persepsi pelajar terhadap mata pelajaran reka cipta … · bab ii sorotan kajian 2.1 pengenalan 15...

22
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DAERAH KOTA SETAR, KEDAH. MOHD. HANAPIAH BIN AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 25-Sep-2019

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA

DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK

DAERAH KOTA SETAR, KEDAH.

MOHD. HANAPIAH BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan
Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan
Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

ii

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA

DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK

DAERAH KOTA SETAR, KEDAH.

MOHD. HANAPIAH BIN AHMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendididkan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan
Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

iv

DEDIKASI

Buat Isteri Tercinta,

Terima kasih di atas pengorbananmu, kesetiaan, kasih sayang, serta doronganmu yang

tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan semangatku dalam

mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.

Buat Emak Dan Ayah Tersayang,

Doa, kasih sayang dan penghormatanmu hanya Allah S.W.T. yang mampu

membalasnya.

Cahaya Mataku,

Nur Alia Athirah,

Pengorbanan ayah adalah untukmu dan jadikanlah sebagai perangsang untukmu

mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Seluruh Ahli Keluarga Dan Sahabat-Sahabatku,

Terima kasih di atas perhatian kalian.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

v

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNYA, maka

kajian ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.

Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada pensyarah penyelia iaitu Encik Mohd Mohsin Bin Uzir di atas segala

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang

telah diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan

kajian ini. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea yang bernas.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pegawai JPN Kedah, semua

pengetua, guru-guru dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Reka

Cipta di sekolah menengah akademik, Daerah Kota Setar, Kedah. Kajian ini telah

dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta di sekolah

menengah akademik, Daerah Kota Setar, Kedah. Responden kajian ini adalah seramai 48

orang pelajar tingkatan empat. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS) versi 11.0 untuk

mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian mendapati faktor kemahiran

memberikan pengaruh yang tinggi dalam persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Reka

Cipta. Di samping itu, terdapat juga beberapa masalah yang timbul semasa membuat dan

menyediakan projek reka cipta. Antaranya ialah ruang bengkel yang padat dan mesin-

mesin mengalami kerosakan semasa kerja amali Reka Cipta dijalankan. Beberapa

cadangan telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak pengurusan

sekolah dan ibu bapa dan pelajar untuk dimanafaat oleh semua pihak. Secara langsung

atau tidak langsung, hasil dapatan kajian penyelidik ini boleh membantu untuk kajian

lanjutan.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

vii

ABSTRACT

This research is carried out to look at the perception of the secondary academic

school students to Reka Cipta subject within Kota Setar District. The research was done

among students who have taken Reka Cipta subject in secondary academic school within

Kota Setar District, Kedah. 48 form four students were taken as the respondents. Data

collected was analyzed using Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS)

version 11.0 software is based on frequency, percentage and mean. The obtain data

shows that skill factor are high dominant in students perception student to Reka Cipta

subject. Beside that, few problems occurred during completing the invention project.

Among the problems are crowded workshops and machines were not working while the

practical subject has been taught. Suggestions are made to Kementerian Pendidikan

Malaysia, schools, parents, students and all parties involved. Lastly the finding of this

research can be a reference for advanced research in the same area.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

ix

1.6 Rasional Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop Kajian Dan Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.10 Penutup 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kemahiran 16

2.3 Pengetahuan 16

2.4 Minat 18

2.5 Permasalahan 19

2.6 Pelaksanaan Mata Pelajaran Reka Cipta 21

2.7 Penutup 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Reka Bentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Prosedur Kajian 31

3.7 Kajian Rintis 32

3.8 Analisis Data 32

3.9 Penutup 35

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

x

BAB IV ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Bahagian A 37

4.3 Rumusan Bahagian A 39

4.4 Analisis Bahagian B 40

4.5 Penutup 55

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan Kajian 56

5.3 Rumusan Kajian 64

5.4 Cadangan-Cadangan 67

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 69

5.6 Penutup 70

BIBLIOGRAFI 71

LAMPIRAN

Lampiran A – F

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.1 Analisis pencapaian keputusan peperiksaan Sijil 4

Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Reka Cipta

di sekolah-sekolah menengah akademik Daerah Kota Setar,

Kedah, bagi tahun 2001 dan 2002

Jadual 2.1 Reka Cipta dalam mata pelajaran elektif sekolah 23

menengah atas

Jadual 3.1 Jumlah pelajar tingkatan empat dan nama sekolah 27

yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta

di Daerah Kota Setar, bagi tahun 2003

Jadual 3.2 Jadual Skala Likert 29

Jadual 3.3 Pemeringkatan Skala Likert 30

Jadual 3.4 Hubungan persoalan kajian dengan bilangan item 30

di dalam soal selidik

Jadual 3.5 Perubahan markat dan skala 34

Jadual 3.6 Markat skala penyelidik 34

Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina 37

Jadual 4.2 Taburan responden mengikut bangsa 37

Jadual 4.3 Taburan responden mengikut aliran 38

Jadual 4.4 Taburan responden mengikut keputusan Kemahiran 38

Hidup Bersepadu dalam PMR

Jadual 4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa/penjaga 39

Jadual 4.6 Analisis faktor kemahiran 43

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

xii

Jadual 4.7 Analisis faktor pengetahuan 46

Jadual 4.8 Analisis faktor minat 49

Jadual 4.9 Analisis faktor permasalahan 52

Jadual 5.1 Kedudukan persoalan kajian mengikut min yang tertinggi 66

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

xiii

SENARAI SINGKATAN

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

SPSS - Statistical Packages For The Social Sciences

CAD - Computer-aided Drafting and Design

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran BPPDP

C Surat Kebenaran JPN

D Surat Akuan Pelajar

E Analisis Data Kajian Rintis

F Jadual Populasi Krejcie & Morgan

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada 28 Februari 1991, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah

mengishtiharkan Wawasan Negara iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara industri

penuh pada tahun 2020. Wawasan 2020 adalah merupakan matlamat baru bagi

menentukan jangkaan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Bagi

mencapai matlamat ini, usaha-usaha perlu dipertingkatkan dalam bidang sains dan

teknologi. Malaysia tidak sepatutnya hanya menjadi pengimport teknologi dari negara-

negara luar tetapi perlu menjadi penyumbang kepada dunia teknologi (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 1996). Ciri-ciri tersendiri bukan sahaja dari segi penyelarasan dan

peningkatan dalam guna tenaga, eksport dan pendapatan tetapi juga dari segi mortaliti

personaliti dan kepercayaan penduduknya.

Bagi menjawab cabaran yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri, Dasar Pembangunan Negara telah dirancang rapi demi untuk memperkukuhkan

apa yang mahu dicapai bagi jangka masa sepuluh tahun sebagaimana yang diungkapkan

oleh Abu Bakar (1995):

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

2

Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan

dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan

keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategi dan berasaskan ilmu serta

memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu

ekonomi perindustrian yang moden (hlm-248).

Reka Cipta adalah komponen baru yang diperkenalkan dalam kurikulum

Kemahiran Hidup sekolah rendah, menengah rendah serta elektif baru untuk sekolah

menengah atas. Mata pelajaran ini mula dilaksanakan di semua sekolah rendah dan

menengah rendah serta beberapa buah sekolah menengah atas terpilih mulai pada tahun

1996 setelah dilaksanakan secara percubaan pada tahun 1995. Komponen ini

diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, inovatif dan

inventif dalam pengeluaran sesuatu produk teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1996).

Mata pelajaran Reka Cipta merupakan satu mata pelajaran elektif di sekolah

menengah atas yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid.

Reka Cipta digubal dengan hasrat membentuk minda yang kreatif, inovatif dan inventif

sebagai persediaan tenaga pekerja yang bermaklumat dan berketrampilan dalam

menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di alaf baru (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2002).

Reka Cipta berdasarkan kepada gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu minda,

kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan pencetusan idea

bermula daripada minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan dalam bentuk lakaran.

Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke dalam bentuk model atau

prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seseorang pereka cipta juga penting dalam

memantap dan memberi nilai tambah kepada produk yang direka cipta (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2002).

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

3

Reka Cipta ialah penghasilan sesuatu produk atau barang baru atau

pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada untuk memenuhi kehendak pengguna

masa kini dan akan datang. Projek yang dihasilkan adalah daripada idea tersendiri yang

diubahsuai daripada idea orang lain (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1996). Daripada

pengertian ini, perkataan penghasilan dan pengubahsuaian sesuatu produk merupakan

teras kepada pengertian reka cipta. Kedua-dua unsur tersebut merupakan asas kepada

kefahaman mengenai reka cipta. Seseorang itu mereka cipta ialah untuk menghasilkan

atau mengubahsuai sesuatu barang atau produk yang baru.

Produk ini mestilah bersifat inovatif dan bernilai komersial yang harus

diilhamkan daripada idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru. Melalui

proses reka cipta pengalaman sedia ada, kemahiran teknologi pembuatan dan reka

bentuk yang diperoleh, sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing merupakan

potensi yang baik dalam pembentukan diri murid sebagai seorang pereka. Pengetahuan

tentang harta intelek termasuk paten dan strategi pemasaran membolehkan murid

bersedia menghasilkan produk bagi tujuan tersebut (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2002).

Menurut Kamarudzaman (1994), bagi mencapai status sebagai sebuah negara

pembuat baru di rantau ini yang mampu mengeksport hasil pembuatan negara ke pasaran

antarabangsa, negara kita Malaysia memerlukan lebih ramai lagi pakar mereka cipta atau

pereka yang terdidik daripada golongan muda. Mata pelajaran Reka Cipta ini akan

memberi pendedahan dan peluang untuk menyediakan diri para pelajar bagi menyahut

cabaran Wawasan 2020. Menurut Kamarudzaman (1994), berdasarkan Wawasan 2020

juga menunjukkan betapa pentingnya mata pelajaran Reka Cipta kerana mata pelajaran

ini adalah cabaran untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat

mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan ke depan yang bukan sahaja

menjadi penggunaan teknologi tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik

dan teknologi masa depan.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Kurikulum Sukatan Pelajaran Reka Cipta (KBSM), merangkumi Reka Bentuk,

Teknologi Pembuatan, Strategi Pemasaran, Harta Intelek dan Pendokumentasian.

Kurikulum ini melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh

menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui

penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada negara (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2002).

Jadual 1.1 : Analisis pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

bagi mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah menengah akademik

Daerah Kota Setar, Kedah, bagi tahun 2001 dan 2002

Jumlah calon mendapat pangkat Tahun Bil.

calon

1 2 3 4 5 6 7 8 9 T

H

Jumlah

lulus

%

lulus

2001 50 8 6 8 16 4 8 0 0 0 0 50

% 16 12 16 32 8 16 0 0 0 0 100

2002 70 4 13 12 12 15 6 4 3 1 0 69

% 5.7 18.6 17.1 17.1 21.5 8.6 5.7 4.3 1.4 0 98.6

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Unit Penilaian & Peperiksaan (2003).

Berpandukan Jadual 1.1 di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat kemerosotan

keputusan mata pelajaran Reka Cipta bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sekolah

menengah akademik Daerah Kota Setar pada tahun 2002 berbanding pada tahun 2001.

Pada tahun 2001 kelulusan Reka Cipta SPM adalah 100% tetapi keputusan ini menurun

pada tahun 2002 kepada 98.6%. Ini menunjukkan bahawa keputusan mata pelajaran

Reka Cipta SPM pada tahun 2002 mengalami kemerosotan.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

5

Berdasarkan jadual di atas, terdapat seorang pelajar yang gagal dan tujuh pelajar

yang lulus sahaja dalam mata pelajaran Reka Cipta untuk SPM tahun 2002, bagi tiga

buah sekolah menengah akademik di Daerah Kota Setar, Kedah. Ini menunjukkan

bahawa masih lagi terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam mempelajari subjek

Reka Cipta. Jadi, satu tinjauan perlu dilakukan untuk melihat persepsi pelajar semasa

mempelajari mata pelajaran Reka Cipta.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dibincangkan, maka

pengkaji merasakan perlunya satu kajian dijalankan bagi meninjau Persepsi Pelajar

Terhadap Mata Pelajaran Reka Cipta Di Sekolah-Sekolah Menengah Akademik, Daerah

Kota Setar, Kedah. Kajian ini melibatkan empat faktor utama iaitu kemahiran asas,

pengetahuan asas, minat pelajar terhadap mata pelajaran Reka Cipta dan masalah yang

timbul semasa menyediakan projek reka cipta.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN REKA CIPTA … · BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 15 2.2 Kemahiran 16 2.3 Pengetahuan 16 2.4 Minat 18 2.5 Permasalahan 19 2.6 Pelaksanaan

6

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan latar belakang masalah, matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah

untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, kreatif dan inventif serta boleh

menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa. Objektif

kajian ini dijalankan adalah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti sejauh mana pelajar mempunyai kemahiran asas untuk

menghasilkan projek reka cipta.

1.4.2 Mengenalpasti sejauh mana pelajar mempunyai pengetahuan asas untuk

menghasilkan projek reka cipta.

1.4.3 Mengenalpasti sejauh mana minat pelajar terhadap mata pelajaran Reka

Cipta.

1.4.4 Mengetahui masalah yang timbul semasa membuat dan menyediakan

projek reka cipta.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah semata-mata untuk menjawab beberapa persoalan

berikut:

1.5.1 Adakah pelajar mempunyai asas kemahiran untuk menghasilkan projek

reka cipta?

1.5.2 Adakah pelajar mempunyai asas pengetahuan untuk menghasilkan projek

reka cipta?

1.5.3 Adakah pelajar berminat mempelajari mata pelajaran Reka Cipta?

1.5.4 Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa membuat dan

menyediakan projek reka cipta?