permainan mencari harta karun

6
Permainan Mencari Harta Karun Arahan Permainan 1. Permainan ini terbuka kepada murid-murid Tahap Dua. Para pemain dibahagikan mengikut kumpulan tertentu (berdasarkan warna kad permainan). Setiap kumpulan boleh terdiri daripada 5 hingga 10 orang pemain mengikut kesesuaian. 2. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab 10 soalan objektif yang disediakan dalam bentuk kad-kad berwarna mengikut warna identiti setiap kumpulan. Warna keseluruhan kad bagi setiap kumpulan adalah berbeza untuk memastikan para pemain dapat mengecam warna kad masing-masing dengan lebih mudah. Jika para pemain tersalah mengambil kad atau mungkin dengan sengaja mengambil kad kumpulan lain dengan tujuan untuk menipu permainan, maka kumpulan tersebut boleh tersingkir lebih awal. 3. Setiap kad tersebut mengandungi satu soalan pengetahuan am. Seorang pencatat bagi setiap kumpulan (hanya pencatat dibekalkan dengan pen) dikehendaki menulisjawapan yang betul pada kad tersebut dan dikehendaki mengumpulkan kesemua kad-kad tersebut sebelum diserahkan kepada pengadil permainan. Kad-kad tersebut akan diletakkan di kawasan-kawasan tertentu di sekitar kawasan permainan. Kad-kad tersebut bolehlah diletakkan sama ada secara tersembunyi atau sebaliknya bergantung kepada keadaan tempat permainan tersebut. Pada setiap kad yang disediakan terdapat petunjuk tentang kedudukan kad-kad yang seterusnya. 4. Jawapan bagi setiap kad yang diletakkan itu boleh diperolehi pada maklumat-maklumat am yang terdapat pada kawasan di mana kad- kad tersebut diletakkan. Para pemain dilarang meniru atau menipu (sama ada berbincang dengan kumpulan lain atau sebaliknya) semasa permainan berlangsung. Pada awal permainan, pengadil hendaklah

Upload: encik-cedi

Post on 13-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

game

TRANSCRIPT

Permainan Mencari Harta Karun

Arahan Permainan1. Permainan ini terbuka kepada murid-murid Tahap Dua. Para pemain dibahagikan mengikut kumpulan tertentu (berdasarkan warna kad permainan). Setiap kumpulan boleh terdiri daripada 5 hingga 10 orang pemain mengikut kesesuaian.2. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab 10 soalan objektif yang disediakan dalam bentuk kad-kad berwarna mengikut warna identiti setiap kumpulan. Warna keseluruhan kad bagi setiap kumpulan adalah berbeza untuk memastikan para pemain dapat mengecam warna kad masing-masing dengan lebih mudah. Jika para pemain tersalah mengambil kad atau mungkin dengan sengaja mengambil kad kumpulan lain dengan tujuan untuk menipu permainan, maka kumpulan tersebut boleh tersingkir lebih awal.3. Setiap kad tersebut mengandungi satu soalan pengetahuan am. Seorang pencatat bagi setiap kumpulan (hanya pencatat dibekalkan dengan pen) dikehendaki menulisjawapan yang betul pada kad tersebut dan dikehendaki mengumpulkan kesemua kad-kad tersebut sebelum diserahkan kepada pengadil permainan. Kad-kad tersebut akan diletakkan di kawasan-kawasan tertentu di sekitar kawasan permainan. Kad-kad tersebut bolehlah diletakkan sama ada secara tersembunyi atau sebaliknya bergantung kepada keadaan tempat permainan tersebut. Pada setiap kad yang disediakan terdapat petunjuk tentang kedudukan kad-kad yang seterusnya.4. Jawapan bagi setiap kad yang diletakkan itu boleh diperolehi pada maklumat-maklumat am yang terdapat pada kawasan di mana kad-kad tersebut diletakkan. Para pemain dilarang meniru atau menipu (sama ada berbincang dengan kumpulan lain atau sebaliknya) semasa permainan berlangsung. Pada awal permainan, pengadil hendaklah menyerahkan salah satu kad tersebut kepada ketua kumpulan. Kad yang diserahkan itu hendaklah tidak sama turutannya. Misalnya, Kumpulan Merah diberikan kad yang ke-10, Kumpulan Kuning diberikankad yang ke-2 dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan para pemain mencari kad tersebut secara serentak di kawasan yang sama.5. Sekiranya ada kumpulan yang telah berjaya melaksanakan kesemua tugasan yang diberikan, pada pemain dikehendaki beratur secara berkumpulan di tempat yang disediakan untuk proses pengiraan markah atau tindakan seterusnya oleh pengadil permainan. Sekiranya bilangan peserta bagi setiap kumpulan tidak mencukupi, maka proses pengiraan markah bagi kumpulan tersebut tidak dapat dijalankan. Para pemain dilarang mengganggu pemain kumpulan lain semasa permainan berlangsung. Penalti (tolak mata permainan) boleh dikenakan sekiranya berlaku gangguan atau sebaliknya.6. Sekiranya terdapat dua atau lebih kumpulan yang memperoleh mata permainan keseluruhan yang sama, maka pengadil permainan hendaklah mengemukakanantara 1 atau 3 atau 5 soalan lisan tambahan untuk menentukan johan sebenar.Soalan ini diajukan secara lisan kepada kesemua pemain apabila tamat prosespengiraan mata. Peserta bagi setiap kumpulan yang paling pantas menjawab soalantersebut akan dikira sebagai pemenang. Soalan tersebut disertakan di bawah ini.7. Hadiah-hadiah akan disediakan untuk satu kumpulan sahaja yang berjayamenjawab dengan betul kesemua soalan yang dikemukakan. Soalan-soalan tambahan bagi Permainan Mencari Harta Karun.

1. Nyatakan nama 2 buah sekolah lain yang terletak berhampiran dengan sekolah kamu?2. Nyatakan bilangan warna yang terdapat pada bendera Malaysia?3. Nyatakan nama rasmi bagi bendera Malaysia?4. Nyatakan nama yang lengkap bagi negeri Perak?5. Nyatakan 2 prinsip Rukun Negara yang kamu tahu?

Soalan 1Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? (5 markah)Jawapan: (Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Tempat lepak tiap kali waktu rehat)

Soalan 2Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? (5 markah)Jawapan :(Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Kanak-kanak gemar bermain di Taman Permainan)

Soalan 3Kalau kat tangan, jam tangan, kalau kat dinding, jam dinding, kalau kat dahi, jam apa? (5 markah)Jawapan: (Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Pusat pemantaun demi keselamatan bersama.)

Soalan 4Potong panjang, tak potong pun panjang? (5 markah)Jawapan: (Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Tempat beribadah yang kecil)

Soalan 5Huruf jawi apa paling tinggi? (5 markah)Jawapan: (Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Tempat tinggal kepala sekolah)

Soalan 6Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat? (5 markah)Jawapan: (Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Peralatannya yang menjadi tarikan zaman sekarang dan seterusnya.)

Soalan 7Banyak kereta, kerata apa yang pemandunyer memandu dari belakang?(5 markah)Jawapan: (Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan kelas Junior 1 dan Junior 2)

Soalan 8Banyak jam, jam apa plg murah? (5 markah)Jawapan :(Tip soalan seterusnya : Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Pusat kajian saintis)

Soalan 9Bersih dia hitam, kotor dia putih?(5 markah)Jawapan: (Tip soalan seterusnya: Sila cari kad soalan seterusnya di kawasan Membekalkan anda peralatan pertukangan harian)

Soalan 10Binatang apa yang paling miskin and binatang apa yang paling kaya ( 5 markah)Jawapan: (Tip soalan seterusnya : Sila cari kad soalan seterusnya di sekitar kawasan Pusat berkumpul setiap hari Selasa)

***Sila potong cebisan kad-kad soalan di atas secara berasingan mengikut nombor soalan. Kemudian, lipatkan kertas soalan tersebut dan tampalkan pada mana-mana bahagian yangsesuai mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Setelah selesai permainan, kumpulkan kad-kad soalan mengikut warna kumpulan untuk dinilai.