pertandingan_esei.pdf

6
Pertandingan Mengarang Esei Program Bulan Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB 2008 PENGENALAN 1. Pertandingan Mengarang Esei Program Bulan Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB 2008 ini diwujudkan sesuai dengan Program Bulan Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB 2008 . Pertandingan mengarang esei ini juga merupakan salah satu program penggalakan memahami Pembestarian Sekolah Menjana Kecemerlangan Pendidikan dengan betul, tepat dan berkesan. Pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat menulis dan meluahkan pendapat serta buah fikiran dalam bentuk tulisan yang tersusun dan terarah di kalangan pelatih IPTB. OBJEKTIF PERTANDINGAN 2. Objektif-objektif pertandingan esei ini adalah seperti berikut: a. Mencungkil bakat dan kemahiran mengungkapkan buah fikiran dalam bentuk tulisan yang tersusun dan terarah. b. Memupuk tabiat suka membaca dan menimba ilmu sepanjang hayat. c. Mendorong lebih ramai pelatih IPTB menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan, sekali gus akan melahirkan penulis pelbagai bidang dan profesion. d. Menyediakan wahana untuk meluahkan pemikiran dan kefahaman mereka berhubung isu-isu semasa dan pandangan serta cadangan ke arah kebaikan dan pembaikan pada masa yang akan dating khususnya pelaksanaan pembestarian sekolah. HAL EHWAL PERTANDINGAN 3. Sekretariat Pertandingan . Jabatan Teknologi Pendidikan. 4. Kategori A . Pelatih IPTB 5. Bahagian-Bahagian Pertandingan . Pertandingan esei ini mengandungi hanya satu bahagian iaitu: a. Bahasa Melayu - Terbuka kepada semua pelatih IPTB sahaja.

Upload: jing-er

Post on 05-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pertandingan_esei.

TRANSCRIPT

Pertandingan Mengarang Esei Program Bulan Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB 2008 PENGENALAN

1. Pertandingan Mengarang Esei Program Bulan Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB 2008 ini diwujudkan sesuai dengan Program Bulan Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB 2008 . Pertandingan mengarang esei ini juga merupakan salah satu program penggalakan memahami Pembestarian Sekolah Menjana Kecemerlangan Pendidikan dengan betul, tepat dan berkesan. Pertandingan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat menulis dan meluahkan pendapat serta buah fikiran dalam bentuk tulisan yang tersusun dan terarah di kalangan pelatih IPTB.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

2. Objektif-objektif pertandingan esei ini adalah seperti berikut:

a. Mencungkil bakat dan kemahiran mengungkapkan buah fikiran dalam bentuk tulisan yang tersusun dan terarah.

b. Memupuk tabiat suka membaca dan menimba ilmu sepanjang hayat.

c. Mendorong lebih ramai pelatih IPTB menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan, sekali gus akan melahirkan penulis pelbagai bidang dan profesion.

d. Menyediakan wahana untuk meluahkan pemikiran dan kefahaman mereka berhubung isu-isu semasa dan pandangan serta cadangan ke arah kebaikan dan pembaikan pada masa yang akan dating khususnya pelaksanaan pembestarian sekolah.

HAL EHWAL PERTANDINGAN

3. Sekretariat Pertandingan. Jabatan Teknologi Pendidikan.

4. Kategori A. Pelatih IPTB

5. Bahagian-Bahagian Pertandingan.

Pertandingan esei ini mengandungi hanya satu bahagian iaitu:

a. Bahasa Melayu - Terbuka kepada semua pelatih IPTB sahaja.

ASUS
Highlight
ASUS
Highlight

6. Penyertaan. Untuk menjayakan pertandingan ini setiap Perkhidmatan dikehendaki memajukan esei-esei dengan bilangan minimum seperti berikut:

(1) Setiap kumpulan pelatih diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan

7. Tajuk Esei. Peserta perlu memilih tajuk esei yang disenaraikan seperti di dalam lampiran A.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

8. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

a. Penyertaan terbuka kepada semua pelatih IPTB sahaja. Seorang peserta boleh menghantar seberapa banyak esei untuk pertandingan ini.

b. Esei hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu mengikut bahagian seperti pernyataan di perenggan 6, ditaip dengan huruf bersaiz 12 poin dan langkau dua baris.

c. Panjang esei mestilah:

(1) Kategori A: 2500 - 5000 patah perkataan sahaja.

d. Peserta bebas memilih mana-mana tajuk yang disediakan oleh urus setia atau mencadangkan tajuk yang sesuai yang diluluskan oleh urusetia.

e. Peserta perlu menyatakan atau menyenaraikan bibliografi atau sumber rujukan karya yang dihasilkan tetapi karya mestilah berbentuk esei bukan tesis, kertas kerja, laporan dan lain-lain.

f. Esei yang dikemukakan mestilah karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam apa-apa bentuk media.

g. Peserta perlu menyertakan sekeping gambar berukuran pasport.

h. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap esei yang tidak sampai atau hilang dalam pengiriman.

i. Semua esei yang dihantar tidak akan dikembalikan.

j. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan mana-mana esei sama ada yang memenangi atau tidak memenangi pertandingan.

k. Peserta hendaklah menggunakan borang rasmi yang diedarkan oleh pihak urus setia pertandingan atau salinan fotostatnya dan disahkan oleh tutor.

Borang penyertaan perlu dimajukan kepada pihak urus setia selewat-lewatnya 17 April 2008. Borang Penyertaan yang lengkap boleh dihantar terus kepada pihak urus setia melalui faksimili di talian 04-5214955.

l. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu esei tetapi mestilah berlainan tajuk. Namun, peserta layak menerima satu hadiah sahaja bagi esei terbaik.

m. Peserta perlu menghantar 2 salinan esei bagi setiap penyertaan.

n. Esei hendaklah sampai kepada pihak urus setia selewat-lewatnya pada 20 April 2008. Pemenang akan dimaklumkan keputusannya melalui telefon.

o. Esei yang tidak memenuhi syarat pertandingan akan ditolak.

p. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

q. Sebanyak 2 salinan esei perlu dihantar kepada:

Urus Setia Pertandingan Mengarang Esei Pembestarian Sekolah IPTB Institut Perguruan Tuanku Bainun. 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

HADIAH

9. Hadiah. Seorang peserta hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja. Hadiah-hadiah bagi kedua-dua bahagian iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah seperti berikut:

a. Bahagian Bahasa Melayu.

(1) Kategori A - . (a) Johan – RM100, cenderamata dan sijil penyertaan.

(b) Naib Johan - RM 40, cenderamata dan sijil penyertaan.

(c) Ketiga - RM 30, cenderamata dan sijil penyertaan.

(d) 3 x Saguhati - RM 20.00 ( setiap pemenang).

10. Penyampaian Hadiah. Penyampaian hadiah kepada para pemenang akan dibuat semasa Majlis Perasmian Penutupan Program Pembestarian Sekolah 2008 yang

dijangkakan pada 25 April 2008.

PERTANYAAN

11. Pertanyaan. Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pertandingan ini boleh diajukan kepada Sekretariat Pertandingan di talian 013-5208044.

Lampiran A

SENARAI TAJUK PERTANDINGAN MENGARANG ESEI PEMBESTARIAN SEKOLAH 2007

Senarai tajuk

1 Pembestarian Sekolah Menjana Kecemerlangan Pendidikan

2 ICT dan Pembestarian Sekolah

3 Halatuju Pembestarian Sekolah

4 Pelsanaan Pembestarian Sekolah di Malaysia

5 Pembestarian Sekolah : Kesan Yang Dijangkakan

6 Pembestarian Sekolah Menjana Pendidikan Masa Hadapan

6 Atau mana-mana tajuk yang diluluskan oleh urusetia

BORANG PENYERTAAN (Isikan dua salinan)

Pertandingan Mengarang Esei Program Bulan Pembestarian Sekolah Peringkat IPTB 2008 Tajuk Esei: (Jika perlu bincang tajuk dan dapatkan kelulusan urusetia) Nama: Kumpulan: No. Tel Bimbit: Pengakuan: Saya mengaku bahawa esei ini merupakan esei asli, hasil tulisan saya sendiri dan tidak pernah diterbitkan dalam apa-apa bentuk sekalipun, dan saya menerima syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Tandatangan: Nama: Tarikh: Pengesahan Tutor Tandatangan Tutor: Nama Tutor: Tarikh: Nota: * Borang penyertaan yang lengkap boleh dihantar terus kepada pihak urus setia melalui faksimili di talian 03-26912179.