pernyataan_praktikum_2

5
Apa yang diharapkan Seperti yang kita sedia maklum, ini merupakan kali pertama bagi saya dan rakan-rakan yang lain akan menghadapi situasi sebenar sebagai seorang guru praktikal selama sebulan di sekolah-sekolah sekitar pulau yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum. Sememangnya perkara ini amat baru bagi saya dan sudah tentulah banyak perkara yang diharapkan oleh saya sepanjang tempoh saya berpraktikum. Sebelum berpraktikum, saya dan rakan-rakan yang lain telah diberikan taklimat oleh Unit Praktikum pada 08 Mei 2015 di Dewan Kirkby. Taklimat ini diadakan bagi memberikan kami pengetahuan serta membuka minda kami bagi menghadapi situasi sebenar sekolah dan murid nanti. Kami telah dibekalkan dengan beberapa jenis borang dan diminta untuk sentiasa mengemas kini beberapa borang dan diserahkan pada akhir praktikum nanti. Ternyata dengan menghadiri taklimat seperti ini, sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran awal kepada saya tentang kehidupan sebenar seorang guru. Saya amat berharap agar sekolah yang saya bakal jalani tempoh praktikum ini dapat menerima saya

Upload: selvi-nadarajah

Post on 14-Dec-2015

3 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pernyataan praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: PERNYATAAN_PRAKTIKUM_2

Apa yang diharapkan

Seperti yang kita sedia maklum, ini merupakan kali pertama bagi

saya dan rakan-rakan yang lain akan menghadapi situasi sebenar

sebagai seorang guru praktikal selama sebulan di sekolah-sekolah

sekitar pulau yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum. Sememangnya

perkara ini amat baru bagi saya dan sudah tentulah banyak perkara

yang diharapkan oleh saya sepanjang tempoh saya berpraktikum.

Sebelum berpraktikum, saya dan rakan-rakan yang lain telah

diberikan taklimat oleh Unit Praktikum pada 08 Mei 2015 di Dewan

Kirkby. Taklimat ini diadakan bagi memberikan kami pengetahuan serta

membuka minda kami bagi menghadapi situasi sebenar sekolah dan

murid nanti. Kami telah dibekalkan dengan beberapa jenis borang dan

diminta untuk sentiasa mengemas kini beberapa borang dan diserahkan

pada akhir praktikum nanti. Ternyata dengan menghadiri taklimat seperti

ini, sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran awal kepada saya

tentang kehidupan sebenar seorang guru.

Saya amat berharap agar sekolah yang saya bakal jalani tempoh

praktikum ini dapat menerima saya dengan baik. Bermula dengan guru

besar, penolong kanan, guru-guru dan akhir sekali murid-murid. Saya

amat berharap agar saya dapat membina hubungan yang mesra dengan

staf-staf di sekolah. Selain itu, saya juga amat berharap agar murid

murid dapat memberikan kerjasama yang sepatutnya sepanjang tempoh

saya di sana.

Selain itu, harapan lain saya ialah rakan saya iaitu Siti Fatimah

Binti Ishak akan memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa

menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Bayu. Semasa

taklimat amalan profesional yang diadakan pada 22 Mac 2013

Page 2: PERNYATAAN_PRAKTIKUM_2

bertempat di Dewan Tajung IPG KPP, kami telah dimaklumkan bahawa

kami dikehendaki mengendalikan sekurang-kurangnya dua kali sesi

pengajaran dan pembelajaran secara berpasangan. Ini merupakan satu

strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama dalam

merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran yang

dilaksanakan oleh rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang

persediaan dan penyampaian pelajaran semasa amalan professional.

Melalui pengajaran berpasangan ini secara tidak langsung dapat

mewujudkan kerjasama dalam diri kami secara formal dengan berfikir

dan berbincang mengenai teknik pengajaran dan pembelajaran, cara-

cara meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang

berkaitan dengan tugas mereka, berlatih dan mencuba pelbagai

kemahiran mengajar, mengkaji kelemahan pengajaran dan

pembelajaran mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya,

memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati

serta menilai dan meningkatkan kreativiti terhadap sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Di samping itu, saya juga mengharapkan guru pembimbing yang

ditetapkan kepada kami berdua nanti dapat memberi bimbingan dan

tunjuk ajar kepada kami dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di

dalam dan di luar bilik darjah iaitu aspek-aspek yang berkaitan dengan

jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan

guru, rancangan semester dan persediaan mengajar harian, sumber

pengajaran dan pembelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran,

pengajaran berpasangan, amalan pemulihan dan pengayaan di dalam

pengajaran dan pembelajaran, teknik penyoalan, pentaksiran dan

penilaian murid, pengurusan bilik darjah, penilaian kendiri (refleksi) dan

Page 3: PERNYATAAN_PRAKTIKUM_2

penulisan jurnal reflektif, pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan

penilaian kokurikulum) dan hal-hal lain yang berkaitan.

Selain itu, harapan saya juga ialah saya dapat melibatkan diri

dengan aktif di sekolah tersebut sama ada dalam bidang sukan dan

permainan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti tambahan di sekolah

tersebut. Secara tidak langsung, dapat mengeratkan lagi hubungan saya

dengan guru-guru di sekolah tersebut. Akhir sekali, saya mengharapkan

praktikum di Sekolah Kebangsaan Alma Jaya ini akan memberikan

panduan kepada saya untuk melakukan yang terbaik pada praktikum

yang akan datang dan semoga segala ilmu dan nasihat yang

dikongsikan kepada saya akan dapat saya aplikasikan pada masa akan

datang.

Page 4: PERNYATAAN_PRAKTIKUM_2