persamaan wau dan layang

7
Persamaan Wau dan Layang-layang Wau dan layang-layang merupakan dua permainan yang amat menarik dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu . Oleh itu terdapat banyak persamaan antara wau dan layang-layang. Pada asasnya wau dan layang-layang tergolong dalam satu kumpulan yang sama. Ini disebabkan wau dan layang- layang mempunyai kerangka yang diperbuat daripada buluh yang diraut halus atau lidi. Kemudian bahagian badan pula diperbuat daripada kertas . Wau dan layang-layang juga mempunyai dua bahagian kepak yang terdapat di sisi. Bahagian ekor pula berfungsi untuk mengimbangi wau atau layang-layang yang sedang terbang ke udara. Kedua-dua alat permainan ini memerlukan tali atau benang. Tali yang telah digunakan untuk bermain wau dan benang yang halus untuk bermain layang-layang. Tali atau benang digunakan untuk menaikkan wau atau layang- layang. Selain itu tali atau wau mampu mengubah arah angin atau sebagainya. Angin merupakan unsur yang paling penting sekali dalam permainan wau atau layang-layang . Kedua permainan ini dimainkan apabila angin sedang bertiup . Sekiranya ketiadaan angin , wau dan layang-layang masih boleh dimainkan , tetapi sukar untuk dinaikan . Oleh itu wau dan layang-layang adalah satu permainan yang bermusim . Wau dan layang-layang tidak mempunyai kawasan yang khusus . Kedua-dua permainan ini boleh dimainkan di mana sahaja tanpa mengira kawasan . Adalah lebih baik jika dimainkan di kawasan lapang kerana mempunyai tiupan angin yang boleh stabil .

Upload: siti-rohayu-rohan

Post on 12-Dec-2015

139 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

wau dan layang

TRANSCRIPT

Page 1: Persamaan Wau Dan Layang

  Persamaan Wau dan Layang-layang

     Wau dan layang-layang merupakan dua permainan yang amat menarik dan mendapat tempat di kalangan masyarakat Melayu . Oleh itu terdapat banyak persamaan antara wau dan layang-layang.       Pada asasnya wau dan layang-layang tergolong dalam satu kumpulan yang sama. Ini disebabkan wau dan layang-layang mempunyai kerangka yang diperbuat daripada buluh yang diraut halus atau lidi. Kemudian bahagian badan pula diperbuat daripada kertas .     Wau dan layang-layang  juga mempunyai dua bahagian kepak yang terdapat di sisi. Bahagian ekor pula berfungsi untuk mengimbangi wau atau layang-layang yang sedang terbang ke udara.     Kedua-dua alat permainan ini memerlukan tali atau benang. Tali yang telah digunakan untuk bermain wau dan benang yang halus untuk bermain layang-layang. Tali atau benang digunakan untuk menaikkan wau atau layang-layang. Selain itu tali atau wau mampu mengubah arah angin atau sebagainya.     Angin merupakan unsur yang paling penting sekali dalam permainan wau atau layang-layang . Kedua permainan ini dimainkan apabila angin sedang bertiup . Sekiranya ketiadaan angin , wau dan layang-layang masih boleh dimainkan , tetapi sukar untuk dinaikan . Oleh itu wau dan layang-layang adalah satu permainan yang bermusim .     Wau dan layang-layang tidak mempunyai kawasan yang khusus . Kedua-dua permainan ini boleh dimainkan di mana sahaja tanpa mengira kawasan . Adalah lebih baik jika dimainkan di kawasan lapang kerana mempunyai tiupan angin yang boleh stabil .     Wau dan layang-layang tidak boleh dimainkan di kawasan pantai atau berbukit . Ini disebabkan angin yang bertiup kencang akan merosakkan wau atau layang-layang .

Perbezaan Wau dan Layang-layang

     Wau dan layang-layang adalah dua jenis permainan yang hampir sama .Namun jika dihalusi masih terdapat banyak perbezaan . Dari segi bentuk mempunyai perbezaan yang amat ketara .    Wau biasanya mempunyai bentuk yang menarik jika dibandingkan dengan layang-layang. Wau boleh dibahagikan kepada pelbagai bentuk yang diminati seperti bulan, burung dan sebagainya. Selain itu terdapat perbagai bentuk terutama apabila upacara pertandingan di peringkat negara diadakan.

Page 2: Persamaan Wau Dan Layang

     Ini amat berbeza daripada layang-layang yang mempunyai bentuk yang hampir sama iaitu bersegi. Dari penghasilannya adalah mudah tetapi tidak menarik. Oleh itu tidak ramai yang meminatinya.     Saiz wau juga adalah besar jika dibandingkan dengan layang-layang. Pelbagai jenis saiz yang besar sehingga mempunyai saiz bermeter-meter lebar dan panjang.     Wau juga yang mempunyai saiz ekor yang cukup panjang dan apabila menghasilkan wau berbentuk ular, naga atau sebagainya. Saiz layang-layang adalah kecil. Panjang layang-layang adalah sekitar satu meter dan lebar setengah meter. Ekor layang-layang yang diperbuat daripada kertas mempunyai saiz kurang daripada dua meter.     Selain itu wau mempunyai berat melebihi tiga kilogram. Ini disebabkan wau mempunyai saiz yang besar di samping pelbagai eksesori yang lain. Layang-layang pula hanya mempunyai berat kurang daripada sekilogram.( i ) Jenis Kertas     Bahagian badan yang diperbuat daripada jenis kertas yang tahan lama. Pelbagai jenis kertas yang digunakan dan bergantung kepada bentuk atau bilangan corak yang dihasilkan. Lazimnya lebih daripada dua jenis kertas yang digunakan untuk menghasilkan corak yang menarik. Ini amat berbeza dengan layang-layang yang hanya menggunakan kertas biasa sahaja.      Kertas yang keras dan tahan lama digunakan untukmemastikan wau tidak mudah rosak apabila diterbangkan. Oleh kerana wau diterbang tinggi di udara menyebabkan hanya kertas yang tahan angin sahaja yang digunakan. Ini berbeza dengan layang-layang yang hanya menggunakan kertas nipis dan tidak tahan lama. ( ii )  Jenis Rangka     Kerangka wau diperbuat daripada buluh yang kukuh dan tahan lama. Kerangka perlu kuat untuk menampung kertas yang keras, tebal dan berat. Ini adalah penting supaya wau tidak mudah rosak apabila diterbangkan. Tambahan pula wau dimainkan ketika angin bertiup dengan kencang.     Kerangka layang-layang pula hanya diperbuat daripada lidi sahaja. Ini disebabkan layang-layang hanya menggunakan kertas yang nipis di samping penerbangan yang rendah sahaja.( iii ) Pertandingan     Wau sering dipertandingkan. Setiap tahun ada sahaja pertandingan wau diadakan terutama di peringkat antarabangsa. Pelbagai jenis wau diperagakan.     Dari segi pertandingan wau yang terbang tinggi menghasilkan bunyi yang kuat dan kreativiti wau menjadi pilihan. Oleh itu setiap wau yang dipetandingkan mempunyai kelebihan tersendiri.

Page 3: Persamaan Wau Dan Layang

     Ini berbeza dengan layang-layang yang jarang dipertandingkan. Layang-layang tidak mempunyai nilai komersil. Oleh itu layang-layang hanya dimainkan oleh golongan kanak-kanak sahaja untuk mengisi masa lapang mereka.( iv ) Corak Penerbangan     Bagi menerbangkan wau juga amat berbeza jika dibandingkan dengan layang-layang, wau mempunyai saiz yang besar.     Oleh itu penerbangan dilakukan oleh dua pemain. Pemain pertama akan memegang tali dan pemain kedua akan memegang wau.     Apabila angin sedang bertiup perlahan dan jarak antara dua pemain sekitar 20 meter, wau akan diterbangkan dengan cara menghumbankan ke udara. Pada masa inilah wau diterbangkan.     Ini amat berbeza dengan layang-layang yang mudah untuk dinaikkan.Pemain akan menarik layang-layang pada jarak sepuluh meter dan berlari untuk menaikkan layang-layang.     Tiupan angin yang perlahan sudah cukup untuk membantu layang-layang naik. Ini berbeza dengan wau. Wau yang diterbangkan akan menghasilkan bunyi yang menarik. Manakala layang-layang tidak mempunyi bunyi langsung.      Selain itu wau dimainkan oleh golongan dewasa. Ini disebabkan wau memerlukan tenaga yang banyak untuk menaikkan wau. Selain itu untuk menghasilkan wau yang cantik adalah sukar. Ini amat berbeza dengan layang-layang mudah dihasilkan.( vi ) Kaedah Permainan     Wau telah dimainkan sejak dahulu lagi, permainan ini hanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja. Ini disebabkan permainan ini memerlukan ketangkasan dan tenaga yang banyak untuk menerbangkan wau atau layang-layang. Namun begitu terdapat dua jenis golongan yang disasarkan dalam permainan itu iaitu kanak-kanak dan golongan dewasa.      Kanak-kanak amat gemar bermain layang-layang jika dibandingkan dengan bermain wau. Ini disebabkan layang-layang mudah dihasilkan. Layang-layang juga mudah untuk dinaikkan jika dibandingkan dengan wau.     Kanak-kanak hanya bermain di kawasan lapang. Oleh kerana tiada pertandingan yang diadakan. Ini bermakna layang-layang bebas dimainkan tanpa ada sekatan atau syarat.     Golongan dewasa lebih mengemari wau. Ini disebabkan permainan wau lebih menarik berbanding layang-layang. Lazimnya untuk menghasilkan wau adalah sukar. Penghasilan wau memerlukan kreativiti yang tinggi untuk memastikan permainan yang menarik.

Page 4: Persamaan Wau Dan Layang

     Saya membuat rujukan hasil kerja ini dengan berpandukan sebuah buku Permainan Tradisional Rakyat yang mengandungi 20 muka surat.     Buku ini ditulis oleh seoarang pengarang yang bernamaJasiman Ahmad dan diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.     Dicetak oleh Imejdsn Enterprise Kuala Lumpur. Cetakan pertama pada tahun 2004.

ALATAN DAN BAHAN UNTUK MEMBUAT WAU1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh

betong pula dijadikan tulang belakang.2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan

piau raut digunakan tujuan meraut.3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna

untuk menerbangkan wau.4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna

pada badan wau.5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat

wau.

https://seniwarisanku.wordpress.com/kaedah-pembuatan/alatan-dan-bahan/

http://www.slideshare.net/marshiza/hbae3103-kraf-tradisional