perpustakaan ku tthi o - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 diploma perniagaa antarabangsn dai politeknik...

24

Upload: duongphuc

Post on 28-Aug-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan
Page 2: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

P E R P U S T A K A A N K U i TTHO

3 OOOO 00077119 0

Page 3: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

KOLEJ UNIVERSITITEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN BORANG PENGESAHAN STATUS PROJEK SARJANA^

JUDUL : KAJIAN UNTUK MENGENALPASTI TAHAP CIRI-CIRI KECERDASAN EMOSI (EO) DIKALANGAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN fP&P)

SESI PENGAJIAN : 2002/2003

Saya . ZARINA BINTI YUNUS (HT010121) (HURUF BESAR)

mcngaku mcmbcnarkan Projck Sarjana ini disimpan di Pcrpustakaan kolcj Universiti Tcknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan scperti berikul :-

1. Projck Saijana adalah hakmilik Koiej Universiti Tcknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan Projek Saijana ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinesi. 4. ' **Sila tandakan K )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti termaktub di daiam AKTA

RAHSIA RASMI, 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang teiah ditentukan TERHAD oleh organisasi/badan dimana penyelidikan dijalankan)

TIDAKTERHAD

(TANDATANGAWPENULIS)

Alamat Tetap : NO. 49, KG. PUDU, BATU ANAM. 85100 SEGAMAT, JOHOR

Disahkan oleh

(TA:ND>XT'AKGANI;PENYm.IA) pensvnrali - .

Tarikh : 28 FEBRUARI 2003 Tarikh : 28 FEBRUARI 2003

C A T A T A N : ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan sural daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan racnyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

• Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Izajah Doktor Falsafah dan Saijana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara keija kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Saijana Muda (PSM).

Page 4: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Saijana

Pendidikan Teknik & Vokasional ".

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

HsIMirCteli Asmi®

: PUAN HALIZAH BTE AWANG

P^P-UA.^A i o 0 2

Page 5: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

KAJIAN UNTUK MENGENALPASTI TAHAP CIRI-CIRI KECERDASAN

EMOSI (EQ) DIKALANGAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (P&P).

ZARINA BTE YUNUS

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Saijana Pendidikan Teknik Dan Vokasional

Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Teknologi Kejuruteraan

Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

FEBRUARI 2003

Page 6: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

" Saya akui projek saijana yang bertajuk 'KAJIAN UNTUK MENGENALPASTI

TAHAP CIRI-CIRI KECERDASAN EMOSI (EQ) DIKALANGAN PELAJAR

DALAM PROSES PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P)' adalah hasil keija

saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan

sumbernya."

Tandatangan : ..

Nama Penulis : ZARINA BTE YUNUS

Tarikh : ^ ^ o o ?

Page 7: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

Ill

DEDIKASI

<Dipanjatl(an kcsyuf^uran f{e fiadrat Iffaftiyang BagHNya segafa ifmu di afam ini

1)ntuf{ 6onda tercinta <Puan_ftzizafi <Smti °funus JlnaRmu l{ini tefafi 6eijaya mema!{Buf^an fiarapan Bonda. 1\etafiuifafi Bafrnwa Bonda adafafi sumBerinspirasi

Buat ana^nda untuf^mengejarimpian ini, Kerana mu (Bonda, ana^nda tefafi da-pat mengharungi ft^u-lil{u fiidup.

Uada ter6afas Bitdi danjasa pengorBanan yang dicurad^an sefama ini. JfanyaJiffafiyang afian memBafasnya.

(DlUlKFKJUN'J'Ogji XSBPJKDJI....

JlBatig dan adi!{-adif{f{u yang tersayang, Mofid Zafiiddm, MoUd TaizaC MoRd JlrBaien, Mo fid

"Kajib, fHurfiasGnda dan !Mohd 9durtaza..

Xasifi Sayang, (PengorSatian Serta Sof(ongan "Kaftan JZmatfafi difiargai

(BVjir

MofiCfiik* 'En. Maztan dan isterinya <Puan NorBah <8te. Qhani, atof^dan nenef(jerta l{eCuarga

angf(at (En. jUtmedUtarSe dan isteri <Puan Tatemah !Nyat sef^efuarga (Kfll^IdaJlida,TuafiJIBang

[Nizam, <Sfiudhafi dan Jfanis)

Semoga segala pengorBanan kaftan al(an dibatas dengan nifynat dan rafimat kefiidupan sefagi fiayat

difigndung badati.

BUAT ANAK-ANAK SAUDARA DAN SEPUPU TERSAYANG

Semoga kalian akan terus berjaya

KEJAYAAN INI ADALAH MILIK KITA BERSAMA

Page 8: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

PENGHARGAAN

"Dengan Nama Allah Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang"

Segala pujian bagi Allah serta selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W. Syukur ke hadrat Illahi di atas limpah kurniaNya maka dapat saya

menyiapkan kajian ini dengan selamat dan jayanya. Setinggi penghargaan dan terima

kasih kepada Puan Halizah Bte Awang selaku pebimbing yang telah banyak

memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang tempoh kajian tanpa rasa letih dan

jemu. Berkat tunjuk ajar yang diberikan serta semangat dan motivasi, saya mempunyai

keyakinan yang tinggi untuk menjalankan kajian ini. Segala jasa baik beliau amat

dihargai dan ianya amat berguna dan begitu bernilai sekali.

Tidak dilupakan kepada pensyarah-pensyarah lain yang turut memberikan tunjuk

ajar yang tidak ternilai harganya. Segala idea-idea dan cadangan mereka memantapkan

lagi kajian ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah kelas dan para responden

kursus Diploma Pemiagaan Antarabangsa di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz

Shah, Shah Alam yang turut memberikan kerjasama sepanjang kajian. Kepada rakan-

rakan sepeijuangan, kakitangan-kakitangan Fakulti Teknologi Kejuruteraan , ibu bapa

dan keluarga yang telah banyak memberikan sokongan, bantuan dan galakan diucapkan

terima kasih dengan pengorbanan yang tidak ternilai. Harapan saya semoga kajian ini

memberi manfaat kepada semua.

Wassalam.

Zarina Binli Yitmis

Page 9: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

ABSTRAK

Kajian ini menumpukan kepada tahap ciri-ciri kecerdasan emosi (EQ) dikalangan pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah raelihat apakah

tahap ciri-ciri kecerdasan emosi dikalangan pelajar yang mempengaruhi proses

pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar semester

1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaan Antarabangsa di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul

Aziz Shah, Shah Alam (PSA). Instrumen kajian ini melibatkan soal selidik yang

mengandungi 50 soalan. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisa data.

Keseluruhan data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statiscal Package for

Social Sciences (SPSS) versi 10.0 dengan membuat pengiraan kekerapan dan peratus

serta skor min. Dapatan menunjukkan bahawa tahap ciri -ciri kecerdasan emosi pelajar

dalam ketiga-tiga ciri iaitu kemahiran intrapersonal, kemahiran interpersonal dan

kemahiran memotivasikan diri berada pada tahap tinggi atau memuaskan . Namun

begitu kemahiran pengurusan tekanan masih berada pada tahap memuaskan tetapi

menghampiri tahap sederhana. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa tahap ciri-ciri

kecerdasan emosi sebenamya amat penting dalam mempengaruhi proses pengajaran dan

pembelajaran. Beberapa cadangan dikemukakan untuk menjadi panduan untuk kajian

selanjutnya. Diakhir kajian ini, satu instrumen untuk mengenalpasti tahap kecerdasan

emosi ( bersama skor,penerangan skor serta maklumat EQ ) dalam bahasa Melayu telah

dibangunkan.

Page 10: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

xii

ABSTRACT

The main purpose of this study is to determined the level of emotional quotient (EQ)

among student in teaching and learning process. This research was conducted to 100

students pursuing Diploma in International Business, semester 1,2,3,5 and 6 in

Polytechnic of Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. The data were collected

through questionnaires, which contain 50 questions. The whole data have been analyzed

by using Statiscal Package for Social Sciences (SPSS) version 10.0. In addiction,

descriptive statistic such as mean score, frequencies and percentage were used to

analyze the data. The findings of this study showed that all respondent have high level

of emotional quotient (EQ) in skills of intrapersonal, skills of interpersonal and skills of

motivational. Nevertheless the skills of stress among the respondent still were high level

but nearly level of moderate . So, the conclusion can be make the level of EQ actually

very important to influence in learning and teaching process. A few suggestion have

been purposed to be guideline for the next research. An instrument to evaluate level of

emotional quotient (EQ) (with score description and information) was built for user,

based on the input gathered from this study, that have been developed in Malay

language.

Page 11: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

xii

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAIJADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

1

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

xv

Page 12: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Soalan Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.5.1 Pelajar 7

1.5.2 Guru/Pensyarah 8

1.5.3 Institusi Pendidikan 8

1.6 Definisi Kajian 9

1.6.1 Kecerdasan Emosi 9

1.6.2 Pelajar 10

1.6.3 Pengajaran 10

1.6.4 Pembelajaran 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

2.1 Kecerdasan

2.2 Emosi

2.3 Kecerdasan Emosi

2.4 Instrumen Untuk Mengenalpasti Ciri-Ciri EQ

2.5 Pendidikan di Malaysia

2.6 Ibu Bapa dan Pendidik

2.7 Motivasi Dalam Meningkatkan Keberkesanan

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

12

13

15

18

20

21

22

23

Page 13: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

2.8 Kecerdasan Emosi dan Faktor Jantina 25

2.9 Kecerdasan Emosi dan Faktor Umur 26

BAB III METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.0 Pendahuluan 28

3.1 Reka Bentuk Kaj ian 27

3.2 Sampel Kajian dan Kaedah Pemilihan Sampel 30

3.2.1 Sampel Kajian 30

3.2.2 Kaedah Pemilihan Sampel 31

3.3 Instrumentasi Kajian 32

3.3.1 Borang Soal Selidik 32

3.3.2 Pengesahan Kandungan Soal Selidik 35

3.4 Kajian Rintis 35

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 37

3.5.1 Penyediaan Soal Selidik 37

3.5.2 Proses Mendapatkan Kebenaran 37

3.5.3 Proses Mengedarkan Borang Selidik 38

3.5.4 Proses Pemungutan Kembali Soal Selidik 38

3.6 Kaedah Analisis Data 39

3.6.1 Peratusan dan Kekerapan 40

3.6.2 Analisis Deskriptif 40

3.7 Andaian Kajian 41

Page 14: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pendahuluan 42

4.1 Latar Belakang Responden 43

4.1.1 Jantina 44

4.1.2 Status Diri 45

4.1.3 Umur 46

4.1.4 Bangsa 47

4.2 Prosedur Untuk Menganalisa Data 48

4.2.1 Analisis Deskriptif Menggunakan Min Skor 49

4.2.2 Analisis Kekerapan Menggunakan Peratusan 56

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pendahuluan 72

5.1 Perbincangan 73

5.1.1 Faktor Jantina Dan Faktor Umur 73

5.1.2 Tahap Ciri-ciri Kecerdasan Emosi iaitu 74

Kemahiran Intrapersonal, Kemahiran Interpersonal,

Kemahiran Pengurasan Tekanan dan Kemahiran

Memotivasikan Diri.

5.2 Cadangan 79

5.2.1 Institusi Pendidikan/Pihak Universiti 79

5.2.2 IbuBapa 81

5.2.3 Pensyarah/Guru 81

5.2.4 Kajian Lanjut 82

5.3 Kesimpulan 83

Page 15: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

BAB VI REKA BENTUK PRODUK

6.0 Pendahuluan 86

6.1 Latar Belakang Teori Penghasilan Produk 86

6.2 Reka Bentuk Produk 88

6.2.1 Bentuk dan Ciri Produk 88

6.2.2 Kronologi Pembinaan Produk 93

6.2.3 Kesahan Produk 95

6.2.4 Permasalahan Dalam Membina Produk 96

6.2.5 Dokumentasi Produk 96

6.2.6 Cadangan Pembaikan 97

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI 98

LAMPIRAN A-L 103

Page 16: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual3.1 Pengagihan Sampel Mengikut Semester/ 31

Kelas

Jadual 3.2 Pemarkatan Item-Item Skala Likert 33

Jadual 3.3 Kandungan Soal Selidik PenyelidikanSkala 34

Jadual 3.4 Skala Skor Min 41

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Status Diri 45

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 46

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47

Jadual 4.5 Jadual Tahap Kecenderungan 49

Jadual 4.6 Skor Min Tahap Kecerdasan Emosi (EQ) 50

Bagi Setiap Item Dalam Kemahiran

Intrapersonal

Jadual 4.7 Skor Min Tahap Kecerdasan Emosi (EQ) 51

Bagi Setiap Item Dalam Kemahiran

Interpersonal

Page 17: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

XJ1J

Jadual 4.8 Skor Min Tahap Kecerdasan Emosi (EQ)

Bagi Setiap Item Dalam Kemahiran

Pengurusan Tekanan

Jadual 4.9 Skor Min Tahap Kecerdasan Emosi (EQ)

Bagi Setiap Item Dalam Kemahiran

Memotivasikan Diri

Jadual 4.10 Taburan Kekerapan Bagi Setiap Item Dalam

Kemahiran Intrapersonal

Jadual 4.11 Taburan Kekerapan Bagi Setiap Item Dalam

Kemahiran Interpersonal

Jadual 4.12 Taburan Kekerapan Bagi Setiap Item Dalam

Kemahiran Pengurusan Tekanan

Jadual 4.13 Taburan Kekerapan Bagi Setiap Item Dalam

Kemahiran Memotivasikan Diri

Jadual 6.1 Isi Kandungan Instrumen

Jadual 6.2 Pembahagian Set Soalan EQ Bahagian A di

dalam Instrumen (Produk)

Jadual 6.3 Pembahagian Set Soalan EQ Bahagian B di

dalam Instrumen (Produk)

Jadual 6.4 Isi Kandungan Yang Terdapat di Bahagian

C Instrumen

53

55

56

60

64

68

89

90

91

92

Page 18: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Carta 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

Carta 4.2 Taburan Responden Mengikut Status Diri 45

Carta 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 46

Rajah 4.4 Kategori Responden Mengikut Bangsa 47

Rajah 6.1 Kronologi Pembinaan Produk (Istrument) 93

Page 19: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

viii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik Kajian 103

B Surat Permohonan Menjalankan Kajian 109

C Data Dari Jabatan Perdagangan Politeknik 110

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah

Alam

D Surat Pengesahan Soal Selidik Dan Produk 111

Oleh Pakar 1

E Surat Pengesahan Soal Selidik Dan Produk 112

Oleh Pakar 2

F Hasil Kajian Rintis 113

G Analisis Deskriptif (Skor Min) 115

H Peratus Dan Kekerapan Kemahiran 118

Intrapersonal

1 Peratus Dan Kekerapan Kemahiran 121

Interpersonal

J Peratus Dan Kekerapan Kemahiran 124

Pengurusan Tekanan

K Peratus Dan Kekerapan Kemahiran 127

Memotivasikan Diri

L Instrumen Untuk Mengenalpasti 130

Kecerdasan Emosi (EQ)

Page 20: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menyatakan bahawa "Pendidikan di

Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Falsafah yang begitu lengkap

dan indah ini tidaklah sebegitu mudah untuk dilaksanakan.

Untuk melahirkan seorang insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani merupakan suatu tugas yang tidak boleh dipikul oleh insan itu sahaja.

Semua pihak seperti ibu bapa, guru, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan negara harus

Page 21: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

2

bersatu dan berusaha dengan kaedah yang betul dan bersungguh-sungguh. Malah hasrat

negara untuk melahirkan generasi yang cemerlang seperti mana ikrar falsafahnya tidak

akan tercapai sepenuhnya sekiranya ramai para remaja menempuh hidup dengan

berbagai masalah yang tidak berupaya untuk diselesaikan.

Konsep EQ atau 'Emotional Quotient' atau kecerdasan emosi ini adalah satu

konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan

perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan mental (IQ).

Salovey & Mayer(1993), menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang adalah

bergantung kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan cuma lebih kurang

20% sahaja yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya.

Dalam membesarkan anak-anak, perkembangan EQ (Emotional Quotient) sama

pentingnya dengan perkembangan IQ (lntelectual Quotient) di mana IQ merujuk kepada

kepintaran anak-anak manakala EQ pula merujuk kepada kebolehan anak-anak

menangani konflik emosi mereka. Tahap IQ seseorang boleh diukur melalui ujian-ujian

tertentu.

Kecerdasan emosi atau EQ boleh didefininisikan sebagai suatu subset dari

kecerdasan sosial yang merujuk kepada kebolehan seseorang meneliti emosi atau

perasaan dirinya atau orang lain, membezakan emosi ini dan menggunakannya sebagai

panduan membentuk suatu cara berfikir dan membentuk tindakan (Young, 1996).

Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ. Beliau

menyatakan bahawa EQ mengandungi beberapa ciri-ciri seperti memahami emosi

sendiri (knowing one's emotions), kebolehan mengendalikan emosi (managing one's

emotion), memotivasikan diri (motivating oneself), menyedari emosi orang lain

Page 22: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

3

(recognizing emotions in others) dan mengendalikan hubungan sillaturrahim dengan

orang Iain (handling relationships).

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada zaman moden ini masyarakat kerap menghadapi tekanan emosi kerana

corak kehidupan yang kompleks. Akibatnya, wujudlah pelbagai gejala sosial yang

amat membimbangkan di kalangan remaja yang terdiri dari pelajar-pelajar. Fenomena

ini amat merugikan negara kerana pelajar-pelajar ini merupakan aset negara yang

terpenting dalam menerajui kepimpinan dan pengurusan negara pada masa akan

datang.

Perbincangan tentang kecerdasan emosi pelajar-pelajar sekolah mahupun

institusi pengajian tinggi awam dan swasta merupakan satu isu yang amat mustahak dan

perlu diberikan perhatian. Selain daripada kecerdasan akal yang boleh menjamin

kemasukan individu ke kolej dan institusi pengajian tinggi atau memegang jawatan

profesional, kemahiran mengawal dan menggunakan emosi secara bijak pula boleh

menjaminkan kesejahteraan hidup manusia agar tidak terjerumus dalam masalah-

masalah sosial seperti ponteng sekolah, ketagihan arak, dadah, mencuri, lumba haram,

gengsterism dan sebagainya.

Di Malaysia pula, penyelidikan terhadap kecerdasan emosi kurang dijalankan.

Pembelajaran sosial dan emosi dalam kurikulum di sekolah-sekolah rendah Malaysia

dilaksanakan secara implisit dan tidak dijadikan sebagai satu subjek khas (Pusat

Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983). Lazimnya,

Page 23: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

4

kemahiran-kemahiran sedemikian diandaikan akan diperolehi oleh murid-murid melalui

kurikulum terselindung yang disampaikan secara tidak langsung oleh guru-guru sekolah.

Walau bagaimanapun, terdapat juga subjek-subjek seperti Pendidikan Agama dan

Pendidikan Moral yang dijadikan mata pelajaran utama bagi memenuhi perkembangan

domain afektif kanak-kanak di Malaysia.

Konsep EQ atau 'Emotional Quotient' atau kecerdasan emosi ini adalah satu

konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan

perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan mental (IQ).

Salovey &Mayer,1993 menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang adalah bergantung

kepada EQ atau kecerdasan emosinya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja

yang disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya.

Menurut Goleman (1995 ), seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi

tinggi merupakan orang yang dapat mengawal perasaan dan tindakan sendiri,

mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, dapat mengurus perasaan

negatif serta mudah menjalin persahabatan dengan orang lain. Sebaliknya, seseorang

yang mempunyai tahap kecerdasan emosi rendah merupakan orang yang bertindak

mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya, kurang jelas tentang matlamat hidup,

kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang mahir menjalin persahabatan

dengan orang lain.

Page 24: PERPUSTAKAAN KU TTHi O - core.ac.uk · 1,2,3,5 dan 6 Diploma Perniagaa Antarabangsn dai Politeknik Sulta Salahuddin Abdun l Aziz Shah Sha, h Alam (PSA) Instrume. kajian n ini melibatkan

5

1.2 Penyataan Masalah

Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan

mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personalis serta menggerakkan

arah hidup manusia. Begitu juga dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar

yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan lebih berjaya kerana mereka dapat

menyesuaikan diri dengan keadaan dan dapat mengawal emosi dengan lebih baik

(Abdul Fatah, 1996).

Kebanyakan ciri-ciri sahsiah seperti jujur, beradab, simpati dan sebagainya tidak

boleh diukur tetapi boleh dikenalpasti (Goleman,1996). Sebenarnya, tidak ada ujian

yang tepat untuk mengukur kecerdasan emosi seperti yang dilaksanakan untuk menguji

dan mengukur kecerdasan minda (IQ). Melalui pembacaan dan maklumat yang

dikumpul, pengkaji berpendapat bahawa dalam konteks di Malaysia, belum terdapat

lagi sebarang instrumen dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk

mengenalpasti kecerdasan emosi.

Justeru itu, pengkaji berhasrat untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap ciri-ciri

kecerdasan emosi (EQ) pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.