persekutuan sri vijaya malai

Upload: adisarwajagat

Post on 12-Jul-2015

124 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PERSEKUTUAN SRI VIJAYA MALAI : Dalam Lipatan Sejarah Silam Disediakan oleh: Adisarwajagat Sejarah Srivijaya merupakan sejarah universal eksklusif Asia Tenggara. Semua sejarah klasik negara - negara Asia Tenggara pasti akan menyebutkan hubungan mereka dengan Srivijaya. Tanyalah petitih-petitih kuno Khmer dan Thai. Rujuk sejarah Indonesia. Semak sejarah Malaysia. Telusuri sejarah Champa dan Vietnam. Jelajah sejarah Brunei dan Filipina. Kita akan melihat jangkauan tangan sang maharaja Sriwijaya. Dalam Bahasa Sanskrit, sri ( ) bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" ( ) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan". Srivijaya bermaksud "Cahaya Kejayaan" merupakan Empayar pertama di Nusantara yang ditadbir oleh raja-raja dipercayai keturunan anak - anak putera Makadunia (Alexander the Great) sewaktu ekspansinya ke Benua Keling dan mengahwini puteri yang dihadiahkan sebagai ufti oleh raja salah sebuah kerajaan di Benua Keling pada masa itu (kisah dari Sulatus Salatin "Sejarah Melayu"). Berdasarkan Prasasti Kedukan Bukit bertarikh 605 saka (683 masihi), kerajaan Srivijaya didirikan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang memimpin satu armada dengan 20 000 bala tentera dari Minanga Tamwan ke Matayap dan menaklukinya. Beberapa batu bersurat lain yang ditemui di Kota Kapur di Pulau Bangka (686 masihi), Karang Birahi di Jambi Hulu (686 masihi) dan Palas Pasemah di selatan Lampung, menceritakan peristiwa yang sama. Dari keterangan batu-batu bersurat ini, dapat disimpulkan yang Jayanasa mendirikan Kerajaan Srivijaya setelah mengalahkan musuh-musuhnya di Jambi, Palembang, Selatan Lampung dan Pulau Bangka. Prasasti Kedukan Bukit yang ditulis menggunakan bahasa Melayu Kuno mengungkapkan kejayaan Sriwijaya dalam salah satu operasi ketenteraannya. Ramai orang terkeliru bahawa empayar ini bermula sekitar abad ke - 7 Masehi (Prasasti Kedukan Bukit ditulis pada abad ke - 5 Masehi). Sebenarnya abad ke-7 Masehi adalah masa - masa kegemilangan Sriwijaya.

Gelaran dan nama lain bagi Dapunta Hyang Sri Jayanasa: 1. Raja Prasadharma 2. Raja Merong Mahawangsa 3. Prabhasadharma 4. Prabu Wishnudewa 5. Maharaja Gegar Alam 6. Maharaja Benua Rom 7. Maharaja Alif 8. Tok Raja Jawa 9. Maharaja Segenta Alam Selepas kemangkatan Maharaja Sri Jayanasa atau Dapunta Hyang kira - kira dalam tahun 692M (sewaktu dalam misi menakluk Kalinga / Pulau Jawa di bawah pemerintahan Ratu Sima) kerajaan Sri Wijaya Mala telah berpecah dua di mana bahagian daratan yang berpusat di Medang Bhumi. Dalam kitab Sejarah Melayu, Medang Bhumi disebut dengan nama Amdan Negara berada di bawah pemerintahan putera yang sulung, iaitu Maharaja Dwipantara (Maharaja Dipang). Lokitavarman, puteranya yang kedua dengan gelaran Maharaja Dhiraja memerintah di bahagian kepulauan pula berpusat di Kota Matajap yang terletak dekat dengan Kuala Sungai Musi (Muara Jambi). Sepanjang zaman kerajaan Sriwijaya, salah seorang Maharaja kerajaan Sriwijaya Mala yang bernama Rakai Sanjaya (Raden Inu Kertapati Sri Maharaja Kusumabhadra), cucu Maharaja Srijayanaga juga merupakan seorang raja yang suka berperang sehingga berjaya menakluk negara - negara yang jauh bertindak menyatukan kembali Sriwijaya yang berpusat di Medang Bhumi dengan Sriwijaya yang berpusat di Muara Jambi. Empayar yang besar ini diubah nama dengan nama Sampugita.

Menjelang abad ke 11 Masihi, Empayar Sampugita mula berpecah dan beberapa buah negara diserahkan kepada beberapa orang adik beradik yang kemudiannya menjadi raja di jajahan masing - masing. Sri Vijaya (Palembang) yang tinggal meliputi Pulau Sumatera dan Kataha (Kedah). Dalam tahun 1025 1030 M, Sri Vijaya mengalami serangan dari Rajendra Chola I. Pada awal abd ke 13 Masihi, seorang Maharaja Srimat Trailokyaraja di Gangga Negara menguasai semula seluruh Pulau Sumatera termasuk wilayah pusat Sri Vijaya di Palembang. Kemudian menakluk Jawa Barat (Sunda) dan Kalimantan (Borneo). Baginda kemudian berpatah balik menuju ke utara dan meluaskan daerah takluknya sehingga Dwarawati (Thailand), Kemboja dan Champa. Maharaja Srimat Trailokyaraja mempunyai pelbagai gelaran antaranya Maharaja Imbang Jaya, Maharaja Mani Jaya, Mahadewa Brahma, Malim Dewa dan Maharaja Bukit Si Guntang telah menyerahkan Pulau Sumatera, Jawa dan Kalimantan di bawah pentadbiran Perdana Menterinya yang bergelar Mangkubumi yang kemudiannya diambil alih anaknya Demang Lebar Daun. Generasi generasi selepasnyalah yang bertanggungjawab mendirikan kerajaan kerajaan di Semenanjung, Sumatera dan Jawa. Saki baki wilayah Sri Vijaya di Semenanjung dan Segenting Kra akhirnya ditumbangkan oleh serangan bangsa Thai dari kerajaan Sukothai dan Ayuthaya.