permohonan secara walk in ke politeknik kpm … walk in... · calon lepasan spm boleh terus datang...
TRANSCRIPT
PERMOHONAN SECARA WALK IN KE POLITEKNIK KPM SESI DISEMBER 2014
Sukacita dimaklumkan, pihak politeknik Ungku Omar ingin mempelawa pelajar lepasan SPM bagi mengikuti program
pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan seperti berikut:
BIDANG KEJURUTERAAN
1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Seni Bina
3. Diploma Geomatik
4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
5. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
8. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
9. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
BIDANG PERDAGANGAN
1. Diploma Pengurusan Peruncitan
Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
BIDANG KEJURUTERAAN
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus peperiksaan SPM atau setaraf dengan mendapat LIMA (5) kepujian mata pelajaran berikut :
i. Bahasa Melayu
ii. Matematik
iii. Matematik Tambahan atau Fizik atau Kimia
iv. DUA (2) mata pelajaran berikut:
Additional Science / Amalan Bengkel Mekanikal / Aplikasi Elektrik dan Elektronik / Automotif
Elektrik dan Diesel / Automotif Kenderaan / Bahan Binaan / Biology / Ekonomi Asas / English
for Science and Technology / Geografi / Information and Communication Technology /
Kimpalan Arka dan Gas / Lukisan Kejuruteraan / Menservis Peralatan Elektrik Domestik /
Pendawaian Domestik / Pendidikan Seni Visual / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Penyamanan Udara
/ Penyejukan / Pemesinan Berkomputer / Perdagangan / Prinsip Elektrik dan Elektronik /
Prinsip Perakaunan / Rekacipta / Teknologi Binaan / Teknologi Kejuruteraan
ATAU
Mana-mana mata pelajaran yang belum diambilkira di perkara (iii).
3. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
4. Calon tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
5. Calon tidak buta warna bagi program bidang Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Mekatronik.
BIDANG PERDAGANGAN
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian mata pelajaran berikut :
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Inggeris
iii. Matematik atau Matematik Tambahan
iv. DUA (2) mata pelajaran yang belum diambil kira
KAEDAH PERMOHONAN:
Calon lepasan SPM boleh terus datang ke kaunter Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Ungku Omar dengan
membawa:
i. salinan kad pengenalan
ii. salinan SPM
Tarikh tutup permohonan: 14 November 2014