pernyataan professional

6
Semasa Praktikum Pada 2 Februari 2015 hingga 30 April 2015, saya telah menjalankan amalan Praktikum di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi (SMKDHAB) , Kepala Batas. Dalam tempoh seminggu tersebut, saya telah menjalankan pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum bersama guru-guru dan pelajar-pelajar SMKDHAB. Sewaktu saya mula sampai di SMKDHAB, saya telah disambut oleh staf yang membantu saya dalam urusan lapor diri. Kemudian, saya dan pasangan praktikum saya, Nurul Asyikeen binti Shaukat Ali telah dibawa untuk berjumpa dengan Pengetua SMKDHAB, Encik Masri bin Abdullah. Kami telah diberi amanat dan mandat selaku guru praktikal dan bakal menjadi warga sekolah SMKDHAB walaupun dalam 12 minggu. Setelah berjumpa dengan beliau, saya berkenalan dengan guru-guru pembimbing saya,iaitu Puan Hasliza binti Hashim dan Puan Noor ain binti Abd Samad. Mereka sangat gembira menyambut kedatangan kami. Kami telah berbincang tentang objektif praktikum dan harapan kami terhadap mereka selaku guru pembimbing atau mentor kami. Kami juga telah berjumpa dengan Guru Kanan Kokurikulum, Encik Mansor bin Mat Isa untuk membincangkan tentang keterlibatan kami dalam kokurikulum dan Rumah Sukan. Kami telah memilih untuk menganggotai dan cuba menyumbang dalam Kadet Remaja Sekolah, Rumah Sukan DatoBahaman, Kelab Bola Jaring, dan Persatuan Sains. Setelah berbincang dengan pentadbiran, berikut adalah jadual perancangan pelaksanaan praktikum untuk diri sendiri :- MINGGU AKTIVITI ATAU PERKARA YANG DIRANCANG CATATAN Minggu 1 Melapor diri di SMKDHAB Berkenalan dengan guru-guru dan staf Berbincang dengan GPK Pentadbiran dan Kurikulum tentang jadual waktu pengajaran dan pembelajaran. Berbincang dengan GPK Kokurikulum untuk untuk gerak kerja kokurikulum sepanjang praktikum. Berbincang dengan guru-guru pembimbing major dan elektif Berjumpa dengan Ketua Panitia Matematik dan Ketua Panitia Sains

Upload: amalina-zulkiflee

Post on 09-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pernyataan Professional Semasa dan Selepas

TRANSCRIPT

Semasa PraktikumPada 2 Februari 2015 hingga 30 April 2015, saya telah menjalankan amalan Praktikum di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi (SMKDHAB) , Kepala Batas. Dalam tempoh seminggu tersebut, saya telah menjalankan pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum bersama guru-guru dan pelajar-pelajar SMKDHAB. Sewaktu saya mula sampai di SMKDHAB, saya telah disambut oleh staf yang membantu saya dalam urusan lapor diri. Kemudian, saya dan pasangan praktikum saya, Nurul Asyikeen binti Shaukat Ali telah dibawa untuk berjumpa dengan Pengetua SMKDHAB, Encik Masri bin Abdullah. Kami telah diberi amanat dan mandat selaku guru praktikal dan bakal menjadi warga sekolah SMKDHAB walaupun dalam 12 minggu.Setelah berjumpa dengan beliau, saya berkenalan dengan guru-guru pembimbing saya,iaitu Puan Hasliza binti Hashim dan Puan Noorain binti Abd Samad. Mereka sangat gembira menyambut kedatangan kami. Kami telah berbincang tentang objektif praktikum dan harapan kami terhadap mereka selaku guru pembimbing atau mentor kami. Kami juga telah berjumpa dengan Guru Kanan Kokurikulum, Encik Mansor bin Mat Isa untuk membincangkan tentang keterlibatan kami dalam kokurikulum dan Rumah Sukan. Kami telah memilih untuk menganggotai dan cuba menyumbang dalam Kadet Remaja Sekolah, Rumah Sukan Dato Bahaman, Kelab Bola Jaring, dan Persatuan Sains.Setelah berbincang dengan pentadbiran, berikut adalah jadual perancangan pelaksanaan praktikum untuk diri sendiri :-MINGGUAKTIVITI ATAU PERKARA YANG DIRANCANGCATATAN

Minggu 1 Melapor diri di SMKDHAB Berkenalan dengan guru-guru dan staf Berbincang dengan GPK Pentadbiran dan Kurikulum tentang jadual waktu pengajaran dan pembelajaran. Berbincang dengan GPK Kokurikulum untuk untuk gerak kerja kokurikulum sepanjang praktikum. Berbincang dengan guru-guru pembimbing major dan elektif Berjumpa dengan Ketua Panitia Matematik dan Ketua Panitia Sains untuk berbincang tentang Rancangan Pengajaran Tahunan Pengurusan Bilik Darjah Mentadbir Ujian Diagnostik untuk Matematik dan Sains untuk Tingkatan 1KM1 dan 1KAA

Setiap Minggu Rancangan Pengajaran Harian (setiap hari) Rancangan aktiviti Kokurikulum (mingguan) Penulisan Jurnal Mingguan Menjaga kelas ganti Menguruskan buku-buku dan kerja sekolah pelajar

Minggu 2 Mmeberikan taklimat dan ceramah motivasi untuk Sesi Hala Tuju dan Kerjaya selepas SPM anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Minggu 3 Latihan Rumah Sukan Dato Bahaman Bimbingan pengamalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi daripada Ketua Panitia Sains SMKDHAB

Minggu 4-5 Menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi peringkat SMKDHAB. Terlibat sebagai AJK Pameran untuk Hari Keusahawanan Menjadi Pencatat Minit Mesyuarat semasa Mesyuarat Agung PIBG Terlibat dan membuat persembahan sempena Hari Keusahawan Muda.

Minggu 6 Memeriksa kertas jawapan Matematik dan Sains untuk kelas 1KM1 dan 1KAA. Menjadi pengawas peperiksaan sepanjang Ujian Prestasi 1

Minggu 7 Latihan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah peringkat Zon bermula. Perlawanan Persahabatan Bola Jaring antara guru-guru praktikal dan pemain-pemain Bola Jaring SMKDHAB. Membimbing pasukan Projek Video Pertunjukan Sains anjuran Petrosains. Mendapat bimbingan untuk menguruskan data Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS) bersama Ketua Panitia Sains, Puan Nor Falahana binti Othman.

Minggu 8 Menghantar dan membantu guru pembimbing KRS ke Perbarisan Penutup Kejohanan Olahraga dan Balapan peringkat Negeri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Georgetown.

Minggu 9 Membantu mengiringi pasukan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah peringkat Zon di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas. Menganjurkan Hari Saintis Muda peringkat kelas 1KM1 bertemakan Topik Ketumpatan.

Minggu 10 Membantu menjaga check-point semasa Hari Merentas Desa peringkat SMKDHAB.

Minggu 11 Membantu sebagai AJK Dokumentasi dalam Kojohanan Sukantara peringkat SMKDHAB.

Minggu 12 Membantu sebagai AJK Dokumentasi dalam Kojohanan Sukantara peringkat SMKDHAB. Menguruskan semua borang kehadiran, borang penyeliaan, borang kelas ganti dan semua borang kelengkapan unit praktikum.

Sepanjang 12 minggu praktikum, saya telah mendapat bantuan yang sangat menggalakkan daripada semua guru dan pelajar untuk mendapatkan ilmu serta bimbingan dalam menjadi seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang. Selain menjalankan tugas sebagai guru praktikal, saya juga telah banyak menggantikan guru-guru dalam kelas ganti untuk semua tingkatan. Pengalaman selama 12 minggu ini akan membantu saya dalam menempuhi pelbagai cabaran dan mehnah sebagai seorang guru.

Selepas praktikumMaha Suci Tuhan, saya telah berjaya menghabiskan amalan praktikum dengan jayanya selama 12 minggu. Saya agak sedih meninggalkan anak-anak pelajar saya iaitu seramai 60 orang (26 orang kelas 1KAA, 34 orang kelas 1KM1). Masa selama 12 minggu tidak mencukupi untuk saya melihat perkembangan pembelajaran mereka dalam Matematik dan Sains.Sepanjang amalan praktikum berlangsung, saya telah belajar tentang banyak perkara. Pertama, saya telah belajar secara langsung tentang pengurusan pelajar dalam bilik darjah dari pelbagai latar belakang prestasi akademik. Saya telah belajar tentang pengurusan pelajar semasa di dalam makmal, semasa bersukan dan pergerakan pelajar-pelajar dari satu sesi ke satu sesi yang lain. Semuanya saya belajar melalui pengalaman sendiri dan bimbingan daripada guru-guru disiplin SMKDHAB. Pengurusan bilik darjah amat penting untuk memastikan semua pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selamat dan kondusif tanpa gangguan.Selain itu, saya juga telah belajar untuk menguruskan pelajar dari segi kokurikulum. Saya telah mendapat satu pengalaman yang berharga iaitu melatih pasukan kawad kaki Kadet Remaja Sekolah. Saya amat menghargai peluang yang telah diberikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mansor bin Mat Isa. Saya dapat menyumbang mengikut bakat saya sendiri iaitu kawad kaki. Pada masa yang sama, saya telah diberi mandat untuk melatih mereka untuk menghantar mereka ke Pertandingan Kawad Kaki Dinamik dan Formasi Kadet Remaja Sekolah peringkat Zon Kepala Batas. Pasukan yang sama juga telah dipilih untuk ke Stadium Bandaraya, Georgetown dalam menyertai perbarisan Upacara Penutup Kejohanan Olahraga dan Balapan. Pengalaman membantu guru pengiring mengiringi mereka ke stadium merupakan pengalaman yang paling berharga dan tidak dapat saya lupakan.Pembelajaran dan pengajaran merupakan satu aspek penting dalam menjadi pendidik di Malaysia. Sepanjang praktikum, saya telah banyak belajar tentang pelbagai teknik mengajar. Setiap topik Matematik dan Sains memerlukan kaedah pengajaran yang berlainan. Dengan nasihat dan bimbingan daripada guru-guru pembimbing dan ketua-ketua panitia, saya juga telah berjaya menjalankan pelbagai aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan pelbagai antaranya latihan melalui kuiz, teka silangkata, projek sains dan sebagainya. Pelbagai komen yang membina telah saya terima daripada pensyarah-pensyarah pembimbing dan guru-guru pembimbing untuk membantu saya membentuk diri guru yang berdedikasi dan melengkapkan diri dari segi rohani, fizikal, emosi, intelek dan sosial.Cabaran dan mehnah sebagai seorang guru semakin mencabar dalam zaman edan ini. Guru-guru perlu mempersiapkan diri dengan ilmu, pengalaman dan kemahiran yang pelbagai dan rajin dalam mencari sesuatu pengalaman yang baru dengan hati yang terbuka. Dengan pengalaman yang ada semasa praktikum, saya merasakan pengalaman tersebut adalah permulaan bagi saya untuk mengorak langkah sebagai seorang guru.