pertandingan kuiz kelab robotik

4
PERTANDINGAN KUIZ KELAB ROBOTIK SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN, JITRA. 1.0 PENDAHULUAN Pertandingan kuiz ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Kelab Robotik Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua ahli Kelab Robotik dan pelajar Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra 2012. Ia akan diadakan di Bilik Robotik Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam era teknologi kelak. 2.0 MATLAMAT Matlamat pertandingan kuiz ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dengan pengetahuan komputer. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai komputer. Pelbagai soalan kuiz disusun dalam pertandingan ini agar kemahiran dan kefahaman komputer dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. 3.0 OBJEKTIF

Upload: mohdnizamsaidin

Post on 16-Apr-2015

195 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertandingan Kuiz Kelab Robotik

PERTANDINGAN KUIZ KELAB ROBOTIKSEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN AHMAD TAJUDDIN, JITRA.

1.0     PENDAHULUAN

Pertandingan kuiz ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh

Kelab Robotik Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra. Penyertaan

pertandingan ini  adalah terbuka kepada semua ahli Kelab Robotik dan pelajar

Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra 2012. Ia akan diadakan

di Bilik Robotik Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra. Aktiviti ini

dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang

ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib

menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam

melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba

melalui aktiviti ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam era

teknologi kelak.

2.0   MATLAMAT             

Matlamat pertandingan kuiz ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mahir dengan

pengetahuan komputer. Ianya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta

menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai komputer. Pelbagai soalan

kuiz disusun dalam pertandingan ini agar kemahiran dan kefahaman komputer

dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang.

3.0  OBJEKTIF

              3.1    Meningkatkan pengetahuan IT dalam kalangan pelajar dalam bentuk riadah

dan rekreasi.

Page 2: Pertandingan Kuiz Kelab Robotik

              3.2    Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang

disediakan.

              3.3    Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang

bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

              3.4    Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri.

              3.5    Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0  TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1    Tarikh : 8 Julai 2012

4.2    Tempat : Bilik Robotik SKSAT

5.0  TENTATIF PROGRAM

5.1          Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

6.0  PERASMIAN

Cadangan perasmi adalah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad

Tajuddin Encik K. Thachanamurthy, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan

Ahmad Tajuddin, Jitra.

7.0  KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1    Jumlah peserta : 18 orang murid Kelab Robotik Tahap 2 Sekolah Kebangsaan

Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra

         (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

Page 3: Pertandingan Kuiz Kelab Robotik

8.0  JAWATANKUASA PENGURUSAN

Pengerusi                            : Encik K. Thachanamurthy (Guru Besar)

                                              Encik Mohd Nizam bin saidin (PK Kokurikulum)

Guru Penasihat                  : Puan Hjh Zaleha bt Hj Isa

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi                            : En Rafidi bin Basroh

Naib pengerusi                   : Pn Rodziah bt Sulaiman

Setiausaha                          : Pn Norbanis bt Abd Wahab

Bendahari                            : Pn Siti Aisyah bt Zakaria

9.0      PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk pertandingan ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Alatulis 18 orang X RM 1.00 18.00 

2 Hadiah 3  X RM 6.00 18.00

3 Lain-lain : Hiasan - 10.00

Jumlah 46.00

        

 Sumber Kewangan:

1.            Peruntukan Ko-Kurikulum

Page 4: Pertandingan Kuiz Kelab Robotik

10.0    PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti

pertandingan kuiz ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi

untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,

kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan

terima kasih.

Disediakan oleh,                                        Disahkan oleh,

…………………………………….               ..................................................

(Puan Zaleha bt Hj Isa)                       (Encik K. Thachanamurthy, AMN)

Guru Penasihat,                                     Guru Besar,

Kelab Robotik,                                        SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra

SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra

           

Page 5: Pertandingan Kuiz Kelab Robotik