perspektif ruang geografi terhadap mukim kuala berang

20
1.0 PENDAHULUAN Esei ini ditulis bagi membincangkan perspektif ruang geografi di kawasan mukim Kuala Berang iaitu sebuah pekan kecil di daerah Hulu Terengganu. Perbincangan adalah berkenaan enam aspek penting keruangan iaitu pertama dibincangkan mengenai lokasi iaitu tempat terletaknya pekan kecil ini dari sudut lokasi mutlak dan lokasi bandingan. Kedua, interaksi antara manusia dan alam merangkumi dua konsep asas yang memperlihatkan kewujudannya di segenap kawasan kecil ini iaitu konsep determinisme dan possiblisme alam sekitar. Antara kedua ini konsep mananakah yang lebih dominan dengan masyarakat setempat akan dibincangkan. Seterusnya sedikit sebanyak akan diceritakan sentuhan emosi penulis mengenai selikar kenangan yang dibawa penulis yang tidak akan luput ditelan zaman mengenai satu kawasan terpilih di pekan ini dalam sub topik tempat. Keempat, akan membicarakan mengenai wilayah .Topik ke lima iaitu pergerakan akan mengfokuskan keadaan migrasi yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Fokus terakhir ialah 1

Upload: cnck

Post on 13-Jun-2015

1.120 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

1.0 PENDAHULUAN

Esei ini ditulis bagi membincangkan perspektif ruang geografi di kawasan mukim

Kuala Berang iaitu sebuah pekan kecil di daerah Hulu Terengganu. Perbincangan adalah

berkenaan enam aspek penting keruangan iaitu pertama dibincangkan mengenai lokasi

iaitu tempat terletaknya pekan kecil ini dari sudut lokasi mutlak dan lokasi bandingan.

Kedua, interaksi antara manusia dan alam merangkumi dua konsep asas yang

memperlihatkan kewujudannya di segenap kawasan kecil ini iaitu konsep determinisme

dan possiblisme alam sekitar. Antara kedua ini konsep mananakah yang lebih dominan

dengan masyarakat setempat akan dibincangkan. Seterusnya sedikit sebanyak akan

diceritakan sentuhan emosi penulis mengenai selikar kenangan yang dibawa penulis yang

tidak akan luput ditelan zaman mengenai satu kawasan terpilih di pekan ini dalam sub

topik tempat.

Keempat, akan membicarakan mengenai wilayah .Topik ke lima iaitu pergerakan

akan mengfokuskan keadaan migrasi yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Fokus

terakhir ialah berkenaan pandang darat yang wujud di kawasan ini .sejauhmana pandang

darat didaerah ini masih mengekalkan tradisi folk atau sudah mengalami proses

globalisasi dan sebagainya.

Kesemua isu yang akan dibicarakan InsyaAllah akan memberikan para pembaca

memahami dan membentuk persepsi dan imej mental sendiri mengenai kawasan kajian

ini.

1

Page 2: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

2.0 LOKASI

Negeri Terengganu Darul Iman adalah negeri yang terletak di Pantai Timur

Semenanjung Malaysia. Terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan

garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan

Kelantan , manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan

Pahang. Daerah yang akan dibincang ialah daerah Hulu Terengganu yang mempunyai

Keluasan 387,462.6 hektar ( http://www.jutr.gov.my/pesuma05/ASASTRG.htm)

Tedapat kira-kira 155 buah kamnpung ( Prof Rashid Abdul Hamid,1994:566) . Pekan

Kuala Berang merupakan sebuah kawasan yang terletak di tengah negeri Terengganu.

Terletak kira-kira 33 KM dari kuala Terengganu merupakan satu-satunya kawasan yang

tidak mempunyai pantai di Terengganu tetapi kaya dengan kehijauan Flora dan Fauna

serta taman rekreasi. Kuala Berang berada dalam latitude 5.0667 dan longitudenya

103.0167

(http://www.fallingrain.com/world/MY/13/Kuala_Berang.html).

2

Page 3: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

PETA DAERAH HULU TERENGGANU

3

Page 4: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

3.0 INTERAKSI MANUSIA ALAM

Interaksi antara manusia dan alam umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu

determinisme dan posiblisme. Kajian ini merupakan kajian terhadap hubungan manusia

dengan alam sekitar berkenaan sejauhmana alam mempengaruhi manusia dari pelbagai

aspek. Contohnya, bentuk tubuh, kehidupan dan cara manusia dapat menyesuaikan atau

mengubah unsur alam untuk menjalani kehidupan.

3.1 DETERMINISME

Determinisme ialah kajian hubungan manusia-alam sekitar berkenaan kedudukan

sejauhmana alam sekitar mempengaruhi manusia dari segi bentuk tubuh, kehidupan dan

cara manusia dapat menyesuaikan atau mengubah unsur alam untuk kehidupan.

Determinisme juga dikaitkan dengan kepercayaan bahawa persekitaran fizikal

membentuk acuan manusia, tingkah laku dan pemikiran mereka (Fellman J.D et all,

2001: 37 )

Determinisme masih memberi impak terhadap kehidupan masyarakat di Kuala

Berang. Contoh yang dapat dilihat masih jelas ketara ialah pertaburan perumahan.

Sesetengah kawasan rumah dibina di kawasan yang agak tinggi dan jauh daripada

kawasan sungai. Hal ini demikian kerana setiap musim tengkujuh iaitu antara bulan

November hingga januari, kawasan-kawasan rendah berisiko ditenggelami air akibat

hujan lebat. Kawasan-kawasan yang sering mengalami masalah ini adalah kawasan-

kawasan berhampiran Sungai Telemong seperti Kampung Matang, Kampung Bukit

Tadok, Kampung Nibong dan kampung-kampung lain berdekatan.

Hal ini menyebabkan pola pembinaan rumah di kawasan berdekatan sungai

berada di kawasan bukit yang lebih tinggi dan rumah yang berada dikawasan tanah

4

Page 5: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

rendah berhampiran sungai cenderung membina rumah yang bertiang tinggi iaitu

lantainya kira-kira 1.5 -2.5 meter dari tanah. Pembinaan rumah yang tinggi ini

mengurangkan risiko kerosakkan alatan rumah ketika banjir.

Kehidupan masyarakat di sini kebanyakannya berasaskan pertanian kerana

kesesuaian tanahnya yang subur. Kaki bukit dan kawasan yang beralun dan bersaliran

baik sesuai untuk penanaman kelapa sawit dan getah. Suhu yang tinggi sepanjang tahun

iaitu kira-kira 27º dan hujan yang turun kira-kira 2600

(mmhttp://www.fallingrain.com/world/MY/13/Kuala_Berang.html)

sepanjang tahun menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit. Kuala Berang juga

terkenal sebagai tempat penanaman dan penjualan jagung dan kacang tanah utama di

negeri Terengganu terutama di kampung Gaung dan Kuala Pueh. Hal ini kerana keadaan

cuaca dan tanahnya yang bersesuaian untuk penanaman padi dan kacang tanah. Namun,

penanaman terpaksa dihentikan pada musim tengkujuh akibat hujan dan ini mendorong

masyarakat setempat mencari punca pendapatan lain seperti menangkap ikan sungai

seperti kelah, lapan, dan sebagainya untuk dijadikan hasil jualan. Hal ini kerana ketika

musim tengkujuh ikan air masin sukar diperolehi lantaran keadaan yang tidak

mengizinkan nelayan ke laut.

Penjelasan diatas membuktikan masyakat Kuala Berang masih dipengaruhi alam

sekitar dalam sebahagian kecil kehidupan mereka.

3.2 POSSIBLISME

Possiblisme bermaksud manusia menakluk unsur alam sekitar asli, mengubahsuai

supaya sesuai dengan keperluan masyarakat. Possiblisme melihat manusia dan

5

Page 6: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

bukannya persekitaran yang mempunyai kuasa dinamik terhadap pembangunan.

(Fellman J.D et all, 2001: 37 )

Kawasan yang subur di Hulu Terengganu dan kawasan tanah gambut menarik

minat badan-badan tertentu untuk dimajukan menjadi kawasan penanaman kelapa sawit

dan getah di bawah rancangan FELDA dan FELCRA. Kawasan hutan tebal digondolkan,

dibersihkan dan diganti dengan penanaman tersebut dan kilang-kilang kelapa sawit

didirikan. Kawasan hutan beratus-ratus hektar turut di tebang dan disediakan jalan raya,

sekolah, klinik dan rumah kayu berukuran lima ratus kaki persegi dan kemudiannya

dilengkapi dengan infrastruktur ( Amri Marzali, 1978:85). Kesannya muncul banyak

penempatan tanah rancangan seperti Felda Mengkawang, Felda Tersat, Felcra Bukit

Kapah, Felcra Banggol Gajah Mati dan sebagainya. Secara automatik mengubah keadaan

alam semulajadi dan bentuk muka bumi disitu.

Aliran sungai yang banyak di kawasan bukit bakau mewujudkan idea menjadikan

aliran sungai Terengganu Mati di antara kawasan Jenagor hingga ke kampung Basung

menjadi kawasan empangan yang terbesar di Asia Tenggara iaitu empangan Kenyir dan

Hidroelektrik Sultan Mahmud. Keluasannya sehingga ke sempadan Kelantan dan Pahang

iaitu kira-kira 38 ribu hektar dan terdapat 340 pulau di dalamnya. Empangan ini

mengeluarkan 400mw tenaga elektrik untuk dibekal seluruhan negara ( Puteri Fahsyar,

2004 :23). Namun, pembinaan ini telah menyebabkan sebahagian hutan sekitar

ditenggelami air dan tasik yang luas terbentuk , mengubah pemandangan sebenar

kawasan.

Selain itu yang terbaru, hutan tebal di kawasan berbukit-bakau Chemor

berhampiran Kampung Tapah, Felcra Bukit Kapah dan Perkampungan Orang Asli Sungai

6

Page 7: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

Berua telah diterokai dan kawasan alam sekitar asli dan beberapa buah pulau berdekatan

daratan ditambung untuk didirikan Kawasan ternakan ikan terbesar di Malaysia.

Semua keadaan diatas menunjukkan perubahan alam sekitar yang terpaksa

dikorbankan untuk memudahkan dan meningkatkan kehidupan masyarakat sekitarnya.

Possiblisme banyak berlaku di kawasan Kuala Berang.

PERUBAHAN BENTUK MUKA BUMI KAWASAN CHEMOR

4.0 WILAYAH

Wilayah biasanya mempunyai perbezaan antara satu dengan lain yang lain dari

segi saiznya. Wilayah memerlukan satu organisasi atau sistem yang teratur . Sistem

wujud apabila penduduk, barang, maklumat dan sebagainya akan sentiasa mengalir dari

7

Page 8: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

desa ke Bandar, tani ke pasar, kampung ke kampung, pengeluar kepada pengguna dan

daripada satu masyarakat yang lain ( Katiman Rostam, 1990: 24). Proffesor R.

Harstone mendefinasikan wilayah sebagai “ kawasan berlokasi spesifik yang mempunyai

corak tersendiri berbeza dengan kawasan lain” ( De Blij, 1996:5).

Aspek wilayah di mukin Kuala Berang boleh diklafikasikan sebagai wilayah

sumber terutama dalam sektor pertanian formal iaitu penanaman tanaman yang dijadikan

bahan eksport utama seperti kelapa sawit dan getah. Kelapa sawit ini ditanam dan

kemudiannya dihantar ke kawasan perindustrian untuk dieksport.

Bagi memudahkan kajian wilayah, mukin Kuala Berang diklafikasikan wilayah

seragam banyak sifat yang mempunyai beberapa kombinasi beberapa sifat yang

kelihatan sama atau berulang-ulang dan menunjukkan pola keseragaman dengan daerah

lain disekitarnya. Contohnya, majoriti mengamalkan adat budaya agama islam, bahasa

yang seragam iaitu dialek Terengganu, makan budu, menghasilkan batik, menerima hujan

lebat serta mudah banjir dan sebagainya.

5.0 TEMPAT

Tempat merupakan unsur paling penting segala pengalaman manusia yang bersifat

geografik( Wan Azmi Ariffin,1980:6). Membesar selama 21 tahun di mukin Kuala

Berang memberikan makna yang amat mendalam dalam kehidupan penulis. Dimana jua

bumi dipijak kenangan yang terselit di sebuah kawasan di mukin Kuala Berang iaitu

perkampungan Felcra Bukit Kepah mewujudkan satu ‘perasaan’ dalam kehidupan.

Disinilah, penulis dibesarkan berlatar belakang kehijauan alam dan kicauan burung.

Kawasan-kawasan air terjun yang terdapat di kawasan kampung menjadi tempat

melepaskan keinginan berenang dan mandi manda dalam kesejukan air yang masih

8

Page 9: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

belum tercemar. Disini jualah penulis mencari cendawan, rebung, siput sedut, dan pucuk-

pucuk kayu untuk dijadikan hidangan makan yang menyelerakan. Kenangan ini amat

indah bila dikenang.

PETA AIR TERJUN DI FELCRA BUKIT KAPAH

PERGERAKAN

Pergerakan ialah proses perpindahan penduduk, barang, idea, haiwan dan

sebagainya yang berpunca daripada keperluan-keperluan sosial dan biologi masyarakat

( Katiman Rostam, 1990: 24). Bilangan gerakan yang terhasil bergantung kepada

ekonomi dan sosial iaitu tarikan tempat dituju berbanding tempat asal, keadaan ekonomi,

iklim, sosial dan masa yang mempengaruhi pergerakan ( Bradford M.G: 1981 :154).

Sebagai sebuah daerah yang masih menuju arus kemajuan, untuk mendapatkan peluang

kerja dan seterusnya kehidupan yang lebih baik berlaku migrasi atau pergerakan keluar

9

Page 10: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

terutama dalam kalangan anak muda. Gaji murah dan tidak setimpal dengan kerja serta

peluang pekerjaan yang terhad merupakan faktor utama migrasi keluar yang berlaku.

Migrasi keluar yang berlaku tidaklah pula setimpal dengan jumlah kemasukan.

Selain pergerakan penduduk, barangan dan maklumat turut mengalami

pergerakan. Misalnya barangan keluaran pertanian penduduk sekitar akan terus mengalir

dari desa ke Bandar dan barang dari Bandar di edar ke kawasan desa. Aliran-aliran

maklumat pula diperolehi melalui media massa dan saluran komunikasi. Kuala Berang

turut menerima pergerakan daripada teknologi luar untuk kegunaan masyarakat seperti

komputer, kenderaan pengangkutan, alatan rumah, teknologi industri dan sebagainya.

Malahan apa yang menarik, budaya tradisional ataupun budaya folk masih lagi

dikekalkan terutama aktiviti seperti gotor-royong, kenduri dan sebagainya. Namun, tidak

dapat dinafikan difusi budaya turut merebak mempengaruhi kehidupan masyarakat

seperti corak berpakaian, percakapan dan sebagainya.

Akibat banyak kawasan yang diteroka, kebanyakan haiwan liar telah bergerak

keluar dari kawasan-kawasan hutan seperti di daerah membangun lain seperti kuala

Terengganu dan Marang ke kawasan hutan di Kuala Berang contohnya seperti di

kawasan empangan kenyir yang menjadi pusat pelepasan gajah-gajah liar dan juga pintu

masuk ke Taman Negara.

LANDSKAP

Landskap atau Pandang darat (PD) ialah satu pemandangan keatas muka bumi

yang terbentuk diatas satu-satu kawasan itu ‘Bird’s eye View’ terhadap satu-satu

kawasan muka bumi. Apabila mengfokus tentang landskap Saya mengambil contoh di

10

Page 11: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

kampung kelahiran saya iaitu Felcra Bukit Kapah. PD budaya kawasan ini ialah PD

pertanian kelapa sawit.

PETA PERKAMPUNGAN FELCRA BUKIT KAPAH

11

Page 12: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

PD Petempatan penduduk adalah berjajar iaitu ditepi-tepi jalan raya iaitu di

tengah-tengah ladang kelapa sawit untuk memudahkan pekerja pergi ke ladang. Pusat

sosial seperti masjid, sekolah, tadika dan sebagainya berada ditengah-tengah kawasan

perumahan. PD Rumah yang ada disini pula awalnya adalah hampir sama saiznya kerana

didirikan mengikut spesifikasi dan ukuran yang sama. Rumah-rumah adalah sederhana

dan merupakan kombinsi binaan kayu dan simen. Bahagian atap selalunya dibina dari

papan, manakala bahagian bawah dibina dengan simen.

PD Tumbuhan selain pokok kelapa sawit ada pelbagai mengikut kehendak

penduduk. Kebanyakan penduduk menanam pokok buah-buahan, sayur-sayuran dan

bunga-bungaan disekeliling rumah memandangkan kawasan sekeliling rumah yang

mengcukupi. Selain itu terdapat kawasan belukar yang tidak diduduki dibiarkan dipenuhi

paku-pakis untuk menjadi sumber makanan. Malahan, pokok buah-buahan yang tidak

perlu dijaga seperti durian, buah stor dan petai tumbuh liar dikawasan sungai.

PD Aliran air sungai dan perairan akan didapati disetiap ladang. Hampir setiap

hari, dapat dilihat para peneroka menggunakan galah bersabit untuk menurunkan kelapa

sawit. Jentera dan lori dilihat berulang-alik dari kawasan ladang kelapa sawit ke kilang

sawit berhampiran.

Kedai-kedai yang wujud di kawasan kampung juga kecil. Kedai-kedai hanya

menjual barang-barang keperluan harian dan untuk keperluan kelapa sawit seperti baja,

sabit, racun rumpai dan sebagainya. Terdapat juga kedai-kedai membaiki motosikal dan

kenderaan bersaiz kecil. Selain itu, gerai makan juga wujud tetapi pada saiz yang kecil

untuk peneroka melepaskan penat lelah dan berkumpul diwaktu lapang.

12

Page 13: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

KESIMPULAN

Sesungguhnya kajian ruangan terhadap daerah Hulu Terengganu memberikan satu

pandangan kepada pembaca untuk memahami dan mengambarkan kawasan Hulu

Terengganu ini berdasarkan beberapa kawasan yang dipilih. Diharap dengan pengarapan

esei ini dapat memberi satu kefahaman tentang konsep ruangan di Hulu Terengganu.

(1970 patah perkataan)

13

Page 14: PERSPEKTIF RUANG GEOGRAFI TERHADAP MUKIM KUALA BERANG

BIBLIOGRAFI

Bradford et all. 1981. Geografi Manusia : Teori-Teori dan Penggunaannya. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

De Blij , H.J. 1996. Human Geography: Culture, Society and Space. New York: John Wiley and Sons.

De Blij , H.J. dan Murphy, A.B. 2003. Human Geography: Culture, Society and Space. New York: John Wiley and Sons.

Fellman J. D., Gertis A. and Getis J. 2001. Human Geography : Landscapes of Human Activities. New York: McGraw Hill.

Katiman Rostam. 1990. Konsep Asas: geografi Manusia. Bangi : Penerbit UKM.

Prof. Abdul Hamid Abdullah, dan Prof. Madya Dr. Katiman Rostam, 1994. Kertas kerja ke-30, Seminar Kebangsaan Geografi Manusia 94: Ke arah Pemupukan Minda Geografi dalam Pembangunan Negara. USM : Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.

Puteri Fashyah. 2004. Terengganu dan Kelantan. Kuala Lumpur: Pustaka Buana.

Wan Azmi Ariffin, dan Micheal Pongiras. 1980. Pengantar Geografi : Tradisi Wilayah. USM : PPIK dan Unit Pengajian Luar kampus.

Sumber Majalah:

Amri Marzali.1978. ‘Transmigrasi Ala Malaysia’ PRISMA. Jil. no.7. Ogos 1978. Jakarta : Repro International. Hlm.85.

Sumber Internet:

http://www.fallingrain.com/world/MY/13/Kuala_Berang.html

http://www.jutr.gov.my/pesuma05/ASASTRG.htm

14