permasalahan bunyi

8
PENCEMARAN BUNYI PENGENALAN Pencemaran bunyi merupakan salah satu pencemaran alam selain pencemaran udara dan air. Pencemaran alam ini akan memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan manusia, pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Sumber kebisingan yang berlaku adalah berbeza antara sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepada persepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi mahupun tidak. Sebagai contoh, terdapat orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi motor yang bising tetapi ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang lebih tinggi.Selain pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu pencemaran kerana ia menyebabkan gangguan. Pencemaran bunyi biasanya tidak mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara ini kerana disebabkan sifat tidak boleh dilihat dan kehadiran bersifat sementara ianya akan lenyap dalam suatu jangka masa yang singkat. Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi semakin tinggi berbanding zaman dahulu dan menyebabkan paras bunyi semakin teruk. Sebagai contoh, bilangan kenderaan di jalan raya semakin meningkat, bilangan penduduk yang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising , penciptaan kapal terbang dan jet serta kawasan pembinaan merupakan antara beberapa contoh pertambahan bunyi di persekitaran. Perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbanding pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakan suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengan sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melalui udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan-kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bising dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.

Upload: naa12

Post on 26-Jun-2015

445 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMASALAHAN BUNYI

PENCEMARAN BUNYI

PENGENALAN

Pencemaran bunyi merupakan salah satu pencemaran alam selain pencemaran

udara dan air. Pencemaran alam ini akan memberi impak kepada ekologi, ekosistem

dan manusia, pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Sumber

kebisingan yang berlaku adalah berbeza antara sumber yang lain. Gangguan yang

berlaku juga bergantung kepada persepsi individu masing-masing sama ada boleh

bertoleransi mahupun tidak.

Sebagai contoh, terdapat orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi

motor yang bising tetapi ada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang

lebih tinggi.Selain pencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu

pencemaran kerana ia menyebabkan gangguan. Pencemaran bunyi biasanya tidak

mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara ini kerana disebabkan

sifat tidak boleh dilihat dan kehadiran bersifat sementara ianya akan lenyap dalam

suatu jangka masa yang singkat.

Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi semakin

tinggi berbanding zaman dahulu dan menyebabkan paras bunyi semakin teruk. Sebagai

contoh, bilangan kenderaan di jalan raya semakin meningkat, bilangan penduduk yang

bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bising ,

penciptaan kapal terbang dan jet serta kawasan pembinaan merupakan antara

beberapa contoh pertambahan bunyi di persekitaran. Perhatian kurang diberikan

kepada bunyi bising berbanding pencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya

adalah bunyi bising merupakan suatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan

yang berhampiran dengan sumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang

jauh sama ada melalui udara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk

mengenalpasti kesan-kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising

dalam keadaan normal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan

bahaya pencemaran bising dan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.

Page 2: PERMASALAHAN BUNYI

MASALAH BUNYI BISING DI MALAYSIA

Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh member kesan kepada telinga seperti pekak merupakan definisi bagi pencemaran bunyi. Hal ini kerana, pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawasan yang tidak sesuai. Seperti, kawasan pembinaan dan kilang yang mengganggu penduduk di kawasan sekelilingnya. Pencemaran bunyi kebiasaannya melebihi 80 desibel (dB).

Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :

Kebisingan selenjar Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.

Kebisingan fluktasi Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.

Hentakan impuls Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi  akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan  tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.

Kebisingan selang-seli Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising  menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan

Page 3: PERMASALAHAN BUNYI

meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

Masalah pencemaran bunyi ialah dengan pertambahan kenderaan yang menimbulkan bunyi yang kurang menyenangkan, seperti bunyi hon yang seringkali berlaku di kawasan-kawasan yang sibuk seperti bandar. Pada waktu pagi dan petang adalah waktu yang paling sibuk kerana orang ramai pergi dan balik dari tempat kerja. Begitu juga dengan bunyi enjin kenderaan berat,seperti lori dan jentera terutama yang sudah lama, termasuklah kereta yang telah diubahsuai. Kesan seperti mengeluarkan asap dari ekzos akan menyebabkan pencemaran udara, selain mengeluarkan bunyi yang amat bising.

Proses pembinaan jalan raya, pembangunan kerajaan dan pusat membeli-belah serta kilang yang memproses barang-barang juga menggunakan jentera dan mesin yang besar. Dengan adanya penduduk yang semakin bertambah, maka peruntukan telah dibuat, sebahagian besar ekonomi negara untuk pembinaan rumah-rumah atau kawasan perumahan bagi mereka. Ini melibatkan penggunaan jentera dan mesin besar bagi pemotongan lereng bukit untuk kawasan perumahan tersebut. Selain itu, kedai-kedai serta pusat membeli-belah bagi orang ramai juga semakin banyak didirikan dan dengan itu, mesin atau jentera yang berat telah digunakan. Kesemua ini telah menyumbangkan kepada masalah pencemaran bunyi.

Perkembangan dunia hiburan juga tidak ketinggalan. Sepeti, peralatan hi-fi telah dicipta bagi menimbulkan keseronokan yang optimum dan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Dengan adanya peralatan sebegini, sesetengah individu gemar membunyikannya dengan kadar yang amat tinggi, iaitu melebihi dari had pendengaran manusia yang sepatutnya, 80 desibel. Hal ini akan membuatkan mereka yang tinggal berhampiran mengalami gangguan serta boleh menimbulkan kemarahan.

Semua punca-punca di atas telah membawa kepada gangguan pada organ pendengaran manusia. Jika sering terdedah pada kawasan tersebut, ini boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi pekak. Disamping itu juga, pencemaran bunyi boleh menyebabkan gangguan pada psikologi dan tekanan emosi. Kajian terhadap pekerja-pekerja kilang yang sering terdedah kepada bunyi-bunyi jentera dan mesin telah menunujukkan bahawa tahap pendengaran mereka lebih rendah berbanding dengan pekerja yang tidak terdedah kepada keadaan sedemikian.

Page 4: PERMASALAHAN BUNYI

CARA MENGATASI

Kajian melalui teknologi bagi mengurangkan masalah bunyi atau menyingkir masalah bunyi boleh dilakukan dengan pelbagai cara sepertinya. Mengurangkan masalah bunyi jalan termasuk penggunaan halangan bunyi, menguatkuasakan kelajuan had kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat beroperasi sepanjang masa, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan rekabentuk tayar dan perancangan projek laluan jalan supaya lancar.

Perancangan mengurangkan bnyi bising bagi pengangkutan udara :

bunyi bising bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan cara mereka semula enjin jet yang lebih senyap dan kurangkan geseran.

Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, akan membawa kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang.

Selain itu beberapa cara perlu diambil untuk mengurangkan masalah bunyi seperti :

Mereka cipta peralatan baru yang lebih maju agar tahap proses makenikalnya lebih senyap dan kurangnya getaran berlaku.

Membina halangan seperti tembok yang menyerap bunyi yang terhasil daripada kawasan yang mengalami masalah bunyi.

Membuat pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaksanaan undang-undang bunyi disemua tahap kerajaan.

Page 5: PERMASALAHAN BUNYI

CADANGAN

Dalam mengejar pembangunan arus permodenan masa kini, berbagai teknologi telah dicapai pada masa kini, salah satunya seperti teknologi yang dapat mengawal pencemaran bunyi serta penyelesaiannya tentang masalah bunyi.

Bagi menyelesaikan masalah bunyi bising yang berpunca daripada pengangkutan, kenderaan perlu menjalani proses ujian dimana bunyinya dapat dikurangkan dengan penggunaan bahan pelincir dan bahan api yang kurang bahan geseran dalam enjin.

Bagi laluannya, bahan untuk membina jalanraya perlu diperbaharui dan ditingkatkan agar tidak berlopak dah permukaan yang kasar yang akan menyebabkan terhasilnya bunyi bising dari tayar kenderaan.

Perancangan jalan raya juga dapat mengurangkan masalah bunyi yang memberi kesan. Laluan trafik dan jadual perjalanan boleh menghadkan daya gelombang yang bertambah hasil daripada jumlah kenderaan di jalan raya.

Dalam bentuk perancangan Bandar , kawasan perindustrian boleh di bahagikan daripada kawasan kediaman yang member kesan bising kepada penghuni kediaman.

Selain itu, rekabentuk bangunan perlu berorientasikan dengan terancang seperti pintu dan ruang utama diletakkan jauh dan tidak menghadap kawasan yang berbunyi bising seperti lebuh raya atau jalan raya. Pada masa yang sama, penyerap bunyi juga boleh diterapkan pada dinding bangunan yang kerap menerima bunyi yang bising.

Pembinaan tembok tinggi juga membantu bunyi terpantul dan mengurangkan bunyi masuk ke dalam kawasan bangunan atau rumah. Selain itu,penyerap semulajadi yang boleh mengurangkan kadar kebisingan adalah menanam pokok besar dan tinggi di samping menambah kebaikan landskap.

Bukaan juga penting bagi langkah mengatasi masalah pencemaran bunyi selain memberi pengudaraan dan pencahayaan kepada rekabentuk. Ianya dapat mengurangkan gema dan bunyi akan tersebar keluar dari dalam bangunan.

Penggubalan undang-undang dalam membina akta pencemaran bunyi perlu diambil sirus agar masyarakat dan pemaju tunduk dangan ketegasan dalam aktanya.

Selain itu perlunya pendedahan serta kempen punca dan penyelesaian pencemaran bunyi bersama masyarakan agar lebih peka dan sensitive.

Page 6: PERMASALAHAN BUNYI

Untuk menghasilkan senireka bangunan , rekaan pada dinding bangunan perlu bercorak dan bahan untuk menyerap bunyi serta perancangan landskap yang juga asset yang boleh menyerap bunyi dangan baik.

KESIMPULAN

Malaysia sememangnya sebuah Negara yang berkembang pesat dalam pelbagai bidang. Pertumbuhan yang sangat pesat itu juga boleh membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan dan aktiviti perusahaan atau perkilangan bukan sahaja memberi pencemaran pada udara dan air malah memberi kepada pencemaran bunyi.

Pencemaran bunyi ini boleh membawa kesan yang negatif yang boleh menjejaskan keupayaan seseorang dalam melakukan aktiviti seharian mereka dan juga boleh menyebabkan kemerosotan prestasi seseorang. Kita bukan bermakna mahu menghindar dari penggunaan alat-alat berteknologi moden, tetepi kita haruslah menangani masalah ini secara sistematik dan saintifik supaya ianya menjadi seimbang serta membawa kesenangan kepada masyarakat.

apa saja jenis pencemaran,pastinya akan membawa kesan yang tidak baik kepada alam sekeliling. Oleh yang demikian,pihak-pihak tertentu haruslah mencari jalan penyelasaian untuk mengatasi masalah ini secara sistematik dan saintifik tanpa perlu menolak pembangunan dan mengelak daripada menggunakan ciptaan sains dan teknologi.

Page 7: PERMASALAHAN BUNYI