persampelan-rawak-mudah-sistematik.doc

25
PERSAMPELAN RAWAK MUDAH DAN SISTEMATIK | 1 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang persampelan rawak mudah dan juga persampelan sistematik. Penerangan mengenai persampelan juga diterangkan terlebih dahulu dalam perbincangan ini supaya pembaca dapat memahami persampelan sebelum melihat jenis-jenis persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik. Pendedahan tentang definisi kepada kedua-dua jenis persampelan itu dibincangkan juga dengan terperinci bagi memastikan kejelasan tentang perbezaan kedua-dua persampelan tersebut. Perbezaan persampelan tersebut dapat dilihat dari segi cara sampel diambil iaitu proses pemilihan sampel. Kajian ini juga cuba menjelaskan dengan terperinci berserta contoh bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai setiap proses pemilihan sampel bagi kedua-dua persampelan yang dikaji iaitu persampelan rawak mudah dan sistematik. Bagaimana sampel diambil dan keadaanya juga dijelaskan dengan tepat dan betul sebagai rujukan kepada semua. Kemudian kelebihan dan kelemahan setiap

Upload: hanizs-shuhada

Post on 09-Feb-2016

72 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 1

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang persampelan rawak mudah dan juga

persampelan sistematik. Penerangan mengenai persampelan juga diterangkan terlebih dahulu

dalam perbincangan ini supaya pembaca dapat memahami persampelan sebelum melihat jenis-

jenis persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

Pendedahan tentang definisi kepada kedua-dua jenis persampelan itu dibincangkan juga dengan

terperinci bagi memastikan kejelasan tentang perbezaan kedua-dua persampelan tersebut.

Perbezaan persampelan tersebut dapat dilihat dari segi cara sampel diambil iaitu proses

pemilihan sampel.

Kajian ini juga cuba menjelaskan dengan terperinci berserta contoh bagi memudahkan

pemahaman pembaca mengenai setiap proses pemilihan sampel bagi kedua-dua persampelan

yang dikaji iaitu persampelan rawak mudah dan sistematik. Bagaimana sampel diambil dan

keadaanya juga dijelaskan dengan tepat dan betul sebagai rujukan kepada semua. Kemudian

kelebihan dan kelemahan setiap persampelan ini terut disertakan bagi penilaian kecekapan dan

juga kesesuaian penggunaan persampelan dalam penyelidikan.

Page 2: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 2

1.0 PERSAMPELAN

Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) persampelan merupakan satu proses di

manasebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan

kitamembuat generalisasi mengenai populasi itu. Menurut Syed Arabi Idid (1992), Persampelan

merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada

sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi. Menurut Gordon F. Fielding (1974) dalam

bukunya Geography as Social Science, beliau menyatakan bahawa , ‘The unbiased selection of

the test population is called sampling’. Persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel

kajian bagi mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh peyelidik

tidak kira sains tulen atau sains sosial dalam peyelidikan mereka. (Sent, 2010)

Persampelan meluas digunakan di dalam perniagaan untuk memperolehi maklumat yang

berguna berkaitan populasi. Data adalah diambil daripada sampel dan kesimpulan adalah dibuat

terhadap populasi sebagai bahagian daripada proses pentadbiran statistik. Soal selidik yang

dibuat dengan teliti akan digunakan untuk memperolehi data yang dikehendaki. Penyelidik

kemudiannya akan menganalisis data yang diperolehi dari jawapan responden yang telah dipilih.

Ringkasan dan keputusan kajian akan disediakan berdasarkan keputusan analisis yang diperolehi.

Biasanya sampel yang sempurna akan dapat memberikan maklumat yang amat berguna di dalam

proses membuat keputusan. (Persampelan)

Secara umumnya, sampel merupakan satu set kes yang dipilih oleh penyelidik daripada

satu populasi. Unsur persampelan merupakan unit analisis yang digunakan dalam kajian. Rangka

persampelan pula merupakan senarai semua unsur dalam populasi yang dikaji. Persampelan

terbahagi kepada dua kategori iaitu persampelan rawak dan persampelan tidak rawak.

Page 3: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 3

Persampelan rawak bermakna setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang memilih.

Persampelan rawak pula dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu persampelan rawak

mudah dan persampelan sistematik.

Kerangka persampelan merupakan senarai yang mengandungi semua individu atau unit

analisis yang kesemuanya dijadikan populasi berkenaan. Tegasnya, kerangka persampelan

merupakan senarai lengkap bagi populasi. Satu sampel yang mengandungi sebilangan individu

dalam kerangka persampelan dihasilkan menerusi rangkaian tertentu. Sampel tersebut perlu

mewakili dan memperlihatkan semua cirri populasi dengan tepat. Kesempurnaan kerangka

persampelan dinilai melalui tiga kriteria iaitu kelengkapan, kebarangkalian dan keberkesanan.

Kelengkapan bermaksud kerangka persampelan mesti mempunyai senarai semua individu atau

unit analisis yang bakal dikaji. Kebarangkalian pula ialah kemungkinan setiap individu yang

dipilih sebagai sampel perlu ditentukan dahulu. Namun, yang penting di sini bukan semua

individu dalam rangka persampelan diberi kebarangkalian yang serupa untuk dipilih. Yang

diutamakan ialah penentuan kebarangkalian setiap individu untuk dipilih. Hal ini demikian

kerana ia berguna apabila menentukan anggaran penganalisisan data kemudian. Keberkesanan

pula daripada segi biaya pengendalian persampelan juga diambil kira untuk menilai rangka

persampelan. Penyelidik perlu mengusahakan cara yang murah tetapi sampel yang dikutip

memadai dan bernilai. (Masri, 2005)

Tujuan persampelan dilakukan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masaalah supaya

penyelesaiannya boleh dirangka. Kita juga dapat memahami sesuatu fenomena dengan lebih

jelas. Di samping itu, kita dapat mengumpul pendapat pengguna tentang sesuatu isu ataupun

produk.  Memilih sampel dari satu populasi yang dikaji mengikut tujuan kajian

dinamakanpensampelan bertujuan. Biasanya, pensampelan ini adalah untuk kajian awalan

Page 4: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 4

ataupenerokaan dan juga untuk menguji sesuatu teori. Dalam pensampelan bertujuan,penyelidik

akan memilih responden mengikut pertimbanganya sendiri iaitu yang palingsesuai dengan tujuan

kajianya. Lazimnya, individu yang terpilih sebagai responden dalampensampelan bertujuan

mempunyai segala maklumat, perspektif atau apa saja bahan yangberkaitan dengan tujuan kajian

penyelidik. Sebagai contoh ialah kajian mengenai kegiatanpelacuran dalam kalangan remaja.

Setelah menjalankan tinjauan, penyelidik mungkinBerjaya mendapat beberapa kelompok remaja

yang pernah menjalankan kegiatanpelacuran. Kelebihan pensampelan ini ialah penyelidik boleh

mengunakan kemahiran danpengetahuannya yang lalu dalam memilih subjek kajian dalam

kajianya yang akan datang.

Persampelan amat penting dalam sesuatu kajian kerana melibatkan kos perbelanjaan yang

lebih rendah. Di samping itu, masa pengumpulan dan penganalisisan data yang banyak lebih

singkat. Selain itu, membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih terperinci

daripada sebahagian kecil populasi dan penyelidik dapat membuat liputan kajian yang lebih luas

dalam masa yang singkat. (Persampelan)

Page 5: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 5

2.0 PERSAMPELAN RAWAK MUDAH

Ia merupakan teknik pensampelan yang asas. Ia memerlukan senarai kesemua calon yang

berkemungkinan di pilih. Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula kedalam

senarai pencalonan. Masalah dengan teknik ini ialah apabila senarai kesemua calon tidak ada

atau tidak lengkap. Contohnya memilih satu nombor dari nombor-nombor berikut iaitu 2, 3, 1, 7,

6, 9, 45, 32, 56, 22, dan 89. Oleh itu, kebarangkalian bagi setiap nombor dipilih ialah 1/12.

Persampelan rawak mudah ialah persampelan di mana setiap elemen dalam populasi itu

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. De Vaus (1985) telah

menyenaraikan lima tahap yang perlu seseorang lakukan dalam persampelan rawak mudah iaitu

mendapatkan satu rangka persampelan yang lengkap. Kedua, memberikan tiap-tiap ahli satu

nombor khas. Ketiga menentukan saiz persampelan. Keempat, memilih ahli-ahli mengikut saiz

sampel yang telah ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak dan memilih ahli daripada angka

rawak tersebut. (Persampelan)

Selain itu, persampelan rawak mudah ini merupakan asas kepada lain-lain teknik

persampelan rawak. Melalui persampelan rawak mudah, setiap unit di dalam kerangka

diletakkan nombor dari 1 hingga N iaitu N adalah saiz populasi. Kemudian, jadual nombor

rawak adalah digunakan untuk memilih (n) item ke dalam sampel. Penjana nombor rawak

adalah program komputer yang membolehkan komputer untuk mengira output untuk

menghasilkan nombor rawak. Persampelan rawak mudah menghendaki setiap individu

mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau digunakan sebagai sampel. Persampelan

rawak mudah ini juga sesuai digunakan sekiranya populasi yang dikaji mempunyai ciri-ciri yang

seragam.

Page 6: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 6

2.1 CONTOH DAN LANGKAH-LANGKAH PERSAMPELAN RAWAK

MUDAH

Sebagai contoh, penyelidikan sebenar yang dilakukan di UTM Skudai, Johor. Populasi

kajian ini terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan UTM Skudai Johor. Pelajar

tahun akhir dipilih kerana mereka lebih lama melalui proses pembangunan di UTM. Oleh itu,

dengan memilih pelajar tahun akhir, ia dapat memberi gambaran secara keseluruhan

keberkesanan usaha UTM dalam membangunkan aspek sosial pelajar. Secara keseluruhannya,

jumlah populasi bagi pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan adalah sebanyak 533 orang.

Walaubagaimanapun, berdasarkan jadual penentuan saiz sampel seperti yang disyorkan oleh

Krejcie dan Morgan (1970), jika saiz populasi berjumlah di antara 500 dan 550 orang, maka

jumlah saiz sampelnya adalah 226 orang. Sebanyak 270 borang soal selidik telah diedarkan bagi

menjamin bahawa jumlah yang dikehendaki dalam kajian ini dapat dipenuhi dan memastikan

hanya responden yang menjawab dengan lengkap sahaja dijadikan sampel. Sampel kajian adalah

terdiri daripada pelajar tahun akhir dari semua program kecuali Program Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik). Ini kerana pelajar dari program ini telah digunakan

sebagai sampel untuk kajian rintis. Bagi pemilihan sampel bagi setiap program, pengkaji

menggunakan kaedah persampelan secara rawak mudah. Di dalam persampelan rawak mudah,

setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

(Othman)

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Menurut

Tuckman (1978), instrumen berbentuk soal selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi

mendapatkan maklumat daripada responden. Manakala Cates (1983) pula berpendapat,

Page 7: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 7

pengunaan instrumen berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik

dan mempunyai item-item yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam keadaan masa dan kos

yang terhad, ia merupakan cara yang paling sesuai digunakan. Dengan menggunakan soal selidik

juga responden tidak perlu menulis nama dan ini memungkinkan mereka menjawab dengan jujur

(Cockburn, 1996). Pembinaan soal selidik ini telah dilakukan berdasarkan beberapa andaian

yang telah dicadangkan oleh Wolf (1988) iaitu responden mudah membaca dan memahami item-

item soal selidik, responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi untuk

menjawab item-item dalam soal selidik dan responden menjawab soal selidik secara suka rela

dan ikhlas. (Othman)

Sebelum menjalankan kajian sebenar, satu kajian rintis telah dilakukan ke atas 15 orang

pelajar tahun akhir dari Fakulti Pendidikan. Pelajar yang dijadikan sampel kajian rintis adalah

merupakan pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik).

Maka dengan ini, pelajar daripada program tersebut tidak akan digunakan sebagai sampel

sebenar. Tujuan kajian rintis dijalankan adalah untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik di

samping menguji kefahaman pelajar terhadap item-item instrumen sama ada ianya bersesuaian

dengan pengalaman pelajar dan dapat memenuhi objektif kajian yang dijalankan. Kajian rintis

dapat membantu pengkaji memperoleh pertunjuk awal tentang mana-mana bahagian kajian yang

mungkin tidak tepat atau gagal. Ianya juga membolehkan pengkaji mengenal pasti sebarang

kekurangan dalam instrumen kajian dan seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut. (Othman)

Kemudian proses menganalisis data dilakukan. Jadual 1 menunjukkan taburan responden

mengikut peratusan, min dan sisihan piawai bagi pelajar terhadap faktor Hal Ehwal Pelajar

(HEP) dalam membangunkan aspek sosial. Hasil daripada kajian didapati item ke-53 iaitu “Garis

panduan pemakaian yang digariskan HEP dapat membina penampilan yang positif dalam diri

Page 8: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 8

saya” mendapat nilai min tertinggi sebanyak 3.96 dengan sisihan piawainya 0.841. Sebanyak

21.1% responden sangat setuju, 63.6% setuju, 8.3% kurang setuju, 4.4% tidak setuju dan 2.6%

responden menjawab sangat tidak setuju. Pernyataan yang mendapat nilai min ke-2 tertinggi

ialah item ke-49 iaitu “Program HEP dapat memupuk semangat kekitaan diantara saya dengan

rakan” yang mana nilai min yang diperolehi adalah sebanyak 3.93 dengan sisihan piawai 0.790.

Terdapat seramai 20.6% responden sangat setuju, 57.9% setuju, 15.4% kurang setuju manakala

5.7% responden tidak setuju dan 0.4% sangat tidak setuju. Bagi pernyataan item ke-46 iaitu

“Program yang dianjurkan HEP membina keyakinan diri saya sewaktu melaksanakan aktiviti”

didapati bilangan yang menjawab sangat setuju adalah sebanyak 18.4%, setuju 58.3%, kurang

setuju 17.1% manakala tidak setuju 4.8% dan sangat tidak setuju 1.3%. Pernyataan ini

merupakan min ke-3 tertinggi dengan nilai 3.88 dan sisihan piawai sebanyak 0.809. Seterusnya,

pernyataan yang memperolehi min yang paling rendah ialah “Program HEP dapat melatih saya

menjadi pemimpin” iaitu item ke-50 dengan nilai min sebanyak 3.68 dan sisihan piawai 0.884.

Responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini adalah sebanyak 14.5%, setuju 52.2%,

kurang setuju 21.5%, manakala tidak setuju sebanyak 11% dan sangat tidak setuju 0.9%. Secara

puratanya, jumlah min dan sisihan piawai yang diperoleh bagi dimensi ini masing-masing adalah

3.83 dan 0.865. (Othman)

Page 9: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 9

2.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PERSAMPELAN RAWAK MUDAH

Persampelan rawak mudah mempunyai kebaikkan dan kelemahan. Antara kebaikan ialah

menjadi dasar kepada rekabentuk persampelan yang lain. Hal ini kerana untuk memastikan setiap

individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil atau untuk digunakan bagi mewakili

populasi. Selain itu, kebaikan persampelan rawak mudah ialah memerlukan pengetahuan minima

mengenai populasi yang dikaji, penganggaran ralat, dan pensampelan boleh disukat,mudah untuk

menganalisis data. Hal ini kerana tidak memerlukan pengetahuan terperinci mengenai populasi

yang dikaji.

Kelemahan persampelan rawak mudah ialah akan melibatkan kos yang tinggi. Selain itu,

kelemahan kaedah persampelan rawak mudah ialah sukar untuk digunakan apabila melibatkan

saiz sampel yang besar dan akan menyebabkan memerlukan kerangka pensampelan bagi

menjalankan penyelidikan. Seterusnya, kaedah ini juga tidak sesuai untuk semua keadaan. Hal

ini kerana sekiranya saiz populasi tidak seragam akan menyebabkan berlaku kesilapan ketika

pemilihan reponden yang dikehendaki. (Kelebihan, kelemahan) Seterusnya, kelemahannya ialah

menyebabkan bias. Penyelidik mungkin akan memilih responden yang mereka kenali tanpa

menjalankan penyelidikan secara tepat dan betul.

Page 10: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 10

3.0 PERSAMPELAN RAWAK SISTEMATIK

Persampelan rawak sistematik juga merupakan salah satu daripada persampelan rawak.

Persampelan rawak sistematik ini mempunyai cara penggunaan tersendiri. Persampelan rawak

sistematik ialah sampel yang diperolehi dengan memilih unsur secara rawak. Persampelan rawak

sistematik boleh dilakukan dengan memilih responden berdasarkan selang atau gandaan tertentu.

Penyelidik yang menjalankan sesuatu kajian akan menentukan jarak langkau dan jarak jauh

sampel. Hal ini kerana penyelidik sahaja yang akan memahami kajian ynag dijalankan dan

jumlah yang diperlukan. Persampelan rawak sistematik ini unsur yang dipilih ialah daripada

populasi pada selang yang seragam (Azizi Yahya, 2006).

Persampelan rawak sistematik ini terdapat cara untuk mendapatkan sampel yang

diperlukan. Cara yang digunakan ialah kaedah selang. Selang ialah untuk mengecilkan saiz

sampel daripada populasi yang begitu besar. Hal ini kerana saiz sampel yang sangat besar akan

mengelirukan penyelidik untuk membuat kajian. Cara mendapatkan saiz selang (k) ialah dengan

membahagikan saiz populasi (N) dengan saiz sampel (n). Formula untuk mendapatkan saiz

selang ialah seperti di bawah :-

Menentukan Nilai k

k = N

n

Dimana,

n = saiz sampel

N = saiz populasi

k = saiz selang untuk dipilih

Page 11: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 11

Apabila saiz selang telah dapat, maka penyelidik perlu memilih secara rawak salah satu nombor

dari saiz tersebut. Misalnya, saiz populasi 1000 dan saiz sampel yang diperlukan ialah 100 orang.

Maka, 1000/100 ialah 10 saiz selang. Jadi penyelidik perlu memilih satu nombor antara 1 hingga

10. Jika penyelidik memilih secara rawak nombor 8 ini bermakna unsur pertama dipilih ialah

inidividu yang ke-8. Untuk mendapatkan unsur seterusnya ialah 8+10=18, 18+10=28, 28+10=38,

dan seterusnya. Saiz selang apabila ditambah adalah tetap iaitu 10. Hal ini membuktikan sampel

ini teratur dan sistematik. Sampel yang akan diambil ialah nombor 8, 18, 28, 38, ………,

sehingga 998 (Sulaiman Masri, 2005). Disini menunjukkan, nombor pertama dipilih ialah

individu yang ke-8 dan terakhir ialah individu ke-998 menjadi saiz sampel yang diperlukan iaitu

seramai 100 orang yang terlibat dalam penyelidikan ini.

Page 12: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 12

3.1 CONTOH DAN LANGKAH-LANGKAH PERSAMPELAN RAWAK

SISTEMATIK

Melalui prosedur persampelan rawak sistematik (Systematic random sampling), seramai

291 orang pelajar daripada 715 orang telah dipilih sebagai sampel kajian. Mereka terdiri daripada

pelajar tahun Dua dan tahun Tiga yang mengikuti pengajian pada semester kedua, sesi pengajian

2009/2010, Fakulti Pengajian Islam. Seramai 141 orang (48.5%) responden adalah pelajar Tahun

Dua dan 150 orang (51.5%) responden adalah pelajar Tahun Tiga. Seramai 102 orang (35.1%)

adalah responden lelaki dan 189 orang (64.9%) adalah responden perempuan. Mereka mewakili

lima jabatan di Fakulti Pengajian Islam iaitu Jabatan Pengajian Syariah, Jabatan Pengajian

Usuluddin dan Falsafah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pengajian al-

Quran dan al-sunnah dan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan. (Salasiah Hanin Hamjah,

2012)

Setiap cara persampelan terdapat langkah yang perlu diikuti supaya kaedah digunakan

menjadi cepat dan teratur. Antara langkah yang perlu dilakukan untuk contoh penyelidikan di

atas ialah pertama kenal pasti populasi dan berikan definisinya iaitu pelajar tahun Dua dan tahun

Tiga. Kedua ialah tentukan bilangan ahli populasi dan senaraikan nama mereka iaitu seramai 715

orang. Ketiga, berikan nombor kepada setiap pelajar secara berturutan kepada setiap ahli

populasi bermula 000 sehingga 290. Keempat, tentukan saiz sampel (291 daripada 715). Kelima,

dapatkan selang nombor, kita bahagikan saiz populasi dengan saiz sampel (291/715). Akhir

sekali untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 2, 4, 6, 8, ….. sehingga

582 ; yang akhirnya kita akan dapat 291 orang pelajar sampel.

Page 13: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 13

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Borang soal selidik telah digunakan sebagai

alat pengumpulan data. Analisis data dilakukan secara statistik deskriptif dan inferensi serta

dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan juga analisis statistikal secara ujian

t perbandingan (t-test) serta ujian korelasi Pearson. Kajian rintis telah dijalankan untuk melihat

kebolehpercayaan instrumen kajian. Seramai 291 orang pelajar mewakili ciri-ciri populasi telah

dipilih dalam kajian rintis ini. Data yang diperolehi dianalisa menggunakan ujian statistik untuk

mendapatkan nilai alpha cronbach. (Salasiah Hanin Hamjah, 2012)

Hasil kajian mendapati terdapat beberapa bentuk amalan kerohanian yang dilakukan oleh

responden dalam kajian ini seperti solat hajat, membaca al-Quran, solat sunat rawatib, solat

berjemaah dan muhasabah (Jadual 2). Kajian ini mendapati lebih separuh responden iaitu 55.3%

(161 orang) melakukan solat hajat atau qiyam al-lail sebanyak satu hingga dua kali seminggu.

Diikuti 18.9% (55 orang) responden melakukan tiga hingga empat kali seminggu dan 2.4% (7

orang) responden melakukan solat hajat atau qiyam al-lail lima kali seminggu. Walaupun begitu,

didapati 5.5% (16 orang) responden melakukan solat hajat secara kerap dalam seminggu iaitu

sebanyak enam kali dan ke atas. Meskipun terdapat responden yang tidak mengerjakan solat

hajat atau qiyam al-lail dalam seminggu iaitu 17.9% (52 orang) tetapi majoriti responden dalam

kajian ini mengerjakannya antara satu kali hingga enam kali dalam seminggu. Ini menjelaskan

bahawa solat hajat atau qiyam al-lail merupakan amalan agama yang biasa dipraktikkan oleh

responden Fakulti Pengajian Islam. Kajian ini turut mendapati 73.2% (213 orang) responden

membaca al-Quran antara satu hingga dua kali dalam sehari. Diikuti dengan 14.1 % (41 orang)

responden membaca al-Quran antara tiga hingga empat kali dalam sehari dan 3.1% (9 orang)

responden melakukan secara kerap setiap hari iaitu melebihi enam kali sehari. Ini menunjukkan

Page 14: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 14

responden dalam kajian ini majoritinya membaca al-Quran walaupun hanya sekali atau dua kali

dalam sehari. (Salasiah Hanin Hamjah, 2012)

3.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PERSAMPELAN RAWAK

SISTEMATIK

Kebaikan menggunakan kaedah persampelan sistematik ialah mudah menentukan

rancangan persampelan. Hal ini kerana sistematik bertaburan seragam disepanjang kerangka

persampelan. Selain itu, kebaikan kaedah persampelan mudah dikendalikan kerana setiap unsur

yang dipilih telah ditentukan selangnya. Maka sampel dapat dipilih dengan mudah dan teratur

(Persampelan dan Taburan Persampelan). Seterusnya, kebaikan kaedah persampelan sistematik

lebih tepat daripada kaedah persampelan rawak mudah. Hal ini kerana rawak mudah akan

menyebabkan berlaku ulangan yang sama dan mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.

Perkara sebegini akan melambatkan penyelidik untuk mencari responden.

Kelemahan menggunakan kaedah persampelan sistematik ialah kitar berkala wujud

dalam semua kerangka persampelan atau senarai populasi. Hal ini akan menyebabkan wujudnya

ketidakseimbangan dalam melakukan kajian (Azizi Yahya, 2006). Misalnya, senarai nama

pelajar mengikut abjad daripada A hingga Z. Dalam sebuah kelas tersebut mempunyai bilangan

pelajar seramai 40 orang. Jika penyelidik ingin mengambil 20 orang pelajar sahaja. Di dalam

kelas itu terdapat lebih ramai pelajar lelaki daripada perempuan. Maka, hal ini akan

menyebabkan penyelidik akan mendapat responden yang terdiri daripada bilangan pelajar lelaki

yang lebih banyak daripada pelajar perempuan.

Page 15: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 15

BIBLIOGRAFI

Azizi Yahya, S. H. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori, Analisis, Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Masri, S. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal, tesis. Retrieved Disember 2012, from mybooks.com.my: http://books.google.com.my/books?id=X0SyB_xZ28EC&pg=PA55&dq=pensampelan+rawak+sistematik&hl=en&sa=X&ei=ceO8UKf9Ec_trQfLkYDADQ&ved=0CDMQ6AEwAQ#v=onepage&q=pensampelan%20rawak%20sistematik&f=false

Othman, M. A. (n.d.). Populasi dan Sampel Kajian. Retrieved Disember 2012, from Kesan Persekitaran UTM Dalam Membangunkan Aspek Sosial Pelajar: http://eprints.utm.my/10587/1/Kesan_Persekitaran_UTM_Dalam_Membangunkan_Aspek_Sosial_Pelajar.pdf

Salasiah Hanin Hamjah, E. A. (2012, July). Perkaitan Amalan Spiritual dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Retrieved Disember 2012, from Universiti Kebangsaan Malaysia: http://www.ukm.my/jtlhe/pdf/4%20AJTLHE%2093%20.pdf

Sulaiman Masri. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan : Esei, Proposal, Tesis. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Persampelan. (n.d.). Retrieved Disember 2012, from Persampelan dan Taburan Persampelan: www.econ.upm.edu.my/~alias/MGM3162/CHAPTER05.doc

Persampelan dan Taburan Persampelan. (n.d.). Retrieved Disember 2012, from http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:zzg-S_72jVMJ:www.econ.upm.edu.my/~alias/MGM3162/CHAPTER05.doc+kaedah+persampelan+sistematik&hl=en&gl=my

Sent, A. (2010, November 13). Apa itu Persampelan? Retrieved Disember 2012, from Scribd: http://id.scribd.com/doc/42279107/laporan-kaedah-persampelan

Teknik Persampelan: Kelebihan, Kelemahan. (n.d.). Retrieved Disember 2012, fromwww.ftsm.ukm.my/aishah/TeknikPersampelan.ppt

Page 16: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 16

LAMPIRAN

Jadual 1 : Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pelajar

Terhadap Faktor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Dalam Membangunkan Aspek Sosial.

Page 17: PERSAMPELAN-RAWAK-MUDAH-SISTEMATIK.doc

P E R S A M P E L A N R A W A K M U D A H D A N S I S T E M A T I K | 17

Jadual 2 : Amalan Kerohanian Pelajar