permodalan teroka

6
NOTA KULIAH STPD 2213 KEUSAHAWANAN SAINS DAN TEKNOLOGI TAJUK : PERMODALAN TEROKA ( MODAL PERNIAGAAN ) PENSYARAH : DR NOR RISHAM BIN ISMAIL Masalah utama yang sering dihadapi oleh usahawan baru adalah untuk mendapatkan modal bagi memulakan sesuatu perniagaan kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak yang memberi modal teroka. Modal teroka atau modal usaha niaga (Inggeris : venture capital) ialah modal atau wang yang dilaburkan untuk syarikat usaha niaga oleh pelabur yang bukan pemilik asal syarikat itu. Istilah ini juga kadang-kadang digunakan untuk modal yang digunakan bagi menyelamatkan sesebuah syarikat. Pemodal teroka (venture capitalist) ialah mereka yang menyediakan modal; ini termasuk individu, bank pelaburan dan institusi yang mengkhususkan dalam menyediakan modal teroka. Pemodal teroka menjangka ada pelaburan mereka yang berjaya dan ada yang gagal. Kelangsungan pelaburan mereka bergantung kepada pemilihan lebih banyak pelaburan yang berjaya daripada yang gagal. Pemodal teroka menghadapi risiko lebih tinggi untuk rugi daripada pelabur yang melabur dalam perniagaan yang terbukti berjaya. Oleh kerana itu pelabur modal teroka mahukan jangkaan keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan mereka. Apabila melabur dalam syarikat usaha niaga, pelabur ini biasanya mahu memiliki saham dalam perniagaan tersebut. Sebagai sebahagian daripada pemilik, pemodal teroka mempunyai lebih banyak kawalan ke atas pelaburan mereka dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi jika perniagaan itu berjaya. Pemilik asal perniagaan mungkin perlu bersetuju kepada syarat ini jika ia satu-satunya cara untuk mendapatkan wang dan mengumpul dana tanpa meminjam. Pemilik juga mengalu-alukan kepakaran kewangan dan perniagaan yang boleh diberikan oleh pemodal teroka. Contoh-contoh pemodal teroka

Upload: stpd2213

Post on 27-Jun-2015

1.047 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permodalan teroka

NOTA KULIAH STPD 2213KEUSAHAWANAN SAINS DAN TEKNOLOGITAJUK : PERMODALAN TEROKA ( MODAL PERNIAGAAN )PENSYARAH : DR NOR RISHAM BIN ISMAIL

Masalah utama yang sering dihadapi oleh usahawan baru adalah untuk mendapatkan modal bagi memulakan sesuatu perniagaan kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak yang memberi modal teroka.

Modal teroka atau modal usaha niaga (Inggeris: venture capital) ialah modal atau wang yang dilaburkan untuk syarikat usaha niaga oleh pelabur yang bukan pemilik asal syarikat itu. Istilah ini juga kadang-kadang digunakan untuk modal yang digunakan bagi menyelamatkan sesebuah syarikat.

Pemodal teroka (venture capitalist) ialah mereka yang menyediakan modal; ini termasuk individu, bank pelaburan dan institusi yang mengkhususkan dalam menyediakan modal teroka. Pemodal teroka menjangka ada pelaburan mereka yang berjaya dan ada yang gagal. Kelangsungan pelaburan mereka bergantung kepada pemilihan lebih banyak pelaburan yang berjaya daripada yang gagal. Pemodal teroka menghadapi risiko lebih tinggi untuk rugi daripada pelabur yang melabur dalam perniagaan yang terbukti berjaya. Oleh kerana itu pelabur modal teroka mahukan jangkaan keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan mereka. Apabila melabur dalam syarikat usaha niaga, pelabur ini biasanya mahu memiliki saham dalam perniagaan tersebut. Sebagai sebahagian daripada pemilik, pemodal teroka mempunyai lebih banyak kawalan ke atas pelaburan mereka dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi jika perniagaan itu berjaya. Pemilik asal perniagaan mungkin perlu bersetuju kepada syarat ini jika ia satu-satunya cara untuk mendapatkan wang dan mengumpul dana tanpa meminjam. Pemilik juga mengalu-alukan kepakaran kewangan dan perniagaan yang boleh diberikan oleh pemodal teroka.

Contoh-contoh pemodal teroka

1 ) PINJAMAN TANPA CAGARAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA2) PINJAMAN PERNIAGAAN TEKUN NASIONAL3) PINJAMAN MIKRO KREDIT DENGAN BANK-BANK PERDAGANGAN4) PINJAMAN SME BANK5) PINJAMAN BANK PERTANIAN6) PINJAMAN CGC ( CREDIT GUARANTEE CORPORATION )7) PINJAMAN MARA 8) SKIM USAHAWAN SISWAZAH ( SUS )9) PROGRAM TUNAS MEKAR ( UITM )10) PINJAMAN TABUNG EKONOMI BELIA

Page 2: Permodalan teroka

USAHAWAN BARU TIDAK DIGALAKKAN MEMINJAM KETIKA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN. TETAPIDIBOLEHKAN MEMINJAM APABILA INGIN MEMBESARKAN PERNIAGAAN.

Sebagai pilihan usahawan baru boleh menggunakan alternatif berikut :-

1) GUNA WANG SIMPANAN PERIBADI2) DAPATKAN RAKAN KONGSI / INVESTOR/ FUNDER3) MULAKAN BISNES TANPA MODAL WANG

Bagaimana memulakan bisnes tanpa modal wang ?

1. SEDIAKAN PERKHIDMATAN. Apa saja perkhidmatan.

"Tapi perkhidmatan apa ? aku tak tahu buat apa-apa", kata seseorang.

Kalau kita tak tahu buat apa sekalipun, tentu ada sesuatu yang kita tahu buat. Bercakap, menulis, menaip, menaiki motosikal, memandu kereta dan sebagainya.

Gunakan salah satu dari kemahiran yang ada ini dan berikan perkhidmatan kepada orang lain. Mudahkan kerja orang lain, jimatkan masa orang lain dan puaskan hati orang lain. Balasan kepada semua ini adalah wang.

Contohnya

Jika anda boleh menunggang motosikal, mungkin anda boleh pergi kutip bil-bil elektrik, air dan telefon dari setiap rumah dan pergi bayarkan bil itu. Kenakan charge RM 2 untuk setiap bil. Saya yakin orang akan menghargai perkhidmatan anda.

Mudahkan kerja orang, jimatkan masa orang dan puaskan hati orang. Dapatkan duit bagi perkhidmatan anda. Sebenarnya terdapat banyak peluang dalam semua kemahiran yang kita ada. (Walaupun kita tidak semahir mana)

Untuk berniaga juga, kita perlu bermula dari satu-satu titik. Tidak mungkin orang akan terus melantik anda menjadi pemegang saham terbesar dalam mana-mana syarikat setelah anda membuka mata dari tidur hari ini. Kita perlu bermula dari satu titik. Titik ini boleh bermula di mana saja dalam apa jua kerja.

2. TAWARKAN PERKHIDMATAN tanpa risiko.

Ini lebih menarik berbanding dengan yang pertama dan ini lebih mencabar dan berisiko. Namun berita baiknya anda tidak perlukan modal untuk mulakan ini.Tawarkan perkhidmatan anda dengan bayaran balas apabila klien anda mendapat kepuasan atau keuntungan.

Page 3: Permodalan teroka

Contohnya,

Anda pergi ke satu pejabat, dan anda minta berjumpa dengan ketua pejabat tersebut. Kemudiannya anda tawarkan perkhidmatan anda."Saya tawarkan untuk bersihkan pejabat anda ini dengan bayaran RM 300 sebulan, tetapi anda hanya perlu bayar jika anda puas hati. Jika tuan tidak puas hati, tidak perlu bayar”Teruskan kaedah yang sama di pejabat-pejabat lain. Ramai yang akan berkata tidak, tetapi terdapat peratusan manusia yang memerlukan dan mencari perkhidmatan ini. Mereka sanggup membayar untuk ini.

3. Menjadi wakil kepada peniaga lain.

Adalah lebih baik jika kita berhubung dengan peniaga lain. Contohnya kita boleh tawarkan untuk meningkatkan jualan dengan menjual barangan peniaga tersebut.

- Menjual pakej pelancongan sebagai wakil kepada agensi pelancongan.- Menjual kereta sebagai wakil kepada pengedar-pengedar kereta.- Menjual pakej kursus-kursus sebagai wakil kepada penganjur kursus.- Menjual pakej pengantin sebagai wakil kepada butik pengantin.- Menjadi agen untuk kelas-kelas tuisyen.- Mencari penyewa untuk menyewa rumah yang tidak diduduki.- Mencari pembeli untuk projek perumahan baru.- Mencari pelanggan untuk kelab-kelab golf.

Senarai seterusnya boleh difikirkan sendiri oleh usahawan. Kalau malas nak berfikir, anda mungkin lebih sesuai bekerja makan gaji. Sebagai ejen, kita boleh membuat keuntungan dengan lebih mudah kerana kita mempunyai banyak pilihan yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.

Contoh mudah, jika kita ejen kepada penjual kereta, kita mungkin boleh menjual 5-6 jenis jenama kereta yang berlainan berbanding dengan penjual kereta di kedai-kedai kereta baru yang hanya dapat menjual kereta 1 jenama sahaja

Semua ini adalah permulaan satu perniagaan.

Kita akan merasa nikmat berada di rumah setelah kita merantau jauh. Kita akan merasa nikmat makanan setelah kita berbuka puasa. Sama juga dalam perniagaan. Kita akan merasa nikmat hidup senang apabila kita pernah membuat 'perkara-perkara gila' untuk mendapatkan wang.

Kesimpulan. Anda tidak perlukan duit untuk memulakan perniagaan. Sediakan perkhidmatan, tawarkan tawaran perkhidmatan yang menarik dan jadi wakil kepada peniaga lain.

Page 4: Permodalan teroka

MODAL PERNIAGAAN SELAIN WANG

Selain daripada modal berbentuk wang ringgit,terdapat juga modal lain yang boleh digunapakai bagi memulakan sesuatu perniagaan.

1. KREATIVITI atau IDEA

Setiap perniagaan atau perusahaan bermula dengan satu idea dan pemikiran kreatif seseorang bagi memberi nilai tambah atau pembaharuan terhadap sesuatu sumber bagi memudahkan urusan harian manusia serta memberi manfaat.

Contohnya :-

Kreativiti syarikat ORIREKA INOVATIF MALAYSIA SDN BHD yang telah berjaya menghasilkan alat permainan 3D bagi menerangkan konsep 1-Malaysia telah berjaya mengundang ramai pelabur yang ingin membiayai kos pengilangan produk tersebut dan berkongsi keuntungan.

2. PENGALAMAN

Usahawan yang berjaya biasanya,mendapat pengalaman kerja dari beberapa institusi sebelum bertindak memulakan perniagaan sendiri. Ini adalah kerana tiada satu institusi pun di Malaysia yang boleh mengeluarkan graduan yang terus memiliki pengalaman keusahawanan sebenar selepas tamat belajar. Pengalaman dalam selok-belok perniagaan akan mengurangkan risiko kegagalan dalam sesebuah perniagaan.

3. KEMAHIRAN

Kemahiran membaiki kenderaan boleh digunapakai apabila seseorang itu ingin menceburkan diri dalam perniagaan bengkel membaiki kenderaan atau menjual kenderaan. Kemahiran memasak perlu bagi seseorang yang ingin membuka restoran ,sebagai persediaan sekiranya tukang masak sakit,bercuti atau lari. Kemahiran jualan akan membolehkan anda membuat jualan dengan lebih cekap apabila mengendalikan perniagaan sendiri.

4. JARINGAN ( NETWORKING )

Kenalan yang ramai dan luas,mampu membantu usahawan menambah bilangan prospek dalam menjana pendapatan di samping memudahkan urusan yang berkaitan sekiranya terdapat rakan dan kenalan yang bertugas di institusi tertentu bagi usahawan berurusan. Pemasaran secara rujukan rakan-rakan telah menjadi trend dalam masyarakat yang celik minda pada masakini.

Page 5: Permodalan teroka

5. KREDIBILITI

Menambah keyakinan orang perseorangan atau organisasi untuk melabur dalam perniagaan yang dibina oleh usahawan.Pelanggan pula akan memilih syarikat yang teguh dan berkeupayaan untuk memberi khidmat yang cekap bagi membuat keputusan belian. Pengguna akan menyokong setiap produk yang dihasilkan oleh syarikat yang mempunyai kredibiliti.