persaudaraan dalam islam-asas dakwah

32
AMSU5303 FAKULTI SAINS SOSIAL SEMESTER 3 / TAHUN 2013 AMSU5303 METODOLOGI DAKWAH DI MALAYSIA NO. MATRIKULASI : CGS00774625 NO. TELEFON : 012 6936320 E-MEL : [email protected] PENSYARAH : Dr. Mohamad Nazli bin Omar PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA 1

Upload: ustazahpuspa

Post on 25-Oct-2015

188 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER 3 / TAHUN 2013

AMSU5303

METODOLOGI DAKWAH DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : CGS00774625

NO. TELEFON : 012 6936320

E-MEL : [email protected]

PENSYARAH : Dr. Mohamad Nazli bin Omar

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA

1

Page 2: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

Penghargaan

� ِح�يِم الَّر� ِح�مِن� الَّر� اللِه� � ِم �ْس� ِب

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya, telah memberi kekuatan dan

hidayah dalam menyiapkan tugasan bertajuk ‘Perpecahan di kalangan umat Islam merupakan

antara faktor utama yang boleh merencatkan usaha-usaha dakwah dalam masyarakat.

Program-program serta aktiviti bagi memupuk persaudaaran dan penyatuan di kalangan

anggota masyarakat khususnya umat Islam sangat perlu menjadi agenda utama dalam usaha

dakwah pada hari ini.’

Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami

serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan

dan pembelajaran saya di OUM Melaka ini. Tidak lupa juga kepada seluruh warga OUM

semester September 2013 ini terutamanya rakan-rakan seunit yang telah memberikan kerjasama

yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah yang di hormati, Dr. Mohamad Nazli bin Omar kerana telah memberi panduan dan

tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang dikehendaki. Tanpa

tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan tidak mungkin saya dapat menghasilkan tugasan ini.

Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah S.W.T. dan segala kelemahan adalah dari diri saya

sendiri. Wallahu a'lam.

Sekian , terima kasih.

وِباللِه التوفيق والهداية

2

Page 3: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

ISI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Persaudaraan dalam Islam

2.1 Pengertian persaudaraan dalam Islam2.2 Asas persaudaraan dalam Islam

1

1 - 22 – 4

3.0 Kelebihan jalinan hubungan persaudaraan Islam 4 - 5

4.0 Kepentingan jalinan hubungan persaudaraan Islam 6 - 9

5.0 Method-method dakwah dalam usaha mewujudkan persaudaraan

9 - 11

6.0 Cadangan program bagi mewujudkan persaudaraan dalam Islam

6.1 Program ilmu6.2 Program kesenian Islam6.3 Program khidmat masyarakat6.4 Program – program aktiviti

121213

13 - 14

7.0 Kekangan-kekangan kepada program atau aktiviti

7.1 Halangan dalaman7.2 Halangan luaran7.3 Halangan keduniaan7.4 Pengaruh barat

14

1515

15-1616 - 17

8.0 Kesimpulan 17 – 19

Bibliografi

3

Page 4: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

1.0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya agama Islam yang diturunkan oleh Allah S.W.T. telah menetapkan

peraturan-peraturan dan garis panduan yang sempurna bukan sahaja sesuai pada sebarang

tempat dan masa, malahan bertepatan dengan naluri dan fitrah makhluk manusia ciptaan-Nya.

Sebarang percanggahan atau pelanggaran batas-batas yang ditetapkan ini akan mengakibatkan

berlakunya kepincangan dan kerosakan kepada kehidupan dan diri manusia itu sendiri.

Oleh itu, peraturan-peraturan Ilahiah yang berlandaskan al-qur'an, hadis, ijmak ulama dan

qias mestilah dipegang sekukuh-kukuhnya tanpa sebarang kompromi atau bersyarat. Segala

dakwaan, pandangan dan sikap yang jelas bertentangan dengan nas-nas yang sorih mestilah

ditolak kerana ia bukan bertunjangkan sumber yang muktabar tetapi bertopengkan hawa nafsu

dan kepentingan peribadi yang keji.

Islam merupakan agama yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada keburukan.

Islam amat menganjurkan persaudaraan sesama Islam. Persaudaraan yang kukuh sesama Islam

melambangkan kekuatan dan ketinggian agama Islam itu sendiri. Malangnya, perpecahan di

kalangan umat Islam kini merencatkan usaha-usaha dakwah di kalangan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, fokus utama tugasan ini dibuat adalah untuk mengetahui

tentang pengertian persaudaraan dalam Islam, asas-asasnya, kelebihan dan kepentingan jalinan

hubungan persaudaraan, metod-metod dakwah, program-program dan kekangan-kekangan yang

dihadapi dalam melaksanakan dakwah untuk mencapai persaudaraan di dalam Islam.

2.0 PERSAUDARAAN DALAM ISLAM.

2.1 Pengertian persaudaraan dalam Islam

Konsep persaudaraan boleh ditakrifkan berdasarkan kepada dua bahagian iaitu dari segi

bahasa, perkataan persaudaraan adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah

yang berasal dari akar kata Akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan

sebagainya. Menurut kamus dewan (2000), persaudaraan adalah bersaudara, perhubungan

seperti bersaudara atau pertalian yang rapat sekali. Dari segi istilah pula boleh dilihat dari

beberapa sudut :

4

Page 5: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

1) Menurut al-Quran, persaudaraan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong-

menolong, bantu membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai di antara sesama

umat Islam tanpa berkecuali. Menurut al-Hadith Rasulullah S.A.W pula, persaudaraan

diumpamakan tubuh badan, darah daging dan roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya.

Sehingga baginda mengibaratkan perasaan persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu

tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan itu mengalami kecederaan atau terkena sakit,

penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama oleh seluruh anggota badan.

2) Menurut ulama Islam pula, terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar : Golongan

yang mengatakan bahawa konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum. Iaitu persaudaraan

tanpa mengira aqidah, bangsa, keturunan, warna, kulit dan sebagainya. Golongan kedua

menekankan tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada Adam a.s itu

bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan dan

kemakmuran manusia sejagat.

3) Menurut Al Ghazali, persaudaraan boleh berlaku melalui dorongan untuk mendapatkan

keseronokan, kepentingan dirinya sendiri dan persaudaraan yang sengaja diusahakan serta

cetusan daripada kesedaraan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T. Manakala menurut Mahmud

(2002), persaudaraan boleh dilahirkan menerusi kelahiran dan akidah.

Kesimpulannya semua daya usaha untuk berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra,

hormat-menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam

semata-mata kerana beribadat kepada Allah S.W.T. adalah merupakan ikatan persaudaraan

yang sempurna dalam ertikata yang sebenar.

2.2 Asas Persaudaraan Dalam Islam

(a) Perdamaian.

Al-Quran secara khusus menghuraikan tentang asas pertama ini iaitu perdamaian atau

hubungan yang baik. Di mana perdamaian atau berbuat baik antara satu sama lain di kalangan

umat Islam itu mestilah berdasarkan kepada ketentuan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T.

iaitu segala akhlak yang terpuji sepertimana yang terkandung di dalam al-Quran. Hanya dengan

iman dan taqwa hubungan yang baik itu benar-benar memenuhi syarat dan keperluannya di

5

Page 6: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

dalam ertikata yang sebenar. Kepentingan kedua-dua unsur itu tadi di dalam mengwujudkan

perdamaian dan pengekalan prestasi persaudaraan tidak dapat dinafikan.

Di antara cara pengekalan prestasi perdamaian di dalam mengeratkan persaudaraan

Islam ialah dengan umat Islam mestilah sentiasa berniat, bercita-cita dan melaksanakan dalam

bentuk tingkah laku untuk menggalakkan perkembangan amal kebajikan. Dalam masa yang

sama sentiasa melarang daripada melakukan kemungkaran. Kebenaran kenyataan ini jelas

kerana jika seluruh individu umat Islam melakukan kebajikan dan tidak ada yang melakukan

kemungkaran tentu kebaikan dan perdamaian sahaja yang wujud, sedangkan kehuru-haraan

serta keburukan tidak timbul sama sekali.

Al-Quran jaga menegaskan bahawa perdamaian sejagat di kalangan umat Islam itu akan

dapat dicapai dan dinikmati bersama serta dikekalkan buat selama-lamanya jika setiap individu

muslim berpegang teguh kepada agama Allah. Islam itu sendiri membawa erti perdamaian, ini

bermakna Islam sahaja yang dapat mengeratkan ikatan persaudaraan dan perdamaian dalam

ertikata yang sebenarnya di kalangan manusia.

(b) Ikhlas.

Dari segi bahasa, perkataan ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan,

kesucian dan kemurnian. Oleh itu perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan niat

di hati adalah perbuatan yang bersih, jernih, suci dan murni. Ikhlas dari segi istilah ialah

pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan penyakit yang menodai

keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Allah S.W.T semata-mata, dalam

semua perbuatan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

(c) Amanah.

Amanah bermaksud memelihara sesuatu yang diberikan kepercayaan kepada yang

berhak menerimanya. Di dalam hubungan persaudaraan, segala sesuatu yang dianugerahkan

oleh Allah S.W.T kepada umat Islam yang diwajibkan pengagihannya kepada suadaranya

adalah amanah yang mesti dipelihara dan disempurnakan.

(d) Belas Kasihan.

Sifat ini dianggap amat penting kerana tanpa sifat ini, manusia menjadi masyarakat yang

suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya. Allah S.W.T

mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala sifat-sifat kesempurnaan

6

Page 7: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

Allah S.W.T, sepertimana yang terkandung dalam Asma ul-Husna kerana sifat belas kasihan

akan menuju ke arah peningkatan iman, taqwa dan amal soleh yang sekali gus berfungsi

sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan. Dijelaskan oleh Allah S.W.t sesiapa sahaja yang

mempunyai sifat pengasih dan penyayang serta menaruh belas kasihan kepada makhluknya,

diampuni oleh Allah dan mereka juga dipelihara oleh Allah daripada azab api neraka.

3.0 KELEBIHAN JALINAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN ISLAM.

Persaudaraan dalam Islam akan membawa kesan yang positif kepada umat manusia.

Antara kelebihannya ialah :

(a) Sesungguhnya persaudaraan merupakan antara amalan dan nilai-nilai baik yang

dianjurkan dalam Islam, sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Dia

dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum

kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran

tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba

yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan

membangga-banggakan diri. Iaitu orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil

serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnia-

Nya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang yang kafir itu azab siksa yang amat

menghinakan. Dan juga orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada

manusia (ria’), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada

hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-

buruk kawan ialah syaitan”.

(Surah An-Nisaa’, 4 : 36-38)

7

Page 8: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

Ayat di atas menjelaskan beberapa perkara penting dalam kehidupan dan hubungan

silaturrahim iaitu melakukan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara

yang dilarang. Terdapat perkara yang disuruh seperti melakukan ibadat kepada Allah SWT,

berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan berbuat baik kepada kaum kerabat.

(b) Lapang rezeki dan panjang umur. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud

“Sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan

umurnya),maka hendaklah dia menyambung (tali) silaturahim.” (HR Bukhari)

(c) Melenyapkan kedengkian. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hendaklah kamu sering memberi hadiah. Sesungguhnya pemberian hadiah itu dapat

melenyapkan kedengkian”. (HR At-Tirmizi dan Ahmad)

(d) Mendapatkan rahmat dan kebaikan dari Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah

SAW yang bermaksud “Allah menciptakan makhlukNya, ketika selesai menyempurnakannya,

bangkitlah rahim dan berkata:Ini tempat orang yang berlindung kepada Engkau dari pemutus

rahim. Allah menjawab: “Tidakkah engkau redha, Aku sambung orang yang menyambungmu

dan memutus orang yang memutusmu?” Dia menjawab;Ya, wahai Rabb”. (HR Mutafaqun

‘alaihi).

(e) Silaturrahim adalah satu sebab penting masuk syurga dan dijauhkan dari api

neraka. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dari Abu Ayub Al-Anshari,

beliau berkata, seorang berkata: ”Wahai Rasulullah, beritahulah saya satu amalan yang dapat

memasukkan saya ke dalam syurga. Baginda SAW menjawab: Menyembah Allah dan tidak

menyekutukan-Nya, menegakkan solat, menunaikan zakat dan bersilaturrahim”. (HR Jama’ah).

(f) Bersilaturahim merupakan tanda orang yang beriman. Sebagaimana dijelaskan dalam

Hadis Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah bersilaturahim”.

(HR Mutafaqun ‘alaihi).

4.0 KEPENTINGAN JALINAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN ISLAM.

(a) Asas pembinaan umat yang bersatu-padu, kuat dan maju.

8

Page 9: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

Bermaksud: “Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan

janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu

bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu

(sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan

nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi

jurang neraka (semasa kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari

neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu

ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah.”

(Surah Ali-Imraan 3 : 103)

Melalui ayat ini, Allah memerintahkan supaya menjadikan Islam sebagai satu cara

hidup dalam kerangka membina umat yang bersatu, kuat dan maju, sekali gus

memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Untuk itu, Allah menyarankan

untuk merenung kembali dan mengambil pengajaran daripada segala peristiwa yang

berlaku di zaman jahiliah yang penuh dengan kekufuran seperti penyembahan berhala,

penindasan terhadap kaum yang lemah, bermusuh-musuhan, hasad dengki dan pelbagai

perbuatan keji lagi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan umat Islam daripada

mengulangi kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan oleh umat jahiliah supaya

selamat daripada murka Allah dan azab nerakaNya yang maha pedih.

(b) Menghalang sifat-sifat Mazmumah.

Firman Allah S.W.T :

Bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan (supaya kamu

tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari

sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan-

kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang

lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika

demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu,

patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah;

sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”

9

Page 10: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

(Surah Al-Hujurat 49 : 12)

Melalui firmanNya Allah S.W.T melarang umat Islam daripada memiliki sikap atau

sifat keji seperti berburuk sangka terhadap orang lain, mencari-cari cacat-cela orang lain,

mengumpat dan sebagainya. Ini kerana memiliki sifat-sifat mazmumah itu bukan sahaja

mengundang dosa, malah boleh merenggangkan hubungan serta persaudaraan sesama

Muslim. Allah S.W.T mengumpamakan orang yang memiliki sifat keji berkenaan sebagai

orang yang memakan daging saudaranya yang telah mati.

Rasulullah SAW memperincikan lagi perihal sifat-sifat mazmumah atau keji.

Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Berwaspadalah kalian daripada berprasangka buruk (zhan) kerana zhan itu adalah

ungkapan yang paling dusta. Jangan kalian mendengar ungkapan orang lain dalam

keadaan mereka tidak suka. Janganlah kalian mencari-cari cacat-cela orang lain. Jangan

kalian berlumba-lumba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling berhasad-

dengki, saling benci-membenci, dan saling belakang-membelakangi.”

Dalam sebuah hadisnya :

Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang Allah SWT

perintahkan. Seorang Muslim adalah saudara bagi saudara muslim yang lain. Justeru,

janganlah dia menzalimi saudaranya, jangan pula tidak memberikan bantuan kepada

saudaranya dan jangan merendah-rendahkannya. Takwa itu di sini, takwa itu di

sini."Baginda melakukan isyarat dengan menunjukkan ke arah dadanya. "Cukuplah

seseorang dari keburukan apabila dia merendahkan saudaranya sesama Muslim. Setiap

muslim terhadap muslim yang lain, haram darahnya, kehormatan dan hartanya.

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-badan kalian, tidak pula kepada rupa-

paras kalian akan tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kalian.” (HR Al-Bukhari dan

Muslim)

Dengan berpandukan kepada mafhum sabda Rasulullah SAW ini, boleh dibuat

kesimpulan bahawa semua sifat mazmumah yang disenaraikan mengancam tautan kasih

sayang di samping meragut nilai mahabbah. Ini kerana apa jua bentuk sifat mazmumah

boleh menyebabkan hilangnya rasa saling percaya-mempercayai dan tidak bertegur sapa

sesama Muslim yang menatijahkan hilangnya kekuatan dan keutuhan ummah.

Sehubungan itu, sama-samalah kita jauhi sifat-sifat yang dibenci Allah itu demi

menjaga kehormatan saudara Muslim kita dengan sebaik-baiknya bagi memelihara

ukhuwah sekali gus memastikan bibit kasih sayang terus tumbuh subur dalam hidup

berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Untuk ini, marilah kita amalkan sifat-sifat

10

Page 11: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

terpuji atau mahmudah seperti berbaik sangka, menjaga aib saudara seagama,

berperibadi mulia, bantu-membantu, tidak menzalimi saudara Muslim yang lain dan

sebagainya demi meraih reda Allah SWT.

(d) Allah S.W.T akan memberi bantuan di akhirat bagi sesiapa yang memudahkan urusan

orang lain.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang

melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah SWT akan melepaskan

darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain,

nescaya Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang

menutup keaiban seorang muslim nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di dunia

dan di akhirat kelak. Allah SWT sentiasa menolong hamba-Nya selama hambaNya itu

menolong saudaranya." (HR Muslim)

Setiap amal kebajikan akan diganjari sepuluh kebajikan sebagaimana firman Allah SWT:-

Bermaksud: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya

(balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang

membawa amal kejahatan, maka dia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama

dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).”

(Surah Al-An’aam 6 : 160).

(e) Sesungguhnya dengan amal-amal baik seperti amal ziarah, memberi hadiah, menjamu sanak

saudara, jiran tetangga, sahabat, kawan dan sebagainya itu, adalah antara amalan yang akan

menghubungkan tali silaturrahim dan tali persaudaraan. Dalam Islam telah meletakkan nilai dan

darjat seseorang itu sama saja atas asas Islam dan iman, kerana sesungguhnya orang yang

beriman itu adalah bersaudara, walaupun suku, kaum dan bangsanya berlainan, budaya dan adat

tradisinya berbeza. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di

antara dua saudara kamu (yang bertelengkah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu

beroleh rahmat”.

)Surah Al-Hujuraat, 49 : 10(

11

Page 12: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

(f) Ikatan tali silaturrahim yang kukuh menandakan perpaduan sesama umat Islam juga akan

bertambah kuat dan kukuh lagi. Dalam satu riwayat daripada Abu Ayyub al-Ansari RA,

katanya: Seorang lelaki bertanya Nabi SAW: Tunjukkan kepadaku suatu amalan yang

membolehkan aku masuk syurga. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Hendaklah engkau

beribadat kepada Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan hendaklah engkau dirikan

solat dan hendaklah engkau tunaikan zakat dan hendaklah engkau hubungkan silaturrahmi”.

(HRMuslim)

Hadis ini menerangkan lima perkara asas menjadi sebab manusia akan memperolehi

balasan syurga di sisi Allah SWT atau akan dimasukkan ke dalam syurga-Nya, iaitu beribadat

kepada Allah SWT dengan ikhlas, tidak mensyirikkan Allah SWT dengan apa jua dalam segala

amalan, tindakan dan perkataan. Seterusnya solat lima waktu jangan tinggalkan, zakat mesti

ditunaikan dan sentiasalah menjaga hubungan silaturrahim.

5.0 METHOD – METHOD DAKWAH DALAM USAHA MEWUJUDKAN PERSAUDARAAN.

Pada asasnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak membolehkan

kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah :

‘Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)

dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman

kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang

teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.’

) Surah Al-Baqarah, 2 : 256 (

Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi para Nabi dan

Rasul, di samping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran, mengikut

apa yang terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh disampaikan secara

lisan, tulisan atau memanfaatkan dari perkembangan teknologi maklumat yang wujud pada

masa kini. Dakwah Islam kepada masyarakat boleh dilakukan dengan pelbagai cara atau

kaedah berdasarkan tahap kemampuan seseorang. Antaranya ialah:

12

Page 13: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

Maksudnya “Serulah manusia kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik

dan bantahlah mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui

mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang

mendapat petunjuk”.

(Surah al-Nahl 16 : 125)

Menerusi ayat di atas Allah mengemukakan tiga cara berdakwah yang boleh dilakukan :

(1) Berdakwah secara berhikmah dan bijaksana dengan tutur bahasa yang lembut serta

menarik berserta bukti yang jelas, kukuh dan boleh menghilangkan sebarang kesamaran

dan keraguan.

(2) Serulah manusia dengan kata-kata yang mengandungi pengajaran seperti kisah umat

terdahulu kerana dengan mengingati peristiwa yang menimpa umat terdahulu akan

meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa mereka dari ingkar terhadap Allah.

(3) Berdakwah melalui perbincangan, muzakarah dan dialog dalam suasana yang penuh

kemesraan dan harmoni bukan menggunakan kata - kata kesat dan keji kerana tujuan

perbincangan adalah untuk menyampaikan kebenaran bukan mencari kemenangan.

Menurut ulama–ulama dakwah juga boleh dilaksanakan menerusi kaedah-kaedah yang lain

yang bersesuaian dengan perubahan dan peredaran zaman, contohnya melalui internet, media

massa dan media elekronik. Antara metod dakwah yang lain :

(1) Dakwah Bil Lisan iaitu metod dakwah melalui lisan contohnya membaca khutbah

jumaat atau memberi ceramah-ceramah agama di masjid.

(2) Dakwah Bil qolam iaitu metod dakwah melalui tulisan contohnya menghantar karya-

karya untuk terbitan majalah dan akhbar. Sebagai mana dakwah Rasulullah dengan

menghantar surat-surat kepada pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua dari dalam dan

luar negara untuk menerangkan tentang Islam.(Ahmad Redzuwan, 2011)

(3) Dakwah Bil nikah iaitu metod dakwah melalui pernikahan seperti orang yang hijrah

menikahi penduduk tempatan agar mereka mempunyai keturunan dan bisa meneruskan

dakwah Islam dalam masyarakat.

13

Page 14: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

(4) Dakwah bil hal iaitu metod dakwah melalui perbuataan misalnya bergotong-royong

membina rumah.

(5) Dakwah Bil maal iaitu metod dakwah yang dilakukan dengan harta, misalnya infaq buat

pembangunan masjid.

(6) Dakwah bil rikhlah iaitu metod dakwah yang dilakukan melalui perjalanan, contohnya

menjalankan ibadah umrah atau haji.

(7) Dakwah Bil-Qolbi iaitu metod dakwah yang dilakukan ingkar dan tidak redha pada

kemungkaran. Metod Dakwah ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W. :

�ِه�، اِن ��ل�ْس ف�ِب �ِط�ْع� ت �ْس� ي �ِم� ل �ْن� ف�ِإ �د�ِه�، �ي ِب ِه% &َّر� %َغ�ي �ي ف�ل ا �َّر) �َك ُم%ْن %ِم� �َك ُم�ْن �ى َأ �َر ُم�ِن�

�يم�اْن اِإْل� �ْض�َع�ُف% َأ ��َك و�َذ�ل �ِه�، �ِب �َق�ل ف�ِب �ِط�ْع� ت �ْس� ي �ِم� ل �ْن� ف�ِإ

“ Barang siapa di antara kaummu yang melihat kemungkaran maka hendaklah mengubahnya

dengan tangan jika tidak mampu maka dengan lisanya bila tidak mampu maka dengan hatinya

dan demikian itu ( hati ) adalah iman yang paling lemah “

( HR Muslim )

6.0 CADANGAN PROGRAM BAGI MEWUJUDKAN PERSAUDARAAN DALAM MASYARAKAT.

Menurut Ismail al faruqi (2007), dakwah Islam bukanlah sekadar suatu pengistiharan

tetapi penyampaian yang berlandaskan penilaian kritis terhadap suatu nilai yang benar

berlandaskan kepada unjuran secara teori dan praktikal bersesuaian dengan kehendak manusia.

Dakwah yang berkesan akan mencapai matlamatnya iaitu melahirkan persaudaraan yang

kukuh, untuk mencapai matlamat tersebut program-program perlu dirancang dengan teliti agar

ianya boleh diterima dan dapat menarik minat masyarakat terhadap dakwah itu sendiri. Antara

program- program yang boleh dilaksanakan ialah :

6.1 Program-program ilmu seperti ceramah atau muhadharah, khutbah, usrah, halaqah,

kuliah, syarahan, seminar, forum, persidangan, konvensyen, multaqa, bengkel, perdebatan dan

lain-lain.

14

Page 15: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

Ceramah boleh dilaksanakan sama ada melalui ceramah umum atau disampaikan

sempena sambutan hari kebesaran Islam. Perkara yang harus diberikan perhatian dalam

menyampaikan ceramah adalah mesej ynag disampaikan perlu jelas dan memberi manfaat

kepada pendengar. Khutbah terdiri daripada khutbah Jumaat atau selainnya adalah merupakan

nasihat, peringatan atau pengetahuan. Khutbah seharusnya mengandungi perkara yang

berkaitan isu semasa, permasalahan dan penyelesaiannya, contohnya khutbah hari raya yang

menerangkan tentang persaudaraan dalam Islam dan cara-caranya.

Usrah, halaqah, kuliah dan syarahan boleh dilaksanakan melalui pengajian berkitab

dalam pelbagai disiplin ilmu yang dilaksanakan dan konsisten. Pengajian yang dilaksanakan

hendaklah bersifat mendidik, memberi kefahaman serta penerapan nilai-nilai yang baik.

Seminar dan persidangan adalah satu perhimpunan besar yang memerlukan setiap individu

yang menghadirinya sama ada sebagai panel atau peserta berperanan untuk bersama-sama

berkongi maklumat dan percambahan fikiran. Seminar atau persidangan perlu berfokus

terhadap tema yang ingin dibincangkan dan sebarang bentuk cadangan perlu diterima dengan

lapang dada. Contohnya seminar keluarga bahagia.

6.2 Program-program kesenian Islam contohnya melalui seni muzik, seni perfileman, seni

fesyen , seni tampak, seni ukir, seni lukis dan sebagainya

Program-program seni muzik, seni fesyen dan seni perfileman merupakan program-

program yang begitu popular di kalangan masyarakat Malaysia. Lahirnya rancangan realiti

berunsur agama seperti Akademi Al Quran, Imam Muda, Ustazah Pilihan dan lain-lain dapat

menarik minat masyarakat terutamanya keluarga bersama-sama menyaksikan medium dakwah

secara tidak langsung. Program Malam Kesenian Islam yang dianjurkan oleh universiti-

universiti, IKIM dan peringkat negara adalah antara contoh yang boleh merapatkan lagi

hubungan persaudaraan sesama keluarga atau masyarakat. Program ‘Malam Cinta Rasul’ oleh

Habib Syeikh As Seggaf merupakan contoh terbaik program kesenian Islam yang amat berjaya

memupuk persaudaraan dalam Islam.

6.3 Program-Program Khidmat Kemasyarakatan contohnya ziarah ukhuwah, lawatan

kebajikan, gotong royong dan lain-lain.

Program-program ini diatur untuk membantu golongan yang memerlukan dan banyak

sumbangan daripada pihak kerajaan, NGO dan orang perseorangan. Contohnya kepada

golongan orang asli dengan menziarahi mereka dapat menyalurkan bantuan, menerapkan nilai-

15

Page 16: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

nilai Islam dan memupuk persaudaraan sama ada sesama Islam atau bukan Islam. Gotong-

royong merupakan program khidmat masyarakat yang sering dilaksanakan di Malaysia seperti

gotong-royong di kawasan-kawasan perumahan bagi menghapuskan nyamuk eades. Program

ziarah dari rumah ke rumah dapat menunjukkan kemurniaan, keindahan Islam dan mengetahui

setiap masalah yang boleh dipanjangkan kepada pihak yang terbabit. Semua perkara ini akan

menjurus kepada persaudaraan dalam Islam.

6.4 Program-Program Aktiviti seperti Summer Camp dakwah (Mukhayyam) , Sukaneka,

Rihlah dan lain-lain.

Program-program perkhemahan sama ada summer camp atau mukhayyan di kalangan

kanak-kanak, remaja atau dewasa amat popular dan memberi impak yang besar kepada

hubungan kekeluargaan dan persaudaraan Islam. Program riadah, sukaneka, perkelahan dan

lain-lain yang bersifat fizikal perlu diperbanyakkan dengan memasukkan unsur-unsur

keislaman sebagai medan dakwah. Kesemua program-program ini dapat memupuk semangat

persaudaraan di dalam Islam. Sebagaimana Rasulullah SAW. berpesan mengenai memanah dan

menunggang kuda seperti berikut :

"Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim). Sesungguhnya

Rasulullah S.A.W. pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada

pemenangnya.” (Riwayat Ahmad). “Ya! Demi Allah, sungguh ia (Rasulullah s.a.w.) pernah

bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat

mengalahkan orang lain, ia sangat tangkas dalam hal itu dan mengherankannya.”

(Riwayat Ahmad) 

7.0 KEKANGAN-KEKANGAN KEPADA PROGRAM ATAU AKTIVITI.

Dakwah adalah usaha-usaha penyampaian ajaran Islam yang dilakukan secara terancang

dengan menggunakan cara-cara tertentu untuk mengajak orang lain agar dapat mengikuti apa

yang disampaikan kepadanya tanpa wujudnya sebarang unsur paksaan kerana paksaan amat

dilarang dalam Islam, sebagaimana yang jelas dalam firman Allah :

16

Page 17: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

‘ Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)

dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman

kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang

teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui’.

(Surah Al Baqarah 2 : 256)

Dakwah Islamiah merupakan suatu usaha dan kerja untuk membentuk pemikiran serta

sikap manusia supaya sentiasa berada di dalam suatu jalan dan acuan yang ditentukan oleh

Allah s.w.t. Bagi mengecapi matlamat sedemikian, terdapat banyak halangan yang terpaksa

dihadapi yang datangnya dari berbagai pihak. Jika diperhatikan bahawa era dakwah pada masa

kini berhadapan dengan pelbagai bentuk rintangan dan halangan serta pelbagai cabaran dan

masalah yang semakin rumit. Perkara sebegini berlaku disebabkan oleh berkembangnya

peradaban dan kemajuan tamadun manusia dalam pelbagai aspek kehidupan, di mana keadaan

ini pastinya berbeza. Kekangan–kekangan atau halangan–halangan dalam pelaksanaan program

dakwah yang dicadangkan boleh dibahagikan kepada :

7.1 Halangan dalaman

Kecenderungan tabie yang negatif. Diri manusia disediakan untuk menerima keburukan dan

kebaikan, sepertimana firman Allah S.W.T :

‘Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan

yang membawanya kepada bertaqwa.’

(Surah al Syams 91 : 8)

Ayat di atas jelas menunjukkkan bahawa diri manusia bersedia menerima keburukan dan

kebaikan. Maka jika buruk yang diterima ia lebih cenderung kepada keburukan dan jika

sebaliknya ia lebih cenderung kepada kebaikan (Ab Aziz. 2012). Manakala menurut Ghazali

(1996), cabaran dalaman antaranya agama dirasa sebagai satu persoalan peribadi yang tidak ada

kaitan dengan ekonomi, masyarakat, sains dan teknologi. Pembangunan ekonomi akan diukur

17

Page 18: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

dengan menggunakan perekonomian sekular tanpa diambil kira pertimbangan hukum agama

dan nilai-nilai akhlak. Halangan ini merupakan halangan utama bagi mencapai persaudaraan

dalam Islam.

7.2 Halangan luaran, antaranya :

Golongan yang menolak agama. Golongan ini tidak akan mengikuti sebarang program

dakwah walaupun menarik, percuma , bermanfaat dan lain-lain.

Dorongan dan pengaruh dari unsur-unsur negatif seperti di tempat- tempat maksiat,

hiburan, perjudian, permainan, pertunjukan kebudayaan dan keseniaan, media massa

dan lain-lain. Dorongan ini merupakan yang paling kuat menarik manusia dan

menghalang matlamat dakwah iaitu persaudaraan di dalam Islam.

7.3 Pengaruh keduniaan yang memperdayakan, antaranya :

Kemewahan dan kesenangan hidup

Permainan, hiburan, perhiasan, kelebihan dan kekuatan yang dimiliki, harta benda dan

anak pinak. Dibincangkan di dalam al Quran :

‘Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang

diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak

bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan

binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan

hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya

(iaitu Syurga).’

(Surah Al Imran 3 : 14)

‘Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan

sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar’.

(Surah Al Anfal 8 : 28)

18

Page 19: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

‘ Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan

di sisi Allah jualah pahala yang besar’.

( Surah Al Taghabun 64 : 15)

7.4 Pengaruh Barat yang menebal di kalangan orang Islam.

Walaupun sekarang Malaysia telah merdeka, namun kesan daripada penjajahan fikiran

masih wujud. Oleh kerana penjajah-penjajah yang pernah menguasai negara terdiri daripada

orang Kristian Barat yang kebanyakan sistem nilainya tidak sama dengan sistem nilai Islam,

pemikirannya tidak sama dengan pemikiran Islam dan cara hidupnya tidak sama dengan cara

hidup Islam, maka pemikiran dan perwatakan masyarakat Islam sehingga sekarang banyak yang

bercanggah dengan yang dianjurkan oleh Islam.

Untuk mengikis pengaruh yang dianggap telah bersebati seperti ini memerlukan usaha

yang lebih, kerana terpaksa menghadapi banyak masalah yang merintang. Demikian juga

dengan masalah pengaruh kebendaan yang agak menebal di kalangan sesetengah masyarakat

Islam. Oleh kerana kebanyakan negara Islam mempunyai kedudukan ekonomi yang baik, maka

pengaruh tersebut sukar untuk diatasi setelah ia ditanam begitu lama oleh pihak-pihak yang

memusuhi Islam.

Pengaruh tersebut menjadi masalah pada dakwah disebabkan Islam itu satu agama yang

mementingkan bukan sahaja kesenangan di dunia malah juga kesenangan di akhirat. Ciri-ciri

yang dibawa oleh Islam seperti ini akan bertembung dengan jiwa kebendaan yang melihat

kesenangan bagi manusia itu semata-mata ada di dunia sahaja.

Usaha dakwah untuk menjaga kepentingan akhirat akan ditentang oleh pengaruh ini atau

paling tidak golongan ini akan sukar menerimanya. Masalah lain ialah perpecahan di kalangan

umat Islam. Akibat daripada perpecahan ini banyak masalah tidak dapat diselesaikan.

Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan, tetapi masyarakat Islam terus

berpecah dan menjadi lemah.

19

Page 20: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

8.0 KESIMPULAN

Penerapan nilai dan etika persaudaraan sebagai mana yang dituntut oleh ajaran Islam

dapat mengeratkan perpaduan dan keutuhan ikatan masyarakat. Perpaduan merupakan paksi

utama kepada kesatuan dan akan melahirkan generasi bersatu padu dalam kelompok

masyarakat yang progresif dan dinamik. Dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai

variasi kaum, agama dan bangsa penerapan nilai-nilai persaudaraan sebagai mana yang

dianjurkan oleh Islam perlu dihayati dan diasimilasikan dalam realiti masyarakat majmuk di

Malaysia.

Islam menetapkan pelbagai garis panduan bagi menguatkan tali ukhwah atau

persaudaraan sesama umat Islam. Islam mengatur cara-cara hidup yang wajib dilakukan oleh

seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain supaya kehidupan masyarakat Islam

sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan harmoni. Peringatan yang terdapat dalam Al-

Qur’an ialah tidak memutuskan tali silaturrahim. Allah telah menyeru hambanya berkaitan

dengan menyambung tali silaturahim dalam sembilan belas ayat di dalam al Quran. Allah

memperingatkan orang yang memutuskannya dengan laknat dan azab, di antara firmanNya:

Maksudnya :

“(kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan

dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang Kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka

bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (orang-orang yang

melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan

pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya”.

(Surah Muhammad 47 : 22-23).

Dalam ayat yang lain, Allah juga mengingatkan mengenai bahawa memutuskan persaudaraan adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam, Allah berfirman:

20

Page 21: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

“Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu

(bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya

(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan

perempuan yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta Dengan

menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat kerana

sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”.

 (Surah An-Nisaa’ 4 : 1)

Di zaman teknologi canggih ini, seharusnya semangat persaudaraan antara kaum

muslimin lebih baik. Manuasia boleh berhubung sesama sendiri tanpa batasan tempat

menggunakan teknologi terkini yang pelbagai. Persaudaraan merupakan satu kewajipan yang

dituntut oleh fitrah manusia kerana ia dapat menyempurnakan rasa cinta dan interaksi sosial

antara umat manusia. Persaudaraan yang hebat melambangkan ketinggian akhlak dan

peradaban manusia.

( patah perkataan )

21

Page 22: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

BIBLIOGRAFI

Al Quran al Karim

Kamus Dewan. (2000).

Tafsir Pimpinan Rahman kepada pengertian Al Quran (1997). Kuala Lumpur : Dar al Fikr.

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JPM). (1974). Mustika Hadith rasulullah S.A.W. Jld 1. Kuala Lumpur : JPM.

Abdul Karim Mustafa. (2002). Persaudaraan Islam dan Pembangunan Sosial (Terj). Kuala Lumpur : YADIM. 33-75, 143-198

Ab Aziz Mohd Zin. (2012). Strategi dakwah dalam sirah nabi S.A.W. Jabatan dakwah danpembangunan Insan. Akademi pengajian Islam. Universiti Malaya :

Ab Aziz bin Mohd Zin. (1993). Dakwah al Quran kepada Orang Bukan Islam : Suatu Kajianterhadap Dakwah Di Kalangan masyarakat Cina Di Wilayah Persekutuan. Tesis DoktorFalsafah Universiti Malaya.

Ab. Aziz Mohd Zain (2003). Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. 4.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2011). Metodologi Dakwah di Malaysia. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd. Open Universiti Malaysia.62-75

Ghazali Darusalam. (1996). Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 128-136

ekhutbah.www.islam.gov.my

22

Page 23: Persaudaraan Dalam Islam-Asas Dakwah

AMSU5303

23