persetiaan pengakap dan undang

31

Upload: jack-stone

Post on 23-Jun-2015

943 views

Category:

Documents


32 download

DESCRIPTION

Persetiaan Pengakap Dan Undang

TRANSCRIPT

Persetiaan Pengakap Dan Undang-undang

 Persetiaan Pengakap 

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan :

Taat kepada Tuhan, raja dan negara,

Menolong orang pada setiap masa,

Menurut undang-undang pengakap.

 Undang-undang Pengakap

1) dipercayai

2) taat

3) berguna

4) bersaudara

5) berbudi

6) kasihkan binatang

7) menurut perintah

8) tabah hati

9) berjimat

10) suci fikiran, perkataan, perbuatan

Hormat dan Cogan Kata Pengakap

Hormat Pengakap

- diberikan semasa :

   a) berjumpa dengan pemimpin pengakap dan pegawai-pegawai pengakap atau orang kenamaan.

   b) Menerima anuerah, sijil atau hadiah

   c) Istiadat menaik dan menurunkan bendera.

Cogan Kata Pengakap

Pengakap Kanak-kanak  : Buat Sehabis Baik

Pengakap Muda           : Selalu Sedia

Pengakap Remaja         : Pandang Luas

Pengakap Kelana          : Berkhidmat

Sejarah Pengakap Malaysia Dan Dunia

 Sejarah Pengakap Malaysia

Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah

(1922)5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

 Sejarah Pengakap Dunia

Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.

Nama Penuh                            : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan                      : BP Tarikh Lahir                            : 22 Febuari 1857 Tempat Lahir                          : London, England Pendidikan Awal                      : Charter House, London Pekerjaan Bekas                     : Mejar Tentera British Nama Bapa                             : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri                             : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia           : 8 Januari 1941 

 

Simpulan

Simpul Buka Sila ( Reef Knot )

 - mengikat kain pembalut luka dan menyambung tali yang sama besar saiznya.

 

Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend )

- menyambung 2 utas tali yang sama besar dengan tali yang tidak sama besar.

 

 

Simpul Manuk ( Clove Hitch )

- mengikat tali pada tiang atau balak.

- memula & mematikan sesuatu ikatan.

 

 

Simpul Tindih Kasih ( Bowline )

- membuat tajul yang tidak boleh menjerut.

- digunakan semasa kerja-kerja menyelamat.

 

 

Lilit Dua Simpul ( round turn and two half hitches )

- mengikat hujung tali pada tiang, pokok, dll.

- mengikat hujung tali khemah.

 

Lilit Pemati Biasa ( Common Whipping )

- mematikan hujung tali

 

 

 

 

 

                               

Lagu Pengakap Malaysia

Kami Pengakap MalaysiaHarapan nusa dan bangsaBerikrar setiaPada pertiwi tercinta

Melatih generasi mudaMenjadi insan yang bergunaPersetiaan pengakapTeras dipegang bersama

Menolong orang setia masaMenabur bakti di mana sahajaDemi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudaraTaat, menurut perintahKami bangga junjung cita-citaPengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-citaPengakap, Pengakap Malaysia

PENUBUHAN KUMPULAN PENGAKAP KELANA

Sebuah Krew Pengakap Kelana adalah sekumpulan belia berumur di antara 17 ½ hingga 25 tahun yang mempunyai minat yang sama. Terdapat 6 jenis Krew Pengakap Kelana yang berlainan di mana esemuanya boleh ditubuhkan di bawah Polisi Organisasi dan Peraturan (POR) Persekutuan Pengakap Malaysia. Semua krew adalah didaftarkan di bawah Negeri kecuali Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). Krew-krew tersebut adalah:

1)  Krew Pengakap Kelana dalam Kumpulan Kumpulan ini didaftarkan sebagai Unit Kanan (dewasa) bagi sesuatu kumpulan untuk menyempurnakan struktur keluarga kumpulan tersebut tanpa menggunakan nama kumpulan. Ketua dan Penasihat Krew akan mewakili Krew di dalam majlis kumpulan.

2)  Krew Pengakap Kelana Tempatan (Kumpulan Terbuka) Didaftarkan sebagai satu kumpulan berasingan. Krew ini tidak mempunyai jawatankuasa kumpulan dan ahli-ahlinya mendapat sumbangan dengan usaha sendiri.

3)  Krew Pengakap Kelana Daerah Sebuah Krew Pengakap Kelana Daerah adalah ditubuhkan dengan cara yang sama seperti sebuah Krew terbuka tempatan.

4)  Krew Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Krew ini ditubuhkan di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Disifatkan sebagai satu kumpulan di bawah unit KLKM (Negeri). Penasihat adalah seorang ahli atau kakitangan institusi berkenaan sama ada kakitangan akademik mahupun kakitangan bukan akademik. Krew KLKM ditubuhkan dengan polisi unit KLKM.

5)  Krew Pengakap Kelana Aktiviti Istimewa Krew ini ditubuhkan sebagai krew terbuka bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli kumpulan yang berminat menjalankan aktiviti secara berkumpulan seperti rock climbing, abseiling, caving, scuba diving, marathon dan lain-lain.

6)  Krew Perkhidmatan Ditubuhkan untuk satu masa yang ditetapkan bagi membantu dalam aktiviti besar yang dianjurkan oleh

negara atau negeri. Krew ini dibuka kepada semua ahli Pengakap Kelana. Krew ini boleh ditubuhkan untuk menjalankan perkhidmatan bagi sesebuah ibu pejabat atau tempat perkhemahan. Krew tersebut adalah tertakluk di bawah negara atau negeri dan mempunyai peraturan tertentu

CARA MENDAPATKAN LENCANA

PENGAKAP KELANA

Lencana Keahlian

PILIH SATU SAHAJA

PENGEMBARA PERKHIDMATAN PROJEK

EHWAL

KEBANGSAAN

EHWAL

ANTARABANGSA

AKTIVITI

KEBUDAYAAN

KEMAHIRAN

BERPENGAKAP

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KELANA

Keseluruhan logo berbentuk sehelai daun yang bermaksud:• Alam semulajadi yang dipenuhi oleh daun-daun hijau.• Kelanasiswa haruslah sentiasa menghargai dan mencintai alam semulajadi.

Tali disekeliling logo yang berakhir dengan ikatan buku sila membawa maksud:• Ahli kelanasiswa yang berada di bawah satu kumpulan dengan satu ikatan teguh terjalin antara satu sama lain.

Lambang Pengakap ditengah-tengah logo memberi maksud:• Satu identiti pergerakan Pengakap yang tersendiri.

Bunga padi dikiri dan kanan logo bermaksud:• Ahli-ahli kelanassiswa haruslah mengikut resam padi, semakin berisi, semakin menunduk. Dalam erti kata yang lain, semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin kita merendah diri.• Padi yang kuning, sedia untuk dituai dan ianya boleh diertikan sebagai kelanasiswa sentiasa bersedia untuk memberi hasil yang terbaik dan bersedia untuk berkhidmat.

Mata pena dibelakang logo pula bermaksud:• Ahli kelanasiswa adalah mahasiswa yang sentiasa mendampingi ilmu dengan menggunakan pena sebagai simbolik alat tulis yang tidak jemu berkhidmat.• Warna putih keperakan pena tersebut pula membawa maksud perkhidmatan mestilah dengan niat suci dan bersih.

Latar belakang biru logo pula bermaksud:• Kedamaian yang sentiasa wujud di antara ahli-ahli kelanasiswa.

Manakala warna hijau di bahagian bawah logo pula adalah:• sebagai simbolik ianya adalah warna rasmi Pengakap Malaysia.

10 Perkara Berkenaan Radio Amatur 1.  APAKAH RADIO AMATUR?Radio Amatur juga dikenali sebagai Ham Radio; ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa frekuensi radio yang telah ditetapkan. 2.  BILAKAH RADIO AMATUR BERMULA?Sejarah Radio Amatur ini bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik permulaan perkhidmatan radio komersil. 3.  APAKAH YANG BOLEH SAYA LAKUKAN DENGAN RADIO AMATUR?Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail atau pun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya? 4.  SAYA SENTIASA SIBUK. ADAKAH SAYA MASIH BOLEH MENIKMATI HOBI INI?Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

 5.  APAKAH PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN BAGI HOBI INI?Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer. Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah. Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau Ham Radio, anda boleh membuat unit Ham Radio anda sendiri. 6.  SIAPA YANG BOLEH MEMBANTU SAYA?Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada antara kelab-kelab tersebut mempunyai laman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah laman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society; MARTS). 7.  BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG OPERATOR RADIO AMATUR?Hanya mereka yang telah diperakukan sahaja boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut: - Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A. 8.  SIAPAKAH YANG MENGELUARKAN SIJIL PERAKUAN RADIO AMATUR?Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan. 9.  ADAKAH SAYA PERLU MEMBAYAR YURAN?Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B yurannya adalah RM24 setahun. 10.  APAKAH YANG PERLU SAYA PELAJARI SEBAGAI PERMULAAN?Anda boleh memulakan pelajaran dengan mempelajari fonetiks abjad dan Q Code yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia! 

International Phonetic - Alphabet and Figure Code Letter to be transmitted

Code word to be used

Spoken as*

A Alfa AL FAH

B Bravo BRAH VOH

C Charlie CHAR LEE or SHAR LEE

D Delta DELL TAH

E Echo ECK OH

F Foxtrot FOKS TROT

G Golf GOLF

H Hotel HOH TELL

I India IN DEE AH

J Julieett JEW LEE ETT

K Kilo KEY LOH

L Lima LEE MAH

M Mike MIKE

N November NO VEM BER

O Oscar OSS CAH

P Papa PAH PAH

Q Quebec KEH BECK

R Romeo ROW ME OH

S Sierra SEE AIR RAH

T Tango TANG GO

U Uniform YOU NEE FORM or OO NEE FORM

V Victor VIK TAH

W Whiskey WISS KEY

X X-Ray ECKS RAY

Y Yankee YANG KEY

Z Zulu ZOO LOO

 

The International Q Code QRL - Frequency in use/busyQRM

- Interference from other station

QRN - Interference from static/electrical equipmentQRO - High powerQRP - Low powerQRS - Send more slowlyQRT - Closing downQRU - That all from meQRX - StandbyQRZ - Who is calling meQSL - Confirmation ot info/QSO CardQSO - Contact between stationQSY - Change frequencyQTH - Location73 

Bermaksud Salam Mesra; Apabila Operator Radio Amatur selesai berinteraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada

Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.

88 - Bermaksud Ciuman Mesra; Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja.

     

CONTOH-CONTOH ALATAN

PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

1. Menyelamatakan nyawa2. Mengurangkan kesakitan

3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk

4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas: 1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga,

terutamanya pernafasan pesakit itu

3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya

sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas: Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna . 

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa

atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]

Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]

Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]

Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas

Luka/Pendarahan

1.    Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku] 2.    Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 3.    Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 4.    Tenangkan mangsa. 5.    Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan

Tanda-tanda:

maklumat dari mangsa mangsa sakit dengan tiba-tiba

kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir

anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti. 

Rawatan: 1.    Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan.  JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2.    Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3.    Segera hubungi hospital 4.    Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

Terkejut

Tanda-tanda:

badan berpeluh pucat

rasa nak pengsan

resah

nafas kerap tapi tipis

kadar nadi bertambah tapi lemah 

Rawatan

Baringkan mangsa Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga

Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'

Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan

Selimutkan jika suhu badan menurun

Segera hantar ke hospital

Terbakar

Klasifikasi terbakar 1.    First Degree - dipermukaan kulit sahaja         a. Kemerah-merahan atau hilang warna         b. bengkak sedikit dan rasa sakit         c. cepat sembuh

2.    Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf         a. merah         b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]         c. bengkak yang nyata [beberapa hari]         d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3.    Third Degree         a. kerosakan tisu lebih dalam         b. kemusnahan pada lapisan kulit luar         c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Important!!!!  Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital

Rawatan

Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih

baringkan mangsa

jangan gerakkan bahagian yang terbakar

beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar

hantar segera ke hospital

 Melecur

Rawatan

sejukkan dengan air sejuk jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab,

tanggalkan pakaian

rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik

putuskan hubungan elektrik periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika

pernafasan mangsa terhenti

rawat bagi terbakar jika ada

Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

Rawatan:   RICE

Rehatkan kawasan yang cedera [Rest] Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat

cedera [Ice]

Balut tempat yang cedera [Compression]

Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]

Hantar ke hospital

Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat.  Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan:   RICE

Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.  Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang.  Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.  Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

Rawatan: 1.    Berikan rawatan renjatan. 2.    Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang

terkeluar itu ke tempat asal. 3.    Jangan lakukan banyak pergerakan. 4.    Balut dengan  padding atau anduh di tempat yang cedera. 5.     Hantar segera ke hospital

Peralatan dalam kotak pertolongan cemas

PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN

Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.

Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam hutan.

Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.

Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain. Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang atau kapal di laut.

UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP

Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:

Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.