pertandingan the craftmaster (“pertandingan”) · web viewproduk yang dihasilkan...

4

Click here to load reader

Upload: doquynh

Post on 13-Mar-2018

227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertandingan The CraftMaster (“pertandingan”) · Web viewProduk yang dihasilkan mestilah mudah dijual, kreatif, berfungsi, asli dan mempunyai ‘packaging’/panggayaan yang menarik

Pertandingan The CraftMaster (“pertandingan”) dianjurkan oleh MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“Penganjur” atau “MyCreative”) bertujuan untuk mencari idea-idea baru dalam industri produk kreatif Malaysia sama ada moden/kontemporari atau tradisional yang boleh dikomersialkan. Terbuka untuk semua bentuk penggunaan material samaada hasil rimba, logam, hasil tanah, tekstil, plastik, aneka kraf dan sebagainya. Produk yang dihasilkan mestilah mudah dijual, kreatif, berfungsi, asli dan mempunyai ‘packaging’/panggayaan yang menarik. Sekiranya anda berminat dan mempunyai idea-idea kreatif yang unik, sertailah The CraftMaster!

SYARAT KELAYAKAN PERTANDINGAN:

1. Warganegara Malaysia;2. Berumur 18 tahun dan ke atas;3. Peserta boleh menghantar sehingga 3 penyertaan (satu produk untuk satu penyertaan); dan4. Penyertaan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan.

KATEGORI:● Moden/Kontemporari● Tradisional

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

(i) Peserta dikehendaki menghantar melalui e-mel borang penyertaan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani beserta maklumat di bawah ke [email protected] sebelum tarikh tutup Pertandingan pada 31 Julai 2017:

a) salinan kad pengenalan peserta;b) kompilasi rakaman video (antara 30-60 saat) menunjukkan proses penghasilan produk kraf tersebut oleh peserta. Sekiranya fail rakaman video melebihi 5MB, sila muatnaik rakaman

tersebut ke sebarang laman perkongsian video seperti Youtube, Veoh, Vimeo atau sebagainya dan sertakan pautan yang berkaitan; danc) gambar produk yang telah siap (gambar dari 4 sudut: atas, bawah, sisi kiri dan sisi kanan) dan gambar 3 dimensi (sekiranya gambar melebihi 5MB, sila muatnaik fail gambar tersebut ke

sebarang laman perkongsian maya seperti Google Drive, Dropbox atau sebagainya dan sila sertakan pautan yang berkaitan. Format fail yang boleh diterima adalah PDF, GIF, JPEG, PNG atau BMP

(ii) Satu borang penyertaan untuk satu produk (maksimum 3 penyertaan untuk setiap individu atau kumpulan);(iii) Tajuk e-mel hendaklah dimulakan dengan “The CraftMaster” dan diikuti dengan nama peserta;(iv) Setiap e-mel penyertaan akan dibalas dengan e-mel janaan automatik dari MyCreative sebagai bukti penerimaan penyertaan. Sekiranya peserta tidak menerima sebarang e-mel balas dalam

masa 3 hari dari tarikh penyertaan, sila hubungi pihak Penganjur di talian yang tertera di bawah;(v) Penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup Pertandingan tidak akan diterima;(vi) Penyertaan yang gagal mematuhi syarat-syarat penyertaan dan terma-terma Pertandingan akan dibatalkan; dan(vii) Bagi peserta-peserta yang telah melepasi saringan, mereka dikehendaki menunjuk dan membentangkan produk yang telah siap kepada pihak juri Pertandingan pada Hari Pembentangan.

KRITERIA PENGADILAN / FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MENGHANTAR PENYERTAAN:

1. Mudah dijual;2. Kreatif & Inovatif;3. Fungsi;4. Keaslian; dan5. Penggayaan.

TARIKH PENTING:

1. Tarikh Tutup Penyertaan : 31 Julai 2017*2. Makluman kepada peserta yang layak untuk ke peringkat akhir : 4 Ogos 2017*3. Hari Pembentangan dan Pengumuman Pemenang : 26 Ogos 2017*

*tertakluk kepada perubahan

BORANG PENYERTAAN(*) wajib diisi

MAKLUMAT PESERTA*Nama:(hanya wakil bagi peserta berkumpulan)*Nombor Kad Pengenalan:*Umur: *Tarikh Lahir: *Jantina: L / P*Alamat:

*Bandar: *Poskod: *Negeri:No. Telefon (R): *No. Telefon (H): No. Faks:*Emel:MAKLUMAT PRODUK

*Nama Produk:

1

Page 2: Pertandingan The CraftMaster (“pertandingan”) · Web viewProduk yang dihasilkan mestilah mudah dijual, kreatif, berfungsi, asli dan mempunyai ‘packaging’/panggayaan yang menarik

*Kategori: Moden Tradisional

*Medium / material digunakan:

*Dimensi / Ukuran saiz produk (Panjang x Lebar x Tinggi/Ketebalan):

*Pautan kepada laman perkongsian (jika berkaitan):

*Sila nyatakan maklumat atau penerangan tentang produk dari segi keunikan dan ciri-ciri tersendiri. (sekiranya ruang di bawah tidak mencukupi, sila lampirkan maklumat pada kertas tambahan dan dihantar bersama borang ini)

Contoh Maklumat : sasaran pelanggan, strategi pemasaran, kos pembuatan dan harga jualan, kreativiti produk, nilai-nilai atau kelebihan produk tersebut berbanding produk lain di pasaran.

SYARAT-SYARAT DAN TERMA KHUSUS PERTANDINGAN:

(i) Peserta tidak terikat atau tertakluk kepada sebarang ikatan kontrak kewajipan atau sebarang bebanan perundangan yang boleh menghalang peserta dari menyertai pertandingan ini;(ii) Sekiranya peserta terpilih untuk ke peringkat akhir / hari pembentangan, peserta tersebut hendaklah menghadirkan diri untuk membentangkan produknya di hadapan juri. Tarikh hari pembentangan akan

dimaklumkan kepada peserta yang layak ke peringkat akhir; dan(iii) Sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan ini tanpa memberi sebarang alasan yang kukuh, peserta harus membayar sebarang ganti rugi kepada Penganjur sekiranya pihak Penganjur terpaksa

2

Page 3: Pertandingan The CraftMaster (“pertandingan”) · Web viewProduk yang dihasilkan mestilah mudah dijual, kreatif, berfungsi, asli dan mempunyai ‘packaging’/panggayaan yang menarik

menanggung sebarang kerugian akibat daripada tindakan peserta tersebut.

SYARAT-SYARAT DAN TERMA UMUM PERTANDINGAN:

(i) Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi semua syarat pertandingan seperti yang dilampirkan pada borang penyertaan dan laman sesawang MyCreative. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat dan terma pertandingan ini boleh mengakibatkan penyertaan peserta dibatalkan;(ii) Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi mekanisma/perjalanan pertandingan yang diberitahu atau dimaklumkan kepada peserta oleh penganjur dalam sebarang bentuk sepanjang tempoh pertandingan.

(iii) Dengan menyertai pertandingan ini, peserta memberi jaminan dan pengesahan bahawa semua maklumat yang diberi untuk kegunaan pertandingan adalah betul, terkini dan lengkap. Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pemeriksaan dan pengesahan syarat kelayakan penyertaan terhadap sebarang peserta dan boleh membatalkan sebarang penyertaan sekiranya didapati maklumat yang diberi adalah palsu atau salah;

(iv) Produk yang dihantar untuk pertandingan ini mestilah asli (bukan tiruan) dan tidak pernah memenangi sebarang pertandingan atau tidak pernah menerima sebarang anugerah atau pengiktirafan. Produk baru yang berinovatif amat dialu-alukan;

(v) Pihak penganjur berhak dan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk membatalkan atau meminda syarat pertandingan tanpa perlu memberi sebarang notis awal. Sebarang perubahan yang dilakukan akan dianggap sebagai pindaan kepada syarat-syarat dan terma pertandingan;(vi) Pihak penganjur berhak dan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk meminda, melanjutkan, menangguhkan atau menjadual semula tempoh pertandingan atau sebarang tarikh-tarikh penting pertandingan;(vii) Berdasarkan justifikasi yang munasabah, pihak penganjur berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan sekiranya pihak penganjur mempercayai peserta pertandingan tidak layak menyertai atau melanggari syarat-syarat dan terma pertandingan;

(viii) Semua penyertaan akan melalui proses saringan dan mereka yang layak ke peringkat akhir hendaklah membuat pembentangan mengenai produk mereka di hadapan juri pada Hari Pembentangan;(ix) Peserta yang berjaya ke peringkat akhir hendaklah membuat pembentangan untuk tempoh 20 minit (termasuk sesi soal jawab). Peserta akhir hendaklah mengemukakan produk yang telah siap (prototaip) pada

sesi pembentangan;(x) Keputusan pemilihan pemenang akan dibuat pada penghujung Hari Pembentangan dan sebarang keputusan kolektif panel juri dan pihak MyCreative adalah muktamad dan sebarang rayuan atau surat-

menyurat tidak akan dilayan.(xi) Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai sebarang syarat, perjalanan, keputusan atau sebarang perkara berkaitan pertandingan, keputusan Penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat,

rayuan atau perbincangan tidak akan dilayan;(xii) Pihak penganjur berhak untuk menyimpan untuk seketika dan menggunakan produk yang berjaya ke peringkat akhir untuk tujuan promosi dan pameran di bawah MyCreative atau pihak yang berkaitan;(xiii) Pihak penganjur berhak untuk menggunakan gambar dan rakaman video peserta untuk tujuan promosi dan publisiti MyCreative.

(xiv) Pihak penganjur berhak untuk mempamerkan, memberi publisiti, mendedahkan, imej/ visual/ rakaman video/ maklumat di dalam borang penyertaan untuk tujuan publisiti “online” dan “offline”, tayangan umum, undian umum atau sebarang tujuan lain yang dirasakan perlu oleh pihak penganjur dan pihak penganjur berhak untuk menjenamakan, tag, menanda, mengedit, mengubah, menambah, mengekstrek, menyunting, dan mengubah rakaman video dan imej yang dirasakan perlu untuk tujuan yang telah dinyatakan di atas.

LIABILITI DAN TANGGUNGJAWAB PENGANJUR:

Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap:

● Sebarang masalah, kerugian, kehilangan, kecederaan, kerosakan dalam apa jua bentuk dan keadaan yang dialami oleh mana-mana pihak akibat daripada kelewatan menerima atau kegagalan penghantaran penyertaan untuk pertandingan ini.

● Sebarang masalah, kerugian, kehilangan, kecederaan, kerosakan dalam apa jua bentuk dan keadaan yang dialami oleh peserta atau wakil peserta yang telah diberi kuasa disebabkan penyertaan pertandingan ini.

● Sebarang ganti rugi yang dikemukakan oleh mana-mana pihak disebabkan oleh pelanggaran atau pencabulan hakcipta dan hak harta intelek oleh peserta.● Sebarang kos perbelanjaan (merangkumi dan tidak terbatas kepada kos pembuatan, penyimpanan dan penghantaran), kerosakan atau kerugian dalam apa jua bentuk terhadap produk peserta.● Sebarang bentuk liabiliti lain, yang berbentuk nyata dan luar jangka yang mungkin timbul atas faktor lain dan dari pihak yang berkaitan dengan pertandingan dan produk yang dihantar.● Sebarang masalah teknikal berkaitan telekomunikasi dan jaringan internet merangkumi kelajuan dan jalur lebar, termasuk sebarang kerosakan atau kerugian yang menimpa sebarang rupa bentuk komputer

atau alat komunikasi atau seumpamanya milik peserta atau pihak lain akibat dari penyertaan pertandingan ini.

PERLINDUNGAN DATA PERIBADI:

Saya/kami bersetuju dengan data peribadi yang telah diberikan kepada MyCreative di dalam borang penyertaan, saya/kami:

i) membenarkan MyCreative untuk memproses data peribadi yang telah diisi di dalam borang penyertaan dan sebarang tambahan data peribadi yang akan diberikan pada masa akan datang bagi tujuan penyertaan pertandingan ini;

ii) mengesahkan bahawa maklumat peribadi saya/kami adalah benar, lengkap dan betul;iii) mengakui saya/kami berhak untuk mendapatkan akses kepada dan permintaan untuk membuat pembetulan ke atas maklumat peribadi yang diberikan kepada MyCreative dan saya/kami boleh meminta

MyCreative untuk menamatkan pemprosesan maklumat peribadi saya/kami. Saya/kami akan berhubung dengan MyCreative samada dengan menghantar e-mel atau melaui surat kepada MyCreative yang beralamat di MyCreative Ventures Sdn. Bhd., B-06-3A, PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8A, Bandar Damansara Perdana, 47820, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; dan

iv) saya membenarkan MyCreative untuk mendedahkan maklumat peribadi saya kepada:a) vendor, kontraktor, hakim dan/atau syarikat-syarikat yang dihubungi oleh MyCreative bagi tujuan penyertaan dan sebarang proses tambahan dan/atau transaksi kemudian; dan/ataub) pihak berkuasa, agensi dan mana-mana badan undang-undang mengikut undang-undang yang berkaitan.

● SAYA/KAMI DENGAN INI BERSETUJU SEKIRANYA PIHAK MYCREATIVE MENERIMA SEBARANG PERMINTAAN DARIPADA PIHAK SAYA UNTUK MENAMATKAN PEMPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI SAYA/KAMI, MYCREATIVE BERHAK UNTUK MEMBATALKAN PENYERTAAN SAYA DI DALAM PERTANDINGAN INI.

● SAYA/KAMI DENGAN INI BERSETUJU DENGAN SYARAT-SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN INI DAN MENGISYTIHARKAN SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR, BETUL DAN TEPAT.

● SAYA/KAMI JUGA MENGISYTIHARKAN BAHAWA PRODUK YANG DIHANTAR ADALAH REKAAN SAYA DAN PRODUK TERSEBUT TIDAK PERNAH MEMENANGI MANA-MANA PERTANDINGAN ATAU ANUGERAH.

X

Nama Peserta:

Nombor Kad Pengenalan:

Tarikh:

Sebarang pertanyaan dan soalan boleh di e-mel ke [email protected] atau melayari www.mycreative.com.my atau hubungi 03-7712 7212

3