persampelan 2015 gru6014

18
JENIS PENSAMPELAN A . PENSAMPELAN KEBARANGKALIAN B. PENSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN

Upload: mastura-beybey

Post on 25-Sep-2015

56 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

GRU 6014

TRANSCRIPT

Slide 1

A. i) Persampelan Rawak MudahSesuai untuk populasi yang mempunyai sifat yang hampir seragam.Jumlah unit yang diperlukan dipilih secara rawak daripada populasi.Setiap unit daripada populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Kaedah :Perlu ada kerangka persampelan (senarai nama) yang lengkap.Beri nombor kepada tiap-tiap ahli.Tentukan saiz pensampelanPilih ahli-ahli mengikut saiz yang ditentukan (buat cabutan atau menggunakan Jadual Rawak)Nama calon yang telah dipilih tidak akan dimasukkan semula ke dalam senarai pencalonan.

Kekuatan: Dapat menghasilkan parameter yang tepat walaupun saiz sampel kecil.

Kelemahan:Memerlukan senarai semua calon dalam populasi dengan lengkap.

ii) Persampelan SistematikUnsur dipilih daripada populasi pada selang seragam yang diukur dalam masa,tertib atau ruang.Pemilihan sampel berdasarkan setiap urutan nombor yang tertentu.Kaedah :Perlu ada kerangka persampelan (senarai calon) yang berkemungkinan dipilih.Tentukan jarak langkau ( k ) dari senarai calon (dimana k = senarai calon sampel yang diperlukan)Ambil responden yang terpilih mengikut langkau yang telah ditentukan.Kekuatan :Hanya perlu memilih satu nombor rawak sahajaKelemahan: Perlu senarai calon yang lengkap Terdapat trend pada senarai yang menyebabkan bias.

iii) Persampelan Berkelompok (Cluster)Setiap unit pensampelan merupakan kelompok unsur daripada pensampelan kawasan. Contoh : kajian ke atas sebilangan kelas daripada sebilangan sekolah.Sesuai untuk lokasi kajian yang terlalu luas.Kaedah:Semua kawasan yang merangkumi populasi dibahagi kepada kawasan kecil.Pastikan tiada perbezaan ciri antara kawasan-kawasan tersebutPilih kawasan sampel secara rawak.Kemudian unit-unit sampel dipilih secara rawak (mudah atau sistematik) daripada kawasan sampel tadi.Kekuatan:Menjimatkan masa dan wangKelemahan:Melibatkan dua atau lebih kemungkinan berlaku kesilapan pensampelan dalam setiap sampel

iv) Persampelan Pertimbangan / Bertujuan Penyelidik menentukan kriteria sampel yang mahu dipilih Kriteria sampel mesti sesuai dengan objektif kajian atau tujuan penyelidikPenyelidik mengambil sampel untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan kajian.Sampel yang dipilih tidak dihadkan lokasinya asalkan memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tergolong dalan populasi kajian. PENENTUAN SAIZ SAMPELSaiz populasi secara primarinya menentukan saiz sampel. Saiz sampel yang kecil tidak dapat memberi maklumat yang tepat bagi mewakil sesuatu populasi. Faktor-faktor yang perlu diambil kira : i) Kos ii) Masa iii) Tenaga Kerja iv) Kemudahan v) Ketepatan yang dikehendaki atau objektif kajian Sekiranya saiz populasi terlalu kecil,maka saiz sampel ialah 100% saiz populasinya. Bagi populasi homogen,saiz sampel yang kecil sudah memadai. Bagi populasi yang heterogen, saiz sampel perlu lebih besar supaya semua bahagian dalam populasi dapat diwakili oleh sampel yang dikaji.

Contoh : Senarai calon = 100 sampel diperlukan = 20

Maka , k = 100 20 = 5

Oleh itu calon pertama dipilih secara rawak dari nombor 1 hingga 5.Katakan nombor 3 dipilih , maka nombor seterusnyaDipilih dalam langkau 5 iaitu 3 + 5 = 8.Proses diulang sehingga 20 sampel diperolehi. Contoh :

Untuk menentukan purata bilangan set televisyen per isi rumah di sebuah bandar besar secara pensampelan.

Dengan menggunakan peta bandar , bahagikan kawasan kepada blokDan kemudian memilih bilangan tertentu blok bagi tujuan temu duga. iv) Persampelan Berstrata (Berlapis)Sesuai apabila ahli dari populasi yang bersifat heterogenus (pelbagai). Contohnya ahli dari organisasi multinasional.Menambahkan peluang kepada penyelidik mendapatkan data yang mewakili populasi.Kaedah:Buat pengasingan ahli dari populasi mengikut kategori terlebih dahulu sebelum pemilihan sampel dibuat (misalnya kumpulan atasan, pertengahan, bawahan mengikut jawatan).Buat pemilihan sampel secara rawak mudah drp setiap strata.Kekuatan :Kaedah ini dapat memastikan sampel yang dipilih diwakili secukupnya oleh golongan minoriti yang dikehendaki. B. i)Persampelan Mudah/ConvenienceDigunakan apabila pengkaji memerlukan sampel dengan segera.Maklumat didapati dengan cepat,mudah dan berkesan.Responden terdiri daripada sesiapa sahaja yang mudah ditemui.Pengkaji akan mendapatkan sampel ditempat yang diketahui mempunyai ramai respondenSesuai jika responden yang mahu dikaji dari semua golongan, tanpa mengambil kira ciri-ciri yang ditetapkan. Contoh: ambil responden dari dewan kuliah, atau beri borang soal selidik kepada sesiapa saja yang mudah dihubungi/ditemui

Jadual Bilangan Sampel Minimum Mengikut Jenis Kajian (Gay, 1981)Jenis Kajian Yang DigunakanBilangan Sampel Minimum Yang DiperlukanKajian Deskriptif10% daripada populasiKajian Kolerasi30 orang bagi sesuatu kumpulanKajian Eksperimental15 orang bagi sesuatu kumpulanKajian Perbandingan sebab30 orang bagi sesuatu kumpulanRUMUS PENSAMPELANSaiz dan sampel kajian ditetapkan berdasarkan formula yang disyorkan oleh Isaac dan Micheal (1979) dan Sekeran (1992) seperti berikut:S = x NP ( 1 P) d ( N 1 ) + x P ( 1 P )S = saiz sampel yang diperlukanN = jumlah populasi yang kecilP = nisbah populasi dilihat pada 0.50d = darjah ketepatan dalam populasi 0.05x = 3.841 pada paras keyakinan 0.05Dimana ;RUJUKAN :

LAMAN WEB 1

LAMAN WEB 2

LAMAN WEB 3

LAMAN WEB 4SEKIAN TERIMA KASIH