persaudaraan atau ukhuwah islam

11
PERSAUDARAAN DAN UKHUWAH ISLAM Dari segi bahasa: Perkataan persaudaraan merupakan terjemahan dari perkataan Arab “ukhuwah” yang berasal daripada kata akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan seumpamanya. Dari segi istilah: Ia boleh dilihat daripada dua sudut iaitu dari kaca mata Al- Quran dan hadis. Dalam Al-Quran, persaudaraan ialah perasaan kasih saying, tolong-menolong, bantu-membantu, bertolak ansur, bermesra, dan cinta mencintai antara sesama umat Islam tanpa kecuali. Ini bererti, Al-Quran menjadikan akidah sebagai asas persaudaraan. Dari kacamata hadis, ukhuwah diertikan lebih kurang sama sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Nabi Muhammad SAW menghuraikan bahawa konsep ukhuwah itu sebenarnya merupakan tubuh

Upload: syed-amarudin-syah-al-khairid

Post on 30-Jun-2015

442 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persaudaraan atau Ukhuwah Islam

PERSAUDARAAN DAN UKHUWAH ISLAM

Dari segi bahasa:

Perkataan persaudaraan merupakan terjemahan dari perkataan Arab “ukhuwah”

yang berasal daripada kata akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman,

saudara dan seumpamanya.

Dari segi istilah:

Ia boleh dilihat daripada dua sudut iaitu dari kaca mata Al-Quran dan hadis.

Dalam Al-Quran, persaudaraan ialah perasaan kasih saying, tolong-menolong,

bantu-membantu, bertolak ansur, bermesra, dan cinta mencintai antara sesama

umat Islam tanpa kecuali. Ini bererti, Al-Quran menjadikan akidah sebagai asas

persaudaraan.

Dari kacamata hadis, ukhuwah diertikan lebih kurang sama sepertimana yang

dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Nabi Muhammad SAW

menghuraikan bahawa konsep ukhuwah itu sebenarnya merupakan tubuh

badan, darah daging, dan roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya.

Page 2: Persaudaraan atau Ukhuwah Islam

KONSEP UKHUWAH

Konsep ukhuwah yang dimaksudkan oleh Islam ialah persaudaraan tanpa

mengira nagara, bangsa, keturunan, warna kulit dan sebagainya. Persaudaraan

itu wajib asalkan bergelar manusia. Antara ulama yang berpendapat demikian

ialah Syeikh Abdul Rahman Abu Khair al-Bawaqarni. Golongan ini menjadikan

ayat Al-Quran sebagai dalil seperti firman Allah SWT dalam surah Al-

Hujarat,ayat 13.

Persaudaraan sesama Islam tetap berpegang teguh kepada ayat Al-Quran dan

hadis sebagia dalil yang cukup kuat untuk membuktikan bahwa konsep

persaudaraan yang dimaksudkan oleh sesama Islam dalam erti kata yang

sebenarnya ialah berasaskan kepada akidah, bukan didasarkan kepada jenis

manusia itu. Manusia berhak untuk berhimpun dibawah perlindungan sistem

sosial Islam. Islam menganjurkan semua umat Islam adalah bersaudara, bersatu

padu saling membantu, berorganisasi serta menyusun tenaga untuk

menegakkan Islam serta meninggikan kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT

yang bermaksud:

“Engkau tidak akan dapat sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak

berkasih mesra dengan orang yang menentang (perintah) Allah dan rasul-Nya, sekalipun orang

yang menentang itu ialah bapa-bpa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara

mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka yang setia itu, Allah telah menetapkan iman dalam

hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripada-Nya. Dan

Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga ayng mengalir di bawahnya beberapa sungai.

Mereka tetap kekal dalamnya. Allah reda kepada mereka dan mereka reda (serta bersyukur)

akan nikmat pemberian-Nya. Mereka penyokong-penyokong (agama) Allah, ketahuilah

sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itulah orang yang berjaya.”

(Surah Al-Mujadilah:22)

Page 3: Persaudaraan atau Ukhuwah Islam

ASAS PERSAUDARAAN ISLAM

1. Berpegang kepada agama Allah SWT

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah

kamu bercerai berai”

(Surah Ali-Imran:103)

Allah menerangkan undang-undang dikalangan masyarakat mukmin,

yang berlandaskan kepada asas-asas yang kukuhiaitu persatuan,

perpaduan dan persaudaraan yang bertunjangkan kepada keimanan

sejati dan pegangan yang kukuh pada seluruh ajaran agama Allah

SWT, membentuk persaudaraan erat, tidak bergoncang disebabkan

perselisihan pendapat dan tidak pula dipengaruhi oleh sebarang fitnah

dan tidak dapat dipermainkan oleh tabiat hawa nafsu yang dapat

memusnahkan ukhuwah Islamiah.

2. Berdamai antara dua golongan yang bersengketa

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan jika dua puak anatara orang yang beriman berperang, maka damaikanlah

antara keduanya, jika satu daripadanya berlaku zalim terhadap yang lain, maka

lawanlah puak yang zalim itu, sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah, jika dia

kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil (menurut hokum

Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara), sesungguhnya Allah

mengasihi orang yang berlaku adil”.

(Surah Al-Hujurat:9)

Page 4: Persaudaraan atau Ukhuwah Islam

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sukakah kamu jika aku tunjukkan satu sedekah yang dicintai oleh Allah SWT dan rasul-

Nya, iaitu mendamaikan antara seluruh manusia, apabila mereka itu dalam keadaan benci

atau dalam saling ingin rosak merosakkan”.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Oleh itu maka bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubugan kamu,

serta taatlah kepada Allah dan rasul-nya, jika betul kamu orang yang beriman”.

(Surah Al-Anfal:1)

TAUHID ASAS PERSAUDARAAN

Persaudaraan dan persamaan tidak akan tercapai dalam kehidupan manusia

sekiranya masih terdapat dikalangan manusia itu ada yang menjadi tuan kepada

manusia yang lain. Seruan yang diaju oleh Nabi Muhammad SAW kepada para

pemerinyah dan ketua-ketua Negara disudahi dengan firman Allah SWT yang

bermaksud:

“Marilah kepada satu kalimah (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu,

bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak perlu kita persekutukan Dia dengan

sesuatu pun tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain Tuhan selain

daripada Allah”

(Surah Ali-Imran:64)

Antara doa-doa Nabi Muhammad SAW yang menarik setelah melakukan soalt

ialah doa yang bermaksud:

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan bagi setiap sesuatu dan yang memilikinya, aku naik saksi bahawa

Engkaulah Allah Yang Esa yang tiada sekutu bagi-Mu”

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan bagi setiap sesuatu dan yang memilikinya, aku naik saksi bahawa

Muhammad hamba-mu dan rasul-Mu”

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan bagi setiap suatu dan memilikinya, aku naik saksi bahawa hamba-

hamba-Mu itu semuanya bersaudara”

Page 5: Persaudaraan atau Ukhuwah Islam

Doa-doa di atas mempunyai kaitan antara satu sama lain. Pengisytiharan

ukhuwah (persaudaraan) sesame manusia secara menyeluruh (sesungguhnya

hamba-hamba itubersaudara) ialah berdasarkan kepada dua pengakuan;

pertama pengkhususan uluhiyyah hanya untuk Allah SWT, tiada sekutu bagi-nya

dan tiada Tuhan lain bersama-Nya serta tidak ada hak untyk tunduk beribadat

kepada yang lain kecuali kepada-Nya.

Apabila tercapainya dua hakikat ketuhanan Allah SWT yang Esa, dan ubudiyyah

(pengabadian) manusia seluruhnya kepada Allah SWT diketuai oleh Nabi

Muhammad SAW, Rasul-Nya, akan diikuti pula hakikat ketiga iaitu hamba-

hamba Allah SWT itu bersaudara, tidak ada perbezaan kaum dan tiada

perbezaan warna kulit dan tiada kelebihan dengan sebab keturunan melainkan

yang paling mulia disisi Allah hanyalah orang yang paling bertakwa.

IKATAN UKHUWAH

Ikatan ukhuwah yang erat dapat diperlihatkan dalam bentuk ikatan persaudaraan

sesame mukmin. Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara”

(Surah Al-Hujurat:10)

Orang mukmin diumpamakan suatu jasad yang tidak dapat dipisahkan. Nabi

Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Bandingkan orang mukmin pada ikatan kasih mengasihi, cinta mencintai umpama satu badan yang

apabila suatu anggota sakit, nescaya anggota yang lain berasa sama yang menyebabkan dia berjaga

malam dan demam”.

Page 6: Persaudaraan atau Ukhuwah Islam

Dalam hubungan ini, syariat Islam mengajar umatnya memelihara perasaan

saudara yang lain bagi mengelakkan timbulnya rasa benci-membenci yang boleh

membawa kepada perpecahan sesama sendiri dan ketidakharmonian dalam

masyarakat.

Islam melarang perbuatan menghina, mencaci dan menggelar dengan panggilan

yang buruk sebaliknya menekankan sifat hormat-menghormati. Begitu juga

dengan sifat-sifat keji yang lain yang disifatkan sebagai pembawa kepada

keruntuhan dan perpecahan.

Untuk menjamin kearah mencapai ikatan ukhuwah yang sebenar supaya

menjadi satu kenyataan, umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan konsep

persaudaraan Islam, dan mestilah menjadikan konsep tersebut asas

pertimbangan demi mencapai cita-cita penyatuan umat seperti yang dituntut oleh

Islam.

Page 7: Persaudaraan atau Ukhuwah Islam

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat-Nya kami dapat

menyiapkaan kerja kursus pendek ini. Walaubagaimanapun, kami terpaksa

menghadapi beberapa halangan yang sedikit sebanyak menguji kesabaran kami.

Antaranya ketiadaan kemudahan internet di kawasan kolej kediaman. Jadi saya

terpaksa meminjam broadband rakan-rakan setelah mereka menyelesaikan tugasan.

Selain itu, kekurangan buku tentang topik yang kami perlu bagi tugasan ini menjadi

suatu permasalahan. Kekurangan masa dalam menyiapkan tugasan kerana turut terikat

dengan beberapa tugasan subjek lain.

Walaupun kami terpaksa menghadapi sedikit halangan tetapi ilmu yang diperolehi

cukup berguna kepada kami. Tugasan ini juga telah dapat memberi penghayatan

dengan lebih terperinci tentang persaudaraan atau ukhuwah Islam dan konsep ilmu

dalam Islam dengan lebih tepat lagi. Sebelum ini kami memiliki pengetahuan yang

sedikit tentang semua ini, tetapi tugasan ini menyedarkan kami tentang betapa

banyaknya pelajaran yang kami belum ketahui lagi.

Kesimpulannya, tugasan kerja kursus pendek ini amat penting untuk kami untuk mempelajarinya dan alhamdullillah, kami memang benar-benar bersyukur kerana dapat menyiakan tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut membantu kami menyiapkan tugasan ini.

Sekian,terima kasih…