. Menjaga kepentingan umat Islam dengan cara memupuk perpaduan dikalangan umat Islam di Negeri Kedah.5. Melahirkan pendakwah-pendakwah yang profesional dan boleh berdakwah diperingkat global.6. Mengurus serta membangunkan harta Wakaf dan Baitulmal dengan cekap dan berkesan.7. Menyalurkan bantuan kepada umat Islam yang memerlukan.OBJEKTIF1. Memastikan dasar-dasar Hal Ehwal Islam dilaksanakan dan undang-undang Islam dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.2. Mewujudkan sistem pengurusan Islam yang menggunakan teknologi maklumat terkini di dalam aktiviti pentadbiran.3. Merancang projek pembangunan dan merancang program bagi meningkatkan lagi ekonomi umat Islam.4. Merangka program dakwah ke arah mewujudkan perpaduan dan kesedaran dalam menjaga kepentingan umat Islam.5. Mengadakan program ilmiah di dalam sistem pendidikan dan bantuan kewangan kepada pendakwah yang terpilih.6. Menyusun dan merangka projek serta program pembangunan hartanah Wakaf dan Baitulmal secara optimum.7. Memastikan setiap pemberian bantuan mendapat pertimbangan yang sewajarnya.

Peranan & Strategi

PERANAN MAIK1. Majlis adalah satu badan Penasihat Agama yang tertinggi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.2. Majlis bertanggungjawab menyelaras perlaksanaan fatwa berkaitan hukum-hukum syarak.3. Majlis berperanan untuk membuat dasar-dasar berhubung dengan pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Kedah.4. Majlis bertanggungjawab atas orang-orang dan harta-harta orang Islam selaku Pemegang Amanah dan hendaklah menguruskan berlandaskan hukum syarak.5. Majlis hendaklah memastikan segala dasar dan keputusan-keputusan Majlis dilaksanakan sepenuhnya.STRATEGI MAIK1. Mewujudkan satu sistem pengurusan hal ehwal Islam yang sistematik ke arah melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti dakwah kepada umat Islam di Negeri Kedah.2. Menyediakan program dan sistem pendidikan Islam yang mantap di semua peringkat umur disamping memperkasakan lagi peranan institusi masjid dan surau.3. Membentuk dan menggalakkan program dan aktiviti dakwah dikalangan masyarakat Islam serta melaksana dan menguatkuasakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam.4. Mempergiatkan lagi perlaksanaan pembangunan ekonomi terutama di dalam pengurusan aset-aset Baitulmal dan Wakaf disamping melaksanakan program dan aktiviti sosial yang berbentuk kebajikan kepada umat Islam.5. Memastikan semua institusi ibadat dan Pusat Pengajian Agama Islam di Negeri Kedah diuruskan selaras peraturan-peraturan yang dikeluarkan.

Dasar-Dasar Utama MAIK

Dasar-Dasar Utama1. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 20082. Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Undang-Undang Negeri Kedah No.9 Tahun 1962)3. Akta Badan Berkanun4. Pekeliling dan Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam5. Pekeliling dan Surat Pekeliling Am6. Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan7. Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan

Bahagian Khidmat Pengurusan

FUNGSI1. Mengendalikan urusan pentadbiran seperti pengambilan kakitangan.2. Mengendalikan kursus dan peperiksaan kepada kakitangan.3. Mengendalikan surat menyurat, pengurusan fail,dan menjadi urusetia mesyuarat.4. Merancang dan mengendalikan setiap projek, program dan aktiviti Majlis untuk setiap tahun.5. Memastikan dan menyelaras segala dasar-dasar Majlis supaya dapat dilaksanakan.6. Mengendalikan proses penerimaan borang permohonan Kad Perakuan Nikah Pintar (KPNP).PIAGAM PELANGGAN1. Kami komited untuk membuat pelantikan jawatan baru dalam tempoh satu bulan dari tarikh temuduga.2. Mempastikan kenaikan pangkat akan dilaksanakan dalam masa satu bulan dari tarikh kelulusan.3. Memproses dan meluluskan permohonan untuk mengikuti latihan kursus/seminar/konvensyen di dalam dan di luar negeri dalam masa dua minggu dari tarikh permohonan.4. Melaksanakan tindakan tatatertib dengan adil dan telus berdasarkan (Enakmen No.3 Tahun 2004) peraturan-peraturan pegawai-pegawai Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) (Kedah) 2003.5. Semua permohonan menggunakan kenderaan akan ditunaikan segera jika semua keperluan mencukupi.6. Mempastikan setiap kakitangan mengikuti kursus-kursus dan peperiksaan yang ditetapkan bagi tujuan pengesahan jawatan.7. Kami akan memproses kelulusan permohonan pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh satu minggu dari tempoh permohonan.8. Mempastikan semua kakitangan tetap akan diuruskan untuk diberi Taraf Pekerja Berpencen daripada JPA.9. Semua dokumen persaraan yang lengkap disempurnakan akan dihantar ke JPA Bahagian Pencen 3 bulan sebelum persaraan.

Bahagian Kewangan & Pelaburan

OBJEKTIFMewujudkan pengurusan serta pentadbiran kewangan yang kemaskini, cepat dan tepat selaras dengan Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dan Standard Perakaunan yang diterim umum bagi mengeluarkan penyata kewangan yang adil, saksama serta memenuhi hukum-hukum syarak.FUNGSI1. Memastikan hasil Majlis & Baitulmal dikutip dengan sistematik selaras dengan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dan dasar Majlis.2. Mengawal peruntukan Majlis selaras dan sehaluan dengan dasar Majlis.3. Menyediakan anggaran belanjawan Majlis termasuk pelarasan antara bahagian Majlis dengan pihak kerajaan yang bersangkutan.4. Menyediakan proses pembayaran dengan teratur berpandukan kepada Arahan Perbendaharaan, Surat Pekeliling, Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008, Prosedur Kewangan dan Perakaunan Majlis dan standard-standard perakaunan yang diterima umum.5. Mengembangkan pelaburan Majlis dalam bentuk hartanah dan kewangan dengan merancang dan mereka pelan pembangunan hartanah selaras perkembangan semasa.6. Memastikan urusniaga kewangan Majlis direkodkan dalam daftar yang kemaskini dan penyata-penyata kewangan disediakan untuk pihak pengurusan dan audit dalam masa yang ditetapkan.7. Mengemaskini dan memperbaiki dari masa ke semasa sistem serta tatacara perakaunan dan kewangan selaras dengan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 dan memperkukuhkan sistem kawalan dalaman yang sedia ada.PIAGAM PELANGGAN1. Kami menjanjikan layanan yang mesra dan bersedia membantu menyelesaikan masalah anda.2. Bersedia membuat pembayaran kepada semua tuntutan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh baucar yang sempurna diterima.3. Bersedia menjawab mengenai kedudukan baucar bayaran serta-merta selepas 7 hari baucar diterima.4. Menjamin bayaran gaji dan elaun kakitangan MAIK dibayar pada tarikh yang telah ditetapkan.5. Menjamin potongan yang dibuat melalui gaji kakitangan MAIK akan dihantar kepada agensi-agensi berkenaan pada minggu pertama bulan berikutnya.6. Bersedia menjawab pertanyaan serta-merta mengenai kedudukan baki semasa pendahuluan diri, sewa tanah dan bayaran pelbagai.7. Resit bayaran akan dikeluarkan serta-merta kepada pembayar.8. Bersedia memberi nasihat mengenai prosedur kewangan dan belanjawan MAIK.Bahagian Wakaf

FUNGSI1. Mengadakan kempen bagi menggalakkan ramai melakukan ibadah wakaf selaras dengan kehendak semasa.2. Mendaftar hartanah Wakaf.3. Mengurus sewaan hartanah Wakaf.4. Menerima dan menyelaras hasil-hasil Wakaf.5. Mengurus permohonan penggunaan hasil Wakaf.6. Menjalankan siasatan terhadap individu yang hendak mewakafkan hartanah.7. Menyusun perancangan pembangunan hartanah Wakaf.8. Mengurus proses pengambilan pada peringkat Majlis.9. Mengawal aktiviti pencerobohan ke atas hartanah Wakaf.10. Menyediakan laporan tahunan dan kemajuan Wakaf.PIAGAM PELANGGAN1. Komitmen kami untuk memproses permohonan wakaf dalam tempoh 2 minggu selepas menerima permohonan wakaf yang telah lengkap daripada Pejabat Agama Daerah.2. Memproses permohonan tanah kerajaan dan pengambilan tanah yang telah lengkap dalam tempoh 3minggu selepas daripada permohonan diterima.3. Memastikan laporan tanah am dapat disempurnakan dan menyelesaikan aduan-aduan wakaf dalam tempoh 2 minggu.4. Menguruskan bantuan hasil wakaf am dalam tempoh 3 minggu daripada tempoh permohonan.5. Memastikan pengurusan harta-harta wakaf dan menyalurkan hasil wakaf mengikut tujuan asal pewakaf.6. Memastikan harta - harta wakaf dapat dibangunkan dengan penbangunan yang berlandaskan hukum syarak.

Bahagian Pembangunan Hartanah

Selaras dengan pemerkasaan MAIK, maka Majlis Agama Islam Negeri Kedah mewujudkan Bahagian Pembangunan Hartanah. Pengwujudan bahagian ini bagi memastikan tanggungjawab MAIK sebagai pemegang amanah tunggal harta Wakaf dan Baitulmal di Negeri Kedah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bahagian ini berperanan dalam mengurus, membangun dan menyelenggara harta-harta tersebut agar dapat memberikan pulangan dan manfaat kepada umat Islam di negeri ini.Permohonan mewujudkan Bahagian Pembangunan Hartanah telah dibuat melalui Kertas Kerja Pengstrukturan Semula MAIK yang telah dihantar kepada JPA pada 17 Disember 2009. Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Am dan Kewangan Bil 3/2010 pada 23 November 2010 telah meluluskan pengwujudan Bahagian Pembangunan Hartanah dengan pengambilan 3 jawatan sementara iaitu Pegawai Pembangunan Hartanah (N41) dan 2 jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian/ Operasi (N17) pada tahun 2011.OBJEKTIF1. Merancang pembangunan hartanah di Majlis Agama Islam Kedah supaya mendatangkan pulangan hasil kepada Majlis secara optimum dan efektif bagi membantu meningkatkan ekonomi kepada Majlis dan umat Islam di Negeri Kedah.2. Melaksanakan segala bentuk pembangunan fizikal untuk Majlis Agama Islam Negeri Kedah.3. Mengurus selia projek-projek pembangunan yang dilaksanakan supaya ianya dapat memenuhi kehendak Majlis Agama Islam Negeri Kedah selaras dengan hukum syarak.4. Menyelenggara pembangunan hartanah Majlis bagi memastikan pembangunan sedia ada berada dalam keadaan yang sempurna dan ekonomik.FUNGSI1. Membuat kajian kemungkinan dan analisa sebelum sesuatu pembangunan hartanah MAIK dilaksanakan.2. Mentadbir dan mengurus projek-projek pembangunan hartanah Majlis supaya berada dalam keadaan baik dan memanfaatkan hartanah MAIK.3. Memantau dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan Majlis yang sedang berjalan.4. Memastikan penyelenggaraan hartanah MAIK secara terancang, sistematik dan selamat.PIAGAM PELANGGAN1. Menerima cadangan pembaikkan serta aduan kerosakan bangunan dibawah seliaan MAIK dan akan diambil tindakan dalam masa 14 hari bekerja.2. Membuat lawat periksa dan menyediakan dokumen berkaitan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pembangunan baru yang dicadangkan oleh bahagian-bahagian MAIK.Bahagian Sumber Maklumat

Bahagian Sumber Maklumat MAIK ditubuhkan setelah mendapat kelulusan daripada pihak JPA melalui waran Perjawatan Bilangan 42, Tahun 2000 bertarikh 20 September 2000 berkuatkuasa mulai September 2000.OBJEKTIF1. Membantu mempertingkatkan kecekapan urusan pentadbiran di Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan melaksanakan perkara-perkara berikut :1. Pembangunan dan penyelenggaraan sistem.2. Pentadbiran pangkalan data.3. Pentadbiran rangkaian.4. Khidmat pengguna.2. Merekabentuk sistem aplikasi yang dapat membantu pihak pengurusan membuat keputusan dengan tepat dan berkesan.3. Menjadikan Bahagian Sumber Maklumat sebagai rujukan utama MAIK khususnya berkaitan ICT.FUNGSI1. Merancang, menganalisa, membangun dan menyelenggara sistem-sistem aplikasi yang telah dikenalpasti.2. Mengurus dan mentadbir pangkalan data untuk Tanah Wakaf dan Baitulmal.3. Memberi khidmat nasihat dalam aspek pengkomputeran kepada kakitangan Majlis.4. Menyediakan kemudahan pemprosesan (membekal dan memasukkan data) serta menguruskan penyelenggaraan perkakasan(hardware)dan perisian(software).5. Mewujudkan jalinan strategik dengan pelbagai sektor luar seperti awam, swasta dan lain-lain.6. Melaksanakan kerja-kerja pemprosesan data serta menyelaras pengwujudan, penyimpanan dan perkongsian maklumat.7. Memastikan keselamatan Sistem Maklumat Kerajaan khususnya di Majlis Agama Islam Kedah terpelihara.8. Menyediakan kursus dan latihan komputer kepada bahagian-bahagian di Majlis dalam penggunaan sistem aplikasi yang telah dibangunkan dan juga latihan perisian komputer.PIAGAM PELANGGAN1. Memastikan maklumat/data baru yang diterima dimasukkan ke dalam laman portal MAIK dalam tempoh 7 hari.2. Memastikan sistem e-Hasil dan e-Bayaran MAIK hanya diakses oleh pengguna yang sah sahaja dengan menukar katalaluan setiap 6 bulan sekali.3. Memastikan sistem yang dibangunkan mempunyai panduan pengguna.4. Memastikan setiap pengguna sistem diberi latihan sebelum menggunakan sistem.5. Memastikan peralatan komputer yang dibeli memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.6. Memastikan permohonan pinjaman peralatan komputer diluluskan serta merta jika semua syarat yang ditetapkan dipenuhi.7. Memastikan semua aduan diambil tindakan dalam tempoh 3 hari.8. Memastikan aktiviti salinan pendua data di pelayan dilaksanakan setiap hari.9. Mengurus latihan/kursus ICT kepada warga MAIK untuk sekurang-kurangnya 2 sesi setahun.

Pusat Bimbingan Islam

Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru (PUSBA) ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat Jawatan Kuasa Kecil menangani isu-isu murtad di kalangan saudara baru.Isu murtad di kalangan saudara baru ini berpunca daripada tiada pengajian dan bimbingan yang khusus kepada mereka selepas memeluk agama Islam.Satu kertas kerja telah dibentangkan di dalam mesyuarat penuh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) bagi cadangan menubuhkan Pusat Bimbingan dan Latihan Saudara Baru di Negeri Kedah. Mesyuarat MAIK pada tahun 1998 telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan membuat keputusan melantik Ahli Lembaga Tadbir PUSBA yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan dan Pertubuhan NGO seperti PERKIM, ABIM dan Persatuan Ulama.Pada awal penubuhan pusat ini, dua kuarters bersebelahan Masjid Sultan Muzaffar Shah Sungai Petani telah diambil untuk dijadikan penempatan peserta lelaki dan perempuan manakala satu ruang bilik di Masjid dijadikan pejabat pentadbiran dan satu bilik kuliah untuk pendidikan.OBJEKTIF1. Untuk memberi pendidikan dan kefahaman kepada saudara-saudara baru mengenai asas-asas Islam.2. Untuk menyekat dan membendung daripada berlakunya gejala murtad selepas memeluk Islam.3. Memelihara kesucian akidah, syariah dan akhlak di kalangan saudara baru.4. Meningkatkan kesedaran rasa ukuwwah islamiah di kalangan saudara baru.5. Membentuk amalan kehidupan mereka supaya sentiasa berada dalam suasana Islam.6. Mengwujudkan pendakwah dari kalangan saudara baru.7. Sebagai satu pusat bagi membantu saudara-saudara baru dari aspek kerohanian, kebajikan, keselamatan dan kehidupan beragama Islam.FUNGSIUnit Pentadbiran & Kewangan1. Mengendalikan setiap urusan berkaitan pentadbiran dan kewangan PUSBA.2. Merancang dan merangka serta mengendalikan setiap program dan aktiviti tahunan yang akan diadakan di PUSBA.3. Menyusun perancangan pembangunan jangka panjang dan jangka pendek PUSBA.4. Mengendalikan urusan surat menyurat, pengurusan fail dan urusetia mesyuarat PUSBA.5. Mengendalikan urusan pendaftaran kemasukan peserta kursus.6. Merekod dan menyenaraikan maklumat dan butir-butir peribadi peserta kursus.7. Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan PUSBA.8. Memastikan kebajikan kakitangan terjamin.9. Memastikan kebajikan saudara baru dari sudut sosial dan pendidikan terjamin.10. Bertanggungjawab dalam membantu saudara baru dalam permohonan bantuan zakat dan baitulmal.Unit Pendidikan dan Kaunseling1. Merancang, merangka dan menyediakan sukatan pelajaran kursus kefahaman asas Islam.2. Mengendalikan kelas asas kefahaman Islam dan program serta aktiviti berkaitan saudara baru.3. Membimbing saudara baru untuk dijadikan kadir-kadir dakwah.4. Mengenalpasti dan menangani masalah yang dihadapi saudara baru.5. Mengendali sesi kaunseling.PIAGAM PELANGGAN1. Kami menawarkan program dan aktiviti mengenai kefahaman Islam kepada sasaran tertentu khususnya saudara baru dan semua golongan yang ingin mengetahui dan memahami Islam dengan lebih dekat dan mendalam.2. Kami komited dalam memberi bimbimgan dan nasihat kepada bakal-bakal saudara baru ,yang baru memeluk Islam, kemantapan dan kefahaman serta penghayatan Islam kepada saudara baru yang telah lama memeluk Islam.3. Kami sentiasa memastikan kebajikan saudara baru dari sudut sosial, ekonomi dan pendidikan terjamin.4. Kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada saudara baru dalam menangani dan mengatasi masalah setiap yang dihadapi saudara baru.5. Menjalankan kajian dan penyelidikan serta mengenalpasti faktor-faktor penyumbang gejala murtad samada yang berlaku dikalangan saudara baru ataupun orang Islam asal dan mencari kaedah terbaik menangani masalah tersebut.6. Melatih dan membimbing saudara baru untuk menjadi kadir-kadir dakwah dalam menyebarkan Islam kepada golongan dan sasaran tertentu.

Unit Audit Dalam

Pada tahun 2009, Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) telah bersetuju untuk mewujudkan Unit Audit Dalam dalam jentera pentadbiran. Tujuan penubuhan Unit Audit Dalam bersesuaian dengan objektif Audit demi untuk mempertingkatkan lagi akauntabiliti dan ketelusan dalam operasi Majlis Agama Negeri Kedah.Audit Dalam telah ditubuhkan sebagai satu Unit di Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan ia mula beroperasi pada bulan Januari 2011. Bahagian ini dianggotai oleh seorang Penolong Juruaudit Dalam yang dilantik secara rasmi pada 3 Januari 2011. Bagi menjamin beliau mempunyai kebebasan dalam menjalankan kerja audit dalaman, beliau melapor terus kepada Yang Dipertua MAIK.OBJEKTIFFUNGSI1. Memeriksa segala harta benda, rekod dan fungsi Bahagian, Anak-anak syarikat milik MAIK serta PUSBA.2. Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan audit di Majlis Agama Islam Negeri Kedah.3. Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kecekapan dan keberkesanan proses pentadbiran serta mencadangkan penambahbaikan dalam bidang ini dan berkaitan.

baitul mal johor

BAITULMALFUNGSI UTAMA Mengenalpasti & merekod harta Baitulmal. Mengawal, menambah dan memajukan harta-harta Baitulmal. Mengagihkan kepada masarif mengikut ketentuan syara.BIDANG KUASA Menerima dan mentadbir Harta Pesaka orang Islam yang mati dan tidak mempunyai waris. Yang berwaris tetapi tidak boleh menghabisi harta.SUMBERHarta orang Islam yang mati tiada berwaris.Harta orang Islam yang mati berwaris tetapi tidak menghabisi harta.Harta yang diperolehi daripada sedekah, khairat dan wakaf.Faedah Bank.Harta Luqatah (dijumpai).Pemberian Sedekah.Derma.AKTIVITIMentadbir harta Baitulmal.Urusan Penebusan Hak BaitulmalUrusan Pindah Milik.Menerima LuqatahAgihan harta Baitulmal.AGIHAN HASILBantuan kepada pesakit.Bantuan perubatan.Pembelian kain kafan simati yang tiada harta.Bantuan sara hidup anak-anak yang melara.Bantuan kepada orang tua yang kurang upaya.Orang tua yang tiada pekerjaan dan menanggungnya.Bantuan kepada asnaf Zakat.Bantuan kepada maslahah am.

Visi Dan Misi- VISI MAIJ -

KE ARAH PEMBENTUKAN MUKMIN SEJAHTERA - MISI MAIJ-Melalui pembentukan individu dan masyarakat yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam seluruhnya bagi melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, berdaya saing, prihatin, penyayang, tolong menolong dan bersatu padu sebagai pemangkin kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial ummah.

ObjektifOBJEKTIF MAIJ Memantapkan masyarakat Islam tentang konsep Baitulmal, Zakat dan Wakaf. Menjelaskan kepentingan Baitulmal, Zakat dan Wakaf di dalam merealisasikan sosio ekonomi Islam. Memberi kesedaran kepada umat Islam akan pentingnya merebut peluang pembangunan bagi memajukan ekonomi Islam.

Syarat wajibSYARAT WAJIB ZAKATPertama IslamZakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.Kedua MerdekaZakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.Ketiga Sempurna MilikHarta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdekadan bebas untuk menggunakannya.Keempat Cukup NisabNisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu hartauntuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.Kelima Sempurna HaulHarta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpananselama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)

Zakat PendapatanZAKAT PENDAPATANGaji / PendapatanGaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.Kaedah pengiraan Zakat PendapatanIaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :a. Sara diri RM 9,000.00b. Isteri RM 3,000.00 x Bilangan isteric. Anak RM 1,000.00 x Bilangan anakd. Mereka yang dibawah tanggungannya.2. Perubatan3. PendidikanContoh pengiraanA. PendapatanGajiRM 36,000.00

ElaunRM 6,200.00

BonusRM 4,000.00

Jumlah pendapatan SetahunRM 46, 200.00

B.Perbelanjaan

Penolakan

Saraan diriRM 9,000.00

IsteriRM 3,000.00

Anak RM 1,000.00 x 4 orangRM 4,000.00

Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00

Perubatan anak RM200.00 x 12 bulanRM 2,400.00

Jumlah penolakan setahunRM 20,800.00

Pendapatan (A) Perbelanjaan (B)RM 25,400.00

Zakat = RM 25,400.00 x 2.5%RM 635.00 (setahun)

*RM 53.00 (sebulan)

* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.

ZAKAT WANG SIMPANANWang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpananNisab Wang SimpananMenyamai nilai semasa 85 gram emas.Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.Kadar Wajib Zakat1/40 atau 2.5%dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% =RM 250.00Pengiraan simpanan tidak tetap(keluar & masuk) Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab. Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.

Zakat PerniagaanZAKAT PERNIAGAANIaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham. Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi. Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah :- Mempunyai niat berniaga- Perniagaan yang halalHarta perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa) Wang tunai di tangan Wang tunai di bank Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek)Kadar Nisab Menyamai nilai semasa85 gram emas.Kadar Wajib 2.5 % atau 1/40daripada harta perniagaan yang cukup nisabPengiraan ZakatKaedah pengiraan Zakat Perniagaan adah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu:Modal kerjaAset/Harta semasa liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan

Modal BerkembangEkuiti Pemilik + liabilit jangka panjang aset tetap aset separuh tetap +/- Pelarasan

Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.

Zakat Emas dan PerakZAKAT EMAS DAN PERAKMaksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.Nisab Emas & PerakEmas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga /85 gram.Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga /595 gram.PengiraanEmas dan Perak yang disimpan / tidak dipakaiIaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.Contoh pengiraanJika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :RM5,000.00 X 2.5% =RM 125.00Emas yang dipakaiEmas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakatKECUALIjika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emasBagi perak tiada had maksima ditetapkan

Zakat SimpananZAKAT WANG SIMPANANWang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpananNisab Wang SimpananMenyamai nilai semasa 85 gram emas.Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.Kadar Wajib Zakat1/40 atau 2.5%dari jumlah wang. Jika mempunyai wang simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00 X 2.5% =RM 250.00Pengiraan simpanan tidak tetap(keluar & masuk) Berdasarkan baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi nisab di sepanjang tempoh haul Pemilik beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak mencukupi nisab. Jika dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka tidak wajib zakat.

Zakat Emas dan PerakZAKAT EMAS DAN PERAKMaksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.Nisab Emas & PerakEmas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga /85 gram.Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga /595 gram.PengiraanEmas dan Perak yang disimpan / tidak dipakaiIaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.Contoh pengiraanJika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah :RM5,000.00 X 2.5% =RM 125.00Emas yang dipakaiEmas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakatKECUALIjika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emasBagi perak tiada had maksima ditetapkan

Zakat PertanianZAKAT PERTANIAN ( Buah-buahan & Bijiran )

Bijiran ialah hasil tanaman yang menjadi makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya. Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja. Bagi Negara Malaysia, bijiran yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi, sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan. Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia.Nisab bijiran dan buah-buahan5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram.1 Tahil = 37.5g1 Kati = 600g = 16 tahil1 Gantang = 3 kati 12 tahil = 2.25kg

Waktu berzakatDikeluarkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses. Sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.Kadar wajib zakat- 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran.- 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.

Zakat TernakanZAKAT TERNAKANTernakan yang diwajibkan zakat- Unta- Lembu / Kerbau- Kambing / Biri-biriSyarat WajibSelain daripada 5 syarat utama zakat, hendaklah haiwan itu- Dipelihara di padang ternakan- Tidak diguna untuk bekerjaSifir Pengiraan LembuNisabKadar Zakat

JumlahJantinaUmur

30-3911 jantan @ 1 betina1 tahun

40-4911 betina2 tahun

60-6922 jantan1 tahun

70-7921 jantan & 1 betina1 tahun & 2 tahun

Sifir Pengiraan KambingNisabKadar Zakat

JumlahJantinaUmur

40-1201Jantan / Betina1 tahun

121-2002Jantan / Betina1 tahun

200-3993Jantan / Betina1 tahun

400-4994Jantan / Betina

Zakat Galian / RikazZAKAT GALIAN / RIKAZGalian- hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi.Rikaz Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan orang-orang jahiliah (sebelum kedatangan Islam)Nisab Galian Dan waktu mengeluarkannyaNisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595 bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah keseluruhannya yang cukup syarat.Syarat wajib Zakat RikazSyarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.

Zakat FitrahZakat FitrahPendahuluanZakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Kefardhuan Zakat FitrahTakrif Zakat FitrahZakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.Zakat Fitrah difardhukan pada tahun kedua hijriah iaitu pada tahun yang sama difardhukan kewajipan puasa Ramadhan.Dalil- dalil yang menunjukkan kewajipan ini adalah sebagaimana ayat Al Quran dan hadith-hadith berikut :Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 43 :Maksudnya : Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan rukuklah kamu bersama-sama orang yang rukuk.Daripada Ibnu Umar : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memfardhukan Zakat Fitrah pada bulan Ramadhan dengan kadar satu gantang daripada tamar atau satu gantang daripada gandum ke atas setiap yang merdeka dan hamba, lelaki dan perempuan di kalangan orang-orang Islam.Daripada Ibn Said berkata : Sesungguhnya kami mengeluarkan zakat fitrah pada masa kami bersama Rasulullah s.a.w satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada gandum atau satu gantang daripada anggur kering atau satu gantang daripada susu masam. Dan aku mengeluarkan zakat ini sebagaimana aku mengeluarkannya sebelum ini.Daripada Ibn Abbas berkata : Rasulullah s.a.w memfardhukan zakat fitrah supaya dengannya membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Barangsiapa yang menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas solat hari raya maka ia adalah sedeqah seperti sedeqah-sedeqah yang lain.Hukum Zakat FitrahMengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.Maksudnya : Berkata Waki bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah1. Islam dan merdeka.2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah1. Waktu Harus iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.3. Waktu Afdhal iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakansembahyang sunat Aidil Fitri.4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah1. Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.2. Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).3. Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.Lafaz Akad Zakat Fitrah1. Lafaz untuk diri sendiri:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.3. Lafaz bagi pihak:Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.Pembayaran Zakat Fitrah Di Negeri Johor1. Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan pungutan dan agihan wang zakat dan fitrah di negeri Johor mengikut sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (1);Majlis hendaklah berkuasa memungut Zakat daripada sekalian orang yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayar Zakat di atas harta bendanya di dalam negeri ini yang diwajibkan oleh Hukum Syarak membayarnya.2. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di negeri Johor menunaikan Zakat Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah melantik amil-amil di setiap kariah dan kawasan bagi diberi kuasa dan tauliah memungut Zakat Fitrah sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangan 14 Seksyen 28 (2);Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh memungut, mengambil atau menerima bayaran Zakat atau Fitrah melainkan bagi pihak atau dengan kebenaran Majlis.3. Umat Islam di negeri Johor hendaklah membuat bayaran Zakat Fitrah kepada amil-amil yang diberi kuasa dan tauliah memungutnya di kawasan masing-masing. Bagi mereka yang membuat bayaran zakat kepada mereka yang tidak diberi kuasa dan tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Tahun 1978 Bilangn 14 Seksyen 28 (3);Kemudian daripada berjalannya kuatkuasa Enakmen ini tiada seorang pun boleh membayar Zakat dan Fitrah melainkan kepada seorang yang telah dibenarkan oleh Majlis bagi memungut, mengambil atau menerimanya.4. Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Tahun 1997 Seksyen 16 :Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi:a) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah; ataub) enggan membayar atau dengan senganja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Skim InfaqSKIM INFAQ -PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJIFAEDAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI

Menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran zakat Mendapat rebet bagi tolakan cukai pendapatan individu Meringankan bebanan dengan bayaran zakat secara bayaran bulanan Mengelakkan daripada terlepas menunaikan zakat pada waktunya

Jadual (kaedah 3) Potongan Cukai Bulanan

Jadual ini mula berkuatkuasa pada Januari 2000 iaitu sehubungan dengan semua saraan yang dibayar dalam bulan tersebut bagi membantu majikan membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB) Majikan boleh meremitkan potongan zakat kepada pihak berkuasa zakat selain daripada membayar potongan cukai bulanan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pelarasan boleh dibuat dengan mengambil kira jumlah zakat dan mengurangkan jumlah PCB yang dikenakan bagi setiap bulan Ini bermakna potongan zakat boleh diambil daripada potongan PCB dan tidak melibatkan potongan tambahan dari pendapatan yang diterima setiap bulan Bagi mereka yang tidak dikenakan PCB tetapi ingin membuat bayaran zakat melalui potongan gaji juga boleh menggunakan kemudahan ini