persoalan islam dalam karya mana sikana: analisis syajar

12
Jurnal Melayu (9)2012: 215-226 Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar dan Apa-apa Che Abdullah Che Ya Hanapi Dollah Abstrak Makalah ini membicarakan pandangan Mana Sikana tentang manusia dalam hubungannya dengan Allah lewat karya novelnya Syajar dan skrip drama Apa- apa. Kisah dalam SyajardanApa-apa adalah tentang pegangan iman, kekayaan, kepatuhan, moral dan kematian. Kedua-dua karya itu kelihatan menyimpulkan bahawa manusia sentiasa menyeleweng daripada pegangan imannya dengan mengikut ajakan nafsu dan bisikan syaitan. Beliau menekankan kehidupan bukan sahaja di dunia ini tetapi juga selepas mati yang bematijahkan balasan dari Tuhan. Manusia harus bertanggungjawab atas perbuatannya dan perbuatan yang baik ialah percaya kepada Allah dan Hari Pembalasan. Kata kunci: iman, moral, kematian, bisikan syaitan, Hari Pembalasan. Abstract This article explores Mana Sikana's view on men and their relationship to God through his novel Syajar and his drama Apa-apa. Both are about faith, wealth, obedient, morality and death. They are seem to conclude that men always tend deviate from their faith by following their instinct and the whisper of Satan. The write emphasizes that life is not just in this world but also after death where man will face retribution from God. Men have to be responsible for their own deed, and the righteous deeds are of their believe in God and the Last Day. Keywords: faith, moral, death, whisper of Satan, the Last Day. Pendahuluan Abdul Rahman Napiah yang lebih dikenali dengan nama Mana Sikana bukan satu nama yang asing dalam arena kesusasteraan negara. Beliau merapakan seorang penulis yang cukup konsisten dan serba boleh. Sehingga kini beliau menghasilkan puluhan buku baik yang berbentuk akademik mahupun genre kreatif seperti Kritikan Sastera: Teori dan Kaedah (1986), Perkembangan dan PerubahanDrama MelayuModen (1989), Sastera Melayu Moden: Perubahan dan Tamadun (1991) dan

Upload: others

Post on 02-Dec-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

Jurnal Melayu (9)2012: 215-226

Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana:Analisis Syajar dan Apa-apa

Che Abdullah Che Ya

Hanapi Dollah

Abstrak

Makalah ini membicarakan pandangan Mana Sikana tentang manusia dalamhubungannya dengan Allah lewat karya novelnya Syajardan skrip drama Apa-apa. Kisah dalam SyajardanApa-apaadalah tentang pegangan iman, kekayaan,kepatuhan, moral dan kematian. Kedua-dua karya itu kelihatan menyimpulkanbahawa manusia sentiasa menyeleweng daripada pegangan imannya denganmengikut ajakan nafsu dan bisikan syaitan. Beliau menekankan kehidupanbukan sahaja di dunia ini tetapi juga selepas mati yang bematijahkan balasandari Tuhan. Manusia harus bertanggungjawab atas perbuatannya dan perbuatanyang baik ialah percaya kepada Allah dan Hari Pembalasan.

Kata kunci: iman, moral, kematian, bisikan syaitan, Hari Pembalasan.

Abstract

This article explores Mana Sikana's view on men and their relationship to Godthrough his novel Syajarand his drama Apa-apa. Both are about faith, wealth,obedient, morality and death. They are seem to conclude that men always tenddeviate from their faith by following their instinct and the whisper ofSatan. Thewrite emphasizes that life is not just in this world but also after death where manwill face retribution from God. Men have to be responsible for their own deed,and the righteous deeds are of their believe in God and the Last Day.

Keywords: faith, moral, death, whisper of Satan, the Last Day.

Pendahuluan

Abdul Rahman Napiah yang lebih dikenali dengan nama Mana Sikanabukan satu nama yang asing dalam arena kesusasteraan negara. Beliaumerapakan seorang penulis yang cukup konsisten dan serba boleh.Sehingga kini beliau menghasilkan puluhan buku baik yang berbentukakademik mahupun genre kreatif seperti Kritikan Sastera: Teori danKaedah (1986), Perkembangan danPerubahanDrama MelayuModen(1989), Sastera Melayu Moden: Perubahan dan Tamadun (1991) dan

Page 2: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

216

Iain-lain. Beliau turut mengemukakan beberapa gagasan teori sastera,iaitu teori pendekatan Islam, teori takbudiah, teori dinamika teks danteori teksdealisme di samping cukup aktif membicarakan teori-teoriterbaru daripada Barat. Beliau terkenal sebagai tokoh akademik yangmenghasilkan eseidankritikan sastera, cerpen, novel danskrip drama.

Tokoh akademik dan sasterawan Perak ini dilahirkan pada 9Oktober 1946 di Bagan Serai dan dibesarkan di Kampung Senawar,Kuala Kangsar. Mendapat didikan awal di Sekolah Umum BukitChandan, Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajaran peringkatmenengah di Sekolah Menengah Izzuddin Syah, Ipoh (1959-1967).Beliau kemudiannya mengikuti kursus perguruan diMaktab PerguraanBahasa, Kuala Lumpur sebelum menjadi guru dibeberapa buah sekolah diJohor. Padatahun 1974, beliau melanjutkan pelajarandiInstitut Bahasa,Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysiaperingkat Sarjana Muda, Sarjana danDoktor Falsafah. Tamatnya IjazahSarjana Muda (dengan kepujian kelas pertama), beliau bertugas sebagaipensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sekarang menjadipensyarahkontrak di UniversitiNanyang Singapura.

Dalam bidang penulisan kreatif, nama Mana Sikana yang muladipakai sejak tahun 1963 lebih dikenali berbanding nama sebenarbeliau, iaitu Abdul Rahman Napiah. Minat terhadap bidang penulisanitu bermula pada peringkat sekolah lagi. Sebagai pengarang kreatifseperti juga pengarang-pengarang lain, beliau juga mempunyai mesejtertentu yangmahudisampaikan lewatkarya-karya yangbeliauhasilkan.Kertas kerja ini akan merungkaikan persoalan Islam yang digarapkanoleh Mana Sikana melalui duabuah karya beliau, iaitu novel Syajar dankumpulan skrip dramaApa-apa. Pemilihan persoalan Islam ini bukansahaja didasarkan kepada tema dan isikandungan karya tersebut tetapisejajar dengan latar belakang pendidikan awal pengarangnya.

Persoalan Utama dalam Syajar dan Apa-apa

Syajar dan Apa-apa adalah dua buah karya kreatifbeliau yang cukupbernilai kepada dunia kesusasteraan negara. Kedua-dua karya inimembawa pemikiran Islam yang cukup besar. Novel Syajar terbitanFajar Bakti pada tahun 1995 antara lain memaparkan kemelut kehidupanmasyarakat moden yang penuh dengan penyelewengan, maksiat danpenipuan dalam keghairahan manusia mengejar kekayaan dankekuasaan.Novel ini memaparkan kehidupan Murad dan keluarganya. Muradmerapakan seorang usahawan Melayu yang kaya dan berjaya dalam

Page 3: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

217

dunia korporat (setelah bermula daripada bawah). Beliau kemudiannyahanyutdalamkemewahanyang diperolehnya. Muradhidupbergelumangmaksiat danperzinaan meskipun beliausebenamya mendapat pendidikanagama yangbaik. Keinsafan mulamenjengah hatiMuradapabila teringattentang kematian. Beliau sering dihantui dengan bayang-bayang hitamakan kematiannya. Bayang-bayang ini menjadikan kehidupan Muradpenuhdengankekalutan, kerisauan dankebimbangan. Kemewahan yangdimilikinya selama ini tidak lagi bererti apabila perjalananhidup yangdilaluinya tidak lagi tenteram.

Apa-apa merapakan kumpulan skrip drama Mana Sikana yangditerbitkanpada tahun 1981 oleh PenerbitHeinemannEducationalBooks(Asia). Kumpulan skrip drama ini mengandungi tiga buah skrip dramaiaitu "Apa-apa", "Bunuh" dan "Mustaqima". Untuk penulisan ini, hanyaskrip drama "Mustaqima" dibincangkan kerana skrip drama ini yangjelas mengandungipemikiranIslam. "Mustaqima" memaparkangelagatmanusia di ambang kiamat yang akan berlaku. Watak utamanya ialahZurastura, iblis yang berasaha sepenuh daya bagi menyesatkan umatmanusia di saat kiamat akan berlaku; Sasilus yang setia pada dewa danPak Wah yang taat beragama akhimya terperdaya. Hanya Isteri II yangmewakili umat yang terselamat daripada godaan tersebut.

Kedua-dua karya ini sarat dengan mesej keislaman sebagaimanakarya-karya lain Mana Sikana seperti "Dajal", Ronjang, Kesesatan,Klimaks dan Iain-lain. Samoza (1996: 73-80) semasa membicarakannovel Syajarmenjelaskan, "Novel Syajar merapakan lambang iltizamIslam yang terbaik dan akan membesarkan lagi kuantiti cereka Islamdi negara ini...". Antara persoalan yang dikemukakan oleh pengarangtermasuklah hubungan manusia dengan Tuhan, keinsafan, perlaksanaansyariat Islam, gambaran syurga, neraka dan hari kiamat.

Kedua-dua karya ini memperlihatkan pemikiran pengarang tentanghubungan manusia dengan Tuhan. Manusia yang merapakan makhlukpalingistimewaciptaanAllahkeranadiberiakalfikiran, dituntutmentaatiAllah dengan cara melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan perkarayang dilarang. Manusia dianggap sebagai khalifah Allah di atas mukabumi ini. Hal inilah yang dipaparkan oleh Mana Sikana dalam kedua-duakarya ini. MelaluiSyajar, pengarangmemperlihatkanaspekkemungkarandan keingkaran manusia yang mudah melupakanTuhan apabila dilimpahdengan kemewahan dan kekayaan. Novel ini memaparkan watak Muradsebagai insan yang mungkar meskipun berpendidikan agama. Muradmelupakan tanggungjawabnya kepada Tuhan sejak terlibat denganpemiagaan. Kemewahan yang diperolehnya telah melupakan Muradtentang hubungan dengan Tuhan (Mana 1995: 34):

Page 4: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

218

"Tapi ayah langsung melupakan akhirat!"

"Apa kau mahu ayah jadi seperti kamu? Siapa yang harus meneruskanpemiagaan? Kerja terlalu banyak untuk diuruskan!"

"Sehingga ayah melupakan Tuhan! Ayah tidakpemahsembahyang! Ayahselalu saja balik malam, mabuk-mabuk...!"

".. .Okey, apa yang kau mahu dari ayah?"

"Harus sembahyang, berpuasa, dan ya, harta Ayah yang begitu banyakbarangkali tidak pemahdibayar zakatnya! Kemudian naikhaji!"

Bagi mengimbangi watak Murad yang melupakan hubunganmanusia dengan Tuhan, pengarang menampilkan watak Salleh anakMuradyangpatuhkepadasuruhanAllah. Sallehdicitrakan sebagai hambaAllah yang taat pada perintah Allah. Salleh tidak pemah mengabaikanamalan ibadat yangmerapakan kewajipan untukditunaikan olehsetiaphambaAllah. Walaupun dibesarkan dalam kemewahan, Salleh tidaklupahubungannya sebagaihamba dengan Tuhannya. Tambahan pula Sallehdihantar oleh Murad ke sekolah agama (manifestasi diri Murad yangturat dihantar oleh bapanya bersekolah agama agar menjadi manusiayang berguna). Salleh berasaha menyedarkan bapanya yang telah hanyut.Ketaatan dan kepatuhan Salleh terhadap suruhan Tuhan serta kesabaranSalleh akhimya membuka mata Murad untuk kembali menjadi insanyang berimam menyedari tentang hubungan manusia dengan Tuhan yangmenciptanya. Setinggi mana manusia akhimya akan kembali ke tanahjua kerana daripada tanahlah manusia dicipta.

Watak Salleh mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibunyaZaiton. Watak Zaitonditonjolkan olehpengarang sebagai seorang isteriyang taat kepada suami. Zaiton sentiasa mengambil berat tentang dirisuaminya termasuk soal-soal ibadat yang semakin ditinggalkan olehMurad. Zaiton dicitrakan sebagai seorang isteri yangsolehah danibuyangbertanggungjawab terhadap anak-anaknya. Beliautampil sebagai wanitayangtabahdansabarkhususnya dalam menanggapi sikap suaminya yangsemakin tenggelam dalam kemewahan harta dunia.

"Mustaqima"pulamemperlihatkan betaparapuhnyaimammanusiadalam menghadapi cabaran dan godaan iblis. Sisipus yang awalnyacukup taat kepadadewanya dengan mengangkat batu dengan berulang-ulang tanpa jemudanputus asaakhimya tergoda apabila iblis menyamarmenjadi puteri. Hal ini ditegaskan oleh puteri semasa menggoda IsteriI (Mana 1981: 128):

Page 5: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

219

Tidak ada lelaki yang tidak suka melihat perempuan seperti aku ini. Nah, jikakau mahu tahu, temanku itu juga seperti suamimu. Ketaatannya sangat luarbiasa. Tetapi kita perempuan, ada kelebihan yang sangat-sangat menakjubkan.

Pak Wah dan Isteri I yang berimam turat berjaya digoda oleh iblis.Pengarang menjelaskan bahawa iblis akan berusaha untuk menyesatkanmanusia. Hanya mereka yang kuat imannya sahaja akan terselamatdaripada ancaman akhirat. Dalam drama ini hanya Isteri II yangterselamat daripada godaan iblis kerana keyakinannya terhadap ajaranIslam serta kepatuhannya kepada suruhan Allah dan larangan-Nya.

Melalui Syajar, pengarang mengungkapkan pemikiran tentangketaatan isteri kepada suami. Kesetiaan seorang isteri terhadap suamiselari dengan ajaran Islam kerana Islam menuntut agar isteri sentiasamentaati suami seperti firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 34,"maka para wanita yang baik itulah yang berlaku taat dan memeliharadiri ketika suaminya tiada di rumah sebagaimanaAllah memeliharanya".Pengarang menonjolkan watak Zaiton sebagai seorang isteri yang taatkepada suami. Zaiton sentiasa mengambil berat bukan sahaja tentangkesihatan suaminya tetapi juga tentang soal-soal ibadah suaminyawalaupun suaminya semakin jauh dengan amal ibadah itu.

Walaupun isteri dituntut taat kepada suami, ketaatan itu tidakseharusnya dipertahankan sekiranya tuntutan suami lari daripadasyariat Islam. Hal inilah yang dilontarkan melalui watak isteri II dalam"Mustaqima". Isteri II taat kepada suami sehinggalah suami beliautidak lagi patut kepada ajaran Islam. Permintaan suaminya agar beliaumenukarkan pakaian seperti Isteri I tidak dipatuhi oleh isteri II. Isteri IIjuga sanggup dihukum oleh suaminya kerana tidak menurati kemahuansuaminya itu (Mana 1981: 134):

PAK WAH: Ya, itu benar... dari hari ini kau juga mesti berpakaian cantikseperti Isteri I ini.

ISTERI II: Saya tak mahu, saya tak mahu... saya takut kutukan.PAK WAH: Heeey, kau mesti dengar cakap aku. Aku adalah suamimu.

Isteri mesti taat pada suami.ISTERI II: Tapi saya tak sanggup untuk mentaati perintah seperti itu.

Saya tak mahu, bang!

Kedua-dua karya ini turat memaparkan kerantuhan akhlak danmoral yang berlaku dalam masyarakat moden hari ini. Masalah moraldikemukakan oleh pengarang sebagai satu rakaman sosial bertujuanmemberi kesedaran kepada masyarakat. Persoalan zina, minum arakdan berjudi ditonjolkan dalam novel Syajar. Watak Murad digambarkan

Page 6: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

220

sebagai insan yang hanyut dalam maksiat khususnya minum arak danzina (Mana 1995/63):

Entah mengapa waktu-waktu terakhir ini, dosa-dosa itu mula menyelinap dalambenaknya. Apakah dengan mengingat-ingat semua, ketenteraman akan pulih?Sesuatu yang tidak dapat ditolakkan kini, meskipun nkirannya mula diserangoleh dosa, namun dia tetap jugamelakukannya. Siang tadi contohnya, diamasihmenemui Aini, dan juga melakukan kerja-kerja rutin di luar perumahtanggaanitu dilakukan juga...

Murad bukan sahaja melakukan zina, malah dia juga turutmelanggar larangan Tuhan dengan menjadi seorang peminum arak. Sejakterlibat secara aktif dalam peniagaan dan dikumiai pula kejayaan dalampemiagaannya, Murad telah lupa diri dan mula terjebak dengan minumarak. Arak telah menjadi sebati dengan diri Murad dan bagi mengatasibayang-bayang kematian yang menggugat ketenangan hidupnya Muradsemakin banyakmeminum arak (Mana 1995: 58-59):

...orang berkata, untuk melupakan sesuatu harus minum banyak-banyak.Kepala akan berpusing, ingatan akan hilang. Itulah masanya saatkebahagiaan.Walaupun Murad tidak pernah percaya dengan kata-kata orang tetapi diaminumjuga.Meneguk entah keberapajutakalibanyaknya. Namun, fikiran-fikiran itutetap menghantuinya...

Melengkapkan rantuhnya moral dan akhlak Murad ialah beliauturat terlibat dengan amalan judi. Zina, arak dan judi merapakan tigadosa besar dalam Islam. Situasi yang sama turat digambarkan dalam"Mustaqima", PakWah danIsteri I yang tersesat dalam godaan iblis turatminum arak dan melakukan zina. Secara simbolik pengarang melukiskankepincangan moral tersebut (Mana 1981: 137-138):

SISIPUS: Kalau inginkan kemajuan kita harus minum!Semua menurutSisipus meminum sesuatu.

SISIPUS: Kalaukitamahukejayaan kita harusmakan, ya makanhotdog!Semuanya makan denganbernafsu.

SISIPUS: Jika cintakan kemajuan kita mesti ke bulan.Semuanya seperti meluru ke bulan.

SISIPUS: Ya, kalaumahu kebebasan kita,mestiapa Puteri?PUTERI: Kitamenari...

Mereka menari berpasangan. Sisipusbersama Puteri danPak Wah dengan Isteri I.

PAK WAH (keletihan): Hoooh, aku letih. Aku tak pandai menariPUTERI: Biasakan, biasakan!

Page 7: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

221

ISTERI I (juga keletihan): Aku juga tak pandai menari, tapi ya, amatmenyeronokkan...

SISIPUS: Nah, itu tandanya satu kemajuan. Cara untuk menghilangkanletih, dan cara untuk kebijaksanaan, juga cara untukmendapatkan perubahan dan kejayaan, kita mestilahmendapatkan perubahan dan kejayaan, kita mestilahbertukar pasangan!Puteri lalu mendapatkan Pak Wah. Pak Wah gembiramenyambutnya. Begitujuga Sisipus mendapatkan IsteriI,Isteri I amatgembira menerimanya. Merekamenari amatmeriahnya.

PUTERI: Kalau inginkan kemajuan kita mestilah...PAK WAH: Menari dan menyanyi... (kemudian ia menyanyi).

Yang lainnya bertepuk tangan.PAK WAH: Kalau inginkan kemajuan kita mestilah...ISTERI I: Kita mestilah menukar-nukar segalanya, ya menukar segala

galanya.PUTERI: Ayuh kita saling tukar-menukar. Saling merasa.

Mereka semuanyasemakin hanyut dan gembira. Semakinmengkhayalkan. Semakinmengkhayalkan dan menggila.Semakin menggila dan menggilakan...

Melalui karyanya ini pengarang turat melontarkan pemikiranbetapa undang-undang atau syariat Islam perlu dilaksanakan bagimencegah segala kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat hari ini.Hal-hal seperti berzina, minum arak dan berjudi yang semakin menulardalam masyarakat sekarang tidak boleh dipandang ringan dan bagipengarang, semua ini tidak dapat ditangani tanpa pelaksanaan syariatIslam sepenuhnya.

Melalui Syajar pengarang menonjolkan tentang perlaksanaansyariat Islam. Pengarang cuba menghidupkan kembali perlaksanaansyariat Islam yang tidak lagi diamalkan sekarang. Misalnya hukumanrejam sampai mati dijatuhkan ke atas Murad akibat perbuatan zinanya(Mana 1995: 281):

Setiap orang diperintahkan membawa batu-batu. Murad diikat padasebuah pentas. Sebaik sahaja hukuman dimulakan, maka beribu-ribu batudilemparkan kepadanya.

Zaiton melemparkan batu.Salleh melemparkan batu.Syafiq melemparkan batu.Kitum melemparkan batu.Tuan Kadi melemparkan batu.

Page 8: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

222

Semuanya melemparkan batu.Dan akhimya Murad mati terkulai berlumuran darah.

Berbicara tentang kematian, bagi pengarang kematian adalahurasan Tuhan dan setiap manusia haras reda menerimanya tambahanpula setiap manusia akan berhadapan dengan kematian. Manusia harassentiasa bersedia menghadapi kematian kerana kita tidak tahu bilakahkematian itu akan menemui kita Bagi menghadapi saat itu, manusiaharaslah membuat persediaan untuk menghadapi hari mati itu dan iamesti dilakukan tanpa bertangguh kerana mungkin saat kematian itusudah terlalu hampir dengan kita.

Pengarang menjelaskanbahawa dalam Islam terdapat tiga golonganmanusia apabila dikaitkan dengan kematian. Pertama, orang yang sukapada perkataan mati itu. Golongan ini sentiasa tertanya-tanya bila diaakan mati kerana kematian itu adalah nikmat baginya. Detik itu pula akanmembuka pintu untuk seseorang menemui detik-detik yang ditunggu-tunggu, yang merupakan kemuncak perhambaannya. Kedua, orang yangselalumengingatkan mati tetapidiaberdoasupayadipanjangkan usianya.Hal ini kerana dengan usia yang panjang itu, seseorang dapat beribadatdan memperhambakan dirinya kepada Allah. Golongan ketiga pula,manusia yang bencikan kematian. Golongan ini tidak pemah memikirkanmati dan merasakan dirinya tidak akan mati. Manusia yang tergolongdalam golongan ini mahu hidup selama-lamanya untuk menikmatikeseronokan duniawi.

Melalui karyanya ini pengarang menggambarkan keresahan watakutamanya mengingati saat kematiannya. Murad tidak mahu mengingatiatau memikirkan tentang kematian. Bagi beliau kematian adalah sesuatuyang amat menakutkan tambahan lagi apabila mengingati kematian,Murad akan teringat tentang dosa-dosa yang pemah dilakukan. Namunkematian tetap datang dalam fikiranMurad baik melalui mimpi mahupunmelalui bayangan (Mana 1995: 54):

".. .aku ingin melupakan soal itu tapi setiap apa saja yang terlintas di kepalakutidak lain daripada mati!" ujar Murad dengan tegasnya. Tangannya memegangkepala. Apakah otaknya sudah dihinggapi oleh psikosis atau skizofrenia. Atauitu hanya satu imbasan halusinasi sahaja..."

"Bagaimana kalau aku benar-benar mati? Aku rasa aku akan mati!" ujar Muradtetapi kata-kata itu hanya dalam rahangnya sahaja. Tidak sanggup lidahnyamenyebutkarmya.

Page 9: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

223

Murad sebenamya tidak mahu mati awal. Dia mahu hidup lebihlama bagi melaksanakan cita-citanya memperkembangkan lagi firmanyakeluar negara yang masih belum tercapai. Murad masih belum berpuashati dengan pencapaiannya. Masih banyak lagi aspek yang perludicapainya. Oleh sebab itu dia begitu marah dengan bayangan kematianyang sering timbul dalam fikirannya. Bagi beliau, kematian merupakanpenghalang utama untuk mencapai cita-citanya itu.

Bagi menguatkan pemikiran Islam yang digarapkan, pengarangturut menggambarkan tentang peristiwa kiamat yang berlaku serta tentangalam syurga dan neraka. Dalam hal ini pengarang sengaja memasukkanpemikiran sedemikian bagi menggambarkan kesengsaraan semasa kiamatberlaku serta dahsyatnya keadaan neraka khususnya bagi mereka yangmelanggar hukum Allah. Pengetahuan pengarang yang luas dalam ilmuagama membolehkan beliau mengolah dengan jelas hal-hal dalam neraka.Umpamanya watak Intan iaitu bekas kekasih Bakir yang terjerumus dalamlembah pelacuran, begitu azab menahan sengsara kepanasan api nerakaserta Bakir yang meminta untuk ditukarkan dengan bekas kekasihnyaitu seketika (Mana 1995: 152):

Sekali-sekala mereka tenggelam dalam lautan darah berapi yang panas mendidih,membuak dengan bunyinya yang keras lagi buruk. Kemudian tiba-tiba akanbertukar pula menjadi lautan air batu, yang dingin yang boleh mengecutkan

gunung menjadi kuman yang tidak boleh dipandang mata"

Gambaran hari kiamat dilukiskan oleh pengarang dalam"Mustaqima". Beberapa fenomena alam yang berlaku seperti cerita Al-Quran dan Hadis dilukiskan kembali oleh pengarang seperti mataharinaik dari Barat ke Timur, bumi digulung dan manusia tertanya-tanyakehairanan serta berlarian menyelamatkan diri (Mana 1981: 160):

...Tiba-tiba angin ribut kembali mendatang. Suasana lebih gerun dan hebatdari kehebatan yang sebelumnya. Wama-wami kacau-bilau berganti. Tempiksorak. Kedahsyatan. Kebinasaan. Keazab sengsaraan. Pekik lolong kedengaran.

Sungguh dahsyat dan menakjubkan...

Untuk meningkatkan keinsafan pembaca, pengarang turutmemberikan gambaran indah syurga. Dalam syurga diceritakanpenghuninya hidup penuh harmoni dan keamanan. Makanan yang lazat-lazat siap terhidang (Mana 1995: 151):

Barangkali tidak perlu digambarkan tentang keseronokan pesta ria itu. Jugatidak perlu dilukiskan keindahan pemandangan syurga dengan bidadarinya yangsungguh-sungguhjelita itu. Makanan dan minuman, yang terhidang dengan sertamerta sebaik terlintas sahaja di halkum, juga tidak perlu dibayangkan.

Page 10: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

224

Rumusan

Syajar dan "Mustaqima" memperlihatkankecenderangan Mana Sikanamenghasilkan karya yang berteraskan agama Islam. Sebagai seorangyangberpendidikan Islambeliau telahmenggunakan ilmuyang dimilikibagi melahirkan protes beliau terhadap maksiat dan kerantuhan yangberlaku di sekeliling beliau.

Melalui kedua-dua karyanya ini, pengarang melaksanakantanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi Allah ini melalui karyasastera. Kedua-dua karya ini menimbulkan keinsafan dan kesedarankepada pembaca tentanghari mati dan pembalasanterhadap dosa-dosayang telah dilakukan. Sebagai pengarang, Mana Sikana menerangkanapabila manusia melakukan kesalahan haraslah insaf dan kembali kepangkal jalan. Manusia yang telah melakukan kerosakan kepada duniaharaslahmencarijalan keluar. Dalamhal iniManamenjelaskan, jalannyahanya satu iaitu kembali kepada Islam. Hal inilah yang digambarkanmelalui watak Murad. Murad yang telah jauh hanyut dalam syurgadunia ciptaannya sendiri yang kononnya melambangkan kemewahan,kemajuandan kemodenanakhimya kembalike pangkaljalan, mendekatidiri kepada Ilahi.

Melalui"Mustaqima"Mana Sikanamenegaskandanmengingatkanmanusia supaya bertaubatlah sebelum pintu taubat tertutup, "...sesungguhnya apabila matahari telah terbit dari Barat ke Timur,sesungguhnyalah pintu taubat telah terkunci rapat... tidak ada maknataubat dan penyesalan lagi. Siapa yang berpahala akan menerimaganjarannya, dan siapa yang berdosa terimalah azab sengsaranya"(Mana 1981: 155). Pengarang turut mengingatkan manusia supayasentiasa waspada dan berhati-hati dalam menjalani kehidupan harian.Sesungguhnya manusia tidak boleh lalai kerana iblis sentiasa mencaripeluang dan ruang untuk menyesatkan manusia. Manusia juga tidakboleh terlalu yakin dengan keimanan yang dimiliki kerana ia belumtentu dapat menangkis godaan iblis yang cukup kuat kerana itulah janjiiblis dengan Tuhan untuk merosakkan imam manusia, "...ketahuilah,sesungguhnya, aku telah mendapat kebenaran dari Tuhan semesta alam,dari Allah Azzawajalla, aku akan menyesatkan seluruh manusia selagimanusia boleh disesatkan" (Mana 1981: 160).

Pak Wah dan Isteri I dalam "Mustaqima" terdiri daripadamereka yang patuh kepada suruhan Tuhan dan merapakan golonganyang berimam. Pada peringkat awal, pengarang menggambarkankedua-dua watak taat dan patuh kepada suruhan dan larangan Allah.Namun godaan iblis di saat akhir kehidupan telah merosakkan mereka.

Page 11: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

225

Lebih memburakkan keadaan, Isteri I telah termakan pujuk rayu iblisdengan mengakui iblis sebagai Tuhan demi mendapatkan air untukmenghilangkan dahaga yang amat sangat di ambang kiamat.

Kedua-dua karya ini juga turat menggambarkan dilema kehidupanumat Islam dalam zaman moden ini. Kemewahan yang diperoleh ituselalunya diiringi oleh dorongan untuk hidup berfoya-foya denganperempuan, arak dan judi. Dilema ini juga berlaku dalam konteksmasyarakat. Pada satu pihak masyarakat menerima kemajuan,pembangunan dan kemodenan, pada pihak yang lain kerantuhan moralberlaku berleluasa. Bagaimanapun, dari satu segi, kerantuhan moraldan maksiat yang berlaku itu boleh menjadi iktibar kepada mereka yangberiman. Pengarang mengungkapkan persoalan zina, arak dan judi inibagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat. Peleraian cerita Syajaryang memperlihatkan keinsafan Murad serta peleraian "Mustaqima"yang memperlihatkan penyesalan Pak Wah dan Isteri I yang terperdayadengan Zurastura yang merapakan iblis yang datang menggoda cukupberkesan sebagai wadah pengajaran dan dakwah kepada umat manusiaagar tidak lalai dalam kehidupan. Penyelesaian "yang hak menang yangbatil kalah" apabila, Pak Wah dan Isteri I mati dalam kesesatan danpenuh penderitaan manakala isteri II yang patuh kepada ajaran Islammati dengan aman. Murad juga akhimya mendapat ketenangan setelahkembali kepada ajaran Islam.

Kesimpulannya, Syajar dan "Mustaqima" merupakan dua buahkarya Islam yang boleh dipertanggungjawabkan menyampaikanmesej keislaman dan menyelitkan unsur dakwah dan pengajarankepada masyarakat. Penyampaian mesej ini juga lebih berkisar kepadakedudukan dan peranan wanita. Wanita diperlihatkan sebagai penggodadan penyelamat. Wanita juga seperti kemewahan boleh menjadi saluraniblis membawa manusia ke lembah maksiat. Meskipun begitu, wanitayang menjadi isteri yang beriman dan ibu yang solehah boleh menjadipendinding yang kuat untuk mengekalkan keimanan seseorang. Mungkinjuga kedua-dua karya ini cuba mengangkat status wanita melaluipenggunaan motif-motif keagamaan.

Page 12: Persoalan Islam dalam Karya Mana Sikana: Analisis Syajar

226

Rujukan

Mana Sikana. 1981. Apa-apa. Petaling Jaya: Heinemann Educational Books(Asia).

Mana Sikana. 1995. Syajar. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.Mohd. Shokkeri Hj. Ismail. 1997. Logoterapi dan pendekatan dalam kritikan

sastera Melayu moden. Dewan Sastera Februari: 33-38.Samoza. 1996. Syajar: Lambang iltizam Islam, analisis semiotik dan

hubungannya dengan intertekstualiti. Dewan Sastera Julai: 73-80.ShafieAbu Bakar. 1994. Takmilah teori sastera Islam. Dewan Sastera September

55-58.

ShahnonAhmad. 1981. Kesusasteraan dan EtikaIslam. Petaling Jaya: PenerbitFajar Bakti.