persidangan antarabangsa pengajian …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/papem2014.pdf · latar belakang...

4
1 PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU 2014: HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA Tema : Melestarikan Hubungan Kebudayaan, ke Arah Memperkukuh Persahabatan Malaysia - China 29 MEI - 1 JUN 2014 BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY, REPUBLIK RAKYAT CHINA Anjuran bersama The Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries Beijing Foreign Studies University Dewan Bahasa dan Pustaka Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Upload: haduong

Post on 04-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/papem2014.pdf · LATAR BELAKANG Hubungan dua hala ... Najib Tun Haji Abdul Razak 1030 - 1100 - Minum Pagi 1100 –

1

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN

MELAYU 2014: HUBUNGAN MALAYSIA-CHINA

Tema : Melestarikan Hubungan Kebudayaan, ke Arah Memperkukuh

Persahabatan Malaysia - China

29 MEI - 1 JUN 2014

BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY, REPUBLIK RAKYAT CHINA

Anjuran bersama

The Chinese People’s Association for Friendship with Foreign Countries

Beijing Foreign Studies University

Dewan Bahasa dan Pustaka

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Page 2: PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/papem2014.pdf · LATAR BELAKANG Hubungan dua hala ... Najib Tun Haji Abdul Razak 1030 - 1100 - Minum Pagi 1100 –

2

LATAR BELAKANG Hubungan dua hala antara Malaysia dengan China bermula pada abad ke-15 pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Ming, khasnya dalam bidang perdagangan.

Pada tahun 1974, hubungan antara Malaysia dengan China dijalin semula secara rasmi semasa kunjungan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, iaitu Tun Abdul Razak bin Hussein, ke China. Hubungan dua hala ini telah pesat berkembang, khasnya dalam tempoh dua puluh tahun belakangan ini, dan banyak memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua buah negara. Selain perdagangan, pelaburan dan pelancongan, kerjasama dua hala telah diperluas dalam pelbagai sektor seperti pertukaran kebudayaan, pendidikan, sukan, sains dan teknologi, komunikasi, keselamatan dan yang lain.

Namun demikian, pelbagai cabaran globalisasi telah muncul dan akan terus menjejaskan proses pembangunan sosioekonomi dan sosiobudaya di kedua-dua buah negara, dengan impaknya terhadap pelbagai aspek hubungan dua hala, termasuk dalam konteks ASEAN.

Oleh itu, bersempena ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik, penting dan tepat pada masanya golongan akademik kedua-dua buah negara meningkatkan tahap kerjasama dan berkongsi pengalaman dalam penyelidikan, khasnya dalam bidang sosiobudaya, termasuk pengajian bahasa. Hal ini demikian kerana kebudayaan dan bahasa adalah asas bagi persefahaman dan perhubungan erat yang berterusan, supaya pelbagai hasil penyelidikan dapat dijadikan input yang bernilai untuk penggubalan dasar pembangunan bagi kedua-dua buah negara, termasuk dasar dua hala. OBJEKTIF

1. Bertukar dan berkongsi maklumat, idea, hasil penyelidikan dan pengalaman, serta meneroka kerjasama dalam pembangunan negara, khasnya dalam bidang kebudayaan dan pendidikan.

2. Berkongsi usaha dan sumber untuk meningkatkan pengajian Melayu dan pengajian masyarakat Malaysia amnya di China serta pengajian China di Malaysia, supaya dapat meningkatkan persefahaman dengan lebih mendalam.

3. Menilai peluang serta cabaran dalam hubungan Malaysia-China selama ini dan seterusnya mengenal pasti strategi yang lebih tuntas dan berkesan ke arah kesepaduan dan kelestarian hubungan Malaysia-China pada masa akan datang.

Page 3: PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/papem2014.pdf · LATAR BELAKANG Hubungan dua hala ... Najib Tun Haji Abdul Razak 1030 - 1100 - Minum Pagi 1100 –

3

BIDANG

- Kebudayaan - Pendidikan - Pengajian Melayu - Pengajian China - Hubungan Malaysia – China - Bidang-bidang lain yang berkaitan dengan pembangunan dan hubungan

persahabatan Malaysia – China (termasuklah politik, ekonomi dan sosial.) ATUR CARA TENTATIF

Hari Pertama 0800 - 0830 - Pendaftaran Peserta 0830 - 1030 -

- Ucapan Alu-aluan oleh Presiden BFSU Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak

1030 - 1100 - Minum Pagi 1100 – 1130 - Ucap Utama I 1130 - 1300 - Sesi Selari 1 1300 – 1500 - Makan Tengah Hari/Solat 1500 - 1530 - Ucap Utama II 1530 - 1700 - Sesi Selari 2 1700 - Minum Petang Hari Kedua 0830 - 0900 - Ucap Utama III 0900 – 1030 - Sesi Selari 3 1030 - 1100 - Minum Pagi 1100 - 1130 - Ucap Utama IV 1130 - 1300 - Sesi Selari 4 1300 - 1500 - Makan Tengah Hari/Solat 1500 - 1530 - Ucap Utama V 1530 - 1700 - Sesi Selari 5 1700 - 1730 - Majlis Penutup - Penyerahan Resolusi - Penyampaian Cenderamata 1730 - Majlis Bersurai Hari Ketiga dan Hari Keempat Lawatan ke tempat - tempat bersejarah di sekitar Beijing

Page 4: PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/papem2014.pdf · LATAR BELAKANG Hubungan dua hala ... Najib Tun Haji Abdul Razak 1030 - 1100 - Minum Pagi 1100 –

4

YURAN PENYERTAAN

Pembentang - MYR1200/USD400/CNY2400

Peserta - MYR1500/USD500/CNY3000

Catatan:

- Yuran penyertaan termasuk CD prosiding abstrak, penginapan, lawatan, makan minum semasa seminar dan lawatan.

- Yuran penyertaan tidak termasuk tambang kapal terbang pergi dan balik. - Yuran penyertaan dibayar secara tunai pada hari pendaftaran.

URUS SETIA

1. Puan Sylee Riza Arif Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 25, Menara DBP Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR.

Tel. : 603-2147 9127/9131 Faks :603-2147 9610

2. Encik Mohd. Hafiz Jumali Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 50603 KUALA LUMPUR.

Tel. : 603-7967 7204 Faks : 603-7967 7214

Tarikh tutup penghantaran abstrak : 21 Februari 2014

Tarikh tutup penghantaran kertas kerja : 15 April 2014

*Pihak penganjur berhak menerima atau menolak kertas kerja berdasarkan

abstrak.

* Kertas kerja boleh disediakan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau

bahasa Mandarin.

* Format abstrak adalah Times New Roman, font 12 dan langkau sebaris. Kertas

kerja pula Times New Roman, langkau 2 baris dan font 12. Abstrak dan Kertas

kerja yang lengkap hendaklah dihantar ke: [email protected].