persepsi pelajar di ipt malaysia terhadap · pdf file4 saya suka belajar bahasa arab 4.14 0.75...

14
1 PERSEPSI PELAJAR DI IPT MALAYSIA TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Awatif Abd Rahman Ku Fatahiyah Ku Azizan Hairun Najuwah Jamali Abstrak Pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dalam sistem pendidikan Malaysia memerlukan strategi yang berkesan untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang. Gabungan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terancang oleh pensyarah akan memudahkan pelajar untuk menguasai bahasa tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Instrumen soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data. Sampel kajian terdiri daripada 397 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Bahasa Arab di KUIS, USIM, UNISZA dan Pusat Asasi UIAM. Kursus bahasa Arab ini ditawarkan oleh institut-institut tersebut sama ada secara wajib ataupun elektif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar di IPT terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa 3 kluster utama mendokong persepsi ini adalah pensyarah, pelajar dan institusi. Kata kunci: Persepsi, pengajaran dan pembelajaran 1.0 PENDAHULUAN Bahasa ialah alat komunikasi terbaik antara manusia. Bahasa Arab ialah merupakan satu bahasa yang telah berjaya meletakkan dirinya di dunia antarabangsa selari dengan perkembangan Islam. Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, al-Hadith dan bahasa yang digunakan untuk membukukan segala hasil penulisan pelbagai cabang ilmu pengetahuan pada masa silam mahupun kini. Bahasa Arab merupakan suatu bahasa yang sangat unik serta mempunyai ciri-ciri tersendiri jika hendak dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang lain di dunia. Ia juga merupakan bahasa yang tertua di dunia dan juga tidak pernah sekali pun mengalami sebarang bentuk perubahan atau pengubahsuaian seperti yang berlaku dalam lain-lain bahasa. Pengajaran bahasa Arab telah pun bermula mengiringi perkembangan Islam. Ia diperkenalkan untuk memahami ilmu islam. Pengajarannya mendapat sambutan daripada masyarakat Islam khususnya dalam mempelajari bacaan al-Quran. Perkembangan pengajaran bahasa Arab dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan pengajian Islam di institusi pondok. Bahasa Arab diajar sebagai bahasa utama untuk memahami

Upload: dangliem

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

PERSEPSI PELAJAR DI IPT MALAYSIA TERHADAP PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Awatif Abd Rahman

Ku Fatahiyah Ku Azizan

Hairun Najuwah Jamali

Abstrak

Pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua dalam sistem pendidikan Malaysia memerlukan

strategi yang berkesan untuk menghasilkan pencapaian yang cemerlang. Gabungan teknik

pengajaran dan pembelajaran yang terancang oleh pensyarah akan memudahkan pelajar untuk

menguasai bahasa tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar di Institusi

Pendidikan Tinggi (IPT) terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Instrumen soal

selidik digunakan dalam proses pengumpulan data. Sampel kajian terdiri daripada 397 orang

pelajar yang sedang mengikuti kursus Bahasa Arab di KUIS, USIM, UNISZA dan Pusat Asasi

UIAM. Kursus bahasa Arab ini ditawarkan oleh institut-institut tersebut sama ada secara wajib

ataupun elektif. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa persepsi pelajar di IPT terhadap

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini

menunjukkan bahawa 3 kluster utama mendokong persepsi ini adalah pensyarah, pelajar dan

institusi.

Kata kunci: Persepsi, pengajaran dan pembelajaran

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa ialah alat komunikasi terbaik antara manusia. Bahasa Arab ialah merupakan satu bahasa

yang telah berjaya meletakkan dirinya di dunia antarabangsa selari dengan perkembangan Islam.

Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, al-Hadith dan bahasa yang digunakan untuk membukukan

segala hasil penulisan pelbagai cabang ilmu pengetahuan pada masa silam mahupun kini. Bahasa

Arab merupakan suatu bahasa yang sangat unik serta mempunyai ciri-ciri tersendiri jika hendak

dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang lain di dunia. Ia juga merupakan bahasa yang tertua di

dunia dan juga tidak pernah sekali pun mengalami sebarang bentuk perubahan atau

pengubahsuaian seperti yang berlaku dalam lain-lain bahasa. Pengajaran bahasa Arab telah pun

bermula mengiringi perkembangan Islam. Ia diperkenalkan untuk memahami ilmu islam.

Pengajarannya mendapat sambutan daripada masyarakat Islam khususnya dalam mempelajari

bacaan al-Quran.

Perkembangan pengajaran bahasa Arab dapat dilihat dengan jelas dalam perkembangan

pengajian Islam di institusi pondok. Bahasa Arab diajar sebagai bahasa utama untuk memahami

2

ilmu-ilmu Islam dan juga memahami buku-buku rujukan Islam. Kemudian, bahasa Arab mula

diperkenalkan di sekolah-sekolah agama dan harian biasa. Kini, pengajaran bahasa Arab

menyaksikan perkembangan yang menggalakkan dengan adanya institusi-institusi pengajian

tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus-kursus pengajian Islam dalam bahasa Arab

dan kursus bahasa Arab sama ada untuk mendapatkan ijazah bahasa Arab atau kursus-kursus

untuk kemahiran bahasa seperti kursus elektif bahasa (Rosni, 2009).

Walaupun bahasa Arab sudah lama bertapak di Malaysia dan kini memasuki abad ke 21, namun

pencapaian pelajar dalam subjek ini masih mendukacitakan (Chee Pee, 1991). Rata-rata kajian

yang dijalankan mendapati pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih belum

mampu mencapai matlamat dan objektif yang sebenar (Kamarulzaman et.al, 2002). Menurut Mat

Taib Pa (2006), penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar Melayu amat lemah. Kelemahan

mereka pula lebih ketara berbanding dengan pelajar-pelajar dahulu, walaupun dalam keadaan

buku teks yang lebih baik, kurikulum yang lebih mantap dan guru yang lebih berkelayakan.

Kelemahan ini juga dirasakan semakin hari semakin meningkat.

Isu kelemahan menguasai bahasa Arab dalam kalangan pelajar sentiasa diperdebatkan (Kamarul

Syukri, 2009). Majoriti pelajar yang mengambil bidang pengajian Islam dan bahasa Arab masih

lemah dalam penguasaan bahasa Arab mereka (Muhammad Fauzi, 2010). Ab. Halim (2007) pula

menyatakan bahawa penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar lepasan IPTA yang mengambil

pengkhususan bahasa Arab tidak mencapai tahap kecekapan berbahasa yang baik. Muhamad

Pisol et. al (2005) pula menyatakan kelemahan pelajar IPTA dalam menguasai bahasa Arab

sudah diketahui umum dan amat mendukacitakan. Mereka juga kurang mampu membaca dan

memahami bahasa surat khabar. Selain itu, prestasi pelajar dalam penguasaan bahasa Arab

khususnya tatabahasa Arab didapati semakin merosot. Dalam beberapa kajian yang telah

dijalankan antaranya oleh Abdul Aziz (1998), Che Kamarudin (1999 ) dan Abdul Ghani (1999),

antara dapatan mereka bahawa pelajar yang mempunyai masalah lemah dalam penguasaan

bahasa Arab didapati sangat lemah dalam pengetahuan asas bahasa.

Dalam usaha memantapkan proses pengajaran bahasa, terlebih dahulu seorang pengajar bahasa

harus mengenal pasti setiap isu dan permasalahan yang sering timbul sama ada yang berkaitan

dengan bahasa yang diajar, situasi pembelajaran, isu yang berkaitan dengan pihak pelajar

ataupun pihak pengajar sendiri (Abdul Rahim & Naimah 2004). Keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran diukur dengan sejauh mana pencapaian pelajar terbabit. Ini kerana mereka

adalah sasaran P&P. Keberkesanannya terletak kepada perubahan positif pelajar terhadap subjek

yang dipelajari (Al-Muslim & Zamri Arifin, 2012).

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Bahasa Arab kini telah mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Pengajian bahasa Arab

telah sekian lama dilaksanakan di Malaysia serentak dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu

ketika itu. Pengajian bahasa Arab telah pun berlangsung sejak kedatangan Islam di rantau ini

iaitu pada abad kedua belas. Pengajaran dan pembelajaran merupakan proses interaksi yang

3

berlaku antara tiga komponen penting iaitu guru, murid dan isi pelajaran dalam bilik darjah.

Ketiga-tiga komponen tersebut berhubungan antara satu sama lain melalui kaedah. Pengajaran

bahasa merujuk kepada proses penyampaian isi pelajaran tentang kebahasaan oleh guru kepada

pelajar-pelajarnya. Pembelajaran bahasa pula merupakan perubahan tingkahlaku pelajar tentang

kebahasaan hasil daripada penglibatan mereka dalam proses pengajaran yang berlansung di bilik

darjah (Atan, 1980).

Kajian yang dijalankan oleh Rusniza (1998) mendapati bahawa kebanyakan pelajar tidak

mengambil berat terhadap bahasa Arab kerana mereka merasakan ianya tidak penting setelah

mereka tamat belajar nanti. Bahkan pada pandangan mereka bahasa Arab ini tiada nilai ekonomi

pada mereka dan tidak akan menjejaskan kehidupan mereka kelak. Terdapat juga pelajar yang

beranggapan bahawa bahasa Arab itu susah. Mereka sematkan di dalam pemikiran mereka

bahawa ianya susah untuk dipelajari dan difahami.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar di institusi pengajian tinggi di

Malaysia terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

4.0 METODOLOGI

Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti persepsi pelajar di Institut

Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Soal

selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A ialah untuk mengetahui latar belakang pelajar

manakala bahagian B pula mengandungi 32 item mengenai persepsi pelajar mengenai bahasa

Arab. Skala lima likert digunakan di dalam soal selidik ini. Lima skala yang digunakan ialah: [1]

Sangat Tidak Setuju (STS); [2] Kurang Setuju (KS); [3] Tidak Pasti (TP); [4] Setuju (S); [5]

Sangat Setuju (SS).Sampel kajian ini menggunakan pensampelan rawak mudah. Seramai 397

orang pelajar yang sedang mengikuti kursus Bahasa Arab di KUIS, USIM, UNISZA dan Pusat

Asasi UIAM terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan min,

frekuensi dan peratusan.

5.0 KAJIAN RINTIS

Soal selidik terlebih dahulu melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan. Kajian rintis telah

dijalankan terhadap 30 orang pelajar yang mengambil subjek bahasa Arab di Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan mendapati instrumen kajian ini mendapat nilai alpha

cronbach 0.8. Menurut Mohd Majid (2005), nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering

digunakan sebagai indeks kebolehpercayaan dalam sesuatu penyelidikan. Pendapat ini

menyokong kenyataan Sekaran (2000) bahawa nilai Cronbach Alpha antara 0.6 hingga 0.8

dianggap pada tahap kebolehpercayaan yang baik, manakala nilai kebolehpercayaan Cronbach

4

Alpha kurang daripada 0.6 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima. Nilai Cronbach

Alpha yang terlalu tinggi pula berkemungkinan item soalan adalah serupa atau bertindih antara

satu sama lain (Chua 2006).

6.0 DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan jumlah pelajar mengikut institusi pengajian tinggi masing-masing. Jumlah

keseluruhan responden ialah 397 orang. Seramai 100 (25%) orang responden ialah pelajar KUIS,

85 (21%) orang ialah pelajar UNISZA, 99 (25%) orang pelajar USIM dan 113 (29%) ialah

pelajar UIAM.

Jadual 1 Institusi Pengajian Tinggi

IPT Frekuensi Peratusan

KUIS 100 25

UNISZA 85 21

USIM 99 25

Pusat Asasi UIAM 113 29

Jadual 2 menunjukkan jantina responden. Seramai 134 (34%) orang responden ialah pelajar

lelaki manakala 263 (66%) orang ialah pelajar perempuan.

Jadual 2 Jantina

Jantina Frekuensi Peratusan

Lelaki 134 34

Perempuan 263 66

Jadual 3 menunjukkan tahun pengajian responden. Seramai 282 (71%) orang responden ialah

pelajar tahun satu, 16 (4%) orang ialah pelajar tahun dua, 93 (23%) orang ialah pelajar tahun tiga

dan 6 (2%) ialah pelajar tahun empat.

5

Jadual 3 Tahun Pengajian

Tahun Pengajian Frekuensi Peratusan

Tahun 1 282 71

Tahun 2 16 4

Tahun 3 93 23

Tahun 4 6 2

Terdapat 5 tahap skor min yang telah ditetapkan bagi semua item yang dikaji berdasarkan skor

min iaitu 1.00 hingga 1.80 berada pada tahap sangat rendah, 1.81 hingga 2.60 berada pada tahap

rendah, 2.61 hingga 3.40 berada pada tahap sederhana, 3.41 hingga 4.20 berada pada tahap tinggi

dan 4.21 hingga 5.00 berada pada tahap sangat tinggi. Jadual 4 menunjukkan interpretasi kepada

tahap skor min tersebut.

Jadual 4 Interpretasi Julat Skor Min

Julat Tahap Skor Min

1.00 – 1.80 Sangat Rendah

1.81 – 2.60 Rendah

2.61 – 3.40 Sederhana

3.41 – 4.20 Tinggi

4.21 – 5.00 Sangat Tinggi

Jadual 5 menunjukkan dapatan keseluruhan kajian daripada persepsi pelajar. Ia mengandungi

min, sisihan piawai, peratusan, kekerapan dan interpretasi min persepsi pelajar terhadap

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Item yang

mendapat tahap yang tinggi ialah item no 1 (min=3.96, sp=0.68), item no 2 (min=4.02, sp=0.71),

item no 3 (min=4.18, sp=0.61), item no 4 (min=4.14, sp=0.75), item no 6 (min=3.47, sp=0.74),

item no 7 (min=3.51, sp=1.03), item no 8 (min=4.46, sp=0.66), item no 10 (min=3.43, sp=1.09),

item no 12 (min=3.55, sp=0.98), item no 15 (min=3.91, sp=1.04), item no16(min=4.08,

sp=0.78), item no 18 (min=3.86, sp=0.62), item no 21 (min=3.70, sp 1.11), item no 22

(min=3.49, sp=0.84), item no 24 (min=3.66, sp=0.97), item no 25 (min=4.05, sp=0.98), item 26

(min=3.59, sp=1.16), item no 27 (min=3.58, sp=1.20) dan item no 28 (min=3.73, sp=1.02).

6

Item yang mendapat interpretasi tahap sangat tinggi pula ialah item no 5 (min=4.21, sp=0.67),

item no 9 (min=4.50, sp=0.65), item no 19 (min=4.26, sp=1.03), item no 29 (min=4.48,

sp=0.70), item no 30 (min=4.36, sp=0.72) dan item no 31 (min=4.43, sp=0.82). Manakala item

yang mendapat interpretasi tahap sederhana ialah item “Saya berasa tidak tertekan bila belajar

bahasa Arab” iaitu (min=3.36, sp=1.09), “Jumlah pelajar di dalam kelas bahasa Arab yang

ramai tidak mengganggu pelaksanaan pembelajaran bahasa Arab” iaitu (min=3.18, sp=1.26),

“Institusi tidak memandang ringan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab” iaitu

(min=3.29, sp=1.24), “Saya merasakan bahasa Arab adalah mata pelajaran yang tidak sukar”

iaitu (min=2.94, sp=1.05), “Saya berasa tidak seronok bila kelas bahasa Arab dibatalkan” iaitu

(min=3.27, sp=1.25), “Saya terlibat secara aktif dalam pembelajaran bahasa Arab” iaitu

(min=3.23, sp=0.89) dan item “Saya suka kelas tambahan/ganti bahasa Arab” iaitu (min=3.22,

sp=1.04).

Jadual 5 Kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan tahap persepsi pelajar terhadap

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab

No ITEM MIN SISIHAN

PIAWAI TAHAP

1 Pengajaran bahasa

Arab sesuai dengan

kemampuan saya

3.96 0.68 Tinggi

2 Pengajaran bahasa

Arab dapat

meningkatkan

kemampuan saya

menggunakan

bahasa Arab dalam

kehidupan seharian

4.02 0.71 Tinggi

3 Pengajaran bahasa

Arab dapat

menambahkan

penguasaan

perbendaharaan kata

bahasa Arab saya

4.18 0.61 Tinggi

4 Saya suka belajar

bahasa Arab 4.14 0.75 Tinggi

5 Saya berusaha untuk

menguasai bahasa

Arab

4.21 0.67 Sangat

Tinggi

7

6 Saya sentiasa

membuat rujukan

untuk meningkatkan

mutu penguasaan

bahasa Arab

3.47 0.74 Tinggi

7 Saya menghadapi

masalah dalam

pembelajaran bahasa

Arab

3.51 1.03 Tinggi

8 Pensyarah saya

sentiasa memberi

galakan untuk

mempelajari bahasa

Arab

4.46 0.66 Tinggi

9 Pensyarah saya

memberi dorongan

kepada semua

pelajar untuk belajar

bahasa Arab

4.50 0.65 Sangat

Tinggi

10 Kadangkala saya

berasa kurang

bersemangat untuk

belajar bahasa Arab

3.43 1.09 Tinggi

11 Saya berasa tidak

tertekan bila belajar

bahasa Arab

3.36 1.09 Sederhana

12 Peruntukan masa

belajar bahasa Arab

mencukupi

3.55 0.98 Tinggi

13 Jumlah pelajar di

dalam kelas bahasa

Arab yang ramai

tidak mengganggu

pelaksanaan

pembelajaran bahasa

Arab

3.18 1.26 Sederhana

8

14 Institusi tidak

memandang ringan

pengajaran dan

pembelajaran bahasa

Arab

3.29 1.24 Sederhana

15 Saya berminat

terhadap mata

pelajaran bahasa

Arab

3.91 1.04 Tinggi

16 Saya berminat untuk

bertutur bahasa Arab 4.08 0.78 Tinggi

17 Saya merasakan

bahasa Arab adalah

mata pelajaran yang

tidak sukar

2.94 1.05 Sederhana

18 Saya berusaha untuk

mengulangkaji

pelajaran bahasa

Arab

3.86 0.62 Tinggi

19 Saya tidak akan

mencari alasan

untuk tidak hadir ke

kelas bahasa Arab

4.26 1.03 Sangat

Tinggi

20 Saya berasa tidak

seronok bila kelas

bahasa Arab

dibatalkan

3.27 1.25 Sederhana

21 Saya memilih

sendiri untuk

mengambil mata

pelajaran bahasa

Arab

3.70 1.11 Tinggi

22 Saya suka bertanya

berkaitan mata

pelajaran bahasa

Arab

3.49 0.84 Tinggi

9

23 Saya terlibat secara

aktif dalam

pembelajaran bahasa

Arab

3.23 0.89 Sederhana

24 Saya tidak berasa

bosan ketika

pengajaran bahasa

Arab

3.66 0.97 Tinggi

25 Pembelajaran bahasa

Arab tidak

mengganggu

tumpuan saya

terhadap mata

pelajaran lain

4.05 0.98 Tinggi

26 Saya tidak mudah

putus asa dalam

pembelajaran bahasa

Arab

3.59 1.16 Tinggi

27 Saya belajar bahasa

Arab bukan sekadar

untuk lulus

peperiksaan sahaja

3.58 1.20 Tinggi

28 Saya mengetahui

kepentingan bahasa

Arab di peringkat

global

3.73 1.02 Tinggi

29 Saya tahu

kepentingan bahasa

Arab untuk

memahami ajaran

Islam

4.48 0.70 Sangat

Tinggi

30 Saya berasa bangga

apabila mempelajari

bahasa Arab

4.36 0.72 Sangat

Tinggi

31 Saya berasa

mempelajari bahasa 4.43 0.82

Sangat

Tinggi

10

Arab tidak

merugikan masa

saya

32 Saya suka kelas

tambahan/ganti

bahasa Arab

3.22 1.04 Sederhana

Min Keseluruhan 3.78 0.40 Tinggi

7.0 PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian ini mendapati bahawa persepsi pelajar di institusi pengajian tinggi Malaysia

terhadap bahasa Arab dikalangan pelajar adalah berada pada tahap kedudukan yang tinggi. Hal

ini merujuk kepada dapatan kajian iaitu terdapat 6 item berada pada tahap sangat tinggi. Iaitu

item no 9 dengan min 4.50 iaitu pensyarah saya memberi dorongan kepada semua pelajar untuk

belajar bahasa Arab. Ini membuktikan pelajar mempunyai persepsi yang optimis terhadap

pensyarah dalam proses p&p bahasa Arab. Peranan pensyarah terhadap membina kepercayaan

dan minat terhadap bahasa Arab perlu diletakkan sebagai penanda aras penting dalam p&p

bahasa Arab. Manakala item no 29,30 & 31 menunjukkan respon positif pelajar dalam

mempelajari bahasa Arab di mana pelajar tahu kepentingan bahasa Arab untuk memahami ajaran

Islam, pelajar merasa bangga mempelajari bahasa Arab dan tidak merugikan masa mereka.

Justeru, jika pelajar tahu secara jelas antara tujuan mempelajari bahasa Arab adalah untuk

memahami ajaran Islam, pelajar akan lebih fokus terhadap p&p bahasa Arab.

Manakala item yang berada pada tahap tinggi adalah item no. 8 iaitu pensyarah saya sentiasa

memberi galakan untuk mempelajari bahasa Arab dengan min 4.46. Jelas, persepsi optimis

pelajar terhadap pensyarah masih memberi impak positif dalam membina keyakinan pelajar

terhadap p&p bahasa Arab. Antara impak positif yang dapat memberikan hasil kepada pelajar

adalah melalui pengajaran bahasa Arab ini, ia dapat menambahkan penguasaan perbendaharaan

kata bahasa Arab. Bukti ini dapat dilihat daripada item no. 3 yang berada pada tahap tinggi

dengan nilai min 4.18.

Walaubagaimanapun, item yang berada pada tahap sederhana iaitu item no. 11, 13, 14, 17, 20,

23& 32 adalah item yang secara umumnya menyentuh tentang hal-hal sampingan semasa proses

p&p bahasa Arab berjalan dan tidak memberi impak besar kepada persepsi pelajar terhadap p&p

bahasa Arab. Antaranya, situasi di dalam kelas dan faktor dalaman pelajar ketika p&p berjalan.

Namun, ianya perlu dibuat penambahbaikan dan pemerhatian yang terperinci untuk memastikan

perkara ini dapat diatasi.

Melalui persepsi mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berkemungkinan

dipengaruhi oleh motivasi dalaman yang tinggi untuk mempelajari bahasa Arab dengan

11

bersungguh-sungguh. Hal ini disokong oleh kajian-kajian lepas yang berkaitan menunjukkan

bahawa motivasi pelajar merupakan salah satu pemboleh ubah yang dapat mempengaruhi tahap

pencapaian pelajar, kerana motivasi dapat mempengaruhi apa, mana dan bagaimana kita belajar.

Motivasi bukan sahaja mempengaruhi hasil tetapi apa yang dilakukan dan dipelajari juga

mempengaruhi motivasi selanjutnya. Berdasarkan kajian Mohd Fadzli Ismail (2012 ) mengenai

antara faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam p&p bahasa Arab selain

faktor guru,pelajar dan buku teks, wujudnya peranan faktor lain dalam menentukan pencapaian

akademik pelajar seperti faktor motivasi dan gaya pembelajaran.

Mereka mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari bahasa Arab walaupun terdapat juga

kajian-kajian lepas yang menyatakan bahawa prestasi pelajar-pelajar yang mengambil bahasa

Arab agak lemah. Mat Taib Pa (2006), penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar Melayu amat

lemah. Kelemahan mereka pula lebih ketara berbanding dengan pelajar-pelajar dahulu, walaupun

dalam keadaan buku teks yang lebih baik, kurikulum yang lebih mantap dan guru yang lebih

berkelayakan. Kelemahan ini juga dirasakan semakin hari semakin meningkat. Ab. Halim (2007)

pula menyatakan bahawa penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar lepasan IPTA yang

mengambil pengkhususan bahasa Arab tidak mencapai tahap kecekapan berbahasa yang baik.

Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak semata-mata

menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan

dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran

dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan

kepada pelajarnya dengan BBM yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke

arah pembelajaran yang lebih bermakna (Abdul Rahim & Hayazi, 2010).

Kurikulum semasa bahasa Arab perlu dilihat supaya dapat membekalkan pelajar dengan ilmu

pengetahuan tinggi dan keperluan semasa. P&P perlu mengikut keperluan semasa bagi menjamin

objektif pendidikan tercapai. Pelajar perlu mempunyai motivasi, strategi dan daya saing yang

tinggi. Guru perlu berkompetensi tinggi. Pengurusan perlu kepada kreatif dan inovasi.

Kemudahan prasarana yang kondusif perlu bagi menjamin kelancaran proses P&P. Di samping

itu aktiviti kokurikulum perlu bagi membina shahsiah dan jati diri pelajar terutama dalam

meningkatkan kemahiran berbahasa Arab (Rosni, 2012)

8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian, persepsi pelajar di IPT Malaysia terhadap pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu, pelajar-pelajar perlu

diberi sokongan dari semasa ke semasa demi memastikan ianya sentiasa pada tahap tinggi.

Dengan itu, pencapaian pelajar-pelajar dalam bahasa Arab dapat ditingkatkan lagi. Ini adalah

berdasarkan kajian yang menunjukkan wujudnya hubungan antara persepsi pelajar-pelajar

terhadap bahasa Arab dengan pencapaian mereka. Kegagalan pelajar-pelajar di IPT Malaysia

dalam mempraktikkan bahasa Arab dengan baik boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk

menguasai bahasa ini.

12

Walaupun dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar berminat mempelajari bahasa Arab,

tetapi masih banyak dalam kalangan para pelajar yang tidak menguasai bahasa Arab yang betul.

Minat tersebut perlu dipupuk dengan persediaan ke arah pembelajaran yang lebih berkesan.

Pendekatan serta pendedahan yang berbagai-bagai menjadi elemen penting dalam usaha menarik

pelajar agar lebih berminat dan merasa seronok untuk mempelajari bahasa Arab. Pihak yang

terlibat secara langsung dalam bidang ini perlu lebih peka terhadap perubahan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ini. Metodologi dan pendekatan pengajaran yang

menarik harus difikirkan oleh pensyarah bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab dalam kalangan pelajar yang berpencapaian rendah. Pelajar lemah digalakkan menghadiri

kelas tambahan dan aktiviti pemulihan dan pengayaan harus dilakukan.

Sebagai kesimpulan, penyelidik mempunyai pandangan yang optimis terhadap persepsi pelajar di

IPT Malaysia terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Ia dapat dibahagikan kepada 3

kluster utama iaitu pensyarah, pelajar dan institusi yang mendokong pelaksanaan p&p bahasa

Arab di Malaysia. Pensyarah yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bahasa Arab dan

ditambah dengan disiplin ilmu yang pelbagai merentas bidang sebagai nilai tambah akademia.

Tambahan pula dapat mengadaptasi kebolehan pelajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan

bahasa pelajar serta memenuhi kehendak pelajar dan tuntutan semasa. Antaranya penggunaan

web dan multimedia dalam p&p bahasa Arab, bahasa Arab interaktif melalui aplikasi jaringan

internet yang pelbagai antaranya edmodo, blendspace, camtasia studio, powtoon, sparkol dan

pelbagai lagi bentuk pembelajaran interaktif. Walaubagimanapun, aplikasi pengajaran interaktif

ini perlu kembali kepada objektif umum dan khusus p&p bahasa Arab di samping menghasilkan

pelajar yang lebih fokus dan minat terhadap bahasa Arab.

Pernyataan ini disokong oleh Mansoer Pateda (1990) yang menyatakan bahawa sikap merupakan

aplikasi daripada minat seseorang terhadap sesuatu. Ia juga merupakan faktor dalaman yang

mempengaruhi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa. Oleh itu jelas di sini membuktikan

usaha adalah sebahagian daripada sikap positif dalam mencapai permeolehan bahasa dengan

baik. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran bahasa Arab boleh mendorong pelajar

untuk meminati bahasa Arab. Menurut Saini & Maryamah Barbish (2011) dalam kajian

permasalahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di UMS melaporkan bahawa 82%

daripada sampel kajiannya meminati pembelajaran bahasa Arab.

Peranan pensyarah juga mempengaruhi motivasi pelajar dalam permeolehan dan pemelajaran

bahasa. Sebagaimana merujuk kepada Zamri Mahamod (2004) yang mengatakan bahawa guru-

guru memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam

pembelajaran dan permeolehan bahasa pelajar terutamanya bahasa kedua kerana terdapat

hubungan antara pencapaian akademik pelajar dengan sikap guru. Faktor tenaga pengajar juga

memainkan peranan penting malah mereka menjadi faktor kejayaan pembelajaran bahasa di

dalam kelas (Abdul Aziz, 2000: Lee et al.2009). Faktor tenaga pengajar boleh dilihat dari tiga

sudut iaitu; pertamanya kemahiran guru dalam mengajar bahasa, kedua; kemahiran guru dalam

menguasai selok belok bahasa yang diajar dan ketiga; personaliti guru bahasa ( AbdulAziz

2000).

13

Sokongan institusi dalam sama-sama membantu kelancaran p&p bahasa Arab juga adalah satu

usaha positif dalam pemantapan dan pembangunan p&p bahasa Arab . Hal ini melalui sokongan

komuniti bahasa sasaran juga adalah penting dalam membantu seseorang pelajar itu mempelajari

dan menguasai bahasa kedua dengan baik. Sokongan yang dimaksudkan adalah kesediaan untuk

berinteraksi dalam bahasa sasaran pelajar dan bersedia memberi tunjuk ajar. (Zamri Mahamod

(2007).

9.0 RUJUKAN

Ab. Halim Mohamad. 2007. Masalah Komunikasi Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Bacelor

Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan Dalam Pengajian Islam Ke-4

2007.

Ab. Rahim Ismail. 2004. Al-lughah al-carabiyyah: Dawruha wa makanatuha fi al- hadir wa al

mustaqbal. Dlm. Ezad Azrai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal & Salmah Ahmad.

(pnyt.), al-Hadharah, hlm. 135-144. UKM: Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam.

Abdul Aziz Abdul Talib. 2000. Pedagogi bahasa Melayu; Prinsip, kaedah dan teknik.Kuala

Lumpur:Utusan Publication&Distributors Sdn.Bhd.

Abdul Azizi Musa. 1998. Pengajaran Nahu Bahasa Arab; Satu Kajian Kes di Maahad

Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan . 69-70.

Abdul Ghani Hassan. 1999. Kesilapan Membina Ayat Asas Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah.

Atan Long. 1982. Pedagogi Kaedah Mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Chua, Yan Piaw. 2006. Kaedah penyelidikan buku 2. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Lightbown

et al. 1999. How languages are learned. Oxford: Oxford University Press.

Mansoer Pateda. 1990. Aspek-aspek psikolinguistik. Ende, Flores, NTT : Nusa Indah.

Mohd Majid Konting. 2000. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Sekaran, U. 2000. Research methods for business: a skill-building approach. Ed. ke-3. New

York: John Wiley and Sons

Zamri Mahamod. 2007.Psikolinguistik Dalam Pengajaran Dan Permeolehan Bahasa Pertama

Dan Kedua ,Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam.

14

Kamarul Shukri, Mohamed Amin, Nik Mohd Rahimi & Zamri Mahamod. 2009. Strategi

metafizik: kesinambungan penerokaan domain utama pembelajaran bahasa. GEMA Online™

Journal of Language Studies, 9(2), 1-13.

Che Kamarudin Kamel Che Muhammad. 1999. Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa Arab

Peringkat Menengah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Arab. 70-74.

Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin. 2010. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di

kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Dicapai

pada 21 Julai 20124.http://eprints.utm.my/10879/1/Penggunaan_Alat_Bantu_Mengajar.pdf.

Muhammad Fauzi Jumingan. 2010. Kedudukan bahasa Arab di Malaysia. Di capai pada 21 Julai

2014 http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p42.pdf.

Chee Pee Saad. 1993. Penyediaan guru bahasa Arab: latihan dan pengembangan. Kertas Kerja

Seminar Bulanan Fakulti Pendidikan UKM Siri 4/93.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Zawawi Ismail & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2002. Peranan

persekitaran bahasa Arab terhadap kemahiran Bahasa Arab Komunikasi. Prosiding Wacana

Pendidikan Islam Siri 1. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mohd Fadzli Ismail & Mohd Sukki Othman.2012. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam pengajaran & pembelajaran bahasa Arab: Satu tinjauan di SMAP Kajang.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012

(PKEBAR’12) Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Naimah Abdullah. 2004. Peranan Penyelidikan dalam usaha menyelesaikan isu-isu dan

permasalahan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Prosiding Program Seminar Kebangsaan

Pengajaran Bahasa. Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, 8-9 Oktober, 2004.

Saini & Maryamah Barbish. 2011. Mushkilat Ta’lim wa ta’allum al-lughah al-‘arabiyah fi

jami’ah maliziya Sabah. Seminar ke3 bahasa Arab & Sastera: Hala Tuju Moden Dalam Kajian

Bahasa & Peradaban Arab, UIAM.

Zamri Mahamod ,Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2004. Gaya

pembelajaran bahasa di kalangan pelajar Diploma Pendidikan PJJ-UKM. Prosiding Seminar

Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh 2000, 177-184. Bangi: Penerbitan Pusat Pengajian Jarak Jauh,

Universiti Kebangsaan Malaysia.