laporan aktiviti perpustakaan politeknik ... - … aktiviti 2010.pdf · laporan aktiviti...

10
LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 Matlamat utama penyediaan Laporan Akvi Perpustakaan Politeknik Balik Pulau 2010 adalah untuk memaklumkan tentang akvi—akvi yang diadakan dengan jayanya oleh unit perpustakaan. Selain itu, laporan ini juga membukkan ba- hawa Perpustakaan Politeknik Balik Pulau begitu bersungguh—sungguh dalam men- jalankan akvi—akvi galakan membaca walaupun mempunyai kekangan ruang perpustakaan yang terhad. Akhir sekali, diharapkan akvi—akvi yang dijalankan di Perpustakaan Politeknik Balik Pulau dapat dikongsi bersama.

Upload: phungquynh

Post on 12-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN

POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

Matlamat utama penyediaan Laporan Aktiviti Perpustakaan Politeknik Balik

Pulau 2010 adalah untuk memaklumkan tentang aktiviti—aktiviti yang diadakan

dengan jayanya oleh unit perpustakaan. Selain itu, laporan ini juga membuktikan ba-

hawa Perpustakaan Politeknik Balik Pulau begitu bersungguh—sungguh dalam men-

jalankan aktiviti—aktiviti galakan membaca walaupun mempunyai kekangan ruang

perpustakaan yang terhad. Akhir sekali, diharapkan aktiviti—aktiviti yang dijalankan di

Perpustakaan Politeknik Balik Pulau dapat dikongsi bersama.

Page 2: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

TAKLIMAT PERPUSTAKAAN KEPADA PELAJAR BARU

Taklimat perpustakaan kepada pelajar baru diadakan pada Minggu Suai Kenal pada setiap sesi

pengambilan pelajar baru. Bagi sesi Januari 2010, taklimat diadakan pada 13/01/2010, sesi Jun

2010 taklimat diadakan pada 23/06/2010 dan sesi November pada 3/12/2010. Sesi taklimat ini

dikendalikan oleh Pustakawan, Pn. Nor Asma bt Mohd Boniyamin dan dibantu oleh Penolong

Pegawai Perpustakaan Cik Normawati bt Md Zain serta dua orang Pembantu Perpustakaan iaitu

Cik Faizatulsyima bt Merikan dan Pn. Safinah bt Che Man.

Taklimat ini antara lain bertujuan untuk :

a. Pendaftaran keahlian

b. Mendedahkan pelajar baru tentang peraturan, bayaran denda serta kemudahan dan

perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan.

c. Mendedahkan pelajar kepada kaedah pencarian maklumat di perpustakaan dengan ce-

pat dan berkesan.

d. Mendidik disiplin pelajar semasa berada di perpustakaan sekaligus melahirkan rasa

tanggungjawab di kalangan pelajar.

PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2010

1.0 PENGENALAN

Program Galakan Membaca 2010 merupakan program yang diadakan bagi melaksanakan

Dasar Negara Bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat. Di peringkat Politeknik Balik

Pulau, aktiviti – aktiviti yang dijalankan adalah bertepatan dengan sasaran pengguna iaitu

terdiri daripada pelajar dan staf politeknik.

Page 3: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

2.0 OBJEKTIF PROGRAM GALAKAN MEMBACA POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

Pelaksanaan program ini di Politeknik Balik Pulau adalah untuk memenuhi objektif – objektif

Berikut:

Memupuk minat membaca di kalangan pelajar dan staf politeknik, sekaligus membu

dayakan minat membaca di dalam kehidupan masing - masing.

Mempelbagaikan aktiviti perpustakaan sebagai medium penyampaian maklumat yang

berkesan kepada pelajar.

Menjadikan perpustakaan sebagai medium perkongsian ilmu dengan kaedah yang menyer-

onokkan.

Mengeratkan silaratulrahim di antara staf perpustakaan dan warga politeknik.

Melahirkan pelajar yang berdaya saing, kreatif dan bekerja secara berpasukan serta

menghormati pandangan orang lain

3.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

PERADUAN TEKA BERAT BUKU

27/4/2010— 30/4/2010 KUIZ INFO HUNT 03/05/2010

PERTANDINGAN CONGKAK 08/05/2010

Page 4: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2010

1.0 PENGENALAN

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan se-

luruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini

menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah di-

capai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih men-

jadi bangsa yang maju dan moden. Bersesuaian dengan tema kemerdekaan ke 53 iaitu 1Malaysia

Menjana Trasformasi menjadi langkah pertama bagi warga hari ini mencipta kejayaan dalam pel-

bagai bidang baik dari segi intelektual mahupun spiritual. Menyedari hakikat ini, maka Unit Per-

pustakaan mengambil langkah pertama dengan mengadakan Program Bersama Menghayati Ke-

merdekaan 2010.

2.0 OBJEKTIF SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2010

Beberapa objektif telah digariskan antaranya ialah:

Meningkatkan nilai patriotisme dalam diri warga Politeknik Balik Pulau (PBU)

Mengukuhkan jatidiri dan semangat perpaduan di kalangan warga PBU

Memperkasakan semangat kesukarelaan di kalangan warga PBU dalam hal—hal kemasyarakatan

Page 5: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

3.0 AKTIVITI – AKTIVITI YANG DIJALANKAN

KUIZ KEMERDEKAAN 2010

Seramai 23 orang pelajar telah menyertai Kuiz Kemerdekaan 2010 yang diadakan ber-

mula 18/08/2010 hingga 26/08/2010. Soalan kuiz yang disediakan adalah merangkumi

10 soalan objektif dan struktur yang mana berkisarkan tentang Negara Malaysia. Ia

juga bersesuaian dengan tujuan pelaksanaan kuiz ini iaitu memberi pengetahuan kepa-

da pelajar tentang sejarah penubuhan Malaysia sekaligus memupuk rasa cintakan

tanahair.

MERDEKA CORNER

Merdeka Corner merupakan pertandingan yang terbuka kepada semua staf politeknik

untuk turut serta dalam menyediakan sudut kesedaran di aras masing – masing. Per-

tandingan tersebut dinilai berdasarkan kerjasama antara kakitangan, kreativiti dan nilai.

Merdeka Corner diadakan bermula dari 16/08/2010 hingga 30/08/2010.

Page 6: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

PERADUAN TEKA BENDERA

16/08/2010 – 23/08/2010 – Telah berlangsungnya Peraduan Teka Bendera yang diada-

kan di ruang legar Perpustakaan Politeknik Balik Pulau. Peraduan yang dilaksanakan

secara santai itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan pelajar. Ini

kerana seramai 70 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan pelajar politeknik iaitu

150 orang telah mengambil bahagian. Peraduan Teka Bendera yang bertujuan antara

lainnya menyemarakkan lagi suasana sambutan kemerdekaan dan memupuk semangat

persaingan secara sihat dikalangan peserta turut mendapat sambutan baik oleh staf

dan pensyarah politeknik.

TAYANGAN GAMBAR KEMERDEKAAN

18/08/2010 – 20/08/2010 – Berlangsungnya sesi Tayangan Gambar Kemerdekaan yang

diadakan oleh Unit Perpustakaan telah berjaya mencuri minat pelajar Politeknik Balik

Pulau. Sesi tayangan berkenaan diadakan selama 3 hari dengan menayangkan 3 buah

filem yang berkisarkan tentang kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Filem Embun, Filem

Sergeant Hassan dan Filem 1957 : Hati Malaya.

Page 7: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

PERSIAPAN TEMPAT DI SURAU AN— NUR, SUNGAI NIBONG

ANTARA TETAMU YANG HADIR KE

MAJLIS PELANCARAN KELAB RUKUN

NEGARA, SAMBUTAN KEMERDEKAAN

2010 DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Page 8: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

MAJLIS BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA ………...

TIMBALAN PENGARAH,

PENGARAH , PENYELARAS

SAMBUTAN KEMERDEKAAN

2010 DAN PENASIHAT KE-

LAB RUKUN NEGARA

DOA DIBACAKAN OLEH

EN SYAIFUL ANAS BIN IBRAHIM

PELAJAR MENYANYIKAN

LAGU TANGGAL 31 OGOS

SEMUA HADIRIN MENONTON TAYANGAN

KEMERDEKAAN DENGAN PENUH MINAT

UCAPAN ALUAN PENGARAH

EN. MOHD SOPIAN BIN

BAHAUDDIN

Page 9: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010

Ucapan Aluan

Pengarah PBU

Ketibaan para

jemputan

Penyampaian hadiah Merdeka Corner:

Gambar 1 : Pemenang tempat per tama

Gambar 2: Pemenang tempat kedua

Gambar 3 : Pemenang tempat

ketiga 3 1 2

Pemenang Peraduan Teka Bendera.

Hadiah disampaikan oleh Dr. Mohd

Zahari bin Ismail ( Timb. Pengarah

PBU)

1 2

3 4

Gambar 1: Pemenang tempat

pertama Kuiz Kemerdekaan

Gambar 2 : Pemenang tempat

kedua Kuiz Kemerdekaan

Gambar 3 & 4: hadiah

penyertaan Pertandingan

Melukis Poster

Penyampaian

Cenderati kepa-

da Timbalan

Pengarah

Penyampaian

Cenderahati kepa-

da Pengarah

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN KELAB KEUSAHAWANAN, SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENYAMPAIAN

HADIAH SAMBUTAN KEMEREDEKAAN 2010 PADA 8/10/2010

Page 10: LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK ... - … aktiviti 2010.pdf · LAPORAN AKTIVITI PERPUSTAKAAN POLITEKNIK BALIK PULAU 2010 2.0 O JEKTIF PROGRAM GALAKAN MEM AA POLITEKNIK ALIK

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

(NORMAWATI BT MD ZAIN) ( Dr.MOHD ZAHARI BIN ISMAIL )

Penolong Pegawai Perpustakaan Timbalan Pengarah

Politeknik Balik Pulau Politeknik Balik Pulau

Pulau Pinang. Pulau Pinang.

Tarikh : ……../……./2011 Tarikh : ……../……./2011