persidangan ilmu kemanusiaan antarabangsa 2011 … · 2020. 4. 19. · persidangan ilmu kemanusiaan...

86
PERSIDANGAN ILMU KEMANUSIAAN ANTARABANGSA 2011 INCoH2011 Anjuran: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. [email protected] 14-16 Jun 2011 AMALAN PENGUBATAN ALTERNATIF DAN KOMPLEMENTARI DI MALAYSIA MASA KINI: SOROTAN CIRI-CIRI RAWATAN ISLAM Oleh Abdullah Yusof, Ph.D ([email protected]) Universiti Malaya

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PERSIDANGAN ILMU KEMANUSIAAN ANTARABANGSA 2011 INCoH2011 Anjuran: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

    [email protected] 14-16 Jun 2011

    AMALAN PENGUBATAN ALTERNATIF DAN KOMPLEMENTARI DI MALAYSIA MASA KINI:

    SOROTAN CIRI-CIRI RAWATAN ISLAM

    Oleh

    Abdullah Yusof, Ph.D ([email protected])

    Universiti Malaya

    mailto:[email protected]:[email protected]

  • PENDAHULUAN

    Pada masa kini terdapat banyak persatuan, akademi atau pusat rawatan yang memberikan pelbagai khidmat rawatan baik yang berdaftar mahupun yang tidak berdaftar. Rawatan diberikan termasuk berkaitan dengan masalah atau penyakit fizikal, penyakit spiritual atau rohani serta kombinasi antara kedua-duanya.

    Apa yang ingin didedahkan ialah mengenai ciri-ciri sebenar rawatan Islam berdasarkan Tibb al-Nabawi yang bersumberkan al-Qur’an dan sunnah Nabi SAW. Justeru dalam perkembangan pengubatan tradisional di kalangan masyarakat Melayu-Islam terdapat usaha transformasi rawatan ke arah Islam dan diterima dengan pelbagai persepsi oleh masyarakat. Namun demikian masih terdapat sebilangan masyarakat Islam yang menerima apa saja kaedah rawatan atas nama ikhtiar meskipun ianya jelas bertentangan dengan syarak sehingga boleh membawa kepada syirik. Turut disentuh dalam kertas ini ialah konsep rawatan Islam, ciri-ciri perawat yang sebenar, etika rawatan Islam, penggunaan ruqyah dan bahan rawatan yang dibenarkan

  • Perubatan Alternatif: Ciri dan Kaedah

    Perubatan alternatif bolehlah digolongkan kepada beberapa kaedah perubatan termasuk Perubatan Homeopati, Biokimia, Tritulasi dan Herbalisme. Perubatan alternatif adalah dianggap sangat berkesan dan mujarab jika diamalkan dengan betul dan bijaksana. Sebagai perubatan alternatif sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri istimewa yang membezakannya daripada perubatan alopati atau konvensional yang rata - rata manusia sudah mengenalinya. Walaupun perubatan konvensional lebih berpengaruh tetapi ini tidak bermaksud ia lebih baik dan sempurna. Berikut adalah contoh:

  • REMEDI HOMEOPATI PUNCA:

    1- ALAM TUMBUHAN

    2. ALAM HAIWAN

    3. ALAM KIMIA

    Kemelaratan simptom ini bukannya kesan sampingan dan ia tidak boleh membahayakan. Kemelaratan simptom berlaku hanya buat sementara waktu sahaja. Berlakunya kemelaratan simptom menunjukkan remedi yang diambil itu adalah tepat dan sedang bekerja menghilangkan penyakit dari tubuh itu. Apabila remedi yang tepat, berasaskan simptom, diberikan pada kekuatan atau potensi yang sesuai, bagi mengatasi masalah penyakit, maka akan sembuhlah penyakit berkenaan, dengan izin Allah. Biasanya dalam keadaan tubuh bergerak menuju kesembuhan daripada gangguan penyakit, akan berlakulah sedikit kemelaratan simptom.

  • Biokimia- Perubatan Biokimia diperkenal dan dimajukan oleh seorang doktor bangsa Jerman, Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, dalam tahun 1873. Sistem ini bertolak daripada teori yang berasaskan bahawa penyakit terjadi akibat kekurangan mana-mana satu atau lebih daripada satu garam mineral dalam tubuh. Garam mineral ini digelar garam tisu biokimia.

    Hasil kajian analisis yang begitu teliti yang dijalankan, Dr Schuessler mendapati terdapat 12 jenis garam tisu dalam tubuh yang sihat. Oleh kerana kandungan garam tak organik hanya perlu dalam kadar 5% sahaja, maka keperluan, kepentingan dan peranannya kurang diberi perhatian.

  • Proses Triturasi

    Proses ini melibatkan kerja-kerja "penghalusan" menurut kaedah Homeopati. Satu bahagian garam mineral asal dicampurkan dengan 9 bahagian laktosa dan ditumbuk dan digiling dalam satu bekas untuk sekian lama. Hasilnya dapatlah bahan seakan debu iaitu triturat pertama, 1x. Kemudian satu bahagian triturat 1x ini pula dicampur 9 bahagian laktosa, dan ditumbuk dan digiling pula untuk mendapatkan triturat 2x. Begitulah proses ini diteruskan sehingga ke tahap triturasi yang dikehendaki. Garam tisu Biokimia yang digunakan oleh Prof. Dr. Azizan bin Haji Ismail dalam rumusan-rumusan nya ialah pada tahap 6x dan dipersembahan dalam bentuk "molded tablets" dan "compressed tablets", agar mudah hancur atas lidah dan mudah pula dimakan oleh kanak-kanak dan bayi. Contohnya EXAMO-CKM 500. Oleh kerana ubat Biokimia yang disediakan dengan menggunakan laktosa, maka itu sebabnya ia terasa sedikit manis dan digemari oleh semua orang termasuk kanak-kanak.

  • Herbalisme Sejak bermula sejarah manusia, sudah diketahui bahawa pada tumbuh-tumbuhan tertentu terdapat pelbagai jenis khasiat yang cukup mujarab bagi mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan. Ada jenis tumbuhan yang boleh dijadikan makanan yang berperanan, bukan setakat memberi kekenyangan, malah juga untuk menjauhi daripada serangan penyakit, memberi tenaga, menolong menyembuhkan penyakit yang sudah dihadapi dan sebagainya. Tumbuhan makanan membekalkan banyak keperluan zat-zat karbohidrat, protein lemak, garam mineral, vitamin dan air untuk tubuh. Ada jenis tumbuhan yang rasanya kurang enak, seperti rasa terlalu pahit, masam, kelat atau payau dan berbau tengik akan tetapi mempunyai khasiat perubatan, dan perlu dimakan atau diminum secara sedikit-sedikit. Pelbagai jenis khasiat ubat terdapat dalam beraneka jenis tumbuhan.

  • Permasalahan dunia perubatan herba Melayu ialah ia lebih berbentuk kuno. Kalau ia dapat dimodenkan dari segi kajian saintifik dan persembahan, maka ia mungkin lebih mudah diterima masyarakat. Kalau dapat diubah daripada menyediakan ramuan dengan memasak dalam periuk tanah dijadikan minuman yang tidak bersukatan tetap kepada sediaan dalam bentuk tablet atau minuman yang lebih mudah dibawa dan digunakan dengan bersukatan tertentu, maka dengan sedikit perubahan itu, adalah dirasakan perubatan herbalisme akan lebih memberi tarikan kepada pengguna.

    Hutan rimba di Malaysia, yang menikmati iklim khatulistiwa, mempunyai khazanah yang paling kaya dengan tumbuhan berubat iaitu antara 3000 hingga 5000 spesis, termasuk yang belum dikenalpasti.

  • PERBEZAAN ANTARA PERUBATAN ALOPATI DAN ALTERNATIF

    Ilmu yang dipraktikkan dalam kaedah rawatan alternatif sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia seharian. Misalnya cara berfikir yang positif, amalan cara makan dan minum sehingga lah cara tidur yang betul. Kesemua amalan ini hendaklah bermatlamat yang baik kerana kesemuanya amat berkait rapat dengan kesihatan sesuatu organ pada tubuh badan itu sendiri. Malah apa sahaja amalan dan pemikiran yang baik adalah “ubat” semulajadi kepada sesuatu penyakit .

    Dalam rawatan alternatif, penyakit yang dianggap kronik dan dikatakan tiada harapan untuk pulih sebenarnya masih boleh dirawat melalui kaedah rawatan alternatif. Pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan alternatif akan disambut dengan senyuman mesra. Kemudian pesakit ini diberitahu bahawa penyakit ini masih ada harapan untuk pulih dan rawatan masih ada untuk diikhtiarkan.

  • Rawatan alternatif bukan mengkatagorikan tubuh dan ilmu kesihatan ini sekadar fizikal semata-mata, malah ia merangkumi aspek emosi, mental dan spiritual. Oleh itu, segala aspek mengenai rawatan dan penyembuhan adalah mengambil kira semua faktor yang menyeluruh atau digelar “holistik”. Rawatan alternatif tidak bersandarkan kepada akal logik semata-mata berbanding dengan rawatan allopati yang terikat dengan ujikaji makmal. Selagi tidak dapat dibuktikan secara ujikaji makmal bahawa penyakit itu boleh disembuhkan, maka selagi itu penyakit tersebut dianggap tidak boleh dirawat.

    Hampir kesemua pengamal rawatan alternatif yang beragama Islam akan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan utama dalam aktiviti merawat dan amalan falsafah ilmu. Faktor penyerahan (tawakkal), bersabar, ikhlas dan reda ialah antara faktor penyembuhan yang paling utama.

  • Bagi pengamal rawatan alternatif yang bukan beragama Islam, mereka percaya faktor tawakkal, sabar, ikhlas dan reda ini bukan

    Sahaja merupakan faktor penyembuhan, malah merupakan kuasa penyembuh (Healing Power) pada diri mereka. Itu lah sebabnya

    mengapa pengamal-pengamal rawatan alternatif amat merendah diri dan tidak sombong atau bongkak apabila bertembung dengan

    pengamal rawatan allopati. Sedangkan dari segi perbandingan ilmu, falsafah ilmu rawatan alternatif adalah jauh lebih tinggi daripada kaedah rawatan allopati. (Ruj: Prof. Dr. Ariffaizal bin

    Mohd Nor Ariffin pada 9/30/2008) Konsep rawatan Islam disesuaikan dengan alopati dan juga kaedah

    alternatif dengan mengambilkira al-Quran dan sunnah sebagai panduan.

  • Punca

    Rawatan allopati beranggapan penyakit ialah keadaan ketidakseimbangan tubuh berpunca daripada jangkitan kuman, keracunan, kegagalan organ berfungsi, kegagalan hormon dan enzim dirembeskan dan faktor keturunan. Pengamal rawatan altenatif percaya bahawa tubuh ini berfungsi dengan baik kerana adanya tenaga yang bergerak dengan seimbang dan harmoni di dalam tubuh. Oleh itu rawatan alternatif pula mempunyai beberapa falsafah terhadap maksud penyakit. Antaranya “ketidakseimbangan tubuh” iaitu tenaga tubuh tidak mematuhi “Hukum Keseimbangan”. Atau dengan bahasa yang mudah, penyakit terjadi apabila sejumlah besar sel pada sesuatu organ tubuh kehilangan tenaga.

  • Tenaga terhasil atau hilang serta boleh diperbaharui bergantung kepada kelakuan, amalan dan pemikiran seseorang. Secara ringkasnya satu falsafah yang banyak digunakan oleh pengamal-pengamal perubatan alternatif mengenai punca penyakit ialah “Penyakit Terjadi Apabila Runtuhnya Akhlak”. Huraian daripada falsafah ini bermaksud apabila sikap seseorang itu cenderung ke arah negatif, maka sel yang sepatutnya berfungsi secara semulajadi dalam keadaan hening secara tiba-tiba berhenti menjalankan fungsinya akibat ingin mengimbangkan perbuatan atau pemikiran negatif yang telah dilakukan.

    .

  • Penyembuhan

    Takrifan mengenai penyembuhan juga adalah berbeza. Bagi rawatan allopati, penyembuhan ialah apabila simptom atau gejala itu dihapuskan. Tetapi bagi rawatan altenatif, penyembuhan ialah apabila organ itu sendiri berkeupayaan untuk menjalankan fungsinya seperti asal. Misalnya bagi pesakit yang mengalami diabetes (kencing manis) akan diberi insulin tiruan kerana didapati kandungan insulin di dalam darah sangat kurang dan gula sangat tinggi. Dengan cara tersebut, insulin yang diberikan akan bertindak memproses gula yang berlebihan.

    Bagi rawatan alternatif, kencing manis disebabkan oleh organ pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Oleh itu, rawatan alternatif akan memberikan rawatan tenaga kepada pankreas supaya boleh berkerja sendiri dan menghasilkan insulin yang semulajadi. Insulin yang semulajadi adalah jauh lebih baik kerana ia dihasilkan berkadaran dengan tahap gula yang diambil dan dikesan oleh tubuh.

  • Insulin tiruan yang diambil secara tidak semula jadi adalah berlebihan yang boleh menyebabkan keseluruhan gula dalam tubuh hilang. DNA insulin tiruan yang tidak sama dengan DNA tubuh pesakit akan menyebabkan ia dianggap sebagai benda asing dan perlu disingkirkan oleh buah pinggang, oleh itu buah pinggang boleh terjejas apabila insulin tiruan diambil berlebihan. Dalam tempoh jangka panjang, pancreas yang mendapat insulin tiruan terus menjadi pasif dan tidak diterapikan untuk sembuh.

    Secara umumnya rawatan allopati menggunakan kaedah menahan sakit, mengganti hormon atau enzim yang kurang dengan bahan tiruan, malah menggantikan organ yang gagal atau rosak secara transplant atau kaedah sel stim (pengklonan sel), membuang bahagian yang rosak atau terjejas melalui pembedahan atau kaedah laparoscopy (pembedahan secara menembuk), memberikan antibiotik tiruan, kimo (rawatan kanser), laser (batu karang) dan sebaginya.

  • Rawatan alternatif pula beranggapan bahawa tubuh boleh menghasilkan sendiri hormon dan enzim yang berkurang, bahagian tubuh yang terjejas atau mendapat kanser boleh dihapuskan secara cernaan dalaman, tubuh boleh menghasilkan antibiotik semulajadi sendiri. Malah kaedah yang digunakan oleh rawatan allopati (yang sebelum ini digelar sebagai moden) adalah amat bercanggah dengan falsafah perubatan altenatif. Antaranya merawat dengan cara sehingga menyebabkan tertumpahnya darah adalah tidak dibenarkan. Pertumpahan darah hanya boleh sekiranya dibenarkan oleh agama seperti berkhatan, berbekam, bertindik dan sebagainya. Menggunakan bahan asing, berkimia atau bersteroid juga bercanggah dengan falsafah perubatan alternatif. Sedangkan tanpa menggunakan kaedah tersebut, penyakit masih boleh dirawat sehingga sembuh sepenuhnya. Itu lah sebabnya rawatan alternatif terus wujud sebagai alternatif kepada kaedah yang digunakan secara allopati.

    Dalam Alopati, Konsep ilmu yang digunakan adalah daripada teori klasik yang dipercayai telah diamalkan sejak zaman mesir dan dimajukan pada kurun ke 15. Sedangkan dalam rawatan alternatif, Falsafah ilmu adalah bersifat kemanusiaan. Ilmu sentiasa berkembang tanpa batasan serta sungguh lengkap, saintifik dan terkini. Penggunaan ilmu biologi dan fisiologi adalah menyeluruh. Apa sahaja yang memudaratkan, kotor, najis, benda asing tidak boleh digunakan bagi tujuan merawat malah ia sungguh memudaratkan.

  • Dalam alopati, Perawatan adalah dengan memberikan antibiotik, meneutralkan racun, memotong / membuang atau menggantikan komponen atau organ yang baru, memberikan hormon atau enzim tiruan.

    Kaedah rawatan alopati ialah dengan menggunakan bahan kimia, dadah, sumber yang tidak halal menurut Islam, meneutralkan racun dengan antivenom haiwan yang masih hidup, memberikan vaksin dan biotik (benda hidup asing dimasukkan dalam kuantiti yang tidak harmoni), kimotherapy (rawatan panas untuk matikan kanser yang merosakkan kawalan suhu semulajadi tubuh), potong dan buang, potong dan selaras, transplant (mengganti organ pesakit dengan organ asing), transfusi (mengganti darah dengan darah yang asing). Melakukan kaedah "akibat darurat", pemanasan kimotherapy dan pembedahan serta menumpahkan darah adalah bercanggah dengan falsafah rawatan alternatif serta dianggap mencabuli peradaban ketamadunan manusia.

  • Rawatan alternatif menggunakan bahan yang selamat, semulajadi, halal menurut Islam (tiada bahan kimia, tiada dadah, tiada hormon, tiada produk haiwan dan tidak menumpahkan darah).

    Ubat-ubatan adalah dihasilkan oleh pihak Farmasi. Pengamal perubatan klasik (allopati) perlu menyesuaikan penyakit berdasarkan penggunaan ubat atau belajar cara merawat bagi tujuaan memberikan ubat yang dihasilkan oleh pihak Farmasi.

    Penyembuhan ialah apabila gejala, simptom atau tanda penyakit dihapuskan. Apabila sesuatu kaedah rawatan gagal menghapuskan simptom, maka penyakit itu akan dianggap tidak boleh disembuhkan.

  • Pengamal rawatan alternatif yang professional adalah juga seorang penyelidik (scientist) yang mengkaji mengenai penyakit, punca penyakit

    serta menghasilkan formula (ubat) dan kaedah rawatan yang terbaik.

    Penyembuhan ialah apabila organ bertenaga semula dan berpotensi untuk berfungsi dengan optimum.

    Rawatan alternatif percaya ubat itu ada dalam diri sendiri. Kita Cuma perlu mempertenagakan tubuh dan membantu proses mempertenagakan tubuh. Rawatan alternatif amat percaya bahawa semua penyakit boleh disembuhkan kecuali maut. Organ yang bertenaga mampu untuk menentang jangkitan bakeria, virus atau kuman secara semulajadi oleh sistem tubuh, meneutralkan keracunan secara semulajadi oleh sistem tubuh, organ kembali berfungsi, hormon dan enzim semulajadi tubuh dirembeskan semula, kanser atau ketumbuhan mengecil dan dicernakan oleh tubuh secara semulajadi serta kod maklumat genetik dibaiki semula secara semulajadi oleh tubuh yang seimbang tenaganya.

  • Konsep dan Ciri-ciri Perubatan Islam Konsep perubatan Islam yang difahami umum sekarang ini

    tertumpu kepada amalan-amalan yang mengandungi doa-doa yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis, doa-doa al-ma'thurat, doa-doa para salihin, doa- doa yang diamalkan oleh orang Melayu tradisional yang diyakini tidak bertentangan dengan ajaran Islam, di samping penggunaan bahan-bahan tertentu, yang tidak terlarang terutamanya air. Walaupun demikian, amalan dan kaedah ini tidak mendakwa bahawa kaedah tersebut mencakupi keseluruhan apa yang difahami sebagai "Perubatan Islam" yang disalahertikan dan menolak secara total atau menafikan lain-lain kaedah rawatan termasuk rawatan di hospital dan klinik.

    Dalam masa yang sama adalah difahami bahawa penyakit pada hakikatnya berpunca daripada sebab yang banyak dan berbeza, yang memerlukan rawatan yang berbeza menurut kesesuaian atau keserasian.

  • Masyarakat pada umumnya tidak dapat membezakan antara kaedah perubatan Islam yang menggunakan doa-doa dan kaedah rawatan Melayu tradisional. Rawatan yang menggunakan ungkapan kata yang mengandungi unsur-unsur Islam seperti yang dijelaskan, tidak membuktikan bahawa kaedah yang diamalkan itu merupakan kaedah perubatan Islam yang sebenar.

    Tukang-tukang tilik dan ramal yang melibatkan diri dengan rawatan Melayu tradisional juga memanggil jin-jin untuk melakukan sihir dengan menyebut kalimah-kalimah yang kedengaran seperti sebutan a'uzubilLah, menyebut kalimah salam, sebutan nama-nama nabi, termasuk kalimah syahadah.

    Keadaan seperti ini selain melahirkan keraguan dan kecelaruan, ia juga memberi imej buruk terhadap mereka yang melibatkan diri dengan kaedah Perubatan Islam yang menggunakan doa-doa seperti yang dijelaskan.

  • Salah Faham Rawatan Islam & Rawatan Tradisional

    Prinsip dan kaedah pembelajaran mereka yang melibatkan diri dengan rawatan Melayu tradisional dan rawatan yang diistilahkan sebagai rawatan Islam yang menggunakan doa-doa adalah berbeza. Oleh kerana maklumat mengenai rawatan Islam itu tidak dimengerti oleh sebahagian besar masyarakat; akibat pendedahannya yang terhad dan akibat kekaburan maklumat sebenar rawatan Melayu tradisional, yang sering menjadi rahsia daripada pengetahuan umum, yang berselindung di sebalik prinsip ilmu kebatinan, maka masyarakat umumnya menganggap kedua-duanya sebagai kaedah rawatan yang sama, apatah lagi dengan adanya golongan tertentu yang mencampuradukkan kaedah-kaedah rawatan tradisional dengan pelbagai elemen pengaruh Islam seperti yang dijelaskan di atas.

  • Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera atau cara mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai tentang apa sebenarnya perubatan Islam.

    Perubatan Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai nilai, tatacara ujian serta rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah Rasullullah. Ia bukannya satu kaedah rawatan yang biasanya diamalkan oleh pengamal pengamal tradisional tetapi ia merupakan keseluruhan konsep ilmu dan amalan perubatan, baik alopati mahupun alternatif asalkan selari dengan Islam.

  • Rujuk Kod Etika Perubatan Islam hasil dari Persidangan Antarabangsa Perubatan Islam Pertama yang telah diadakan di Kuwait sewaktu menjelangnya kurun ke-15 Hijrah.(6-10 Rabiul Awal 1401: 12-16 Januari 1981)

    1. Amalan perubatan adalah satu ibadat dan kebajikan selain fardu kifayah sepertimana menurut Imam Ghazali.

    2. Mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat yang menarik, menjadi penggalak, tidak pelemah semangat, berwajah tersenyum dan tidak masam, penyayang dan tidak membenci dan penyabar, tidak tunduk kepada perasaan dengki atau kurang rasa belas kasihan, seorang yang tenang dan tidak gopoh, lembut suaranya dan tidak bising atau kasar, bersih serta kemas dan tidak selekeh atau kusut-masai, boleh dipercayai dan didorongi supaya dihormati, bersikap sopan di dalam urusannya dengan yang kaya atau miskin, rendah atau tinggi kedudukannya.

  • 3. Dia mestilah mempunyai satu tahap pengetahuan ilmu hukum, ibadat dan asas ilmu Fiqah untuk membolehkannya memberi nasihat kepada pesakit. 4. Dia hendaklah mengelak dari menggunakan ubat-ubatan atau cara terapi (pembedahan, perubatan am atau terapi perangai) yang diharamkan oleh Islam. 5. Seorang perawat mestilah menghormati rakan sejawatnya di belakangnya. Ia hendaklah menawarkan kepada rakannya nasihat dan/atau pertolongan bila diperlukan, tidak boleh mengkhianati rakannya dengan mengumpat di belakangnya atau menyebut kekurangannya atau mencemarkan nama baik. 6. Jika lebih dari seorang yang merawat seorang pesakit, maklumat perubatan tidak sepatutnya dirahsiakan di antara yang merawat pesakit itu. Maklumat ini hendaklah dirahsiakan di kalangan personel perubatan tanpa dibocorkan. 7. Jika seorang pesakit yang miskin adalah menjadi tanggungjawab beliau supaya bertimbang rasa dan murah hati, dan mengelakkan apa-apa yuran yang dikenakan. 8. Hendaklah ikhlas memberikan perkhidmatan rawatan dan pengubatan kepada kawan atau musuh, pada peringkat peribadi atau umum, tidak boleh mengambil nyawa walau di atas alasan belas kasihan.

  • ETIKA RAWATAN ISLAM 1. Setiap individu atau kumpulan itdak boleh mendakwa bahawa

    perawatannya bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari al-Quran dan hadith atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w. atau lain-lain jika tidak ada alasan yang kukuh berdasarkan nas al-Quran dan al-Hadith.

    2. Hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan,

    kerukunan hidup bermasyarakat dan berumahtangga.Dilarang sama sekali untuk membalas dendam, membuat aniaya, menakut-nakutkan, mengugut orang lain dan lain-lain.

    3. Bagi mempastikan perawatan tidak bercanggah dengan ajaran islam

    perkara berikut hendaklah dikenalpasti:

    i) Tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam, tilik tenung, tukang

    nujum, ramalan tapak tangan dan silap mata.

    ii) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat.

    iii) Tidak boleh percaya keapda sial dan mudarat yang menimpa seseorang

    atau diri.

    iv) Tidak boleh melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik seperti

    semah pantai, sembelihan binatang, buang ancak dan lain-lain.

  • v) Tidak boleh menyembelih binatang untuk sesuatu tujuan yang bukan syar’i. vi) Tidak boleh melakukan amalan atau bacaan tertentu yang menggunakan unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara perbomohan. vii) Tidak boleh menyajikan makanan untuk menjamu penunggu. viii) Tidak boleh mentaati perawat atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

    ix) Menolak sebarang syarat yang diberikan yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.

    x) Tidak memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan islam seperti sihir, ilmu hitam dan menurun kerana pengamalnya termasuk dalam kategori penyeru iblis dan syaitan dengan ucapan-ucapan yang tidak wajar atau boleh membawa kepada kufur dan syirik.

  • xi) . Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifat-Nya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudaratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali atau malaikat.

    xii) Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

    xiii) Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atua peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuak nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain.

    xiv) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seprti objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat al-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

    .

  • Sambungan…

    xv) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiari mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran.

    xvi) Tidak boleh menggunakan Kitab al-Quran secara tidak

    wajar menurut syarat seperti menggantung al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alasan tertentu jika berpusing begini dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina al-Quran (Istihza’).

    xviii) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang

    mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembah sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya.

  • CONTOH BAHAN YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN ISLAM

    • Air zam-zam

    • Madu

    • Habbat al-Sawda’

    • Air putih

    • Buah tamar

    • Lain-lain

  • RUMUSAN Semoga pembentangan ini dapat memberi sedikit pendedahan mengenai pengubatan alternatif dan kontempori yang terdapat di Malaysia masa kini. Bahagian Perubatan Alternatif dan Komplementari Kementeran Kesihatan Malaysia sedang menyusun etika dan panduan khusus untuk semua pengamal hasil dari perbincangan di kalangan tokoh-tokoh yang berpengalaman dalam bidang perawatan Islam. Usaha tersebut diharap dapat memberi panduan untuk mengelak mana-mana amalan yang diragui dan bertentangan dengan Islam dan masyarakat akan terhindar dari amalan yang boleh membawa kesyirikan kepada Allah SWT.

  • BEBERAPA HADITH SAHIH BERHUBUNG PENGGUNAAN TANGKAL DAN AZIMAT DAN BOMOH DALAM PENGUBATAN

    1. Barangsiapa yang menggantung tangkal maka dia telahmelakukan syirik.

    2. Barangsiapa yang menyimpulkan simpulan lalu ditiup padanya maka dia telah melakukan sihir.

    3. Sesiapa yang mendatangi sahir (tukang sihir) atau kahin (bomoh/penilik) atau arraf (peramal) lalu membenarkan apa yang dikatakannya maka dia telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.

    4. Sesiapa yang mendatangi arraf (tukang ramal) lalu bertanya tentang sesuatu maka tidak diterima baginya solat selama 40 malam/hari.

    5. Sesungguhnya jampi serapah, tama’im (tangkal) dan tiwalah (azimat) adalah syirik.

    (Hadis-hadis di atas adalah terjemahan dan teks asal tidak dimasukkan atas sebab-sebab tertentu)

  • CONTOH TAMIMAH, TIWALAH DAN WAFAK

    • Foto-foto berikut adalah dirakam dari objek-objek sebenar yang pernah digunakan dalam amalan sihir, sebagai penangkal, azimat, wafak, pendinding dan sebagainya. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kesan-kesan buruk akibat menyimpan foto-foto tersebut oleh para peserta. Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T.

  • CINCIN DAN BEBERAPA BIJI BATU YANG DIGUNAKAN OLEH BOMOH DALAM RAWATAN.

  • EKOR PARI INI PERNAH DIGUNAKAN OLEH SEORANG PESAKIT SEHINGGA LIBASANNYA BOLEH MEMBAWA MAUT

  • BEBERAPA TANGKAL DAN AZIMAT YANG DIBERIKAN OLEH BOMOH KEPADA SEORANG PESAKIT

  • CINCIN DAN GELANG JADE UNTUK MURAH REZEKI DAN KEKAYAAN KEPADA PEMAKAINYA, SEORANG ISTERI VIP

  • EMPAT BATANG PAKU DIGUNAKAN UNTUK MEMAGAR 4 PENJURI RUMAH

  • BEBERAPA BARANG SEPERTI MINYAK, TANGKAL, SERBUK DAN AZIMAT DIBERIKAN OLEH BOMOH

  • BEBERAPA BOTOL MINYAK DIPERCAYAI MINYAK DAGU ATAU MINYAK CENUAI

  • BARANG KEMAS YANG TELAH DIJAMPI MENTERA DAN SERAPAH UNTUK PENGASIH DAN PENUNDUK

  • BATU PERMATA YANG DIGUNAKAN UNTUK PENDINDING DARI GANGGUAN MAKHLUK HALUS DAN SIHIR

  • MINYAK DAN TASBIH UNTUK MENENTANG SIHIR

  • DAUN MENGKUANG DAN JARING UNTUK MEMAGAR RUMAH

  • BEG WANITA DIMASUKKAN / DISELIT AZIMAT DAN BARANG SIHIR PENUNDUK

  • CONTOH TANGKAL UNTUK PENDINDING BAYI

  • CINCIN DAN NOT SERINGGIT UNTUK PENDINDING

  • TANGKAL BERPAKU UNTUK PAGAR RUMAH

  • AZIMAT BERBUNGKUS KAIN KUNING UNTUK SIHIR

  • MINYAK BULUH PERINDU DAN MINYAK PENUNDUK

  • MINYAK UNTUK PENDINDING SIHIR DAN SANTAU

  • BATU METEOR UNTUK MENYEMBUHKAN PELBAGAI PENYAKIT

  • TANGKAL DAN SEJENIS SERBUK (DIPERCAYAI ABU MAYAT)

  • SEJENIS BARANG SIHIR

  • SEJENIS BARANG SIHIR BERBALUT KAIN HITAM MENGANDUNGI MINYAK, TALI DAN DIPERCAYAI JANIN BAYI

  • SEJENIS WAFAK

  • SEJENIS TANGKAL

  • TANGKAL DAN AZIMAT

  • BEBERAPA BARANG UNTUK PENDINDING DAN PENUNDUK

  • DUA BILAH PARANG YANG DIJAMPI MENTERA UNTUK KEKEBALAN

  • PEDANG BERUSIA LEBIH 100 TAHUN YANG DIISI PENDAMPING ATAU KHADAM

  • ANTARA BARANG SIHIR

  • PAKU BERBALUT KAIN KUNING YANG DITANAM SEKITAR RUMAH

  • ANTARA BARANG SIHIR KERANA DENGKI

  • SEPASANG TANGKAL YANG DIPAKAIKAN KEPADA PENGANTIN LELAKI DAN PEREMPUAN OLEH BOMOH SIAM

  • SEJENIS BATU UNTUK PENDINDING DAN PENGUBATAN

  • BEBERAPA BATU PERMATA UNTUK PEMANIS

  • ALAT KELAMIN BUAYA UNTUK KEKUATAN LELAKI

  • BATU CINCIN UNTUK PENUNDUK WANG

  • KUKU HELANG UNTUK PENANGKAL

  • BARANGAN SIHIR INI DIBUAT SEKITAR TAHUN 1961

  • SEJENIS TANGKAL YANG AMAT KUAT

  • BARANG PERBOMOHAN / PERDUKUNAN

  • SEJENIS MINYAK DAN CECAIR UNTUK TUJUAN SIHIR

  • ANTARA BARANGAN DISEDIAKAN OLEH BOMOH

  • BARANGAN SIHIR UNTUK MEMBALAS DENDAM

  • KERIS BUGIS BERUSIA BERATUS TAHUN MENYEBABKAN PENJAGANYA SERING SAKIT

  • KERIS INI SERING MEMBUAT BISING WAKTU MALAM DAN BOLEH BERGERAK SENDIRI

  • KERIS WARISAN KELUARGA

  • KERIS PERBOMOHAN

  • KERIS PUSAKA

  • KERIS YANG MENIMBULKAN MASALAH KEPADA PENYIMPANNYA

  • ANTARA KERIS YANG BERMASALAH

  • SATU LAGI KERIS BERMASALAH

  • SEKIAN

    TERIMA KASIH

    …jumpa lagi. [email protected] (013-6720840)

    mailto:[email protected]