kosa kata murid mampu perkaya kuiz pintar kata · ... dan dalam masa ... tiga murid yang mendapat...

1
SITI Nur Alisa Malikie, murid Sekolah Rendah Kheng Cheng, merupakan pemenang pertama bagi pertandingan aplikasi Pintar Kata yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS). Tahun ini, seramai 282 murid daripada 62 sekolah menyertainya. Murid berusia 12 tahun itu menang buat pertama kali dan ia merupakan kali keduanya menyertai kuiz aplikasi Pintar Kata. Gurunya di sekolah telah menggalakkannya untuk menyertai pertandingan tersebut. Sekolah Rendah Kheng Cheng telah menghantar tiga peserta tahun ini. Siti Nur Alisa telah mengambil masa seminggu untuk berlatih permainan tersebut. “Sekolah saya telah menyediakan iPad bagi saya ber- latih permainan itu pada waktu rehat,” katanya. Selain itu, Siti Nur Alisa juga menggunakan aplikasi Pintar Kata tersebut di rumah dengan menggunakan tele- fonnya sendiri. Biarpun aplikasi tersebut bersifat ilmiah, menurut- nya, ia menyeronokkan dan tidak membosankan. “Pertandingan kuiz sebegini memberikan pendedah- an kepada perkataan-perkataan baru, dan dalam masa yang sama saya dapat mempelajarinya,” ujarnya. Tempat kedua pula dimenangi oleh Sofea Nurbaqyah Abdul Raman dari Sekolah Rendah Meridian. Menurut anak bongsu dalam keluarga tiga beradik itu, dia tidak menyangka akan memenangi peraduan di tempat kedua itu. Ia merupakan kali pertama Sofea menyertai pertan- dingan Pintar Kata. “Saya berlatih di rumah dengan menggunakan aplika- si di iPad selama sejam setiap hari. “Kakak saya yang memperkenalkan aplikasi ini kepa- da saya semasa saya dalam darjah dua. Sejak itu, saya sudah mula bermain dengan aplikasi ini,” kata murid berusia 11 tahun itu. Dia berasa agak gementar semasa pertandingan itu di- jalankan. “Mujur saya dapat mencari sebanyak mungkin per- kataan dengan mudah,” ujarnya. Tempat ketiga dimenangi oleh Erry Qirriawan Rosli dari Sekolah Rendah Tampines North. “Ini kali pertama saya menyertai peraduan ini. Saya memang teruja dapat memenangi tempat ketiga dan tidak menyangka dapat tempat tiga teratas,” ujar anak bongsu dua beradik itu. Menurutnya, aplikasi Pintar Kata sangat menarik dan mudah. “Guru yang memperkenalkan aplikasi ini di dalam kelas bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai seba- hagian daripada bahan pembelajaran,” katanya. Selain itu, menurut Erry, dia dan rakan-rakan juga menggunakan aplikasi tersebut. “Kami akan bersaing antara satu sama lain untuk me- lihat siapa yang boleh meraih skor tertinggi,” kata Erry, yang akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini. Jadi juara setelah dua kali sertai pertandingan TIGA PEMENANG APLIKASI ‘PINTAR KATA’: Encik Mohamed Noh Daipi (kiri) dan Encik Saktiandi Supaat (dua dari kanan) bersama pemenang peraduan ‘Pintar Kata’, Sofea Nurbaqya Abdul Rahman (dua dari kiri), Siti Nur Alisa (tengah) dan Erry Qirriawan Rosli (kanan).

Upload: nguyenthuy

Post on 02-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kosa kata murid mampu perkaya Kuiz Pintar Kata · ... dan dalam masa ... Tiga murid yang mendapat tempat ter-tinggi dalam pertandingan itu ialah Siti Nur ... Dahulu, tangkal yang

SITI Nur Alisa Malikie, murid Sekolah Rendah Kheng Cheng, merupakan pemenang pertama bagi pertandingan aplikasi Pintar Kata yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS).

Tahun ini, seramai 282 murid daripada 62 sekolah menyertainya.

Murid berusia 12 tahun itu menang buat pertama kali dan ia merupakan kali keduanya menyertai kuiz aplikasi Pintar Kata.

Gurunya di sekolah telah menggalakkannya untuk menyertai pertandingan tersebut.

Sekolah Rendah Kheng Cheng telah menghantar tiga peserta tahun ini.

Siti Nur Alisa telah mengambil masa seminggu untuk berlatih permainan tersebut.

“Sekolah saya telah menyediakan iPad bagi saya ber-latih permainan itu pada waktu rehat,” katanya.

Selain itu, Siti Nur Alisa juga menggunakan aplikasi Pintar Kata tersebut di rumah dengan menggunakan tele-fonnya sendiri.

Biarpun aplikasi tersebut bersifat ilmiah, menurut-nya, ia menyeronokkan dan tidak membosankan.

“Pertandingan kuiz sebegini memberikan pendedah-an kepada perkataan-perkataan baru, dan dalam masa yang sama saya dapat mempelajarinya,” ujarnya.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Sofea Nurbaqyah Abdul Raman dari Sekolah Rendah Meridian.

Menurut anak bongsu dalam keluarga tiga beradik itu, dia tidak menyangka akan memenangi peraduan di tempat kedua itu.

Ia merupakan kali pertama Sofea menyertai pertan-dingan Pintar Kata.

“Saya berlatih di rumah dengan menggunakan aplika-si di iPad selama sejam setiap hari.

“Kakak saya yang memperkenalkan aplikasi ini kepa-da saya semasa saya dalam darjah dua. Sejak itu, saya sudah mula bermain dengan aplikasi ini,” kata murid berusia 11 tahun itu.

Dia berasa agak gementar semasa pertandingan itu di-jalankan.

“Mujur saya dapat mencari sebanyak mungkin per-kataan dengan mudah,” ujarnya.

Tempat ketiga dimenangi oleh Erry Qirriawan Rosli dari Sekolah Rendah Tampines North.

“Ini kali pertama saya menyertai peraduan ini. Saya memang teruja dapat memenangi tempat ketiga dan tidak menyangka dapat tempat tiga teratas,” ujar anak bongsu dua beradik itu.

Menurutnya, aplikasi Pintar Kata sangat menarik dan mudah.

“Guru yang memperkenalkan aplikasi ini di dalam kelas bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai seba-hagian daripada bahan pembelajaran,” katanya.

Selain itu, menurut Erry, dia dan rakan-rakan juga menggunakan aplikasi tersebut.

“Kami akan bersaing antara satu sama lain untuk me-lihat siapa yang boleh meraih skor tertinggi,” kata Erry, yang akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini.

EAINUN MARDHIAH MOHSIN

[email protected]

SERAMAI 282 murid daripada 62 sekolah telah menyertai pertandingan kuiz aplikasi Pintar Kata anjuran Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) pada 26 Julai la-lu.

Mereka terdiri daripada murid darjah em-pat hingga enam.

Aplikasi Pintar Kata merupakan aplikasi yang menguji kepintaran dan ketangkasan murid membina kosa kata daripada kumpu-lan huruf yang disediakan.

Terdapat 100 peringkat, dengan setiap peringkat harus mencari 20 perkataan sebe-lum mara ke peringkat seterusnya.

Tahun ini merupakan tahun ketiga pertandingan tersebut diadakan.

Menurut Dr Fadilah Isnin, Ketua Guru Pa-kar, aplikasi Pintar Kata menggalakkan pem-belajaran bahasa Melayu dengan cara yang berbeza.

“Kita mempunyai aplikasi Pintar Periba-hasa, Pintar Kata, Cerita Rakyat Nusantara dan yang akan datang adalah aplikasi Bitara Kata dan Legenda Singapura,” kata beliau.

Aplikasi Cerita Rakyat Nusantara dan Pintar Peribahasa mendapat pujian daripada pihak Kementerian Pendidikan (MOE).

Menurut pengarah MLCS, Encik Moha-med Noh Daipi, aplikasi Bitara Kata telah

wujud namun masih dalam proses awal dan hasilnya boleh didapatkan dalam bulan ini.

Bagi aplikasi Legenda Singapura pula, ia dijangka dilancarkan paling lewat pada Mac tahun depan.

Aplikasi Pintar Kata pernah memenangi pingat gangsa Anugerah Innergy semasa aca-ra Kementerian Pendidikan ‘ExCEL Fest 2017’.

“Sebelum mencipta sesebuah aplikasi, ka-mi akan mempelajari dan membuat kaji seli-dik contoh permainan yang popular dalam kalangan anak-anak muda atau remaja.

“Uji kaji (bagi sesebuah aplikasi) akan di-jalankan di beberapa sekolah dan setelah mendapat maklum balas daripada pihak sekolah, ia akan diperelok dan akan ditetap-kan permainan yang akan dilancarkan,” ka-ta beliau.

Aplikasi sebegini membolehkan mu-rid-murid memperkaya kosa kata mereka se-lain merupakan peluang kepada ibu bapa mengajar anak melalui kegiatan belajar sam-bil bermain.

MLCS berharap membina bahan yang se-suai dengan peringkat umur kanak-kanak.

Aplikasi tersebut tidak terlalu sukar dan boleh dikendalikan murid-murid.

Majlis penyampaian hadiah bagi pertan-dingan itu dihadiri oleh tetamu terhormat, Encik Saktiandi Supaat, Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh.

Dalam ucapannya, beliau telah meng-galakkan guru-guru terus berusaha mening-katkan mutu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah.

Salah satu caranya, kata beliau, ialah de-ngan dengan menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Me-layu.

Beliau menggalakkan murid-murid su-paya menggunakan bahasa Melayu apabila bertutur.

“Dengan menggunakan bahasa Melayu sekerap dan sebaik yang boleh, anda akan meningkatkan kefasihan dan kemampuan an-da bertutur lebih lancar dan berkesan.”

Tiga murid yang mendapat tempat ter-tinggi dalam pertandingan itu ialah Siti Nur Alisa Malikie dari Sekolah Rendah Kheng Cheng, Sofea Nurbaqyah Abdul Raman dari Sekolah Rendah Meridian dan Erry Qirri-awan Rosli dari Sekolah Rendah Tampines North.

TANPA mengira budaya, setiap ibu pas-ti ingin melihat anak mereka membesar dengan sihat.

Begitu juga dengan keinginan kaum ibu sentiasa melindungi anak mereka, walau-pun cara yang diungkapkan berbeza-beza.

Dewasa ini, bakal ibu akan mengambil ubat-ubatan di samping ujian dan suntikan pada tahap awal kehamilannya untuk me-mastikan zuriat di dalam kandungan mem-besar dengan baik dan sihat.

Sebaliknya, sebelum perkembangan il-mu perubatan, ramai ibu bergantung kepa-da cara perubatan tradisional dan ilmu pe-rubatan turun-temurun.

Kadar kematian bayi kekal tinggi di ke-banyakan kawasan di serata dunia.

Seperti juga amalan tradisi masyarakat Melayu di rantau ini, dan masyarakat Cina Peranakan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, ibu-ibu Cina akan menjahit motif yang melambangkan tuah pada pakaian anak-anak mereka serta memakaikan tangkal untuk melindungi mereka daripada roh jahat yang mungkin menculik mereka.

Kebanyakan motif ini asalnya daripada alam semula jadi (haiwan, tumbuh-tumbu-han dan bunga-bungaan) dan cerita rakyat tradisional.

Motif haiwan yang sering digunakan ialah harimau, raja segala haiwan dalam bu-daya Cina.

Adalah dipercayai haiwan yang meng-gerunkan ini akan menghapuskan kejaha-tan dengan menakutkan roh-roh jahat.

Kaum ibu juga berharap agar anak-anak yang memakai pakaian atau barang perhi-

asan bermotif harimau ini (seperti topi atau sepatu) akan membesar menjadi berani se-perti harimau.

Ada beberapa topi harimau yang mema-parkan dua ekor harimau pada rekaannya yang halus dan terperinci; seekor meman-dang ke atas dan seekor lagi memandang ke depan, untuk memberikan perlindu-ngan yang menyeluruh kepada anak terse-but.

Ibu-ibu Cina juga percaya jika anak mereka memakai pakaian dengan motif yang melambangkan tuah, mereka akan membawa keberkatan, seperti harta kekayaan, usia yang panjang serta kemewa-han.

Sebagai contoh, motif buah persik pada pakaian anak melambangkan keinginan se-

orang ibu agar anaknya menikmati keber-katan usia yang panjang.

Simbol ini masih digunakan dewasa ini apabila sambutan hari lahir bagi warga emas termasuk sajian roti atau kek hari jadi dalam bentuk buah persik.

Menurut legenda Cina, Ibu Ratu dari Barat mempunyai sebuah taman persik di mana pepohonnya akan mekar sekali dalam 3,000 tahun dan buah-buah persik yang tumbuh daripadanya mengambil masa 3,000 tahun lagi untuk ranum.

Dewa-dewa Cina juga mengekalkan ke-abadian mereka dengan memakan buah-buah persik ini. Buah ini lantas dikait-kan dengan usia yang panjang di negeri Ci-na.

Dahulu, tangkal yang berbentuk kunci

digunakan kaum Cina sebagai tanda “me-ngunci” dan melindungi nyawa anak dari-pada dibawa lari.

Kunci tersebut juga akan “mengaman-kan” hati mereka supaya mereka menum-pukan perhatian pada pelajaran dan tidak terganggu dengan kegiatan yang tidak membawa manfaat seperti bermain.

Makna di sebalik motif-motif ini sering kali berasal daripada kata-kata yang mirip bunyinya dalam bahasa Cina.

Bagi kaum Cina, ikan merupakan lam-bang tuah kerana cara ia disebut sama se-perti perkataan bagi “kemewahan” atau “melimpah ruah”.

Oleh itu, motif ikan membawa ucapan keberkatan “semoga anda dikurnia kekayaan yang melimpah” atau “semoga anda menikmati rezeki tahun demi tahun”.

Ketahui lebih lanjut tentang maksud yang tersembunyi pada pakaian dan barang perhiasan tradisional kanak-kanak Cina, dan bagaimana kasih sayang ibu ba-pa dizahirkan pada masa lalu, di pameran khas Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen ‘Jahitan Kasih Sayang: Berkat yang Terselindung dalam Pakaian dan Aksesori Kanak-kanak’.

Pameran ini memaparkan pelbagai arti-fak berwarna-warni dari akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20 termasuk pakaian, topi, penutup telinga, alas dada bayi dan se-patu.

E Penulis kurator pameraN Stitches of Love di Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen.

Jadi juara setelah dua kali sertai pertandingan

Kuiz Pintar Kata mampu perkaya kosa kata murid

Makna tersirat di sebalik pakaian kanak-kanak

UNTUK MEMBAWA KEBAIKAN DAN KEUNTUNGAN: Pakaian berupa baju (atas) dan kasut kanak-kanak (kanan) yang menggambarkan ciri-ciri baik yang boleh mendatangkan kesihatan, kekuatan dan kemewahan. – Foto-foto DEWAN PERINGATAN NANYANG SUN YAT SEN

CATATAN

TIGA PEMENANG APLIKASI ‘PINTAR KATA’: Encik Mohamed Noh Daipi (kiri) dan Encik Saktiandi Supaat (dua dari kanan) bersama pemenang peraduan ‘Pintar Kata’, Sofea Nurbaqya Abdul Rahman (dua dari kiri), Siti Nur Alisa (tengah) dan Erry Qirriawan Rosli (kanan).

KHUSYUK SERTAI PERTANDINGAN PINTAR KATA: Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah menganjurkan peraduan yang disertai seramai 282 murid daripada 62 sekolah. – Foto-foto KHALID BABA

JERMAINE CHUA

8 Berita Harian | Isnin, 7 Ogos 2017

Wacana BAHASA & BUDAYA