perniagaan ayam kampung

11
RANCANGAN PERNIAGAAN TERNAKAN AYAM KAMPUNG PERINGKAT: RANCANGAN PERNIAGAAN TARIKH CADANGAN: 17 APRIL 2013 Apa itu Rancangan Perniagaan Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci. Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan? 1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci. 2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak. 3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas. 4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan. 5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit. Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan 1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan Nama perniagaan/projek Tujuan rancangan perniagaan Nama syarikat, alamat dan lain-lain Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan 2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan 3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek) Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan 1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif 2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja 3. Latarbelakang perniagaan 4. Latarbelakang ahli kongsi 5. Kedudukan Projek 6. Objektif Projek 7. Rancangan Pentadbiran 8. Rancangan Operasi 9. Rancangan Pemasaran 10. Rancangan Kewangan 11. Penutup 12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

Upload: rashidiomar

Post on 19-Oct-2015

817 views

Category:

Documents


62 download

DESCRIPTION

bb

TRANSCRIPT

RANCANGAN PERNIAGAAN TERNAKAN AYAM KAMPUNGPERINGKAT: RANCANGAN PERNIAGAANTARIKH CADANGAN: 17 APRIL 2013

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan teliti, dan terperinci.2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan

1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan Nama perniagaan/projek Tujuan rancangan perniagaan Nama syarikat, alamat dan lain-lain Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan

3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan1. Pengenalan & Ringkasan Eksekutif2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja3. Latarbelakang perniagaan4. Latarbelakang ahli kongsi5. Kedudukan Projek6. Objektif Projek7. Rancangan Pentadbiran8. Rancangan Operasi9. Rancangan Pemasaran10. Rancangan Kewangan11. Penutup12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)

Isi kandungan Sesebuah Rancangan Perniagaan

Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang akan diceburi.

Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu memberikan maklumat-maklumat berikut:-1. Nama Syarikat2. Jenis perniagaan yang diceburi3. Nama dan lokasi/alamat perniagaan4. Status dan saiz projek5. Produk6. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan7. Anggaran kos projekBahagian 2 - Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja

Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Rancangan Perniagaan disediakan, contohnya;1. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang berkaitan.2. Merancang perlaksanaan projek.3. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan4. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.5. Lain-lain.Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan

Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan seperti:

1. AlamatAlamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat sahaja.2. Bentuk perniagaanBoleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.3. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses pendaftaran.4. Modal PermulaanIni merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.5. BankNyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.Bahagian 4 Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham

1. Nama penuh2. No. kad pengenalan3. Tarikh lahir4. Umur5. Alamat Tetap6. No telefon7. Taraf perkahwinan8. Kelulusan akedemik9. Kursus yang pernah dihadiri10. Kemahiran11. Pengalaman12. Pekerjaan sekarang13. Perniagaan yang pernah diceburi.

Bahagian 5 Kedudukan Projek

Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.

Bahagian 6 Objektif Projek

Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek dan objektif jangka panjang perniagaan.

Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran

1. Pentadbiran2. Carta Organisasi3. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja4. Spesifikasi Tugas5. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji6. Senarai Keperluan Pejabat7. Perbelanjaan Pentadbiran1. Perbelanjaan aset2. Perbelanjaan bulanan3. Lain-lain perbelanjaanBahagian 8 - Rancangan Operasi

1. Carta aliran ProsesNyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan berkenaan. Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.2. Unit pengeluaran / jam operasiNyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaran ini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.3. Keperluan bahanSenaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.4. Tenaga KerjaSenaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja berkenaan.5. Mesin dan peralatanSenaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.6. Susun atur Ruang OperasiNyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.7. LokasiNyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.8. Overhead operasiIni termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagai penggerak proses operasi.9. Perbelanjaan OperasiRumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran

1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkanNyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan kepuasan2. Sasaran PasaranNyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.3. Saiz PasaranLangkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.4. Pesaing-pesaing utamaKenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikut nama perniagaan mereka.5. Kekuatan dan kelemahan pesaingUntuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.6. Syer pasaranDari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran untuk perniagaan yang dicadangkan.7. Ramalan JualanSediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran /ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.8. Strategi Pemasaran1. Strategi BaranganReka bentuk barangan atau penjelasan pekej. Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.2. Strategi PromosiBentuk Promosi yang dicadangkan3. Strategi hargaHarga seunit yang dicadangkan.4. Strategi edaranCorak pengedaran yang dicadangkan. Kenderaan atau kakitangan pemasaran.

Bahagian 10 - Rancangan Kewangan

Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek2. Penyata-penyata kewangan:I. Aliran wang tunaiII. Penyata pendapatanIII. Kunci kira-kiraIV. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.V. Kos pelaksanaan ProjekVI. Pelaburan aset tetap:Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini. Termasuk juga kos ubah suai.VII. Modal Pusingan:Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasiVIII. Lain-lain perbelanjaan:Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran perniagaan, lesen dn sebagainya)3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)I. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset. Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.II. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.III. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan kenderaan)4. Prestasi penyata Aliran Wang TunaiI. Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan. Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.5. Prestasi Penyata PendapatanI. Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.6. Prestasi Kunci kira-kiraI. Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.7. Analisis Daya Maju KewanganI. Nilai kini bersihII. Kadar Pulangan dalamanIII. Nisbah faedah kosIV. Tempoh pulang modalNilai kini bersihNilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah berdaya maju.

Kadar Pulangan DalamanKadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh pelabur.

Nisbah Faedah KosIa merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.Tempoh Pulang ModalMerupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.

Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan lebih cepat .

Laman:123456SebelumSelepas

Contoh-Contoh Jadual

Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.BilJawatanBil pekerja

1Pengurus1

2Kerani kewangan2

3Pekerja Ladang4

Contoh jadual Spesifikasi TugasJawatanTanggungjawab

Pengurus1. Menyelia operasi ladang.2. Koordinasi tugas tanggungjawab pekerja.

Kerani Kewangan1. Pembayaran gaji pekerja2. Merekod wang masuk dan keluar.

Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja PentadbiranJawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH

Pengurus13500.00350.00150.003900.00

Kerani2750.0075.0050.00875.00

Keperluan PejabatContoh: Senarai perabut dan peralatan pejabatJENISBILANGANJumlah RM

1.Perabut Pejabat1 set1000.00

2. Komputer2 unit5000.00

Perbelanjaan PentadbiranButirPerbelanjaan Harta(RM)Perbelanjaan(bulanan)RMLain-lain Perbelanjaan(RM)

1. Perabut Pejabat1000.00

2. Komputer5000.00

3.Gaji dan caruman4775.00

4. Pendaftaran dan kertas kerja2500.00

Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama123456789101112Jumlah

RamalanJualan

Jadual Perbelanjaan PemasaranButirPerbelanjaan harta(RM)Perbelanjaan Bulanan(RM)Lain-lain PerbelanjaanRM)

1.Kenderaaan (van)40000.00

2. Promosi100.00

3. Insuran dan cukai jalan500.00

Jadual Keperluan Bahan MentahJenis BahanKuantiti DigunakanStok simpananHarga seunitJumlah belian

1. Jagung100 kg100 kg0.4080.00

2. soya

Jadual Gaji dan Caruman Pekerja OperasiJawatanBil. PekerjaGaji BulananKWSPPERKESOJUMLAH

Penyelia23000.00300.00150.003450.00

Pekerja42400.00240.00100.002740.00

Jadual mesin dan peralatanJenisHargaBilanganJumlah Harga

1. Chopper5000.0015000.00

2. Otomatik drinker12000.00112000.00

Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan OperasiButirPerbelanjaan Harta (RM)Perbelanjaan(bulanan) RMLain-lain Perbelanjaan (RM)

1. Chopper5000.00

2.otomatik drinker12000.00

3.Gaji dan caruman6190.00

4.

Contoh Kos Perlaksanaan Projek1. Perbelanjaan harta - (Pelaburan Aset Tetap ) ----------------------2. Perbelanjaan Bulanan - (modal pusingan) ----------------------3. Lain-lain perbelanjaan ----------------------4. Belanja Luar Jangka ----------------------Jumlah Kos Projek ----------------------

Sumber Pembiayaan Projek

1. Modal sendiri ----------------------2. Pinjaman ---------------------3. Sewa beli ----------------------4. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ----------------------Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------Contoh : Prestasi Penyata pendapatan Syarikat ABCPada tahun 2002, 2003,2004,2005 (berakhir pada Disember tiap tahun)2002200320042005

Hasil

Jualan100,000100,000100,000100,000

- kos Barang dijual70,00070,00070,00070,000

Untung kasar30,00030,00030,00030,000

- Belanja-belanja

Pentadbiran5,0005,0005,0005,000

Pemasaran3,0003,0003,0003,000

Kewangan1,0001,0001,0001,000

Jumlah Belanja9,0009,0009,0009,000

Untung Bersih21,00021,00021,00021,000

Contoh Prestasi Kunci kira-kiraSediakan satu prestasi kunci kira-kira. Ianya perlu untuk semua perniagaan Pada setiap tahun yang berakhir pada :Tahun2002200320042005

Aset Tetap

Kenderaan50,00045,00040,00035,000

susut nilai5,0005,0005,0005,000

Jumlah45,00040,00035,00030,000

Perlalatan5000045,00040,00035,000

-susut nilai5,0005,0005,0005,000

Jumlah45,00040,00035,00030,000

Aset Semasa

Tunai15,00020,00025,00030,000

Si berhutang10,00010,00010,00010,000

Stok bahan mentah5,0005,0005,0005,000

Stok akhir10,00010,00010,00010,000

Jumlah40,00040,00040,00040,000

JUMLAH ASET130,000130,000130,000130,000

Ekuiti

Modal sendiri10,00010,00010,00010,000

Untung Bersih21,00021,00021,00021,000

Jumlah

Liabiliti

Baki Pinjaman90,00090,00090,00090,000

Pemiutang9,0009,0009,0009,000

Jumlah

JUMLAH EKUITI dan LIABILITI130,000130,000130,000130,000

Bahagian 11 - Penutup / Kesimpulan

Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.

Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)Contohnya:-1. Surat sebutharga2. Sijil kursus3. Surat sokongan pihak tertentu4. Surat dapat tender5. Sijil pendaftaran syarikat6. Salinan permit/lesen7. Surat-surat kepujian8. Bukti modal sendiri9. Salinan surat Cagaran10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)