pertandingan kawad kaki

Upload: saftuyah-omar

Post on 06-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU,96000 SIBU, SARAWAK.

UNIT KOKURIKULUM SK AGAMA (MIS) SIBU.

KERTAS KERJA KONSEP PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARAKUMPULAN PERSATUAN PANDU PUTERI TUNASSK AGAMA (MIS) SIBU.

2015

1.PENGANJURUnit Kokurikulum SK Agama Sibu

2.URUSETIA PELAKSANAUnit Beruniform Pandu Puteri Tunas SK Agama (MIS) Sibu.

3.RASIONALMempertingkatkan perkembangan dan kemahiran murid-murid dalam aktiviti kawad kaki.

4.MATLAMATMelahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, dinamik, berdisiplin, berkeyakinan, berketrampilan, bertoleransi khususnya dalam aktiviti kawdt kaki dan tabah menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan cabaran.

5.OBJEKTIF5.1Meningkatkan minat pelajar untuk bergerak aktif dalam kegiatan kokurikulum terutamanya kawad kaki.5.2Menyediakan pelajar untuk pertandingan kawad kaki peringkat daerah.5.3Mencungkil bakat dan potensi murid-murid.

6.SASARAN43 orang ahli Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Agama (MIS) Sibu

7.PESERTA

7.1Bilangan murid 4 buah kumpulan yang terdiri daripada 11 hingga 15 orang ahli bagi setiap kumpulan7.2Bilangan guru Semua guru penasihat Pandu Puteri Tunas SK Agama Sibu , 4 orang guru TKRS dan Pengakap sebagai hakim.

8.Pelaksanaan Pertandingan Kawad Kaki (Foot Drills)

Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)Masa Lapor diri : 8.00pagiMasa Pertandingan : 8.30 pagi hingga 10.30 pagiTempat Lapor diri : Bilik UrusetiaTempat Pertandingan : akan diberitahu semasa berdaftarPakaian : Pakaian seragam yang lengkapBilangan Peserta : 11 hingga 15 orang sahaja

9.Peraturan-peraturan Pertandingan

Setiap pasukan hanya 11 hingga 15 orang peserta sahaja.(termasuk komander) Peserta diwajibkan pakaian seragam yang lengkap bersama sarung tangan putih untuk pertandingan kawad kaki. Komander hanya memberi hukuman sahaja dan tidak boleh terlibat dalam persembahan kawad asas dan corak. Sukatan, bahasa hukum dan persembahan untuk kawad asas perlu mengikut format yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Kawad asas adalah berpandu kepada Tentera Darat Diraja Malaysia. Untuk persembahan corak adalah bebas. Markah dan masa pertandingan akan dikira selepas komander memberi hukuman. Masa pertandingan yang diberi untuk setiap pasukan tidak melebihi 8 minit. Bunyi loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke-6, bunyi loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke-7 dan bunyi loceng ketiga akan dibunyikan pada minit ke-8. Selepas bunyi loceng ketiga, persembahan kawad kaki asas dan corak perlu dihentikan dan lapor diri. 25 pergerakan kawad kaki asas akan diberi markah kepada setiap anggota pasukan kawad kaki (tidak termasuk komander). Setiap pasukan perlu siap 25 pergerakan kawad kaki asas sebelum membuat persembahan corak. Markah pakaian seragam akan diberi untuk setiap peserta dalam pasukan kawad kaki. Markah persembahan corak diberi kepada anggota pasukan kawad kaki (tidak termasuk komander). Pengadil adalah terdiri daripada guru penasihat TKRS dan pemimpin pengakap yang berpengalaman dan berkelayakan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pihak penganjur berhak mengubah atau menambah sebarang peraturan sebelum pertandingan dimulakan dengan memberi notis kepada peserta pertandingan.

Cara permarkahan adalah seperti berikut:Kawad kaki asas : 50% Untuk komander terbaik,Keseragaman : 20% Bahasa Hukuman : 25%Pakaian : 10% Kepimpinan : 20%Bahasa hukuman : 10% Kejelasan Suara : 30%Persembahan Corak : 10% Kenyaringan Suara : 25%____________________________ ___________________________Jumlah : 100% Jumlah : 100%

10.Sukatan Kawad Kaki

Markah kawad kaki asas akan diberi untuk pergerakan bertanda *Bahasa hukuman adalah bertanda Bolded

1. Komander masuk gelanggang.2. Dalam 3 barisan ( Dari kiri, cepat jalan!)3. *Berhenti!4. *Akan menghadap ke hadapan, ke kiri pusing!5. *Buka barisan, gerak!6. *Kekanan lurus!7. *Pandang depan!8. Komander lapor!9. *Tutup barisan, gerak!10. *Senang diri!11. *Rehatkan diri!12. *Baris, baris sedia!13. *Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, ke kanan pusing!14. *Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing!15. *Dari kanan, cepat jalan!16. *Hormat, hormat ke hadapan....hormat!17. *Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah! tukar langkah! tukar langkah!18. *Kanan belok!19. *Kanan belok!20. *Kekanan hormat!21. *Selaku terima gaji hormat, hormat ke hadapan.hormat!22. *Tukar langkah perlahan, perlahan jalan!23. *Tukar langkah cepat, cepat jalan!24. *Bergerak ke kiri, bertiga-tiga, ke belakang pusing!25. *Akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing!26. *Berhenti!27. *Hentak kaki, cepat!28. *Berhenti!29. Bermula persembahan corak dengan arahan Komander melalui isyarat bunyi wisel atau isyarat tangan sahaja. (Persembahan corak digalakan tidak melebihi 2 minit dan keseluruhan persembahan mesti tidak melebihi 8 minit.)30. Komander lapor diri dan seterusnya memberi arahan untuk keluar gelanggang.12. PENUTUP

Diharap pertandingan ini dapat melahirkan murid-murid yang lebih berdisiplin, berdaya saing, bersemangat patriotisme dan memupuk semangat berpasukan serta tidak mementingkan diri dalam kalangan peserta.

Disediakan, Disahkan,

..........PN. SAFTUYAH BT OMAR ENCIK AZIZEE BIN ALLI AHMADPenyelaras Pertandingan Membuat Sandwic dan Jus, Penolong Kanan Kokurikulum,Antara Kumpulan, SK Agama (MIS) Sibu,Persatuan Pandu Puteri Tunas.SK Agama (MIS) Sibu

Diluluskan,

..ENCIK SHARKAWI BIN HAMDANGuru Besar,SK Agama (MIS) Sibu.